Che'gu Bard (dua dari kiri) dalam Sidang Media Berhubung Laporan Polis mengenai isu Rasuah Rancangan Tebatan Banjir (RTB), di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur pada hari ini, 20 Dis 2023. (FOTO: HARAKAHDAILY/Suffi Kamari)
Che’gu Bard gesa siasat isu rasuah tebatan banjir RM16 bilion
KUALA LUMPUR: Satu laporan polis telah dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’gu Bard menggesa siasatan dijalankan berhubung dakwaan kes rasuah rancangan tebatan banjir bernilai lebih RM16 bilion.
Beliau berkata, pada April 2023 telah berlakunya kebocoran dokumen sulit mengenai surat yang ditandatangani Kementerian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad kepada Menteri Kewangan Malaysia.
Menurutnya, dalam surat tersebut ada menyatakan Kementerian tersebut meminta kelulusan Menteri Kewangan itu sendiri yang merupakan Perdana Menteri Malaysia untuk projek tebatan banjir di seluruh negara dengan senarai syarikat yang sudah disiapkan oleh Kementerian tersebut.
“Paling menarik dalam surat RTB tersebut adalah sebanyak RM16,639,677,000 dan siap dengan peruntukan RM500,000,000 atas nama Pasukan Khas (Pejabat Perdana Menteri) itu sendiri secara off budget yang sememangnya lagi tinggi dan berbeza daripada cadangan Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini,” katanya.
Gambar Tuan Ibrahim: “Paling menarik dalam surat RTB tersebut adalah sebanyak RM16,639,677,000 dan siap dengan peruntukan RM500,000,000 atas nama Pasukan Khas (Pejabat Perdana Menteri) itu sendiri secara off budget yang sememangnya lagi tinggi dan berbeza daripada cadangan Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini,” ..
Tambah beliau, peningkatan kos tersebut adalah hasil daripada rasuah yang mana kesemua syarikat yang tersenarai dipaksa untuk menandatangani perjanjian memberikan komisyen kepada proksi Menteri dan orang dalam kerajaan.
Namun begitu, kata beliau lagi perkara tersebut dipanggil sebagai kononnya ‘fi perunding cara’ sedangkan hakikatnya ia adalah rasuah.
Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Berhubung Laporan Polis mengenai rasuah Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berhampiran di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.
Che’gu Bard berkata, antara pihak yang terlibat dalam perjanjian tersebut ialah Tetuan Hamidah & Rafidah yang beralamat di Kelang dan Tetuan Siti Munirah & Co yang beralamat di Batang Kali.
“Antara proksi yang terlibat ialah Bongsu Ali yang merupakan seorang pemandu (gred jawatan H11) di sebuah Majlis Perbandaran di Selangor dan diikuti dengan sebuah syarikat yang menjual alat kecantikan iaitu CMA Global.
“Ini merupakan satu perkara yang sememangnya tidak masuk akal apabila kita betul-betul teliti mengenai perkara ini,” katanya lagi.
Apabila ditanya mengenai mengapa tidak dilaporkan masalah ini kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), beliau menyatakan ketidakpercayaan kepada pihak tersebut lebih-lebih lagi apabila SPRM sendiri dikawal oleh pihak kerajaan itu sendiri.
“Jadi, saya lebih sedikit percaya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membuat laporan sebegini dan kita minta PDRM untuk siasat perkara ini kerana kerajaan seolah-olah menghalalkan amalan rasuah dalam negara ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/12/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rasuah tebatan banjir RM16 bilion. & DAP paling untung?
Lihat komen ini..
(i) ‘Beli tanah RM3,500; nilai terkini RM3 juta’
a. Di KL, penduduk Kampung Setia Jaya di Setapak, di sini mempunyai bukti bahawa bahawa mereka sememangnya penduduk asal di situ. Malah telah membeli tanah di kawasan itu; dan bukan penceroboh seperti yang didakwa pihak Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) sebelum ini.
Seorang penduduk kampung itu, Zainal Abidin Napi yang ditemui […] Sila log in atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya.
Lakaran peta menunjukkan Kampung Setia Jaya di Setapak, Kuala Lumpur tidak termasuk di dalam kawasan KTAR. (FOTO: HARAKAHDAILY/Ikmal Emir)
Jom tengok kenapa DAP paling untung. Statistik penduduk dan undi DAP.
Kepong:
Cina 72.9 peratus.
Melayu 20.2 peratus.
India 6.3 peratus.
DAP menang majoriti 61,081 pada PRU15.
DAP pegang sejak 1982.
Segambut:
Cina 55.8 peratus.
Melayu 32.4 peratus.
India 10.7 peratus.
DAP menang majoriti 59,684 pada PRU15.
DAP pegang sejak 2008.
Bukit Bintang:
Cina 56.5 peratus.
Melayu 27.1 peratus.
India 15.5 peratus.
DAP menang majoriti 38,977 pada PRU15.
DAP pegang sejak 1986. BN (MCA) ambil alih 1996, DAP rampas semula pada 1999.
Seputeh:
Cina 57.3 peratus.
Melayu 31.1 peratus.
India 11.2 peratus.
DAP menang majoriti 67,187 pada PRU15.
DAP pegang sejak kawasan ini pilihan raya ini ditubuhkan pada 1986.
Cheras:
Cina 59.6 peratus.
Melayu 32.2 peratus.
India 7.6 peratus.
DAP menang majoriti undi 54,448 pada PRU15.
DAP pegang sejak kawasan pilihan raya ini ditubuhkan pada 1995.
5 lagi kerusi Parlimen di Kuala Lumpur dipegang PKR dan 1 kerusi BN.
Semua parti komponen kerajaan memperjuangkan agenda DAP. DAP untung.
DAP nak persempadanan semula. DAP nak Perdana Menteri bukan-Melayu. Adakah memperjuangkan nasib negara perlu memperjuangkan nasib DAP dahulu?
MOHAMAD SUHAIMI ABD AZIZ
Ketua Penerangan
PAS Wilayah Persekutuan – HARAKAHDAILY 20/12/2023
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
No comments:
Post a Comment