BANDAR GAZA – Cara Israel mengendalikan krisis tebusan selepas 50 hari perang tercetus membayangkan Rejim Zionis berisiko tewas di Semenanjung Gaza, lapor akhbar The Sunday Times kelmarin.
Israel melakukan pertukaran tebusan dengan Hamas secara berperingkat selepas kedua-dua pihak bersetuju melaksanakaan gencatan senjata kemanusiaan empat hari bermula Jumaat lalu.
Tidak lama selepas kumpulan Hamas melancarkan Operasi Taufan Al-Aqsa, Rejim Zionis mengaktifkan Artikel 40 undang-undangnya sekali gus mengisytiharkan perang dan mengerahkan tentera simpanannya.
Berdasarkan data yang dikeluarkan, Israel mempunyai kekuatan 550,000 askar dan berperang menentang sayap tentera Hamas, Briged al-Qassam yang mempunyai anggaran 25,000 pejuang di Gaza.
Di sebalik kelebihan kekuatan dan kelengkapan ketenteraan yang tidak dapat dipertikaikan, Israel hilang kawalan ke atas situasi tebusan itu, lapor The Sunday Times.
Menurutnya, situasi pertukaran tebusan memberikan Hamas kelebihan dan mereka mahir menggunakan kelebihan tersebut.
Berikutan tekanan daripada negara-negara serantau, masyarakat antarabangsa dan Amerika Syarikat (AS), Hamas sedar Israel akan dipaksa untuk bersetuju melaksanakan gencatan senjata dan pertukaran tebusan dengan tahanan Palestin.
Hamas melakukan usaha terbaik untuk mendapatkan keuntungan politik yang maksimum daripada situasi tersebut.
Kesangsian Washington terhadap perang agresif Israel sebagai strategi berkesan untuk membawa pulang tebusan diculik Hamas terserlah semasa pertemuan 18 Oktober lalu antara Presiden Joe Biden dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Pembebasan dua rakyat AS yang ditawan Briged al-Qassam membawa kepada sokongan Washington kepada cadangan Qatar supaya gencatan senjata dilaksanakan dan rundingan berlangsung antara kedua-dua belah pihak.
Ia secara tidak langsung menandakan bahawa AS menganggap perang oleh Tel Aviv bukan lagi alternatif tunggal untuk menyelesaikan krisis tersebut.
Utusan AS ke Asia Barat, Brett McGurk menubuhkan sebuah pasukan khas di Washington yang berhubung rapat dengan pejabat Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani untuk merumuskan dan mempromosikan pakej gencatan senjata, bermula pagi Jumaat lalu.
Israel bukan pihak utama yang berusaha untuk mencapai persetujuan gencatan senjata itu.
Menghadapi tekanan domestik berhubung situasi tebusan, Netanyahu pula berusaha untuk mendapatkan semula sokongan penduduk Israel dengan mencadangkan lanjutan gencatan senjata di Gaza dengan pembebasan bersyarat 50 lagi tawanan.
Jika gencatan senjata semasa dilanjutkan selama sembilan hari lagi, kira-kira 100 daripada 230 tebusan yang ditawan Hamas akan dibebaskan.
Ia boleh meredakan sedikit kemarahan penduduk Israel terhadap Netanyahu. Dasar keselamatan pemimpin tersebut sejak 14 tahun lalu kini berada dalam keadaan goyah, kata laporan sama.
Namun, lanjutan gencatan senjata itu akan memberikan tekanan terhadap Kabinet perang Israel untuk mengekalkan momentum rundingan tebusan dan keadaan menjadi bertambah rumit apabila seramai 20 tebusan AS ditawan oleh Hamas.
Situasi itu mengundang penglibatan dan keputusan Washington dan ini memberi kesan kepada perancangan strategik tentera Israel di Semenanjung Gaza.
“Realitinya, amat sukar bagi Israel untuk meneruskan fasa operasi ketenteraan yang seterusnya,” kata laporan itu. – AGENSI
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Israel kalah perang di Gaza. & kesan di M'sia..
Sila lihat komen ini..
(i) Konflik Hamas-Israel: Nilai ringgit makin jatuh.
Di KL, Kerajaan Madani perlu bersikap serius dalam menangani krisis kejatuhan ringgit kerana ia memberi impak besar kepada institusi perniagaan tempatan terutamanya yang berkaitan dengan sektor import, tambahan susulan konflik Hamas-Israel ketika ini.
Shahir Adnan
Ketua Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM), Shahir Adnan menggesa pihak kerajaan untuk memperincikan lagi langkah-langkah yang perlu diambil dalam tempoh terdekat terutama pada Belanjawan 2024, yang akan berlangsung pada Jumaat (13 Okt) ini.
Beliau berkata antara lain, hal ini bertujuan bagi mengekang nilai Ringgit dari terus terperosok jatuh merudum.
Sudah hampir setahun, Malaysia ditadbir oleh Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, nilai ringgit kian jatuh ke paras terendah iaitu RM3.75 setiap 1 Dolar AS.
Namun begitu, konflik yang berlaku antara Israel dan Palestin turut memberikan impak besar kepada ekonomi dunia dan harga minyak. (Sia rujuk 'Konflik Hamas-Israel: Nilai ringgit makin jatuh.' – HARAKAHDAILY 10/10/2023)
(ii) Al-hamdulillah, mengenai menang besar Dr Sam dalam PRK Kemaman, semalam, Pengerusi PN , Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin antara lain menyebutkan:
“Semakin kuat ditekan (oleh pentadbiran k'jaan DAPmadani M'sia), semakin kukuh sokongan rakyat,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.
Tan Sri Muhyiddin Pengerusi PN.Apakah perkara yang sama ini berlaku (Semakin kuat ditekan) seperti yang di lakukan ke atas puak pembebasan Islam HAMAS di Palestin oleh pengganas Zionis/AS?
(Sila rujuk 'Semakin kuat ditekan, semakin kukuh sokongan rakyat' HARAKAHDAILY 3/12/2023)
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
No comments:
Post a Comment