Saturday, January 07, 2023

Apapun, PAS tetap bersama rakyat, bina jambatan. Walau KM Sabah goyang?

 


1. Penduduk hargai PAS bina semula jambatan roboh

SANDAKAN: Penduduk Kampung Forest yang ditimpa bencana air pasang meluahkan rasa syukur dan terima kasih di atas sumbangan berupa papan dan kayu yang diberikan oleh PAS untuk membina semula jambatan, pagi semalam.

Menurut penduduk yang dikenali dengan panggilan Sakkam, kebanyakan mereka terpancar kegembiraan di wajah setelah keperluan yang sangat diinginkan telah dipenuhi oleh PAS.

“Kami penduduk di sini berbanyak-banyak terima kasihlah atas sumbangan yang cukup besar bagi kami supaya jambatan di kampung kami ini dapat diselesaikan dengan segera,” katanya ketika ditemui Harakahdaily.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid berkata, beliau mewakili PAS Sandakan menghulurkan sumbangan tersebut bagi membina semula jambatan yang musnah akibat bencana berkenaan.

“Jambatan ini akan memberi manfaat kepada penduduk untuk urusan harian termasuk anak-anak ke sekolah, para pemuda serta ayah yang pergi bekerja, urusan ibu-ibu dan lain-lain.

“Saya berharap agar sumbangan ini dapat memberikan kelegaan buat penduduk yang bersusah payah mengeluarkan dana sendiri sebelum ini untuk membina jambatan,” ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Sandakan.

Beliau turut berharap agar lebih banyak pihak tampil khususnya wakil rakyat sekali gus membela nasib mereka yang amat memerlukan.

Pada 24 Disember lalu, lebih 100 rumah atas air dilaporkan roboh akibat dipukul ombak ketika fenomena air laut pasang besar

Kejadian yang berlaku pada 10.30 malam itu melibatkan dua kampung iaitu Kampung Forest dan Kampung Tinusa Dua.

Susulan kejadian itu, sebanyak 29 keluarga melibatkan 162 orang termasuk 53 kanak-kanak dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2. 

Di Kampung Tinusa Dua pula, 13 keluarga melibatkan 130 orang berlindung di masjid manakala keluarga lain berpindah ke rumah jiran yang berkedudukan lebih tinggi.

Lima jambatan turut roboh di itu namun tiada mangsa dilaporkan cedera. – HARAKAHDAILY 5/1/2023


2. Hajiji sudah tiada sokongan majoriti sebagai Ketua Menteri - ADUN KDM  

Presiden KDM, Peter Anthony. - Foto fail NSTP

KOTA KINABALU: Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) hari ini percaya, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor tidak lagi mempunyai sokongan majoriti sebagai Ketua Menteri.

Presiden KDM, Datuk Peter Anthony, berkata perkara itu merujuk kepada Perlembagaan Negeri Sabah, yang menyatakan bahawa Ketua Menteri sebagai ketua parti yang mendapat majoriti bilangan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

"Seterusnya, di bawah Perkara 7(1) Perlembagaan Negeri Sabah, ADUN Sulaman, Datuk Seri Hajiji Noor hendaklah meletakkan jawatan serta-merta," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan malam tadi.

Beliau berkata, sehubungan itu KDM menyerahkan kepada kepada kebijaksanaan dan budi bicara Tuan Yang Terutama, Tun Juhar Mahiruddin selaku Yang Di-Pertua Negeri Sabah untuk memutuskan pelantikan Ketua Menteri Sabah yang baharu berdasarkan dengan apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Negeri Sabah.

DUN Sabah mempunyai 79 ADUN iaitu 73 ADUN yang dipilih dan enam ADUN dilantik.

Dengan tindakan KDM, serta UMNO dan BN Sabah menarik sokongan malam ini, Kerajaan Sabah diterajui Hajiji hanya mempunyai sokongan 38 ADUN iaitu 29 daripada GRS, PH (tujuh), dan masing-masing seorang ADUN daripada Parti Harapan Rakyat Sabah dan Bebas.

Parti Warisan mempunyai 19 kerusi, BN (18), KDM (3) manakala PAS satu kerusi.

Terdahulu, Pengerusi BN Sabah merangkap Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan pihaknya menamatkan kerjasama membentuk kerajaan negeri Sabah yang dimeterai sejak PRN pada September tahun lepas. (BH)

Komen Weblog Ibnu HasyimApapun, PAS tetap bersama rakyat, bina jambatan. Walau KM Sabah goyang?

Itulah politik kebajikan Islam yang dibawa oleh PAS.. Al-hamdulillah!

X sekat pelancong China -PM Anwar. & UMNO karam.

 


1. Tiada sekatan ke atas pelancong dari China -PM Anwar

PETALING JAYA: Kabinet memutuskan tiada sebarang larangan atau sekatan dikenakan terhadap pelancong daripada mana-mana negara luar termasuk China ke negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan mengambil pendirian tidak ‘mendiskriminasi’ China melihat keadaan jangkitan wabak Covid-19 di beberapa negara lain termasuk Amerika Syarikat juga berdepan situasi sama.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan akan memperketat kawalan sedia ada seperti penggunaan pengimbas suhu terhadap pendatang asing di pusat Imigresen khususnya daripada negara yang berisiko tinggi berlaku jangkitan wabak.

“Kabinet tanpa ragu memutuskan bahawa aspek kesihatan adalah hal yang utama. Soal pelancongan dan ekonomi tidak boleh mengatasi kepentingan mengawal dan merawat rakyat dari segi wabak dan jangkitan. Tiada tolak ansur.

“Namun, ini tidak bermakna kerajaan harus memberi kelonggaran kepada mana-mana negara termasuk China, kita harus pantau seperti mana mengikut keperluan dan kepentingan.

“Oleh itu, kerajaan akan mengambil tindakan untuk menyelamatkan rakyat kita, sesiapa sahaja yang masuk (ke Malaysia) harus dipantau dan dikenakan syarat yang sama,” katanya dalam sidang akhbar delepas mesyuarat Kabinet hari ini.

Mengulas mengenai pengambilan dos penggalak Covid-19, Anwar berkata, negara mempunyai bekalan vaksin yang mencukupi namun banyak yang dilupuskan disebabkan sambutan ‘tidak hangat’ dalam kalangan rakyat berbanding pengambilan dos pertama dan kedua.

Justeru, sebelum rakyat memulakan langkah mengambilnya, beliau menyeru supaya pengamal media yang belum mendapatkan vaksin berkenaan untuk mengambil langkah terdahulu.

“Jadi, saya usulkan supaya kita mulakan dengan wartawan yang belum mengambil dos penggalak jangkitan ini, mengikut unjuran Kementerian Kesihatan belum menentu dan tamat.

“Kalau wartawan memberikan teladan yang baik, itu (pengambilan dos penggalak) akan diikuti oleh rakyat,” katanya.
- UTUSAN


2. Umno dihanyutkan menuju karam 

KE MANA Umno sedang tuju? Belum jumpa ada yang kata Umno menuju kepada fasa pengukuhan dan bertambah baik. 

Yang ada hanya keluhan dan rauk kecewa yang melihat Umno menuju kehancuran dan kemusnahan jika tidak direjuvenasi dengan segera. 

Rasa dan pandangan ini bertepatan dengan data yang ada. Mari kita lihat sejenak prestasi Umno atau BN dalam PRU-PRU yang lalu;

Pengundi BN

PRU13 – 5.2 juta orang.

PRU14 – 4.0 juta orang.

PRU15 – 3.4 juta orang.

Pengundi BN dalam 3 pilihan raya terakhir ini memperlihatkan penurunan demi penurunan undi. Maksudnya, rakyat makin jauh dan menjauhi BN. 

Walhal, jumlah pengundi PRU15 lalu bertambah hingga 15.5 juta pengundi. Namun, undi kepada BN bukan sahaja tidak bertambah, malah makin berkurang. 

Mari kita lihat jumlah kerusi yang dimenangi BN dalam PRU-PRU yang lalu. 

PRU13 – 133 BN (88 Umno).

PRU14 – 74 BN (54 Umno).

PRU15 – 30 BN (26 Umno).

Ini adalah data-data yang tidak dapat disangkal. Umno atau BN sedang menuju kehancuran dan kemusnahan. Rakyat konsisten menolak Umno atau BN. 

Dalam keadaan nazak sedemikian, Umno atau BN telah menempah nisan beserta kelengkapan pengembumiannya sendiri apabila memeluk DAP-PH yang selama ini bermatlamat membunuh mereka.

Terbukti dalam PRK Padang Serai. Bukan lagi rakyat menolak Umno atau BN namun penyokong setia Umno atau BN juga kecewa dengan Umno atau BN. 

PRU14 

PH – 31,724 undi.

PAS – 22,911 undi.

BN – 15,449 undi.

PRU15

PH – 35,377 undi.

PN – 51,637 undi.

BN – 2,983 undi (tarik diri).

Jika ambil kira undi PRU14, sepatutnya dalam PRU15 selepas gabungan PH-BN dibentuk, sekurang-kurangnya mereka dapat 47,173 undi. 

Namun, dalam PRU15 PH-BN hanya dapat 35,377 undi sahaja dan hilang 11,796 undi. Ini tidak mengambil kira penambahan pengundi baru lagi. 

Bahasa Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) agak lembut sebenarnya apabila mengatakan Umno sedang dihanyutkan. Mungkin berikan harapan agar Umno kembali sedar dan mendayung semula. 

Namun bagi aku, hakikat sebenar Umno itu sudah pun tenggelam dan karam angkara sendiri. Itu pun TGHH masih guna ayat lembut, tapi kita pula dituduh mahu membunuhnya.

Nyawa dah di halkum pun masih lagi sombong. Cis

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 4/1/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: X sekat pelancong China -PM Anwar. & UMNO karam.

Kabinet memutuskan tiada sebarang larangan atau sekatan dikenakan terhadap pelancong daripada mana-mana negara luar termasuk China ke negara ini.

PM Anwar berkata, kerajaan berpendirian tidak ‘mendiskriminasi’ China...

Friday, January 06, 2023

Gedong fitnah bro An. 600 billion... Babi bincang kabinet..

 

Komen Rakyat dalam blog ini..

20 comments:

 
Anonymous said...

Gedong fitnah ada pada bro An. 600 billion kononnya. Dana pilihan raya dari duit judi. Pas naikkan 22 ke 8. Guru dan murid bergabung bentuk pakatan. Harga babi dibincangkan peringkat kabinet.

2 Anonymous said...

PM kita otak genral degree biashe biashe Pengajian Melayu ajer... dah mudarat baru nak cegah kottt..

Thailand akan perketat semula peraturan termasuk untuk pelancong China
Kemuka bukti ambil dua vaksin dan keputusan RT-PCR negatif
tapi
Bang Non kate tiada sekatan pelancong dari Negara China..
Alahaiiii...

3 Anonymous said...

Datuk Johari dinasihat kena guna cara Bossku selesai masalah Kg Sungai Baru di Kampung Baru seperti idea Bossku dalam Projek Kerinci Residensi untuk selesaikan masalah Sg Baru Kg Baru.

https://mykmu.net/2023/01/03/johari-cuba-yang-terbaik-selesaikan-masalah-kampung-sungai-baru/

Pertemuan dijalankan antara pemaju dan pemilik tanah Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, di sini bersama Menteri Wilayah Persekutuan. Menteri Wilayah jangan jadi Nurul Izzah dalam isu Kerinci Residensi.

https://youtu.be/VEvmx7EW950

Pemaju bersetuju menyediakan tawaran baharu dinamakan Pakej Harmoni kepada pemilik unit flat, yang diputuskan jumlah pampasan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKPTGWPKL), pada sesi siasatan pengambilan tanah.

Projek Residensi Kerinchi 18 tingkat yang dibina bagi menggantikan flat empat tingkat di Kampung Kerinchi dekat sini adalah bukti kerajaan sentiasa berusaha me­ngubah masa depan rakyat ke arah yang lebih baik.

“Pakej Harmoni menawarkan sebuah unit kediaman berkeluasan 900 kaki persegi yang bernilai RM300,000, dengan jumlah pampasan pengambilan tanah yang diterima oleh pemilik flat dipulangkan separuh kepada pemaju.

Jika dahulu penduduk flat Kerincj Residensi berkenaan tinggal dalam kea­daan rumah yang tidak terurus dan usang­ dengan berkeluasan hanya 300 hingga 450 kaki persegi sejak 1971.

Kini mereka mampu tinggal di pangsapuri berkeluasan 900 kaki persegi yang kondusif dilengkapi kolam renang, surau serta taman permainan tanpa sebarang bayaran berdasarkan konsep trade-off (tukar ganti).

Hanya beberap kerat penduduk Kerinci Residensi yg berputih mata bila dihasut Nurul Izzah semasa jadi MP Lembah Pantai dulu. Menyesal tak sudah pada yang termakan hasutan...

phadan mhukaaa..!!

naim jom buat research kehadiran Ahli parlimen semasa ia bersidang. pastu tengok sapa yang paling banyak berbahas. kalau boleh julat range dari pru 11 hingga khusus kepada ahli parlimen yang lama terpilih.

5 Anonymous said...

Melayu perlukan ramai hartawan dan billionaire seperti :
#1 Kekayaan Abdurrahman bin ‘Auf
#2 Kekayaan Az Zubair bin al ‘Awwam
#3 Kekayaan Usman bin Affan
#4 Kekayaan Thalhah bin ‘Ubaidillah
#5 Kekayaan Sa’d bin Abi Waqqash
Teladan Dari Sahabat Rasulullah yang Kaya.

Sahabat-sahabat Rasulullah yang Kaya dan Dermawan untuk bersaing dengan bangsa paling kuat penipu nya dan terbukti bangsa yang paling kuat menipu seluruh dunia..!!

Melayu sila bukak biji mata memasing luas luas dan lebar lebar... Macamana game Kaum Cina di Malaysia ini..

7-Eleven Malaysia Holdings Bhd dalam satu kenyataannya mengumumkan Robin Tan Yeong Ching telah meletak jawatan sebagai pengerusinya, “untuk meneruskan minat lain” dan digantikan oleh Farhash.

Tan, anak kepada pemegang saham utama 7-Eleven, taikun Vincent Tan Chee Yioun dengan 41.8 peratus kepentingan, dilantik ke lembaga pengarah kumpulan itu sebagai pengerusi, pengarah bukan eksekutif bukan bebas.

Maka terkinja kinja lah barua Melayu ada yang sokong dan barua Melayu yang bantah..!!

Biar pemimpin PM Melayu barua mereka silih berganti taikun dan tokey tokey kaum Cina tetap orang yang sama. Kartel taikun yang sama. Mafia taikun mereka tetap yang sama juga hasil didikan tuan mereka Lee Kwan Yew@DAP setelah 22 tahun 22 bulan berjaya membaruakan PM Melayu dan terkini diganti barua mereka yang baru..

Belom lagi masuk kes Jho Low yg sedang ketawa terbahak bahak tepok tangan geli hati melihat betapa bodoh nya, betapa bangang nya, betapa tolol dan tongong nya pemimpin pemimpin Melayu di perkotak katikkan oleh sekor saja bernama Jho Low.

Jho Low lesap ada bekas ketua pulis Melayu (hrmmm Melayu lagiii..) jadi beruang dll. Ini lah speicies prmimpin Melayu yang DAP@Lee KwanYew paling suka sekali yang bodoh bangang dan dicucuk hidung...!!

Begitu juga species kaum bapak Cina di tanah besar China disana. Tiba giba kita dikejutkan outbreak Covit 19 disana. Sedangkan China pembekal dan pengeluar vaccine Sinovac seluruh dunia. Malaysia pembeli vaccine Sinovac semasa pendemik lockdown dulu.

Link bawah "Medicine Shortages Humiliates China"

https://youtu.be/3Y-A8TLWizY

Adakah rakyat China tidak mengunakan vaccine SINOVAC ciptaan mereka..!? Ini satu penipuan terbesar dlm sejarah manusia moden.!!

Mana pergi nya vaccine Sinovac dari China untuk rakyat China..!? Sedangkan China adalah pengeluar vaccine dan pembekal supply vaccine Sinovac seluruh dunia...!?

Mana vaccine Made In China untuk rakyat China tsb..!? Dah ramai pemimpin tertinggi elit komunis China mati pasal Covit.. Mana vaccine Sinovac ciptaan mereka sekarang..!? Ini lah bangsa paling kuat menipu..!!! Bangsa paling penipu..!!

Ini semua species kaum paling penipu tetapi Melayu ajer jadikan contoh dan terkinja kinja berlumba jadi barua barua kaum penipu ini.. puiii..!! Bagi bangsa ini dng falsafah "kalau tak menipu tadak untung woo"

Maka terkinja kinja walaun pertahankan pelantikan Farhash itu satu perkara yang jijik dan dipandang serong.

Perlantikan Farhash adalah bukti bahawa agenda ‘reformasi’ yang dilaung-laungkan oleh PH dan Anwar sekian lama adalah bohong dan merupakan taktik politik untuk memperdaya pengundi.

Kita dah tak perlukan kaum ini.. kita harus mengadakan taikun dan billionaire seperti Abd Rahman Auf dll di zaman rasulallah...

Billionaire Islam spt ini yang patut diwujdkan untuk dijadikan contoh bukan taikun judi, taikun mafia dan kartel monopoli sambil sorok dan lambakkan barang keperluan sesuka hati mengaut keuntungan dengn cara menipu.!!

6 Anonymous said...

Dulu tibai dato supaya bagi sumbangan 10 juta dan 50 juta. Sekarang kata diskriminasi kalau sekat pelancong dari negara mata sepet. Harga haiwan hidung penyek pun dibincangkan di kabinet. Ini semua poyo. Ini diskriminasi kepada orang Islam dan bumiputera.

7 Anonymous said...

Kalau PM hangs Ada general degree Klas 3 jurusan Pengajian Melayu...

Tapi otak Melany masih kena jajah

Siapa agaknya yang mengawal bank negara sehinggakan menteri kewangan malah perdana menteri pun tak boleh bersuara apabila berkaitan dengan riba?

Adakah kita masih dijajah...?

8 Anonymous said...

Harap rakyat lebih berhati2 sebab dikhabarkan babi2 di P Pinang sekarang telah diserang penyakit selsema babi africa!

9 Anonymous said...

Perkahwinan bawah umur. Allah menjadikannya halal, mereka menjadikannya haram. Ini perbuatan SYIRIK, dosa terbesar. Siapakah mereka2 itu?

10 Anonymous said...

Orang lgbt ni pandai bermuka muka. Cakap lain di belakang buat lain. Kalau tidak masakan sanggup merogol fitrah. Melanggar hukum. Kemudian pura pura warak.

11 Anonymous said...

Alamak ni kes kasi sudah calar imej Malaysia di mata dooonia woooo....!!!

12 Anonymous said...

Kat jepun sudah harikiri. Tapi kat sini muka selumberland. Pandai makeup muka.

13 Unknown said...

Tak habis2 nk fitnah org. Ada 4 saksi ke.. Baca buku yg tuan guru hj hadi ttg qazaf

14 Anonymous said...

Serangan seksual : Mahkamah tetapkan 7 April bagi Yusoff Rawther batal pembelaan Anwar.

Kita lihat nanti. Fitnah atau tidak. Mahkamah tu. Bukan sembang kedai kopi pagi hari.
Dua kali mohon diampunkan. Juga bukan sembang kedai kopi.

15 Anonymous said...

Wak jahit tidak mewakili masyarakat umum dalam parti. Dia berada dalam dunia tersendiri. Masyarakat umum tidak rela harga haiwan hidung penyek dibincang dalam kabinet.

16 Anonymous said...

Ini bukan kisah membawang. Tak caya tanya pakar membawang. Menteri kebun.

17 Anonymous said...

Semoga rakyat kedah berbelanja dengan sumber yang halal.
Apalah sangat 22 ke 8, tetap tidak halal. Alternatif Islam tapi ada kes lewat ke mahkamah.

18 zack said...

Kera jaan skrg pakar dlm nk stabilkan daging babi je, harga ayam atau telor tak tahu pun, tak ada formula,buntu,tp babi ni makanan bos besar yg ramai mp 40 org, menteri yg jaga babi direndahkan taraf, diperalatkan, nama mcm tokoh pejuang islam tp pejuang daging babi je.. Elok klau tuhan tunjuk muka mcm babi.. Yg haram nk dibela tak ada dah yg bkn islam nk handle isu remeh temeh bln selesai dlm dewan perniagaan cina seluruh malaysia je, tak wajar yg haram bawa kabinet!

19 Anonymous said...

Apa perkembangan hasil mesyuarat pertama menteri PH bekenaan harga BABI dipasaran? Saje nak tahu.

20 Anonymous said...

Nampaknya menteri PH kena buat mesyuarat tergempar untuk membincangkan berkenaan selsema babi africa yang dikatakan telah menyerang babi2 di PP?

UMNO dalam bahaya. PAS tingkat di Pahang. & telur, ayam, babi..

 

Foto fail NSTP

1. 'Mudarat besar menanti UMNO jika sekat pertandingan dua jawatan utama'

KUALA LUMPUR: UMNO berisiko berdepan mudarat lebih besar jika menyekat demokrasi dalam parti itu dengan menghalang dua jawatan tertinggi parti daripada dipertandingkan dalam pemilihan akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Yusof Ismail, menegaskan alasan memelihara kestabilan yang digunakan pihak tertentu bagi menyekat pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden, tidak berasas dan 'memualkan'.

Katanya, alasan sama turut digunakan ketika menangguhkan pemilihan parti menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), namun ia jelas tidak memberi sebarang kesan pada kekuatan UMNO apabila parti itu mencatat kekalahan terburuk dalam sejarah.

Beliau mendakwa mudarat lebih besar akan menanti parti itu jika dua jawatan berkenaan tidak dipertandingkan, yang mana UMNO akan ditolak ahli parti dan rakyat secara keseluruhan.

"Alasan sama sebelum PRU15. Konon untuk pastikan parti kuat dan menang. Menang apanya? Kalah teruk lagi ada. Paling teruk dalam sejarah, hanya 26 kerusi sahaja berbanding 54 kerusi pada PRU14.

"Paling tidak, sebelum PRU15 UMNO kuasai kerajaan. UMNO Perdana Menteri. Pergi desak PRU15 diadakan atas alasan kestabilan, sudahnya lagi porak peranda.

"Sekarang nak sekat demokrasi dengan alasan kestabilan lagi? Hanya yang gila kuasa dan kemaruk jawatan serta kepentingan sahaja tak tahu malu guna alasan konon suci macam ini," katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Menjelang pemilihan UMNO yang perlu dilaksanakan sebelum pertengahan tahun ini, beberapa pimpinan parti tampil mendesak supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan untuk menjaga kestabilan.

Ada juga pimpinan berpendapat pertandingan dua jawatan itu berisiko menjejaskan kestabilan kerajaan, khususnya jika Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi gagal mempertahankan jawatan Presiden UMNO.

Pada masa sama, beberapa pemimpin lain mendesak proses demokrasi dan pemilihan dalam parti yang memerlukan pembaharuan selepas kekalahan teruk dalam PRU15.

Sementara itu, Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar, menegaskan sekatan atau halangan untuk bertanding, khususnya bagi jawatan tertinggi parti akan menafikan suara dan kemahuan perwakilan akar umbi dalam memilih pemimpin yang dirasakan mampu memulihkan imej UMNO di mata rakyat.

Selain itu, katanya, perebutan jawatan Presiden UMNO memberi peluang kepada Ahmad Zahid untuk membuktikan sokongan dan keabsahan dimilikinya, sekali gus mampu memimpin parti dengan lebih baik.

"Kalau mungkin ada yang ingin bertanding, ini peluang baik kepada presiden untuk membuktikan beliau mempunyai keabsahan dan sokongan majoriti daripada ahli akar umbi untuk terus menerajui parti.

"Ini seterusnya membolehkan beliau melakukan program transformasi parti dengan mandat yang jelas dan berwibawa daripada ahli akar umbi. Beliau akan menjadi Presiden yang telah teruji dan lulus semua ujian dengan cemerlang," katanya.

BERITA BERKAITAN

 (BH)


2. Pengaruh PAS meningkat sekali ganda di Pahang 

KUANTAN: PAS Pahang berjaya melebarkan pengaruh lebih sekali ganda pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 berbanding PRU 2018 apabila berjaya menguasai 17 Dewan Undangan Negeri (Dun).

Sedangkan pada PRU14 PAS menang di lapan kerusi Dun iaitu Tanjung Lumpur, Damak, Luit, Beserah, Jengka, Chenor, Panching dan Tahan.

Pada PRU15 PAS dan PERIKATAN NASIONAL (PN) menawan Dun Cheka, Pulau Tawar, Sungai Lembing, Lepar, Pulau Manis, Kuala Sentul, Semantan dan Ibam, di samping mengekalkan lapan Dun yang dimenangi pada PRU14.

Peningkatan pengaruh PAS ada hubungkait dengan peranan wakil rakyat PAS sebelum ini yang bekerja untuk rakyat tanpa mengira masa dan ketika.

Situasi itu diteruskan wakil-wakil rakyat baharu yang menang pada PRU lepas.

Antaranya Adun Sungai Lembing Ayub Ashri yang sentiasa berada di tengah-tengah masyarakat berkongsi susah senang bersama penduduk.

Semalam beliau menziarahi lebih 12 penduduk yang terlantar sakit di pelbagai kampung, di samping hadir pada program anjuran penduduk tempatan.

Antaranya beliau menziarahi Pakcik Idris yang mengidap penyakit kanser paru-paru di Kampung Batu 6, Sungai Lembing.

Kataya, kos ubat-ubatan yang ditanggung penduduk terbabit sebanyak RM5,800.

“Saya menyerah borang zakat untuk meringankan beban yang ditanggung Pakcik Idris. Selepas itu kami melawat seorang lagi penduduk Azizan Awang, 65 di Felda Bukit Goh.

“Pakcik Azizan diuji dengan penyakit strok di sebelah kiri. Semoga Pakcik Azizan diberi kesembuhan atas penyakit yang ditanggungnya,” kata beliau pada kenyataan di laman sosialnya.

Adun Sungai Lembing juga menghadiri Program Majlis Yassin dan Tahlil Perdana di perkarangan Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Goh.

Program itu dianjurkan Persatuan Aspirasi Komuniti Bukit Goh dihadiri ramai penduduk tempatan.

Selain itu Ayub menghadiri majlis bacaan Yassin dan doa selamat Pakcik Zainal sempena sambutan tahun baharu di Kampung Kolek Sungai Lembing.

“Saya bertegur sapa dan bertanya khabar penduduk yang menghadiri program tersebut,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 2/1/2023


3. Antara telur, ayam dan babi 


DALAM keadaan kesukaran mendapat telur untuk dimakan, begitu juga dengan kenaikan harga semua barangan asas, seperti ayam, bawang dan sebagainya, tiba-tiba kita dikejutkan dengan keputusan untuk stabilkan harga babi, dengan membawanya ke Kabinet.

Begitulah besarnya kuasa babi, sehingga dibincangkan di Kabinet. Walhal berapalah sangat pemakan babi, berbanding dengan pemakan ayam, daging lembu dan sebagainya.

Kenapa suara babi begitu ditakuti dalam sebuah negara Islam, sedangkan kita masih bertarung dengan ketiadaan telur, kenaikan harga telur dan ayam.

Teramat malang lagi, bila mendengar jawapan untuk stabilkan harga telur dan ayam, jangan makan telur dan ayam. Inilah nasib Melayu di bumi Melayu.

Makanan asasinya tidak terdarjat, makanan yang haram terangkat darjatnya, hanya kerana ultra kiasu. 

Kita sedia maklum, ultra kiasu inilah juga yang mengangkat pemimpin hari ini sehingga berkuasa, tetapi berpada-padalah dalam soal menjaga kepentingan mereka.

Selama ini, kita sudah menjaga mereka, ibarat menatang minyak yang penuh.

Masih ingat lagi artikel saya sebelum ini, babi eksport, lembu import. Negara ini tidak terkenal sebagai pengeksport lembu yang menjadi makanan majoriti, tetapi terkenal dengan pengeksport babi yang menjadi makanan minoriti. 

Inilah yang telah saya bangkitkan selama ini, Melayu menjadi minoriti dalam majoriti.

Ini belum bercakap lagi soal pendidikan, kita begitu beriya-iya untuk mengubah sistem pendidikan Islam, seperti SRITI, tetapi pendidikan vernakular langsung tidak disentuh.

PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH – HARAKAHDAILY 4/1/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: UMNO dalam bahaya. PAS tingkat di Pahang. & telur, ayam, babi..

Inilah politik. UMNO dalam bahaya. UMNO berisiko berdepan mudarat lebih besar jika menyekat demokrasi dalam parti itu dengan menghalang dua jawatan tertinggi parti daripada dipertandingkan dalam pemilihan akan datang.

Kata Ketua UMNO Bahagian Alor Setar.