Monday, January 01, 2024

Kebangkitan 'damai' se dunia.. & burung unta sorok kepala!



Palestin: PAS sertai persidangan politik tertinggi di Tehran

KUALA LUMPUR: Persidangan Perundingan Politik Peringkat Tertinggi berkenaan isu Palestin yang dianjurkan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Iran berlangsung di Tehran, Iran, hari ini.

PAS selaku parti politik yang menjuarai isu Palestin di dalam negara telah menerima jemputan dan menghantar dua orang wakil menghadirinya iaitu Naib Presiden, Datuk Idris Ahmad dan Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Menurut Muhammad Khalil, persidangan yang dianjurkan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Iran bertujuan mengumpulkan tokoh-tokoh ternama, ahli poltik, ilmuan, think tank, pertubuhan dan gerakan-gerakan Islam bagi membincangkan kaedah dan strategi terbaik serta mewujudkan platform bagi menyokong dan membantu mengukuhkan perjuangan pembebasan bumi Palestin serta cabaran yang dihadapinya ketika ini.

Katanya, berikutan cabaran semasa yang dihadapi Palestin dan rakyatnya ketika ini yang berhadapan dengan serangan dan pengeboman ganas tentera pengganas rejim zionis Israel, kepungan dan sekatan ke atas Semenanjung Gaza berserta sikap double standard Barat yang membela dan membantu rejim pengganas zionis Israel, persidangan itu adalah tepat pada masanya khususnya dalam merangka strategi yang berkesan dalam usaha membela nasib Palestin dan rakyatnya yang amat terkesan ketika ini.

Tambahnya, turut hadir sama dalam persidangan itu adalah cucu kepada negarawan ulung Afrika Selatan, Nelson Mandela iaitu Nkosi Zwelivelile Mandela.

Menariknya, kata Khalil, Nkosi Zwelivelile telah memeluk Islam sejak 2019 dan lebih kurang dua minggu yang lalu telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa Kelima Solidariti Untuk Palestin di Johannesburg, Afrika Selatan yang turut dihadiri oleh wakil PAS iaitu Ahli Parlimen Sik, Ustaz Ahmad Termizi Sulaiman dan Ahli Parlimen Kuala Kerai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman. – HARAKAHDAILY 23/12/2023  

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kebangkitan 'damai' se dunia..& burung unta sorok kepala!

Lihat komen ini..

(i) Al-hamdulillah, demi 'damai' yang dituntut oleh Islam, 'Iraq hantar kapal tangki bahan api pertama ke Gaza'.


Di Tehran, kapal tangki pertama Iraq yang membawa bahan api ke Semenanjung Gaza meninggalkan pelabuhan Khor Al Zubair di Basra menuju ke Terusan Suez.

Penasihat Perdana Menteri Iraq mengenai Hak Asasi Manusia berkata,  kapal tangki itu membawa 10 juta liter diesel dan mula-mula akan ke Pelabuhan Suez di Mesir, lapor media Iraq, Zidan Khalaf Obaid.

(Lanjut sila rujuk ''Iraq hantar kapal tangki bahan api pertama ke Gaza'  -HARAKAHDAILY 23/12/2023)

(ii) Walaupun usaha ke arah kebangkitan 'damai' se dunia sedang digembelingkan, namun di M'sia sendiri perlu dijelaskan kekeliruan yang ditimbulkan oleh 'puak-puak sengaja buat keliru'.

Mari kita lihat kenyataan Presiden PAS 'Penentuan bangsa menjadi ketua negara dan kekhilafan mazhab'..   – HARAKAHDAILY 22/12/2023. 


TIDAK ada kekhilafan wajibnya pemimpin negara yang dilantik itu mestilah seorang Muslim yang beriman, budiman dan berilmu. Islam secara tegas mengharamkan kepimpinan bukan Islam menguasai sesebuah negara. Firman Allah SWT:

﴿لَّا يَتَّخِذِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلۡكَٰفِرِينَ أَوۡلِيَآءَ مِن دُونِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَۖ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٰلِكَ فَلَيۡسَ مِنَ ٱللَّهِ فِي شَيۡءٍ إِلَّآ أَن تَتَّقُواْ مِنۡهُمۡ تُقَىٰةٗۗ وَيُحَذِّرُكُمُ ٱللَّهُ نَفۡسَهُۥۗ وَإِلَى ٱللَّهِ ٱلۡمَصِيرُ ٢٨﴾

“Janganlah orang-orang Mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang Mukmin. Sesiapa yang berbuat demikian, nescaya terlepaslah dia daripada pertolongan Allah, kecuali kerana (siasat) memelihara diri daripada sesuatu yang ditakuti daripada mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri-Nya (seksaan-Nya). Dan hanya kepada Allah tempat kamu kembali.” [Surah Ali ‘Imran: 28]

(Lihat seterusnya seperti di atas kenyataan Presiden PAS itu dari sudut hukum dan syar'ie..)

Burung unta sembunyi kepala dalam pasir..

Cuma akhirnya beiau menjelaskan..

"Konsep tiada paksaan beragama dan adil kepada semua menjadikan Melayu Islam berjaya memimpin masyarakat majmuk dalam sejarahnya, dan sehingga kini kesannya masih dihayati di Malaysia dalam masyarakat Melayu yang beragama Islam.

"Kenyataan Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk mengambil alih kepimpinan Melayu Islam adalah provokasi yang merosakkan hubungan kaum yang terjalin dan makin terancam dengan sebab beberapa kenyataan politik yang menjurus ke arahnya, seperti cadangan diadakan Pilihan Raya PBT, peranan medianya menyokong orang Melayu murtad dan menghalang sesiapa yang mahu memeluk Islam serta mencabar undang-undang syariat yang telah dimusnahkan oleh penjajah dahulu dengan cara yang halus tetapi dapat dilihat dengan nyata.

"Keadaan ini laksana pepatah yang menyebutkan burung unta yang menyelamatkan diri, menyembunyikan kepalanya yang kecil ke dalam pasir dalam keadaan badannya yang besar dapat dilihat dengan nyata. Hanya orang-orang Melayu yang bodoh sahaja kabur fikirannya dan kelabu pandangannya masih tidak memahami politik DAP dan rakan-rakannya.

"PAS mendukung perpaduan rakyat Melayu Islam, bumiputera dan bukan Islam yang tidak ekstrem. Dalam pada itu, menolak DAP dan sekutunya yang menegakkan sekularisme dan liberal pragmatik yang sesat serta merosakkan negara.

ABDUL HADI AWANG Presiden PAS
Bertarikh: 9 Jumada al-Akhirah 1445 / 22 Disember 2023 – HARAKAHDAILY 22/12/2023"

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails