Saturday, April 08, 2023

Buta perut atau buta hati, tuduh Melayu angkuh. Israel, PMX lemah.

 


1.  Buta hati tuduh Melayu angkuh

MELAYU dituduh angkuh dibandingkan dengan Kemboja, menunjukkan jahil tentang sejarah kejatuhan kerajaan Melayu Islam di Kemboja, atau kerana buta hatinya.

Islam pernah dianut oleh bangsa Champa iaitu rumpun Melayu di Indochina yang memerintah Kerajaan Champa. Pengaruh kerajaan ini berkembang dalam wilayah yang luas sehingga wujudnya Pangkalan Champa (Pengkalan Chepa) di Kelantan. Malangnya, kerajaan ini mengalami kelemahan dan kejatuhan sehingga rumpun Melayu Champa menjadi kumpulan minoriti yang merempat kemiskinan dan kejahilan dalam tanah air mereka sendiri, sehingga mereka menjadi lemah tidak bermaya.

Pada era komunis, ramai penganut Islam dibunuh dan paling ramai yang berhijrah ke Malaysia. Kalau Melayu ini angkuh, mereka tidak akan memilih Malaysia sebagai tempat hijrah untuk menyelamatkan agama mereka.

Allah SWT menceritakan tentang kisah kaum yang dimusnahkan melalui firman-Nya:

﴿فَكَأَيِّن مِّن قَرۡيَةٍ أَهۡلَكۡنَٰهَا وَهِيَ ظَالِمَةٞ فَهِيَ خَاوِيَةٌ عَلَىٰ عُرُوشِهَا وَبِئۡرٖ مُّعَطَّلَةٖ وَقَصۡرٖ مَّشِيدٍ٤٥ أَفَلَمۡ يَسِيرُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَتَكُونَ لَهُمۡ قُلُوبٞ يَعۡقِلُونَ بِهَآ أَوۡ ءَاذَانٞ يَسۡمَعُونَ بِهَاۖ فَإِنَّهَا لَا تَعۡمَى ٱلۡأَبۡصَٰرُ وَلَٰكِن تَعۡمَى ٱلۡقُلُوبُ ٱلَّتِي فِي ٱلصُّدُورِ٤٦﴾

“Maka, bukan sedikit negeri-negeri yang telah Kami binasakannya dengan sebab kezaliman penduduknya, lalu runtuh ranaplah (tembok-tembok) kotanya; dan bukan sedikit pula telaga yang telah terbiar, dan istana yang tersergam (telah kosong dan ditinggalkan). (45) Oleh itu, apakah mereka tidak mengembara di muka bumi (supaya dengan melihat kesan-kesan tersebut) mereka mempunyai hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau mempunyai telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya, bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang berada dalam dada. (46)” (Surah al-Hajj: 45-46)

Rumpun Melayu di Semenanjung menerima Islam secara damai dan aman yang disampaikan oleh para pendakwah yang datang berdagang dengan akhlak mulia, suatu perkara yang menjadi sebahagian daripada ajaran Islam. Mereka semuanya memeluk Islam, bermula daripada kalangan raja-raja sehinggalah rakyat biasa. Sehinggakan perkataan Melayu dan Islam menjadi satu, malah bangsa bukan Melayu yang menganut Islam juga dianggap masuk Melayu, sehingga masuk Islam dinamakan masuk Melayu.

Adapun Melayu yang dahulunya menganut agama Hindu, Buddha dan agama lain memeluk Islam dengan mudah kerana mengikuti para pendatang asing dari Arab dan India Muslim yang membawa Islam. Islam yang dianut diamalkan secara sempurna dengan gabungan kukuh berdasarkan peranan raja-raja dan ulama’ (umara’ dan ulama’), sehingga tertegaknya negara yang berdaulat dan tamadun Islam di Nusantara oleh rumpun Melayu yang menganut serta mengamalkan Islam secara sempurna.

Hal ini menunjukkan bangsa Melayu menerima kebenaran dengan mudah kerana sifat tidak degil dan tidak angkuh seperti Iblis yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:

﴿وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأٓدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَٰفِرِينَ٣٤﴾

“Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, ‘Sujudlah kamu (berikan penghormatan) kepada Adam.’ Lalu mereka sekaliannya sujud melainkan Iblis; ia enggan dan takbur dan menjadilah ia termasuk golongan yang kafir.” (Surah al-Baqarah: 34)

Firman Allah SWT:

﴿وَلَقَدۡ خَلَقۡنَٰكُمۡ ثُمَّ صَوَّرۡنَٰكُمۡ ثُمَّ قُلۡنَا لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأٓدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ لَمۡ يَكُن مِّنَ ٱلسَّٰجِدِينَ١١ قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسۡجُدَ إِذۡ أَمَرۡتُكَۖ قَالَ أَنَا۠ خَيۡرٞ مِّنۡهُ خَلَقۡتَنِي مِن نَّارٖ وَخَلَقۡتَهُۥ مِن طِينٖ١٢﴾

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada para malaikat, ‘Sujudlah kamu kepada Adam’, lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud. (11) Allah berfirman, ‘Apakah yang menghalangimu untuk sujud ketika Aku memerintahkanmu?” Iblis menjawab, ‘Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan aku daripada api, sedang dia Engkau jadikan daripada tanah.’ (12)”  (Surah al-A‘raf: 11-12)

Kalau Melayu ini angkuh seperti Iblis, sudah pasti mereka tidak akan memeluk Islam dengan mudah kerana Islam dibawa oleh pendatang asing daripada kalangan bangsa Arab dan India Muslim yang bukan Melayu.

Apa yang sebenarnya berlaku, Melayu yang berkuasa dan mendaulatkan Islam tidak memaksa penganut agama lain memeluk Islam, tetapi melaksanakan Islam yang adil kepada semua. Sehinggakan, mereka berjaya mengislamkan kaum bangsanya sendiri dan kaum lain dalam kalangan bukan Islam yang datang ke sini.

Teguhnya pegangan Islam bangsa Melayu ini sehingga gagal dimurtadkan oleh penjajah yang datang silih berganti, bermula dengan Portugis sehinggalah Belanda, British dan Jepun. Melayu tidak boleh dimurtadkan sepertimana yang berlaku di negara-negara lain, apatah lagi dipengaruhi oleh ideologi komunis yang tidak percayakan Tuhan.

Akan tetapi, hanya segelintir sahaja yang terlalu bebal dan buta al-Quran. Sesiapa yang murtad, mereka dianggap bukan Melayu lagi.

Sifat Islam yang masih ada kepada Melayu menjadikan mereka boleh menerima masyarakat majmuk yang dipaksa oleh penjajah atas sifat kemanusiaan Melayu Islam yang ada dalam dirinya. Sehinggakan, satu keluarga bukan Islam boleh berada di tengah masyarakat Melayu yang besar jumlahnya.

Perlembagaan Persekutuan menegaskan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan, pada masa yang sama hak beragama masih diberikan kepada penganut agama lain. Hal ini termasuklah hak berbahasa kepada kaum lain, sehingga dibenarkan sekolah jenis kebangsaan berbagai-bagai etnik wujud. Keadaan ini tidak berlaku di negara-negara lain. Kalau Melayu ini angkuh, nescaya tidak akan berlaku toleransi seperti ini.

Malangnya, terdapat dalam kalangan orang Melayu yang lebih dahsyat kefahamannya daripada kacang yang tidak berakal, bermata dan bertelinga yang melupakan kulitnya, sehingga menuduh bangsanya rasis, angkuh dan sebagainya. Termasuk yang dianggap ilmuwan yang berjela ijazahnya dan pemimpin yang diulungkan, tetapi lemah akalnya atau akalnya lebih kecil daripada ilmu dan ketokohan jasadnya.

Alhamdulillah, Melayu selamat daripada makhluk asing yang menggunakan godaan slogan Reformasi dan Arab Spring, sehingga ada negara yang tumbang kerajaannya dan hanya tinggal gusi. Malah, ada negara yang hancur kerana terlibat dalam perang proksi yang telah diaturkan oleh makhluk asing itu.

Melayu masih selamat daripada gangguan Musa Samiri yang merosakkan aqidah Bani Isra’il pada zaman dahulu. Allah SWT berfirman kepada Nabi Musa AS:

﴿قَالَ فَإِنَّا قَدۡ فَتَنَّا قَوۡمَكَ مِنۢ بَعۡدِكَ وَأَضَلَّهُمُ ٱلسَّامِرِيُّ٨٥﴾

“Maka Allah berfirman kepada Nabi Musa, ‘Sesungguhnya, Kami telah menguji kaummu dengan satu fitnah sepeninggalanmu, dan mereka telah disesatkan oleh Samiri.’” (Surah Taha: 85)

Hanya Melayu yang tidak sayangkan kaumnya yang berada di luar tabii atau tegak bersama fanatik kaumnya sahaja yang merosakkan Melayu itu sendiri dan merosakkan semua bangsa dalam masyarakat majmuk. Sebaliknya, hanya Melayu yang tegak bersama Islam akan menjadikan Melayu selamat dan semua bangsa selamat.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 16 Ramadan 1444 / 7 April 2023 – HARAKAHDAILY 7/4/2023


2. Siapa yang angkuh? PMX atau Melayu? 


BANGSA Melayu menjadi pemilik tanah ini semenjak ratusan tahun yang lalu. Kerana itu diberi namanya Tanah Melayu. Walaupun begitu ketika kerakyatan dibuka kepada mereka yang bukan-Bumiputera menghuni tanah keramat ini bangsa Melayu inilah yang berjiwa besar menerima mereka dengan syarat-syarat yang dipersetujui bersama.

Hari ini, bangsa Melayu dilabel bangsa yang angkuh oleh pemimpin nombor wahid dalam negara. Perlabelan itu dikaitkan kononnya Melayu meminggirkan kaum minoriti di Malaysia. Untuk pengetahuan Perdana Menteri ke-10 (PMX), kalaulah Melayu ini angkuh sudah pasti kaum selainnya akan menerima nasib yang sama seperti etnik Rohingya di Myanmar.

Kerana itu hak Bumiputera telah dilindungi oleh Perkara 153 dalam Perlembagaan negara kerana jiwa besar mereka memberi kerakyatan kepada kaum bukan-Melayu di Malaysia. Ia juga dikenali dengan nama kontrak sosial antara kaum dalam Malaysia.

Bangsat sangatkah Melayu di bawah era pemerintahan PMX ini sehinggakan dilabel angkuh atau sombong tanpa sebarang bukti yang nyata? Adakah kerana PH-BN hari ini didominasi oleh kaum bukan-Melayu menyebabkan PMX mengeluarkan kenyataan seperti ini untuk mengekalkan undi mereka?

Hina sangatkah Melayu hari ini apabila memohon pengeluaran KWSP secara bersasar untuk mengurangkan beban kehidupan mereka? Buruk sangatkah Melayu sehingga dipuji kaum majoriti Buddha yang tidak merobohkan masjid di negara mereka.

Lupakah PMX dengan patung Buddha baring dan duduk terbesar yang ada di Kelantan? Ataupun PMX ada laporan bukan-Melayu ditindas di Terengganu dan Kedah dan rumah ibadah mereka dirobohkan? Ironinya semua negeri ini adalah negeri majoriti Melayu Islam.

Yang sebenarnya angkuh adalah PMX sendiri yang sanggup melabel bangsa sendiri dengan label hina. Janganlah terus memainkan api perkauman dengan gelaran tertentu. Rakyat Malaysia sudah aman dengan cara kita masing-masing. Hormatilah kami dan jangan terus bermulut celupar!

MUHAMMAD IRSYAD SYAFIQ BURHANUDDIN
Ketua Penerangan Pemuda PAS
Negeri Terengganu – HARAKAHDAILY 6/4/2023


3. Pencerobohan tentera Israel: Kenyataan PM sangat lemah 

MERUJUK kepada kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 6 April 2023 yang dikeluarkan melalui twitter hanya menggelar pencerobohan dan serangan tentera penjajah Israel serta pendatang haram Yahudi ke atas rakyat Palestin dan para jemaah yang beribadah di Masjid Al-Aqsa pada malam 5 April 2023 sebagai heinous crimes dilihat sebagai sangat lemah kerana Israel tidak pernah menghormati hak kesejahteraan rakyat Palestin yang dirampas sejak tahun 1948.

Selaku PM, kerajaan madani perlu lebih tegas bersuara mengenai penindasan terhadap rakyat Palestin yang tidak berkesudahan termasuk meluaskan peranan tentera Malaysia sebagai pasukan pengaman dan PAS Selangor sedia bersama pihak kerajaan Malaysia menghantar bantuan perubatan ke rantau yang bergolak itu.

Seruan PM terhadap campur tangan Majlis Keselamatan PBB juga perlu diterjemahkan dalam bentuk usul khas merujuk tentera pertahanan Israel sebagai kumpulan pengganas dan mengheret penjenayah antarabangsa into kemuka pengadilan walaupun diketahui tidak mendapat sokongan dari kuasa veto Amerika Syarikat. Sekurang-kurangnya, Israel terus ditekan masyarakat dunia.

Wisma Putra pula hanya mengeluarkan kenyataan mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan itu ke atas rakyat Palestin tetapi menekankan pengiktirafan negara Palestin yang bebas berdasarkan perjanjian sempadan sebelum 1967.

Justeru, PAS Selangor juga mendesak PM mengulangi pendirian dan kenyataan beliau yang dikeluarkan oleh Wall Street Journal pada 26 Januari 2012 bahawa beliau menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel, atas kapasiti beliau sebagai Ketua Pembangkang pada waktu itu.

Bertentangan dengan Presiden Turki Erdorgan sendiri yang telah memberi amaran akan menggerakkan tentera dan rakyat Turki bagi mempertahankan Masjid Al-Aqsa baru-baru ini.

PAS Selangor lebih awal mengeluarkan kenyataan mengecam sekeras-kerasnya tindakan pencerobohan tentera Israel ke atas Masjid Al-Aqsa pada 5 April 2023 yang juga disiarkan dalam akhbar tempatan.

Sekiranya PM Anwar Ibrahim berani memberi amaran kepada orang Melayu untuk tidak angkuh dan sombong, sekembali dari lawatan rasmi ke Kemboja, mengapa tiada amaran yang sama ditujukan kepada pihak zionis Israel? Sedangkan Allah swt telah menggunakan perkataan angkuh dan sombong kepada Firaun dan tenteranya (Surah Al-Qasas; 29).

PAS Selangor komited mempertahankan kemuliaan agama Islam dan terus berjuang mewujudkan negeri Selangor yang lebih bersih, sejahtera dan toleran.

NUSHI MAHFODZ
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Jumaat, 7 April 2023/ 16 Ramadan 1444 – HARAKAHDAILY 7/4/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Buta perut atau buta hati, tuduh Melayu angkuh. Israel, PMX lemah.

Lagi realiti, itulah taraf pemikiran PMX kita. Singkirlah segera sebelum terlambat.

Biar buta mata, jangan buta perut..

Thursday, April 06, 2023

Banyak kg/Melayu miskin. Kenapa majukan kg/Cina?

 

Kedah Ke KL: BONGKAR!! Kenapa Kaum cina sokong Dap tetapi tidak MCA dan Gerakan?

Komen Rakyat dalam blog ini..


10 comments:

1 Anonymous said...

Banyak ruu dah lulus. Kenapa kerajaan perpaduan takut nak luluskan ruu355.
Banyak kampong melayu yang miskin. Kenapa kerajaan perpaduan nak majukan kampong cina.
Banyak taikun cina yang jutawan. Kenapa kerajaan perpaduan tibai taikun melayu.
Banyak ditangkap yang terlibat rasuah. Kenapa kerajaan perpaduan tak tangkap yang terlibat rasuah dalam kerajaan perpaduan.
Banyak pelabur dari negara Islam. Kenapa kerajaan perpaduan hanya bawa pelabor dari cina dan kemboja.
Banyak yang menang undi. Kenapa kerajaan perpaduan lantik yang kalah undi jadi penasihat.
Banyak negara yang nilai mata wang naik. Kenapa kerajaan perpaduan tak jaga nilai ringgit.
Banyak benda boleh jadi cagaran hutang. Kenapa kerajaan perpaduan pilih kwsp jadi cagaran.
Banyak negara jaga kebajikan penduduk. Kenapa kerajaan perpaduan jaga kebajikan ahli politik jer.
Banyak pemimpin cakap serupa bikin. Kenapa kerajaan perpaduan cakap tak serupa bikin.

2 Anonymous said...

Begitu banyak mesjid dan surau, ke gereja jugak mereka ajak.
Kenapa ya?
Dalam begitu banyak kedai muslim halal, dikedai jual babigoreng jugak mereka tampal poster menu rahmah,
kenapa la ya?

Dalam begitu banyak sejarah Melayu yang belum dikaji selidik, sejarah china jugak la yang disuruh belajar, kenapa la agaknya ya?

Dalam begitu banyak budaya Melayu dan ketamadunan Islam, budaya liberal pluralisma lgbtq budakatolika jugak yang semacam dianjurkan,
kenapa la dengan puak ni ya?

Dalam begitu banyak taikun kapir tempatan selain dari takun warga asing yg memonopoli segala perniagaan di Mesia, taikun Melayu yg satu2nya yg hartanya cuma tak seberapa itu jugak yg dituduk kuat monopoli dan dibantai ganyang lunyai, kenapa dan apa sebenarnya yg terjadi ya?

Aku tanya satu pakcik yg sebaya usia tunMadey hal semacam ni ada ke berlaku dizaman askar Jepun dulu, dia jawab eh tak da la, askar Jepun pun takdak buat macam ni,,,
terlintas dihati aku.. ni dah parah ni.. ni dah mad-dah ni.

3 Anonymous said...

Aku bukan penyokong si Trump, dan bukan pula peminat dia atau setuju semua apa saja polisi pemerentahan dia, tapi kan bila aku tengok dan sikit2 tinjau cara si Trump tu mengenai keperibadian dia maka ada la nampak sikit yg dia tu agak condong dengan kepercayaan berugama yg dia anuti dan bukan nya seorang yg liberal komunis lgbt.
Dan juga bahwa majoriti orang dari parti dia adalah cenderung kpd kebudayaan berugama.
Bak kata M.Luther King dulu bahawa parti Republican tu apa yg dia orang nak buat kita tahu dan tidak berselindung manakala parti Democrat pula adalah munafik yg tidak bercakap benar dan memperalatkan kita untuk tujuan pluralisma mereka dan dalam waktu yg sama mereka demokrat aka samada memperhambakan arau memerangi kita bagi mencapai matlamat liberal songsang mereka.

4 Anonymous said...

Rakyat kedah sokong judi dihapuskan. Semua jenis judi adalah haram. Selamatkan anak cucu dari judi. Yang disokong oleh ex mahpudz judi halal.

5 Anonymous said...

Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim, mempersoalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang tidak mengarahkan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan atau membuat pertuduhan terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ia susulan Perdana Menteri sebagai Ketua Pembangkang sebelum ini, didakwa amat lantang bersuara hingga menyatakan Ahmad Zahid yang kini Timbalan Perdana Menteri dan bekas Menteri Pertahanan sebagai pemimpin yang perlu menjawab isu Kapal Tempur Pesisir (LCS).

6 Anonymous said...

Isu Mainan geng Islam extreme dan x selesai walaupun pernah memerintah:

Babi
Tokong
Arak
Judi
Islam Melayu tertekan
Ruu
Dap.

Isu dan Tindakan Geng Perpaduan dgn sekali pemerintahan:

Hapus monopoli.
Menu rahmah
Selesai Telur x de
Tarik pelabur
Tangkapan rasuah
Bantuan kpd rakyat Kelantan
Belanjawan tertinggi
Gaji menteri discount
Pm x ambil gaji
Belanja berhemah
Bgi royalti
Belanjawan besar
X pau kontraktor cina atau Taikun Melayu utk parti.
Projek penyakau dulu dikaji save billion.
Istana suka sbb kerajaan stabil
Tiada perebutan pangkat jawatan
Penyakau asal diburu
Saman pemfitnah dan menang
Dan lagi.....tungguuuuuu

7 Anonymous said...

Ada orang cakap kerajaan liberal songsang madat-ni dah pun menibai duit kwsp maka sebab tu susah dan berputar2 cakap bila dituntut untuk dikeluarkan oleh penyimpan yg sedang susah ni kerana kebodohan dan ketololan dalam mengurus tadbir ekonomi negara.
pmx pergi china jual habis harta negara macam najib buat dulu (najib jual negara pada china kata ph).
Nah dulu najib jual sikit sekarang pmx dah jual 10 kali ganda dari najib kata pehak yg memerhatikan sepak terajang putar belit phumdap.
kalau betul memang celaka la sukusakat hoihoiyahoi extrem nih.

8 Anonymous said...

Pasai pa tak mau langsung sentuh ruu355. Musykil ni. Ruu yang lain dah banyak selesai. Mungkin ada muslim yang tak sokong. Lebih cenderung patuh komunis dapig. Golongan liberal tu.

9 Anonymous said...

Ala jangan nak gebang pasai parti lain. Parti sendiri tu dari mana datang dana. Katanya derma. Tunjuklah akaun.

Dulu ramai yang keluar pkr. Tak setuju ambik duit derma untuk guna belanja rumah tangga. Banyak. Sampai berjuta. Perjuangan apa tu. Lebih kepada kemandirian.

Kluster perpaduan. Semua yang tak bersih. Baik dari segi rasuah, mahupun perjuangan untuk bangsa.

10 Anonymous said...

Kampong cina nak dimajukan. Kampong melayu macam mana. Janganlah dok sebok nak pertahankan jawatan. Tapi taknak pertahankan bangsa. Bukan orang lain pun. Bangsa sendiri.

K/Perpaduan takut orang Melayu -Tun M. & P/PAS menang saman.

 


1. Tun Dr Mahathir dakwa Kerajaan Perpaduan takut dengan orang Melayu

KUALA LUMPUR: Program Proklamasi Orang Melayu yang digerakkan Jawatankuasa Proklamasi Orang Melayu bukan agenda mana-mana parti politik, sebaliknya ia hanya untuk menyatukan orang Melayu yang semakin berpecah pada masa ini.

Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Marzuki Yahya, berkata program itu diadakan untuk memberi kesedaran kepada orang Melayu mengenai situasi politik negara masa kini.

"Kami tidak mewakili mana-mana parti politik, sebaliknya gerakan ini hanya mahu menyatukan orang Melayu yang kini semakin berpecah akibat politik negara," katanya pada sidang media Jawatankuasa Proklamasi Orang Melayu, di sini, hari ini.

Marzuki berkata, maklumat terkini pergerakan Jawatankuasa Proklamasi Orang Melayu akan dihebahkan kepada semua rakyat melalui pelbagai saluran termasuk media sosial selepas ini.

Ditanya peranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dalam jawatankuasa itu, beliau berkata, Dr Mahathir hanya penasihat kepada gerakan itu.

Sementara itu, Dr Mahathir dalam ucapannya pada majlis sama memuji tindakan Kerajaan Perpaduan yang progresif membanteras kegiatan rasuah dalam kalangan pemimpin negara.

"Namun saya sedikit terkilan, tindakan hanya diambil jika mereka adalah daripada parti pembangkang.

"Kerajaan harus sedar pesalah rasuah ada di mana-mana termasuk dalam pemimpin kerajaan kini," katanya.

Dr Mahathir berkata, kerajaan tidak perlu takut dengan Jawatankuasa Proklamasi Orang Melayu sehingga enggan membenarkan mereka membuat perjumpaan.

"Mengapa perlu takut dengan saya yang kalah 125 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, bukan kalah sikit, deposit pun hangus semua," katanya.

Dr Mahathir mendakwa pentadbiran kerajaan kini lebih zalim daripada penjajah British kerana ketika pemerintahan British, orang Melayu masih boleh berkumpul dan bersuara.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, pembatalan perjumpaan Proklamasi Orang Melayu sebanyak empat kali sebelum ini mungkin disebabkan tangan ghaib yang takutkan bayang-bayang sendiri.

"Mereka takut segala salah laku mereka akan terbongkar apabila orang Melayu bersatu dan sedar perbuatan mereka selama ini," katanya.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Proklamasi Orang Melayu akan meneruskan kempen itu di media sosial dan segala saluran publisiti lain termasuk jelajah rakyat di seluruh negara. (BH)


2. Presiden PAS menang lawan kes fitnah komuniti Kristian 

ALHAMDULILLAH Thumma Alhamdulillah.

Kes Maklin Maksiau v Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH).

Tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Y.A.A. Dato’ Mohamad Zabidin Bin Mohd Diah, HBM Y.A. Dato’ Mary Lim Thiam Suan, HMP Y.A. Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, HMP memutuskan untuk membatalkan Notis Permohonan Perayu (Maklin) untuk mendapatkan kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan atas alasan tiada affidavit yang kompeten sebagai sokongan dan permohonan tersebut adalah cacat. 

Dengan itu, terbukti bahawa Tan Sri Tuan Guru tidak memfitnah komuniti Kristian, malah hanya memberi pandangan berkenaan kaedah misionari Kristian semata-mata. 

Sebelum itu, di peringkat Mahkamah Rayuan, Mahkamah menyatakan bahawa deklarasi yang dipohon adalah semata-mata bermotifkan politik dan tidak mempunyai apa-apa asas dan sandaran dari segi fakta mahupun undang-undang. 

Untuk rekod, mendiang Datuk Seri Gopal Sri Ram adalah peguam yang berhujah bagi pihak Maklin Maksiau di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, namun beliau meninggal dunia sebelum pendengaran hari ini. Peguam R. Kengadharan berhujah mewakili Maklin Maksiau pada hari ini.

TGHH diwakili sekumpulan peguam LUHAM yang diketuai oleh Tuan Haji Yusfarizal bin Yussoff. 

LUHAM merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada pasukan peguam yang bertungkus lumus mengendalikan kes ini sejak mula ia difailkan di Mahkamah Tinggi pada 2016.

Lujnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Pusat – HARAKAHDAILY 4/4/2023


3. Islam: Di antara menjaga agama dan kebebasan beragama 


ISLAM meletakkan kepentingan beragama hendaklah diutamakan dalam kehidupan manusia, kerana agama adalah punca kebaikan dunia dan akhirat bagi penganut Islam. Maka agama yang dimaksudkan ialah daripada perkataan Al-Din yang berbeza dengan takrif agama dalam bahasa yang lain. 

Adapun kebebasan beragama pula adalah hak yang diberi dan dijamin oleh Islam kepada penganut pelbagai agama mengikut konsep hubungan antara agama, kaum dan negara iaitu tiada paksaan dalam beragama dan Islam itu wajib dianut dengan rela hati tanpa paksaan.

Menjaga agama Islam adalah kewajipan terpenting bagi penganut Islam, kerana keyakinannya kepada penentuan Allah yang berfirman:
إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ وَمَن يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ (19) ]سورة آل عمران: 19[

“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai Agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab-Nya)”. (Surah Ali Imran: 19)
Firman Allah:
وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ (85( ]سورة آل عمران: 85[

“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada Hari Akhirat kelak dari kalangan orang-orang yang rugi”. (Surah Aali Imran: 85)

Kewajipan menjaga agama Islam bagi penganut Islam adalah perkara pertama dalam Maqasid As-Syariah mengikut sepakat (ijma’) para ulama’ Islam yang ditegaskan oleh nas Al-Quran yang tersebut di atas, hadis Rasulullah S.A.W dan ijma’ para sahabat terhadap peristiwa riddah yang berlaku selepas wafatnya Rasulullah S.A.W.

Menjaga agama Islam adalah turutan pertama dalam tertib Maqasid As-Syariah, mendahului kewajipan menjaga nyawa, akal, keturunan (zuriat), maruah dan harta. Membezakan Islam dengan ajaran yang lain, sama ada agama atau teori.

Imam Al-Syatibi yang menulis berkenaan pembaharuan dalam ilmu Maqasid As-Syariah membahagikan dua aspek dalam konsep menjaga agama Islam:

Mempertahankan kewujudannya (dalam aspek positif). Menjaga rukun Islam dan meneguhkan asas amalannya.

Menolak sebarang langkah menentang Islam dan usaha menghapuskan atau melemahkannya. Sama ada menghadapi perkara yang telah dilakukan oleh musuhnya atau menolak perkara negatif yang bakal dilakukan terhadap Islam.

Menjaga agama itu dengan melaksanakan ilmu, amalan, dakwah, hukum dan jihad. Ilmu yang dimaksudkan adalah ilmu Fardhu Ain yang wajib bagi setiap penganut Islam lelaki dan wanita mempelajarinya dalam perkara Iman, Islam dan Ihsan atau Aqidah, Syariat dan Akhlak (Tasawuf). Manakala ilmu Fardhu Kifayah adalah mendalami ilmu agama (Islam) dan ilmu duniawi bagi menunaikan kewajipan khilafah bersama Islam (memakmurkan bumi dalam urusan kehidupan) seperti dalam aspek kemasyarakatan, politik, ekonomi, sains teknologi dan lain-lain.

Adapun melaksanakan amalan itu adalah melibatkan amalan baik dalam hubungan dengan Allah, diri, keluarga, masyarakat dan alam sekeliling, melaksanakan perkara wajib, sunat dan harus, meninggalkan yang haram, dan sebolehnya meninggalkan yang makruh serta menyediakan kemudahan bagi semua amalan-amalan tersebut.

Dakwah pula ialah mengajak pihak lain menerima Islam dan menganutnya secara rela hati tanpa paksaan, dengan hujah ilmu dan amalan yang menjadi dalil kebenaran Islam. Disertakan tindakan menolak yang lain daripadanya dengan hujah ilmu, akal dan amalan secara hikmah.

Pelaksanaan hukum Islam yang adil dengan sempurna dan menyeluruh akan membawa rahmat yang wajib diusahakan dan dilaksanakan berdasarkan ilmu secara faham (tafaqquh) dan prosesnya yang betul. Termasuk dalam kewajipan menjaga kemurnian dan kebenaran agama Islam yang mengatasi agama yang lain.

Jihad bermaksud kesungguhan dalam menegakkan Islam dan mempertahankannya daripada musuh dengan mengorbankan segala nikmat diri, harta dan jiwa raga, mengikut tertib cabaran yang dihadapi daripada musuh, bermula dengan pendekatan perdamaian dan hujah yang lebih diutamakan dan didahulukan. Sehinggalah peperangan bersenjata apabila dipaksakan dengan sempadan dan adabnya supaya tidak melampau, walaupun terhadap musuh yang melampaui batas.

Menjaga agama Islam juga ialah menjaga dan mempertahankan penganut dan tanah airnya yang menjadi wadah kepada Islam bagi melaksanakan perkara-perkara yang tersebut di atas.

Langkah yang diambil oleh generasi awal yang memperjuangkan kemerdekaan dengan meletakkan Islam menjadi Agama Persekutuan dan hak istimewa majoriti penganutnya secara bersepakat, walaupun berbeza kefahaman politik dan cara pendekatannya adalah asas kukuh yang wajib dipertahankan.

Kewajipan umat Islam menjaga agama mereka adalah kewajipan yang tidak boleh dipertikaikan. Maka kewajipan menjaga agama yang lain, terserah kepada penganut masing-masing, yang menjadi hak asasi manusia mengikut sempadan konsep kebebasan beragama yang sangat dipelihara oleh agama Islam yang mewajibkan umat Islam yang memerintah negara dan rakyatnya yang menganut Islam.

Walaupun setiap penganut Islam itu tegas menyatakan hanya Islam sahaja yang benar, sehingga kebebasan beragama itu dikira terbabas ke dalam kemusnahan yang menjadi penentuan Allah. Namun dalam bermuamalah terhadap pihak lain dianggap menjadi hak mereka yang diberikan oleh Islam supaya menjadi ruang untuk berfikir dengan bebas.

Konsep kebebasan agama berasaskan tidak boleh dipaksa terhadap penganut agama lain dan tidak diganggu kebebasan menganut dan beramal dengan agama mereka mengikut sempadan menjaga keamanan dan keselamatan bersama serta menjaga kehidupan masyarakat madani (taaruf).

Konsep ini adalah arahan atau perintah Allah di dalam Al-Quran yang diamalkan secara istiqamah oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang memerintah negara, serta dihayati oleh umat Islam sehingga kini, walaupun ditempat tidak berkuasa memerintah negara. Antaranya firman Allah:

“Tidak ada paksaan dalam agama”. (Surah Al-Baqarah: 256) Firman Allah:

وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَآمَنَ مَن فِي الْأَرْضِ كُلُّهُمْ جَمِيعًا أَفَأَنتَ تُكْرِهُ النَّاسَ حَتَّىٰ يَكُونُوا مُؤْمِنِينَ (99( ]سورة يونس: 99[

“Dan (bukanlah tanggun

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ]سورة البقرة256[

“Tidak ada paksaan dalam agama”. (Surah Al-Baqarah: 256)

Firman Allah:

وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَآمَنَ مَن فِي الْأَرْضِ كُلُّهُمْ جَمِيعًا أَفَأَنتَ تُكْرِهُ النَّاسَ حَتَّىٰ يَكُونُوا مُؤْمِنِينَ (99( ]سورة يونس: 99[

“Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak mengkehendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?”. (Surah Yunus: 99)

Firman Allah:

فَإِنْ أَعْرَضُوا فَمَا أَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًا إِنْ عَلَيْكَ إِلَّا الْبَلَاغُ ]سورة الشورى[

Walaupun Allah menyatakan dengan

“Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu)”. (Surah As-Syura: 48) benar bahawa mereka yang beriman dan beramal soleh masuk syurga di akhirat nanti dan yang kufur tidak beriman dimasukkan ke neraka. Namun Allah berfirman:

وَقُلِ الْحَقُّ مِن رَّبِّكُمْ فَمَن شَاءَ فَلْيُؤْمِن وَمَن شَاءَ فَلْيَكْفُرْ ]سورة الكهف: 29[

“Dan katakanlah (wahai Muhammad): “Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur )ingkar(, biarlah dia mengingkarinya”. (Surah Al-Kahfi: 29)

Konsep tiada paksaan dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W apabila berjaya mencapai kemenangan membebaskan Makkah, walaupun berada di puncak kuasa dan kekuatan, Baginda Nabi S.A.W berucap kepada penduduknya yang menyerah diri dengan bersabda:

اذهبوا فأنتم الطلقاء

“Pergilah! Kamu semua dibebaskan”.

Khalifah Umar bin Al Khattab R.A memberi kebenaran kepada penganut Kristian menganut agama dan menjaga serta beramal di gereja mereka apabila berjaya membebaskannya daripada penaklukan Rom.

Kini dapat disaksikan bagaimana kedudukan yang baik bagi golongan minoriti bukan Islam di tengah masyarakat Islam yang benar-benar beramal dengan ajaran Islam. Islam mewajibkan adil terhadap seluruh manusia adalah amanah terbesar. Firman Allah:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا (58) ]سورة النساء: 58[

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat”. (Surah An-Nisa’: 48)

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 20 Zulkaedah 1439 / 2 Ogos 2018


Komen Weblog Ibnu Hasyim: K/Perpaduan takut orang Melayu -Tun M. & P/PAS menang saman.

Allah SWT mengawal agamaNYA, kita hanya menjalankan tugas perintah dan arahanNYA, Insya Allah!

Maksiat pasangan dalam kereta, & ugut warga China.

 

Gambar hiasan tiada kena mengena dengan sesiapa..

1. Pasangan kekasih buat jelik dalam kereta ditahan

PASIR GUDANG: Sepasang kekasih yang tular di media sosial kerana melakukan perbuatan jelik dalam kenderaan ditahan, di dua lokasi berbeza petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, rakaman kejadian itu berlaku pada jam 3.03 petang, 29 Mac lalu, tetapi baru tular di media sosial tiktok baru-baru ini.

Katanya penahanan dibuat membabitkan seorang lelaki berumur 22 tahun dan seorang wanita berumur 17 tahun.

"Polis mengesan video tular berkenaan sebelum mendapati lokasi kejadian adalah di kawasan letak kenderaan di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, di sini.

"Bertindak atas maklumat, kedua-dua suspek telah ditahan secara berasingan, masing-masing di Taman Johor Jaya dan Taman Kota Masai antara jam 4.15 petang hingga 5.15 petang, hari ini," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Mohd Sohaimi, semakan dibuat mendapati kedua-dua warganegara tempatan itu tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau.

"Dalam operasi tersebut, polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Perodua Axia berwarna merah dan sehelai t-shirt berwarna merah dan putih.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara selama tempoh dua tahun," katanya.

Mohd Sohaimi turut mengingatkan orang awam agar tidak melakukan perbuatan yang melanggar norma kehidupan dan insan negara ini.

Terdahulu, tular satu rakaman berdurasi 23 saat yang merakamkan perbualan jelik kedua-dua individu berkenaan di dalam sebuah kenderaan. (BH)


2. Ugut warga China, polis ambil keterangan lima individu 

Tangkap layar rakaman video yang tular mendakwa seorang anggota polis memeras wang daripada seorang pelancong wanita warga China. - Foto IHSAN PEMBACA

KUALA LUMPUR: Polis selesai mengambil keterangan lima individu berhubung dakwaan seorang anggotanya memeras ugut wanita warga China kerana gagal menunjukkan pasport dalam sekatan jalan raya di Bulatan Dato Onn, minggu lalu.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman, berkata anggota polis berkenaan adalah antara lima individu yang diambil keterangan, selain akan memanggil dua lagi individu untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, dua individu terbabit adalah pemandu e-hailing, yang membawa warga China itu dan seorang lagi wanita warga tempatan, rakan kepada wanita itu, yang turut berada dalam kenderaan terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada penyampaian sumbangan berbuka puasa kepada anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di pekarangan Bazar Ramadan Jalan Raja Alang, di sini, hari ini.

Terdahulu, satu rakaman video dimuat naik di akaun TikTok sebelum tular di media sosial lain, memaparkan seorang wanita sedang mengulas isu berkenaan dalam bahasa Cina bersama sedikit sedutan rakaman kejadian.

Menerusi kapsyen yang disertakan bersama video itu, anggota polis terbabit didakwa memeras RM200 ke atas seorang pelancong wanita dari China kerana tidak membawa pasportnya, yang kononnya ditinggal di hotel.

Rakaman video kejadian itu juga dikatakan sudah tular di negara asal pelancong wanita terbabit.

Mengulas lanjut, Yahaya berkata, polis juga bekerjasama dengan Interpol dan Jabatan Imigresen bagi mengesan wanita warga China itu, yang dipercayai sudah meninggalkan Malaysia.

Yahaya berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya, kertas siasatan yang lengkap akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan penyebaran maklumat di media sosial tanpa sumber sahih.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-2600 2222. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu HasyimMaksiat pasangan dalam kereta, & ugut warga China.

Kedua-duanya didakwa bersalah mengikut perundangan di Malaysia.