Monday, December 18, 2023

Kit Siang, 'muda'kan idea tua.. Amaran kepada ‘Malaysian dream’

 


Propaganda palsu Malaysian Malaysia di sebalik ‘Malaysian dream’

PAS mendapati kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang mengenai isu Perdana Menteri Malaysia dalam kalangan orang bukan-Melayu dalam pertemuannya dengan pelajar Malaysia di Manchester, England pada 29 November 2023 lepas dan kenyataan susulannya mempertahankan kenyataan pertama itu di Gleneagles, Scotland pada 5 Disember 2023 bukan sahaja keliru, malah merupakan ulangan propaganda beracun yang berpotensi menimbulkan suasana tidak harmoni dalam negara.

Adalah menjadi pengetahuan umum beberapa pimpinan DAP telah membangkitkan perkara ini sejak puluhan tahun yang lalu, termasuk pada 2012 oleh mendiang Karpal Singh dan 2017 oleh Lim sendiri. Kali ini dengan berselindung di sebalik Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Wawasan 2020, Lim dengan sengaja memberikan gambaran yang salah mengenai orang Melayu atau citra politik orang Melayu dengan menyebut bahawa kesemua dokumen itu bermatlamatkan ‘Impian Malaysia’  yang berbilang etnik, agama dan budaya, bukan impian mono etnik.

Beliau juga kelihatan mengambil peluang membangkitkan perkara ini tatkala Umno, sebagai sebuah parti orang Melayu, berada dalam keadaan tersepit sebagai anggota Kerajaan Madani sehingga menyebabkan parti tersebut membisu seribu bahasa. Menurut Lim kenyataannya itu juga disokong oleh fakta bahawa Perlembagaan memperuntukkan bahawa orang bukan-Melayu boleh menjadi Perdana Menteri.

Sekali lagi Lim bertindak seolah-olah beliau jahil undang-undang tanpa melihat konvensyen yang diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga kini, iaitu bukan sahaja tidak ada orang bukan-Melayu menjadi Perdana Menteri, malah tiada juga yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. 

Jelas Lim tidak dapat menyembunyikan prejudisnya terhadap peranan orang Melayu sebagai pemimpin negara atau kedudukan mereka dalam politik dengan mengaitkan Impian Malaysia yang pelbagai etnik agama dan budaya itu secara langsung dengan jawatan Perdana Menteri yang disandang oleh orang bukan-Melayu. Dengan perkataan lain, Lim seolah-olah beranggapan hanya dengan mempunyai seorang Perdana Menteri bukan Melayu barulah Malaysia boleh dianggap telah mencapai impian sebagai sebuah negara yang berjaya.

Bagi Lim, semua usaha yang dilakukan dan semua kejayaan yang telah dicapai selama ini di bawah kepimpinan orang Melayu dalam mewujudkan sebuah negara yang maju, berpadu, bertimbang rasa, saling menghormati dan harmoni seolah-olah tidak bermakna sekiranya jawatan Perdana Menteri terus disandang oleh kelompok etnik itu. PAS mendapati naratif Impian Malaysia Lim hari ini tidaklah terlalu berbeza dengan naratif ‘Malaysian Malaysia’ yang digagaskan oleh bekas Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew suatu ketika dahulu dan diwarisi oleh DAP selepas itu. 

Helah berselindung di sebalik kata-kata manis baik oleh Lee mahupun Lim tidak dapat menyembunyikan niat sebenar mereka, iaitu mahu menimbulkan polemik serta persoalan mengenai kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu atau Bumiputera seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.

Almarhum Tun Abdul Razak dalam perbahasan di Parlimen pada Jun 1965 ketika menolak gagasan ‘Malaysian Malaysia’ yang dibawa oleh Lee Kuan Yew menyebut: 

“There is no need for him to sweeten the feelings of the Malays and the natives by saying that he supports the National language and Article 153 of the Constitution, i.e., the special position of the natives and of the Malays, when in actual fact he continuously, by words and deeds, undermines these two fundamentals.” (Parliamentary Debates: Dewan Rakyat Official Report, Vol. II, No. 5, 3 June 1965, hlm. 1007) 

Malah ucapan Lim kepada pelajar Malaysia baru-baru ini tentang impian mono etniknya dan “sama ada Malaysia dapat bangkit semula menjadi sebuah negara hebat dunia atau adakah Malaysia telah ditakdirkan untuk menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan kleptokratikjuga tidak langsung berbeza dengan ucapan Lee Kuan Yew kepada pelajar kita di London pada 1964. Lee antara lain berkata,  “Malaysian survives or fails depending on whether we set out to create a Malaysian nation or a Malay nation with special rights reserved for Malays”. (DO 169/526: British High Commission, 30th September 1964.) 

Seperti gagasan ‘Malaysian Malaysia’ yang ditolak kerana kekaburan, niat buruk dan kontradiksi yang terkandung di dalamnya serta tingkah-laku tidak jujur pejuangnya suatu masa dahulu, maka naratif Impian Malaysia ini juga perlu ditolak oleh semua rakyat Malaysia yang insaf sejarah dan menghargai pencapaian serta keharmonian sedia ada dalam kalangan kita. 

Justeru PAS memberi amaran kepada mana-mana pihak yang masih berdegil dalam membangkitkan perkara seumpama ini supaya berhenti mengamalkan perbuatan mengumpan kemarahan (rage baiting) orang Melayu atau Bumiputra khasnya kerana ia juga membawa makna mengundang berulangnya ketegangan dalam masyarakat yang pernah mencetuskan peristiwa hitam perbalahan kaum di negara ini lebih 50 tahun yang lampau.

Terima kasih.  

TAKIYUDDIN HASSAN 
Setiausaha Agung PAS 

Bertarikh : 11 Disember 2023- HARAKAHDAILY 11/12/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kit Siang, 'muda'kan idea tua.. Amaran kepada ‘Malaysian dream’

Lihat komen ini..

(i) Keterbukaan, selagi tidak bercanggah dengan aqidah Islam.

Abdul Nasir Idris

Di KL, apakah jaminan kerajaan tentang  hasrat kementerian dalam meneruskan silibus Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) agar ia tidak bercanggah dengan akidah Islam di negara ini?

Senator Abdul Nasir Idris sehubungan itu meminta kementerian menyatakan usaha bagi memastikan tiada unsur-unsur budaya luar terutamanya berkaitan silang budaya yang tidak sesuai di Malaysia dan bercanggah dengan akidah umat Islam. 

(Seterusnya, sila rujuk 'CEFR: Apa jaminan tak bercanggah dengan akidah Islam?' -HARAKAHDAILY 11/12/2023)

(ii) Maklumat dari Perang Israel-HAMAS. Jangan jadi katak bawah tempurung. Cubit paha kanan, paha kiri terasa.. 'Rakyat Palestin Dipaksa Lucut Pakaian'.


Di Hebron, pegawai tentera Israel telah memaksa rakyat Palestin melucutkan pakaian di pusat pemeriksaan tentera di bandar Hebron, Tebing Barat yang diduduki, Agensi Berita Maan melaporkan pada hari Jumaat lalu.

Berita ini juga buktinya..

Tentera Zionis itu bukan saya – Naim Daniel
Gambar menunjukkan seorang lelaki mirip wajah Naim (kiri).

PETALING JAYA – Ketika umat Islam hangat membicarakan tentang isu umat Islam di Palestin yang diserang tentera Israel, tular pula sekeping foto penyanyi Naim Daniel dalam laman sosial mengenakan pakaian seragam milik tentera Zionis itu.

Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 24, menerusi Instagramnya tampil memberikan penjelasan tentang kekeliruan tersebut sekali gus menafikan dirinya merupakan individu dalam gambar berkenaan.

Menerusi foto berkenaan, kelihatan seorang lelaki mirip wajah Naim sedang memegang senapang dalam keadaan bahagian bawah badan yang tidak berpakaian dan mengaibkan.

“Selamat Hari Raya, bagi yang ada kemusykilan dalam Twitter semalam, INI BUKAN SAYA. Saya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti ekstremis Rejim Zionis.

“Stay safe everyone (kekal selamat semuanya),” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen.

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti berkongsi pelbagai reaksi terhadap foto tersebut.

““Astaghfirullah. Ingatkan betul-betul Naim Daniel tadi.

“Nampak sama tapi bukan dia,” tulis netizen.

Paling menarik perhatian netizen, ibu kandungnya yang menggunakan akaun Instagram bernama Nora Taherah turut meninggalkan komen lucu pada gambar berkenaan

“Ya Rabbi. Saya tak pernah melahirkan dia ni,” tulisnya ringkas.

Terdahulu, pelantun lagu Purnama itu menerusi hantaran berbeza beberapa hari lalu mengutuk kekejaman zionis yang menyebabkan beberapa rakyat Palestin menjadi mangsa korban dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza Isnin lalu. – K! ONLINE

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

1 comment:

Anonymous said...

Salute to Indonesia Army...

Tentera Malaysia lansung tak membantu Gaza Palestine..!!

Tentera Indonesia buat pangkalan di Lubnon untuk membantu kemanusiaan Gaza dan Palestine.... Tahniah dan bangga pada kerajaan Indonesia dan amat memalukan kerajaan Malaysia Lansung tidak membantu Gaza dan Palestine di bawah kerajaan Papanon.... Cakap Palestine bergegar satu stadium ekor bergelumang dengan taik Yahudi.. puiii..!!

Lebih malang bila bakal jadi pemimpin utama pula layan News Straits Times Singapura (NST) untuk di wawancara visi dan misi bila Jadi pemimpin utama nanti. Tidak ada sensitivity lansung pada Rakyat Palestine dan Gaza yang hari hari dibunuh dengan kejam dan di bom dengan bom phosphorus...!!

NST itu lidah utama Pengarah kerajaan Singapura yang 100% menyokong genosid kanak kanak dan rakyat Palestine Gaza. Singapura itu dikenali Little Isreal Zionis Asia Tenggara dibawah kerajaan PAP@DAP di Malaysia. Lansung tak Ada sensitivity pada Rakyat Palestine

Sepatutnya kerajaan Malaysia dah lama lupakan dan putuskan hubungan diplomatic dengan Singapura...!!

Pelik bila kerajaan Malaysia lansung tak Ada sensitivity dan lansung tak ada rasa malu saudara Islam di Gaza Palestine...!!

..dah lah kerajaan tak membantu lagi nak memnyusahkan rakyat jelata ..

Banganggg...!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails