Friday, January 20, 2023

YDP Dewan Rakyat terkhilaf -Muhyiddin. & S'gor pula lepas K'tan, T'ganu, Kedah, Perlis..

 


1. Keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat adalah terkhilaf

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah menerima surat daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat bertarikh 16 Januari 2023 berhubung notis kekosongan kerusi empat Ahli Dewan Rakyat di Negeri Sabah yang telah gugur keahlian mereka dalam BERSATU. 

Yang Dipertua Dewan Rakyat memutuskan empat Ahli Dewan Rakyat tersebut tidak perlu mengosongkan kerusi masing-masing menurut Perkara 49A (3) Perlembagaan Persekutuan kerana mereka bukan ahli BERSATU ketika bertanding dalam PRU15.

Alasan yang diberikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat ialah empat Ahli Dewan Rakyat tersebut telah menjadi ahli langsung Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada 27 Oktober 2022. Dengan mentafsir Fasal 10.2.3 Perlembagaan BERSATU, Yang Dipertua Dewan Rakyat mendapati keahlian mereka dalam BERSATU telah gugur serta-merta pada waktu itu, iaitu sebelum mereka bertanding dalam PRU15 pada 19 November 2022.

Saya percaya Yang Dipertua Dewan Rakyat telah terkhilaf dalam membuat tafsiran Perlembagaan BERSATU dan dengan itu keputusannya juga adalah terkhilaf. Yang Dipertua Dewan Rakyat bukanlah pihak yang mempunyai kuasa untuk mentafsir Perlembagaan BERSATU.

Fasal 10.2.3 Perlembagaan BERSATU menyatakan seorang ahli gugur keahliannya secara serta-merta apabila menyertai mana-mana parti politik lain. Fasal ini tidak terpakai kepada empat Ahli Dewan Rakyat tersebut kerana mereka adalah ahli BERSATU dan BERSATU adalah pengasas serta parti komponen GRS pada masa itu. 

Justeru, GRS tidak boleh ditafsirkan sebagai ‘parti politik lain’ mengikut semangat dan intipati Fasal 10.2.3 Perlembagaan BERSATU.

Selain itu, surat daripada Setiausaha Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sabah bertarikh 3 November 2022 jelas menyenaraikan empat Ahli Dewan Rakyat tersebut adalah calon GRS dari parti BERSATU. Ini bermakna, penyertaan mereka sebagai ahli langsung GRS tidak menjejaskan keahlian mereka dalam BERSATU ketika mereka bertanding dalam PRU15 yang lalu. Surat tersebut telah diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk membantu beliau membuat keputusan.

Jika pun terdapat perselisihan dalam mentafsir Fasal 10.2.3 Perlembagaan BERSATU, Fasal 27 Perlembagaan BERSATU memperuntukkan kuasa untuk memberikan tafsiran yang muktamad terletak pada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU. Maka, dalam hal ini hanya MPT BERSATU boleh menentukan sama ada empat Ahli Dewan Rakyat tersebut telah gugur keahlian mereka serta-merta apabila mereka menyertai GRS. 

Yang Dipertua Dewan Rakyat membuat keputusannya berdasarkan tafsiran beliau mengenai Fasal 10.2.3 Perlembagaan BERSATU. 

Oleh kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk mentafsir Perlembagaan BERSATU, keputusannya bahawa empat Ahli Dewan Rakyat berkenaan tidak perlu mengosongkan kerusi mereka adalah terkhilaf

Fakta juga jelas menunjukkan bahawa mantan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor hanya mengisytiharkan keluar parti pada 10 Disember 2022. Tindakan menyeberang lantai (crossing the floor) empat Ahli Dewan Rakyat berkenaan juga berlaku pada 19 Disember 2022 yang mana kedua-dua perbuatan ini mengakibatkan keguguran keahlian mereka dalam BERSATU di bawah Perkara 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan BERSATU selepas PRU-15.

Adalah jelas Yang Dipertua Dewan Rakyat telah membuat tafsiran khilaf berkenaan Perkara 49A (3) Perlembagaan Persekutuan. Memandangkan kuasa mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang terletak pada mahkamah, maka BERSATU akan merujuk perkara ini ke mahkamah supaya keluhuran undang-undang sentiasa terpelihara.

Saya percaya mahkamah adalah tempat yang sesuai untuk mendapatkan keadilan dalam hal ini memandangkan Yang Dipertua Dewan Rakyat daripada parti Pakatan Harapan adalah pihak yang berkepentingan.

TAN SRI DATO’ MUHYIDDIN MOHD YASSIN
Presiden
Parti Pribumi BERSATU Malaysia.
17 Januari 2023 – HARAKAHDAILY 17/1/2023



2. Giliran Selangor selepas K’tan, T’ganu, Kedah dan Perlis 

PAS menang 43 dari 222 kerusi dalam PRU Parlimen ke-15 baru-baru ini.
 
Kemenangan itu rata-rata di kerusi majoriti Melayu iaitu: 
21 kerusi lebih 90 peratus Melayu.
10 kerusi lebih 80 peratus Melayu.
7 kerusi lebih 70 peratus Melayu.
4 kerusi lebih 60 peratus Melayu.

1 sahaja bawah 60 peratus Melayu iaitu di Parlimen Kuala Langat, Selangor dengan 58.69 peratus Melayu. (Kuala Langat punya 41.31 peratus pengundi bukan-Melayu).

Di kerusi Kuala Langat calon PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi (Doktor Perubatan anak tempatan yang juga ADUN Sijangkang) menang mengalahkan calon PH dan BN dengan majoriti 1,833 undi.

Walau di kerusi 58.69 peratus Melayu calon PAS mampu menang di Selangor bagaimana pula di DUN Selangor nanti? 

Selangor punya 56 kerusi DUN yang mana 33 kerusi mempunyai lebih 60 peratus pengundi Melayu. Kerana itu PAS bukan cakap kosong. 

Insya-Allah dengan kewibawaan calon-calon PAS dan rekod pengalaman bersih dan cemerlang ketika berada dalam kerajaan negeri satu ketika dahulu kita yakin Selangor punya potensi dan bakal menjadi negeri kelima yang akan dimenangi PAS melalui PERIKATAN NASIONAL.

Ayuh anak-anak Selangor kita bawa perubahan. Selangor perlukan kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil. Undi anda penentunya.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 17/1/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: YDP Dewan Rakyat terkhilaf -Muhyiddin.  & S'gor pula lepas K'tan, T'ganu, Kedah, Perlis..

PAS menang 43 dari 222 kerusi dalam PRU Parlimen ke-15 baru-baru ini. Kewibawaan calon PAS, rekod pengalaman bersih, cemerlang ketika berada dalam kerajaan negeri dulu meyakinkan, bahawa Selangor punya potensi dan bakal menjadi negeri kelima yang akan dimenangi PAS melalui PERIKATAN NASIONAL.

Kemenangan PAS dan PN adalah simbol kemenangan dan Islam di Malaysia. Insya Allah!

Taliban potong tangan pencuri. & Syariat Hukum

 

Orang ramai berkumpul untuk melihat hukuman ke atas empat lelaki selepas didakwa mencuri di Stadium Ahmad Shah. - Foto AFP

1. Taliban potong tangan pencuri

KANDAHAR: Taliban dilaporkan memotong tangan empat lelaki di khalayak ramai di Stadium Ahmad Shahi selepas didakwa mencuri.

"Taliban dilaporkan memotong tangan empat orang di stadium bola sepak di Kandahar selepas dituduh mencuri di hadapan khalayak.

"Orang ramai disebat, dipotong dan dibunuh di Afghanistan tanpa perbicaraan adil dan proses sewajarnya.

"Ini adalah pelanggaran hak asasi manusia," ciap bekas Penasihat Dasar kepada Menteri Penempatan Semula Afghanistan dan Menteri Pelarian di United Kingdom (UK), Shabnam Nasimi di Twitter.

Taliban melaksanakan hukuman sebat secara terbuka ke atas sembilan individu yang disabitkan kesalahan merompak dan 'liwat' di stadium berkenaan semalam.

Mahkamah Agung dalam kenyataan, berkata sembilan pesalah itu dihukum atas tuduhan merompak dan 'liwat' seperti diciap Tolo News di laman Twitter.

Pihak berkuasa tempatan dan penduduk turut hadir menyaksikan hukuman itu, manakala jurucakap gabenor wilayah berkenaan, Haji Zaid, berkata banduan terbabit disebat 35 hingga 39 kali.

Taliban meneruskan hukuman sebat dan mati secara terbuka terhadap penjenayah mengikut dekri pemimpin tertingginya biarpun menerima kecaman antarabangsa.

Pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sangat terkilan dengan pelaksanaan hukuman mati secara terbuka dan sebatan yang diteruskan di Afghanistan serta menyeru pihak berkuasa de facto untuk menghentikan semua bentuk hukuman berat, kejam dan merendahkan martabat secara serta-merta. - AGENSI


2. Syariat Hukum Potong Tangan

Salah satu keperluan pokok yang perlu ada dalam setiap tatanan kehidupan manusia, dari kehidupan yang terkecil sampai yang terbesar adalah adanya peraturan dengan segala konsekuensinya  yang dijadikan sebagai pijakan bagi semuanya. Kerananya, di setiap lini kehidupan pasti ada peraturan atau undang undang yang berlaku, baik tertuang ataupun tidak, tertulis ataupun tidak.

Begitu pula dengan agama ini yang berfungsi sebagai rambu-rambu bagi seluruh manusia, yang telah Allah Azza wa Jalla pilihkan untuk makhluk-Nya yang tercipta di dunia ini. Dia adalah Dzat yang Maha Adil, Maha Mengetahui dan Maha Penyayang kepada para Makhluk-Nya. Apa saja yang telah diatur- dan dipilihkan-Nya buat manusia, tidak mungkin akan menyengsarakan mereka.

Di antara peraturan yang telah ditegaskan-Nya demi kemaslahatan seluruh manusia adalah peraturan tentang hal pencurian, yang berupa sangsi tegas dengan hukuman potong tangan bagi para pelakunya.

Allah Azza wa Jalla menegaskan:

وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوْٓا اَيْدِيَهُمَا جَزَاۤءًۢ بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِّنَ اللّٰهِ ۗوَاللّٰهُ عَزِيْزٌ حَكِيْمٌ  ٣٨ فَمَنْ تَابَ مِنْۢ بَعْدِ ظُلْمِهٖ وَاَصْلَحَ فَاِنَّ اللّٰهَ يَتُوْبُ عَلَيْهِ ۗاِنَّ اللّٰهَ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ 

Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Maka Barangsiapa bertaubat (di antara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, Maka Sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang [al-Mâidah/5:38-39]

Dan apa yang telah beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam lakukan kepada seseorang yang tertangkap basah ketika mencuri. ‘Abdullah Ibnu Umar Radhiyallahu anhu berkata

أَنّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَطَعَ سَارِقًا فِي مِجَنٍّ قِيمَتُهُ ثَلاثَةُ دَرَاهِمٍ.

Bahawa Rasûlullâh memotong tangan seseorang yang mencuri tameng/perisai, yang nilainya sebesar tiga dirham [Muttafaqun `Alaihi]

Ibnu Mundzir rahimahullah dalam hal ini berkata,”Para ulama sepakat bahwa potong tangan bagi pencuri dilakukan bila ada dua orang saksi yang adil, beragama Islam dan merdeka.”[1]

‘Abdurrahmân al-Harîri berkata ,”Hukum had atas pencurian telah ditetapkan oleh al-Kitab dan Sunnah serta kesepakatan para ulama. Allah Azza wa Jalla telah menyebutkan hukumannya dalam ayatnya yang mulia. Dia telah memerintahkan potong tangan atas pencurinya baik laki-laki atau perempuan, budak atau merdeka, muslim atau non muslim guna  melindungi dan menjaga harta. Hukum potong tangan ini telah diberlakukan pada zaman jahiliyah sebelum Islam. Setelah Islam datang, maka Dia Azza wa Jalla menetapkannya dan menambahnya dengan persyaratan yang telah diketahui.”[2]

Kejamkah Hukum Potong Tangan?

Tudingan bahwa agama Islam kejam, melanggar hak asasi manusia, terbelakang dan sangat primitif dalam penerapan hukuman sudah lama dihembuskan oleh orang orang yang dungu dan tidak mau berfikir jauh ke depan. Yaitu berupa Perasaan sesaat dan hanya memperhatikan kepentingan kelompok kecil yang bersalah dan yang berhak atas hukuman tersebut serta menutup mata dan telinga mereka terhadap masa depan masyarakat banyak dan orang-orang yang telah dirugikan dari pencurian ini.

Perlu di ingat, bahwa harta sangat berharga bagi manusia. Sehingga, dalam hal ini perhatian Islam kepada harta sangatlah besar, begitu pula perintah untuk menjaganya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menyandingkan keharamannya dengan permasalahan nyawa. Beliau SAW bersabda:

إِنَّ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ وَأَعْرَاضَكُمْ عَلَيْكُمْ حَرَامٌ ، كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا ، فِيْ بَلَدِكُمْ هَذَا ، فِيْ شَهْرِكُمْ هَذَا

Sesungguhnya darah, harta dan kehormatan kalian diharamkan atas kalian, sebagaimana diharamkannya hari kalian pada saat ini, di tempat ini, dan di bulan ini [HR. Bukhâri][3]

Pernahkah mereka berfikir, bagaimanakah perasaan orang-orang yang kehilangan harta mereka? Terlebih bila harta yang terambil adalah harta yang telah dikumpulkan selama bertahun tahun, kemudian disimpan ditempat yang dianggap aman, ternyata hilang begitu cepat dalam waktu yang cepat?. 

Berfikirkah mereka, bagaimana dahsyatnya efek jera yang akan memberi keamanan bagi masyarakat luas setelahnya dari hukuman potong tangan yang  mereka anggap sebagai pelanggar norma kehidupan mereka? Hak asasi siapakah yang mereka perjuangkan?

Syariat Islam dalam kasus pencurian ini, berusaha menjaga kepentingan orang banyak daripada menjaga kepentingan si pencuri. Memberi hukuman yang berat berupa memotong tangan bertujuan membasmi sesuatu yang menjadikan kecemasan manusia pada harta mereka. Sehingga Allah Azza wa Jalla menjadikannya sebagai cambuk untuk mendapatkan maslahat yang lebih besar dibandingkan dengan kepentingan  si pencuri yang hanya sesaat dan banyak menimbulkan kerusakan. 

Ini adalah hukuman yang setimpal yang penuh faedah dan hikmah. Bila seseorang mau berfikir, hukuman setimpal bukan berarti menzalimi si pelaku, tetapi ini merupakan keadilan dalam peraturan Allah Azza wa Jalla yang pasti baik bagi makhluk-Nya karena hanya Dia-lah yang Maha Mengetahui segala sesuatunya. 

Bila hukuman ini dibiarkan diatur oleh seorang mujtahid atau seorang hakim atau kelompok tertentu, pasti akan menyebabkan saling bertentangan. Dan hasilnya tidak dapat dipastikan akan dapat mewujudkan suatu keadilan yang dapat dirasakan oleh manusia, sehingga merasa tenang dari kezaliman dan kekerasan orang lain.[4]

Setimpalkah Hukuman Potong Tangan Dengan Barang yang Dicuri?

Ibnu Jauzi dan Abdul Wahhâb al-Maliky, mengomentari beratnya hukuman yang diberlakukan dalam had pencurian, yaitu bila dibandingkan antara harta yang tidak seberapa dengan hukuman potong tangan yang harganya bisa jadi berlipat-lipat, mereka mengatakan, “ketika tangan tersebut dapat dijaga maka ia adalah sesuatu yang  berharga, namun bila ia berkhianat maka itu akan menjadi murah”.[5]

Perampasan Barang Apakah Berlaku Hukuman Potong Tangan?

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata ,”Penerapan Hukum potong tangan bagi pencuri senilai seharga tiga dirham dan tidak diterapkannya kepada pelaku pencopetan, perampasan dan pemaksaan merupakan kesempurnaan hikmah  syariat. Juga kerana sesungguhnya pencuri tidak mungkin untuk mencegah darinya (pencurian) kerana (pencuri) itu telah masuk rumah, merusak penyimpanan dan pengunci. 

Dan tidak memungkinkan pemilik barang melakukan penyimpanan lebih dari itu.  Kalau seandainya potong tangan tidak disyariatkan, maka akan terjadi saling mencuri antar manusia, kerusakan akan membesar, semakin berbahaya. Berbeda dengan pelaku pencopetan dan perampasan, karena dia mengambil secara terang terangan dengan penglihatan manusia, yang memungkinkan mereka dapat mengambilnya kembali dari kedua tangannya dan mengembalikan hak orang yang dizalimi atau bersaksi di hadapan hakim.[6]

Imam Nawawi rahimahullah berkata dalam syarh Muslim bahwa Qâdhi Iyâd rahimahullah berkata:“Allah Azza wa Jalla menjaga harta dengan mewajibkan potong tangan bagi pencuri, dan tidak memberlakukannya pada selain pencurian seperti penjambretan, pemalakan, atau pemaksaan karena perbuatan-perbuatan tersebut lebih sedikit/ringan daripada pencurian. 

Dan juga korbannya dimungkinkan  bisa meminta kembali dengan meminta tolong kepada penguasa serta lebih mudah untuk ditegakkan bukti atasnya dibandingkan dengan kasus pencurian, karena jarang sekali ada bukti atasnya. Maka, pencurian itu dianggap merupakan perkara yang besar dan hukumannya lebih berat untuk lebih membuat jera.

Di antara Faedah Hukuman Potong Tangan

Bila hukuman ini dilaksanakan, maka akan menghasilkan empat hal:

Keimanan terhadap Islam, baik dalam akidah, syariah atau manhaj.

Terwujudnya syariat Allah Azza wa Jalla pada seluruh hukum-hukumnya, baik secara politik, ekonomi maupun sosial.

Membuktikan akal dan kenyataan dengan faedah yang dihasilkan dari hukum hudûd.

Semangat untuk mewujudkan kemaslahatan bagi orang banyak daripada kebaikan perorangan.[7]

Sebab dan Syarat Hukum Potong Tangan

Yang menjadi sebab dapat dijatuhkan hukum potong bagi seseorang adalah karena pencurian. Sebagaimana di firmankan oleh Allah Azza wa Jalla.

وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوْٓا اَيْدِيَهُمَا جَزَاۤءًۢ بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِّنَ اللّٰهِ ۗوَاللّٰهُ عَزِيْزٌ حَكِيْمٌ 

“Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” [al-Mâidah/5:38]

Pencurian yang dimaksud di sini adalah pengambilan harta dari pemiliknya, atau wakilnya dengan cara sembunyi sembunyi..

Harta yang dimaksud di atas tidak termasuk harta ditiadakan oleh syariat. Walaupun secara bahasa dianggap sebagai harta. Seperti arak, anjing, dll. Sehingga apabila seseorang mencuri anjing maka tidak akan dikenakan hukum potong tangan.

Ibnul Mundzir rahimahullah mengatakan, …..dan mereka telah sepakat bahwa seorang muslim bila ia mencuri khamer dari saudaranya maka ia tidak dipotong (tangannya).[8]

Dari pengertian di atas dapat dipahami pula bahwa kalimat “pemiliknya atau wakilnya” tidak memasukkan pencurian selain harta yang bukan miliknya, seperti harta yang masih menjadi milik orang lain dari hasil merampas , korupsi, dll. Apabila ada orang yang mencurinya maka tidak sampai kepada hukum potong tangan.

Apakah ini berarti diperbolehkan mencuri dari seorang yang zalim atau orang yang telah melakukan perampasan? Dalam hal ini ada dua keadaan, bila niatnya adalah untuk mengembalikan barang tersebut kepada pemiliknya, maka tidak mengapa. Namun bila untuk kepentingan pribadi atau keluarganya sendiri, maka jelas tidak diperbolehkan.[9]

Syarat Dilaksanakannya Hukuman Pencurian

Hukum potong tangan bukanlah hukuman yang asal dilakukkan tanpa ada kriteria tertentu. Namun ia adalah hukuman yang adil, yang harus dipenuhi kriterianya, sehingga pelakunya benar-benar berhak untuk dipotong tangannya supaya menghasilkan efek jera baginya dan bagi orang lain, tanpa mengabaikan hak si pelakunya.

Syarat yang perlu dipenuhi dari pelaku pencurian itu sendiri, antara lain:

Ia seorang yang mukallaf, berniat untuk mencuri, tidak terpaksa dalam mencuri, tidak didapati adanya hubungan antara pencuri dengan yang dicuri dan tidak ada subhat dalam melakukan pencurian. Yang dimaksud dengan mukallaf adalah seorang yang baligh dan berakal.

Tidak terpaksa, bukan seorang yang dipaksa oleh orang lain untuk melaksanakan pencurian, dengan ancaman yang membahayakan nyawanya.

Tidak didapati adanya hubungan kekerabatan, di sini pengertiannya adalah harta yang dicuri bukan harta anaknya sendiri. Kerana Rasulullah SAW  bersabda “ Kamu dan harta kamu adalah milik bapak kamu”, atau harta bapak atau orang tuanya sendiri (menurut pendapat mayoritas para ulama). Kerana anaknya adalah bagian dari orang yang akan mewarisi hartanya dan ia masih bertanggung jawab untuk memberikan nafkah kepadanya, atau dari harta suaminya atau isterinya. Adapun hubungan keluarga/kekerabatan yang lainnya maka tidak  ada pengaruhnya.

Tidak ada subhat dalam melakukan pencurian. Maksudnya adalah tidak dipaksa dalam melakukannya, misalnya ia lapar, sangat membutuhkan harta, dan sebagainya. Ibnul Qayyim rahimahullah berkata,“Ini adalah subhat yang kuat yang dapat memalingkan hukum had karena ia sangat membutuhkannya. Ini adalah (alasan) yang lebih kuat dibandingkan dengan subhat yang disebutkan oleh banyak para ulama)[10]

Di antara syarat yang harus dipenuhi dalam kriteria pencurian hukuman potong tangan, yang berkaitan dengan barang yang dicuri antara lain:

Pencurian dilakukan dari tempat /penyimpanan yang terjaga.

Ibnu Mundzir berkata,”Mereka sepakat bahwa potong tangan diberlakukan kepada orang mencuri dari tempat penyimpanan.“Yang dimaksud tempat penyimpanan/yang terjaga di sini adalah adalah tempat penunjang yang dapat menjaga dengan benar, harta yang dimaksudkan; misalnya rumah yang terkunci, lemari, atau toko yang ditutup dan semisalnya.

Pengarang ar-Raudhah Nâdiyah (2/277) berkata: “Al-hirzu/tempat simpanan adalah yang  dianggap masyarakat sebagai tempat penyimpanan harta tersebut, sepert lumbung untuk menyimpan gabah, kandang untuk menyimpan binatang dan keranjang untuk menyimpan buah-buahan.

Tempat ini berbeda antara daerah/negara satu dengan yang lainnya; disesuaikan dengan bentuk barang, tempat yang biasa digunakan untuk penyimpanan dan penguasa. Bila pencurian yang dilakukan bukan pada tempat yang terjaga, seperti wang yang ditaruh di depan pintu rumah, maka pelakunya tidak sampai terkena hukuman potong tangan.[11]

Harta yang dicuri adalah harta yang terhormat, punya pemiliknya atau wakilnya.

Barang yang dicuri mencapai nishâbnya ketika diambil dari tempatnya.

Yang dimaksudkan nishâb di sini adalah adalah nishâb/batasan minimal dalam masalah pencurian,, yaitu tiga dirham atau seperempat dinar atau yang senilai dengan salah satu dari keduanya.

Sebagaimana yang disebutkan dalam hadist `Aisyah, bahwa Nabi n bersabda,”Tidak dipotong tangan (pencuri) terkecuali pada seperempat dinar atau lebih”

Dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menghukum potong tangan terhadap pencurian perisai yang senilai tiga dirham (HR. Muslim:1687), Tirmidzi (1446).

Bila dinilai dengan uang rupiah maka bisa di lihat dengan harga emas yang sekarang berlaku. Syaikh Utsaimîn berkata:“Jumlah seperempat dinar yang dimaksudkan pada zaman sekarang, sedikit sekali, yakni dinar sebesar mitsqâl–dinar Islam-, kemudian ia menanyakan orang pemilik emas, berapa ukuran mitsqâl/berat dari emas? Sedikit sekali yakni sekitar dua puluh riyal. (satu riyal sekitar dua ribu sampai tiga ribu rupiah). Lihat liqâ` maftûh (28/201)

Terbuktinya pencurian oleh si pelaku. Baik dengan cara bukti dua orang saksi yang menyatakan bahwa pelakulah yang mengambil atau dengan cara pengakuan dari si pelaku. Dalam masalah saksi tidak diperbolehkan adanya saksi wanita, walaupun bersaksi terhadap dua orang wanita atau lebih dengan seorang laki laki. Karena dalam masalah hukum hudûd , saksi wanita tidak di gunakan.[12]

Siapakah yang Melaksanakan Hukuman ini?

Yang melaksanakannya adalah penguasa pemerintah atau orang yang yang ditugasinya.

Apakah Tangannya yang Telah Terpotong Digantungkan?

Imam Syafi`i dan Ahmad berpendapat bolehnya dalam hal ini, bila dimaksudkan untuk membuat jera, berdasarkan riwayat dari Turmuzi bahwa Rasulullah SAW ketika didatangkan kepadanya seorang pencuri yang telah terpotong tangannya, kemudian beliau SAW memerintahkan untuk mengalungkannya di lehernya . [13]

Bagaimana Cara Pelaksanaan Hukuman Potong Tangan?

Dinukil oleh Syaikh Abdul Adzîm Badawi, dari  penulis kitab ar-Raudhatun Nâdiyah: para ulama sepakat; seorang pencuri pada pencurian yang pertama dipotong tangan sebelah kanannya. Bila ia mencuri kedua kalinya, maka  dipotong kaki kirinya. Kemudian mereka berbeda pendapat bila ia mencuri untuk ketiga kalinya; setelah dipotong tangan kanan dan kaki kirinya, mayoritas mereka berpendapat dipotong tangan kirinya. Dan bila ia mencuri lagi setelahnya maka dipotong kaki kanannya. Kemudian bila mencuri lagi, maka ia dihukum ta`zîr dan dikurung.[14]

Terhindarnya Pencuri Dari Potong Tangan

Seorang pencuri yang dimaafkan oleh orang yang dicurinya dan belum sampai diangkat perkara/diajukan ke hakim, maka dapat menghindarkan si pencuri dari hukaman potong tangan.[15]

Akhirnya, apa yang diperlukan manusia adalah apa yang telah ditetapkan oleh Dzat yang telah menciptakan mereka. Kerana tidak ada hukum yang lebih baik dari hukum-Nya. Dan dalam melaksanakan konsekuensi ini, seorang tidak hanya mengedepankan pikiran pendeknya dan perasaan yang bukan pada tempatnya. Tetapi lebih mengedapankan kepastian hasil yang akan didapat bila benar benar dijalankan sesuai dengan prosedur dan tata cara yang diatur dalam agama ini. Allah Azza wa Jalla berfirman:

وَعَسٰٓى اَنْ تَكْرَهُوْا شَيْـًٔا وَّهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَعَسٰٓى اَنْ تُحِبُّوْا شَيْـًٔا وَّهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللّٰهُ يَعْلَمُ وَاَنْتُمْ لَا تَعْلَمُوْنَ

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. [al-Baqarah/2/216]

Wallâhu a`lam.

[Disalin dari majalah As-Sunnah Edisi 02/Tahun XIII/1430H/2009M. Diterbitkan Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta, Jl. Solo – Purwodadi Km.8 Selokaton Gondangrejo Solo 57183 Telp. 0271-858197 Fax 0271-858196.Kontak Pemasaran 085290093792, 08121533647, 081575792961, Redaksi 08122589079]_

Footnote  

[1] Kitab al-Ijmâ` : 261/140, Lihat kitab al-Wajîz hal. 443

[2]  Kitab Madzâhibul arba`ah , Abdurrahmân al-Harîri, : 5/153

[3] lihat Majalah al-Bukhûs al-Islâmiyah:22/317

[4] Lihat Majalah Jâmi`ah Islâmiah:4/484

[5] Ahmad  al-Hasary, Al-Hudûd Wal Asyribah Fil Fiqh Islâmy : 374 – 375, Tafsîr Ibnu Katsîr:3/110

[6] I`lâmul Muwaqqi`în hal 44

[7] Al-fiqh Islâmy wa adillatuhu:219-222

[8] lihat kitab al-Wajîz hal 443

[9] Al-Jâmi`li Ahkâm Fiqhis Sunnah li fadhîlati Muhammad Bin Shâlih al-Utsaimîn: 4/20

[10] (lihat al-Mausû`atul fiqhiyyatul kuwaitiyyah:2/8608-8609)

[11] Lihat kitab al-Wajîz hal. 443

[12] Al-Jâmi` li Ahkâm Fiqhis Sunnah li fadhîlah Muhammad Bin Shâlih Al-Utsaimîn:4/206-210

[13] (lihat Asna`al Mathâlib : 4/153, al-Mughni :10/266)

[14] lihat kitab al-Wajîz hal 444

[15] Lihat al-Wajîz hal 444

Referensi : https://almanhaj.or.id/3132-syariat-hukum-potong-tangan.html

Sekian.

Thursday, January 19, 2023

China, India, perbanyakkan penduduk. Islam, kahwinilah wanita subur.

 

Penurunan kira-kira 850,000 penduduk pada tahun 2022 mencemaskan ahli demografi dan penganalisis China yang meramalkan masalah akan datang untuk ekonomi. - Foto AFP

1. China perlu perbanyak bantuan menggalakkan penduduk punyai lebih ramai anak

HONG KONG: Kerajaan China perlu melaksanakan banyak pembaikan dari pelbagai sudut sekiranya ingin memulihkan penurunan populasi rakyatnya.

Sebelum ini, kerajaan sudah melancarkan langkah untuk menggalakkan penduduknya mempunyai lebih ramai anak termasuk potongan cukai, cuti bersalin yang lebih lama dan subsidi perumahan, tetapi setakat ini hanya sedikit tindakan dilakukan.

Biro perangkaan China mengeluarkan laporan sehari sebelumnya yang menunjukkan populasi menurun buat kali pertama sejak 1961.

Bagaimanapun, dengan lebih daripada 1.41 bilion orang penduduknya, China masih mempunyai populasi terbesar di dunia.

Tetapi penurunan kira-kira 850,000 pada 2022 membimbangkan ahli demografi dan penganalisis yang meramalkan masalah akan datang untuk ekonomi jika trend itu berterusan, walaupun penawaran buruh secara keseluruhan masih melebihi permintaan.

Kos pendidikan yang tinggi dan prospek ekonomi yang semakin malap menyebabkan ramai orang memilih tidak mempunyai anak lebih daripada seorang walaupun kerajaan membatalkan dasar satu anak pada 2015.

Penduduk yang dilahirkan dalam tempoh dua dekad selepas polisi itu dikuatkuasakan pada tahun 1980 terutamanya tidak mendapat anak kerana mempunyai tanggungjawab ke atas ibu bapa dan datuk nenek mereka tanpa bantuan adik-beradik.

"Orang yang lahir pada 1980-an atau 1990-an tidak begitu berminat untuk mempunyai anak seperti generasi ibu bapa kita.

"Ibu bapa kita fikir jika mereka mempunyai lebih banyak anak, mereka boleh mendapat lebih banyak penjagaan apabila mereka dewasa. Tetapi generasi muda tidak berfikir perkara ini kerana mereka mempunyai mentaliti yang berbeza kerana membesarkan seorang anak sudah sangat memenatkan," kata Ding Ding, 37, bapa kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.

Menurut pakar penduduk, dasar sifar COVID yang ketat di China yang dilaksanakan selama tiga tahun turut menyebabkan kerosakan lebih lanjut kepada tinjauan demografi negara.

China adalah antara negara paling mahal untuk membesarkan anak, hanya dikalahkan oleh Korea Selatan, menurut Penyelidikan Populasi YuWa yang berpangkalan di Beijing. - REUTERS


2. India bakal pintas China untuk jumlah penduduk tertinggi dunia  

Orang ramai menyerbu India Gate pada Malam Tahun Baharu pada 31 Disember 2022 di New Delhi, India. - Foto AGENSI

MUMBAI: Jumlah penduduk di India dilaporkan bakal mengatasi China tahun ini, sekali gus menjadi negara paling ramai penduduk di dunia.

CNN melaporkan, kemungkinan penduduk India akan melepasi angka populasi China beberapa bulan lagi iaitu sekitar April apabila China melaporkan jumlah penduduk menyusut pada 2022 buat kali pertama dalam tempoh 60 tahun.

Dalam pada itu, peralihan itu akan mewujudkan implikasi ekonomi ketara bagi kedua-dua negara gergasi Asia itu yang mempunyai lebih 1.4 bilion penduduk.

Ketika ini dianggarkan India mempunyai 1.39 bilion penduduk berbanding China, 1.41 bilion penduduk.

Menurut data Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) pada 2021, penduduk bekerja di India kini berjumlah lebih 900 juta orang dan jumlah itu dijangka mencecah lebih 1 bilion penduduk untuk dekad akan datang.

Begitupun, pakar memberi amaran bahawa angka itu boleh bertukar menjadi satu liabiliti jika pembuat dasar tidak mewujudkan pekerjaan yang mencukupi.

Dalam masa sama, data menunjukkan semakin ramai penduduk India tidak mencari kerja berikutan kekurangan peluang dan gaji yang rendah.

Menurut data 2021 daripada Bank Dunia, kadar penyertaan tenaga buruh India, anggaran tenaga kerja aktif dan orang yang mencari pekerjaan, berada pada paras 46 peratus, antara yang terendah di Asia.

Sebagai perbandingan, paras untuk China dan Amerika Syarikat (AS) masing-masing berada pada 68 peratus dan 61 peratus pada tahun sama.

Bagi wanita, angka itu lebih membimbangkan yang mana kadar penyertaan kerja wanita India hanya 19 peratus pada 2021, menurun kira-kira 26 peratus pada 2005.

Kekurangan pendidikan berkualiti tinggi adalah salah satu sebab terbesar di sebalik krisis pengangguran di India.

Menurut Institut Negara McKinsey Global pada tahun 2020 sekurang-kurangnya 90 juta peluang kerja bukan sektor peladangan menjelang 2030 perlu disediakan untuk menyerap pekerja baharu termasuk dalam sektor pembuatan dan pembinaan. - AGENSI


3. IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-267: GALAKAN MENIKAHI WANITA YANG SUBUR 

Soalan: Apakah terdapat hadith berkaitan galakan menikah dengan wanita yang subur?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Allah SWT menciptakan setiap makhluk itu secara berpasang-pasangan seperti lelaki dan wanita. Lalu Allah SWT mensyariatkan perkahwinan bagi mereka yang mampu sebagaimana firman Allah SWT:

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً

al-Rum:21

Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.”

Tambahan pula, agama kita amat menggalakkan setiap umatnya agar berkahwin berdasarkan hadith-hadith yang sahih. Akan tetapi, di sana terdapat beberapa ciri-ciri yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada kita sebagai panduan sebelum mendirikan rumahtangga.

Berdasarkan soalan di atas, terdapat sebuah hadith daripada Ma’qil bin Yasar berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata:

إِنِّي أَصَبْتُ امْرَأَةً ذَاتَ حَسَبٍ وَجَمَالٍ، وَإِنَّهَا لَا تَلِدُ، أَفَأَتَزَوَّجُهَا، قَالَ: "لَا." ثُمَّ أَتَاهُ الثَّانِيَةَ فَنَهَاهُ، ثُمَّ أَتَاهُ الثَّالِثَةَ، فَقَالَ: "تَزَوَّجُوا الْوَدُودَ الْوَلُودَ فَإِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُمُ الْأُمَمَ."

Maksudnya: “Sesungguhnya aku telah bertemu dengan seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik tetapi dia seorang yang tidak boleh melahirkan anak. Maka, apakah aku boleh menikahinya? Rasulullah SAW menjawab: “Jangan.” Kemudian lelaki itu datang buat kali yang kedua maka Baginda SAW juga melarangnya. Lalu lelaki itu datang buat kali yang ketiga, maka Nabi SAW bersabda: “Kahwinilah kamu akan wanita yang penyayang, subur kerana aku merasa bangga dengan memiliki umat yang banyak.” [Riwayat Abu Daud (1050)] [Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith adalah kuat]

Hadith ini menunjukkan bahawa anjuran Nabi SAW agar lelaki ini berkahwin dengan wanita yang penyayang supaya dia (isteri) dapat menyayangi suaminya dan yang subur pula adalah yang boleh melahirkan ramai anak. Hadith ini diikat dengan dua ciri ini kerana jika seorang wanita itu tidak bersifat dengan penyayang maka ia akan menjadikan tarikan suami kepadanya berkurangan. Adapun, jika wanita itu tidak bersifat subur maka ia tidak mencapai salah satu tuntutan iaitu meramaikan umat dengan melahirkan ramai anak. Selain itu, kedua ciri ini kebiasaannya terdapat pada wanita yang masih dara. Tambahan pula, hadith ini juga menunjukkan isyarat agar kekal dengan perkahwinan yang mana terdapat padanya (pada isteri) dua ciri atau sifat tersebut. [Lihat: ‘Aun al-Ma’bud, 33-34/6]

Justeru itu, hadith ini merupakan salah satu petunjuk atau hadyu nabawi dalam memilih pasangan hidup. Tuntutan ini bukanlah bersifat wajib, bahkan ia merupakan satu galakan kerana Nabi SAW berbangga melihat umatnya ramai di akhirat kelak. Seperkara lagi, anak merupakan rezeki daripada Allah SWT dan Allah SWT berhak untuk memberikan rezeki tersebut kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Untuk itu, janganlah kita bersedih jika Allah SWT belum lagi mengurniakan kita cahaya mata atau Allah SWT tidak mengurniakan kita cahaya mata. Tugas kita sebagai seorang hamba adalah sentiasa berdoa serta berusaha dengan bersungguh-sungguh dan selebihnya kita serah kepada Allah SWT.

Penutup

Kesimpulannya, antara kunci kebahagian rumahtangga adalah apabila mana-mana pasangan mendapatkan cahaya mata. Bahkan, ini akan menguatkan lagi hubungan di dalam perkahwinan tersebut. Untuk itu, menjadi tanggungjawab kita untuk mengikut setiap panduan yang telah diberikan oleh junjungan besar kita Nabi SAW. Akhirnya, semoga Allah SWT mengurniakan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah serta penyejuk mata buat ibubapa. Amin.

Wallahua’lam.

Komen Weblog Ibnu HasyimChina, India, perbanyakkan penduduk. Islam, kahwinilah wanita subur.

Apalagi di Malaysia sekarang, berlaku pertarungan demokrasi melalui peti undi, untuk memenangi pilihanraya, perlukan pengundi yang ramai.

Pesan Nabi, berkahwin dan beranaklah, beliau gembira dengan umat yang ramai. Al-hamdulillah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails