Friday, July 07, 2023

Perkauman, seksisme, rusak sukan. Rusak M'sia kerana PMX.

 

Azeem Rafiq. (FOTO: The Times)

Perkauman, seksisme, diskriminasi ‘berleluasa’ dalam kriket Inggeris

LONDON: Laporan bebas mengenai budaya kriket di England dan Wales mendapati isu perkauman, diskriminasi berasaskan kelas, elitisme dan seksisme ‘berleluasa’ dan ‘berakar umbi’ dalam sukan itu.

Laporan berjudul, Holding a Mirror Up to Cricket itu ditulis oleh Suruhanjaya Bebas untuk Ekuiti dalam Kriket (ICEC) dan menerima lebih daripada 4,400 respons terhadap gesaannya untuk mendapatkan bukti antara penyerahan lisan dan bertulis.

ICEC telah ditubuhkan pada Mac 2021, selepas badan induk sukan di negara itu, Lembaga Kriket England dan Wales (ECB) mengumumkan hasratnya untuk menyiasat ketidaksamaan dan diskriminasi dalam kriket berikutan ‘introspeksi reaktif yang luas yang dijana oleh bantahan awam berikutan pembunuhan tragis George Floyd (lelaki kulit hitam yang ditembak polis di Amerika Syarikat),” menurut Pengerusi ICEC Cindy Butts dalam kata pengantar laporan itu.

Menurut laporan itu, 50 peratus  daripada mereka yang bertindak balas mengalami diskriminasi dalam tempoh lima tahun yang lalu bermain kriket, dengan jumlah itu ‘jauh lebih tinggi untuk orang dari komuniti yang pelbagai etnik; 87% orang dengan warisan Pakistan dan Bangladesh; dan 82% orang dengan India, serta 75% daripada semua responden kulit hitam.”

Seorang bekas pemain kriket Asia yang tidak dinamakan memperincikan diskriminasi yang dialaminya dalam laporan  itu, mendedahkan rakan sepasukan membaling alkohol dan hirisan daging babi ke arahnya dalam tindakan ‘penyalahgunaan’ dan ‘kebencian’ – sama seperti yang diterangkan oleh pemberi maklumat Azeem Rafiq ketika beliau memberikan keterangan kepada Digital kerajaan UK, Jawatankuasa Kebudayaan, Media dan Sukan pada November 2021.

Azeem ialah pemain kriket Asia British yang bermain secara profesional di England untuk Kelab Kriket Yorkshire County. 

Merupakan Seorang pemain boling off-spin lengan kanan, beliau bermain untuk daerah itu antara 2008 dan 2014 dan 2016 dan 2018, selepas membuat penampilan sulung seniornya pada usia 17 tahun.

“Keterangan Rafiq ‘meningkatkan dengan ketara’ minat orang ramai terhadap kerja suruhanjaya itu,” ujar kenyataan Butts.

Rafiq menyumbangkan bukti kepada suruhanjaya itu, begitu juga dengan bekas kapten Test lelaki England, Ben Stokes dan Joe Root. Kapten wanita semasa, Heather Knight turut mengemukakan bukti.

“Kriket telah menggagalkan komuniti kulit hitam. … Penurunan kriket dalam kalangan kulit hitam di England dan Wales telah didokumentasikan dengan baik dan tertakluk kepada banyak perdebatan awam selama bertahun-tahun. … Kami mendapati ia amat membimbangkan dan mengejutkan bahawa kami tidak dapat mengenal pasti bukti aktiviti yang diterajui ECB secara langsung untuk memahami, menghentikan atau membalikkan penurunan ini sejak pembentukan ECB pada 1997,” kata laporan itu.

Mengenai seksisme, laporan itu berkata: “Wanita masih dilihat sebagai sekadar  ‘penambah’ kepada permai lelaki. Bukti kami menunjukkan bahawa wanita terus dilayan sebagai golongan bawahan kepada lelaki dalam sukan kriket.”

Di samping itu, bukti yang didengar oleh ICEC menunjukkan  bahawa ‘budaya seksisme dan kebencian terhadap wanita yang meluas, dan tingkah laku yang tidak boleh diterima terhadap wanita dalam kedua-dua permainan rekreasi dan profesional’.

Laporan itu berkata terdapat juga ‘tingkah laku pemangsa’ daripada kalangan lelaki terhadap wanita yang ‘sering didorong oleh alkohol’.

“Saya telah mengalami tingkah laku pemangsa (dari)  beberapa lelaki dalam sukan kriket,” laporan itu memetik seorang mangsa tanpa nama, dengan menyatakan lelaki yang membuli mangsa  itu termasuk ‘pemain, jurulatih, media, eksekutif korporat, yang mungkin apabila mereka minum  arak atau tidak walaupun ia terasa lebih berleluasa dengan pengaruh alkohol’.

Dalam permainan profesional, ketidaksamaan dalam gaji antara lelaki dan wanita turut diserlahkan dalam laporan itu.

“Pemain kriket wanita menerima jumlah wang kemenangan  yang sangat kecil berbanding pemain lelaki. Pendapatan purata untuk  Wanita England ialah 20.6% daripada gaji purata untuk Lelaki England,”  kata laporan itu. 

Pendidikan dan kelas ditangani dalam penemuan laporan, yang menyatakan bahawa 58% pemain lelaki di England dan Wales pada tahun 2021 berpendidikan swasta – jauh mengatasi 7% daripada populasi umum. 

Laporan itu turut menjelaskan tentang isu ‘kelaziman elitisme dan diskriminasi berasaskan kelas dalam kriket’ yang bersifat struktur dan institusi’.

ECB harus mengeluarkan ‘permintaan maaf awam’, menurut  cadangan pertama daripada 44 cadangan daripada laporan itu. 

“Permintaan maaf itu harus mengakui bahawa perkauman, seksisme, elitisme dan diskriminasi berasaskan kelas telah wujud, dan masih wujud, dalam permainan kriket;  dan seterusnya perlu menitikberatkan dari segi pengiktirafan terhadap kesan ke atas mangsa dalam semua keadaan tersebut.

“Ia harus termasuk, khususnya, permohonan maaf secara langsung atas kegagalan bersejarah ECB dan permainan yang lebih luas berhubung dengan kriket wanita dan kanak-kanak perempuan dan kegagalannya untuk menyokong kriket kulit hitam dengan secukupnya di England dan Wales,” tegas laporan itu.

Sebagai tindak balas, pengerusi ECB, Richard Thompson berkata dalam satu kenyataan di laman web organisasi: “Bagi pihak ECB dan kepimpinan yang lebih luas dalam permainan, saya memohon maaf tanpa syarat kepada sesiapa sahaja yang pernah dikecualikan daripada kriket atau dibuat berasa seperti mereka tidak berkepunyaan untuk terlibat dalam sukan ini.” – HARAKAHDAILY 28/6/2023

  

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perkauman, seksisme, rusak sukan. Rusak M'sia kerana PMX.

Lihat ini..

(i) Hentikan putar belit PMX  


Masalah sebenar YAB PM ialah enggan mendengar penjelasan perkembangan projek itu daripada Kerajaan Negeri dan KXP Airportcity, yang telah mengusahakan pembangunan projek ini sejak 9 tahun lalu, tetapi memberi komen seolah-olah telah mengetahui semuanya.

Ataupun YAB PM hanya mendengar daripada pihak tertentu yang memang diketahui umum menentang projek itu?

DATO’ SERI MUHAMMAD SANUSI MD NOR Menteri Besar, Kedah Darul Aman – HARAKAHDAILY 1/7/2023 

(ii) Madani manipulasi subsidi  


Bayangkan jika anda berpendapatan perisi rumah RM10,000, anda perlu membayar RM30,000 untuk mengerjakan haji. Hanya kerana anda berpendapatan suami isteri RM10,000, dengan gelaran T20 paling bawah anda diiktiraf sama dengan T20 yang menjadikan helikopter sebagai pengangkutan keluarga. 

Atau bayangkan juga anda berpendapatan kurang dari RM5,000 tetapi perlu membuat rayuan atas sebab-sebab tertentu, anda juga perlu membayar RM30,000. Tiba-tiba sahaja anda menjadi T20 walaupun setiap hari menantikan ‘rahmah’ kerajaan madani yang semakin hilang satu persatu. 

MOHAMAD KAMAL MOHAMED Ketua Pemuda,  Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, 14 Zulhijjah 1444 / 3 Julai 2023 HARAKAHDAILY  3/7/2023


(iii) PMX perlu hadiri setiap sesi sidang Dewan Negara. 

KUALA LUMPUR: Senator Datuk Razali Idris mencadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menghadiri setiap sesi persidangan Dewan Negara.

Bagaimanapun, berbeza dengan sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat yang Perdana Menteri hanya hadir pada setiap Selasa, beliau mencadangkan sesi selama setengah jam setiap hari persidangan Dewan Negara.

(iii) Ekonomi Malaysia kini.  
Saya membantah laporan Sinar Harian ini. Kerajaan yang ada pada hari ini ialah antara kerajaan yang terbaik semenjak wujudnya peradaban dunia. Menteri kena ambil tindakan kepada media ini. Hantar radio car ke hadapan rumah mereka segera.
https://premium.sinarharian.com.my/article/227657/mediasi-kritis/analisis/penyusutan-nilai-ringgit-boleh-jadi-lebih-teruk

YB USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 3/7/2023

Kesimpulan:

Jom tinggalkan PMX Malaysia..

Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Walaupun disebut perkauman, seksisme, rusak sukan namun sama saja dengan rusaknya M'sia kerana PMX. 

Terlalu ganas mereka..

Oleh itu gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..
Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN 


Bersambung..

Sekian. Wassalam. 
Dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Thursday, July 06, 2023

Jom tinjau Kedah. Mengapa PMX takut sangat?

 


1. Kenali musuh Allah mengikut konteks di Kedah

“MOGA Allah S.W.T mempertahankan negeri ini daripada dijatuhkan oleh musuh-musuh Allah S.W.T dan dimenangkan agama Allah S.W.T,”

Inilah doa yang diucapkan Sheikh Zainul Asri tanpa memetik atau merujuk atau menyebut mana-mana pihak. Doa itu benar dan sepatutnya disambut oleh semua pihak NGO dan parti politik termasuk PERIKATAN NASIONAL, Pakatan Harapan dan Barisan Nasional khususnya Umno, PAN dan PAS.

Siapakah musuh Allah mengikut konteks di Kedah?

1. Yang menentang atau memperkecilkan usaha Kerajaan Kedah menutup premis judi.
2. Yang mengikut telunjuk pemimpin kafir untuk menghalang kemajuan negeri Kedah seperti melengahkan projek KXP.
3. Yang membenci pemimpin Kedah kerana tidak kompromi langsung atau tidak mesra kepada mana-mana kumpulan proLGBT.
4. Yang memusuhi usaha pemimpin Kerajaan Kedah membawa rakyat keluar dari kepompong kemiskinan.
5. Yang tidak suka pemimpin Kerajaan Kedah mempertahankan kesucian Islam seperti mempertahankan kalimah Allah.
6. Yang membenci pemimpin atau rakyat Kedah mengetahui sejarah kelak terbongkar peristiwa pengkhianat, tali barut dan pencuri.
7. Yang suka menggalakkan dan mengajak anak muda kepada program lagha dan melalaikan seperti konsert.
8. Yang mengajak kepada kemusnahan akal, musnah jiwa dan diri seperti dadah dan arak.
9. Yang menghasut benci kepada Ulamak dan mereka yang berjuang di jalan Allah.
10. Yang menyokong kepada usaha-usaha dan kerja-kerja maksiat.
11. Yang melakukan penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa.

Rakyat Kedah wajib memastikan semua musuh Allah seperti ciri di atas tidak ada di Kedah.

Oleh itu rakyat Kedah mengecam tali-tali barut yang membuat report Polis ke atas Sheikh Zainul Asri. Usah sempitkan fikiran dan pandangan bahawa musuh Allah ini menyentuh mana-mana parti politik. 

Semua parti politik wajar hormat menghormati dan berlawanlah secara berhemah bukan secara bertohmah. Wajarlah semua parti politik sama-sama merebut hati dan jiwa pengundi dengan mengajak kepada redha dan rahmat Allah. Wajib ke atas kita semua tanpa mengira parti politik dan kumpulan memerangi musuh Allah.

Rakyat Kedah terus tegap bersama pertahankan Ulamak di Kedah. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan berikan rahmat kepada kita semua.

ABU FATEH – HARAKAHDAILY 27/6/2023 


2. Pentadbiran Sanusi cemerlang, maknai ‘The Greater Kedah’  


PAS Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah di bawah pentadbiran YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, barisan Exco serta ADUN PERIKATAN NASIONAL (PN) yang telah menabur khidmat bakti dengan cemerlang. 

Tidak dilupakan kepada barisan pegawai Kerajaan KCS, agensi Kerajaan serta jentera parti di seluruh peringkat yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam mengangkat dasar Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua. Tambahan lagi, keutuhan slogan ‘Kedah, Tempat Orang Miskin Berteduh, Tempat Orang Kaya Berbakti’ menjadi pemangkin kepada kerja keras daripada semua untuk merintis denai bagi merealisasikannya. 

Alhamdulillah, ke semua ini adalah keberkatan daripada-Nya. Dasar Sifar Judi yang dilaksanakan tanpa kompromi membuka 1,001 pintu keberkatan dan rahmat kepada Negeri Kedah. Satu demi satu pintu rezeki terbuka dengan pelaburan keseluruhan yang dicapai adalah RM91.4 bilion bermula Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi mengambil alih Kerajaan pada Mei 2020 sehingga suku pertama tahun ini.

Selain itu, Kerajaan Negeri turut merintis laluan pembangunan Kerajaan Negeri dengan menyentuh beberapa dasar mesra rakyat. Antaranya;

i. Penyelesaian jangka panjang isu bekalan air Negeri dengan penaiktarafan lima Loji Rawatan Air (LRA). 

ii. Projek holistik pengurangan Non-Revenue Water (NRW) sehingga tahun 2037 serta sasaran peningkatan rizab margin air sehingga 20 peratus. 

iii. Meningkatkan Tanah Rizab Melayu di Negeri Kedah dalam tempoh tiga tahun.

iv. Menarik pelaburan daripada syarikat berteknologi tinggi di Kulim Hi-Tech Park dan beberapa zon perindustrian yang lain seperti SBEZ dan Kedah Rubber City.

v. Merintis langkah ke arah merealisasi Kedah Aerotropolis sebagai ‘game changer’ pembangunan koridor utara selain menjadikannya sebagai ‘The Memphis of Asian’.

vi. Menyelesaikan 7,233 isu geran tanah dan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) yang sebahagiannya tertangguh sejak dua, tiga dekad yang lalu. 

vii. Peruntukan Khairat Kematian, Bantuan Kebajikan IPT, Beras Sejahtera serta Anakku Sejahtera yang disalurkan tanpa mengira latar belakang. 

Kesemua ini adalah langkahan mengembalikan era kegemilangan The Greater Kedah. Ia adalah rangkuman kepada kebangkitan semula jati diri rakyat Negeri Kedah yang telah melakar sejarah hebat pada masa lalu untuk diterjemahkan kepada kemakmuran pada masa hadapan.

PAS Kedah yakin dengan sebahagian indikator yang ditunjukkan ini akan menjelaskan sokongan padu rakyat dalam PRN yang bakal menjelang tiba. Sokongan dan dukungan semua pihak akan terus bersama PERIKATAN NASIONAL dan insya-Allah akan terus diberi peluang menerajui negeri ini kelak. 

“Sayangi Kedah Sejahtera”
“The Greater Kedah”
“Malaysia Sejahtera”

YB DATO USTAZ AHMAD YAHAYA
Pesuruhjaya PAS Kedah
Ahli Parlimen Pokok Sena – HARAKAHDAILY 3/7/2023  


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jom tinjau Kedah. Mengapa PMX takut sangat?

Ya, cuba lihat ‘Double standard’ terbaharu Anwar Ibrahim..

Melukut di tepi gantang
buka sanggul cari kutu
sebab takut akal pun hilang
tunggul disangka hantu.

Mengapa PMX takut sangat hingga bersikap double standard begini?

Pertama secara kebetulannya, seorang individu yang didakwa sebagai ahli PKR dua hari lalu, Zaki Yamani telah mendoakan kematian kepada Presiden PAS. Adakah itu diajar dalam Islam? Apa tindakan PMX? Beliau hanya marahkannya dan minta bertanggungjawab. Sehingga tulisan ini ditulis, dikatakan tweet itu masih tidak diturunkan. Malulah arahan Perdana Menteri dipekakkan ahli. Apa guna ada kuasa, kalau ahli biasa buat bodoh sahaja dengan amaran ketua? 

Kenapa tidak dipecat sahaja Zaki atau bawakan pegawai beliau ke muka pengadilan, atau buat laporan polis? Sedangkan dalam kes Ustaz Zainul Asri yang beliau kata tidak menepati Islam, segera PMX paksa PAS bertindak walaupun Ustaz Zainul Asri bukan pimpinan PAS. Sama dengan kes PMX diugut. Dilaporkan kepada wartawan, bukan polis. Tak ke pelik itu?

Kedua, Lim Guan Eng dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, bersungguh menafikan sejarah yang Pulau Pinang adalah milik Kedah yang berlaku hanya kira-kira 200 tahun lalu. Mereka telah cuba menidakkan sejarah. Isu ini telah dibetulkan oleh pakar sejarah, malahan Sultan Kedah juga mahukan hal ini diketahui rakyat, apa sebenarnya yang berlaku. Sultan Kedah tidak murka kepada Menteri Besar Kedah, pakar sejarah bersetuju dengan Menteri Besar Kedah, tetapi kenapa PMX tidak marahkan atau membuat laporan terhadap cubaan menyeleweng sejarah oleh Lim dan Chow? Sebaliknya PMX pula yang menyerang Menteri Besar Kedah kerana Ustaz Zainul Asri menceritakan peristiwa Nabi Adam puluhan ribu tahun lampau. 

MOHD NASIR ABDULLAH   HARAKAHDAILY 3/7/2023


Kesimpulan:

Jom tinggalkan PMX Malaysia..

Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Oleh itu gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..
Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN 


Bersambung..

Sekian. Wassalam. 
Dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Monday, July 03, 2023

Ini, kilang lahir rakyat berilmu. Bukan Si bodoh penyelamat rasuah.



1. Kelantan umpama kilang lahir rakyat berilmu agama

TUMPAT: Sekolah Menengah Ugama (SMU) (Arab) Bustanus Saadah Morak muncul johan pertandingan Nasyid Mahrajan Ilmi Sekolah-Sekolah Agama YIK Peringkat Zon Tumpat. 

Sekolah terbabit akan mewakili Zon Tumpat ke pertandingan peringkat negeri pada Julai ini.

Sebanyak enam sekolah dari zon berkenaan berentap untuk merebut juara, namun keputusan berkenaan memihak kepada SMU (A) Bustanus Saadah Morak.

Kumpulan nasyid dari Maahad Muhammadi pula menduduki tempat kedua, diikuti tempat ketiga SMU (A) Meheliah Geting, Tumpat.

Bekas Adun Wakaf Bharu Mohd Rusli Abdullah berkata, Kelantan seumpama sebuah kilang yang melahirkan rakyat berpendidikan agama dan berkhidmat di mana-mana di seluruh negara.

“Anak Kelantan yang hebat pelbagai bidang ‘dieksport’ mengikut kepakaran masing-masing sama ada sebagai seorang hufaz, tenaga pengajar, usahawan, pegawai kanan kerajaan dan berbagai lagi.

“Alhamdulillah sebahagiannya daripada produk YIK yang kita banggakan,” katanya pada majlis penyampaian hadiah sempena pertandingan nasyid Mahrajan Ilmi Sekolah- Sekolah Agama YIK Peringkat Zon Tumpat semalam.

Sementara itu Ketua Juri pertandingan, Nasir Hasan menyifatkan johan kumpulan tersebut mempunyai harapan cerah untuk ke peringkat lebih jauh pada masa akan datang.

Katanya, lagu-lagu yang dipertandingkan memenuhi syarat yang ditetapkan dan sebutan lagu termasuk bahasa Arab juga begitu jelas.

“Bagaimanapun mereka perlu sentiasa berlatih untuk mencapai impian pada masa akan datang,”ujarnya.

Mudir sekolah berkenaan, Wan Fakhrulrazi Wan Mahmod ketika ditemui melahirkan rasa syukur di atas kemenangan itu sambil menyifatkan pengorbanan pasukan nasyid dan guru berbaloi sehingga meraih kemenangan.

Beliau turut berharap kumpulan berkenaan memperbanyakkan latihan sebelum mara ke peringkat final pada Julai. – HARAKAHDAILY 26/6/2023

2. Pengorbanan paling besar laksana syariat Allah  


KOTA BHARU: Berjuang bagi melaksanakan syariat Allah dan segala suruhan-Nya merupakan pengorbanan yang paling besar bagi umat Islam.

Begitu juga usaha bagi melaksanakan sebuah negara yang mengamalkan dasar-dasar Islam adalah satu jihad.

Dewan Ulamak PAS Kelantan pada khutbah Hari Raya Aidiladha berkata, mempertahankan segala apa yang telah diusahakan daripada sistem-sistem yang menepati kehendak syarak juga satu jihad.

“Sudah pasti jihad memerlukan pengorbanan dari segenap sudut. Alhamdulillah kita berjaya membina sebuah kerajaan yang menjadikan Islam sebagai panduan utama dalam pentadbiran.

“Selama 33 tahun kerajaan Kelantan terus menjadi model sebagai sebuah negeri Islam yang membawa dasar Membangun Bersama Islam (MBI) sejak tahun 1990,” katanya.

Menurutnya dasar tersebut digagas dengan tujuan agar rakyat memahami Islam adalah agama yang mesti menjadi panduan dalam setiap gerak kerja sama ada di peringkat individu, masyarakat dan negara.

Katanya nilai Islam tidak boleh dipisah walaupun sesaat daripada urusan keduniaan.

Pelaksanaan MBI memberi tumpuan kepada lima aspek iaitu melaksana syariat Islam, pembangunan pendidikan, ekonomi, pentadbiran, sosial dan budaya.

Menurutnya gagasan tersebut mengandungi tiga teras iaitu ubudiah, masuliah dan itqan. Undang-undang syariat semestinya menjadi objektif utama dalam perjuangan menegak agama Islam.

“Dalam kuasa yang terhad kerajaan Kelantan telah sedaya upaya berusaha memastikan perintah-perintah Allah dipatuhi dan ditaati.

“Akaun simpanan tetap kerajaan negeri dipindahkan daripada sistem perbankan riba kepada sistem perbankan Islam. Premis judi ditutup, penjualan arak dikawal dan dilarang dijual secara terbuka.

“Usaha-usaha tersebut menunjukkan keseriusan kerajaan negeri dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar,” katanya.  HARAKAHDAILY 29/6/2023 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini, kilang lahir rakyat berilmu. Bukan Si bodoh penyelamat perasuah..

Lihat..

(i) Pilih kerajaan Islam adalah penyelmat. 

AHMAD Yakob menyerahkan sijil pelantikan Ahli Majlis MPKB-BRI Sesi 2022 di Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan - UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED

32 tahun Kelantan bebas rasuahKOTA BHARU: Kelantan kekal sebagai negeri berimej bersih dan bebas daripada sebarang kes rasuah selepas 32 tahun diperintah Pas.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, Kelantan mungkin tidak sehebat negeri lain dalam aspek pertumbuhan ekonomi tetapi kakitangan awam dan lantikan politiknya tetap berintegriti tinggi.

Perkara itu katanya, menjadi batu asas kepada pentadbiran negeri ini sejak sekian lama selepas dimulakan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepanjang beliau menjadi Menteri Besar.

“Alhamdulillah setakat dalam pengetahuan kita, Kelantan tiada gejala rasuah sama ada melibatkan penjawat awam atau ahli politik. Di luar (pengetahuan), wallahu ‘alam.

“Mereka yang ada hari ni kita sentiasa kawal dan beri peringatan dalam majlis-majlis, selain buat solat dhuha dan sampaikan amanat setiap masa supaya jaga nama baik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu Ahmad menyempurnakan Majlis Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan 24 Ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) bagi Sesi 2022.

Turut hadir, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa  Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin dan Yang Dipertua MPKB-BRI, Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf.

Mengulas lanjut Ahmad berkata, latar belakang pendidikan agama dimiliki sebahagian besar pemimpin dan kakitangan turut menjadi penyumbang kepada sebuah pentadbiran berintegriti tinggi.

Katanya, rekod dan imej bersih dipegang Kelantan ketika ini tersebut diharap dapat terus dikekalkan oleh saf kepimpinan akan datang.- UTUSAN ONLINE


(ii) Ceroboh baru kapal China di ZEE Malaysia, mampukah PMX, penyelamat? 


Ceroboh sempadan perairan di Laut China Selatan telah menjadi satu isu hangat yang berlarutan sejak sekian lama tetapi terus berlaku hingga sekarang. Pencerobohan ini pastinya bukan kesilapan yang tidak disengajakan tetapi mungkin perancangan tersusun kerana ia berlaku terlalu kerap. 

Sebagai contohnya, mengikut Laporan Audit Negara insiden pencerobohan China ke atas  sempadan perairan di Laut China Selatan telah berlaku sebanyak 89 kali dari 2016 sehingga 2019 manakala mengikut laporan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) lebih kurang 23 kali pencerobohan sama berlaku sepanjang tahun 2021.


(iii) Hindari penyakit ini landa keselamatan M'sia.. 

Singapura, terdapat 476 kes bunuh diri dilaporkan di Singapura pada tahun 2022, tertinggi sejak tahun 2000.

Pusat pencegahan bunuh diri, Samaritans of Singapore (SOS), berkata itu peningkatan 25.9 peratus daripada 378 kes pada tahun 2021.

Pada tahun 2020, 452 kematian bunuh diri dilaporkan dan 400 kes dilaporkan pada tahun 2019.

Daripada jumlah kematian pada taun 2022, 125 membabitkan mereka yang berumur 10 hingga 29 tahun. Ini 13 kali lebih tinggi berbanding pada tahun 2021 dan satu lagi trend tertinggi sejak tahun 2000, yang menandakan data yang paling awal direkodkan oleh SOS.

SOS berkata, Berita Harian Singapura melaporkan, lebih banyak kes bunuh diri direkodkan di semua peringkat umur dan terutamanya dalam kalangan warga tua, yang mempunyai peningkatan terbesar.

Kes bunuh diri dalam kalangan mereka yang berumur 70 tahun hingga 79 tahun meningkat daripada 30 kepada 48, peningkatan 60 peratus daripada 2021.

(iv) Signal PN ambil alih S'gor semakin jelas.

Himpunan rakyat Selangor yang menghadiri Ceramah Perdana Jelajah Selangor Baharu Kita Bangkit Perikatan Nasional Selangor 2023 di IDCC Shah Alam, Selangor pada 24 Jun 2023. (FOTO: Twitter Pemuda PAS Selangor @DPPMalaysia)

Kejayaan PERIKATAN NASIONAL (PN) menawan enam kerusi Parlimen Selangor, kubu kuat Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum yang ke-15 (PRU-15) lalu bukan sekadar fantasi tetapi adalah realiti.

Realiti yang tidak mustahil bakal menjadi tsunami dalam membentuk ‘Selangor baharu’ andai PN diberi mandat oleh rakyat Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.


Kesimpulan:

Jom tinggalkan PMX Malaysia..

Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Walaupun disebut ini merupakan kilang lahir rakyat berilmu, tetapi bukan tempat 'Si bodoh' menyelamat kuncu-kuncunya yang rasuah. 

Oleh itu gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..

Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN 

(i) Ini, kerajaan Islam contoh di Malaysia.. Sila teliti! (ii) K'tan, pembangunan berpaksi Islam. Kekal & tawan S...  (iii) Jom kreatif. K'tan -Tek-C hibrid solar. Turkiye -k...  (iv) Indahnya Islam kerana sistem zakat. RM76 juta agih... (v) Ini, wakll rakyat PAS/PN.. X sambut Aidilfitri ke... (vi) Tukar segera k'jaan ini. Kini jari anda mampu me'I...

Bersambung..

Sekian. Wassalam. 

Dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Sunday, July 02, 2023

Israel lawan nukiear Saudi, sama DAP PP, PH-BN S'gor..

 

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) dan Israel Katz dalam sesi khas untuk mengundi kerajaan baharu di Knesset, Baitulmaqdis pada 13 Jun 2021 (FOTO FAIL: AFP)

1. Israel digesa menentang cita-cita nuklear Saudi 

BAITULMAQDIS: Menteri tenaga Israel telah menyeru kerajaannya untuk menentang usaha Arab Saudi untuk membangunkan program nuklearnya, meletakkan halangan baharu dalam usaha jelas Riyadh untuk mengaitkan pemerolehan teknologi nuklear dengan menormalisasikan hubungan dengan Israel.

Menteri Tenaga, Israel Katz menurut laporan Middle East Eye yang memetik siaran Ynet TV sebagai berkata pada Isnin (5 Jun), beliau tidak fikir Israel harus bersetuju dengan cita-cita nuklear Saudi itu dan harus menentang perancangan tersebut. 

Kenyataan tersebut muncul sehari sebelum lawatan penting Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken ke Saudi pada hari ini, Selasa (6 Jun).

Terdahulu, Saudi sedang dirayu oleh Israel dan AS untuk menormalisasikan hubungan dengan Israel. 

Menurut sumber yang diberi taklimat mengenai rundingan itu, sebagai pertukaran untuk mewujudkan hubungan rasmi, Riyadh mahu jaminan keselamatan daripada AS, membantu dalam membangunkan program nuklear awamnya dan mengurangkan sekatan ke atas penjualan senjata.

Kenyataan Katz itu menjadikannya pegawai paling kanan Israel setakat ini yang membuat gesaan menolak tuntutan Riyadh. 

Pada Minggu lalu, Penasihat Keselamatan Israel, Tzachi Hanegbi berkata bahawa usaha Saudi untuk mendapatkan bantuan AS  dengan program nuklear awamnya perlu membersihkan peraturan percambahan balas AS terlebih dahulu, tetapi sebarang perjanjian tidak akan mencapai kemajuan tanpa input daripada Israel.

Israel tidak mempunyai hak veto terhadap pemindahan teknologi AS, tetapi Washington telah lama berunding dengan sekutu terdekat Timur Tengahnya mengenai isu keselamatan dan pertahanan untuk memastikan ia mengekalkan ‘kelebihan ketenteraan kualitatif’ terhadap negara-negara Arab.

Pakar di Institut Kajian Keselamatan Negara yang berpangkalan di Tel Aviv yang sebelum ini berkhidmat dengan Majlis Keselamatan Israel, Yoel Guzansky sebelum ini memberitahu Middle East Eye bahawa adalah satu kesilapan bagi Israel untuk akur dengan tuntutan nuklear Saudi.

“Jika harga untuk keamanan memberikan keupayaan pengayaan Arab Saudi, saya fikir ia terlalu tinggi. 

“Siapa tahu apa yang MBS (Putera Mahkota Mohammed bin Salman) akan lakukan dalam tempoh lima tahun atau bahkan tahun depan,” katanya.

Saudi telah berusaha untuk membangunkan program nuklear selama bertahun-tahun. Sebagai sebahagian daripada rancangan Wawasan 2030, Putera Mohammed menegaskan Saudi ingin menggunakan tenaga nuklear di dalam negeri dan mengeksport sumber uranium yang diperkaya.

Namun, usaha Saudi untuk mendapatkan teknologi nuklear AS  telah dihalang oleh keengganan negara itu untuk menandatangani perjanjian 123 dengan Washington, yang memerlukan negara asing berjanji untuk tidak memperkayakan uranium. 

Saudi sebaliknya telah meneroka cara untuk bekerjasama dengan China dan Rusia dalam program nuklearnya.

Namun, pemerhati politik global melihat bahawa sokongan Israel berkemungkinan penting bagi Saudi untuk mendapatkan sokongan penggubal undang-undang AS mengenai fail nuklear.

Perjanjian normalisasi antara  Saudi dan Israel menikmati sokongan bipartisan yang luas dalam Kongres AS, tetapi tuntutan Saudi memerlukan lobi besar bagi pihak pentadbiran Joe Biden pada masa ahli parti Presiden AS itu sendiri mahu menyekat hubungan itu atas kebimbangan hak asasi manusia. 

Ramai penggubal undang-undang AS juga menyatakan rasa kurang senang dengan cita-cita nuklear Saudi.

Pada Isnin (5 Jun), Blinken dalam kenyataannya mengenai persidangan yang dihoskan oleh lobi pro-Israel, Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Israel Amerika (AIPAC), bahawa AS mempunyai kepentingan keselamatan negara yang sebenar dalam mempromosikan normalisasi antara Israel dan Saudi, dan bahawa beliau akan berusaha untuk memajukan normalisasi semasa lawatannya.

“Kami percaya kami boleh dan mesti memainkan peranan dalam memajukannya. Kami tidak mempunyai ilusi bahawa ini boleh dilakukan dengan cepat atau mudah tetapi kami tetap komited untuk berusaha ke arah keputusan itu, termasuk dalam perjalanan saya ke Riyadh dan Jeddah minggu (hari)  ini,” kata Blinken dalam acara AIPAC.

Menurutnya, sebarang perjanjian menghadapi perjuangan yang sukar, susulan selain tuntutan AS, namun Saudi sebelum ini berkata ia tidak akan menormalisasikan hubungannya dengan Israel sehinggalah negara Palestin merdeka diwujudkan. 

Saudi tidak secara terbuka menyatakan perubahan kepada pendiriannya itu dan Blinken membangkitkan isu yang sama pada acara AIPAC.

“Hubungan Israel yang semakin erat dengan jirannya boleh dan seharusnya memajukan kesejahteraan rakyat Palestin dan prospek penyelesaian kedua-dua Palestin dan Israel,” kata Blinken. – HARAKAHDAILY 6/6/2023   


2. Pulau Pinang, DAP dan pembohongan 


PENTADBIRAN tiga penggal DAP cukup untuk membuat rakyat Pulau Pinang menilai dan memilih.
Siri-siri pembohongan yang dibuat sejak 2008 telah menghilangkan kepercayaan rakyat kepada mereka.
 
Pembohongan berkenaan projek terowong dasar laut.

Sudah lebih 10 tahun dari tarikh projek bernilai RM6.3 bilion ini diumumkan. Bayangkan projek yang telah ditandatangani sejak 2013 ini masih belum dimulakan sama sekali.

Ketika ditanya oleh ADUN Penaga dalam sidang DUN Pulau Pinang Mei lalu, jawapan yang dikemukakan Kerajaan Negeri adalah amat menghampakan.
 
Pembohongan janji mansuh Tol Sungai Nyior. 

Janji ini ditabur Lim Guan Eng pada PRU-12 (2008). Katanya, DAP akan menghapuskan Tol Sungai Nyior apabila diberi kuasa memerintah Negeri Pulau Pinang. 

Kini setelah hampir 15 tahun diberi kuasa, janji tersebut masih belum ditunaikan dengan alasan bahawa mereka tiada kuasa mutlak. Adakah DAP tidak teliti dahulu sebelum membuat janji manifesto? 

11 tahun tagih janji DAP hapus Tol Sungai Nyior

PENTADBIRAN tiga penggal DAP cukup untuk membuat rakyat Pulau Pinang menilai dan memilih.  Siri-siri pembohongan yang dibuat sejak 2008 telah menghilangkan kepercayaan rakyat kepada mereka.

Pembohongan berkenaan projek terowong dasar laut. 

Sudah lebih 10 tahun dari tarikh projek bernilai RM6.3 bilion ini diumumkan. Bayangkan projek yang telah ditandatangani sejak 2013 ini masih belum dimulakan sama sekali.

Ketika ditanya oleh ADUN Penaga dalam sidang DUN Pulau Pinang Mei lalu, jawapan yang dikemukakan Kerajaan Negeri adalah amat menghampakan.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0C1c6CumLLQYcLyDz2sGhKD6Gp4m5HJ3V3UzzLFNTRDW2XzvNH9Y2LWJpdsNh2e13l&id=100050218191264  

Pembohongan dalam pelaksanaan projek tambak laut. Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Pinang Selatan.

Sudah dinyatakan dengan jelas bahawa pemaju perlu mengadakan perbincangan dan mendapatkan persetujuan nelayan terlebih dahulu. Namun hakikatnya, sehingga kini nelayan tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan projek tersebut walaupun diumumkan oleh Perdana Menteri Ke-10 (PMX) untuk dikecilkan kepada 1 pulau.

https://m.facebook.com/watch/

Benarlah kata Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, “DAP adalah pakar putar belit dan propaganda serta tidak teragak-agak untuk mengulangi sesuatu yang tidak benar untuk mengelirukan rakyat.”

PERIKATAN NASIONAL yakin rakyat Pulau Pinang bijak untuk membuat penilaian. 

Sesungguhnya penganut Islam tidak boleh menyokong pembohong, bahkan bukan-Islam yang bermaruah juga sama-sama tidak boleh menyokong pembohong.

Mari sempena PRN ini kita bawa perubahan di Pulau Pinang. Kita tukar kepada kerajaan yang Prihatin, Bersih dan Stabil.

Sekian.

USTAZ ABD RAZIB ABD RAHIM
Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang
Bertarikh: 6 Jun 2023 – HARAKAHDAILY 6/6/2023 



3. Kesuraman ekonomi bakal tenggelamkan PH-BN di Selangor 

MESKIPUN pertumbuhan ekonomi negara pada suku pertama tahun ini adalah positif iaitu pada kadar 5.6 peratus, tidak dapat disangkal lagi hari ini Malaysia sedang menghadapi kemuraman ekonomi.

Kemerosotan nilai Ringgit, kejatuhan Indeks Bursa Malaysia, peningkatan inflasi, ketidakseimbangan eksport import, peningkatan kos sara hidup dan lain-lain lagi, memperlihatkan negara sedang berhadapan dengan kegawatan ekonomi sekiranya Kerajaan PH-BN gagal mengambil langkah-langkah untuk membendungnya.

Tidak mustahil sekiranya situasi kemuraman ekonomi ini berterusan, pertumbuhan ekonomi untuk suku-suku berikutnya menjadi perlahan, malah kemungkinan juga boleh berlaku pertumbuhan negatif. Sehingga hari ini, sikap Kerajaan PH-BN sekadar tunggu dan lihat terhadap perkembangan ekonomi semasa, dan tidak kelihatan langkah-langkah bernas apatah lagi formula-formula di luar kotak untuk menangani kemuraman ekonomi yang sedang dihadapi.

Kemuraman ekonomi ini sudah pasti akan memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat, terutama rakyat teramai yang menjadi pengguna terakhir kepada setiap pengeluaran mahupun perkhidmatan. Hari ini, rata-rata rakyat teramai mengeluh dengan peningkatan harga barangan keperluan dan peningkatan kos sara hidup khususnya masyarakat di bandar dan pinggir bandar sekitar Lembah Klang. Kos sara hidup masyarakat sekitar Lembah Klang sememangnya tinggi berbanding tempat-tempat yang lain.

Menjelang PRN Selangor dan negeri-negeri lain yang bakal berlangsung antara Julai hingga Ogos akan datang, kemuraman ekonomi negara bakal menjadi hambatan besar kepada PH-BN. Kegagalan Kerajaan PH-BN di peringkat Persekutuan dalam menangani kemuraman ekonomi ini, dijangka akan mempengaruhi pengundi-pengundi untuk membuat referendum supaya tampuk pemerintahan negara ditukar. Setakat ini, dua orang Ahli MKT Umno turut memberi peringatan yang hampir sama.

Seperti yang pernah dibangkitkan sebelum ini, PH-BN bakal menghadapi undi protes dari pengundi-pengundi tradisi masing-masing, yang tidak boleh menerima pengkhianatan pimpinan-pimpinan PH-BN terhadap prinsip-prinsip perjuangan mereka sebelum ini. Dengan wujudnya kecenderungan rakyat teramai untuk membuat referendum terhadap kegagalan Kerajaan PH-BN di peringkat Persekutuan, sudah tentu gabungan PH-BN akan menghadapi laluan sukar memenangi PRN khususnya di Selangor.

PH dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dijangka akan meneruskan naratif tradisi mereka, iaitu memerangi salah guna kuasa dan rasuah. Kali ini naratif itu dijangka tidak lagi boleh memikat pengundi-pengundi kerana setelah berkuasa, PH tidak melaksanakan agenda-agenda reformasi yang digembar-gemburkan. Contohnya, janji untuk memisahkan kuasa Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah dilanggar, manakala jawatan-jawatan GLC dan agensi terus diisi oleh figura-figura politik.

Umno pula diyakini kehilangan naratif mereka, kerana semua prinsip-prinsip tradisi yang diperjuangkan oleh generasi Umno terdahulu telah disapu ke tong sampah oleh gerombolan pimpinan tertinggi mereka. Mereka yang mengikuti perjuangan Umno sejak ia ditubuhkan, dapat memerhatikan parti itu sedang terjelepuk di kaki Anwar, individu yang menjadi musuh utama mereka sejak lebih dua dekad yang lalu. Malah, rumah agam Umno kini menjadi persinggahan DAP, parti yang terus mendukung Malaysian Malaysia.        

Melihat kepada perkembangan tersebut, kemuraman ekonomi negara dilihat akan menjadi naratif kempen utama yang bakal mempengaruhi pengundi, bukan lagi naratif salah guna kuasa dan rasuah yang sering dimainkan oleh PH dan bukan lagi naratif anti Malaysian Malaysia yang sering diutarakan oleh Umno. Maka pada pusingan awal ini, gabungan PH-BN berada di pihak defensif yang bakal menjadi lebih buruk sekiranya kemuraman ekonomi negara turut bertambah lebih buruk.

DR MOHD ZUHDI MARSUKI
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat– HARAKAHDAILY 6/6/2023  

Komen Weblog Ibnu Hasyim:Israel lawan nukiear Saudi, sama DAP PP, PH-BN S'gor..

Mengapa begitu? Kerana Menteri tenaga Israel telah menyeru kerajaannya menentang usaha Arab Saudi membangunkan program nuklearnya. Yakni meletakkan halangan baharu dalam usaha jelas Riyadh untuk mengaitkan pemerolehan teknologi nuklear dengan menormalisasikan hubungan dengan Israel.

Hal ini sama jahatnya dengan tadbiran DAP di Malaysia yang membuat rakyat Pulau Pinang dibohongi bersiri sejak 2008 lagi hinggga kini. Begitu juga dengan kemerosotan nilai Ringgit, kejatuhan Indeks Bursa Malaysia, peningkatan inflasi, ketidakseimbangan eksport import, peningkatan kos sara hidup dan lain-lain.  

Hal ini memperlihatkan negara kita sedang berhadapan dengan kegawatan ekonomi sekiranya Kerajaan PH-BN gagal mengambil langkah-langkah untuk membendungnya.

Harapan

Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini untuk membendung kemungkaran berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, termasuk 'barua-barua Zionis Israel' yang ada di negara kita. 

Gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails