Saturday, December 02, 2023

Jual arak, Mana hak asasi Muslim? Bukan jantan kejar jantan..



Jual arak terbuka: Bagaimana jamin hak asasi Muslim?

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memutuskan tindakan menarik semula larangan penjualan arak secara terbuka dikhuatiri menjejaskan hak asasi dalam kalangan umat Islam.

Ustaz Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berkata, sewajarnya hal tersebut dinilai atau dirujuk kepada kedudukan Islam sebagai agama persekutuan yang dimartabatkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Tidakkah ia sekali mengganggu hak asasi masyarakat Muslim yang seboleh-bolehnya tidak mahu orang-orang muda, masyarakat muda di kalangan orang Muslim terlibat ataupun mendapat kebebasan untuk membeli minuman keras ini secara terbuka?

“Walaupun secara sekarang kita akui ada halangan untuk orang Islam membelinya, tetapi dengan ia dijual kembali secara terbuka kita bimbang ia akan memudahkan mereka untuk mendapatkan akses terhadap minuman-minuman seperti ini. 

“Jadi adakah ini sekaligus juga mengganggu hak asasi masyarakat beragama Islam,” ujar beliau ketika membahaskan RUU Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2023 di Dewan Rakyat, di sini sebentar tadi.

Tegasnya, amat perlu untuk dilihat semula polisi-polisi seperti ini agar ia perlu dirujuk balik kepada pihak-pihak yang berkaitan sebagaimana juga pengisytiharan sejagat hak asasi yang mengandungi 30 artikel. 

“Di mana di dalam Perkara 7 hak persamaan di sisi undang-undang. Isunya adakah pihak pembangkang yang juga rakyat Malaysia yang sah mendapat layanan yang sama apabila berurusan dengan premis kerajaan?” soalnya.

Beliau memberikan contoh dengan mengemukakan salinan surat Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu bertarikh 22 November dialamatkan kepada Setiausaha Barisan Nasional P.040 Kemaman yang mengizinkan program pemimpin Perdana Menteri bersama rakyat.

Program pada 29 November di Dewan SMK Chenih Baru Kemaman dan Dewan SMK Bukit Keluang Kemaman itu katanya, merupakan akses politik yang dibenarkan di bangunan-bangunan milik kerajaan. 

“Persoalannya, adakah sekiranya pihak pembangkang memohon menggunakan dewan yang sama atas dasar kempen politik, ia boleh dibenarkan. Jadi ini saya fikir bahawa keadilan itu hendaklah dilaksanakan hendaklah adil.

“Dan perlu untuk dilihat adil barulah ia adil dalam makna yang sebenar,” ujar beliau yang juga Ketua Penerangan PAS memperingatkan. – HARAKAHDAILY 29/11/2023  

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jual arak, Mana hak asasi Muslim? Bukan jantan kejar jantan..

Lihat komen ini..

(i) RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 sekalipun diluluskan tetapi tidak mengatasi kelompongan yang berlaku. Semuanya berlaku disebabkan olah Menteri Kesihatan sendiri.


Bukan itik jantan, kejar jantan.

Di KL, Dr Mohd Radzi Jidin (PN-Putrajaya) antara lain menyindir, “Dan hari ini kita sekali lagi didendangkan dengan tindakan kerajaan ini yang tidak memasukkan peruntukan berkaitan dengan GEG di dalam RUU yang dibentangkan..” Kesal beliau ketika perbahasan di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Dr Radzi turut membidas cacamerba dalam RUU tersebut berkaitan larangan menerbitkan iklan peranti merokok yang dikaitkan juga olehnya dengan persoalan melibatkan pelobi tertentu.

“Tak tahu mana hujung, tak tahu mana pangkal, tak tahu mana jantan, tak tahu mana betina. Dan jika kita lihat filem Nujum Pak Belalang pun, bila dikatakan kayu yang tenggelam itu adalah pangkal dia ada alasan dia. 

“Dia kata itik yang belakang itu itik jantan kerana dia kejar itik betina. Ada alasan dia. Dia tak kata itik jantan, kejar itik jantan." (Lanjut sila rujuk   -HARAKAHDAILY 29/11/2023)

(ii) Tahniah Tan Sri Annuar Musa! Kerana dedahkan kerajaan DAPmadani longgarkan semula penjualan arak di KL.


Di KL, tindakan kerajaan melonggarkan semula penjualan arak (liquor) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  telah menimbulkan perasaan dukacita mantan Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa.

“Saya dukacita dengan keputusan kerajaan melonggarkan semula kawalan ke atas penjualan arak, yang sudah pun kita ketatkan ketika saya selaku Menteri Wilayah Persekutuan,” katanya dalam kenyataan susulan laporan akhbar The Star pada 29 Nov 2023 bertajuk, Limits on Liquor Sale in KL Lifted.

Beliau berkata, kerajaan ketika membuat keputusan mengetatkan penjualan arak di Wilayah Persekutuan akhir 2011 telah mengadakan rundingan yang intensif dengan pelbagai pihak berkepentingan (stakeholders). 
(Lanjut sila rujuk HARAKAHDAILY 1/12/2023)

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails