Saturday, February 18, 2023

Perhatian, perubahan positif S'ngor! Minat PAS. & kebebasan anak muda..

 


1. Ramai ahli Umno berminat menyertai PAS

(TERJEMAHAN berita Staronline bertajuk ‘More Umno members keen on joining PAS, says Islamist party’ oleh Wani Muthiah bertarikh 13 Februari 2023 jam 6:31 petang.)

PAS Selangor menerima isyarat positif dari kalangan ahli-ahli Umno yang menyatakan minat mereka untuk menyertai PAS.

Setiausaha Perhubungan PAS Selangor Roslan Shahir mengatakan sudah ada ahli-ahli Umno yang telah menyertai PAS.

“Baru-baru ini seorang pimpinan cawangan yang merupakan bekas pembantu kepada seorang wakil rakyat (Umno) telah pun menyertai kami.

“Malah ramai kalangan ahli-ahli biasa (Umno) kebelakangan ini telah menyertai PAS dan kami menjangkakan lebih ramai lagi akan bersama kami” kata Roslan ketika dihubungi.

Menurut Roslan ahli-ahli PAS sedang berusaha menjelaskan dari hal keperluan untuk bersama PAS agar undi Melayu dapat memberi kesan pada (Pilihan Raya Negeri) Selangor.

Menurut beliau berdasarkan angka-angka yang diperolehi hanya seramai 68 peratus pengundi Melayu telah keluar mengundi dalam Pilihan Raya Parlimen ke-15 baru-baru ini.

“Kami berusaha menjelaskan pada rakyat di’peringkat akar umbi bahawa kita perlu memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus pengundi Melayu keluar mengundi dalam Pilihan Raya Negeri kali ini agar kita (PN) dapat peroleh kejayaan di Selangor”, tambahnya.

Kata Roslan lagi menurut data yang diperolehi, Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi, yang menang di kerusi Parlimen Kuala Langat, telah berjaya memperolehi 72 peratus undi Melayu di kawasan berkenaan.

Kerusi Parlimen Kuala Langat merupakan kerusi PKR selama tiga penggal sejak 2008 sehinggalah ditawan PN.

“Sekiranya calon-calon kami di kerusi-keruis majoriti Melayu dapat pencapaian yang sama (sebagaimana Kuala Langat) harapan kami cukup baik,” kata Roslan, yang menambah bahawa jentera PAS sedang meyakinkan ahli dan penyokong Umno bahawa PKR sudah hampir pasti tidak akan memberikan sebarang kerusi tambahan pada Umno dalam PRN nanti.

“PKR merupakan penyandang di kebanyakan kerusi-kerusi (Melayu) ini, pasti mereka tidak akan menyerahkannya pada sesiapa.

“Contohnya kerusi-kerusi majoriti Melayu di DUN Taman Medan dan Seria Setia dalam Parlimen Petaling Jaya, walaupun Umno telah lama bekerja dan memberi tumpuan pada kerusi-kerusi ini.

“PKR yang menang di kedua kerusi ini pasti tidak akan menyerahkannya pada Umno,” tambah beliau lagi.

Menurut Roslan ahli-ahli Umno diberitahu bahawa PAS sentiasa terbuka dan bersedia berunding dengan mana-mana pihak (demi agenda Penyatuan Ummah).

Selain itu kata Roslan, pemimpin PAS telah bertemu bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang Tan Sri Noh Omar, yang baru ini dipecat dari Umno.

“Beliau telah menyatakan kesediaan untuk berada atas pentas kita (PN) dalam PRN Selangor nanti,” menurut Roslan.

(Terjemahan oleh Team BPPNS)

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 14/2/2023 


2. PH-BN sedang kuburkan kebebasan suara anak muda  


MELIHAT perkembangan tekanan yang diberikan kepada Tiktoker yang sentiasa memberi pandangan bertentangan dengan pihak Kerajaan Campuran PHBN, ia merupakan satu perkembangan yang cukup jelas mematikan kebebasan bersuara yang selalu diperjuangkan ketika berada di posisi pembangkang.

Namun sebaliknya berlaku apabila kuasa sudah berada dalam genggaman, demi mempertahankan kuasa maka segala kuasa yang ada digunakan untuk menyekat suara bertentangan dengan pihak Kerajaan PHBN. 

Saya kira buli cyber yang berlaku dengan menyentuh sensitiviti individu dan juga penggunaan perkataan lucah terhadap pihak yang membawa fakta dalam penghujahan lebih perlu diberi perhatian berbanding dengan suara dan pendedahan yang memberi penentangan kepada pihak PHBN. 

Ia cukup memalukan negara, saya kira perkara ini memberi satu imej buruk di mata dunia yang sentiasa memerhatikan perkembangan Pemerintah Diktator yang dipelopori oleh PHBN. 

Zaman BN dan zaman PHBN diktatornya sama sahaja, sembang kari hangpa semua. Memalukan betul. 

USTAZ HANAFI ZULKAPLI – HARAKAHDAILY 14/2/2023


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perhatian, perubahan positif S'ngor!  Minat PAS. & kebebasan anak muda..

Insya Allah, rakyat Selangor pilih PAS. Mari sama-sama doakan! 

Turkiye: Wanita ini lelong tali pinggang, Anwar lelong apa?

 

Seren berharap dapat menjual tali pinggang kemenangannya itu pada harga sekurang-kurangnya satu juta lira Turkiye (kira-kira RM224,300). - Foto Facebook/Alanya Alaaddin Keykubat Universitesi

1. Gempa bumi Turkiye: Petinju wanita lelong tali pinggang kejuaraan demi bantu mangsa

ANKARA: Seorang petinju wanita sanggup melelong tali pinggang kejohanan yang dimenanginya demi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye.
Juara gelaran Majlis Tinju Dunia (WBC) 2022, Seren Ay Cetin, 26, berkata dia akan meletakkan tali pinggang gelaran WBC Silver Bantamweight miliknya untuk lelongan.
Dia berharap dapat menjual tali pinggang kemenangannya itu pada harga sekurang-kurangnya satu juta lira Turkiye (kira-kira RM224,300).  
Dalam satu hantaran di Twitter, Seren juga berjanji untuk memberikan semua hasil kepada Ahbap, sebuah pertubuhan bukan kerajaan Turkiye yang membantu mangsa gempa bumi.....
Cetin merupakan petinju wanita Turkiye pertama yang memenangi gelaran WBC selepas menewaskan Eva Voraberger dari Austria, juara dunia WBC dua kali, dalam pertarungan yang diadakan Mei lalu di Istanbul. .
2. Gempa bumi Turkiye: Anwar cerita pengalaman melihat keadaan sebenar di 'Ground Zero' 
Anwar berkata kehancuran yang berlaku amat luar biasa berserta musim sejuk memberi cabaran hebat buat pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Malaysia. - Bernama
ISTANBUL : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menceritakan pengalamannya berada di ground zero di Gaziantep, Turkiye baru-baru ini.
Jelas Anwar, kehancuran yang berlaku amat luar biasa, serta musim sejuk memberi cabaran hebat buat pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Malaysia.
"Ia hancur secara fizikal, saya sendiri berasa benar-benar terkesan melihat tahap kerosakan (yang berlaku) terhadap rakyat Turkiye.
"Kami menontonnya di televisyen dan media tetapi kesannya tidak sama, pada masa sama, kita juga menggalakkan orang ramai yang berjuang untuk bertahan dalam keadaan ini.
"Kepada pelbagai agensi penguatkuasaan telah bekerja keras dan diberi tempoh yang sangat sukar. Kami menghantar tiga pasukan... kami tidak pernah mempunyai pengalaman bekerja dan bencana seperti itu dan semasa musim sejuk. Kerana kami datang dari rantau yang tidak mempunyai pengalaman musim sejuk, itu sukar," jelasnya.
Anwar ketika ditemu bual agensi antarabangsa TRT World berkata, beliau berbangga dengan dedikasi serta semangat ditunjukkan petugas mencari dan menyelamat Malaysia di bumi Turkiye itu.
"Mereka penuh semangat, penuh dedikasi, saya gembira dan saya dapat pergi ke sana... Secara peribadi mengagumkan. Penghargaan saya yang mendalam terhadap kerja mereka yang cemerlang," jelasnya lagi.
Mengulas lanjut tambah Anwar, meskipun peluang untuk mangsa hidup di bawah runtuhan semakin tipis, namun ia tidak mematahkan semangat pasukan SAR Malaysia.
"Sekarang daripada semua laporan yang saya kumpulkan di lapangan, ada sedikit harapan (buat mangsa) yang masih hidup, memandangkan keadaan cuaca dan kerosakan yang berterusan.
"Tetapi mereka (pasukan SAR Malaysia) berkata mereka akan mengejar untuk mencari mayat mangsa jika mereka boleh, mereka telah melakukan kerja yang hebat, peralatan, mereka telah melakukan dengan baik," katanya lagi.
Sehingga kini, lebih 300 pasukan SAR pelbagai agensi antara Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah dihantar ke Nurdagi, Gaziantep untuk misi itu. (astro AWANI)
Komen Weblog Ibnu HasyimTurkiye: Wanita ini lelong tali pinggang, Anwar lelong apa?
DAP Malaysia dan barua-baruanya ada lelong apa? 

Friday, February 17, 2023

Setuju Ahmad Fadhli, ucapan (DAP) jijik.. & 248 jam terperangkap.


Ketika membahaskan usul Titah Diraja, Ahmad Fadhli berkata beliau antaranya tidak bersetuju dengan kenyataan Lim Guan Eng berhubung dakwaan bahawa orang Islam mahu menyembelih bukan Islam. - Foto tangkapan layar

1. Kes 'Superman Hew' sudah jadi Superman terbang angkasa ke? - Ahmad Fadhli
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini kecoh susulan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari membangkitkan isu berkenaan ucapan-ucapan rasis.
Ketika membahaskan usul Titah Diraja, Ahmad Fadhli berkata, beliau antaranya tidak bersetuju dengan kenyataan Lim Guan Eng berhubung dakwaan bahawa 'orang Islam mahu menyembelih bukan Islam'.
Beliau berkata, ucapan-ucapan sedemikian yang diambil daripada penyokong sudah tentu menimbulkan pelbagai perkara di luar kawalan termasuk melibatkan penyokong DAP sendiri.
Mengambil contoh isu melibatkan Hew Kuan Yau atau lebih dikenali sebagai 'Superman Hew', beliau mendakwa apa yang dikatakan oleh bekas ahli DAP itu juga menjijikkan.
"Saya tidak setuju ucapan yang disebut oleh Bagan, yang disebut oleh ini (bekas penyokong DAP) pun saya tidak setuju tetapi kalau kita memetik kenyataan penyokong biasa, banyak lah kita boleh lambak dalam dewan ini... itu ucapan biasa, itu ucapan biasa.
"Ini isunya, saya tak nak bela sesiapa, semua sudah ada dalam siasatan polis.
"Jadi isu 'Superman Hew' ini termasuk bila Bagan sebut, apakah status siasatan (kenyataan berkaitan sembelih)? Saya juga nak tanya, apakah status siasatan kepada 'Superman Hew' ini, atau sudah jadi superman terbang ke angkasa?," katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Pada 23 November lalu, Polis Pahang menahan 'Superman Hew' bagi membantu siasatan berhubung satu ucapan berbaur perkauman dalam ceramah Pakatan Harapan (PH) pada kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata Kuan Yau, 53, ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Pahang di kediamannya di Puchong Jaya, Selangor dengan bantuan pasukan JSJ Bukit Aman.
Sementara itu, seorang pelakon lelaki sebelum ini tampil membuat permohonan maaf berikutan kenyataannya mahu menyembelih orang bukan Islam dalam satu ceramah di Kemaman, Terengganu pada 4 November tahun lalu.
Berucap lanjut, Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda Pas berkata, ucapan berbaur rasis turut disebut oleh ahli Dewan Rakyat di Parlimen seperti menuduh Malaysia akan menjadi negara Taliban jika ditadbir oleh Pas.
Menafikan tuduhan tersebut, beliau menegaskan Kelantan tidak menjadi negeri Taliban walaupun ditadbir oleh Parti Islam itu sejak lebih 30 tahun.
"Itu ucapan bersifat rasis kenapa dikaitkan pula Pas dengan Taliban seolah-olah kalau kita tadbir negara, kita jadi Taliban.
"(Kalau Taliban) Manakan patung Buddha terbaring yang paling besar di Asia Tenggara boleh dibiarkan untuk terus berada di Negeri Kelantan. Jadi kalau nak kata Pas mentadbir jadi Taliban, ini lah ucapan yang benar-benar menghasut rakyat Malaysia dan perlu dikenakan tindakan," tambahnya.
Beberapa Ahli Parlimen daripada PH bangkit mempersoalkan kenyataan Ahmad Fadhli.
RSN Rayer (PH-Jelutong) mendakwa Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah menuduh Pas sebagai parti ajaran sesat.
Namun, Ahmad Fadhli berkata, isu yang dibawa oleh Rayer sudah lama berlalu.
"Saya fikir apa masalah Jelutong ialah beliau cuba untuk mengheret perkara dua tiga penggal lepas dan bawa ke dalam dewan ini. Yang sepatutnya dibawa masuk ialah hoi hoi ya hoi...," sindir Ahmad Fadhli.
Sementara itu, Tan Hong Pin (PH-Bakri) berkata sebarang tuduhan yang dikaitkan dengan Pas tidak mewakili seluruh umat Islam di negara ini.
"Jangan kita samakan Pas dengan umat Islam. Kita hanya cakap Pas, ini hanya politik dan terima hakikat politik.
"Segala polemik politik ini jangan campurkan isu agama," katanya.
Ahmad Fadhli kemudian bersetuju bahawa Pas tidak mewakili keseluruhan umat Islam. (astro AWANI)

2. Gempa Turkiye: Remaja perempuan diselamatkan selepas 248 jam terperangkap 
Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun selamat dibawa keluar dari runtuhan bangunan oleh pasukan mencari dan menyelamat selepas lebih 10 hari terperangkap di Antakya, Turkiye pada Khamis. - fotoREUTERS
ANTAKYA: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun selamat dibawa keluar dari runtuhan bangunan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) selepas lebih 248 jam terperangkap di Antakya, Turkiye pada Khamis.
Menurut agensi antarabangsa, mangsa itu berjaya ditemui, namun dikatakan dalam keadaan lemah akibat kecederaan dan dehidrasi.
Mangsa dilihat dibawa keluar dari kawasan runtuhan, ditutup dengan selimut haba oleh pasukan menyelamat sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Sebelum ini, beberapa mangsa turut ditemui selamat di sekitar Turkiye, sekali gus dilihat menjadi penyuntik semangat buat pasukan SAR terus mempertingkatkan usaha mereka.
Bagaimanapun, belum ada angka rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Turkiye dan Syria berhubung jumlah sebenar mangsa yang masih hilang.
Sehingga kini, lebih 42,000 mangsa disahkan maut dalam kejadian gempa bumi di dua negara itu dan lebih 12,000 bangunan di Turkiye dilaporkan hancur atau rosak. (astro AWANI)
Komen Weblog Ibnu HasyimSetuju Ahmad Fadhli, ucapan (DAP) jijik.. & 248 jam terperangkap.
Sepatutnya dibahas atau dikutuk ucapan tuduhan penjijik itu terhadap Islam. 

Thursday, February 16, 2023

Amaran Muhyidin kepada Anwar.. tapi menteri lari..

 

Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - BERNAMA

1.  '...jangan fikir yang Tambun (Anwar) akan kekal abadi'

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran bahawa tindakan Kerajaan Perpaduan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim yang 'mencipta' pelbagai tuduhan terhadap Perikatan Nasional (PN) berisiko untuk memakan diri.

Pengerusi PN itu berkata, impak tindakan itu akan mengundang tindak balas melalui gelombang PN yang sudah terbentuk ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan kemuncaknya akan dilihat melalui keputusan enam pilihan raya negeri (PRN) yang bakal dihadapi tidak lama lagi.

"Apa hal pun biarlah (tuduhan dibuat itu) berasas, jangan salah guna kuasa. Mungkin kerana nak ada PRN di enam negeri, kalau boleh nak dihitamkan muka saya dan kata kita ni semua perompak dan lanun supaya rakyat tak percaya kepada kita.

"Ini saya nak katakan, gelombang PN yang sudah kita lihat akan terus melanda negara, di mana enam negeri (Pakatan Harapan) akan kalah (kerana) 'backlash' (makan diri).

"Saya beri amaran ini (supaya) jangan main-main kerana ini sentimen rakyat," katanya ketika membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri mengingatkan Kerajaan Perpaduan supaya berhenti bermain daripada politik dan menggerakkan tindakan jahat, sebaliknya menumpukan kepada kerja untuk membantu rakyat.

"Berhentilah bermain politik dan membuat keputusan cakap tak serupa bikin. Misalnya, tiba-tiba ada dasar menteri-menteri boleh lantik anak beranak sebagai pegawai.

"Walaupun tidak mengambil gaji, pelantikan ini boleh menimbulkan percanggahan kepentingan dan berbaur nepotisme.

"Untuk apa dasar ini diperkenalkan? Ia tiada kaitan langsung dengan keperluan rakyat yang mendesak ketika ini. Rakyat bukan nak lihat anak menteri (atau) anak perdana menteri memegang jawatan dalam kerajaan, mereka nak lihat menteri dan perdana menteri buat kerja untuk rakyat," katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh mengingatkan bahawa kedudukan Perdana Menteri disandang Anwar bukanlah bersifat kekal.

"Allah kata Dia boleh naikkan kita, dan boleh juga turunkan kita...jadi jangan fikir yang Tambun (Anwar) akan kekal abadi untuk selama-lamanya (sebagai perdana menteri).

"Selepas Tambun akan ada orang lain, jadi jangan menganiaya dan buat sahaja ketika waktu susah ini kerana rakyat tak ada duit nak makan," katanya. (BH)


2. Kerusi menteri lengang ketika Ketua Pembangkang berbahas 

KUALA LUMPUR: Malaysia Madani sepatutnya mengetengahkan politik segar dan matang, namun petang tadi lain pula apabila kerusi saf menteri kosong ketika Ketua Pembangkang membahas Titah Diraja.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, pada jam 4.16 petang tadi ketika Ketua Pembangkang Dato’ Seri Hamzah Zainuddin berbahas kerusi blok menteri dan timbalan menteri lengang.

“Hari ini saya berkongsi gambar dalam Dewan Rakyat,” katanya pada catatan di laman sosialnya.

Suasana itu dapat dilihat mereka yang menyaksikan siaran langsung melalui RTM dan live media sosial milik ahli parlimen.

Dr Mohd Radzi juga berkata, pemimpin utama PERIKATAN NASIONAL (PN) termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut hadir sesi parlimen sejak pagi tadi.

“Saya berada sebaris dengan mereka dalam Dewan Rakyat dan melihat sendiri mereka hadir pagi tadi. Mudah sebenarnya nak buat cerita daripada sekeping gambar dalam Dewan Rakyat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 14/2/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Amaran Muhyidin kepada Anwar.. tapi menteri lari..

Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran bahawa tindakan Kerajaan Perpaduan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim yang 'mencipta' pelbagai tuduhan terhadap Perikatan Nasional (PN) berisiko untuk memakan diri.

Malaysia Madani sepatutnya mengetengahkan politik segar dan matang, tetapi lain pula apabila kerusi saf menteri kosong ketika Ketua Pembangkang membahas Titah Diraja. Takut berhujjah ke? ..belah...

Saudi pilih wanita pertama ke angkasa X bertudung?

 

Suruhanjaya Angkasa Saudi memaklumkan Rayyanah Barnawi (dua dari kiri) dan Ali AlQarni akan menyertai krew misi angkasa lepas AX-2. - Foto: Twitter @saudispace. Saudi pilih wanita pertama ke angkasa X bertudung? 

Arab Saudi hantar angkasawan wanita pertama ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa tahun ini.

RIYADH: Arab Saudi pada Ahad mengumumkan penghantaran angkasawan wanita pertama ke Stesen Angkasa Antarabangsa pada suku kedua tahun ini, lapor Agensi Anadolu.

Dalam satu kenyataan, Suruhanjaya Angkasa Saudi memaklumkan Rayyanah Barnawi dan Ali AlQarni akan menyertai krew misi angkasa lepas AX-2 yang bertujuan untuk "memperkasa keupayaan negara dalam penerbangan angkasa manusia dan memperoleh manfaat daripada peluang yang ditawarkan oleh industri angkasa lepas."
"Penerbangan ke angkasa lepas itu dijadual dilancarkan dari Amerika Syarikat ke Stesen Angkasa Antarabangsa," menurut kenyataan itu.
Program Penerbangan Angkasa Manusia Arab Saudi turut melatih dua lagi angkasawan iaitu Mariam Fardous dan Ali AlGamdi -- mengenai semua keperluan misi.
Negara-Negara Teluk baru-baru ini menunjukkan minat yang mendalam terhadap penerokaan angkasa lepas.
Pada Disember 2022, penjelajah angkasa Emirati Rashid Rover berlepas ke bulan dengan kapal angkasa Jepun untuk perjalanan selama lima bulan.
Pada September tahun lepas, Suruhanjaya Angkasa Arab Saudi melancarkan program angkasawannya bagi melayakkan kader negara itu terbang ke angkasa dalam jangka pendek dan jangka panjang dan mengambil bahagian dalam eksperimen saintifik, penyelidikan antarabangsa dan misi berkaitan angkasa lepas. - BERNAMA
Komen Weblog Ibnu HasyimSaudi pilih wanita pertama ke angkasa X bertudung?
Adakah Arab Saudi merancang hantar angkasawan wanita pertamanya ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa tahun ini, yang tidak memakai hijab. 
Ertinya tak perlu 'patuh syariah' di angkasa lepas? Atau sebagai simbol dalam meneroka angkasa lepas tak perlu ikut hukum penuh agama Islam?
Maaf, sebagai melayani cetusan minda agama? Sekian.

Wednesday, February 15, 2023

Memalukan! Idea komunis.. & blok k'jaan kosong -petang!

 


1. Apakah idea komunis masih wujud di kampung baru?

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Maran, Dato’ Sri Dr Ismail Abd Muttalib meminta kerajaan menjelaskan sama ada idea-idea komunis masih wujud di kampung-kampung baru.

Menurutnya, ini kerana kebanyakan kampung-kampung baru asalnya dibentuk bagi penempatan semula golongan-golongan yang terlibat dengan komunis.

Beliau mengemukakan soalan itu kepada Menteri Dalam Negeri pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Berikut ialah pertanyaan bagi jawab lisan daripada Ahli-ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL dan PAS, hari ini.

Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan usaha Kerajaan mengatasi pencerobohan nelayan asing seperti nelayan Vietnam di kawasan Laut China Selatan yang boleh menjejaskan pendapatan nelayan tempatan dan menceroboh kedaulatan negara.

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [Pasir Puteh] minta Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah menyatakan apakah langkah-langkah jangka masa pendek pemugaran (rejuvenation) dan rekayasa sosial (social engineering) desa bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup dan kesan-kesan pasca Covid-19.

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Besut] minta Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah menyatakan sama ada Kerajaan berhasrat memberi wang tunai secara one-off kepada penoreh getah yang terjejas teruk akibat hujan turun hampir sepanjang tahun ditambah harga getah yang sangat rendah.

Dato’ Ahmad bin Saad @ Yahaya [Pokok Sena] minta  Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan pendirian Kementerian untuk memasukkan pemeliharaan terhadap tanah sawah padi sebagai elemen tambahan dalam Pemindahan Ekologi Fiskal (EFT) selain pemeliharaan terhadap hutan di setiap negeri.

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor [Temerloh] minta  Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan apakah status peruntukan RM100 juta yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan bagi pembinaan loji bekalan air baharu di Mempateh, Lanchang.

Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [Jerantut] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan adakah Kerajaan bercadang menyeragamkan penggunaan aplikasi dalam talian untuk pembayaran tiket parkir kereta secara dalam talian di setiap PBT seluruh negara.

Datuk Haji Awang bin Hashim [Pendang] minta Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah menyatakan tindakan dalam menangani kegusaran rakyat di kawasan luar bandar mengenai isu kesempitan hidup lebih-lebih lagi dengan peningkatan harga barangan keperluan harian di samping ketidaktentuan harga getah.

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Menteri Kesihatan menyatakan keberkesanan inisiatif hospital kluster yang telah direncanakan oleh Kementerian bagi mengatasi masalah kepadatan pesakit yang terlalu tinggi di hospital-hospital seluruh negara sehingga kini.

Tuan Che Alias bin Hamid [Kemaman] minta  Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan status terkini pelaksanaan projek tebatan banjir di negeri-negeri Pantai Timur.

Puan Siti Mastura binti Muhammad [Kepala Batas] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan:-

                (a) senarai jumlah projek rancangan perumahan sewa beli yang telah dilaksanakan di seluruh negara; dan

                (b) jumlah projek rancangan perumahan sewa beli yang telah dilaksanakan di negeri Pulau Pinang.

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [Beluran] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah diplomasi yang diambil oleh Malaysia dalam isu konflik antara negara China dan Amerika Syarikat di perairan Laut China Selatan.

Dr. Hajah Halimah Ali [Kapar] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah tindakan Kementerian untuk memupuk budaya makanan sihat termasuk di kalangan peniaga dan pembeli makanan agar jumlah pesakit diabetes dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dikurangkan.

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan senarai projek-projek perumahan di bawah tanggungjawab Kementerian yang sedang dan akan dilaksanakan di Kuala Terengganu.

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan kebanyakan kampung-kampung baru, asalnya dibentuk bagi penempatan semula golongan-golongan yang terlibat dengan komunis, kenapa ianya perlu dikekalkan. Apakah idea-idea komunis masih wujud di kampung-kampung baru dan apakah Kerajaan bercadang untuk menyatukan semua kampung baru di bawah Kementerian yang sama.               

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [Kuala Kangsar] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan sama ada Kerajaan bercadang mengenakan gaji minimum untuk melindungi hak golongan pekerja gig di Malaysia.

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [Merbok] minta Menteri Kesihatan menyatakan komitmen Kementerian untuk menambah baik infrastruktur hospital, kesemua klinik kesihatan dan klinik desa dalam Parlimen Merbok yang semakin hari menerima jumlah pesakit yang tinggi.

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah pelancong dari negara Cina yang tidak pulang ke negara asal walaupun tempoh visa sudah tamat dan apakah tindakan Kerajaan bagi mengesan pelancong ini.

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden [Alor Setar] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah status terkini berkaitan kelulusan projek pembinaan Lapangan Terbang Kulim dan Kedah Aerotropolis di Sidam, Kedah.

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [Kuala Langat] minta Menteri Kesihatan menyatakan :-

                (a) berapa jumlah fasiliti kesihatan swasta yang dimiliki secara 51% hingga 100% oleh ekuiti asing berdasarkan dasar penyertaan ekuiti asing dalam penjagaan kemudahan kesihatan swasta; dan

                (b) apakah penambahbaikan dasar ini selepas libat urus dengan persatuan-persatuan serta apakah jaminan keselamatan data pesakit kepada fasiliti yang dimiliki 100% ekuiti asing.

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad [Bagan Serai] minta  Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan status projek tebatan banjir di bawah JPS yang telah mengemukakan permohonan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) terutama di kawasan Bagan Serai yang melibatkan kos RM23 juta.

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin [Larut] minta Menteri Luar Negeri menyatakan:-

                (a) apakah pendirian terkini Malaysia berhubung konflik antara Rusia dan Ukraine di mana dunia menjangkakan serangan besar-besaran akan berlaku, dengan mengheret sama Belarus dan Poland sehingga memungkinkan perang berskala penuh terjadi di antara Rusia dan NATO; dan

                (b) apakah pelan strategik Kerajaan PH-BN untuk berdepan kesan sosioekonomi dan politik akibat konflik tersebut, ketika mana Malaysia sedang bergelut dengan isu kos sara hidup serta inflasi.

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan status bantuan peruntukan yang telah diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri sebanyak RM12 juta pada 15 Disember 2022 untuk menyediakan enam unit pam bergerak berkuasa tinggi bagi mengatasi banjir termenung di jajahan Pasir Mas bagi menangani banjir termenung yang sering berlaku di jajahan tersebut khususnya di Rantau Panjang.

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi [Tumpat] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah perancangan Kerajaan untuk membina fasiliti dan prasarana yang lebih komprehensif di Pengkalan Kubur sebagai Pintu Masuk Antarabangsa.

Dato’ Dr. Alias bin Razak [ Kuala Nerus ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan status terkini permohonan projek tebatan banjir di Sungai Tepoh, dan Saliran Banggol Air Lilih. – HARAKAHDAILY 15/2/2023


2. Blok kerajaan kosong pada sesi Petang. Muhyidin, Hadi hadir sepanjang sesi  

Wan Saiful mendakwa kerusi di blok kerajaan pada sebelah petang kebanyakannya kosong. (Gambar kecil: Wan Saiful)

SHAH ALAM - Dakwaan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung berkaitan tiga pemimpin utama dari blok pembangkang tidak hadir pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 sebelah pagi adalah tidak benar. 

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, tiga pemimpin utama iaitu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin  

Hamzah dan Muhyiddin semasa Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 pada Selasa.

Malah Ahli Parlimen Tasek Gelugor tersebut mendakwa, kerusi di blok kerajaan pada sebelah petang kebanyakannya kosong.

“Ada (Muhyiddin, Hamzah, Abdul Hadi) dalam dewan. Yang kosong sekarang (sesi petang) semuanya di blok kerajaan."

“Blok PN penuh. Blok kerajaan di alam ghaib,” katanya ketika dihubungi wartawan Sinar Harian pada Selasa.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Chean Chung mendakwa tiga pemimpin utama PN termasuk Ketua Pembangkang tidak menghadiri Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 pada sebelah pagi Selasa. 

Blok pembangkang pada sesi petang.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa beberapa pemimpin tersebut antaranya Hamzah Zainuddin, Muhyiddin Yassin dan Abdul Hadi Awang.

Chean Chung turut mempersoalkan adakah kesemua pemimpin tersebut lebih sibuk sehingga tidak dapat menghadiri Parlimen. (1Media.My)


Komen Weblog Ibnu HasyimMemalukan! Idea komunis.. & blok k'jaan kosong -petang!

Kesimpulan: Apa yang memalukan?

(i) Idea komunis masih wujud di kampung baru di zaman Malaysia merdeka ini.. 

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan kebanyakan kampung-kampung baru, asalnya dibentuk bagi penempatan semula golongan-golongan yang terlibat dengan komunis, kenapa ianya perlu dikekalkan. Apakah idea-idea komunis masih wujud di kampung-kampung baru dan apakah Kerajaan bercadang untuk menyatukan semua kampung baru di bawah Kementerian yang sama.         

(ii) Blok kerajaan kosong pada sesi Petang. Muhyidin, Hadi hadir sepanjang sesi .

Siapa makan gaji buta sebenarnya? Termasuk baruanya? Ha ha ha.

DAP pemetik api.. Lucut rakyat dia ni..

 


1. DAP ‘pemetik api’ sensitiviti perkauman dan agama

RASIS dan ekstrem dijadikan modal tuduhan berkaitan perkauman dan agama oleh pihak-pihak dalam Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN) pasca-PRU15. Kononnya ia juga adalah kandungan kempen PN sepanjang PRU15 dan mempengaruhi sentimen orang Melayu-Islam menyokong gabungan itu.

Pihak-pihak tersebut sengaja memarakkan api tersebut untuk dilihat sebagai jaguh keharmonian dan perpaduan yang sedang dicanang ketika ini. Mereka juga cuba meluap-luapkan emosi dengan adu-domba seperti ini sebagai menarik perhatian pihak yang mahu diampu bodek demi meraih suatu habuan. 

Bahkan untuk mengalihkan perhatian ramai kepada tekanan tertimpa mereka sendiri yang lemas dan perlu segera melepas keluar dari kubang lumpur tersebut. Maka, memekik bisinglah mereka umpama sang pencuri menjerit kepada orang lain pencuri agar ia segera dapat meloloskan diri.

Dari ucapan beberapa politikus PH yang emosional, jelas tuduhan sentimen perkauman dan agama sempit itu disasarkan kepada PAS dan BERSATU atau PN serta para pemimpinnya. Walhal, mereka sebenarnya menjadikan tuduhan itu sebagai perisai membentengi pihak yang diketahui umum berperibadi rasis.

Kerana ‘membela’ sekutu, mereka meremehkan sensitiviti yang diungkit, biadab, celupar, mencabar dan menggugat ketenteraman. PH sebenarnya menggunakan kedudukan di posisi kuasa itu untuk menekan rakyat majoriti negara ini iaitu orang Melayu-Islam dan Bumiputera. 

Menjadikan orang Melayu-Islam-Bumiputera apologetik dan melankolik untuk bersuara mengenai hak sendiri atau menyanggah pertikaian yang dicetuskan. Mereka mahu menimbulkan rasa bersalah dan menggesa berjiwa besar serta memaafkan sebagai kompromi kepada pihak dibela. 

DAP adalah pelampau sebenar

Hakikatnya, isu ini disumbunyalakan DAP di belakang tabir untuk semua semburan panas berkaitan perkauman dan agama di negara ini dibakar ke khalayak masyarakat. DAP adalah pelaku sebenar yang tidak pernah mengendur berpolitik secara perkauman dan agama ekstrem dibawa parti itu selama ini.

Kerana itu DAP ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia disebabkan isi perut mereka jelas bersifat busuk hati yang sentiasa mengembangkan agenda anti-Bumiputera, anti-Melayu dan anti-Islam. Ketika sama DAP meninggikan cauvinisme dalam kalangan kaum lain dan membangkitkan jiwa ultra kiasu pelampau.

Inilah sebenarnya gagasan ‘Malaysian Malaysia’ yang digerakkan DAP dari awal kewujudan atau penubuhannya di Persekutuan Tanah Melayu sejak sekian lama. DAP tidak pernah melunakkan, apatah lagi membatalkan agenda tersebut yang diangkat parti itu sejak lebih 50 tahun dahulu.

Dengan gagasan tersebut, DAP mencabar hak-hak dan keistimewaan serta peruntukan telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan untuk kaum Melayu dan Bumiputera. DAP seringkali membuat tuntutan atas nama kesamarataan yang dijadikan rencah rempah politik dengan kaum lain.

Oleh itu, DAP sentiasa berada dalam keadaan memusuhi Bumiputera negara ini dan menanamkan perasaan kebencian terhadap Melayu kepada kaum lain. Bahkan kebencian disemarakkan itu turut diheret hingga menyinggung hal ehwal agama Islam dan Raja-raja Melayu yang tidak sepatutnya mereka campuri. 

Walhal sebenarnya DAP tidakpun memperjuangkan kepentingan bangsa lain khususnya kaum Cina dan India termasuk peribumi Sabah dan Sarawak. DAP sebaliknya bertindak menabur racun prejudis dan prasangka yang secara halus memecah-belah serta menjurangkan antara kaum masyarakat majmuk Malaysia. 

Ia langkah ‘pecah perintah’ dan usaha meraih sokongan undi bagi kepentingan politik DAP semata-mata, namun membayar harga mahal dengan merosakkan perpaduan rakyat. Mana-mana pihak yang terpedaya dengan watak talam dua muka DAP dan memberi sokongan kepada parti itu, mereka pasti diperalatkan.

DAP gagal sembunyikan wajah

DAP tiba-tiba menjadi ‘pendiam’ menjelang PRU15 dan sepanjang tempoh kempen PRU15 yang lalu. Termasuk ketika tempoh perundingan parti-parti politik untuk membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri. Malah, hingga ke hari ini juga masih berselindung dari khalayak awam.

Kerana setiap kali memunculkan diri, pasti ada sahaja keterlanjuran ulasan atau ucapan keterlaluan yang menggugat terpacul dari mulut politikus parti itu. Realitinya DAP boleh terus berpura-pura dan bertopeng menutup wajahnya, tetapi tidak akan mampu menyembunyi atau berubah dari sifatnya.

Tidakpun bertahan lama, rasisme yang cuba disimpan DAP tersembul keluar juga sebagaimana kenyataan terkini pemimpin kanan parti itu, Dr Ramasamy Palanisamy. Isu disentuhnya menunjukkan DAP masih bercita-cita merombak perkhidmatan awam dan kekal prejudis serta membenci kaum Melayu.

Susulan daripada keangkuhan bongkak Ramasamy itu, muncul pula pertikaian, kecaman serta tindakan penghinaan yang juga menyentuh perkauman dan agama. Iaitu oleh bekas pelatih percubaan badminton negara, Bong Guang Yik dan individu dikatakan seorang peguam di Johor.

Apakah api sentimen perkauman dan agama sebagaimana yang membarah semasa pentadbiran PH selama 22 bulan dahulu bakal berulang? Malangnya tidak pula politikus hero PKR dan PAN tampil berdemonstrasi atau mengadakan laporan polis dan sidang akhbar mengecam hal itu.

Ironinya, komen usikan nakal pemain hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn di Instagram pula dibebankan dengan dakwaan perkauman. Sedangkan komennya itu masih bersifat spekulatif dan boleh diperdebatkan serta dibicara secara lebih matang. Hanis bahkan segera mengajukan permohonan maaf.

Di mana ada kekesalan dan mengakui kekhilafan yang tidak terjangka serta tidak dimaksudkan atau menjadi tujuan beliau mengguris sedemikian. Malah, Hanis juga dikenali jurulatih dan rakan sepasukan lain dengan watak yang bukan sebagaimana didakwa kepadanya.

Segera tangani dan tamatkan

Malang sekali atlet berbakat dan telah 10 tahun menceburi sukan itu tetap dihukum dan sekali gus mengakibatkan masa depannya kabur. Beliau dilucutkan daripada pasukan dan tidak akan dibenarkan mewakili negara dalam sebarang kejohanan. Ia keputusan yang amat berat dan memusnahkan.

Sedangkan selama ini isu-isu perkauman dan agama yang disentuh politikus DAP atau individu tertentu terutama pro-DAP tidak pula diambil tindakan tegas. Walhal singgungan mereka bukan sahaja bersifat mengejek atau memperolokkan, tetapi jelas terang nyata mencabar, menghina dan menggugat.

Oleh itu apa ertinya perpaduan dan keharmonian serta madani yang dilaungkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim? Jangan dijaja semua usaha kebaikan itu sebagai produk murahan dan retorik politik tanpa diterjemahkan ke hakikat sebenar kanvas kehidupan masyarakat majmuk negara Malaysia ini.

Anasir yang boleh mencetuskan ketegangan, pergaduhan atau rusuhan kaum dan agama mesti segera dibanteras. Semua jenis hasutan dan kebencian berkaitan perlu dibendung tanpa lengah dan lewa agar keresahan awam oleh tindak tanduk sedemikian tidak terus membarah dan merebak.

Segala noda dosa dan pertikaian terhadap tonggak-tonggak tanah air meliputi Rukun Negara dan Perlembagaan yang perlu dipertahan maruah dan martabatnya wajib ditangani. Jika tidak impian perpaduan, keselamatan dan keamanan akan goyah dan membawa kepada ketidakstabilan.

Berawas, berwaspada dan berhati-hatilah dengan permainan politik DAP yang penuh muslihat dan agenda tersembunyi itu. Selama ini perkauman dan agama di dalam negara  hanyalah mangsa kepada parti itu yang rakus mahu mencapai tujuan penguasaan politik sempit mereka.

IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my – HARAKAHDAILY 14/2/2023


2. Hina Islam, Melayu: hak kerakyatan Bong Guang Yik mesti dilucutkan 

MELAKA: Tindakan tegas termasuk melucutkan hak kerakyatan perlu diambil terhadap pemain badminton negara, Bong Guang Yik yang secara terbuka menghina kesucian Islam dan Melayu.

Ketua Pemuda UMNO Jasin, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata tindakan Guang Yik adalah perbuatan biadab, keterlaluan dan sukar dimaafkan.

Beliau berkata ia bukan sahaja melampaui batas, malah boleh membawa kepada permulaan ketegangan kaum.

"Sebagai seorang atlit yang pernah mewakili negara, Guang Yik pastinya sedar bahawa hal berkaitan Islam dan bangsa Melayu bukanlah sesuatu yang boleh dipertikaikan apatah lagi menjadi bahan cacian dalam apa jua alasannya.

"Sekiranya tidak dihentikan segera, ia mampu mengakibatkan malapetaka yang kita semua tidak inginkan," katanya.  

Dr Muhamad Akmal Saleh (depan) selepas membuat laporan di Balai Polis Merlimau, malam tadi. - Foto NSTP/Nuraliawati Sabri

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Merlimau, malam tadi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, isu ini tidak hanya cukup dengan permohonan maaf dan peringatan tetapi ia perlu disusuli dengan pelaksanaan hukuman dengan segera.

"Maka satu ketetapan dan tindakan yang keras perlu segera diambil sebagai peringatan kepada rakyat Malaysia bahawa soal Islam dan Melayu bukanlah satu topik yang boleh dijadikan bahan hinaan atas apa alasan sekalipun.

"Jika hanya dengan satu muat naik 'nakal' di media sosial oleh seorang atlit kita baru-baru ini menyebabkan dia digantung dari menyertai skuad negara, maka apa yang dilakukan oleh Guang Yik perlu dihukum dengan hukuman lebih berat," katanya.

Beliau berkata walaupun pernah diberikan peluang menyumbang bakti kepada negara, jasanya langsung tidak setanding dengan tingkah laku peribadinya.

"Negara tidak memerlukan rakyat yang sikapnya mampu mencetuskan ketegangan dan kacau bilau antara agama serta kaum," katanya. 

Sumber I BH Online

Komen Weblog Ibnu HasyimDAP pemetik api..  Lucut rakyat dia ni..

'Pemetik api' adalah pemusnah, maka wajib dimusnah! Termasuk 'barua-barua'nya sekali.