ANKARA: Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata kini bermulanya ‘Abad Turkiye’ yang akan terus merintis kebangkitan negara ini.
“Turkiye memasuki era baharu selepas pegundian berakhir dan keputusan diumumkan,” katanya dalam ucapan selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai presiden Turkiye.
Turkiye mengadakan pilihan raya penentu pada 28 Mei untuk pemilihan presiden selepas tiada calon memperoleh lebih 50 peratus undi yang diperlukan untuk kemenangan pada pusingan pertama pada 14 Mei.
Erdogan memenangi dengan 52.18 peratus undian menewaskan pencabarnya Kemal Kilicdaroglu yang mendapat 47.82 peratus, menurut keputusan rasmi.
Terdahulu, Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) Erdogan dan sekutunya turut memenangi majoriti kerusi parlimen.
“Saya berharap misi yang mulia ini akan membawa kebaikan kepada negara saya yang telah saya abadikan hidup saya untuk berbakti kepada negara dan rakyat.
“Saya harap kita tidak akan mengecewakan negara dan rakyat kita yang tercinta yang telah memberikan kepercayaan mereka kepada saya, parti dan perikatan kita,” kata Erdogan.
Beliau berkata sebagai presiden yang dilantik semula beliau sama sekali tidak akan melupakan limpahan sokongan yang diberikan oleh rakyat Turkiye.
“Kami akan mendakap semua 85 juta rakyat (di negara ini), tanpa mengira pandangan politik, asal usul, atau mazhab mereka,” ikrar Erdogan.
Presiden menambah bahawa beliau tidak akan melupakan limpahan sokongan yang dirasainya di Turkiye dan wilayah sekitarnya pada 28 Mei.
Erdogan juga berikrar untuk berkhidmat dan mencurahkan segala baktinya sepanjang tempoh lima tahun akan datang sebagai tanda penghargaan kepada Turkiye.
Majlis angkat sumpah itu turut dihadiri oleh pegawai kanan kerajaan, termasuk 50 ketua negara, 13 perdana menteri, pegawai parlimen dan peringkat menteri dan wakil pertubuhan antarabangsa, termasuk NATO, Pertubuhan Negara-negara Turki, dan Pertubuhan Kerjasama Islam.
Antara yang hadir ialah Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev, Presiden Republik Turkiye Utara Cyprus Ersin Tatar, Presiden Venezuela Nicolas Maduro, Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dan Perdana Menteri Armenia Nikol Pashinyan. – BERNAMA-ANADOLU
2. Isyarat jelas rakyat Selangor mulai tolak kerajaan PKR-DAP
TANJONG KARANG: Lautan manusia memenuhi tapak Kompleks PAS Selangor (KOMPAS) dan kawasan sekitarnya malam tadi, sebagai isyarat menggambarkan kebangkitan rakyat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN)
Ia juga memperlihatkan gelombang hijau terus marak di Selangor untuk membolehkan rakyat negeri itu beralih kepada PERIKATAN NASIONAL (PN) selepas dikuasai PKR dan DAP sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.
Ceramah perdana sempena Jelajah PN di kawasan lapang KOMPAS mula dibanjiri orang ramai seawal jam 6 petang dan semakin sesak selepas jam 8 malam.
Kehadiran Pengarah Pilihan Raya PN yang juga Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhamad Sanusi Md Nor disambut dengan laungan takbir. Manakala kehadiran bekas pimpinan Umno yang juga Ahli Parlimen Arau, Dato’ Seri Shahidan Kassim dan bekas Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar mendapat tepukan gemuruh.
Turut hadir Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi; Pengerusi PN Selangor, Dato’ Seri Mohamad Azmin Ali; pimpinan Bersatu, Gerakan dan PAS Selangor.
Pelbagai lapisan masyarakat dan pelbagai kaum memenuhi setiap ruang tapak KOMPAS menjadikan kawasan tersebut sesak dengan orang ramai sejak Maghrib.
Ceramah dimula dengan bacaan doa oleh Ketua Penerangan PAS Selangor, Nushi Mahfodz Mohamed.
Ketua Dewan Ulama PAS Selangor, Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin yang memulakan ceramah mengajak orang ramai menghidupkan lampu telefon bimbit sebagai tanda menolak Kerajaan PH-BN. – HARAKAHDAILY 5/6/2023
3.PRN: Peralihan kuasa di Pulau Pinang tidak mustahil
Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Idris Ahmad berkata, perkara tersebut yang didakwa mustahil berlaku kerana terdapat ramai pengundi bukan-Islam, hakikatnya telah berubah dengan perkembangan politik mutakhir ini.
Ahli Parlimen Bagan Serai itu menjelaskan, para pengundi dalam kalangan bukan-Islam telah semakin musykil dengan PH yang dirasakan mereka telah berbohong kerana berpakat dengan Umno-Barisan Nasional (BN).
Terang beliau terhadap situasi tersebut, sebelum ini para pengundi memberi sokongan kepada PH kerana mahu menolak Umno yang didakwa terlibat dengan isu-isu rasuah, penyelewengan dan sebagainya.
“Orang Cina pun fikir. Orang Cina ni pantang dia orang tipu. Orang Cina dia tak suka, dia tak hendak apabila pemimpin bersikap untuk menipu mereka. Dan banyak isu-isu di Pulau Pinang dan isu tatakelola,” ungkapnya.
Datuk Ustaz Idris berucap pada Himpunan PN BEST Peringkat Pulau Pinang merangkap Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri yang berlangsung di Kubang Semang, di sini malam tadi.
Menurut beliau masyarakat kaum Cina juga kesal dengan isu pencemaran hingga menjejaskan sumber air untuk keperluan harian mereka, lebih-lebih lagi yang cintakan pemeliharaan alam sekitar.
Manakala ahli-ahli Umno pula katanya, sebelum ini menolak sikap DAP dan PH terhadap parti itu mulai merasa tidak senang dengan tindakan parti mereka bersama DAP-PH termasuk diarah mengundi DAP.
Jelas beliau, mereka merasa tertipu dan protes mulai berlaku kerana selama ini DAP-PH bukan sahaja memburuk-burukkan Umno, malah sehingga kini membayangkan tidak memberi laluan kepada parti itu bertanding di negeri ini.
“Umno bukan takat gigit jari, gigit siku, tak apa biar pemimpin mereka. Tapi pengikut-pengikut mereka yang kita tahu. Yang ikhlas dalam perjuangan. Kita tahu hat bawah-bawah ni ikhlas dalam perjuangan. Mereka tak ada kepentingan apa.
“Yang terdiri dari kalangan tokoh-tokoh awal, dari kalangan orang-orang tua lama. Mereka bersama-sama dengan Umno dengan harapan Umno itu menjadi payung kepada orang Melayu. Sekarang sudah tidak ada.
“Bayangkan ketika Umno mengatakan ‘Kami tolak DAP, kami tolak Anwar Ibrahim, kami tolak PH’ dia dapat 30 kerusi. (Sekarang ) Dia (DAP-PH) block (halang) kerusi Umno,” ujarnya mengajak renungan.
Tambah beliau lagi, akar umbi Umno juga memberi reaksi tidak dapat menerima fitnah keterlaluan dilakukan PH terhadap PAS terutamanya seperti isu tuduhan terima dana judi dan ekstremisme. – HARAKAHDAILY 4/6/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Abad Turkiye’ kini bermula, M'sia abad Islam mendekat..
(i) Ya, dunia akan kembali kepada Islam. “Turkiye memasuki era baharu selepas pegundian berakhir dan keputusan diumumkan,” kata Erdogen.
Antara yang hadir dalam majlis itu ialah Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev, Presiden Republik Turkiye Utara Cyprus Ersin Tatar, Presiden Venezuela Nicolas Maduro, Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dan Perdana Menteri Armenia Nikol Pashinyan.
(ii) Sedangkan di Selangor Malaysia, Rakyat Selangor kini meletak harapan besar kepada PERIKATAN NASIONAL (PN) selepas mereka berada di bawah kerajaan PKR-DAP sejak 2008.
Timbalan Pengerusi PN Selangor Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, “Gelombang yang dicetus PN akan menatijahkan kita ada kemampuan untuk menawan Selangor.
“Ini adalah titik pertama Gelombang Negeri Selangor untuk terus kita membuat perubahan pada PRN kali ini,” katanya pada ceramah Jelajah Selangor Baharu di KOMPAS, Tanjong Karang malam tadi.
(iii) Di Pulau Pinang, kebangkitan rakyat mampu menjadikan peralihan kuasa daripada DAP-Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN) sebagai sebagai sesuatu yang boleh berlaku pada PRN nanti.
Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Idris Ahmad berkata, perkara tersebut yang didakwa mustahil berlaku kerana terdapat ramai pengundi bukan-Islam, hakikatnya telah berubah dengan perkembangan politik mutakhir ini.Gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!