Saturday, June 24, 2023

M'sia diambang gawat ekonomi. Tolak sekularisme ekstrem &..

 


1. Kerajaan selamba Malaysia di ambang kegawatan ekonomi

SEMEMANGNYA situasi seperti ini, iaitu negara kita sedang berhadapan dengan kegawatan ekonomi, merupakan berita gembira kepada parti pembangkang. Dalam berhadapan dengan PRN enam negeri yang bakal berlangsung pada akhir Julai atau awal Ogos, kemuraman ekonomi negara pasti menjadi hambatan kepada gabungan PH-BN untuk menang. Bagaimanapun, diyakini PN tidak ‘menangguk di air keruh’, mengeksploitasi situasi ini secara murahan hanya untuk mencapai kemenangan.

Petunjuk-petunjuk ekonomi global dan lokal menunjukkan Malaysia bakal berhadapan dengan kegawatan ekonomi menjelang pembentangan Bajet 2024 pada bulan Oktober, sekiranya langkah-langkah proaktif dan progresif tidak dilakukan oleh Kerajaan Campuran PH-BN. Namun demikian, Perdana Menteri khususnya masih bersikap ‘selamba’, seolah-olah signal yang ada tidak membawa apa-apa amaran. Beliau terus membuat ‘roadshow’ untuk tujuan menaikkan populariti dan mencipta persepsi. 

Mutakhir ini, beberapa negara telah masuk kancah kegawatan ekonomi kesan daripada situasi ekonomi pasca-COVID-19 dan Perang Russia-Ukraine. Yang terbaru masuk ke kancah kegawatan ekonomi (technical recession) ialah New Zealand, antara negara yang dikatakan paling berjaya membendung pandemik COVID-19. Antara penyebab utama negara tersebut menghadapi situasi ini ialah tindakan berterusan bank pusat menaikkan kadar faedah sebagai ikhtiar untuk mengekang inflasi.

Demikian juga dengan negara-negara Eropah atau dikenali Eurozone, juga sudah memasuki kancah kegawatan ekonomi teknikal setelah perkembangan ekonomi mereka menguncup pada suku pertama tahun ini. Faktor utama yang menyebabkan mereka mengalami kegawatan ialah kenaikan inflasi, yang merupakan kesan langsung daripada Perang Russia-Ukraine. Sebagaimana pengaruh ekonomi US dan China, kegawatan yang dialami oleh Eurozone juga boleh mempengaruhi ekonomi global.

Negara jiran Malaysia, Singapura, sedang memantau dengan begitu berhati-hati kemungkinan negara tersebut pun bakal memasuki kancah kegawatan ekonomi. Baru-baru ini, eksport negara tersebut telah jatuh 14.7 peratus yang menjadi antara petunjuk penting, negara tersebut sedang berhadapan dengan risiko memasuki kancah kegawatan ekonomi. Oleh yang demikian, kemungkinan berlakunya kegawatan ekonomi berskala global pada separuh kedua tahun 2023 ini, bukanlah sesuatu yang mustahil.

Bagaimanapun, di dalam berhadapan dengan kemuraman ekonomi global ini, Kerajaan Campuran PH-BN khususnya Perdana Menteri masih bersikap selamba. Boleh jadi, perkembangan ekonomi negara pada suku pertama tahun ini pada kadar 5.6 peratus menyebabkan kerajaan berasa selesa. Demikian juga, dilaporkan oleh Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz, pelaburan masuk ke Malaysia bagi suku pertama tahun ini meningkat sebanyak 59.7 peratus berbanding suku pertama tahun 2022 yang lalu.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada satu pengumuman yang meyakinkan apatah lagi langkah-langkah yang berkesan diambil oleh kerajaan untuk berhadapan dengan kemungkinan berlakunya kegawatan ekonomi. Perdana Menteri sibuk dengan aktiviti roadshow ke seluruh negara seolah-olah seperti tidak apa-apa yang berlaku. Beliau terus cuba mengelirukan rakyat dengan naratif rasuah dan salah guna kuasa, sedangkan faktor langsung menyebabkan kegawatan ekonomi yang bakal berlaku bukanlah disebabkan itu.

Sekiranya kerajaan dan Perdana Menteri masih dengan sikap selamba, malah terus menerus berpolitiking, tidak menghairankan jika Malaysia akan memasuki kancah kegawatan ekonomi lebih awal. Meskipun secara teknikalnya, paling awal Malaysia dijangka boleh memasuki kancah itu pada suku keempat 2023, sikap selamba Kerajaan Campuran PH-BN boleh menyebabkan rakyat merasai gejala-gejala kegawatan ekonomi lebih awal. Situasi ini memang menguntungkan pembangkang, tetapi apa maknanya jika rakyat menderita.

DR MOHD ZUHDI MARSUKI
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat– HARAKAHDAILY 21/6/2023 


2. Tamat lesen judi: Kerajaan PH-BN berani ikut? 


SETIAP negeri yang PAS perintah, lesen judi pasti akan ditamatkan. 
● PAS perintah Kelantan 1990 – Lesen judi ditamatkan.
● PAS perintah Terengganu 1999 – Lesen judi ditamatkan.
● PAS perintah Kedah 2022 – Lesen judi ditamatkan.
● PAS perintah Perlis 2023 – Lesen judi ditamatkan.

Bukan sikit hasil cukai judi yang diterima negeri sebelum itu. Namun PAS mengutamakan keberkatan dalam pentadbiran. Penutupan pintu kerosakan bakal membuka pintu keberkatan dan rezeki. Itulah keyakinan PAS. Tahniah. 

Judi terbukti merosakkan sistem sosial masyarakat dalam negara kita. Berapa banyak keluarga telah rosak akibat kesan ketagihan judi. Pengabaian keluarga, berhutang, serta terbabit dengan jenayah mencuri dan sebagainya. Selain itu pasangan terlibat dengan hutang ah long akibat ketagihan judi juga semakin meningkat. Ia akhirnya membawa kepada perceraian. Mudahnya, tiada yang baik dengan judi. 

Selain itu ketagihan judi juga diklasifikasikan sebagai di bawah International Classification of Disease 10 (ICD 10) sebagai permasalahan kesihatan mental. Mereka yang sudah ketagih judi, sanggup berbuat apa sahaja untuk terus berjudi. 

Persoalan yang timbul adalah kenapa Kerajaan PH-BN dan Kerajaan Pusat masih meneruskan lesen perjudian ini? Masih membuka ruang kepada rakyat terjerumus dan terperangkap dalam masalah sosial yang boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan? 

Kalau Kerajaan Negeri dan Pusat PH-BN sayang kepada pendapatan cukai judi, ingatlah peribahasa ‘Penny wise, pound foolish‘, ‘untung secupak, rugi segantang’. Begitulah ibaratnya dengan kegiatan perjudian. Keuntungan cukai tak seberapa, namun kerosakan maha besar, apatah lagi ianya haram di sisi agama. 

Apakah Perdana Menteri ke-10 (PMX) merangkap Menteri Kewangan dan Menteri Besar Negeri PH-BN berani untuk mengambil langkah serupa di peringkat Pusat dan Negeri? Atau sanggup membiarkan rakyat Malaysia terus terlibat dengan aktiviti perjudian demi hasil cukai judi? 

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 19/6/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: M'sia diambang gawat ekonomi. Tolak sekularisme ekstrem &..

Apalagi bila Presiden PAS mendedahkan..

DUA konsep perjuangan DAP yang wajib diketahui oleh semua pihak ialah sekularisme ekstrem dan ‘Malaysian Malaysia’. Kedua-duanya menjadi konsep yang tetap mempengaruhi kerajaan PH yang bercampur dan didominasi oleh DAP kerana mereka merupakan parti paling besar jumlahnya dicampurkan dengan golongan bukan Islam yang ekstrem dan kelompok Islam liberal dalam PKR. Umat Islam wajib menentang kedua-dua konsep yang salah ini.

Sekularisme ialah suatu konsep atau ideologi pemisahan antara agama dengan institusi atau badan negara. Dalam istilah politik, sekularisme ialah pergerakan yang menuju pemisahan antara agama dengan pemerintahan. Fahaman tersebut cuba memansuhkan atau mengurangkan keterikatan antara pemerintahan dengan agama negara, seterusnya menggantikan hukum keagamaan dengan hukum sivil, dan menghilangkan pembezaan yang dianggapnya tidak adil dengan dasar agama.

Hal ini dikatakan menunjang demokrasi rakyat berkuasa dengan melindungi hak-hak kalangan beragama yang minoriti. Pada masa yang sama, menganggap agama Allah SWT itu tidak adil yang merupakan suatu anggapan yang salah terhadap Allah yang Maha Suci daripada segala sifat kelemahan dan kekurangan. Perkara ini berkonsepkan slogan demokrasi purba:

“Vox populi, vox dei.”

“Suara rakyat suara Tuhan atau suara rakyat suara keramat.”

Itulah gambaran bagaimana suara makhluk yang lemah mengatasi firman Allah yang Maha Berkuasa.

Sekularisme sering kali dikaitkan dengan Era Pencerahan (The Age of Enlightenment) yang berlaku di Eropah, dan memainkan peranan utama dalam peradaban Barat. Prinsip utama fahaman tersebut ialah pemisahan antara gereja dengan negara, agama dengan sains di negara Barat dengan berlakunya Revolusi Perindustrian.

Kebanyakagara yang umumnya dikenali sebagai negara sekular, contohnya seperti Kanada, India, Perancis dan Korea Selatan, walaupun tiada dari negara ini yang bentuk pemerintahannya menyamai dengan yang lainnya.

Kini, terserlah kesan yang sangat negatif apabila politik kehilangan moralnya kerana telah hilang rohnya apabila tidak beraqidah. Masyarakat Barat yang demokratik menjadi tidak beragama sehingga meruntuhkan jati diri kemanusiaan dan menyebabkan kemusnahan institusi keluarga. Bahkan, mn agama menerima hukum-hukum utama daripada masyarakat yang demokratik. Negara-nebila tidak beraqidah. Masyarakat Barat yang demokratik menjadi tidak beragama sehingga meruntuhkan jati diri kemanusiaan dan menyebabkan kemusnahan institusi keluarga. Bahkan, mengakibatkan hilangnya sifat kemanusiaan dan hubungan bermasyarakat sehingga meningkatnya maksiat dan jenayah yang melampau sebagaimana yang dilaporkan oleh media secara terbuka, sehingga kanak-kanak sekolah yang tidak berdosa turut menjadi mangsa.

Negara Turkiye yang menjadi kuasa besar dunia bersama Islam bertukar menjadi negara bangsat, setelah Kamal Ataturk melaksanakan dasar sekularisme kononnya untuk mengambil teladan Eropah yang maju.

Islam menegaskan bahawa urusan pentadbiran negara merupakan salah satu kewajipan agama yang ditetapkan oleh Allah SWT sejak perisytiharan-Nya untuk menciptakan manusia. Hal ini sebagaimana firman-Nya: 

Ikutilah tulisan Presiden PAS selanjutnya..  

Sekularisme dan ‘Malaysian Malaysia’ wajib ditolak

Kesimpulan:

Ya, sewajarlah kita semua kembali kepada Islam.  Celeklah mata wahai rakyat tertindas. Simpan apa lagi kerajaan macam yang ada ni. Tumbangkan segera melalui peti undi. Gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam Insya Allah! 

Jom bangun bersama Islam.

5,000 kerja kosong di Gua Musang. & Pekerja Indonesia di kehendaki?



Pusat proses kelapa sawit sedia 5,000 peluang pekerjaan

GUA MUSANG: Kedudukan di kawasan hulu yang jauh dari ibu negeri tidak menghalang Gua Musang terus membangun, seiring bandar-bandar lain di Kelantan.

Malah sehingga sekarang muncul banyak pusat pertumbuhan baharu yang merubah wajah lama Gua Musang, antaranya Bandar Baharu Gua Musang, Bandar Utama, Bandar Ciku 3 dan Bandar Lama.

Dan tidak lama lagi bakal muncul pula Bandar Dato’ Bentara Gua Musang yang terletak di Panggung Lalat, laluan ke Tanah Tinggi Lojing dan Cameron Highlands.

Projek itu dilaksanakan secara usahasama antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan syarikat Nextgreen Global Berhad (NGGB).

Perasmian projek Pembangunan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Dato’ Bentara Gua Musang serta Pusat Pengumpulan dan Pemprosesan Biojisim Kelapa Sawit tersebut disempurnakan Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob hari ini. (Foto atas)

Hadir sama Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Nazran Muhammad, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan pemimpin tempatan.

Projek terbabit yang dijangka siap menjelang tahun 2035 mampu menyediakan rumah mampu milik kepada 4,000 keluarga serta perumahan sederhana dan dusun kepada 4,340 penduduk.

Selain itu, sebanyak 5,000 peluang pekerjaan akan dijana melalui pembangunan pusat pengumpulan dan pemprosesan biojisim kelapa sawit, kilang makanan haiwan, kilang baja dan kilang pulpa.

Pegawai Serantau Dun Paloh Azman Ahmad berkata, kewujudan bandar baharu itu secara tidak langsung mampu meningkatkan lagi taraf hidup masyarakat setempat.

“Projek tersebut juga membuktikan satu lagi kejayaan kerajaan negeri menyediakan pembangunan tersusun untuk rakyat.

“Bandar Dato’ Bentara dijangka memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada penduduk tempatan memandangkan lokasinya begitu strategik di laluan Gua Musang-Cameron Highlands,” katanya.

Lokasi terbabit juga terletak tidak jauh daripada penempatan Orang Asli di Kuala Betis. – HARAKAHDAILY 18/5/2023  

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 5,000 kerja kosong di Gua Musang. & Pekerja Indonesia di kehendaki?

Mengenai, 'pekerja Indonesia di kehendaki', blog ini sedia memberi 'khidmat panduan' untuk pekerja-pekerja Indonesia yang ingin bekerja di Malaysia mengikut peraturan perundangan yang ada di kedua negara tersebut.

Sila hubungi Ibnu Hasyim

014 400 2015

 INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..

Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN  



Bersambung..

Thursday, June 22, 2023

Era baharu Turkiye pasca PRU. M'sia, Melayu tolak UMNO

 

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan

1. Era baharu Turkiye pasca Pilihan Raya Umum 2023

DEBARAN Pilihan Raya Presiden Turkiye baru-baru ini berakhir dengan kemenangan Recep Tayyib Erdogan pada pengundian pusingan kedua mengalahkan lawannya Kemal Kilicdaroglu dengan memperoleh undi sebanyak 52 peratus. Gabungan parti politik yang diterajui Erdogan iaitu People’s Alliance juga memperoleh kemenangan selesa sebanyak 322 kerusi parlimen daripada jumlah 600 kerusi.

Rata-rata penganalisa politik berpandangan, ia adalah pilihan raya paling penting serta mendebarkan dalam sejarah moden Turkiye kerana bakal menentukan hala tuju Turkiye di era baharu selepas 100 tahun penubuhannya sebagai sebuah negara republik. Dunia Islam mahupun Barat mengikuti perkembangannya dengan penuh minat, ke manakah hala tuju Turkiye selepas ini?

Adakah Erdogan bakal menamatkan era sekularisme yang menjadi teras utama negara yang dipasak oleh Mustafa Kemal Ataturk atau sebaliknya? Melihat akan kepentingannya di mata umat Islam, maka Dunia Islam meletakkan harapan tinggi agar Turkiye bangkit kembali memimpin Dunia Islam di tengah kekalutan politik antarabangsa mutakhir ini.

Presiden Rusia Vladimir Putin menjadi antara orang pertama yang memberikan ucapan tahniah kepada Erdogan sejurus keputusan pengundian pusingan kedua diketahui. Pada majlis mengangkat sumpah Erdogan sebagai Presiden Turkiye, kehadiran luar biasa pemimpin-pemimpin dunia dapat dilihat pada upacara tersebut dan dilaporkan sebanyak 81 buah negara menghantar wakil dengan 21 orang daripadanya adalah ketua negara serta 18 orang Perdana Menteri.

Barisan kabinet yang diumumkan oleh Erdogan menggambarkan hala tuju yang akan dibawa oleh beliau bagi mengemudi Turkiye mengharungi cabaran politik semasa sama ada dalaman mahupun luaran dengan bertemakan ‘Era Baharu Turkiye’ sebagai simbolik 100 tahun berakhirnya kejatuhan kerajaan Islam Uthmaniyyah serta perjanjian-perjanjian yang mengikat Turkiye selepas kekalahannya dalam Perang Dunia Pertama dahulu.

Turkiye dan sekularisme

Tindakan Erdogan melawat makam Mustafa Kemal Ataturk selepas mengangkat sumpah sebagai presiden memberi gambaran bahawa beliau akan terus mengekalkan Turkiye sebagai sebuah negara sekular. Dengan peratus sokongan yang masih lagi besar kepada pembangkang yang dimonopoli oleh golongan sekular maka agak sukar untuk membuat perubahan drastik seperti merubah perlembangan daripada sekular kepada Islam.

Menurut Dr Walid al-Qutati, ahli Majlis Mesyuarat Tertinggi gerakan Jihad Islami dalam artikel terbaru yang disiarkan oleh laman almayadeen menyebut bahawa perubahan paling besar yang dilakukan oleh Erdogan sepanjang memegang tampuk pemerintahan sejak tahun 2002 ialah merubah Turkiye daripada fahaman sekularisme yang memerangi agama kepada ‘liberal sekularisme’.

Hakikatnya masih lagi sama akan tetapi jurangnya sangat besar jika dibandingkan permulaan era Kemal Ataturk dan kerajaan yang mendukung pemikirannya yang mencabut jati diri Islam serta melarang sebarang syiar Islam seperti larangan hijab, azan diubah kepada bahasa Turkiye, menghalalkan pelacuran dan riba serta lain-lain lagi.

Erdogan mengambil pendekatan tidak mencabut akar sekularisme sekali gus akan tetapi menggunakan elemen kebebasan dan kesamarataan yang terdapat dalam sekularisme Barat dengan memberikan kebebasan yang sama rata kepada syiar-syiar Islam untuk dilaksanakan.

Jika sekiranya golongan sekular bebas untuk membuka pusat maksiat seperti pelacuran, judi dan lain-lain maka golongan Islam juga wajar diberikan kebebasan untuk menzahirkan syiar Islam seperti institusi pendidikan Islam, pemakaian Islam dan lain-lain lagi. Ini dapat dilihat dengan ketara sepanjang era kepimpinannya masyarakat Turkiye yang berpegang dengan Islam lebih bebas menzahirkan syiar Islam berbanding zaman sebelumnya yang berdepan dengan pelbagai tekanan.

Dasar luar yang bebas

Ketika memimpin parti AKP, memenangi pilihan raya Turkiye pada tahun 2002 dan menjadi Presiden Turkiye sejak 2014, Recep Tayyib Erdogan mula dilihat sebagai seorang tokoh yang mampu membawa Turkiye ke era yang lebih baik daripada sebelumnya.

Di saat itu terutamanya selepas tahun 2001 ketika dunia baru sahaja dilanda kemelesetan ekonomi, Turkiye dilihat amat bergantung kepada Kesatuan Eropah dan dunia Barat untuk kelangsungan ekonomi mahupun kemakmurannya berikutan amat terkesan dengan kemelesetan ekonomi yang melanda dunia.

Turkiye walaupun menjadi sebahagian daripada Eropah dari sudut geografinya namun tidak menjadi sebahagian dari negara dalam Kesatuan Eropah. Ketika Erdogan mula menjadi Perdana Menteri Turkiye pada tahun 2002, beliau memulakan rundingan secara berterusan dengan Kesatuan Eropah untuk menjadi sebahagian daripadanya.

Rundingan yang berlangsung sekian lama tidak membuahkan hasil yang diinginkan. Permohonan Turkiye untuk menjadi negara anggota dalam Kesatuan Eropah dipenuhi dengan pelbagai syarat dan halangan oleh negara-negara utama di dalamnya seperti Britain, Perancis, Jerman dan Itali.

Negara-negara tersebut sedar jika Turkiye diberi peluang menyertai Kesatuan Eropah, pengaruh mereka dalam Kesatuan Eropah akan mula pudar dan terhakis serta percaya Turkiye mampu menjadi kuasa dominan dalam Kesatuan Eropah.

Maka tidak hairanlah mengapa begitu banyak syarat dan kekangan dikenakan ke atas Turkiye, semuanya bertujuan untuk menyekat pengaruh Turkiye.

Turkiye yang sedar akan permainan negara–negara utama Kesatuan Eropah telah menghentikan rundingan pada tahun 2016. Sejak daripada itu, Turkiye mula membina kekuatan sendiri baik dari segi ekonomi, geopolitik mahupun ketenteraan.

Begitu juga hubungan Turkiye dengan NATO yang saat ini dilihat amat rapuh dan seolah-olah meminggirkan Turkiye. Turkiye menyertai NATO pada Februari 1952 bersama-sama dengan Greece. Tujuan NATO menerima keanggotaan Turkiye ketika itu adalah untuk menguatkan lagi fraksi dunia Barat dalam usaha untuk mengekang pengaruh Soviet Union ketika era perang dingin.

Namun hubungan baik Turkiye dan NATO mula berubah apabila parti AK mula menerajui tampuk pemerintahan Turkiye. NATO menuduh Turkiye memusnahkan legasi demokrasi peninggalan Kamal Ataturk, memecat pegawai tentera pro Barat dan berfahaman sekular serta Erdogan dituduh menyokong Ikwanul Muslimin yang dilabel sebagai pengganas oleh negara-negara proksi Barat.

Ketika ini hubungan Turkiye dan NATO bertambah tegang akibat polisi Turkiye di Syria dan Libya. Ketegangan tersebut agak memuncak sebelum ini akibat daripada tindakan Turkiye membeli sistem peluru berpandu S400 daripada Rusia yang mengakibat Amerika Syarikat mengugurkan Turkiye daripada program jet pejuang F-35.

Kesemua senario di atas membuatkan Turkiye sedar bahawa ia tidak perlu bergantung kepada mana-mana negara untuk kelangsungannya. Jika dilihat saat ini, Turkiye seolah-olah bersendirian dalam tindakannya terutamanya dari sudut ketenteraan seperti di Libya, Syria dan juga pergolakan geopolitik Asia Barat.

Dari sudut ekonomi pula, Turkiye mula dilihat sebagai kuasa baru yang mula bangkit dari kegagalan lalu. Pelbagai infrastruktur moden dan industri berteknologi tinggi mula dibangunkan di Turkiye tanpa mengharapkan bantuan daripada dunia Barat. Turkiye juga mula melebarkan jalinan dan kerjasama ekonominya dengan China, Rusia, negara-negara Asia Barat, Asia Tengah, Asia Timur dan  Afrika selain dilihat bakal menyertai BRICS yang dianggap bakal menjadi pencabar kumpulan G7 yang diterajui Barat.

Saat ini Turkiye mula dilihat sebagai sebuah kuasa baru yang mungkin menjadi ancaman kepada kuasa-kuasa besar dunia sama ada dari sudut ketenteraan, ekonomi mahupun penguasaan geopolitik. Turkiye sekarang bukan lagi di bawah bayang Kamal Ataturk yang mengharapkan ehsan dunia Barat, tetapi Turkiye baru yang mampu menggoncang dunia dan geopolitiknya.

Kegoncangan yang mampu menggerunkan Barat ketika ini adalah kerjasama dan hubungan erat antara Turkiye dengan Rusia mahupun China, maka tidak hairanlah Barat sehabis daya cuba ‘menjatuhkan’ Erdogan pada Pilihan Raya Presiden Turkiye baru-baru ini. Namun dengan sokongan padu dan mandat yang diberikan rakyat Turkiye kepada Erdogan, insya-Allah Turkiye mampu bangkit mencapai kegemilangan serta menjadi peneraju utama dalam kalangan umat dan Dunia Islam.

“Malaysia Sejahtera”

YB DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat
ADUN Batu Buruk – HARAKAHDAILY 18/6/2023 


2. Gelombang orang Melayu tolak Umno 

KOTA BHARU: Gelombang rakyat terutamanya anak-anak muda dikesan berlaku di Negeri Sembilan dan Selangor menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Ketua Pemuda PN Malaysia Ahmad Fadhli Shaari berkata, suasana yang berlaku sekarang tidak pernah dilihat sebelum ini di kedua-dua negeri terbabit.

Menurutnya, gelombang orang Melayu menolak Umno begitu besar berlaku sekarang.

“Malah ada kajian menyebut sehingga sekarang kira-kira 37 peratus ahli dan penyokong Umno menolak parti itu dan didapati juga 13 peratus ahli yang masih setia dengan parti terbabit sekarang.

“Situasi yang berlaku itu memberi isyarat yang jelas kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mentadbir Selangor dan Negeri Sembilan sekarang,” katanya pada ceramah sempena Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Kota Bharu di sini malam tadi.

Hadir sama Yang Dipertua (YDP) PAS Kota Bharu Dato’ Seri Takiyuddin Hassan, Timbalan YDP Nor Azariza Mohd Alawi dan pimpinan PAS berkenaan.

Ribuan jentera PAS hadir termasuk Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Kota Bharu. Program bermula dengan solat Maghrib kemudian diiringi dengan kuliah. – HARAKAHDAILY 16/6/2023  

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Era baharu Turkiye pasca PRU. M'sia, Melayu tolak UMNO

PERIKATAN NASIONAL (PN) akan menang 30 kerusi di negeri itu sekali gus bakal membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN). Kata Setiausaha  PAS Selangor, Roslan Shahrir, baru-baru ini 

Menurut beliau, Umno perlukan reality check10 sebab:

(1) Umno sudah lama hanyut dan hilang pegangan apabila memilih untuk bersama DAP dan Anwar.

(2) Keputusan ini bertentangan dengan janji kepada ahli Umno melalui Perhimpunan Agung 2020 bahawa No Anwar, No DAP.

(3) Apatah lagi Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mengesahkan perbincangan antara Umno dan Anwar telah bermula sebelum PRU15. Jelas ahli dan pengundi Umno telah dikhianati.

(4)Tindakan ini juga menyebabkan kekecewaan yang tidak terhingga di hati ahli dan penyokong Umno. Ramai ahli yang bertindak keluar parti.

(5) Ahli yang masih kekal bersama Umno pula, berjanji akan mengundi PN bagi mengajar kepimpinan dalam PRN nanti.

(6) Kerajaan Madani juga gagal mempertahankan kalimah Allah apabila Menteri Dalam Negeri telah menarik semula rayuan kerajaan dalam kes di mahkamah.

(7) Pengundi Melayu melihat ini satu kelemahan kerajaan campuran itu yang gagal mempertahankan kesucian Islam.

(8) Selain itu, kegagalan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji pilihan raya dan kenaikan kos sara hidup membebankan golongan M40 dan B40 yang rata-ratanya adalah pengundi Melayu, juga akan menyebabkan berlaku peralihan undi Melayu.

(9) Faktor ‘Abah’ merujuk kepada zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, yang banyak memberikan bantuan dan peruntukan kepada rakyat ketika zaman Covid-19 sudah tentu akan memberi kesan kepada sokongan pengundi melayu.

(10) Umno perlu sedar dalam PRU15, mereka hanya mendapat 33 peratus sahaja undi daripada pengundi Melayu. PH pula hanya mendapat 11 peratus daripada pengundi Melayu. Adapun PN mendapat 54 peratus daripada pengundi Melayu.

Kesimpulan:

Oleh itu, rakyat Malaysia perlu sedar parti itu berada dalam keadaan yang sangat lemah, bergantung sepenuhnya kepada pengundi bukan Melayu dan sokongan DAP merupakan satu penghinaan kepada Umno dan sejarah perjuangan mereka. 

Ya, sewajarlah kita semua kembali kepada Islam.  Celeklah mata wahai rakyat tertindas. Simpan apa lagi kerajaan macam yang ada ni. Tumbangkan segera melalui peti undi. Gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam Insya Allah! 

Jom bangun bersama Islam.

Tuesday, June 20, 2023

X mustahil: China sokong Palestin, Cina M'sia mahu PN. & cengkerik

 

Xi Jinping berjabat tangan dengan Mahmoud Abbas di Dewan Besar Rakyat di Beijing, China pada 14 Jun 2023. (FOTO: XINHUA)

1. China cadangkan Baitulmaqdis Timur ibu negara Palestin

BEIJING: China mencadangkan agar timur Baitulmaqdis dijadikan ibu kota Palestin sebagai salah satu daripada tiga perkara ke arah penyelesaian konflik yang dihadapi Palestin angkara kezaliman zionis Israel.

Cadangan itu muncul hasil pertemuan China dan Palestin pada Rabu dalam meningkatkan hubungan dua hala mereka kepada perkongsian strategik dengan kehadiran Presiden China, Xi Jinping menemui Presiden Palestine, Mahmoud Abbas yang ketika ini dalam rangka lawatan ke China.

Dua cadangan lain menurut Xi ialah penyelesaian asas terletak pada penubuhan negara Palestin merdeka yang menikmati kedaulatan penuh berdasarkan sempadan 1967; dan kepentingan untuk mengekalkan arah yang betul dalam rundingan damai Palestin-Israel, lapor Global Times.

“Persidangan keamanan antarabangsa berskala besar, lebih berwibawa dan lebih berpengaruh harus diadakan untuk mewujudkan keadaan bagi menyambung semula rundingan damai dan menyumbang usaha nyata untuk membantu Palestin dan Israel hidup dalam aman,” kata Xi.

Sehubungan itu, Xi menegaskan bahawa China dan Palestin adalah kawan baik dan rakan kongsi  yang mempercayai dan menyokong antara satu sama lain. 

“China adalah salah satu negara pertama yang mengiktiraf Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan negara Palestin, serta  selama ini teguh menyokong usaha rakyat Palestin yang adil untuk memulihkan hak kebangsaan mereka yang sah,” kata Xi.

Menghadapi perubahan yang belum pernah berlaku di dunia dan perkembangan baharu di Timur Tengah, ujar Xi lagi, China kini bersedia untuk mengukuhkan penyelarasan dan kerjasama dengan Palestin, dan berusaha untuk penyelesaian yang komprehensif, adil dan bertahan lama kepada konflik Palestin dalam tempoh terdekat.

Ketua negara rantau Arab pertama ke China

Menegaskan  bahawa Abbas adalah ketua negara rantau Arab pertama yang  berkunjung ke China pada tahun ini, Xi berkata bahawa peningkatan jalinan hubungan China-Palestine akan berfungsi sebagai satu peristiwa penting dalam hubungan kedua-dua negara yang membina pencapaian masa lalu dan menandakan masa depan yang lebih cerah. 

“China akan merebut peluang ini untuk bekerjasama dengan Palestin untuk memajukan persahabatan dan kerjasama dua hala dalam semua bidang.

“Sejak penubuhan hubungan diplomatik dua hala pada tahun 1988, China sentiasa membantu dalam kapasitinya dengan pembangunan ekonomi Palestin dan meningkatkan kehidupan rakyatnya,” tegas Xi.

Terdahulu, China membantu Palestin dalam pembinaan lebih daripada 40 projek termasuk sekolah dan jalan raya, menghantar pasukan pakar, bekalan perubatan dan vaksin semasa wabak covid-19, dan pada Jun 2023, China menjanjikan derma AS$1 juta lagi kepada Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin di Timur Dekat.

Dalam satu kenyataan bersama mengenai peningkatan hubungan dua hala yang dikeluarkan pada  Rabu, kedua-dua negara  mengulangi sokongan bersama dalam isu kepentingan teras dan kebimbangan utama.

Palestin menjunjung prinsip satu China dan menyokong semua usaha yang dilakukan oleh kerajaan China untuk mencapai penyatuan semula negara; dan mengutuk campur tangan luar dalam hal ehwal dalaman China termasuk hal ehwal berkaitan Hong Kong dan Xinjiang.

China pula menyokong Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB dan menyambung semula rundingan damai dengan Israel berdasarkan prinsip ‘tanah untuk keamanan’, resolusi PBB yang relevan, dan ‘penyelesaian dua negara’ untuk mencapai kewujudan bersama secara aman antara Palestin dan Israel.

“Kedua-dua pihak berikrar untuk menggalakkan secara aktif rundingan mengenai perjanjian perdagangan bebas dan meningkatkan pertukaran mengenai budaya, pendidikan dan media. 

“China akan terus memberikan bantuan kemanusiaan kepada Palestin dan menyokong projek kehidupan dan pembangunannya dan ia akan terus menyediakan latihan kakitangan dan membantu pembinaan kapasiti Palestin,” ujar kenyataan bersama itu. – HARAKAHDAILY 15/6/2023      


2. Cengkerik tawan bandar di AS 

Ribuan cengkerik memenuhi laluan jalan kediaman penduduk di bandar Elko, Nevada, Amerika Syarikat. (FOTO: ABC4 Utah

LOS ANGELES: Penceroboh telah mengambil alih bahagian negeri Nevada di Amerika Syarikat, tetapi mereka bukan makhluk asing tetapi cengkerik.

Berjuta-juta cengkerik spesies Mormon telah mengerumuni bandar Elko, meliputi jalan-jalan  raya dan rumah, malah sehingga  menghalang akses hospital.

Penduduk tempatan berkata mereka sudah bosan dan muak dengan serangga merangkak yang tinggal di tanah itu.

“Anda berasa sangat terganggu,” kata Colette Reynolds kepada CBS

Pandangan dari dekat ribuan cengkerik spesies Mormon yang mengganggu rutin kehidupan penduduk bandar Elko.

“Apabila anda berada di dalam rumah ia kedengaran seperti hujan di luar kerana mereka (cengkerik) jatuh secara berterusan dari merata tempat di mana mereka tidak dapat berpaut,” tambahnya yang menambah bahawa makhluk itu malah menimbulkan masalah untuk kepada perkhidmatan kecemasan.

Steve Burrows dari Hospital Serantau Northeastern Nevada memberitahu TV KSL tempatan, pihaknya menghadapi masalah untuk membawa pesakit  ke hospital dan terpaksa menugaskan individu bagi menyapu terlebih dahulu kumpulan cengkerik untuk membuka laluan buat ambulan yang membawa pesakit masuk ke hospital.

“Pernah, pada satu ketika kami juga mempunyai traktor dengan pembajak salji di atasnya hanya untuk menolak timbunan cengkerik daripada menghalang perjalanan kami,”  katanya. 

Pandangan dari dekat ribuan cengkerik spesies Mormon yang mengganggu rutin kehidupan penduduk bandar Elko.

Pakar entomologi negeri Nevada Jeff Knight  dalam pada itu berkata kawanan cengkerik bukanlah sesuatu yang luar biasa di rantau tersebut, tetapi ia lebih ketara apabila populasi manusia merebak ke kawasan yang sebelum ini menjadi habitat serangga berkenaan.

Berita buruk bagi penduduk Elko ialah tidak banyak yang boleh mereka lakukan, tetapi hanya menunggu sehingga semua cengkerik itu berlalu pergi.

“Selagi boleh bertolak ansur, penduduk di sini akan meneruskan hidup bersama-sama  dengan cengkerik,” kata Knight.  – HARAKAHDAILY 16/6/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: X mustahil: China sokong Palestin, Cina M'sia mahu PN. & cengkerik

Sebenarnya Muhyiddin pun teruja sokongan masyarakat Cina kepada PN. 

Di Johor, Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau amat teruja dengan sokongan yang ditunjukkan oleh masyarakat Cina di Johor terhadap Perikatan Nasional.

Katanya, sokongan itu pada dalam majlis makan malam yang dihadiri oleh lebih 800 orang masyarakat Cina yang diadakan. Menrutunya, ramai pimpinan masyarakat Cina yang hadir pada majlis tersebut.

“Saya jelaskan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan saya sebelum ini untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat semasa pandemik Covid-19,” ujarnya menerusi laman sosial beliau.

Kesimpulan

Ya, sewajarlah kita semua kembali kepada Islam.  Celeklah mata wahai rakyat tertindas. Simpan apa lagi kerajaan macam yang ada ni. Tumbangkan segera melalui peti undi. Gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam Insya Allah! 

Jom bangun bersama Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails