Saturday, June 17, 2023

Negara maju akan nampak bangunan tinggi? Fikir kolot bangang..

 


1. Awat Kedah masih miskin?

ORANG hari ini kalau cerita pasal negara maju orang akan nampak bangunan-bangunan tinggi, ekonomi digital, tempat pelancongan, lapangan terbang besar dan sebagainya.

Di Kedah, belum sampai tahap itu. Bangunan paling tinggi pun Menara Alor Setar. Lapangan terbang utama negeri cuma ada purata 15 penerbangan sahaja sehari. Berbanding 105 di negeri jirannya, Pulau Pinang.

Sebabnya apa? Sebab ekonomi utama di Kedah adalah pertanian. Orang Kedah tanam padi. Bukan buat makan negeri dia sahaja, dia bekal 43 peratus untuk negara.

Kedah banyak empangan air, bukan untuk negeri dia sahaja. Pulau Pinang pun tumpang guna percuma sahaja. Kena simpan hutan lagi untuk buat tadahan air.

Jadilah Kedah abang sulung yang kena buat kerja-kerja orang lama berkorban untuk kebaikan orang lain. Jadi tak boleh banding semberono. Kena faham sektor ekonomi di setiap negeri.

Nak keluar daripada kemiskinan, Kedah kena pandai guna dan olah seluruh sumber sedia ada. Hari ini, Menteri Besar Kedah sangat-sangat memperjuangkan Kedah Aerotropolis.

Sebabnya, Kedah Aerotropolis akan ubah landskap ekonomi Kedah yang kononnya terkebelakang dan tak maju. The Game Changer di Wilayah Utara.

Kalau menjadi Kedah Aerotropolis, Kedah akan ada semua ini:

1. Airport City.
2. Business Park.
3. Sidam Logistic, Aerospace & Manufacturing (SLAM).

Baca pun ‘wow’ dah. Tak boleh bayang kalau suatu hari jadi kenyataan. Tinggal nak buka hati-hati keras yang masih buat-buat tak reti.

Tiga kali orang bagi surat, dia kata Menteri Besar biadab.

Dia kata tidak pernah ada surat permohonan nak buat lapangan terbang.

Bagi bajet ciput yang bukan datang semuanya dari kerajaan dia, tapi dia bohong mahasiswa katanya itu bajet tertinggi yang diberi kepada Kedah.

Orang yang hasad dengki sahaja tidak mahu tengok projek berimpak tinggi ini menjadi realiti di Kedah. Negeri di bawah Kerajaan Persekutuan juga.

Mereka menindas hak orang Kedah, mereka tak hargai pengorbanan rakyat Kedah kepada negara, mereka tidak membalas jasa orang Kedah dengan pembangunan selayaknya.

Disebabkan jadi pemimpin kerajaan yang bukan pilihan rakyat, mereka tak faham hati orang Kedah. Mereka ingat dengan kutuk Menteri Besar Kedah mereka ambil hati orang Kedah, tapi makin sakit hati dibuatnya. Salah langkah, terima padah. – HARAKAHDAILY 12/6/2023  

2. Saarani diingat tidak jual air ke Pulau Pinang 

BAGAN SERAI: Menteri Besar, Dato’ Seri Saarani Mohamad diingatkan supaya berpegang kepada pendiriannya yang pernah bertegas untuk tidak menjual air Perak kepada Pulau Pinang.

Ketua Pembangkang, Razman Zakaria berkata, ketika Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini, Saarani menyatakan bahawa mesti menyelesaikan isu dan keperluan air di negeri ini terlebih dahulu.

Menurut beliau, Saarani ketika itu menyebut ibarat orang yang naik kapal terbang, apabila corong udara terkeluar, maka selamatkan diri sendiri dahulu sebelum menyelamatkan orang lain.

“Tak tahulah kalau sekarang ini Umno telah pun bersama-sama dengan DAP dan bersama-sama dengan merealisasikan apa juga kehendak DAP. Mungkin ada pendirian lain. Tapi untuk isu Perak ini, kita mesti menyelesaikan air di Perak dahulu. 

“Khususnya bagi kawasan pertanian yang menjadi sumber bekalan utama kepada rakyat iaitu di Bukit Merah dan sebagainya sekarang ini mengalami musim kemarau kekurangan air. Dan projek untuk memindahkan air daripada Sungai Perak ke Tasik Merah. 

“Tertangguh sekian lama dan harga dikatakan telah menjadi dua kali ganda. Jadi, saya rasa minta maaflah kalau untuk bekalan air ke Pulau Pinang itu. Kalau Umno membenarkan air ini, kita harap orang Perak bangkit.

“Tukar kerajaan akan datang, insya-Allah kerajaan yang baru akan menilai untuk kebajikan rakyat Perak dulu yang habis tanah pun dijual, apa pun dijual, ini air pula nak dijual, pasir nak dijual.

“Baru ini kenyataan pasir pun nak dijual. Dulu tak timbul pun. Jangan jadi balaci DAP,” ujarnya berhubung isu yang dibangkitkan Ahli Parlimen Jelutong, Sanisvara Nethaji Rayer Rajaji di Dewan Rakyat, minggu lalu.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim digesa Rayer supaya membolehkan rundingan antara kedua kerajaan negeri itu agar air mentah daripada Perak boleh dibekalkan ke loji-loji rawatan air di Pulau Pinang.

Saarani juga terdahulu menyatakan kesediaan Perak menjual pasir dan batu dari negeri ini bagi pembangunan projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI) sekiranya wujud permintaan dari Kerajaan Pulau Pinang.

Kenyataannya itu dilihat menjadi reaksi balas terhadap penegasan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor yang mengisytiharkan Kedah tidak akan menjual pasir dan batu kepada Pulau Pinang bagi projek PSI. – HARAKAHDAILY 12/6/2023  


3. Kerajaan jangan tunduk mansuh bina rumah mampu milik 

KERAJAAN digesa agar tidak tunduk kepada tuntutan agar pemaju tidak lagi diwajibkan membina rumah mampu milik untuk projek-projek berskala besar.

Sekarang terdapat kerajaan-kerajaan negeri yang mewajibkan pemaju membina rumah mampu milik untuk projek yang melebihi 10 ekar.

Peratus rumah mampu milik yang dibina adalah berbeza-beza menurut negeri di mana ada negeri yang mewajibkan sehingga 30 peratus.

Alasan yang diberikan untuk memansuhkan peraturan ini kerana ia meningkatkan harga jualan rumah-rumah kategori lain tidak boleh diterima.

Ada pemaju mendakwa mereka terpaksa menaikkan harga jualan rumah-rumah tersebut untuk menampung kos membina rumah mampu milik.

Mereka juga mendakwa ini berlaku kerana kos pembinaan rumah mampu milik adalah lebih tinggi dari harga jualan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Walau bagaimanapun itu bukan konsep cross subsidy (subsidi silang) yang sepatutnya berlaku untuk program pembinaan rumah mampu milik.

Ada pemaju memberi alasan pembeli rumah kategori lain yang menanggung atau memberi subsidi untuk membina rumah mampu milik.

Ini tidak sepatutnya berlaku kerana pemaju yang sepatutnya menanggung sebarang kos tambahan untuk pembinaan rumah mampu milik.

Sekiranya kos pembinaan melebihi harga jualan, kos untuk menampung perbezaan ini sepatutnya ditanggung oleh pemaju daripada keuntungan yang diperolehi.

Justeru subsidi datang dari keuntungan pemaju dan bukan dengan menaikkan harga rumah-rumah kategori lain.

Jika pembeli terpaksa memberi subsidi kepada pembeli rumah mampu milik, ini bermakna pemaju telah melepaskan diri dari tanggungjawab untuk menyediakan rumah mampu milik.

Kesan memansuhkan peraturan mewajibkan pemaju membina rumah mampu milik akan menyaksikan kawasan strategik di bandar-bandar kita hanya didiami oleh kelompok-kelompok masyarakat tertentu sahaja.

Kita tidak akan dapat melihat kumpulan B40 dan mungkin juga M40 di tengah atau pinggir bandar. Mereka akan tercampak di kawasan-kawasan jauh dari bandar di mana harga rumah mampu dimiliki mereka.

Sekarang ini telah berlaku dan jika polisi ini dihapuskan keadaan akan menjadi lebih parah.

Polisi mewajibkan pemaju membina rumah mampu milik melihat rumah-rumah mampu milik dibina sebelah menyebelah rumah kos lain.

Kita sudah tentu tidak mahu melihat masyarakat kita berkasta-kasta. Setiap kelompok hidup di dalam dunia mereka sendiri tanpa sebarang interaksi kecuali di tempat kerja.

Aktiviti-aktiviti lain di dalam kehidupan dijalankan secara berasingan. Tidak akan berlaku integrasi sosial. Ini tidak baik di dalam usaha kita untuk membina satu negara Malaysia yang bersatu padu.

Setiap kelompok masyarakat tidak akan memahami di antara satu sama lain dan kemungkinan berlaku dendam berdendam.

Bayangkan bandar-bandar besar tanpa masyarakat berpendapatan rendah atau sederhana rendah.

Polisi perumahan adalah amat penting di dalam menentukan masa depan negara kita. Ia menentukan taburan kaum dan ini amat sensitif di dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia.

Kerajaan tidak seharusnya melayan tuntutan mereka yang mahu memansuhkan polisi rumah mampu milik yang sekurang-kurangnya berjaya memastikan taburan golongan kaya dan miskin hampir sekata.

Tuntutan tersebut berunsurkan kewangan tetapi kerajaan mempunyai tanggungjawab yang lebih luas.

Justeru kerajaan perlu memikirkan kepentingan semua pihak dan memikirkan kesan jangkapanjang.







DATO’ ISKANDAR ABDUL SAMAD
Ketua Penyelaras
Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat Dan Perumahan (REACH)
11 Jun 2023 – HARAKAHDAILY 11/6/2023 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Negara maju akan nampak bangunan tinggi? Fikir kolot bangang..

Celeklah mata wahai rakyat tertindas. Simpan apa lagi kerajaan macam yang ada ni. Tumbangkan segera melalui peti undi. Gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam Insya Allah! 

Jom bangun bersama Islam.

Ini bukti, negara lebih baik di bawah Muhyiddin. X al-juburi..

 

1. Ramai percaya negara lebih baik di zaman Muhyiddin

KENAPA ramai percaya keadaan negara lebih baik di zaman Abah Muhyiddin:

Ekonomi

1. Zaman sekarang orang hilang kuasa beli.
2. Peningkatan kadar kemiskinan yang dramatik walaupun kapitalis makin untung.
3. Kos sara hidup makin meningkat terutama makanan.
4. Elektrik makin naik.
5. Kadar faedah bank mencanak.
6. Eksport makin menjunam.
7. Permintaan domestik makin menjunam dan akan terus menjunam.
8. Bajet defisit yang terlalu besar.
9. Matawang jatuh pada kadar krisis ekonomi 1998.
10. Pengangguran belia makin tinggi.

Politik

1. Orang tak percaya usaha Perdana Menteri ke-10 (PMX) banteras korupsi.
2. Dakwaan korupsi terhadap lawan dianggap bermotif politik.
3. Gabung dengan Umno.

Agama

1. Isu kalimah Allah.

Sosial

1. LGBT.
2. Orang miskin merasa mereka disisih.
3. Kerajaan tiada empati terhadap marhaen (inflasi, matawang, gaji).

Pentadbiran

1. Lambakan lantikan politik dalam GLC.
2. Lantikan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Tiada seorang dalam Kerajaan Madani tawarkan solusi.

PN tak perlu buat apa-apa untuk menang. Rakyat sendiri akan tolak kerajaan sekarang. Abah makin dirindui. 

Diringkaskan dari artikel Murray Hunter, 2023.

ALANG IBN SHUKRIMUN
24 Zulqaedah 1444
13 Jun 2023 – HARAKAHDAILY 13/6/2023



2. 20,000 pelajar Islam terancam hilang tempat belajar di Selangor 
Mohd Zai Mustafa

KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Gabungan Sekolah Islam Selangor (GASIS) mendesak kerajaan negeri Selangor agar memudahkan urusan kelulusan permohonan Kebenaran Merancang untuk kegunaan bagi menjalankan operasi sekolah Islam persendirian di negeri Selangor.

“Ia adalah susulan isu lebih 80 buah Sekolah Islam Persendirian (SIP) terancam ditamatkan operasi menyebabkan lebih 20,000 pelajar Islam bakal kehilangan tempat belajar di negeri Selangor,” kata Pengerusi UMMAH, Mohd Zai Mustafa dalam satu kenyataan beliau, di sini, hari ini. 

Menurutnya, berdasarkan syarat- syarat permohonan kelulusan perancangan yang telah dikeluarkan garis panduan oleh bahagian perancang bandar pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit, telah menyukarkan kelulusan penggunaan rumah kedai sebagai tempat pembelajaran SIP dan pelajar-pelajar Islam  di Selangor.

“Perkara berkenaan diumumkan melalui satu surat pekeliling yang dikeluarkan kepada pihak sekolah serta menyukarkan proses kelulusan penggunaan bangunan, sehingga ada sekolah yang diarahkan supaya ditutup oleh pihak PBT. 

“Ada juga sekolah yang telah disaman dan bayaran denda telah dikenakan kepada pengusha institusi ini. Ini sangat ketara berlaku di PBT Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSA),” dakwa beliau.

Tambahnya, kesukaran mendapatkan kelulusan Jabatan Bomba dan Jabatan Kesihatan juga sebahagian daripada proses kelulusan yang akan dikeluarkan oleh PBT.

“Akibatnya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak dapat mengeluarkan surat kelulusan pendaftaran sekolah sementara dan tetap kepada pihak sekolah terbabit.

“Ini telah mengakibatkan pelajar di sekolah terbabit tidak boleh mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) dan ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) tahun ini di sekolah-sekolah berkenaan.

“Sebanyak lebih 80 buah sekolah dan lebih 20,000 pelajar yang terbabit di dua PBT yang terlibat iaitu Shah Alam dan Subang Jaya,” dedah beliau lagi.

Perkara ini, ujarnya, sangat merisaukan pihak pentadbir sekolah, ibu bapa dan murid terbabit yang bakal mengambil peperiksaan pada akhir tahun 2023.

“Sebelum ini,  perkara seperti itu  tidak berlaku, yang mana pihak sekolah telah pun mendapat kelulusan PBT dan JAIS antara tempoh satu hingga lima tahun. Ada di antara sekolah yang terbabit ini telah pun beroperasi diantara lima hingga lebih dua puluh tahun,” jelasnya.

Sehubungan menurutnya lagi, UMMAH mengesa agar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan kerajaan negeri itu segera tampil menyelesaikan isu ini dengan semua pihak duduk di meja rundingan bagi kebaikan dan kepentingan semua pihak yang terbabit khususnya masa depan golongan pelajar yang terbabit.

“Adalah sangat tidak wajar menggunakan pelbagai akta dan syarat yang sukar dipenuhi serta membebankan dengan kos yang tinggi kepada pengusaha sekolah, tanpa mengambil kira peranan dan tanggungjawab memberikan pendidikan yang terbaik sewajarnya perlu diambil kira oleh semua pihak secara kolektif,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/6/2023   


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini bukti, negara lebih baik di bawah Muhyiddin. X al-juburi..

Maka berkatalah bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno dan bekas Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini:

'Umno harus membuka benak fikiran dan merenung jauh perjalanan perjuangan bangsa dan agama oleh parti itu, namun akhirnya kini duduk di bawah pemerintahan parti tidak berteraskan Melayu-Islam.'


Ya, sewajarlah kita semua kembali kepada Islam.  Celeklah mata wahai rakyat tertindas. Simpan apa lagi kerajaan macam yang ada ni. Tumbangkan segera melalui peti undi. Gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam Insya Allah! 

Jom bangun bersama Islam.

Thursday, June 15, 2023

Air berat nuklear Iran diburu.. Saudi sasar makanan, M'sia bila? & seks.

 

Behrouz Kamanvandi

1. Air berat buatan Iran jadi ‘buruan’ dunia

TEHRAN: Banyak pelanggan sedang mencari air berat buatan Iran dan kebanyakan negara dunia sanggup beratur untuk membeli produk itu, menurut jurucakap Pertubuhan Tenaga Atom Iran (AEOI), Behrouz Kamanvandi, lapor Agensi Berita IRNA.

Beliau membuat kenyataan itu semasa bercakap kepada pemberita selepas pertemuan antara saintis nuklear Iran dan pegawai yang berlangsung di luar lawatan oleh Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Ayatollah Seyyed Ali Khamenei ke pameran mengenai pencapaian nuklear terbaru Iran di Tehran.

Mengenai rundingan pembelian air berat Iran, beliau berkata pelanggan mencadangkan ia dijual lebih US$1,000 seliter.

Pegawai itu juga menyatakan bahawa, penghasilan 20 peratus bahan api tulen dan derivatif air berat dan farmaseutikal nuklear yang lebih cekap daripada ubat lain menunjukkan Iran mendahului dalam teknologi nuklear. – BERNAMA-IRNA  


2. Saudi sasar RM93 bilion pelaburan industri makanan  

Pelaburan berjumlah RM93 bilion disasarkan Arab Saudi bagi menyokong pembangunan industri makanan di negara itu menjelang tahun 2035. (FOTO: AP)

RIYADH: Kementerian Perindustrian dan Sumber Mineral Arab Saudi mengumumkan bahawa ia menyasarkan untuk menarik pelaburan bernilai AS$20 bilion (RM93 bilion) dalam industri makanan menjelang tahun 2035. 

Pelaburan itu akan digunakan untuk menyokong pembangunan industri makanan di negara itu yang termasuk tenusu, sektor roti, gula-gula dan minuman, lapor Saudi Press Agency (SPA).

Kementerian tersebut merancang untuk memaksimumkan nilai beberapa tanaman pertanian di mana Kerajaan mempunyai kelebihan perbandingan. Kementerian itu juga menyasarkan untuk menggandakan nilai eksport daripada AS$3.7 bilion pada 2022 kepada AS$10.9 bilion menjelang 2035.

Matlamat tersebut adalah selaras dengan objektif Strategi Perindustrian Kebangsaan, yang bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan mampan industri makanan.

Menteri Perindustrian dan Sumber Mineral,  Bandar Al-Khorayef berkata kementerian itu kini sedang mengusahakan beberapa projek, termasuk projek pembesaran bernilaiAS$1.2 bilion oleh Syarikat Almarai untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran ayam itiknya; sebuah kilang produk ayam AS$120 juta oleh Arab Seara Food Industries, anak syarikat kumpulan GBS Brazil di Timur Tengah dan Afrika Utara; dan projek tuna dalam tin bernilai AS$133 juta, yang merupakan yang pertama seumpamanya di Saudi.

Al-Khorayef berkata pelaburan baharu itu akan mewujudkan lebih 4,000 peluang pekerjaan baharu dalam sektor itu. 

“Pelaburan berkenaan juga akan membantu membangunkan kandungan tempatan dalam industri makanan dan menggalakkan eksport produk makanan Arab Saudi ke pasaran serantau dan global,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/6/2023  

3. Jurang ketidaksamaan jantina tidak bertambah baik 

NEW YORK: Ketidaksamaan jantina kekal tidak berubah selama sedekad yang lalu, impak budaya berat sebelah dan tekanan yang berterusan menghalang pemerkasaan wanita dan hasrat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyamaratakan hak lelaki dan wanita menjelang  tahun 2030.

Hasil penyelidikan PBB dikeluarkan pada hari ini, Isnin (12 Jun) berkata, walaupun terdapat lonjakan dalam kumpulan hak asasi wanita dan gerakan sosial seperti Time’s Up dan MeToo di Amerika Syarikat, namun norma sosial yang berat sebelah dan krisis pembangunan manusia yang lebih luas yang dipertingkatkan oleh pandemik Covid-19, menyebabkan ramai wanita kehilangan pendapatan, dan telah menghalang kemajuan dalam ketidaksamaan jantina.

Dalam laporan terbaharunya, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) menjejaki isu itu melalui Indeks Norma Sosial Gendernya, yang menggunakan data daripada program penyelidikan antarabangsa Kajian Nilai Dunia (WVS).

Tinjauan itu diambil daripada set data yang merangkumi 2010 hingga 2014 dan 2017 hingga 2022 daripada negara dan wilayah yang meliputi 85% daripada populasi global, lapor Reuters.

Analisis terkini menunjukkan hampir sembilan daripada 10 lelaki dan wanita mempunyai asas (isu) berat sebelah terhadap wanita.

“Tahap peningkatan dari masa ke masa ke arah usaha menyamaratakan hak jantina agak  ‘mengecewakan’,” kata penasihat penyelidikan dan perkongsian strategik di UNDP dan pengarang bersama laporan itu, Heriberto Tapia.

Tinjauan itu juga menyatakan bahawa hampir separuh daripada penduduk dunia berpendapat bahawa lelaki adalah pemimpin politik yang lebih baik, manakala 43% berpendapat lelaki adalah eksekutif perniagaan yang lebih baik berbanding wanita.

“Kita perlu mengubah berat sebelah gender, norma sosial, tetapi matlamat utama adalah untuk mengubah hubungan kuasa antara wanita dan lelaki, antara manusia,” tegas Aroa Santiago, pakar gender dalam ekonomi inklusif di UNDP  kepada Reuters.

Walaupun pendidikan sentiasa dipuji sebagai kunci untuk meningkatkan hasil ekonomi untuk wanita, tinjauan itu mendedahkan hubungan terputus antara jurang pendidikan dan pendapatan, dengan purata jurang pendapatan pada 39% walaupun di 57 negara, di mana wanita dewasa lebih berpendidikan berbanding lelaki.

“Lebih banyak bahaya langsung kepada kesejahteraan wanita boleh dilihat dalam pandangan mengenai keganasan, dengan lebih daripada satu daripada setiap empat orang percaya adalah wajar bagi seorang lelaki untuk memukul isterinya,” kata UNDP. – HARAKAHDAILY 12/6/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Air berat nuklear Iran diburu.. Saudi sasar makanan, M'sia bila? & seks.

Nampaknya kerajaan sekarang tak mampu buat apa-apa untuk membangunkan ekonomi negara dan rakyat. Saudi sasar makanan, M'sia bila? Telur ayam pun terpaksa import dari India dengan harga 'sembeleh hidup-hidup'?

Celeklah mata wahai rakyat tertindas. Simpan apa lagi kerajaan macam ni. Tumbangkan segera melalui peti undi. Gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam Insya Allah! Jom bangun bersama Islam.

Wednesday, June 14, 2023

Ini DAP, 15 tahun jajah. Rosakkan fikiran rakyat..


DAP yang sebenarnya membawa agenda cauvinisme dan murtad kini tidak lagi bersuara setelah parti itu berjaya mewujudkan bala tentera Melayu yang tidak mempunyai semangat dan maruah agama serta bangsa. 

1. 15 tahun ‘penjajahan’, DAP mencemaskan rakyat 

PERMATANG PAUH: Pemerintahan DAP selama 15 tahun di Pulau Pinang bukannya membawa politik kepimpinan, tetapi penjajahan ke atas negeri di mana berlaku banyak perkara mencemaskan ke atas rakyat.

Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff mengaitkan keadaan pemerintahan sedemikian dengan peringatan telah diberikan Allah SWT di dalam al-Quran dari kisah Nabi Sulaiman A.S dan Ratu Balqis.

Jelas beliau, pemerintahan penjajahan dibawa oleh DAP hakikatnya memusnahkan negeri dan menyebabkan rakyat yang mulia menjadi hina di sebalik pembangunan diadakan oleh mereka.

Menurutnya, Kerajaan DAP itu beria-ia untuk mengadakan projek mega Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) yang didakwa dapat memberi kebaikan kepada rakyat, namun hakikatnya menzalimi penduduk.

“Kononnyalah, PSR itu tujuannya untuk ekonomi negeri. Sebenarnya mereka ni kelentong kita, PSR itulah untuk membiayai atau mendanai projek PTMP (Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang),” ujar beliau.

Ustaz Fauzi berkata demikian ketika berucap pada Himpunan PN BEST Peringkat Pulau Pinang yang juga Pelancaran Jentera Pilihan Raya PERIKATAN NASIONAL (PN) di Kubang Semang, di sini malam tadi.

Kupas beliau, PTMP yang pada asalnya diperlukan kos RM6 bilion, namun dengan rancangan PSR telah meningkat kepada RM40 bilion dan selepas itu meningkat lagi kepada RM53 bilion.

Bidasnya, ternyata PSR tersebut adalah pembohongan kepada rakyat di mana ia menyebabkan kemusnahan kepada alam sekitar khususnya laut, sekali gus mengakibatkan masalah kepada lebih 2,000 nelayan di selatan pulau itu.

Kata beliau, itu tidak termasuk ke atas nelayan di Utara Perak dan Selatan Kedah yang akan turut terkesan dengan projek tersebut, selain kehidupan laut juga boleh pupus akibat dari pembangunan dijalankan.

Menurut beliau lagi, jika benar projek dijalankan itu untuk kepentingan rakyat, maka PTMP yang sepatutnya diberi tumpuan iaitu dengan tujuan asal menyelesaikan masalah kesesakan di hadapi di dalam pulau.

Terangnya, masalah kesesakan tersebut bukan sahaja teruk berlaku di dalam pulau, tetapi melibatkan aliran trafik sehingga di Batu Kawan dan Sungai Dua, tetapi ia gagal menjadi fokus Kerajaan DAP.

“Inilah yang menjadikan utama atau fokus perlu diselesaikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Tapi depa (mereka) fokus yang lain. Depa fokus nak tambak laut (PSR). Depa bukan nak buat yang memberi faedah ataupun yang menghilangkan kesengsaraan rakyat.

“Sebaliknya mereka mahu membina rojek-projek yang mendatangkan keuntungan kepada mereka dan kroni mereka,” bidas beliau yang turut menarik hadirin dengan beberapa isu di negeri itu.

Kesali beliau, banyak isu-isu yang berlaku di bawah pemerintahan DAP di Pulau Pinang bersifat memberi ancaman kepada rakyat di mana antara lain adalah isu asrama pekerja warga asing dan bekalan air. Rakyat Pulau Pinang terpaksa bergantung 80 peratus kepada Sungai Muda.

“Itu perlu kita ketahui sebagai perkara-perkara yang boleh mendatangkan risiko kepada rakyat kalau sekiranya kerajaan tidak fokus kepada isu bekalan air mentah,” ujarnya memberi peringatan. – HARAKAHDAILY 4/6/2023   


2. Ahli-ahli Umno akan ‘ajar’ pemimpin parti itu 

PERMATANG PAUH: Ahli-ahli Umno kini sedang menunggu masa untuk mengajar pembohongan dan penafian dibuat oleh para pemimpin parti itu yang jelas memperkecil-kecilkan mereka.

Naib Presiden BERSATU, Dr Mohd Radzi Jidin berkata, dahulu Presiden Umno tegas menyatakan ‘No Anwar, No DAP’ tetapi akhirnya kedua-dua tersebut dapat ‘tawan’ Dewan Merdeka milik Umno.

Malah, arahan pemimpin Umno supaya ahli-ahlinya mengundi DAP pada pilihan raya nanti bersama alasan tidak memangkah lambang roket juga ternyata telah memperolok-olokkan akar umbi parti itu.

Menurut beliau, pasca-PRU15 bukan sahaja ahli-ahli Umno merasakan seperti ‘melukut di tepi gantang’ disebabkan perbuatan pemimpin mereka, malah penyokong Pakatan Harapan (PH) juga tidak dapat menerima pembohongan yang berlaku.

Bahkan ujarnya, ahli-ahli Umno terasa kerana sebelum ini parti itu teruk dikecam oleh para pemimpin dan penyokong PH hingga dicipta lagu siulan, tetapi kini Umno diheret menerima dengan DAP dan PH.

Kupasnya, enam bulan pemerintahan kerajaan sekarang begitu ketara segala janji-janji dan segala formula pernah dinyatakan dahulu langsung tidak ditunai atau dilaksanakan, sebaliknya kini asyik ‘bersembang’ yang sukar dipercayai.

Kerana itu peringat beliau, pembohongan yang dilakukan ahli-ahli politik mesti dipandang berat oleh rakyat dengan tidak menaik atau memilih mereka sebagai pemimpin mahupun dijadikan kawan.

“Enam bulan ini, ekonomi yang kencang atau sembangnya yang kencang?” ujarnya menyindir kadar pertukaran matawang Ringgit hampir kepada ‘harga Rahmah’ RM5 berbanding Dolar Amerika Syarikat.

Beliau selaku juga Ahli Parlimen Putrajaya berucap demikian pada Himpunan PN BEST Peringkat Pulau Pinang yang juga Pelancaran Jentera Pilihan Raya PERIKATAN NASIONAL (PN) di Kubang Semang, di sini malam tadi.

Namun katanya, apabila Ringgit jatuh, kos sara hidup meningkat, harga barang semakin mahal dan inflasi tinggi, Perdana Menteri masih bersikap dengan penafian menyatakan bukan salah dirinya dan semua masih terkawal.

Malah bidas beliau, dalam konteks isu negeri, mereka sebelum ini menentang projek Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR), namun kini berdiam tanpa mempertikaikannya seperti dahulu.

Dr Radzi turut mengupas perbandingan enam bulan awal semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang ketika itu berdepan situasi pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun dalam cabaran tersebut katanya, kerajaan ketika itu mengadakan pelbagai pakej rangsangan ekonomi untuk membantu rakyat, malah banyak pelaburan masuk ketika ini adalah hasil usaha dilakukan pentadbiran ketika itu. – HARAKAHDAILY 4/6/2023   


3. Kaum Cina dan India jangan tertipu oleh DAP 

PARTI Tindakan Demokratik (DAP) yang ditubuhkan selepas negara ini mencapai kemerdekaan, cuba menggantikan parti MCA (Persatuan Cina Malaysia) dan parti MIC (Kongres India Malaysia) yang telah ditubuhkan sejak belum kemerdekaan lagi.

Advertisement

DAP yang ditubuhkan kemudiannya cuba merungkai hubungan masyarakat majmuk yang telah bertapak dengan harmoni tanpa paksaan beragama Islam, walaupun disebutkan Islam itu agama bagi Persekutuan. Namun, juga diberikan hak kebebasan beragama dan tanpa merubah rupa bangsa, bahasa dan budayanya.

Islam yang disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan itu hendaklah ditafsirkan dengan makna yang sebenar mengikut ajaran Islam. Ia tidak boleh ditafsirkan mengikut bahasa penjajah, kerana salah makna dan tujuannya yang sebenar, sekali gus memberikan maksud yang tidak sempurna dan bermakna Islam tidak berdaulat dalam negaranya sendiri.

Kaum Melayu dan rumpunnya lebih awal berada di sini. Mereka menganut Islam yang sempurna dalam sebuah negara berdaulat yang menjadikan Islam berkuasa, di luar daripada takrif sekularisme yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Dalam keadaan Islam berkuasa, Allah SWT memerintahkan dalam al-Quran supaya menerima hakikat adanya berbagai-bagai bangsa dan bahasa yang tidak boleh dipaksa untuk dihapuskan. Dalam keadaan adanya juga bahasa tonggak yang menjadi bahasa rasmi bagi pentadbiran, bahasa ilmu dan bahasa perantaraan sebagai asas perhubungan antara kaum.  

PAS berada di peringkat Persekutuan pada posisi pembangkang, walaupun hanya satu kerusi sahaja yang dimenangi dalam Pilihan Raya Umum Pertama 1955 iaitu Pilihan Raya Pra-kemerdekaan. Sedangkan, majoritinya ketika itu dimenangi oleh Parti Perikatan (UMNO, MCA dan MIC).

PAS sebagai pembangkang boleh bersama-sama UMNO memainkan peranan yang besar bagi memasukkan perkara-perkara penting dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedudukan agama Islam, Melayu dan bumiputera, raja-raja, dan hak kebebasan beragama. Semua perkara yang dipandang remeh oleh Suruhanjaya Reid.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-2 (tahun 1959) selepas memperoleh kemerdekaan, PAS hanya mendapat 13 kerusi di peringkat Persekutuan serta berjaya memerintah kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu (sekadar bertahan dua tahun). Walaupun bidang kuasa kerajaan negeri sangat terbatas, tetapi ruang memerintah itu dapat menunjukkan sedikit ajaran Islam, termasuk dalam aspek hubungan masyarakat majmuk.

Kaum bukan Islam di Kelantan dan Terengganu khususnya di bawah kerajaan PAS, Kedah, Perlis, Perak Utara, Johor dan lain-lain kawasan majoriti besar Melayu Islam tidak menjadi masalah adanya minoriti bukan Islam di tengah-tengah masyarakat Islam dalam tempoh masa yang panjang. Walaupun Islam tidak berkuasa dengan sempurna, keadilannya yang sempurna tetap boleh dilaksanakan.

Hal ini disebabkan sifat kemanusiaan yang dibawa oleh Islam masih ditanam dalam diri bangsa Melayu yang sangat erat bersama Islam. Sekalipun dalam kalangan bangsa Melayu itu ada golongan yang jahil dan tidak beramal dengan kebanyakan ajaran Islam.

Apabila DAP membawa agenda baharu Malaysian Malaysia dan prinsip sekularisme yang memisahkan agama daripada urusan politik, ekonomi dan lain-lain, perkara itu merupakan suatu usaha untuk merungkai semula apa yang telah diikat dengan baik. Mungkin generasi muda daripada kalangan kaum Cina dan India tidak perasan dengan langkah yang sumbang ini kerana kebanyakan mereka lahir selepas kemerdekaan.

Alasannya cuba menggambarkan kalangan bangsa Melayu itu rasis, tanpa melihat wajah yang sebenar di lapangan. Padahal kaum Melayu ialah kaum yang paling tidak rasis, walaupun dipaksa oleh penjajah menerima jus soli menjadi syarat kemerdekaan dengan menerima pendatang daripada kalangan kaum Cina dan India menjadi warganegara.

Namun, pengaruh Islam yang ada dalam diri kaum Melayu boleh menerima kewujudan kaum lain di tengah-tengah mereka. Hal ini dapat dilihat betapa keluarga bukan Islam Cina dan India dengan  kelompok yang kecil bebas untuk berniaga, bertani dan beragama. Hanya mereka yang buta akal sahaja menuduh Melayu ini bersikap rasis.

Malah, di negara ini juga dibenarkan setiap kaum menggunakan bahasa masing-masing, sehinggalah membuka sekolah yang dinamakan jenis kebangsaan. Selain itu, juga diberikan kebebasan menyebarkan akhbar dalam bahasa kaum masing-masing, dalam keadaan bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan di bandar dan kampung, serta diterima menjadi bahasa rasmi yang disebut sebagai Bahasa Kebangsaan.

Pendekatan Malaysian Malaysia dibawa oleh mendiang Lee Kuan Yew di Singapura pada awal tahun 60-an bersama rakan-rakannya menerusi Malaysian Solidarity Convention yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai hak keistimewaan kepada orang Melayu dan bumiputera.

Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan kerakyatan juga berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu adalah sama taraf dengan orang Melayu dan bumiputera. Dalam lain perkataan, semua bangsa, bahasa, agama dan budaya adalah sama.


Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan beberapa hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera. Antaranya seperti Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia, agama Islam ialah agama bagi Persekutuan, melindungi institusi Melayu, kuota pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam, kuota biasiswa untuk pendidikan, lesen perniagaan dan lain-lain.


Semua ini ditetapkan bagi menyusun semula ketempangan dasar British yang telah menjajah negara ini dari tahun 1824 hingga 1957 yang menindas kaum Melayu Islam, dengan mengutamakan para pendatang asing seperti orang Cina dan India. Pada masa yang sama, sengaja meminggirkan penduduk asal khususnya kerana permusuhan mereka terhadap Islam dan umatnya, serta sikap umat Islam menentang kehadiran penjajah sejak awal lagi.

Penjajah British meminggirkan penganut Islam mengikut apa yang telah dilakukan di Palestin, Cyprus, Fiji dan lain-lain apabila mereka membawa masuk berbagai-bagai etnik ke tanah jajahannya bagi meninggalkan masalah. Kaum Yahudi dibawa masuk ke Palestin, kaum Greek dibawa masuk ke Cyprus, kaum India dibawa masuk ke Fiji serta kaum Cina dan India dibawa masuk ke Tanah Melayu.

Apabila mereka memberikan kemerdekaan kerana tidak dapat bertahan menghadapi tentangan umat Islam, lalu mereka membawa masuk pendatang asing menjadi rakyat yang juga ditetapkan menjadi sebahagian daripada syarat-syarat kemerdekaan.


Selepas Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965, konsep ini terus diperjuangkan oleh DAP iaitu sebuah parti serpihan Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura sehingga sekarang. Itulah sebabnya orang Melayu dan bumiputera sekarang terus-menerus menolak konsep ini yang bakal melenyapkan ketinggian Islam, ketuanan Melayu, hak keistimewaan dan kelebihan mereka di bumi asal mereka.


Orang Melayu dan bumiputera ialah keturunan Nusantara (The Malay Archipelago), bangsa asal Gugusan Kepulauan Melayu. Orang Melayu dan bumiputera tidak akan sekali-kali menerima pakai konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP.

Bangsa Melayu yang menganut Islam dan melaksanakan Islam yang sempurna sebelum kedatangan penjajah, telah menentang  penjajah sejak awal kedatangannya bermula tahun 1511 sehingga beberapa abad lamanya dengan mengorbankan ramai para syuhada’ daripada kalangan rakyat sehinggalah para ulama’ dan raja-raja. Sehinggakan, para penjajah terpaksa berundur dengan perancangan dan tipu daya mereka yang mewujudkan masalah. Antaranya ialah membawa masuk warga asing dari tanah jajahan yang lain, namun tetap ditangani dengan sifat kemanusiaan yang telah diajarkan oleh Islam.

Jus soli ialah alternatif kepada idea Malayan Union yang menjadi bebanan kepada orang Melayu sebagai penduduk asal yang menentang penjajah. Namun, Islam yang dinobatkan menjadi agama bagi Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan sudah cukup memberikan pengiktirafan terhadap hak ketuanan dan kepimpinan Melayu Islam dalam negara ini.

Oleh itu, sepatutnya kalangan bukan Islam itu menghargai sumbangan negara ini yang memberikan tempat kepada mereka. Bahkan, mereka wajib menerima hakikat bahawa kebanyakan negara di dunia tidak memberikan tempat kepada sesiapa yang bukan penduduk asal dan tidak menganut ideologi negaranya, namun sebaliknya Islam memberikan hak yang adil kepada penduduk bukan Islam yang tidak menganut Islam menjadi aqidah negara.

Kedudukan Islam  yang dianut oleh rumpun Melayu dengan akrab tidak  boleh dicabar sewenang-wenangnya. Malah, sepatutnya sikap toleransi yang diberikan kepada mereka itu hendaklah dihormati.

Konsep sekularisme dan Malaysian Malaysia boleh mencetuskan ketegangan kaum dan agama. Pernah berlaku ketegangan di Singapura, ketika konsep tersebut mula diperkenalkan. Walaupun PAP dapat menguasai Singapura kerana kedudukan majoriti kaum pendatang mengatasi majoriti Melayu Islam, namun keadaan mereka tidak selamat kerana berada di tengah-tengah jumlah umat Islam terbesar di Nusantara.

Malaysia pernah mengalami peristiwa 13 Mei 1969 yang menjadi sejarah hitam dalam hubungan masyarakat majmuk. Maka, peristiwa hitam itu jangan diulang sekali lagi dengan membawa agenda yang salah.

Teruskan sahaja penyelesaian yang ada dan kepimpinan Melayu Islam tanpa diganggu-gugat. Penyelesaian yang memberikan hak kemanusiaan secara tabii, kemanusiaan bermasyarakat majmuk yang beraqidah ketuhanan yang melimpah dengan keadilan dan rahmat-Nya kepada seluruh manusia tanpa paksaan menganut Islam.

Selain itu, juga memberikan peranan kepada kalangan bukan Islam dalam urusan kehidupan manusia yang tiada kaitan dengan rukun aqidah, sehingga bukan Islam dibenarkan berada dalam kabinet dan Exco Kerajaan Negeri, termasuk jabatan kerajaan. Inilah perkara yang tidak pernah diizinkan oleh semua ideologi apabila masing-masing memerintah negara.

Umat Islam sangat berpegang dengan kitab suci al-Quran. Antaranya, firman Allah SWT:

﴿يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٖ وَٰحِدَةٖ وَخَلَقَ مِنۡهَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡهُمَا رِجَالٗا كَثِيرٗا وَنِسَآءٗۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِي تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبٗا١﴾

“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam), dan yang menciptakan pasangannya (Hawwa’) daripada Adam; lalu daripada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat. Sesungguhnya, Allah sentiasa memerhatikan (mengawasi) kamu.” (Surah al-Nisa’: 1)

Dan firman Allah SWT:

﴿يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ١٣﴾

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya, Kami telah mencipta kamu daripada lelaki dan perempuan; kemudian Kami jadikan kamu pelbagai bangsa dan pelbagai suku agar kamu saling berkenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)! Sesungguhnya, orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam pengetahuan-Nya.” (Surah al-Hujurat: 13)

Bagi menjaga hubungan kemanusiaan dan menegakkan adil kepada semua, maka kepimpinan Islam yang bertaqwa adalah diwajibkan. Taqwa tidak terdapat dalam mana-mana ideologi sekularisme yang tidak dipandu oleh agama, khususnya agama Tauhid (ketuhanan Allah yang Maha Esa).

Hak terhadap bukan Islam dalam negara Islam sudah cukup memberi tempat kepada mereka yang dipaksa oleh penjajah untuk berada di sini. Mereka tidak dihalau pulang ke negara asalnya secara paksaan kerana Islam menerima semua kaum membawa risalahnya kepada seluruh manusia, sama ada memeluk Islam tanpa paksaan atau terus berdamai dan menganut agama masing-masing dengan wajib diberikan hak kemanusiaan dan keadilan terhadap semua di atas bumi Allah SWT.

Maka, kedudukan Perlembagaan Persekutuan yang digubal melalui penglibatan parti-parti masyarakat majmuk yang menentang penjajah perlu dipertahankan. Pada masa yang sama, hendaklah ada penambahbaikan yang memperkasakan hubungan masyarakat majmuk dengan aman dan harmoni, bukan merombak dan merosakkan dasar dan konsep yang baik. Perkara inilah wajib dipertahankan berdasarkan sentimen kaum yang melampau oleh kalangan mereka yang tidak terlibat secara langsung dengan perjuangan kemerdekaan.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 18 Zulqa‘dah 1444 / 7 Jun 2023 – HARAKAHDAILY 7/6/2023  

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini DAP, 15 tahun jajah. Rosakkan fikiran rakyat..

Tiada jalan lain lagi, melainkan kembalilah kepada Islam. Tolaklah penjajah yang merosakkaan pemikiran rakyat, walau pun mereka hanya 'barua pecacai' dari luar negara. 

Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails