Saturday, January 28, 2023

Ulang sejarah, UMNO kalah, projek ini batal.. & Barang naik..

 

Lawak, sejarah lama berlaku lagi.. selepas PAS menguasai Kelantan pada PRU 1959. Sebelum PRU 1959 kerajaan Perikatan melulus projek membina jambatan merentangi Sungai Kelantan. Tapi, bila kalah..

1. Projek jambatan dipindah selepas Umno rebah ‘PRU59’

ISU politik semakin rancak ketika Malaysia sedang melangkah ke arah Madani. Lebih-lebih lagi kerajaan baharu tidak penat mengeledah apa sahaja berkaitan Perikatan Nasional (PN).

Sekarang berlegar isu sedekah pengundi. Biarpun diagenda sedemikian rupa, ia dipercayai tidak membekas di jiwa rakyat. Apa yang rakyat tunggu sekarang solusi turunkan harga barang.

Menteri tidak boleh sekadar mengertak penjual. Sedangkan mereka mendapat bahan mentah pada harga mahal. Tiba-tiba menteri minta turunkan harga makanan. Makcik Kiah yang berniaga pisang goreng pun tersenyum. Apa kelas menteri sekarang.

Sedangkan isu pokok perlanggaran normal demokrasi mahu disapu di bawah karpet. Federalisme dilanggar sesuka hati. Maka pihak yang didiskriminasi tentunya akan bangkit. Mereka akan menuntut hak. Maka gegerlah suasana.

Diskriminasi sekarang berlaku di negeri diterajui PN. Isu itu dikesan selepas bantuan banjir ke Kelantan diagih semula menggunakan kaedah lama. Agihan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Mengulangi semula apa yang pernah dilakukan Umno sebelum 2018.

Apabila agihan banjir sesuatu perkara mudah jadi berliku-liku, tentunya ia lambat sampai ke bawah. Contohnya daripada Kementerian Kewangan ke JPP, kemudian dari Ibu pejabat JPP ke JPP jajahan.

Sedangkan mekanisma sedia ada sudah lengkap. Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ) mempunyai data berkaitan banjir. Begitu juga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kalau wang bantuan banjir terus diagih kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), tentunya urusan lebih lancar.

Tidak perlu tunggu sehingga berbulan-bulan baru mangsa banjir mendapat bantuan. Namun, kerajaan PH-BN tetap memilih semula stail lama biarpun ia ketinggalan zaman.

Umno dalam kerajaan

Ia berlaku kemungkinan besar kerana kerajaan campuran ada Umno. Sedangkan ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir Putrajaya tanpa Umno selepas PRU 2018, bantuan pusat disalur terus ke SUK.

Begitu juga ketika era kerajaan PN dan Keluarga Malaysia. Sepanjang tempoh kira-kira tiga tahun, tiada isu politik berkaitan agihan dana dari pusat.

Namun, selepas Umno diberi ‘nyawa’ semula, kaedah lama dihidup semula. Ramai bimbang perdana menteri tidak perasan.

Umno tanpa sedar sedang melaksanakan agenda ‘divide and rule’ dalam kerajaan campuran. Perangai lama yang menjadi amalan era sebelum 2018 diulang semula.

PKR, DAP dan Amanah pastinya akan terkena tempias hasil tindakan ‘bijaksana’ Umno. Deraan politik seperti itu tidak mampu memancing jiwa rakyat. Sebaliknya tentangan bertambah hebat.

Contohnya pada era awal 1990-an diskriminasi bantuan baja subsidi cap dacing berleluasa di Kelantan. Begitu juga memaksa ibu bapa mendapat tandatangani JKKKP buku teks sekolah anak.

Apa itu JKKKP. Ia adalah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan. Siapa ahlinya. Semua ahli pemimpin cawangan Umno. 

Hubungan antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri mesti berlandaskan prinsip Federalisme

Ada orang tanya mengapa perlu diwujudkan JKKKP, sedangkan di Kelantan sudah ada penghulu sejak zaman sebelum merdeka.

Inilah yang disebut sebagai diskriminasi politik. Biarpun diberi tekanan terhadap rakyat, Umno gagal misi menguasai Kelantan lebih 30 tahun.

Ini sepatutnya kabinet kerajaan campuran tahu. Kalau Anwar Ibrahim membiarkan agenda Umno segar semula, ramai bimbang kerajaan sekarang akan disebut orang kerajaan sepenggal.

Politik diskrimasi sebenarnya sudah tiada dalam teori politik moden. Lebih-lebih lagi di era Membangun Malaysia Madani.

Tanya Pak Mat di Permatang Pauh, madanikah kalau hak negeri di bawah PN dinafikan. Situasi itu sedang berlaku sekarang. Bukan sekadar peruntukan cuba dinafikan, sebaliknya kehadiran menteri tidak dimaklumkan kepada tuan rumah.

Seperti kata ahli parlimen Pendang Awang Hashim, datang ke rumah tanpa memberi salam. Situasi itu menjadi amalan sebelum 2018.

Kedatangan pemimpin pusat ke Kedah, Terengganu dan Kelantan tidak lagi dimaklumkan. Jauh sekali hendak bertandang ke SUK.

Amalan itu berpuluh tahun berlaku sebelum ini, namun reda selepas 2018. Tiba-tiba kerajaan PH-BN mengulangi lagi teori yang dijuarai Umno.

Oleh itu ada baiknya pasukan komunikasi pejabat perdana menteri belek sejarah lama. Ia tidak sukar dicari. Ada kajian sarjana dan catatan di laman akhbar.

Sejarah lama berlaku selepas PAS menguasai Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1959. Sebelum PRU 1959 kerajaan Perikatan melulus projek membina jambatan merentangi Sungai Kelantan. Ia menghubungkan Kota Bharu-Pasir Pekan.

Segala peralatan sudah ada. Namun selepas Perikatan kalah pada PRU tersebut, projek itu dibeku. Segala peralatan membina jambatan kemudian dipindahkan ke Temerloh Pahang.

Banyak lagi contoh yang kita temui. Pengkaji Malaysia Madani perlu ambil tahu, sekiranya mahu usia kerajaan campuran tidak sekadar sepenggal. – HARAKAHDAILY 25/1/23


2. Lebih banyak barang naik harga, hanya sedikit turun 

BAGAN SERAI: Harga barangan basah termasuk ikan masih lagi trend menaik biar pun menteri kerajaan PH-BN mendakwa kos bahan mentah di pasaran sudah stabil.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, berdasarkan tinjauan di Pasar Pagi Simpang Empat, Semanggol hari ini harga barangan keperluan harian masih lagi mahal.

Malah katanya, peniaga buah mangga memaklumkan harga buah-buahan akan naik minggu hadapan.

“Terdapat juga peniaga yang maklumkan penurunan harga namun sangat sedikit, barang yang naik lebih banyak.

“Saya turut beramah mesra bersama pengunjung yang datang membeli-belah. Di sini memang jadi tumpuan ramai kerana harga yang dijual berpatutan,” katanya pada catatan di laman sosialnya.

Hadir sama bersama menyantuni pengunjung yang datang membeli-belah di pasar terbabit ialah Adun Selinsing, Sallehuddin Abdullah.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sebelum ini dilapor mengesa pengguna menggunakan kuasa pasaran untuk menurunkan harga makanan dan minuman di restoran dan kedai makan.

Menurutnya, data menunjukkan harga yang dikenakan peniaga makanan, terutama restoran dan hotel terus meningkat walaupun kos bahan mentah di pasaran telah stabil. – HARAKAHDAILY 25/1/23

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ulang sejarah, UMNO kalah, projek ini batal.. & Barang naik..

Bukan Melayu ditindas? Mengarut. Anwar yang lembab, ini..

 

Hubungan antara kaum di Kelantan sangat harmoni.

1. Mengarut orang bukan Melayu ditindas – Lee Ciang

TUMPAT: Biarpun ada pihak cuba menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam terhadap PAS, namun golongan minoriti terbabit di Kelantan tidak mudah terpengaruh.

Mereka mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat Melayu sejak beratus tahun lalu ketika datuk nenek mereka berhijrah ke Kelantan dan Pantai Timur.

Malah institusi masjid dan surau yang menjadi tempat orang Islam beribadat juga mereka pernah jejaki bagi menerima bantuan yang disampaikan wakil rakyat.

Keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Kelantan sudah berlaku sejak turun temurun dan terus dipertahankan di bawah pemerintahan PAS sejak 1990. 

Lee Ciang Fatt

Seorang warga emas di Tumpat, Lee Ciang Fatt, 60, berkata, keharmonian kaum di Kelantan terus dipertahan sejak dahulu sehingga sekarang.

Katanya, keharmonian itu berlaku sejak beliau di alam remaja lagi di mana sering berkawan dengan budak Melayu.

“Tiada masalah hidup dalam masyarakat pelbagai kaum biar pun ada pihak cuba gembar gembur kononnya orang Melayu menindas penduduk Cina dan bangsa lain di Kelantan. Itu mengarut belaka.

“Kita hidup seperti anak beranak. Mungkin ada pihak dengki dengan keharmonian kita sehingga cuba nak menghasut, tapi masyarakat bukan Melayu di sini tidak mudah termakan dakyah palsu,” katanya ketika ditemui. 

Oie Ching Chong

Oie Ching Chong, 62, dari Kampung Kuala Taba, Pengkalan Kubor pula berkata, kerajaan diterajui PAS tidak pernah menganaktirikan masyarakat bukan Islam di Kelantan.

Katanya, kaum Cina hidup bersama masyarakat Melayu, India dan Siam tanpa sebarang masalah.

Malah, kata beliau penduduk bukan Melayu sering menerima bantuan kerajaan negeri termasuk ketika banjir dan wabak Covid-19.

“Tiada masalah kerana kita sudah saling memahami antara satu sama lain, kita sangat tahu budaya masing-masing,” katanya. 

Eh Chan al Chau Loy

Penduduk keturunan Siam, Eh Chan al Chauloy, 67 turut mengakui setiap kaum di Kelantan sudah memahami adat resam masing-masing.

Menurutnya, perkara itu berlaku sejak beratus tahun dahulu, malah penduduk bukan Islam mempunyai perwatakan dan percakapan seperti orang Melayu. – HARAKAHDAILY 25/1/23


2. Bakar al-Quran: Anwar lambat panggil Duta Sweden menghadap 

Demonstrasi Solidariti Bantahan Penghinaan Agama Islam berhampiran Kedutaan Sweden di Jalan Mayang Sari, Hampshire Park, Kuala Lumpur pada hari ini, 27 Jan 2023. (FOTO: HARAKAHDAILY/Jamal Kemala)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dilihat lambat bertindak memanggil Duta Sweden menghadap bagi memberi penjelasan berhubung isu membakar al-Quran digesa untuk memberi kata putus kepada kerajaan Sweden.

Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, tindakan biadab dan Islamofobia ahli politik kanan Sweden, Rasmus Paludan itu bukan pertama kali dilakukannya. 

“Saya menggesa kerajaan Malaysia Madani untuk memanggil Duta Sweden datang menghadap, desak mereka mengeluarkan penjelasan dan mengutuk sekeras-kerasnya serta mengambil tindakan terhadap ahli politik berkenaan (Rasmus Paludan).

“Ini bagi membuktikan bahawa kerajaan Malaysia benar-benar bertindak, bukan hanya sekadar menghantar nota bantahan tiga perenggan sahaja tetapi benar-benar bertindak untuk membuktikan bahawa kita umat Islam terluka dengan perbuatan itu,” tegasnya.

Ahmad Fadhli (tengah) dalam Demonstrasi Solidariti Bantahan Penghinaan Agama Islam dekat Kedutaan Sweden, Kuala Lumpur. (FOTO: HARAKAHDAILY/Jamal Kemala)

Beliau berkata demikian dalam Demonstrasi Solidariti Bantahan Penghinaan Agama Islam oleh Ahli Politik Sweden berhampiran Kedutaan Sweden, di Jalan Mayang Sari, Hampshire Park, di sini, hari ini, yang disertai kira-kira 1,000 orang.

Turut hadir, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Salamiah Mohd Nor; Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional, Ahmad Faizal Azumu; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah; Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Azhar Yahya dan beberapa wakil badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)  termasuk Presiden Majlis Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup.

Tambah Ahli Parlimen Pasir Mas itu, tindakan penghinaan Islam dilakukan ahli politik berdarah Sweden-Denmark itu telah mencabar kesucian agama Islam serta membangkitkan kemarahan dalam kalangan penganutnya. 

Demonstrasi Solidariti Bantahan Penghinaan Agama Islam bermula selepas umat Islam menunaikan solat Jumaat di Masjid KLCC sebelum berarak ke kedutaan Sweden, Kuala Lumpur. (FOTO: HARAKAHDAILY/Jamal Kemala)

“Membakar al-Quran adalah sepertimana membakar jasad-jasad kita, tindakan itu umpama membakar tubuh-tubuh kita, untuk mempertahankan al-Quran saya mencabar anak-anak muda mempertahankannya dengan tubuh kita.

“Demonstrasi ini merupakan amaran kepada kerajaan Sweden, jangan benarkan perbuatan ini berulang pada masa yang akan datang,” kata Ahmad Fadhli lagi.

Tiada istilah lambart dalam perjuangan Islam

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS, Khairul Nadzir Helmi Azhar, mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteriyang mengatakan bahawa perhimpunan solidariti ini sudah terlambat sebagai tiada istilah ‘lambat’ dalam perjuangan menegakkan kesucian Islam.

“Yang penting kami tahu, anda (Anwar) yang lambat panggil Kedutaan Sweden untuk menyatakan pendirian; hanya setakat tiga empat perenggan, maka kerja dah selesai – ia tidak (boleh) begitu (sahaja).

“Jadi, perhimpunan ini memberi mesej yang jelas supaya kerajaan mengambil tindakan lebih serius,” katanya kepada media selepas menghantar memorandum bantahan penghinaan agama Islam di Kedutaan Sweden di sini, hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau menggesa pihak berwajib negara ketiga terbesar di Eropah Barat itu untuk mengambil tindakan segera terhadap pemimpin pelampau tersebut. 

Kerajaan Malaysia Madani digesa memberi kata putus kepada Sweden berhubung tindakan ahli politik sayap kanan kerajaan negara itu, Rasmus Paludan membakar kitab suci al-Quran baru-baru ini. (FOTO: HARAKAHDAILY/Jamal Kemala)

Khairul Nadzir serta tiga individu lain iaitu Ketua Penerangan Armada Nasional Bersatu, Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul, wakil daripada Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS) dan  selebriti terkenal Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice mewakili pempengaruh media sosial dipercayai telah menghantar memorandum bantahan itu di Kedutaan Sweden, hari ini.

Terdahulu pada Sabtu lalu, Paludan yang merupakan pemimpin berhaluan kanan parti Stram Kurs  membakar kitab suci al-Quran di hadapan Kedutaan Turkiye selepas mendapat permit kerajaan Sweden dengan dikawal ketat pasukan polis.

Perbuatan biadab Paludan itu menyebabkan Turkiye bertindak balas membatalkan lawatan Menteri Pertahanan Sweden, Pal Jonson ke negara berkenaan.

Beberapa negara Islam lain juga mengecam perbuatan biadap pemimpin yang turut memiliki kerakyatan Denmark itu sebagai ‘provokasi kebencian yang amat melampau’. – HARAKAHDAILY 27/1/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bukan Melayu ditindas? Mengarut. Anwar yang lembab, ini..

Nampaknya PM10 Malaysia lembab dalam menangani masalah maruah Islam.

Friday, January 27, 2023

Kalau UMNO/BN boleh merudum apa sangat DAP PP..

 


1. 'Hasrat PN goncang Pulau Pinang sekadar angan-angan' - Guan Eng

GEORGETOWN: Tindakan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyatakan keyakinan bahawa Perikatan Nasional (PN) dapat 'menggoncang' Pulau Pinang hanya disifatkan sebagai angan-angan.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng secara berseloroh turut membayangkan kenyataan bekas Menteri Besar Perlis itu umpama peribahasa 'biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya'.

"Biarkan si labu dengan... biarlah biar...kalau dia nak (goncang Pulau Pinang) biarlah dia dengan dia punya anggan-angan dia," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DAP Pulau Pinang di sini, malam ini.

Semalam, Shahidan menerusi hantaran berbentuk klip video di laman Facebook beliau berkata PN mempunyai strategi tertentu untuk menawan Negeri Sembilan dan Selangor, selain yakin dapat 'menggoncangkn Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Guan Eng berkata, DAP belum membuat sebarang perbincangan dengan Barisan Nasional (BN) berhubung pembahagian kerusi dalam berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. 

Beliau turut berpendapat, perkara itu tidak akan didedahkan buat masa ini meskipun perbincangan mengenainya dilakukan kelak."Kalau adapun perbincangan (pembahagian kerusi) kita tidak akan dedahkan. Saya rasa tunggulah kita akan umumkan," katanya ringkas.

Isnin lalu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata tiada halangan untuk pimpinan peringkat negeri mengadakan perbincangan berhubung pembahagian kerusi antara PH dan BN.

Perdana Menteri yang juga Presiden PKR itu turut menjelaskan setakat ini belum ada perbincangan rasmi berhubung perkara itu sebagai persiapan PRN akan datang.


2. GERAKAN jangka tanding lebih banyak kerusi di Pulau Pinang 

Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai (dua dari kanan) ketika sidang media selepas majlis pelancaran Bilik Gerakan PRU15 Perikatan Nasional P103 Parlimen Puchong di Bandar Puchong Utama, Subang Jaya. - Foto Hairul Anuar Rahim

KUALA LUMPUR: Parti GERAKAN yang menjadi antara komponen Perikatan Nasional (PN) menjangka akan diberi lebih kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bulan depan.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, berkata parti itu juga mungkin diberi lebih banyak kerusi Parlimen di Pulau Pinang berdasarkan pengalaman dan sumbangan GERAKAN selama 39 tahun di negeri itu.

"Ketika rundingan walaupun GERAKAN adalah parti bukan etnik, tetapi persepsi di bawah PN, kawasan yang bukan Melayu dan bukan Muslim akan diberi kepada GERAKAN kerana kekuatan parti ialah kerusi campuran," katanya selepas melancarkan bilik gerakan PRU15 PN Parlimen Puchong dekat sini, hari ini.

GERAKAN mendominasi Pulau Pinang selama 39 tahun bermula 1969 dan menyertai komponen Barisan Nasional (BN) selepas 1974.

Pemerintahan GERAKAN di Pulau Pinang berakhir selepas tewas kepada Pakatan Harapan (PH) dalam PRU12 pada 2008 dan parti itu meninggalkan BN pada 2018 selepas kalah di semua kerusi ditandinginya di seluruh negara.

Sementara itu, Hoe Chai yang tewas dua kali di Parlimen Batu memberi bayangan bertanding di Pulau Pinang kerana ingin kembali memimpin dan bangkit semula di negeri itu.

Beliau juga mengingatkan pemimpin GERAKAN supaya tidak mengutamakan kerusi tradisi kerana objektif utama parti ialah memenangkan PN.

Katanya, rundingan pembahagian kerusi di peringkat PN hampir selesai dengan beberapa lagi kerusi dalam penilaian terakhir sebelum senarai lengkap calon mewakili PN diumumkan dalam masa terdekat. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu HasyimKalau UMNO/BN yang berkuasa sejak merdeka pun boleh merudum apa sangat DAP PP..

Lihat: Mampu ke PM10 jadi 'Lee Kwan Yew' pada Melayu PP? 

Tok sah cakap besaq la, kes terowong rasuah pun mash belum selesai...

Filem ini kutip RM1 juta seminggu. Traddisi Mak Yong..

 

Filem bergenre aksi dengan menyelitkan elemen tradisional Melayu, Duan Nago Bogho berjaya meraih kutipan RM1 juta dalam tempoh seminggu tayangan.

HALAMAN HIBURAN
1. Duan Nago Bogho kutip RM1 juta seminggu

KUALA LUMPUR: Filem bergenre aksi dengan menyelitkan elemen tradisional Melayu, Duan Nago Bogho terbitan Kalamarif Holdings Sdn Bhd berjaya meraih kutipan RM1 juta dalam tempoh seminggu tayangan.

Penerbitnya, Arisz Ab Rahman berkata, kejayaan itu membuktikan usaha mengangkat perjuangan seni Mak Yong diterima, sekali gus berharap terus mendapat sokongan untuk minggu seterusnya.

"Terima kasih kepada penonton yang menyokong filem berbentuk tradisional Melayu ini. Saya bersyukur perjalanannya bukan mudah dan ini juga adalah filem pertama saya.

"Mengikut kajian, kutipan 80 peratus disumbangkan oleh penonton Pantai Timur iaitu Terengganu, Pahang dan Kelantan. Akan tetapi, penonton sekitar Lembah Klang turut memberi sokongan.

"Bagaimanapun, saya ingin menegaskan filem ini untuk seluruh rakyat Malaysia, bukannya khusus orang Pantai Timur sahaja. Cuma, pengarah, Sabri Yunus meminjam latar dan dialek Kelantan," katanya kepada BH Online.  

Antara babak Sangeeta dalam filem Duan Nago Bogho.

Dalam masa sama, Arisz menyifatkan kejayaan itu membuktikan sesebuah filem tidak hanya bergantung kepada populariti pelakon dalam media sosial.

"Jika lihat ada juga filem tidak berjaya biarpun mengetengahkan pelakon yang memiliki jutaan pengikut dalam media sosial. Kehendak penonton Malaysia sudah berubah, mereka mahu lihat kelainan dan kualiti filem.

"Bagaimanapun, saya tidak menafikan populariti pelakon turut menyumbang kepada kejayaan. Kedua-duanya perlu berjalan seiring," katanya.

Duan Nago Bogho menampilkan Asrul Faizal selaku teraju utama, selain Datuk Rosyam Nor, Jojo Goh, Sangeeta Krishnasamy, Angeline Tan, Husairi Husain, Jason Chong, Issey Fazlisham, Saidi Sabri dan ramai lagi.

Filem berkisarkan Duan (Asrul) yang juga pemegang watak Mak Yong dengan dua personaliti berbeza. Duan mencintai seni tradisional, namun dalam masa yang sama, suka bergaduh.

Kisahnya bermula apabila Duan bergaduh dengan penonton Mak Yong yang mengganggu ketika sedang membuat persembahan sehinggalah bapa memintanya meninggalkan kampung dan mencari kerja lain.

Filem pertama terbitan Kalamarif Holdings itu menelan kos perbelanjaan sebanyak RM2 juta dan menemui penonton di pawagam sejak 19 Januari lalu. (BH)


2. Duan Nago Bogho angkat perjuangan Mak Yong 

Barisan pelakon filem Duan Nago Bogho, Jojo, Asrul, Sangeeta dan Rosyam. - NSTP/Aziah Azmee

KUALA LUMPUR: Filem bercorak aksi antara genre pilihan penonton di Malaysia. Namun, tidak ramai penerbit berani mengetengahkan karya berbentuk tradisional Melayu.

Justeru, syarikat produksi Kalamarif Holdings Sdn Bhd memecah tradisi apabila berani menghasilkan naskhah istimewa berjudul Duan Nago Bogho arahan pengarah hebat, Sabri Yunus.

Menampilkan pelakon Asrul Faizal selaku teraju utama, filem itu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Jojo Goh dan Sangeeta Krishnasamy.

Asrul berkata, dia berbesar hati apabila ilmu Mak Yong dipelajari sejak 1999 dapat diketengahkan dalam filem Duan Nago Bogho sebagai tontonan buat generasi muda.

"Saya mula mendalami ilmu Mak Yong sejak belajar di Universiti Malaya (UM), jadi sudah lebih dua dekad saya berkecimpung dalam seni ini. Jujurnya, Mak Yong adalah seni yang sangat sukar, tak boleh dipelajari dalam masa singkat.

"Ia memerlukan masa bertahun-tahun dan pemahaman juga sukar untuk dikongsikan menerusi kata-kata. Misalnya cara menyanyi, rentak tari dan muzik.

"Jadi, saya bersyukur Sabri mengambil saya sebagai watak utama dalam filem ini. Sebelum ini, ada naskhah yang mengetengahkan kisah Mak Yong, tetapi tiada secara mendalam.

"Menerusi filem ini, ia juga menampilkan anak seni kelahiran Kelantan. Jadi, saya percaya naskhah berkisarkan Mak Yong dapat membuka mata mengenai keindahan seni itu sendiri," katanya yang pernah bergelar tunjang utama filem Budak Kelantan.

Rosyam berkata, dia teruja berpeluang bekerja di bawah arahan pengarah berkaliber itu buat kali pertama.

"Watak saya dalam filem ini tidak besar, tetapi saya melihat kredibiliti Sabri sebagai pengarah dan menjadi faktor utama saya menerima tawaran berlakon filem ini.

"Saya melihat Sabri memiliki sentuhan berbeza dan tersendiri. Sebenarnya, sudah lama saya bertanya bila Sabri mahu memanggil saya berlakon, sebab karya arahannya rata-rata menggunakan loghat Kelantan.

"Alhamdulillah, akhirnya saya berpeluang, tetapi saya membawa watak gangster di Bukit Bintang, jadi ia tidak memerlukan saya bertutur dalam loghat Kelantan.

"Jujurnya, saya seronok bekerja dengan Sabri kerana sebolehnya mahu watak dibina itu bersahaja dan selamba," katanya ketika hadir sesi fotografi bersama barisan pelakon filem Duan Nago Bogho, baru-baru ini. 

Asrul berbesar hati ilmu Mak Yong dipelajari sejak 1999 dapat diketengahkan, Sangeeta sukakan dialek Kelantan. - NSTP/Aziah Azmee

Percaya dengan karya sentuhan Sabri, Rosyam berkata, penonton dapat melihat sisi lakonannya sebagai Fendi berbeza dari watak gangster atau taiko yang dihidupkan sebelum ini.

Begitu juga dengan Sangeeta, dia gembira apabila dapat menimba ilmu lakonan bersama Sabri dan mendalami seni Mak Yong.

Kata Sangeeta, meskipun sukar dan hanya diberi tempoh dua hari membuat persediaan menjayakan watak Pak Yong atau raja dalam tarian Mak Yong iaitu Salmi, dirinya tetap menerima dengan tangan terbuka.

"Ketika tawaran diberikan, saya dapat tahu ia sepatutnya dijayakan seorang pelakon, tetapi menarik diri. Saya dan Sabri pernah bekerjasama, jadi dia tahu cara saya bekerja.

"Sabri memberi sepenuh keyakinan walaupun tawaran ini diberikan dua hari sebelum penggambaran.

"Sejak dulu, saya sukakan Mak Yong dan dialek Kelantan. Jadi, dapatlah saya mengutip ilmu walaupun sedikit.

"Saya tidak nafikan tertekan juga menjayakan penggambaran filem ini. Bukan sahaja perlu bertutur dialek Kelantan, saya juga perlu belajar tarian Mak Yong dalam masa singkat.

"Orang lain menimba ilmu Mak Yong bertahun-tahun, tetapi saya beberapa hari sahaja," katanya.

Sangeeta berkata, dia dapat rasai suasana Kelantan kerana rata-rata kru berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

"Saya sudah lakukan yang terbaik mengikut kemampuan. Saya percaya sentuhan Sabri dan kebolehannya dalam dalam mencipta watak setiap pelakon," katanya.

Jojo yang melakonkan watak Nancy berkata, dia mengalami kesukaran memahami loghat Kelantan, namun gembira tetap diberikan kepercayaan untuk membintangi filem itu meskipun bahasa menjadi kekangan.

"Saya agak sukar memahami apa yang dituturkan, mujur Sabri bertutur dalam loghat biasa, jadi saya faham apa yang diinginkan.

"Sebagai pelakon, untuk memahami bahasa pengarah tidak sukar. Secara peribadi, saya rasakan loghat di Malaysia semuanya ada keindahan tersendiri.

"Seperti saya menjayakan filem Hong Kong, saya turut merasakan bahasa Kantonis yang digunakan ada keindahannya.

"Mungkin ada yang saya tidak faham, tetapi saya boleh menimba pengalaman dan ilmu membintangi filem Melayu," katanya. 

Rosyam teruja bekerja di bawah Sabri buat kali pertama, manakala Jojo mengalami kesukaran memahami loghat Kelantan. - NSTP/Aziah Azmee

Filem Duan Nagho Bogho adalah naskhah bahasa Melayu kedua dijayakan oleh Jojo selepas filem 29 Februari. Jojo berjaya meraih trofi Pelakon Harapan Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) menerusi filem berkenaan.

Secara ringkasnya, Duan Nago Bogho berkisarkan Duan (Asrul) yang juga pemain peranan Mak Yong yang memiliki dua personaliti.

Duan yang mencintai seni tradisional, namun dalam masa yang sama, suka bergaduh. Kisahnya bermula apabila Duan bergaduh dengan penonton Mak Yong yang mengganggu ketika sedang membuat persembahan sehinggalah bapa memintanya untuk meninggalkan kampung dan mencari kerja lain.

Rakannya, Awi yang tinggal di Kuala Lumpur mengajak Duan ke ibu kota. Awi memberitahu Kuala Lumpur memberikan peluang lebih luas dalam bidang seni, termasuklah sebagai pemain Mak Yong.

Awi adalah pekerja seni yang cuba membawa seni Kelantan ke arah yang lebih luas dan maju. Selain itu, Duan turut membantu Nancy, anak kepada Jimmy Ang, seorang lelaki cina keturunan Kelantan sehingga membawa konflik dalam hidup Duan.

Filem Duan Nago Bogho akan menemui penonton di pawagam mulai 19 Januari ini. Ia turut dibintangi Angeline Tan, Husairi Husain, Jason Chong, Issey Fazlisham, Saidi Sabri dan ramai lagi.

Filem pertama terbitan Kalamarif Holdings menelan kos perbelanjaan sebanyak RM2 juta dan menggunakan dialek bahasa Kelantan sebanyak 80 peratus. Menjalani penggambaran selama 30 hari di Kuala Lumpur dan Kelantan pada April 2021.(BH)

Komen Weblog Ibnu HasyimFilem ini kutip RM1 juta seminggu. Traddisi Mak Yong..

Masihkah tidak patuhi syariah menurut hukum Islam di negara ini?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails