Saturday, May 06, 2023

Perasuah X layak pimpin M'sia. Tapi DAP mahu PM, ini!

 

Ir Ts Khairil Nizam Khirudin

1. Kerajaan BN-PH tiada ketegasan perangi rasuah

PADA Januari 2022, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pernah mendesak Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), Tan Sri Borhan Dolah direhatkan sehingga siasatan dakwaan pemilikan saham Tan Sri Azam Baki selesai.

Walaupun kedua-dua mereka bukanlah suspek, namun disebabkan kedudukan mereka dalam agensi berkaitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyebabkan terdapat konflik kepentingan sehingga PH mendakwa mereka enggan mengambil tindakan terhadap Tan Sri Azam Baki.

Hari ini siasatan SPRM terhadap kes rasuah berkaitan imbuhan kelulusan pekerja asing semakin banyak melibatkan Menteri Sumber Manusia dari PH tetapi YB Menteri tidak direhatkan.

YAB PM sewajarnya merehatkan Menteri Sumber Manusia selari dengan tindakan desakan Majlis Presiden PH terhadap kes Tan Sri Azam Baki pada 2022.

Tindakan ini penting untuk memastikan SPRM dapat menjalankan tugas dengan bebas dan tanpa tekanan serta campur tangan pihak berkepentingan yang memiliki kuasa.

Antara tata kelola baik yang diamalkan dalam dunia korporat dan industri adalah dengan memberikan Garden Leave bagi merehatkan pegawai yang berkenaan bagi melindungi kepentingan perniagaan dan juga reputasi baik sesebuah organisasi.

PN menggesa YAB PM dan Majlis Presiden PH menunjukkan teladan yang baik serta mengotakan janji mereka kepada masyarakat bila orang mereka sendiri disiasat.

Rakyat Malaysia making matang dan dengan jelas melihat sikap double standard kerajaan sekarang terutamanya pemimpin PH.

Untuk rujukan, pada 14 April 1999 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam tahun penjara ke atas DS Anwar, setelah disabitkan atas empat kesalahan berhubung penyalahgunaan kuasa campur tangan dalam siasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual.

Rakyat tidak mahu lagi melihat kes sebegini berulang di dalam kerajaan.

YB IR TS KHAIRIL NIZAM KHAIRUDIN
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Jerantut
27 April 2023/6 Syawal 1444 – HARAKAHDAILY 27/4/2023


2. DAP tidak pernah kendur mahukan jawatan PM 


MENARIK jawapan Ong Kian Ming (DAP) ketika ditanya oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan kenapa mereka perlu masuk DAP. 

Jawab Ong Kian Ming, “kerana DAP memerlukan calon Perdana Menteri, and both of you fit the bill…” 

Mungkin ada yang melihat kenyataan ini dari segi kewibawaan Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan untuk diangkat sebagai Perdana Menteri. 

Power ah Khairy Jamaluddin, sampai DAP pun nak dia jadi calon Perdana Menteri daripada DAP. 

Ini mungkin satu sudut pandangan kebanyakan kita. 

Namun, bagi aku sendiri, aku lihat jawapan Ong Kian Ming ini telah menggambarkan bahawa DAP sudah bersedia untuk duduk di kerusi Perdana Menteri. 

DAP tidak lagi mahu jadi tangga politik yang dipijak-pijak untuk diangkat orang lain sebagai nakhoda. 

Ya, calon Perdana Menteri bukan lagi daripada PAN atau PKR, tapi daripada seorang Melayu daripada DAP. Ini cita-cita politik DAP. Cita-cita parti kita bagaimana?

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 3/5/2023 

Komen Weblog Ibnu HasyimPerasuah X layak pimpin M'sia. Tapi DAP mahu PM!

Ong Kian Ming (DAP) ketika ditanya oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan kenapa mereka perlu masuk DAP. Jawab Ong Kian Ming, “kerana DAP memerlukan calon Perdana Menteri, and both of you fit the bill…” 

Mungkin ada yang melihat kenyataan ini dari segi kewibawaan Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan untuk diangkat sebagai Perdana Menteri. 

DAP akan wujudkan 'barua' yang lebih hebat!

INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..

Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN  



Bersambung..

Thursday, May 04, 2023

Lagi lagi DAP! Tolak saja parti X Islam itu..

 

Sanusi menzahirkan rasa kasihan terhadap Amanah berhubung isu pengampunan Najib memandangkan parti itu dilihat seperti dibuli sehingga perlu membuat permohonan maaf. - Fail/Astro AWANI

1. Isu pengampunan Najib: Kasihan Amanah, bukti 'abang besar' adalah DAP - Sanusi

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan isu berkaitan pengampunan diraja terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuktikan kecelaruan yang berlaku membabitkan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
Menurut Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu, beliau turut menzahirkan rasa kasihan terhadap Parti Amanah Negara (Amanah) berhubung isu ini memandangkan parti itu dilihat seperti dibuli sehingga perlu membuat permohonan maaf.
Namun, perkara sama tidak berlaku terhadap parti DAP meskipun menzahirkan pendirian yang sama sekali gus membuktikan parti berkenaan merupakan 'abang besar' dalam kerjasama antara BN dan PH.
"(Isu membabitkan pengampunan itu sudah) menampakkan celaru (dalam gabungan mereka), PAN (Amanah) minta ampun kepada UMNO (tidak sampai sehari).
"UMNO (sebelum ini melalui MKT) minta ampun bagi pihak Datuk Seri Najib, (tetapi) PAN (Amanah) tidak setuju, UMNO marah (kepada) PAN (Amanah), (dan kemudian) PAN (Amanah) minta maaf kepada UMNO. 
 "(Tetapi) DAP (pun) kata tidak setuju, tetapi UMNO tidak kata apa-apa dekat DAP, nampak (sangat) celaru itu, (kalau libatkan) DAP, tidak (ada mana-mana pihak) berani kata apa-apa, PAN (Amanah) mereka buli seperti itu, saya kasihan kepada PAN (Amanah) kerana tidak sampai sehari (buat kenyataan kena) minta maaf," katanya. 
 Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kedah, di Wisma Darul Aman pada Rabu. 
 Pada Ahad, Amanah menzahirkan permohonan maaf susulan kenyataan Pengarah Komunikasinya, Khalid Abdul Samad, mengenai isu pengampunan diraja terhadap Najib. 
 Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu terbabit. 
 Sebelum ini, Khalid dilapor mengeluarkan kenyataan merayu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya menolak permohonan pengampunan terhadap Najib. 
 Beliau dalam satu kenyataan lain kemudian berkata, UMNO perlu menghormati pendirian Amanah berhubung isu pengampunan Najib. 
 Semalam, bekas Ahli Parlimen DAP Bangi, Ong Kian Ming memberi peringatan agar batasan yang ada dalam jalinan kerjasama antara PH dan BN tidak boleh dilanggar kerajaan. 
 Antaranya adalah termasuk pembebasan bekas perdana menteri, Najib Razak sebelum hukuman penjaranya tamat. (AA)

2. Pakatan Utara untuk menangkan PERIKATAN NASIONAL 

ALHAMDULILLAH, semalam berkesempatan ke Rumah Terbuka Menteri Besar Kedah, kemudian ke rumah Menteri Besar Perlis pula, lepas itu rumah Al-Mursyidul Am Dato Haji Hashim Jasin dan terakhirnya rumah Al- Fadhil Tuan Guru Haji Ahmad Ali Ahli Majlis Syura Ulamak PAS.

Semuanya dalam negeri belah Utara belaka, lalu kami panggil Pakatan Utara. Ada dua orang Menteri Besar, Kedah dan Perlis.

Semua sudah bersiap siaga untuk menghadapi PRN yang akan menjelma tak berapa lama dah.

Rumah terbuka Menteri Besar Kedah dibanjiri oleh rakyat jelata Negeri Kedah tak kira apa bangsa, tua muda pakat mai belaka.

Aura depa kita tumpang sama insya-Allah penaik PN pejatuh DAP-PH, jom pakat baik-baik semua tak kira Melayu, Cina dan India, hukum pejatuh depa untuk selamatkan Pulau Pinang kita.

USTAZ MUHAMMAD FAUZI YUSOFF
Pesuruhjaya PAS 
Negeri Pulau Pinang – HARAKAHDAILY 28/4/2023 
Komen Weblog Ibnu Hasyim:Lagi lagi DAP! Tolak saja parti X Islam itu..
Jom tolak parti anti Islam itu.

INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..

Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN  


Bersambung..

Wednesday, May 03, 2023

Lagi buruk alkohol, diserang strok haba. Kembali kepada Islam..

 

Foto fail NSTP

Individu gemar minuman manis, kafein, alkohol turut berisiko diserang strok haba

KUALA LUMPUR: Individu yang gemar mengambil minuman bergula, berkafein dan beralkohol berisiko diserang strok haba jika lama terdedah dengan cuaca terlalu panas.

Golongan kanak-kanak pula mempunyai risiko tinggi mengalami strok haba berikutan sistem saraf pusat belum berkembang sepenuhnya manakala bagi warga emas berusia 65 tahun ke atas menghadapi kemerosotan fungsi sistem.

Selain golongan itu, atlet dan pekerja tapak pembinaan yang melakukan aktiviti berat berisiko diserang strok haba berikutan mereka terdedah terus kepada cahaya matahari, selain berpeluh hingga mengakibatkan dehidrasi.

Pakar bidang Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan Universiti Putra Malaysia, Prof Dr Juliana Jalaludin, berkata justeru, ibu bapa wajar mengambil iktibar kes kematian dua kanak-kanak yang dikaitkan dengan strok haba dan didakwa mengalami kerosakan semua organ dalamannya, supaya tidak membiarkan anaknya bermain di bawah panas terik.

"Cuaca terlalu panas akibat fenomena el-Nino ini boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia serta implikasi strok haba seperti keletihan atau kelesuan, sakit kepala dan pening, daya tumpuan lemah, kekeliruan, lemah otot dan kekejangan, pitam atau pengsan, sawan dan juga koma," katanya kepada BH, hari ini.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin dilaporkan berkata, punca kematian dua kanak-kanak berusia 11 dan setahun tujuh bulan yang dipercayai akibat strok haba, masih lagi dalam siasatan.

Dua kes itu tular dalam media sosial mengenai dua kematian kanak-kanak itu masing-masing di Klinik Kesihatan Balai, Bachok dan seorang lagi di Kampung Kota, di sini pada Selasa lalu dipercayai akibat strok haba.

Dr Juliana berkata, dalam hal ini, ibu bapa perlu memastikan anak mereka minum air secukupnya kerana keadaan digambarkan ibu kematian anak yang mengatakan organ dalamannya anaknya 'hangus', adalah tanda serangan strok haba serta dehidrasi serius berterusan.

"Negara kita sedang mengalami musim peralihan monsun sehingga Ogos depan mengakibatkan cuaca luar biasa panas terutama di Kelantan serta negeri utara dengan suhu harian boleh mencecah atau melebihi 40 darjah Celsius.

"Keadaan ini mengakibatkan strok haba iaitu peningkatan suhu badan mendadak mengakibatkan hipertermia, iaitu keadaan suhu badan tinggi melebihi suhu normal antara 36 hingga 37.5 darjah Celsius.

"Hipertermia terjadi disebabkan suhu persekitaran yang tinggi dan badan tidak mampu lagi beradaptasi. Gejala hipertermia menyebabkan susah berpeluh, perubahan pada denyut jantung, kulit menjadi kemerahan, kebingungan, pening, gangguan penglihatan, tekanan darah rendah, kelelahan, mual, muntah, hingga pengsan," katanya.

Beliau berkata, antara boleh dilakukan jika mengalami strok haba adalah dengan mengalihkan kawasan lebih sejuk, berangin dan jauh daripada sinaran matahari; melonggarkan pakaian serta mengelap muka atau badan menggunakan tuala lembap dan mandi lebih kerap.

Selain itu, minum air perlahan dan mengemam ketulan ais bagi menambahkan cecair dalam badan dan jika gejala strok haba tidak pulih, kunjungi hospital atau pusat kesihatan berhampiran.

"Dalam pada itu, elakkan diri melakukan riadah yang terdedah cuaca panas terutama pada waktu puncak 11 pagi hingga 3 jam, di samping memperbanyakkan minum air sebelum, semasa dan selepas bersenam walaupun tidak dahaga untuk memenuhi syor minimum 2.5 liter.

"Selain itu, dalam keadaan cuaca panas, elakkan meninggalkan seseorang di dalam kereta terutama yang diletakkan di kawasan parkir terbuka, selainmemperbanyakkan hidangan sup dan makan buah-buahan, pakai pakaian kapas serta memakai topi kerana lebih 40 peratus kehilangan haba berlaku di bahagian kepala," katanya.

Katanya, orang ramai juga disarankan mengelak daripada berjalan atau melakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen atau bitumen, berada di kawasan atau ruang tertutup mempunyai pengudaraan kurang baik dan bersuhu tinggi.

"Selain itu, elakkan mengambil minuman mengandungi kafein, alkohol atau kandungan gula yang tinggi. Minuman mengandungi kafein bersifat diuretik, yang akan membuatkan lebih kerap buang air kecil dan pantau air kencing, kerana semakin gelap atau jumlahnya sedikit, menandakan badan kekurangan air," katanya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang, berpendapat sekolah tidak perlu ditutup meskipun ada tragedi strok haba.

"Kita ada pengalaman dan sekolah sudah menguruskan perjalanan persekolahan ketika berada situasi strok haba, keadaan panas beberapa tahun lalu, jadi yang diperlukan, penguatkuasaan supaya tiada aktiviti luar bangunan dilaksanakan.

"Jadi persekolahan dapat diteruskan seperti biasa dengan apa yang dilakukan sebelum ini, tiada aktiviti luar dilaksanakan dan aktiviti kokurikulum, kegiatan sukan serta aktiviti pendidikan jasmani di padang ditangguhkan untuk tempoh terdekat ini," katanya. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi buruk alkohol, diserang strok haba. Kembali kepada Islam..

Islam agama terbaik, kembalilah kepada cara hidup Islam melalui perjalanan kehidupan di dunia menuai buah kebahagiaan di akhirat. Bukan di dunia sahaja (sekularisme) tidak sangkut dengan akhirat.

Pilihlah parti Islam/PN.


 INI MODEL NAGARA ISLAM MALAYSIA..

Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN  


Bersambung..

Tolak, puak buta 'halal-haram' di M'sia..

 


Hukum jual beli coin khas dobi di Shopee

Soalan:

Assalamualaikum Datuk Mufti, saya ingin bertanya, baru-baru ini tular berkenaan kewujudan sesetengah pihak yang menjual duit syiling khas yang boleh digunakan di dobi, funfair dan tempat-tempat lain dengan harga yang begitu murah. 

Akan tetapi, jualan sebegini bakal mendatangkan kerugian kepada para pengusaha kedai dobi dan funfair oleh kerana kebiasaannya untuk satu syiling itu, harga yang diletakkan adalah RM1, tetapi ia boleh didapati di pasaran dengan harga serendah RM0.28.

Persoalan saya, bolehkah perbuatan sebegini dilakukan? Adakah ia termasuk dalam satu bentuk sabotaj dan penganiayaan? Mohon pandangan Datuk Mufti. Terima kasih. 

Ringkasan Jawapan

Hukum berjual beli syiling khas atau token khas sebegini di laman perniagaan Shopee atau sebarang aplikasi lain dengan tujuan ingin menggunakan khidmat dobi atau sesetengah perkhidmatan dengan harga yang lebih rendah berbanding kebiasaan, maka hukumnya adalah haram. Ini kerana, ia dikira sebagai suatu bentuk penipuan, penganiayaan dan kezaliman terhadap para pengusaha kedai atau pusat perkhidmatan tersebut.

Huraian Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke Hari Akhirat.

Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ ۚ وَلَا تَقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.” (Surah al-Nisa’: 29)

Pada dasarnya, Allah SWT meletakkan hukum harus  ke atas segala bentuk jual beli selagi mana ia dilakukan dengan cara yang benar dan menurut syariat yakni bukan dengan cara menipu, merampas, mencuri atau sebagainya. Imam al-Qurtubi menyatakan bahawa Allah SWT melarang kita memakan harta dengan cara yang batil[1].

Dobi layan diri merupakan sebuah perniagaan di mana pemilik tidak perlu berada di premis perniagaan untuk menjalankan proses perniagaan. Namun, terdapat juga kedai dobi layan diri yang menyediakan pekerja atau penjaga kedai untuk membantu pelanggan sekiranya mereka memerlukan bantuan semasa proses cucian dan pengeringan.

Pelanggan hanya perlu menggunakan sistem token atau syiling khas untuk memulakan basuhan ataupun pengeringan. Kebiasaannya, masa yang diambil ialah lebih kurang 30 minit untuk cucian dan 30 minit untuk pengeringan. Pelanggan perlu menggunakan mesin penukaran wang untuk menukarkan wang kertas kepada syiling khas atau token. Operasi dobi yang menggunakan syiling terdiri daripada tiga perkara asas iaitu penjagaan, penyelenggaraan dan pengurusan kutipan bayaran[2].

Secara kebiasaannya juga, token atau syiling khas dobi ini ditukar dengan nilai bersamaan RM1 bagi satu syiling. Meskipun begitu, tular baru-baru ini di laman sosial berkenaan kewujudan sesetengah pihak yang didakwa menjual token atau syiling khas berkenaan dengan harga serendah 28 sen sekeping menerusi laman Shopee. Token khas ini dijual dalam pelbagai bentuk dan bentuk seiring dengan jenis mesin dobi layan diri yang tersedia dalam negara. Selain daripada jualan token khas untuk dobi, token atau duit syiling ini juga ada yang boleh digunakan untuk mesin air, pusat hiburan kanak-kanak dan sebagainya.

Rentetan daripada itu, penjualan token dobi harga yang lebih rendah di laman Shopee berbanding jika ia dibeli secara langsung di dobi ini secara tidak langsung bakal memberi kerugian buat pemilik dobi layan diri sekiranya diguna secara meluas oleh pengguna tidak bertanggungjawab. Perbuatan ini dianggap sebagai suatu bentuk penganiayaan, penipuan dan kezaliman terhadap pengusaha kedai. Ini kerana secara realitinya pengguna akan menggunakan token yang dibeli melalui laman Shopee itu di pusat dobi sedangkan pemilik dobi tersebut tidak memperoleh sebarang keuntungan malah mendatangkan kerugian pula.

Agama Islam jelas melarang kita daripada perbuatan sedemikian. Rasulullah SAW bersabda:

وَمَنْ غَشَّنَا فَلَيْسَ مِنَّا

Maksudnya: “Dan sesiapa yang menipu kami, maka dia bukanlah daripada kalangan kami.” Riwayat Muslim (101)

Rasulullah SAW bersabda lagi:

إِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى البِرِّ، وَإِنَّ البِرَّ يَهْدِي إِلَى الجَنَّةِ، وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَصْدُقُ حَتَّى يَكُونَ صِدِّيقًا. وَإِنَّ الكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الفُجُورِ، وَإِنَّ الفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ، وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا

Maksudnya: “Sesungguhnya kejujuran akan membimbing pada kebaikan, dan kebaikan itu akan membimbing ke syurga, sesungguhnya jika seseorang yang sentiasa berlaku jujur maka dia akan dicatat sebagai orang yang jujur. Begitu juga sesungguhnya pendustaan akan membawa kepada kejahatan dan sesungguhnya kejahatan itu akan mengiringi ke neraka. Sesungguhnya jika seseorang itu selalu berdusta maka akan dicatat baginya sebagai seorang pendusta.” [Riwayat al-Bukhari (6094) dan Muslim (2607)]

Imam al-Nawawi menukilkan kalam para ulama yang menyatakan bahawa hadis ini merupakan suatu tuntutan dan kewajipan ke atas setiap insan agar bersifat dengan sifat benar dan melaziminya serta larangan daripada berdusta dan juga bersikap mudah-mudah dengannya. Hal ini kerana jika seseorang itu terlalu bermudah-mudah dengan sifat menipu ini, maka lama kelamaan terbiasalah dia[3].

Pun begitu, perkara ini masih lagi dalam kerangka harus selagi mana ia bukan bertujuan untuk menipu atau menganiaya pihak pengusaha. Sekiranya tujuan pembelian token tersebut sekadar niat untuk simpanan, maka hukumnya adalah harus. Dan sekiranya sebaliknya, maka ia adalah haram. Ini berdasarkan kepada kaedah Fiqh yang umum iaitu:

الأمور بمقاصدها

Maksudnya: Setiap perkara bergantung kepada niatnya

Kesimpulannya, mereka yang berjual beli syiling khas atau token khas sebegini di laman perniagaan Shopee atau sebarang aplikasi lain dengan tujuan ingin menggunakan khidmat dobi atau sesetengah perkhidmatan dengan harga yang lebih rendah berbanding kebiasaan, maka hukumnya adalah haram. Hal ini kerana, perbuatan ini dikira sebagai suatu bentuk penipuan, penganiayaan dan kezaliman terhadap para pengusaha kedai atau pusat perkhidmatan tersebut.

Wallahu A‘lam.

Rujukan:

[1] Syamsuddin al-Qurtubi, al-Jami‘ li Ahkam al-Quran, Tahkik: Ahmad al-Burduni & Ibrahim Atfisy, (Kaherah: Dar al-Kutub al-Misriyyah, cetakan ke-2, 1384H/1964M), 5/152.

الرَّابِعَةُ- اعْلَمْ أَنَّ كُلَّ مُعَاوَضَةٍ تِجَارَةٌ عَلَى أَيِّ وَجْهٍ كَانَ الْعِوَضُ، إِلَّا أَنَّ قَوْلَهُ (بِالْباطِلِ) أَخْرَجَ مِنْهَا كُلَّ عِوَضٍ لَا يَجُوزُ شَرْعًا مِنْ رِبًا أَوْ جَهَالَةٍ أَوْ تَقْدِيرِ عِوَضٍ فَاسِدٍ كَالْخَمْرِ وَالْخِنْزِيرِ وَغَيْرِ ذَلِكَ

[2] Siti Nuraini Abu Bakar, Perniagaan Dobi: Potensi Perniagaan kepada Koperasi, Dimensi KOOP, (t.tp: Institut Koperasi Malaysia, Bil.53, 2017), 62-65.

[3] Yahya bin Syaraf al-Nawawi, al-Minhaj Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, (Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, cetakan ke-2, 1392H), 16/160.

قَالَ الْعُلَمَاءُ هَذَا فِيهِ حَثٌّ عَلَى تَحَرِّي الصِّدْقِ وَهُوَ قَصْدُهُ وَالِاعْتِنَاءِ بِهِ وَعَلَى التَّحْذِيرِ مِنَ الْكَذِبِ وَالتَّسَاهُلِ فِيهِ فَإِنَّهُ إِذَا تَسَاهَلَ فِيهِ كَثُرَ مِنْهُ فَعُرِفَ بِهِ

Tulisan ini diambil daripada kolum Irsyad Al-Fatwa yang disiarkan melalui laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada 2 Mei 2023.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tolak, puak buta 'halal-haram' di M'sia..

Siapa puak-puak buta atau tak kenal halal-haram di Malaysia? Mereka adalah puak-puak yang tak tahu agama tetapi sentiasa mengkritik hukum agama Islam yang dibawa oleh Mufti-mufi bertauliah atau ulamak-ulamak Islam.

Puak-puak itu sanggup diperalatkan oleh'barua-barua' anti Islam samada di dalam atau di luar negara. Na'au zubillahi min zalik!

INI MODEL NAGARA ISLAM MALAYSIA..

Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN  



Bersambung..

Tuesday, May 02, 2023

Giliran K'jaan Islam pula naik! Bersiaplah!

 

Datuk Seri Takiyuddin Hassan

1. Lebih 20 bekas pemimpin, ahli Umno akan sertai PAS

KOTA BHARU: Beberapa nama besar adalah antara lebih 20 bekas pemimpin dan ahli Umno dijangka menyertai PAS tidak lama lagi. 

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tokoh terbabit termasuk bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa.

Katanya, mereka dijangka akan menyertai PAS dalam masa terdekat.

“Tan Sri Annuar ada maklumkan baru-baru ini untuk menyertai PAS. Setakat ini kita menerima banyak permintaan daripada bekas-bekas pemimpin Umno untuk sertai PERIKATAN NASIONAL (PN).

“Mereka boleh menyertai mana-mana parti dalam PN sama ada PAS atau Bersatu yang merupakan parti komponen PN,” katanya ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kota Bharu, di sini, hari ini.

Pada Sabtu lepas, Annuar memberitahu masih aktif dalam politik biarpun dibuang daripada Umno.

Menurutnya beliau akan lebih aktif selepas ini dengan memilih perjuangan bersama parti ‘berhaluan baik’.

Takiyuddin juga berkata, bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ada memberi maklum balas mengenai tawaran menyertai PN.

“Mereka yang bakal menyertai kita itu sama ada akan diberi peluang untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) atau sebaliknya ia bergantung pada keadaan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu.

Mengenai Muktamar Tahunan PAS ke-69, beliau berkata tidak akan berlaku sebarang perubahan besar saf kepimpinan parti.

Menurutnya, setakat ini kepimpinan yang sedia ada diterima baik dan mereka terbukti mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

“PAS ada pemilihan pimpinan pada muktamar tahun ini. Mesyuarat agung di 197 kawasan di seluruh negara sudah selesai diadakan.

“Cuma di peringkat pusat belum lagi diadakan muktamar dan pemilihan pimpinan kerana ia ditangguh bagi memberi tumpuan menghadapi PRN,” katanya.

Sebelum ini, beliau mengumumkan Muktamar PAS ke-69 yang sepatutnya diadakan 3 hingga 5 Mei ini ditangguh kepada suatu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Penangguhan itu dilakukan untuk memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan di enam negeri termasuk Kelantan. – HARAKAHDAILY 1/5/2023


2. PN Pulau Pinang sedia tewaskan DAP 


PERTEMUAN tidak rasmi antara saya dan Pengerusi BERSATU Negeri bermula dengan topik jemputan beliau ke kenduri kahwin anak beliau minggu hadapan.

Kami berbincang banyak perkara terutamanya mengenai persediaan bagi menghadapi PRN tidak lama lagi.

Insya-Allah PERIKATAN NASIONAL Pulau Pinang berazam untuk merampas Kerajaan Negeri Pulau Pinang daripada DAP atau PH yang terang lagi bersuluh bersikap diktator dalam banyak perkara merampas hak rakyat untuk kepentingan mereka dan kroni mereka.

Projek-projek gajah putih mega adalah langkah rakus mereka dengan penuh beragenda menjarah tanpa belas kasihan kepada rakyat jelata.

Terbaru Ketua Menteri mengumumkan akan menambak pulau tidak lama lagi. Apa mereka peduli kepada nasib nelayan dan rakyat terhadap bekalan ikan segar berbanding agenda besar itu.

Banyak lagi isu-isu negeri ini yang sangat membimbangkan jika mereka terus berkuasa. Nasib rakyat terus diperjudikan demi agenda besar mereka. 

Bagi ahli politik, sudah tentu dapat membaca segala tipu daya, helah dan manipulasi mereka melalui pelbagai projek yang akan dibangunkan bahkan ada yang sudah menjadi tragedi yang merugikan kerajaan dan rakyat Negeri Pulau Pinang.

Kroni diutamakan,
Rakyat jadi taruhan,
Menyalak itu pembangunan,
Pemukiman ikan bakal dilenyapkan.

Ayuh! Selamatkan Pulau Pinang.

USTAZ MUHAMMAD FAUZI YUSOFF
Pesuruhjaya PAS 
Negeri Pulau Pinang – HARAKAHDAILY 27/4/2023


3. PH hanya minat PSI, pinggirkan Balik Pulau 
Golongan nelayan di Pulau Pinang dilaporkan terkesan dengan prpjek penambakan Penang South Islands (PSI).
GEORGE TOWN: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diketuai kepimpinan DAP Pulau Pinang sepatutnya turut menumpukan pembangunan di kawasan Balik Pulau yang dianggap sudah lama terpinggir.

Seorang aktivis masyarakat, Mahdzir Ibrahim berkata, kawasan itu lebih kritikal dan memerlukan usaha pembangunan dilaksanakan kerajaan negeri. 

Bagaimanapun katanya, kerajaan yang mentadbir Pulau Pinang sekarang lebih berminat terhadap pembangunan di Georgetown, Bukit Mertajam dan selatan Pulau Pinang. 

“Sedangkan kawasan Balik Pulau terus terpinggir dalam arus pembangunan,” katanya dalam kenyataan di laman sosialnya

Dalam pada itu, semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dilaporkan mendakwa laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) projek Pulau Selatan Pulau Pinang telah diluluskan Jabatan Alam Sekitar (JAS) selepas sekian lama menunggu.

Menurutnya, kerja-kerja pembinaan akan bermula di Pulau A untuk membina Green Tech Park dengan semua 71 syarat disenaraikan JAS perlu dipatuhi. 

Sebuah perkampungan nelayan di Balik Pulau yang terletak di Pulau Pinang.

Sebelum ini, pelbagai pihak membantah projek tersebut kerana akan menjejaskan ekosistem dan kesan paling besar akan ditanggung nelayan sehingga ke Perak dan Kedah. 

Sementara itu, sebuah laman berita melaporkan bahawa golongan nelayan yang bakal terkesan dengan projek penambakan Penang South Islands (PSI) melahirkan rasa kecewa kerana tidak menerima jawapan daripada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum kelulusan EIA dibuat.

Timbalan Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang, Zakaria Ismail berkata pihaknya masih menunggu jawapan daripada Anwar berhubung projek terbabit.

“Susulan kelulusan tersebut, kami akan mengemukakan rayuan kepada JAS kerana nelayan akan berdepan dengan krisis sumber protein sekiranya projek itu diteruskan,” katanya sepertimana dilaporkan oleh MalaysiaNow. 

Pembangunan pesat di Pulau Pinang sebaliknya didakwa meminggirkan masa depan golongan nelayan di negeri itu.

Pada 2019, ketika Anwar mengadakan pertemuan dengan nelayan melahirkan hasrat mahu bertemu Ketua Menteri Pulau Pinang untuk mencari penyelesaian berhubung krisis yang dihadapi golongan nelayan.

Lebih 6,000 nelayan dijangka terkesan dengan projek itu yang membabitkan nelayan Pulau Pinang, selatan Kedah dan utara Perak.

Malah menurut laporan portal terbabit, Ahli Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik semasa berkempen pilihan raya umum lepas menegaskan bahawa PKR tidak menyokong usaha itu.

“PKR berusaha memujuk DAP dan kerajaan negeri untuk tidak meneruskan projek berkenaan,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/4/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Giliran K'jaan Islam pula naik! Bersiaplah!

Perjuangan Islam pasti menang, sama ada di dunia atau di akhirat. Seperti yang pernah berlaku dalam sejarah Islam kepada pejuang Islam Jabal Tariq. Beliau menyeru pengikutnya memilih antara dua kematian, menang atau syahid sewaktu menyeberang  Selat Gibraltar, untuk membebaskan negara tesebut.

Sekian.

INI MODEL NAGARA ISLAM MALAYSIA..

Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN  



Bersambung..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails