Saturday, March 18, 2023

Lagi DAP buat hal, Hannah gereja, Sg Klang bisu. Lihat Bala..

 


1. Geng Ustaz tak puas hati jawapan defensif Hannah

SUATU program yang diberi nama ‘Jom Ziarah Gereja’ yang telah dianjurkan oleh Impact Malaysia, sebuah badan yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan di mana menterinya ialah YB Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.

Ia telah mencetuskan rasa tidak selesa di kalangan rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Melayu-Islam saat iklan dan kempen program ini mula disiarkan kepada umum.

YB Hannah Yeoh telah menjawab mengenai isu ini di Parlimen semalam. Namun jawapan jawapan yang diberi berkenaan isu ini masih tidak jelas dan tidak memuaskan hati.

Pertamanya, YB Menteri menjelaskan program ini dijalankan hanya untuk bukan-Muslim di Malaysia ini. Namun anehnya, iklan yang dibuat tidak pula disebut seperti itu. Yang terdapat pada poster iklan hanya melarang belia bukan-Kristian dari menyertai program tersebut. Bahkan iklan itu pula disebar secara terang-terangan dan secara terbukanya di media-media sosial. Ini sangat biadab dan tidak peka dengan sensitiviti masyarakat majoriti Melayu-Islam. 

Kedua, mengapakah Kementerian Belia dan Sukan sibuk dengan agenda perpaduan negara? Sudah tidak ada kerja lain kah kementerian ini sibuk mengambil tugas dan misi Kementerian Perpaduan? Apakah ini sebenarnya satu mesej dari YB Hannah Yeoh bahawa Kementerian Perpaduan tidak buat kerja sehingga YB sibuk sibuk menolong tugas dan portfolio Kementerian Perpaduan Negara yang dipengerusikan oleh Datuk Aaron Ago Dagang? Atau sebenarnya YB ada agenda lain?

Ketiga, apakah manfaat dan signifikannya dana dan peruntukan kementerian yang dibelanjakan, yang sumbernya datang dari seluruh rakyat Malaysia hari ini, yang majoritinya Melayu Muslim mendanai program lawatan ke gereja? Tidakkah ini satu pembaziran kepada duit rakyat? Apakah perbelanjaan dari kementerian ini suatu yang setiap majaroti rakyat Malaysia yang terdiri dari kalangan Melayu Islam redha duit mereka dibelanjakan untuk program program seperti ini? 

Hujah-hujah yang YB Hannah jawab di Dewan Parlimen dengan membawa contoh dari lawatan ke gereja yang dilakukan oleh Tan Sri Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pula sangat jauh dari apa yang cuba YB bawa dengan inisiatif kementerian. 

Benar, Islam tidak melarang melawat gereja selagi mana ia tidak melibatkan upacara ibadat. Namun, program lawatan itu tidak bolehlah didanai dari duit kerajaan. Tidak boleh juga untuk ia dipromosikan kepada umum kerana kepentingan untuk menjaga aqidah dan pegangan agama orang-orang Islam lebih utama dari program-program yang melibatkan agama selain Islam. 

AHMAD SYAKIR NORAZLI
Ketua Penerangan
Pertubuhan Pendukung dan Pencinta Ulamak (Geng Ustaz)
24 Shaaban 1444H bersamaan 16 Mac 2023M – HARAKAHDAILY 16/3/2023


2. DAP membisu projek rundingan terus RM700j Sg Klang 

TINDAKAN pemimpin kanan DAP Hannah Yeoh yang juga Menteri Belia dan Sukan yang memetik nama Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man (TITM) berkenaan dialog antara agama di negara, hanyalah cubaan menjolok sarang tebuan bagi mengalih perhatian rakyat dari skandal melibatkan projek Sungai Klang secara rundingan terus melibatkan Menteri Besar Selangor YAB Amiruddin Saari.

Pemuda PAS Selangor yakin tindakan mereka itu menunjukkan sikap berat sebelah yang ketara apabila mereka memetik pandangan TITM daripada perspektif parti DAP yang memperjuangkan negara sekular dalam Perlembagaan parti mereka. Tindakan memainkan isu keharmonian antara agama ini adalah dibuat bagi menutup mata terhadap isu lebih besar, iaitu skandal Menteri Besar, yang melibatkan implikasi kewangan RM117 juta milik rakyat Selangor.

Pemuda PAS Selangor juga menyelar sikap DAP yang dilihat seperti singa dalam isu lawatan ke rumah ibadat bukan-Islam tetapi menjadi tikus apabila menyentuh isu skandal Menteri Besar Selangor.

Tindakan DAP ini hanya menunjukkan perangai berat sebelah apabila melibatkan isu integriti di sebelah PH selaku parti yang memerintah di Selangor. Tidak sukar untuk lihat bahawa motif sebenar DAP adalah untuk mengalih perhatian orang ramai dari skandal Selangor dan pendakwaan terpilih yang pernah mereka perjuangkan dulu terutamanya dalam isu mendiang Teoh Beng Hock.

Menjelang Pilihan Raya Umum Negeri Selangor ke-15, PAS dan rakan-rakannya di Selangor komited mendukung Budaya Politik Matang, Sejahtera dan memimpin Gelombang Hijau bagi memperjuangkan integriti dan sifar rasuah di negeri ini.

MUHAMMAD HANIF JAMALUDDIN
Timbalan Ketua Pemuda 
Dewan Pemuda PAS Selangor – HARAKAHDAILY 17/3/2023


3. Selesaikan isu Jom Ziarah Gereja dengan berhemah – DHPP  
Balasubramaniam A/L Nachiappan

KUALA LUMPUR: Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) melihat bahawa polemik isu program, Jom Ziarah Gereja yang sedang hangat diperbahas dan diperdebatkan di Malaysia ketika ini perlu diselesaikan dengan cara yang berhemah dan harmoni.

Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS, Senator Balasubramaniam A/L Nachiappan berkata, program yang dijadualkan berlangsung di Klang, Selangor pada esok, 18 Mac dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Impact Malaysia itu perlu diteliti dengan sebaiknya.

“Ia penting dalam membina keharmonian masyarakat Malaysia, kerana ia adalah perkara yang sensitif berkaitan dengan agama.

“DHPP melihat bahawa program berbentuk kefahaman dan nilai-nilai toleransi antara agama yang ingin dilaksanakan ini pada dasarnya adalah baik, namun perlu mengambil kira garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Menurutnya, DHPP akur tentang kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan larangan tegas yang ditetapkan oleh undang-undang terhadap penyebaran agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam. 

“PAS adalah parti yang sangat bertoleransi dengan semua agama dan bangsa, malah sangat menghormati kami sebagai anggota DHPP.

PAS tidak menghalang anggota DHPP untuk mengamalkan agama dan budaya yang kami anuti,  malah tidak memaksa kami untuk memeluk agama Islam. 

Malah pimpinan PAS turut sama menziarahi gereja dan kuil, namun ia  mestilah tidak melibatkan perkara-perkara yang boleh menjejaskan hubungan masyarakat yang berbilang kaum dan agama,” jelas Balasubramaniam.

Tambah beliau, seperti mana yang telah dinyatakan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan semalam, apa yang paling penting difahami dalam hal isu ini adalah kenyataan-kenyataan tersebut dibuat dalam konteks bahawa semua bentuk hubungan, keterlibatan, lawatan atau sebagainya antara orang Islam dengan bukan Islam, baik secara individu atau kumpulan, hanya dibenarkan dalam perkara-perkara yang bukan ritual atau keagamaan.

“Ia bukan pula terbuka penyertaannya tanpa syarat, dan segala usaha mesti dibuat bagi memastikan syarat-syarat itu tidak dilanggar,” katanya. – HARAKAHDAILY 17/3/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi DAP buat hal, Hannah gereja, Sg Klang DAP bisu. Lihat Balasubramaniam..

Pemimpin DAP tetap tak sedar diri, apa lagi baruanya.. 

Friday, March 17, 2023

Ajar saja perasuah MB S'gor? Tauliah mengajar & riba.


1. MB Selangor digesa bercuti sementara siasatan SPRM

MENTERI Besar Selangor digesa mengambil cuti sementara menunggu siasatan salah guna kuasa dan konflik berkepentingan dengan menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Besar bagi menganugerahkan projek kepada syarikat secara runding terus bernilai RM700 juta.

Pemuda PAS Selangor berpegang bahawa keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan, tetapi ia juga perlu tampak dan ditampilkan. SPRM harus diberi ruang untuk melakukan penyiasatan terhadap kes berkenaan dengan adil dan diberi kebebasan penuh berdasarkan prinsip kedaulatan undang-undang.

Menurut hantaran yang telah dimuat naik di halaman sosial Facebook Ng Suee Lim, ADUN Sekinchan merangkap Speaker DUN Selangor dari DAP menyatakan bahawa RFP bagi projek itu melibatkan sebanyak 98 buah syarikat, namun kesemuanya telah ditolak dan tender telah diberikan kepada sebuah syarikat Landasan Berjaya, yang berkait rapat dengan taikun Cina secara rundingan terus.

Pada 1 Mac lalu, BERSATU Negeri Selangor telah membuat laporan polis berhubung isu ini dan pihak polis telah menyerahkan laporan ini kepada pihak SPRM untuk siasatan lanjut, namun tiada apa-apa maklumat setakat ini.

Ketirisan berlaku dianggarkan berjumlah lebih RM117 juta yang sepatutnya dipulangkan kepada rakyat Selangor melalui premium tanah yang telah dikecualikan dibayar oleh syarikat milik taikun Cina tadi. 

Pemuda PAS Selangor komited menentang amalan rasuah dan telah terbukti tiada kes rasuah melibatkan pemimpinnya.

MUHAMMAD HANIF JAMALUDDIN
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor – HARAKAHDAILY 16/3/2023


2. Tokoh agama, ulama patut diberi pengecualian tauliah mengajar 


PUTRAJAYA: Tokoh agama atau ulama yang dikenali dengan kealimannya perlu diberi pengecualian tauliah mengajar oleh pihak berkuasa agama sama ada di Wilayah Persekutuan atau negeri.

Itu antara syor dan cadangan diberikan ilmuan agama yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkait isu tauliah agama yang tular ketika ini.

Zulkifli berkata, tauliah khas itu perlu kerana sesuai kealiman serta kedudukan tokoh itu dalam sesebuah negara atau institusi oleh raja selaku Ketua Agama Islam atau mufti negeri berkenaan, apatah lagi di luar negara. 

“Itulah adab yang sebaiknya kerana boleh jadi individu yang perlu ditemuduga untuk tauliah itu sendiri lebih alim daripada penemuduga tauliah,” katanya menerusi artikel terbaharu dikeluarkan menerusi portalnya, Maktabah Al-Bakri, hari ini.

Katanya, beliau juga mencadangkan agar tauliah khas turut diberikan kepada tokoh politik yang memegang jawatan dalam kerajaan Persekutuan dan negeri seperti Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, Menteri Besar dan Exco-Exco Kerajaan Negeri dengan syarat tiada isu politik kepartian disentuh.

Zulkifli berkata, ‘politik kepartian’ yang dimaksudkan adalah yang menyentuh mana-mana parti secara khusus, atau mana-mana individu dalam parti secara khusus, atau apa-apa perkataan yang dikira perlambangan mana-mana parti. 

Selain itu, katanya, tauliah khas juga boleh diberikan kepada individu yang sudah dikenali akan keilmuannya dan diperkenankan oleh raja selaku Ketua Agama Islam atau diluluskan oleh mufti negeri berkenaan, ulama setempat dan masyarakat tanpa ada sebarang keraguan.

Pada masa sama, Zulkifli berkata, beliau juga mencadangkan supaya subjek pengajaran seperti al-Siyasah al-Syar’iyyah perlu dikekalkan untuk diajar di masjid dan surau oleh pemegang tauliah mengajar yang berkelayakan.

Katanya, beliau juga mengesyorkan supaya pemantauan berkala turut dibuat bagi memastikan apa yang disampaikan oleh pemegang Tauliah Mengajar selari dengan undang-undang dikuatkuasakan, terutama dari sudut kualiti ilmu yang disampaikan.

Jelasnya lagi, pemantauan itu penting bagi memastikan masjid dan surau tidak menjadi medan untuk memecah-belahkan ummah, pentas jenaka (walaupun tidak menjadi kesalahan untuk sesekali bergurau), atau sekadar periwayatan kisah-kisah tanpa sandaran.

Dalam pada itu, katanya, beliau juga melihat ada ruang untuk standard ujian permohonan Tauliah Mengajar diselaraskan di seluruh negara agar kualiti ilmu pemegang Tauliah Mengajar di seluruh negara boleh disetarakan atau hampir kepada kesetaraan. – UTUSAN


3. Ini adalah riba! – Dr Halimah Ali  


KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan yang telah memperuntukkan sebanyak RM46.1 bilion hanya untuk perbelanjaan kadar faedah susulan hutang negara yang sudah menjangkau sebanyak RM1.2 trillion telah membawa kepada isu riba.

Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali berkata, ia adalah kerana kadar faedah tersebut yang perlu dibayar sangat besar.

“Dalam sistem Islam, apa yang kita pinjam, itu sahaja yang apa kita perlu bayar. Namun,  jika ada sahaja tambahan yang wajib dibayar dalam pinjaman termasuklah yang dipanggil sebagai kadar faedah atau bunga, itu semua riba!” tegas beliau kepada HarakahDaily

Beliau yang merupakan Naib Yang Dipertua PAS kawasan Kapar sehubungan itu, menyarankan agar kerajaan perlu berusaha ‘membersihkan’ wang rakyat daripada belenggu riba.

“Ia adalah supaya sumber pendapatan menjadi lebih berkat; dan kerajaan wajib memfokuskan penggunaan sistem kewangan yang benar-benar mematuhi syariah Islam,” katanya lagi.

Terdahulu, dalam sidang Dewan Rakyat pada 6 Mac 2023 di Parlimen, Dr. Halimah telah menyentuh  tentang perkara tersebut, dan menegaskan bahawa belenggu riba merupakan isu yang perlu dibincangkan oleh setiap ahli parlimen di negara ini.

“Bagaimana kerajaan mahu mengeluarkan negara daripada belenggu riba yang membarah ini? Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk melepaskan diri daripada amalan riba? 

“Kita (Malaysia) yang sudah 66 tahun merdeka daripada penjajahan British sepatutnya diwujudkan pasukan ilmuan daripada pelbagai kepakaran bagi memerdekakan negara kita daripada sistem riba,” hujah beliau.

Beliau menegaskan bahawa sistem perbankan negara perlu meningkatkan pelaburan berasaskan risiko, bukannya tertumpu kepada penjanaan keuntungan berasaskan produk  menerusi hutang atau sistem riba.

“Menurut pensyarah Profesor Dr. Mohd Nazari Ismail, sistem yang tertumpu kepada keuntungan melalui hutang dan mengakibatkan kemelesetan ekonomi, sekali gus memberikan kesan terhadap kos sara hidup masyarakat,” katanya.

Andai diperhalusi dan dikaji kenyataan Dr. Halimah itu ternyata ada kebenarannya. Sesungguhnya riba dalam Islam hukumnya haram, merujuk kepada beberapa ayat dalam al-Quran yang menjelaskan tentang riba.

Berikut sedutan kajian HarakahDaily tentang dalil al-Quran tentang riba dan bahaya riba dari pandangan Islam.

Antaranya ialah Surah Ar-Rum ayat 39 Allah SWT berfirman:

وَمَآ اٰتَيْتُمْ مِّنْ رِّبًا لِّيَرْبُوَا۟ فِيْٓ اَمْوَالِ النَّاسِ فَلَا يَرْبُوْا عِنْدَ اللّٰهِ ۚوَمَآ اٰتَيْتُمْ مِّنْ زَكٰوةٍ تُرِيْدُوْنَ وَجْهَ اللّٰهِ فَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الْمُضْعِفُوْنَ

Terjemahannya bermaksud:  “Dan sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar harta manusia bertambah, maka tidak bertambah dalam pandangan Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk memperoleh keredaan Allah, maka itulah orang-orang yang melipatgandakan (pahalanya).”

Dalam surah Ali Imron ayat 130 pula Allah SWT berfirman:

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا تَأْكُلُوا الرِّبٰوٓا اَضْعَافًا مُّضٰعَفَةً ۖوَّاتَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَۚ

Terjemahannya bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung.”

Penjelasan daripada atas ayat tersebut memberikan sebab kenapa riba diharamkan oleh Allah SWT. Dari ayat tersebut di atas, boleh difahami beberapa alasan akan keharaman riba, seperti berikut:

Pertama, riba dapat menghilangkan sikap saling tolong-menolong. Sebagaimana pada awalnya, bahawa Islam adalah agama yang terkenal dengan amalan tolong-menolong sesama manusia. Islam menuntut kita untuk memberikan kelebihan harta kepada orang lain yang kekurangan. Sementara riba tidak demikian, kerana ia memusnahkan sikap saling menolong menolong sebab menuntut orang lain membayar lebih atas apa yang dipinjamnya.

Contohnya, jumlah diberikan pinjaman adalah sebanyak RM1,000, namun jumlah wang yang perlu dibayar semula mencecah RM1,100. Maka RM100 itu adalah riba, tidak kira sama ada wujud rasa tertindas atau tidak terhadap peminjam wang berkenaan. Contoh paling popular sekarang ini adalah pinjaman wang di bank konvensional untuk membeli kenderaan, rumah, pinjaman peribadi atau modal perniagaan dengan faedah.

Penalti tambahan yang dikenakan bank akibat lewat bayar juga dikira riba. Contohnya, peminjam perlu membayar RM3,000 dalam tempoh lima bulan. Namun, jika peminjam tidak membayar dalam tempoh itu, dan bank membenarkan penangguhan bayaran tetapi dikenakan syarat daripada RM2,000 menjadi RM2,050 kerana lewat bayar. Lebihan RM50 itu adalah riba.

Riba juga boleh berlaku dalam pertukaran barang dengan barang yang diklasifikasikan sebagai ribawi, termasuklah penukaran emas lama seberat dua gram dengan emas baharu dua gram. Namun, dalam proses itu, jika berlaku ertambahan atau pengurangan, maka ia adalah riba.

Bahaya kedua riba menurut Islam adalah ia bersifat merampas kekayaan orang lain dengan cara yang batil. Riba diharamkan oleh Allah SWT kerana sedar atau tidak telah menbenarkan dari segi undang-undang akan amalan perampasan kekayaan terhadap golongan yang berhutang. Biasanya peminjam adalah golongan yang memerlukan bantuan kewangan tetapi riba menyebabkan mereka ditindas.

Satu lagi bahaya riba dalam perspektif Islam adalah ia menjadikan individu bersikap malas. Riba boleh membentuk orang menjadi malas, dengan hanya menggandakan wang tambahan daripada hasil riba. Pihak yang memberikan pinjaman berkemungkinan tidak lagi berusaha mencari nafkah, tetapi cukup hanya dengan meraih keuntungan daripada penggandaan wang haram hasil tuntutan riba terhadap peminjam. – HARAKAHDAILY 16/3/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ajar saja perasuah MB S'gor? Tauliah mengajar & riba.

Insya Allah, semuanya akan al-hamdulillah. Yang penting sokong atau undilah parti Islam. Bukan parti 'anti Islam' atau barua-baruanya.

Ini dia pemfitnah, RM2 juta... & Jahatnya Hannah, gereja, epal, oren.

 

Ahli Parlimen Kepong dan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Lim Lip Eng. - Foto Bernama

1. Ahli Parlimen Kepong diperintah bayar ganti rugi RM2 juta kerana memfitnah

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng hari ini diperintahkan Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi kesemuanya berjumlah RM2 juta kepada sebuah firma e-dagang MonSpace (M) Sdn Bhd dan pengasasnya, Datuk Seri Jessie Lai.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendapati Lip Eng bertanggungjawab memfitnah Lai dan MonSpace yang bertindak selaku plaintif pertama dan kedua dalam tuntutan saman difailkan mereka. 

Lai dan MonSpace memfailkan saman terhadap Lip Eng (defendan) pada Jun 2019, kerana mendakwa defendan mengeluarkan kenyataan fitnah yang diterbitkan dalam akhbar berbahasa Inggeris dan Cina bahawa mereka menjalankan perniagaan haram dan menipu pelabur dari negara China.

Lai berkata, Lip Eng membuat kenyataan itu pada Mei 2017 dan November 2018 apabila beliau membawa sekumpulan individu, yang dikatakan pelabur MonSpace, ke pejabat Lai dan kemudiannya membuat laporan polis terhadapnya.

Beliau mendakwa kenyataan itu memberi tekanan kepada pihak berkuasa, termasuk polis, Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), untuk mengambil tindakan terhadapnya.

Dalam penghakimannya hari ini, Akhtar memerintahkan Lip Eng membayar ganti rugi sebanyak RM500,000 kepada Jesse dan RM1 juta kepada MonSpace serta ganti rugi teruk berjumlah RM500,000 kepada kedua-dua plaintif.

Hakim juga memerintahkan Lip Eng mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada kedua-dua plaintif dalam akhbar vernakular dan media sosial dalam tempoh tujuh hari selepas penghakiman.

Dalam penghakiman ringkasnya melalui prosiding secara online, Akhtar berkata, mahkamah mendapati Jesse dan MonSpace berjaya membuktikan tuntutan mereka terhadap Lip Eng dan berhak untuk mendapatkan permohonan maaf serta ganti rugi.

Hakim itu berkata, Lip Eng tidak menafikan membuat kenyataan itu yang secara jelas ditujukan kepada kedua-defendan dan membayangkan mereka merasuah pegawai kanan kerajaan dan menjalankan aktiviti haram serta menipu pelabur China.

Beliau berkata, kenyataan itu jelas mencemarkan nama baik plaintif dan menjatuhkan reputasi mereka.(BH)


2. PAS kesal kenyataan Hannah Yeoh 


PADA asasnya PAS menyambut baik semua usaha mewujudkan persefahaman dan keharmonian dalam kalangan rakyat berbilang kaum, agama dan budaya di negara ini sebagai suatu matlamat murni yang perlu dihayati oleh semua golongan malah ia mampu mengelakkan unsur kesalahfahaman dan konflik berikutan perbezaan-perbezaan itu.

PAS mengambil maklum mengenai Projek Artikel 11 yang dianjurkan oleh Impact Malaysia, iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meliputi program Jom Ziarah yang melibatkan lawatan ke tempat-tempat ibadat pelbagai agama yang dikatakan bertujuan memberi pendedahan kepada pesertanya mengenai aspek-aspek agama-agama berbeza di negara ini seterusnya ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang mampu hidup secara harmoni dan lebih bertoleransi.  

Dalam hal berkaitan, PAS menggesa agar program tersebut sekali-kali tidak merupakan program Evangelisme dan ia juga tidak akan melibatkan belia-belia beragama Islam sebagaimana jaminan yang diberikan oleh Menteri KBS Hannah Yeoh di Parlimen pada Selasa (14 Mac 2023). 

Selain itu semua pihak termasuk Menteri berkenaan perlu akur mengenai kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan larangan tegas yang ditetapkan oleh undang-undang terhadap penyebaran agama bukan-Islam dalam kalangan orang Islam.  

Bagaimanapun PAS amat dukacita apabila Menteri KBS memetik kenyataan-kenyataan Presiden PAS Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam jawapan beliau di Parlimen sebagai sandaran atau justifikasi kepada program berkenaan. 

Adalah amat nyata apa dipetik tersebut dibuat tanpa menjelaskan konteks ianya dibuat dan tanpa penerangan tepat berhubung kenyataan-kenyataan itu sama ada oleh individu terbabit secara langsung atau pihak-pihak yang mewakili mereka.  

PAS ingin menyatakan apa yang paling penting difahami dalam hal ini adalah kenyataan-kenyataan tersebut dibuat dalam konteks bahawa semua bentuk hubungan, keterlibatan, lawatan atau sebagainya antara orang Islam dengan bukan-Islam, baik secara individu atau kumpulan, hanya dibenarkan dalam perkara-perkara yang bukan ritual atau keagamaan, bukan pula terbuka penyertaannya tanpa syarat, dan segala usaha mesti dibuat bagi memastikan syarat-syarat itu tidak dilanggar.  

Selain itu, PAS juga berasa amat kesal apabila Menteri KBS memetik kenyataan-kenyataan itu secara tidak adil atau tidak bermaruah dengan menggunakannya sebagai ‘senjata politik’ bertujuan menimbulkan pertelagahan antara PAS dengan parti BERSATU yang merupakan komponen dalam PERIKATAN NASIONAL (PN). 

Tindakan tersebut menjadi lebih terserlah motifnya apabila beliau tidak memberi ruang kepada wakil PAS ataupun BERSATU untuk memberi respons terhadap kenyataan beliau itu. 

Apatah lagi Menteri berkenaan tampak bercakap mengenai peri pentingnya keharmonian dan persefahaman dalam masyarakat, seolah-olah ia merupakan subjek eksklusif yang tidak terpakai atau melibatkan pihak-pihak lain yang dilihat tidak sealiran dengan beliau.

Justeru itu PAS menegaskan program yang dirancang tidak sewajarnya diteruskan oleh pihak berkenaan andainya ia dibayangkan bukan sahaja tidak dapat mencapai hasrat yang dinyatakan malahan berkemungkinan meluaskan lagi jurang perbezaan yang sedia wujud dan boleh pula mengundang kepada bantahan terbuka yang jauh lebih membimbangkan.

TAKIYUDDIN HASSAN 
Setiausaha Agung PAS
16 Mac 2023 – HARAKAHDAILY 16/3/2023


3. Ziarah Gereja: Ahli Parlimen PN kata jangan samakan ‘epal’ dan ‘oren’ 
Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata tindakan NGO terbabit menurunkan iklan program 'Ziarah Gereja' di laman Facebook rasminya, menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.

TINDAKAN sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang didakwa memperoleh dana Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menurunkan atau memadam hantaran program ‘Ziarah Gereja’ kepada orang bukan Kristian, mencetuskan kebimbangan baharu.

Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata tindakan NGO terbabit menurunkan iklan program berkenaan di laman Facebook rasminya, menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.

Menurutnya program berkenaan sepatutnya dipantau kerana dikatakan mendapat peruntukan KBS dan perlu selari dengan aspirasi kerajaan, selain perlu mendapatkan kerjasama agamawan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Program ini bukanlah tidak baik dari sudut asasnya, tetapi memerlukan penyertaan daripada golongan agamawan seperti kerjasama dengan JAKIM.

“Ini kerana ada isu, kalau kita bawa khususnya belia beragama Islam ke gereja, walaupun tujuan asalnya adalah untuk mengenali antara agama satu sama lain,” katanya ketika membahas Bajet 2023 peringkat jawatankuasa KBS di Dewan Rakyat, hari ini (14 Mac 2023).

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS dan PN berkata, perkara ini mencetuskan kebimbangan dan berdasarkan maklumat dalam Facebook rasmi NGO terbabit, mengiklankan program ke gereja pada 18 Mac (Sabtu ini), tetapi kemudian diturunkan.

“Ini bermakna ada satu benda yang mungkin tidak sesuai atau tidak kena pada pandangan masyarakat dan sebagainya.

“Walaupun mungkin KBS tidak mempunyai kaitan secara langsung, tetapi kerana dana ini ada dari KBS untuk NGO seperti ini.

“Walaupun mungkin dijawab pula ada program ziarah ke masjid dan sebagainya, tetapi ia tidak boleh disamakan dan tidak boleh dibandingkan ‘epal’ dan ‘oren’,” katanya.

Isu berkaitan ‘Ziarah Gereja’ itu dibangkitkan Pengerusi Penaja Muafakat Nasional Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin dalam laman Facebooknya semalam, yang mempersoalkan sama ada Kristian Evangelist sudah mula melakukan gerak kerja apabila bakal mengadakan program itu.

Susulan itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (DAP-Segambut) menyangkal dakwaan sebuah agensi di bawah kelolaannya, Impact Malaysia telah menjadi ‘Kristian Evengelist’, sebelum Setiausaha Politik KBS, Dayangku Norhazwani Awangku Marsal membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Bagaimanapun, Badrul Hisham dalam kenyataan hari ini membidas sikap membisu menteri dan wakil rakyat beragama Islam yang menyokong kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) berhubung program itu.

Beliau turut mempersoalkan kenyataan Hannah yang menuduh ulasan beliau sebagai fitnah.

Komen Weblog Ibnu HasyimIni dia pemfitnah, RM2 juta... & Jahatnya Hannah, gereja, epal, oren.

Siapakah pemfitnah-pemfitnah itu? Dari parti anti Islam mana?

Gong Xi Fa Cai 2023 dari Ibnu Hasyim.

 


1. Islam hormati hubungan antara kaum

KUALA LUMPUR: Islam sangat menghormati dan menjaga hubungan antara kaum serta berlaku adil terhadap rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Islam memandang kewujudan kepelbagaian kaum dan bangsa di Malaysia sebagai satu perkara positif berkonsep masyarakat majmuk yang berasas konsep Negara Madinah di zaman Nabi Muhammad SAW.

Katanya, setiap bangsa mempunyai kelebihan dan kepakaran tersendiri yang boleh dimanfaatkan dengan baik demi membangunkan Malaysia.

“Saya mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu kepada masyarakat Cina yang hidup bersama kita di Malaysia.

“Maka marilah semua pihak bersama menjalinkan hubungan yang erat antara sesama keluarga, sanak saudara dan seluruh kaum,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, kerukunan sangat penting bagi membina sebuah masyarakat yang harmoni dan negara stabil. – HARAKAHDAILY 21/1/23 


2. PN anjur rumah terbuka Tahun Baharu Cina 


KUALA LUMPUR: Pemimpin PERIKATAN NASIONAL (PN) menghadiri rumah terbuka sempena Tahun Baharu Cina di Menara Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM).

Program itu dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PAS, Tuan Guru Tan Sri Abdul Hadi Awang; Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Ho Chai dan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Selain itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta sayap pemuda dan wanita parti komponen PN.

Muhyiddin berkata, beliau gembira kerana majlis tersebut berlangsung dalam suasana penuh semangat kekeluargaan dengan dimeriahi persembahan tarian singa dan acara menggaul Yee Sang. 

in utama PERIKATAN NASIONAL (PN) menggaul Yee Sang ketika majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina PN

“Saya berdoa semoga negara kita terus dilimpahi kemakmuran, keharmonian dan kesejahteraan dan rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan selamat. Gong Xi Fa Chai,” katanya pada kenyataan di media sosialnya, hari ini. – HARAKAHDAILY 23/1/23


3. Datuk Presiden PAS miliki ramai anak angkat kaum Cina 

MARANG: Perayaan Tahun Baharu Cina dianggap sebagai salah satu cara untuk mengeratkan lagi silaturahim serta perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa dan kaum di Malaysia.

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, masyarakat Cina bukan sesuatu yang asing dalam kehidupan keluarganya.

Kata beliau, datuknya memiliki ramai anak angkat daripada kaum Cina, sama ada yang memeluk agama Islam atau tidak.

“Mereka menjadi sebahagian daripada keluarga saya. Ketika berlaku Perang Dunia Kedua, terdapat pelarian Cina yang datang ke Pantai Timur.

“Datuk saya pernah menyelamatkan seorang pelarian Cina bukan Islam dan disembunyikan di kebunnya, ketika itu dia merupakan seorang penghulu kampung,” katanya pada catatan di laman sosialnya. 

Tuan Guru Abdul Hadi mempunyai menantu kaum Cina

Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, kebetulan pula salah seorang menantunya daripada kaum Cina.

Keadaan itu, kata beliau menunjukkan hubungan keluarganya dengan masyarakat kaum Cina bukan perkara sesuatu perkara baru.

Menurutnya juga selepas Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur bersama pimpinan PN dan Gerakan beliau meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama anak menantu sekeluarga. – HARAKAHDAILY 23/1/23

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Gong Xi Fa Cai'. Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina 2023.

Thursday, March 16, 2023

Fatwa S'ngor isytihar 'Sisters in Islam' sesat. Lembab lambat?

 

Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan terhadap
fatwa Selangor yang melabelkan Sisters in Islam (SIS) sebagai kumpulan sesat. - Foto fail NSTP/AIZUDDIN SAAD

1. Sisters in Islam gagal cabar fatwa Selangor isytihar organisasi itu 'sesat'

PUTRAJAYA: Pertubuhan Sisters in Islam (SIS) Forum (Malaysia) hari ini gagal dalam rayuannya untuk membatalkan fatwa dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkannya sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran sebenar.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan melalui keputusan majoriti 2-1 menolak rayuan pertubuhan berkenaan dengan alasan rayuan terbabit tidak mempunyai sebarang merit.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Has Zanah Mehat yang mengetuai panel dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali turut memutuskan hakim Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf ketika menolak semakan kehakiman SIS untuk mencabar keputusan itu bagi membolehkan mereka campur tangan.

Sementara itu, seorang lagi hakim dalam panel sama, iaitu Hakim Datuk M Gunalan menentang.




Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan melalui keputusan majoriti 2-1 menolak rayuan pertubuhan berkenaan dengan alasan rayuan terbabit tidak mempunyai sebarang merit.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Has Zanah Mehat yang mengetuai panel dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali turut memutuskan hakim Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf ketika menolak semakan kehakiman SIS untuk mencabar keputusan itu bagi membolehkan mereka campur tangan.

Sementara itu, seorang lagi hakim dalam panel sama, iaitu Hakim Datuk M Gunalan menentang.

Ketika membacakan penghakiman pada prosiding yang dijalankan secara dalam talian, Che Mohd Ruzima berkata, mengikut Seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991, Jawatankuasa Fatwa diberikan kuasa untuk menghasilkan fatwa atas apa-apa persoalan yang belum muktamad atau yang menimbulkan kontroversi berhubung hukum syarak.

Oleh kerana kuantum fatwa berpaksikan ketetapan di bawah hukum syarak, maka segala pertikaian dengan isu kandungannya berada di bawah bidang kuasa eksklusif mahkamah syariah, bukannya mahkamah sivil.


2. SIS yang sesat lagi mengelirukan 

HARI ini, NGO Sisters in Islam (SIS) yang diterajui oleh Marina Mahathir menyerang YB Dato’ Siti Zailah, Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga atas nasihat yang beliau kongsikan dalam satu video tips menghadapi tekanan dalam keluarga ketika tempoh PKP.

SIS merupakan pertubuhan yang sudah pun difatwakan sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kerana ia menyebarkan fahaman ‘Liberalisme’ dan ‘Pluralisme’ agama yang menyeleweng daripada ajaran Islam.

SIS memfitnah YB Kak Lah dengan menuduh kononnya Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga mempunyai mesej tersembunyi bahawa ‘wanita perlu bersabar, menerima dan memaafkan tingkah laku ganas suami mereka.’

Ini pembohongan yang teramat besar oleh SIS. Sesiapa sahaja yang menonton video berdurasi 5 minit itu akan dapat menilai benarkah dakwaan jahat SIS itu?

YB Kak Lah pada awal video tersebut berkongsi tips pertama bagi menghadapi kemarahan ialah dengan berwuduk bagi Muslim, bertenang dan rehatkan diri sama ada melalui duduk atau baring.

Beliau juga menyarankan kepada suami untuk berdiam dahulu sekiranya isteri berleter dan begitu juga kepada si isteri supaya bersabar dahulu ketika suami marah, usah terus menjawab atau menengking pula suami supaya keadaan yang tegang dapat diredakan.

Wahai SIS, buktikan di celah mana saranan tips nasihat oleh YB Kak Lah ini menggalakkan suami bertindak ganas terhadap isteri?

Adakah SIS buat-buat pekak telinga kerana di hujung video itu juga YB Kak Lah ada menyeru kepada mereka yang menjadi mangsa atau tahu berkenaan kes penderaan dan keganasan rumah tangga untuk menghubungi talian aduan Hotline 15 999 atau Whats app 019 2615 999. Beliau juga memberikan jaminan bahawa semua aduan akan diambil tindakan dengan segera oleh pihak berkuasa.

Sungguhpun SIS benci kepada perjuangan PAS tetapi mengapa sampai ke tahap mahu memfitnah pemimpin PAS yang diberikan amanah menjadi Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga itu?

Marina Mahathir menggelar YB Kak Lah sebagai ‘ignorant woman’. Siapa yang jahil sebenarnya wahai SIS yang pernah mendapat dana daripada Timbalan Menteri DAP, Hannah Yeoh dulu?

SYED AHMAD FADHLI – HARAKAHDAILY 11/4/2020

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Fatwa S'ngor isytihar 'Sisters in Islam' sesat. 

Kenapa lembab dan lambat sangat Selangor keluarkan fatwa kesesatan? Sudah berapa ramai yang makan korban aqidah termasuk anak bekas pemimpin negara?  

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails