Friday, February 24, 2023

Anwar gagal? Teruskan ekonomi seperti Muhyiddin. & wasatiyyah.

 


1. Mampukah Anwar teruskan legasi ekonomi seperti Muhyiddin?

SEJAK menjadi kerajaan pada Disember 2022 yang lalu, kerajaan di bawah Pakatan Harapan dilihat tidak memberikan solusi dan penyelesaian kepada isu-isu rakyat. Ia sangat berbeza ketika mereka menjadi pembangkang yang sentiasa penuh dengan pelbagai formula, cadangan dan kritikan yang dilemparkan kepada pihak kerajaan.

Masa dua minggu yang diberikan kepada Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bukan sahaja melebihi tempohnya, bahkan mesyuarat yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri ke-10 (PMX) itu juga tidak memberikan solusi tuntas kepada permasalahan rakyat. Bukan itu sahaja, kenyataan PMX yang mengatakan sektor penternakan sudah lama mencapai tahap yang mampan juga sangat diragui.

Hal ini kerana ia sangat bertentangan dengan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada September 2022 menyatakan bahawa Kadar Sara Diri (SSR) ataupun permintaan di peringkat domestik bagi daging kambing atau bebiri hanyalah 10.7 peratus manakala SSR bagi daging lembu/kerbau pula hanya 18.9 peratus. Permintaan dalam negara pun tidak mampu, bagaimana mahu dieksport seperti hasil Mesyuarat NACCOL?

Lebih merisaukan, produk seperti telur yang melebihi 100 peratus SSR pula disuruh import untuk menyelesaikan masalah harga telur di dalam negara. Sedangkan kadar SSR telur yang mencapai 114.4 peratus itulah yang perlu dieksport kerana ia melebihi permintaan di dalam negara. Bagaimanakah para menteri ini membaca dan menterjemah data-data yang dikeluarkan secara rasmi oleh DOSM?

Dalam hal ehwal ekonomi, Kerajaan Madani dilihat hanya rancak mengumumkan sesuatu yang ‘besar’ sebagai penyelesaian kepada isu berkaitan rakyat. Di akhirnya, hanya indah khabar daripada rupa. Keputusan mesyuarat NACCOL, isu harga ayam yang akan diumumkan keesokan harinya dan beberapa lagi pengumuman yang kosong daripada tindakan untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan.  

Mujurlah negara kita diterajui oleh kepimpinan yang cakna dengan ekonomi dan menyelesaikan masalah rakyat dengan efisien ketika diserang dua krisis serentak iaitu krisis kesihatan dan krisis ekonomi. Walaupun lapan (8) siri Pakej Rangsangan Ekonomi yang berjumlah RM530 bilion dikecam oleh pembangkang pada ketika itu (yang kini menjadi Kerajaan), namun statistik menunjukkan usaha tersebut berjaya.

Buktinya, bukan sahaja Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi setiap suku tahun 2022 merekodkan peningkatan yang memberangsangkan, bahkan KDNK negara bagi tahun 2022 turut mencapai angka yang tinggi (8.7 peratus) berbanding tahun 2021 (3.1 peratus). Ia melebihi prestasi yang dicapai oleh negara jiran dan negara-negara maju lain seperti Singapura (3.8 peratus), Indonesia (5.3 peratus), China (3.6 peratus), Korea Selatan (2.6 peratus) dan USA (2.1 peratus).    

Selain itu, menurut data terkini yang dikeluarkan oleh Malaysian Investment Development Authority (MIDA), Malaysia mencatatkan peningkatan pelaburan sebanyak 83.1 peratus pada tahun 2021 (RM306.5 bilion) berbanding tahun 2020 (RM164 bilion). Bukan itu sahaja, malah aliran masuk bersih bagi Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke Malaysia pada Suku ke-4 tahun 2022 meningkat dengan jumlah RM19.3 bilion berbanding RM12.3 bilion pada Suku ke-3 bagi tahun yang sama. 

Ia selari dengan data pengangguran negara yang menunjukkan tren menurun sepanjang tahun 2022. Walaupun tahun 2021 merekodkan kenaikan pengangguran pada kadar 4.6 peratus berbanding 4.5 peratus pada 2020, namun ia berbeza sepanjang tahun 2022 apabila Disember 2022 merekodkan kadar pengangguran yang lebih rendah iaitu pada kadar 3.6 peratus berbanding 4.2 peratus pada Januari tahun yang sama. Ini menunjukkan kebanyakan rakyat telah mendapatkan kembali pekerjaan untuk menyara kehidupan mereka setelah ramai yang dibuang kerja akibat pandemik COVID-19. 

Justeru, rakyat memerhati dan menantikan apakah penyelesaian kepada isu ekonomi rakyat yang akan dibentangkan oleh Kerajaan Madani pada Pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari nanti. Adakah ia menjadi suatu penyelesaian kepada ekonomi rakyat dan mampu menyambung kestabilan ekonomi Malaysia terutama pasca pandemik atau sebaliknya. 

ASYRAF SALLEH
Kuala Terengganu
21 Februari 2023 – HARAKAHDAILY 21/2/2023


2. Islam menawarkan ekonomi wasatiyyah 

DUNIA hanya mengenali dua pendekatan sahaja dalam aspek ekonomi iaitu kapitalisme dan sosialisme, sehinggalah pendekatan yang paling ekstrem iaitu liberal kapitalisme dan komunisme. Pendekatan tersebut sama ada berkonsepkan kebebasan individu atau kemasyarakatan, kemudiannya dikaitkan pula dengan peranan politik yang melindungi kedua-dua ideologi tersebut. Kedua-dua belah pihak mendabik dada kononnya masing-masing mengamalkan demokrasi bersama rakyat.

Ideologi kapitalis lebih bersifat  ananiyyah  (individualistik) dari segi pemilikan dan bertemakan kebebasan, manakala ideologi sosialis pula bersifat kolektif yang memberi penekanan dari segi kemasyarakatan dan bertemakan keadilan sosial. Kedua-dua aliran tersebut berkonsepkan materialisme (kebendaan) dan berprinsipkan sekularisme yang berpisah daripada agama.

Walaupun ada dalam kalangan mereka yang tidak mengetepikan hak beragama, namun mereka tidak membenarkan agama campur tangan dalam urusan ekonomi dan politik. Adapun penganut komunisme lebih bersikap ekstrem sehingga bertindak mengharamkan agama. Begitu juga dalam kalangan penganut liberalisme.

Ramai yang terlepas pandang dengan kewujudan Islam yang berlainan dan berbeza sama sekali daripada semua ideologi itu. Hal ini disebabkan Islam itu bersifat wasatiyyah (pertengahan dan sederhana) dan berkonsepkan istiqamah terhadap individu dan masyarakat.

Di samping itu, Islam juga menegaskan bahawa agama tidak terpisah daripada segala aspek dalam urusan kehidupan manusia di alam dunia, termasuklah aspek ekonomi dan politik. Bahkan, semua itu tetap berkait dengan aspek aqidah, ibadat dan syariat Allah, serta tidak mengetepikan hak individu dari segi pemilikan dan hak. Malah, menggalakkan manusia agar bermasyarakat dari segi memenuhi keperluan hidup bermadani secara tabii.

Firman Allah SWT:

﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَأۡكُلُوٓاْ أَمۡوَٰلَكُم بَيۡنَكُم بِٱلۡبَٰطِلِ إِلَّآ أَن تَكُونَ تِجَٰرَةً عَن تَرَاضٖ مِّنكُمۡۚ وَلَا تَقۡتُلُوٓاْ أَنفُسَكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُمۡ رَحِيمٗا٢٩ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٰلِكَ عُدۡوَٰنٗا وَظُلۡمٗا فَسَوۡفَ نُصۡلِيهِ نَارٗاۚ وَكَانَ ذَٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرًا٣٠ إِن تَجۡتَنِبُواْ كَبَآئِرَ مَا تُنۡهَوۡنَ عَنۡهُ نُكَفِّرۡ عَنكُمۡ سَيِّ‍َٔاتِكُمۡ وَنُدۡخِلۡكُم مُّدۡخَلٗا كَرِيمٗا٣١﴾

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali melalui jalan perniagaan yang berlaku dengan redha (suka sama suka) antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri; sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepada kamu. (29) Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan melanggar hak dan berlaku zalim, maka Kami kelak akan memasukkannya ke dalam neraka. Perkara yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (30) Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar antara dosa-dosa yang kamu dilarang mengerjakannya, nescaya Kami menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu (dosa-dosa kamu yang kecil) dan Kami memasukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga). (31)”  (Surah al-Nisa’: 29-31)

Islam meletakkan aspek agama dan akhlak yang mempunyai perhitungan senarai dosa dan pahala, serta aspek moral dan jenayah dalam setiap sudut kegiatan bermasyarakat, termasuklah aspek ekonomi dan politik. Justeru, Islam menegaskan bahawa segala aktiviti itu berkait rapat dengan perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW yang wajib diuruskan melalui aspek politik. Hal ini sebagaimana yang dinyatakan oleh firman Allah SWT:

﴿ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّٰهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُواْ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡاْ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۗ وَلِلَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ٤١﴾

“(Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (mempunyai kuasa politik untuk memerintah negara), nescaya mereka mendirikan sembahyang (beribadat), menunaikan zakat (berekonomi), menyuruh berbuat perkara yang ma‘ruf (berkebajikan) dan mencegah daripada perbuatan yang mungkar (amanah kedaulatan undang-undang); dan kepada Allah jua kembali segala urusan (berwawasan akhirat).” (Surah al-Hajj: 41)

Berdasarkan ayat di atas, Islam menegaskan adanya hubungan aspek ibadat dalam ekonomi dan politik yang melibatkan elemen jasad, roh dan harta, sama ada oleh individu atau masyarakat yang ada kaitan dengan balasan pada Hari Akhirat kelak.

Al-Quran menyatakan konsep ekonomi masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai agama dan bermasyarakat madani, sebagaimana firman Allah SWT:

﴿مَّآ أَفَآءَ ٱللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡيَتَٰمَىٰ وَٱلۡمَسَٰكِينِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِ كَيۡ لَا يَكُونَ دُولَةَۢ بَيۡنَ ٱلۡأَغۡنِيَآءِ مِنكُمۡۚ وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمۡ عَنۡهُ فَٱنتَهُواْۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ٧﴾

“Apa sahaja harta rampasan (fai’) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya (daripada harta benda) milik penduduk kota, maka adalah ia tertentu untuk Allah, dan untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang berada dalam perjalanan (musafir yang keputusan bekalan); (ketetapan sedemikian) supaya harta itu tidak beredar antara orang-orang kaya dalam kalangan kamu sahaja. Dan apa jua perintah  yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah (serta amalkanlah). Dan apa jua yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amat keras hukuman-Nya.” (Surah al-Hashr: 7)

Islam menegaskan konsep masyarakat majmuk dalam ekonomi yang adil melalui pelaksanaan zakat yang diwajibkan kepada para penganut Islam sahaja, berkonsepkan ibadat harta, serta pengagihannya.

Adapun pengagihan harta fai’ pula, asalnya daripada milik bukan Islam yang dilaksanakan melalui percukaian dan jizyah (cukai keselamatan diri) seperti zakat fitrah kepada penganut Islam. Pada masa yang sama, fai’ juga merangkumi pengeluaran kharaj (cukai hasil pertanian) dan ‘usyur (cukai perniagaan) yang turut dikenakan kepada penganut Islam dalam bentuk zakat yang menjadi rukun agama yang tidak boleh dihapuskan. Adapun cukai daripada bukan Islam pula boleh dihapuskan apabila hasil sesebuah negara telah mencukupi. Semuanya wajib dibelanjakan dengan adil kepada semua.

Selain itu, Islam juga melarang konsep melampau dalam ekonomi berpandukan firman Allah SWT:

﴿وَلَوۡ بَسَطَ ٱللَّهُ ٱلرِّزۡقَ لِعِبَادِهِۦ لَبَغَوۡاْ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَلَٰكِن يُنَزِّلُ بِقَدَرٖ مَّا يَشَآءُۚ إِنَّهُۥ بِعِبَادِهِۦ خَبِيرُۢ بَصِيرٞ٢٧ وَهُوَ ٱلَّذِي يُنَزِّلُ ٱلۡغَيۡثَ مِنۢ بَعۡدِ مَا قَنَطُواْ وَيَنشُرُ رَحۡمَتَهُۥۚ وَهُوَ ٱلۡوَلِيُّ ٱلۡحَمِيدُ٢٨﴾

“Dan jikalau Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya, tentulah mereka akan melampaui batas di muka bumi; tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran. Sesungguhnya, Dia Maha Mengetahui (keadaan) hamba-hamba-Nya, lagi Maha Melihat. (27) Dan Dialah yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa dan menyebarkan rahmat-Nya; dan Dialah yang Maha Pelindung lagi Maha Terpuji. (28)”  (Surah al-Syura: 27-28)

Perkara ini sekali gus menunjukkan betapa Allah itu Maha Adil dengan memberikan rezeki supaya ia diuruskan oleh manusia dengan akal, ilmu dan pengalaman. Seterusnya berpandukan hidayah supaya tidak tergelincir dan tidak melampau daripada asas maqasid al-syari‘ah.  

Islam menegaskan bahawa kegiatan ekonomi termasuk daripada sebahagian amalan baik manusia di sisi Allah SWT. Perkara ini dijelaskan melalui sabda Rasulullah SAW:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَغْرِسُ غَرْسًا أَوْ يَزْرَعُ زَرْعًا فَيَأْكُلُ مِنْهُ إِنْسَانٌ أَوْ طَيْرٌ أَوْ بَهِيمَةٌ إِلَّا كَانَتْ لَهُ صَدَقَةٌ.

“Tiadalah seseorang Muslim yang menanam pokok atau tanaman lalu dimakan oleh burung atau binatang atau manusia, nescaya diberikan kepadanya pahala sedekah.” (Riwayat al-Tirmizi, no. 1303)

Demikian juga semua urusan ekonomi yang memberi kemudahan kepada masyarakat, manusia dan makhluk yang lain.

Rasulullah SAW pernah bersabda menyatakan tentang kelebihan berakhlak dalam kegiatan perniagaan sesama manusia yang akhirnya dapat memelihara diri daripada penyakit inflasi, menipu dan menindas. Sabda Baginda SAW:

‌رَحِمَ ‌اللَّهُ ‌رَجُلًا ‌سَمْحًا ‌إِذَا ‌بَاعَ، وَإِذَا اشْتَرَى، وَإِذَا اقْتَضَى.

“Allah memberi rahmat kepada seseorang yang bertimbang rasa ketika menjual, membeli dan meminta dibayarkan hutangnya.” (Riwayat al-Bukhari, no. 2076)

Malah, Rasulullah SAW juga turut menegaskan soal keberkatan rezeki daripada perniagaan, apabila ia dilakukan secara bermoral dengan sabdanya:

‌البَيِّعَانِ ‌بِالخِيَارِ ‌مَا ‌لَمْ ‌يَتَفَرَّقَا، فَإِنْ صَدَقَا وَبَيَّنَا بُورِكَ لَهُمَا فِي بَيْعِهِمَا، وَإِنْ كَذَبَا وَكَتَمَا مُحِقَتْ بَرَكَةُ بَيْعِهِمَا.

“Dua pihak yang berjual beli diberikan pilihan (untuk membatalkan urus niaga), selagi mereka tidak berpisah. Jika mereka berdua berlaku benar dan berterus terang (tidak menipu), nescaya mereka berdua diberkati. Namun, jika mereka menyorokkan sesuatu (tidak telus) dan berbohong, nescaya akan dihapuskan keberkatannya (urus niaga mereka).” (Riwayat al-Bukhari, no. 2079 dan Muslim, no. 1532)

Allah SWT menegaskan konsep kesederhanaan dalam perbelanjaan melalui firman-Nya:

﴿وَلَا تَجۡعَلۡ يَدَكَ مَغۡلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ وَلَا تَبۡسُطۡهَا كُلَّ ٱلۡبَسۡطِ فَتَقۡعُدَ مَلُومٗا مَّحۡسُورًا٢٩ إِنَّ رَبَّكَ يَبۡسُطُ ٱلرِّزۡقَ لِمَن يَشَآءُ وَيَقۡدِرُۚ إِنَّهُۥ كَانَ بِعِبَادِهِۦ خَبِيرَۢا بَصِيرٗا٣٠﴾

“Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu (bakhil) dan janganlah kamu terlalu menghulurkannya (boros), kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesal. (29) Sesungguhnya, Tuhanmu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (30)” (Surah al-Isra’: 29-30)

Islam menegaskan tentang pengharaman rasuah dengan menjelaskan sempadan halal dan haram dalam kegiatan ekonomi. Firman Allah SWT:

﴿وَلَا تَأۡكُلُوٓاْ أَمۡوَٰلَكُم بَيۡنَكُم بِٱلۡبَٰطِلِ وَتُدۡلُواْ بِهَآ إِلَى ٱلۡحُكَّامِ لِتَأۡكُلُواْ فَرِيقٗا مِّنۡ أَمۡوَٰلِ ٱلنَّاسِ بِٱلۡإِثۡمِ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ١٨٨﴾

“Dan janganlah sebahagian daripada kalangan kamu memakan harta sebahagian yang lain antara kamu dengan jalan yang batil; dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim (pihak yang berkuasa), supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 188)

Islam menghalalkan sebarang urusan perniagaan, di samping mengharamkan amalan riba dengan keras kerana perbuatan itu bersifat menindas. Perkara ini dihuraikan oleh firman Allah SWT:

﴿ٱلَّذِينَ يَأۡكُلُونَ ٱلرِّبَوٰاْ لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ ٱلَّذِي يَتَخَبَّطُهُ ٱلشَّيۡطَٰنُ مِنَ ٱلۡمَسِّۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَالُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡبَيۡعُ مِثۡلُ ٱلرِّبَوٰاْۗ وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلۡبَيۡعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰاْۚ فَمَن جَآءَهُۥ مَوۡعِظَةٞ مِّن رَّبِّهِۦ فَٱنتَهَىٰ فَلَهُۥ مَا سَلَفَ وَأَمۡرُهُۥٓ إِلَى ٱللَّهِۖ وَمَنۡ عَادَ فَأُوْلَٰٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ٢٧٥ يَمۡحَقُ ٱللَّهُ ٱلرِّبَوٰاْ وَيُرۡبِي ٱلصَّدَقَٰتِۗ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ٢٧٦ إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَأَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّكَوٰةَ لَهُمۡ أَجۡرُهُمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ وَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ٢٧٧ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَذَرُواْ مَا بَقِيَ مِنَ ٱلرِّبَوٰٓاْ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ٢٧٨ فَإِن لَّمۡ تَفۡعَلُواْ فَأۡذَنُواْ بِحَرۡبٖ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦۖ وَإِن تُبۡتُمۡ فَلَكُمۡ رُءُوسُ أَمۡوَٰلِكُمۡ لَا تَظۡلِمُونَ وَلَا تُظۡلَمُونَ٢٧٩﴾

“Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan, lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama sahaja dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan daripada Tuhannya, lalu terus berhenti (daripada mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. (275) Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah sekali-kali tidak menyukai setiap orang yang tetap berada dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa. (276)  Sesungguhnya, orang-orang yang beriman, mengerjakan amal soleh, mendirikan solat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tiada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (277) Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. (278) Maka, jika kamu tidak mengerjakannya (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (daripada pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiayai. (279)”  (Surah al-Baqarah: 275-279)

Islam merupakan agama yang paling keras mengharamkan sebarang muamalat berunsurkan riba yang menjadi budaya sehingga menyebabkan ramai yang suka berhutang dan mengamalkannya dalam urusan jual beli. Sehinggakan, ia dilakukan dalam keadaan melampau dan rakus. Kini, telah berleluasa sehingga ke peringkat pemerintahan sebuah negara, bukan sahaja berlaku peringkat rakyat, sama ada individu atau bersyarikat.

Sesungguhnya, kegiatan ekonomi sangat berkait dengan iman, amal ibadat, akhlak dan batas halal dan haram. Oleh itu, Islam mengharamkan penipuan dalam peniagaan dengan keras. Firman Allah SWT:

﴿وَيۡلٞ لِّلۡمُطَفِّفِينَ١ ٱلَّذِينَ إِذَا ٱكۡتَالُواْ عَلَى ٱلنَّاسِ يَسۡتَوۡفُونَ٢ وَإِذَا كَالُوهُمۡ أَو وَّزَنُوهُمۡ يُخۡسِرُونَ٣ أَلَا يَظُنُّ أُوْلَٰٓئِكَ أَنَّهُم مَّبۡعُوثُونَ٤ لِيَوۡمٍ عَظِيمٖ٥ يَوۡمَ يَقُومُ ٱلنَّاسُ لِرَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ٦﴾

“Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan). (1) (Iaitu) orang-orang yang apabila menerima sukatan daripada orang lain, mereka minta dipenuhi. (2) Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka menguranginya. (3) Tidakkah orang-orang itu menyangka, bahawa sesungguhnya mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah matai)? (4)  Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya). (5) (Iaitu) hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam?  (6)”  (Surah al-Mutaffifin: 1-6)

Islam memberikan amaran keras terhadap mereka yang tidak menunaikan kewajipan bermasyarakat dalam pengagihan ekonomi, sebagaimana yang disebutkan melalui banyak ayat al-Quran. Antaranya, firman Allah SWT:

﴿أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِي يُكَذِّبُ بِٱلدِّينِ١ فَذَٰلِكَ ٱلَّذِي يَدُعُّ ٱلۡيَتِيمَ٢ وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلۡمِسۡكِينِ٣ فَوَيۡلٞ لِّلۡمُصَلِّينَ٤ ٱلَّذِينَ هُمۡ عَن صَلَاتِهِمۡ سَاهُونَ٥ ٱلَّذِينَ هُمۡ يُرَآءُونَ٦ وَيَمۡنَعُونَ ٱلۡمَاعُونَ٧﴾

“Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? (1) Itulah orang yang mengherdik anak yatim. (2) Dan tidak menganjurkan untuk memberi makanan kepada orang miskin. (3) Maka, kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat. (4) (Iaitu) orang-orang yang lalai daripada menyempurnakan solatnya. (5)  (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya). (6) Dan enggan memberikan pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya). (7)”  (Surah al-Ma‘un: 1-7)

Urusan ekonomi termasuk dalam senarai bersama yang melibatkan aspek beriman dan beribadat yang mempunyai perhitungan dosa dan pahala, amal soleh dan amal jahat. Aspek inilah yang memberikan sifat taqwa yang menentukan martabat manusia di sisi Allah SWT.

Islam mengharamkan sekeras-kerasnya perbuatan golongan yang mengumpulkan harta tanpa menunaikan kewajipan bermasyarakat. Hal ini telah dinyatakan oleh firman Allah SWT:

﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلۡأَحۡبَارِ وَٱلرُّهۡبَانِ لَيَأۡكُلُونَ أَمۡوَٰلَ ٱلنَّاسِ بِٱلۡبَٰطِلِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِۗ وَٱلَّذِينَ يَكۡنِزُونَ ٱلذَّهَبَ وَٱلۡفِضَّةَ وَلَا يُنفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ فَبَشِّرۡهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٖ٣٤ يَوۡمَ يُحۡمَىٰ عَلَيۡهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكۡوَىٰ بِهَا جِبَاهُهُمۡ وَجُنُوبُهُمۡ وَظُهُورُهُمۡۖ هَٰذَا مَا كَنَزۡتُمۡ لِأَنفُسِكُمۡ فَذُوقُواْ مَا كُنتُمۡ تَكۡنِزُونَ٣٥﴾

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya sebahagian besar daripada orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan batil dan mereka menghalangi (manusia) daripada jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahulah kepada mereka, (bahawa mereka akan mendapat) seksa yang pedih. (34) Pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka Jahanam, lalu dibakar dengannya dahi, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: ‘Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang (akibat daripada) apa yang kamu simpan itu.’ (35)”  (Surah al-Tawbah: 34-35)

Islam juga mengharamkan pihak yang berkenaan mengambil zakat dan cukai secara melampau. Sabda Rasulullah SAW:

‌فَأَخْبِرْهُمْ ‌أَنَّ ‌اللَّهَ ‌قَدْ ‌فَرَضَ ‌عَلَيْهِمْ ‌صَدَقَةً، تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ، فَتُرَدُّ عَلَى فُقَرَائِهِمْ، فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ، فَإِيَّاكَ وَكَرَائِمَ أَمْوَالِهِمْ، وَاتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ، فَإِنَّهُ لَيْسَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ اللَّهِ حِجَابٌ.

“Beritahu kepada mereka bahawa Allah mewajibkan bayaran harta berupa sumbangan sedekah daripada orang-orang kaya supaya ia diberikan kepada mereka yang memerlukan pertolongan daripada kalangan mereka. Jika mereka mematuhinya, jangan melampau terhadap harta mereka. Takutilah doa orang yang dizalimi, kerana Allah menerima doanya tanpa ada sebarang halangan.” (Riwayat al-Bukhari, no. 1496)

Dasar dan konsep ekonomi Islam yang diperkenalkan berjaya menyelamatkan manusia yang terbelenggu pada zaman feudal yang ketika itu menguasai masyarakat majmuk. Keadaan ini menjadikan kedatangan Islam diterima dengan redha oleh majoriti rakyat masyarakat majmuk di seluruh wilayah yang diperintah oleh Islam.

Mereka menerima kedatangan Islam sebagai penyelamat, bukannya penjajah. Oleh yang demikian, pengaruh ajaran Islam berjaya menembusi dan menjatuhkan wilayah kuasa-kuasa besar bersama sokongan rakyat yang ditindas dengan zalim.

Namun begitu, sejarah kerajaan Islam yang adil kepada semua kini disalah faham dan difitnah, sehinggakan mencetuskan penyakit Islamofobia. Islam dimusuhi bukan kerana adanya sifat yang ganas, zalim dan peperangan yang sebenarnya dipaksa terhadap Islam oleh musuh-musuh Islam, tetapi kerana dengki dan dendam yang salah, lalu disebarkan fitnah terhadap Islam.

Kita juga telah menyaksikan kegagalan fahaman sosialisme dan komunisme yang telah menjatuhkan kuasa besar dunia yang menghayati fahaman tersebut, setelah mereka gagal mencapai tujuan yang dinyatakan dalam kempennya untuk menggantikan kapitalisme. Hal ini demikian kerana, adanya ciri-ciri fahaman tersebut yang berlawanan dengan fitrah manusia.

Bahkan, kini kita juga sedang menyaksikan tanda-tanda merudumnya liberal kapitalisme atas sebab-sebab yang sama.

Sesungguhnya, Islam adalah petunjuk Allah SWT yang sempurna kepada manusia dalam segala aspek mengikut fitrahnya. Perkara yang tidak memenuhi fitrah atau memisahkan ciri-cirinya yang berkaitan akan membawa kemusnahan hidup dan merosakkan peranan serta tujuan mereka diciptakan.

Liberal kapitalisme yang menjadikan kebebasan individu untuk mewujudkan perlumbaan ekonomi bagi menggalakkan kepesatannya juga tersungkur akibat kerakusan perlumbaannya. Keadaan ini berlaku disebabkan bebanan hutang yang menjadi pintu yang terbuka luas, dan riba yang rakus pula dihalalkan tanpa perhitungan moral melalui hasil maksiat yang menjadi baja kesuburannya.

Akibatnya, berlaku keruntuhan moral kemanusiaan yang merosakkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Pada masa yang sama, berlakunya perlumbaan ekonomi di peringkat antarabangsa yang merosakkan keamanan dunia, mengakibatkan penindasan, penjajahan dan mencetuskan peperangan, termasuklah perlumbaan senjata pemusnah yang dahsyat.

Sosialisme juga meruntuhkan ekonomi negara, diikuti dengan keruntuhan negara itu sendiri sehingga ia hancur berkecai. Walaupun wujud campur tangan negara secara langsung dalam kegiatan ekonominya, namun negara itu terpaksa diselamatkan dengan diadakan pembaharuan yang lari daripada teori asasnya kepada pendekatan lebih pragmatik yang memberikan kebebasan individu ala liberal kapitalisme.

Keadaan sedemikian, sekali gus mendedahkan kepalsuan keadilan sosial yang menjadi propagandanya. Hal ini disebabkan fitrah individualistik yang bernafsu tanpa agama, maka mereka telah mencipta golongan kapitalis yang lebih besar daripada negara liberal kapitalis.

Susulan daripada itu, mereka telah keluar ke dunia antarabangsa dan bersama-sama melakukan perlumbaan yang rakus bersama negara liberal kapitalisme yang mencipta penjajahan baharu (new colonialism). Maka, berlakunya kerakusan perlumbaan dan pertembungan yang boleh mengulangi dua Perang Dunia yang pernah berlaku pada abad yang lalu oleh sebab yang sama.

Oleh sebab itu, Islam perlu tampil menjadi penyelamat dengan penyaksiannya yang pernah berjaya dalam sejarah zaman keemasannya, bukan sekadar teori yang masih berada pada peringkat percubaan yang gagal seperti dua teori yang berlawanan yang disebutkan sebelum ini. Malangnya, negara umat Islam sendiri mengambil penyelesaian ekonomi yang diimport daripada dua ideologi tersebut, selepas mereka berjaya memerintah sendiri. Keadaan ini menunjukkan pemikirannya masih tidak merdeka.

Oleh itu, mereka menanggung akibat daripada kelemahannya yang tidak menyelesaikan masalah, walaupun mendapat kurniaan Allah SWT dengan hidayah agama serta kekayaan sumber bumi dan tenaga manusianya.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 25 Rajab 1444 / 16 Februari 2023 – HARAKAHDAILY 16/2/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Anwar gagal? Teruskan ekonomi seperti Muhyiddin. & wasatiyyah.

Insya Allah, al-hamddulillah!

Thursday, February 23, 2023

Produk seks S'pura, Salman Rushdie Iran, & mabuk lagi..

 


1. Produk rangsang seks, kecergasan lelaki, paling kerap dirampas di Singapura

SINGAPURA: Perangsang seksual dan kecergasan lelaki adalah antara produk kesihatan haram yang paling kerap dirampas Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada 2022.

Produk sedemikian membentuk kira-kira 39 peratus daripada 737,000 unit yang dirampas secara keseluruhan pada 2022, yang bernilai SGD$640,000 (RM2.12 juta) dan 55 peratus produk dikeluarkan dari wadah dalam talian, kata agensi itu semalam, menurut laporan The Straits Times.

Nilai barang yang dirampas pada 2022 adalah SGD$200,000 (RM663,000) lebih banyak berbanding pada 2021.

Produk yang paling kerap dirampas ialah sirap batuk 'codeine' yang membentuk 46 peratus daripada jumlah produk yang dirampas.

HSA menambah bahawa 'codeine' dan sedatif bertujuan untuk dijual kepada penyalah guna rekreasi.

HSA telah mendakwa 15 individu pada 2022 kerana menjual dan membekalkan produk kesihatan haram termasuk seorang penjual, lelaki berusia 59 tahun, dipenjarakan enam bulan dan dua minggu kerana menjual 'codeine' dan ubat penenang secara haram.

Produk topikal, yang dipasarkan untuk merawat alahan dan ekzema, membentuk 43 peratus daripada penyenaraian yang dikeluarkan daripada wadah dalam talian, manakala produk penghilang sakit dan penurunan berat badan masing-masing membentuk satu peratus.

Selain itu, sejumlah 477 penyenaraian dalam talian yang menyalahi undang-undang dikeluarkan oleh HSA, di samping mengeluarkan 192 amaran kepada penjual pada 2022.

HSA turut mengeluarkan amaran awam mengenai 12 produk yang mengandungi ramuan perubatan dan bahan terlarang, seperti steroid kuat dalam produk melegakan kesakitan dan produk untuk masalah kulit seperti ekzema dan psoriasis.

Ini menyebabkan 10 orang, termasuk tiga kanak-kanak kecil, mempunyai kesan buruk yang serius, atau kesan yang luar biasa cepat selepas mengambil atau menggunakan produk terbabit.

"Pengguna harus mengelakkan produk kesihatan yang menyalahi undang-undang kerana ia boleh menimbulkan ancaman kepada kesihatan dan keselamatan awam.

"Pengguna harus berhati-hati kerana produk sedemikian boleh muncul semula dengan nama atau pembungkusan yang berbeza untuk mengelakkan pengesanan oleh pihak berkuasa," kata HSA. - AGENSI


2. Yayasan di Iran tawar tanah kepada penyerang Salman 

Hadi Matar dari Fairview, New Jersey, Amerika Syarikat, yang mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan cubaan membunuh dan menyerang penulis, Salman Rushdie. - Foto REUTERS

DUBAI: Yayasan Pelaksanaan Fatwa Imam Khomeini memuji tindakan remaja lelaki yang menyerang Salman Rushdie hingga menyebabkan novelis itu cedera parah tahun lalu.

Stesen televisyen kerajaan menerusi saluran Telegram melaporkan, yayasan berkenaan turut menawarkan tanah pertanian seluas 1,000 meter persegi kepada lelaki terbabit.

Setiausaha yayasan itu, Mohammad Esmail Zarei, menegaskan pihaknya berterima kasih atas tindakan berani warga Amerika Syarikat (AS) itu, yang menyebabkan Salman hilang keupayaan, selain menyifatkannya perbuatan itu sebagai menggembirakan umat Islam.

"Salman kini ibarat mayat hidup dan bagi menghormati tindakan berani remaja terbabit, tanah pertanian seluas kira-kira 1,000 meter persegi akan didermakan kepada dia atau mana-mana wakil sah," katanya.

Salman, 75, buta sebelah mata dan lumpuh sebelah tangan akibat serangan di pentas acara sastera yang diadakan berhampiran Tasik Erie di barat New York, dilakukan oleh remaja berusia 24 tahun dari New Jersey, Ogos lalu.

Ia berlaku 33 tahun selepas pemimpin tertinggi Iran ketika itu, Ayatollah Ruhollah Khomeini, mengeluarkan fatwa, menggesa umat Islam membunuh Salman, beberapa bulan selepas buku 'The Satanic Verses' diterbitkan.

Sebahagian umat Islam melihat petikan dalam novel mengenai Nabi Muhammad itu sebagai kufur.

Salman yang dilahirkan dalam keluarga Islam di India itu hidup dalam perlindungan polis British selama sembilan tahun.

Tawaran bernilai jutaan dolar bagi tindakan membunuh Salman sentiasa meningkat, biarpun Kerajaan Iran diterajui Presiden Mohammad Khatami pada akhir 1990-an tidak mematuhi fatwa yang tidak pernah ditarik balik itu.

Akaun Twitter pengganti Khomeini, Pemimpin Tertinggi Ayatollah Ali Khamenei, digantung pada 2019 susulan kenyataan mengenai fatwa terhadap Salman 'tidak boleh ditarik balik'.

Remaja yang didakwa menyerang novelis itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan percubaan membunuh dan menyerang tahap kedua ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya. - REUTERS


3. 3 anggota polis maut ditikam pemandu mabuk di China 

BEIJING: Seorang lelaki yang ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk dan tidak memiliki lesen menikam mati tiga anggota polis selepas berpatah balik ke balai polis.

Pihak berkuasa Daerah Shangli di wilayah Jiangxi, China dalam satu kenyataan, berkata suspek yang hanya dikenal pasti dengan nama keluarga, Huang, ditahan selepas serangan itu dan akan didakwa di bawah undang-undang.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak memberikan butiran mengenai mengapa Huang tidak ditahan sebelum ini dan bagaimana dia boleh kembali ke balai polis dengan pisau.

Jenayah kekerasan jarang berlaku di China, pemilikan senjata api persendirian adalah dilarang dan polis mempunyai kuasa yang luas untuk menahan suspek.

Jenayah menggunakan pisau kerap berlaku dalam kalangan suspek yang mempunyai masalah kesihatan mental dan ketagihan.

Polis di daerah terpencil juga kurang terlatih, kurang bersenjata dan sering bergantung kepada bantuan pengawal keselamatan sambilan untuk meningkatkan bilangan mereka.

Malah, salah seorang pegawai yang maut dalam kes ini adalah pekerja keselamatan sambilan. - API

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Produk seks S'pura, Salman Rushdie Iran, & mabuk lagi..

(i) Produk rangsang seks, kecergasan lelaki, paling kerap dirampas di Singapura. Memang ia suatu kesalahan.

(ii) Yayasan Pelaksanaan Fatwa Iran itu mengucapkan terima kasih atas tindakan berani warga AS peyebab Salman hilang upaya. Bahkan  menyifatkan perbuatan itu sebagai berita gembira umat Islam kerana Salman menghina Nabi Muhammad SAW.

(iii) Lagi, mabuk punya hal. 3 anggota polis maut ditikam pemandu mabuk di China. Pemabuk ialah pembuang akal sihatnya yang waras. Mabuk membuka kunci kejahatan. Itulah bahayanya, tak kira apa agama sekali pun.


Lihat juga..

BAYAN LINNAS SIRI KE-117:HINDARI BAHAYA ARAK

Pekenal 'Kediaman Patuh Syariah' pula.. & Panduan Hiburan.

 

Ahmad Samsuri (dua dari kiri) melihat model rumah yang akan dibina selepas melancarkan Dasar Perumahan Baharu Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman hari ini.

1. Terengganu perkenal kediaman patuh syariah

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu memperkenalkan rumah bersifat patuh syariah dengan mengambil kira aspek asas penyediaan pembinaan kediaman menurut pandangan Islam dalam menyediakan perumahan kepada rakyat.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kediaman patuh syariah itu dilaksanakan melalui Dasar Perumahan Baharu Terengganu yang mula berkuat kuasa mulai 1 September lalu.

"Rumah patuh syariah ini pertama asasnya adalah mempunyai tiga bilik. Kedua, ruang tamu dan ruang makan terasing dengan ruang keluarga supaya tidak mengganggu aktiviti keluarga bila tetamu datang.

"Bilik air pun kita buat ada partition (pengadang) antara tempat mandi dan tempat buang air, ini penambahbaikan kita buat," katanya ketika melancarkan Dasar Perumahan Baharu Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Zahari Md Azhar dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Zainal Abidin Hussin.

Pada majlis itu, turut diadakan adalah Majlis Menandatangani Perjanjian Projek Penswastaan Bercampur Kampung Bukit Cina, Pasir Akar, Besut yang melibatkan pembinaan 385 unit rumah berkonsep patuh syariah di sana.

Dasar Perumahan Baharu Negeri Terengganu terbahagi kepada dua sub dasar iaitu Dasar Pembangunan Perumahan Bercampur Melalui Penswastaan dan Dasar Pembangunan Rumah Mampu Milik (RMM) Jenis A Melalui Penswastaan.

Kewujudan pembangunan perumahan bercampur memberikan variasi harga jualan kepada pembeli bermula dari RM68,000 hingga RM185,000 seunit dan harga yang ditawarkan telah ditetapkan sebagaimana Dasar Perumahan Mampu Milik Negara yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menurut Ahmad Samsuri, dasar perumahan baharu adalah proses penambahbaikan setelah dasar lama yang diperkenalkan sejak 2017 tidak membolehkan pihak swasta terlibat secara aktif dalam menyediakan perumahan kepada rakyat kerana kurang memberi keuntungan.

Beliau berkata, dasar baharu itu dilihat lebih mesra pelabur sekali gus dapat membantu merealisasikan manifesto kerajaan negeri yang mahu menyediakan 20,000 unit rumah mampu milik kepada rakyat dalam tempoh empat tahun lagi.

"Kalau ikutkan dalam sistem senarai yang setia menunggu, ada 151,000 orang yang masih perlukan rumah, jadi kita terpaksa wujudkan sistem penswastaan ini dalam mewujudkan perumahan untuk rakyat Terengganu.

"Rakyat yang berminat perlu mendaftar dengan bahagian perumahan melalui e-Perumahan Terengganu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan," katanya. (Sinar)


2. Terengganu lancar Garis Panduan Hiburan 

Dr Ahmad Samsuri (dua dari kanan) menunjukkan Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu yang dilancarkan bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan mengikut syariat Islam atau patuh syariah.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu hari ini melancarkan Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan mengikut syariat Islam atau patuh syariah.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, garis panduan tersebut diwujudkan hasil perbincangan dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk Mufti dan ia akan diedarkan kepada semua jabatan serta agensi kerajaan sebagai rujukan.

“Ia bukan satu enakmen atau penguatkuasaan undang-undang, tiada hukuman dikenakan jika berlaku pelanggaran cuma permohonan program kepada PBT atau pihak berkaitan perlu berdasarkan kepada garis panduan ini.

“Perkara berkaitan garis panduan atau etika adalah perkara biasa, semua tempat ada etika dan garis panduan yang perlu dipatuhi, jadi tidak pelik bagi sebuah negeri yang ingin jaga maslahah lebih besar di kalangan rakyatnya.

“Ini kerana tanggungjawab sebuah kerajaan memastikan rakyatnya terpelihara dan dijauhi sebarang masalah yang boleh menganggu keharmonian,” katanya selepas melancarkan garis panduan itu sempena kempen Indahnya Hidup Bersyariat di Taman Tamadun Islam (TTI), di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahari Mamat, Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zaki Wan Mohd dan Ketua Pendakwa Syarie Terengganu, Mustafar Hamzah.

Garis panduan itu disediakan sebagai asas rujukan kepada pihak berkuasa, penganjur dan orang awam bagi penganjuran serta penyertaan sebarang bentuk aktiviti hiburan, persembahan kebudayaan, pelancongan dan sukan agar tidak menyalahi akidah dan syariat.

Pada majlis itu, Dr Ahmad Samsuri turut melancarkan pasukan sukarelawan Syariah negeri Terengganu sebagai langkah untuk memartabatkan syariah Islam dalam masyarakat.

Setakat ini, lebih 500 individu dari seluruh negeri ini sudah mendaftar sebagai sukarelawan Syariah yang berfungsi membantu 100 penguat kuasa Syariah membanteras maksiat dan aktiviti tidak sopan.

“Dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang syariah, saya menyeru kepada semua pegawai penguat kuasa syariah dan mana-mana orang yang diberi kuasa untuk melaksanakannya, sentiasa berpegang kepada prinsip keadilan, bertindak dengan penuh bijaksana, berintegriti, tidak menimbulkan sebarang kegusaran dan penganiayaan kepada mana-mana pihak.

“Menjadi tanggungjawab semua pegawai penguat kuasa syariah mematuhi dan menghayati SOP (Standard Operation Procedure) yang telah ditetapkan dari masa ke semasa,” katanya. (Sinar)


Komen Weblog Ibnu HasyimPekenal 'Kediaman Patuh Syariah' pula..  & Panduan Hiburan.

Insya Allah, selamat dunia akhirat, kalau ikut Islam. Kalau ikut kerajaan sekular, dunia belum tentu dapat, akhirat jauh sekali.

Geng 'hoi hoi ya hoi' mana mungkin bawak Islam?

 

Komen Rakyat dalam blog ini...

17 comments:


1 Anonymous said...

Geng hoi hoi ya hoi mana mungkin bawak Islam. Mereka bawak penyamun jer.

Artis korea pun ramai yang peluk Islam. Hari ni Islam is the fastest growing religion. Mike tayson pun dah Islam. Tapi bukan mike sabun. Dia ni syiah.

3 Anonymous said...

Kerajaan zombie bila tpm ada banyak kes masih bertugas. Kutip skrip jana biawak. Tutup kemaluan kabinet dengan londeh kes yang belum pasti. Ini politik gurun yang rimba.

Biar parti sendiri bersih dulu. Baru boleh percaya orang di luar buat jenayah korup.

Dalam pakatan sendiri pun ada potensi baduan yang bertugas. Menggila betui. Betui betui menggila. Tepat sangat luar tabii. Pengkorup nak bersihkan korup.

4 Anonymous said...

Depa tak mau ka martabatkan tulisan jawi. Uec nak pulak jadi silibus. Sedangkan melayu adalah penduduk tanah melayu.

5 Anonymous said...

Bila nak tangkap Zety , Jho Low dan keluargs penyamun Taufik Ayman

Zety mengelak dari menghadiri sebutan kes 1MDB dengan alasan muntah, demam dan vertigo, sebaliknya boleh tampil dalam satu majlis lain.

Di hitung keseluruhan ‘cuti sakit’ yang diperolehi Zeti sehingga kini berjumlah beratus hari termasuk hari Sabtu dan Ahad.

Persoalannya, sampai bila Zeti akan menikmati ‘cuti sakit’?

Kes Mohd Nazlan Ghazali, Zeti Aziz dan Tawfiq Ayman masih ‘terperuk’ di Pejabat Peguam Negara sehingga hari ini.

Hanya sekor Cina Jho Low saja dimana semua PM yang ada lansung tak tangkap Jho Low yang sedang tepok tangan ketawa terbahak barsama kaum DAP@ Lee Kwan Yew lihat betapa bodoh bangang kesemua PM ini tak ada telo utk memangkap nya..!! Zety dng kes AMLA 700 juta betul betul depan lubang hidung pun tak mampu ditangkap mereka..!!

Apa tindakan pemimpin UMNO semua buat diam dan buat bodoh semuanya selepas PRU 15 tadah punggung masing masing pada Brother Anwar Bin Ibrahim.

Penyokong 'Bossku' hanya tunggu dan lihat tindakan pemimpin UMNO setelah mereka menadah punggung masing masing pada Brother Anwar Bin Ibrahim.

Apa jasa Taufik Ayman dan Jho Low pada Malaysia..?

6 Anonymous said...

Hari ni usahawan bumiputera kena tibai pasai rasuah. Yang non bumi takpe pasai rasuah.

Kalau pembangkang dikaitkan dengan rasuah dipandang hina. Macam mana pulak ngan kerajaan yang pengendali rasuah ialah yang ada kes rasuah. Malah ia dilantik dan tidak diarahkan bercuti.

Itu pun bukan wakil parlimen pembangkang yang ditahan. Beda ngan yang pihak kerajaan. Wakil parlimen yang ada kes. Ramai pulak tu.

Berlaku gelinciran yang ketara. Macam zombie. Zombie tak makan zombie. Zombie cari yang sihat dan sempurna.

7 Anonymous said...

https://youtu.be/jhY02GWhZoc
LSC halga sama tapi pelahu suda kasi kulang wooo..
Manyak pandai miaga ini macam wooo.
Ini manyak untong woo.

8 Anonymous said...

Orang kafir peluk Islam kerana kawan yg bawa Islam sebenar.

Bukan masuk Islam kerana Islam tunjuk kuat/ganas/extreme.

Dan sudah tentu bukan kerana terpengaruh oleh orng Islam yg berarak bawa pedang mainan dan perisai. Ha ha

9 Anonymous said...

Banyak sangat setan dalam ph-umdapigs sampai seni budaya islam pun rasa tak selesa yer?
Ya la kan itu hari sampai bergolek menyumpah2 bila budaya pesta minum arak ditegur, itulah dia geng2 ph,
Bila hindraf berarak dan mengamuk dikatakan itu acara kebudayaan mereka dan mesti dihormati,
Sial punya ph.

10 Anonymous said...

Alhamdullillah. Moga moga tidak terikut dengan liberal yang sepanjang masa ujudkan islamofobia.

11 Anonymous said...

Orang kafir peluk Islam kerana kawan yg bawa Islam sebenar.

Bukan masuk Islam kerana Islam tunjuk kuat/ganas/extreme.

Dan sudah tentu bukan kerana terpengaruh oleh orng Islam yg berarak bawa pedang mainan dan perisai. Ha ha

12 Anonymous said...

Yang bawak tu bukan penganut liberal. Yang liberal tu bawak islamofobia. Baru bawak replika pun dah kecut. Yang bakar mercun bertan tan tan tak takut. Yang bawak penyakit babi boleh compromi. Yang bawak abu komunis pun okey jer. Sialan.

13 Anonymous said...

Ada masalah mental dan aqidah. Madani lah. Rahmahlah. Tapi panggil hoi hoi ya hoi jadi partner. Jadi khadam komunis dapig. Pun komunis dapig penyumbang rasuah.

14 Anonymous said...

Boboi mintak nyawa dengan PN. Hilang wang deposit. Atok pun tinggalkan boboi. Celaru dah pewaris atok.

PH pun celaru jugak. Banyak kesumat dengan PN. Dengan hoi hoi ya hoi boleh pulak. No istiqamah. Ikut nafsu. Gaya samseng versi baru.

15 Anonymous said...

Menu rahmah. Bunyinya suci. Macam madani. Tapi ada rambut gerbang muka geram macam muka bro an. Takuuuuut.

16 Anonymous said...

Mesti kasi balance. Tutup mata kes hoi hoi ya hoi. Proses menghalalkan kesalahan. Akibat berhukumkan faham komunis dapig.

Jom tolak politik luar tabii. Ekstreme guna aqal dan serakah.

17 Anonymous said...

Baru tengok replika pun dah gerun. Tapi bila tengok borang permohonan uec tak pulak gerun. Tengok babi bawa disease africa tak pulak gerun. Memang ph jenis spisis zombie. Bukan rupa tapi jiwa.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails