PMX angkuh, ke mana hilang akal budi?PERDANA Menteri ke-10 (PMX) kata, PAS sombong dan angkuh.
Di pentas yang sama, PMX dengan angkuhnya memaklumkan bahawa beliau sebagai Perdana Menteri tidak akan memberi peruntukan serta projek kepada wakil rakyat pembangkang.
“Hari ini saya ada kuasa, saya tidak akan bagi projek itu kepada mereka (pembangkang).”
Mendengar ucapan tersebut;
Teringat ucapan PMX pada April lepas yang mengingatkan Melayu Islam untuk tidak terlalu selesa dan angkuh.
Teringat ucapan Ahli Parlimen PH yang secara terbuka dalam sidang media di Parlimen, “Ini kerajaan kami, ikut suka kami lah nak buat apa.”
Teringat nada sinis PMX dalam menjawab soalan pelajar matrikulasi sehingga pelajar tersebut dimalukan di hadapan seluruh peserta Temu Anwar.
Teringat bagaimana PMX dan barisan kabinetnya bukan sahaja tidak peduli bahkan dengan sombong menafikan kritikan serta teguran yang diberi oleh rakyat, ahli akademik dan pemain industri.
Siapakah yang sombong dan angkuh sebenarnya?
Sedemikian banyak kata-kata angkuh dan dusta dalam ucapan di Kemaman itu, saya setuju satu perkara dengan PMX, “Orang sombong tak layak jadi wakil rakyat.”
PMX telah jauh tersasar daripada moral seorang pemimpin yang baik. Seorang ketua negara yang berkuasa apabila ucapannya penuh dengan kesombongan, angkuh dan mengamalkan politik ugut maka rosaklah negara ini.
Pemimpin yang rendah akal budi sewajarnya direhatkan. Persepsi negatif rakyat yang sangat tidak berpuas hati dengan setahun pentadbiran Kerajaan Madani ini hanyalah permulaan kepada suatu malapetaka yang lebih besar bakal menimpa Kerajaan Madani pada hari ini.
Ke mana hilangnya akal budi?
Sekian.
ZURK AHMAD
Ketua Penerangan
PAS Negeri Selangor
1 Disember 2023 – HARAKAHDAILY 1/12/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: PMX Angkuh.. Tapi lebih angkuh lagi DAP?
Lihat komen ini..
(i) Al-hamdulillah, seseorang MARZUKI MOHAMAD menulis..
Ini pandangan saya.
AMERIKA Syarikat sebuah negara demokrasi. Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat 1776 menyebut ‘all men are created equal’ with the right to ‘life, liberty, and the pursuit of happiness’. Inilah asal usul ‘American Dream’.
Tetapi orang kulit hitam di Amerika Syarikat hanya diberikan hak mengundi pada tahun 1870, iaitu 94 tahun selepas itu. Obama muncul sebagai orang kulit hitam pertama menjadi Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2009, iaitu 233 tahun selepas perisytiharan kemerdekaannya. Itupun ibunya kulit putih.
Di Malaysia, orang bukan-Melayu tidak perlu menunggu selama itu untuk mendapat hak mengundi. Pada Pilihan Raya Umum 1955, iaitu dua tahun sebelum Merdeka, orang bukan-Melayu telah pun mendapat hak untuk mengundi dan pemimpin kaum bukan-Melayu seperti Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan telah menjadi menteri dalam Kabinet Persekutuan sejak dari awal lagi.
Malaysia lebih hebat dari Amerika Syarikat.
[Nota: Saya tidak berniat untuk menyamakan orang bukan-Melayu di Malaysia dengan orang kulit hitam di Amerika Syarikat dari segi taraf hidup dan sejarah asal-usul keberadaan di kedua-dua negara. Saya hanya merujuk kepada kedua-duanya dalam konteks wacana mengenai kesamarataan hak politik].
Lim Kit Siang menulis mengenai ‘Malaysian Dream’. Beliau ingin melihat orang bukan-Melayu di Malaysia menjadi Perdana Menteri dalam tempoh yang lebih cepat berbanding orang kulit hitam menjadi Presiden di Amerika Syarikat. Dalam nafas yang sama beliau mengecam konsep etnik tunggal (boleh difahami sebagai dominasi Melayu atau hanya orang Melayu boleh menjadi Perdana Menteri).
Dalam dekad-dekad sebelum ini, DAP memang tidak menyukai politik Malaysia yang dikatakan bersifat ‘Malay dominance’ atau dikuasai oleh orang Melayu. Oleh kerana dominasi Melayu inilah, DAP mengatakan orang bukan-Melayu di Malaysia adalah rakyat kelas kedua. Ini menjadi modal kempen DAP dalam pilihan raya untuk memancing undi bukan-Melayu.
(Cukup sampai di sini, ikuti seterusnya dalam 'Impian Malaysia atau impian DAP?' MARZUKI MOHAMAD - HARAKAHDAILY 2/12/2023)
(ii) Siapa sebenarnya yang angkuh?
Anwar menyifatkan sebagai satu kegilaan untuk membenarkan pembunuhan manusia, bayi serta pengeboman hospital dan sekolah, yang dilakukan Israel ke atas Palestin - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
Israel angkuh kerana sokongan AS, Eropah - PM Anwar
Oleh Hasimi Muhamad Oktober 25, 2023 00:49 MYT -astro Awani.
KUALA LUMPUR: Israel telah menjadi terlalu angkuh kerana sokongan yang diberikan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, pemimpin-pemimpin negara Arab dan Islam juga sedar bahawa konflik yang berlaku antara Palestin dan Israel bukan mudah untuk diselesaikan.
(Lanjut sila rujuk 'Israel angkuh kerana sokongan AS, Eropah - PM Anwar' Oleh Hasimi Muhamad Oktober 25, 2023 00:49 MYT -astro Awani.)
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam.
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.
Ikutilah siri keganasan Israel di Palestin, tanda hayatnya sudah dekat..
Semoga Allah permudahkan segala urusan n buka hati
ReplyDeleteMajority lebih besar 50 ribu mampu diraih di Kemaman jika Tun Mahathir tidak menempelkan dirinya grand finale PRK Kemaman.
ReplyDeletePeratusan 65.76% yang mengundi. 10% pengundi Bossku tidak mengundi hanya disebabkan Tun Mahathir Cuba menonjolkan pimpinan kununnya Islamic sedangkan PejWang di bawah Boboi lebih sekular seperti Marina Gereja mempertahankan LGBT dan COMANGO liberal dibawah jenama PejWang.
Dr Samsuri meraih 64,998 undi pada PRK Kemaman, meninggalkan calon Barisan Nasional yang terpaksa berpuas hati dengan 27,778 undi.
Ini bermakna PAS meraih majoriti 37,220 undi pada pilihan raya ini, mengatasi 27,179 undian yang diperoleh pada PRU15.
Sekiranya pengundi Bossku turun mengundi dijangk kan kemenangan Dr Sam melebihi 50 ribu majority