Saturday, July 15, 2023

Bebas Palestin-AS masuk Israel, sama PMX beri kuasa DAP.

 

Israel telah memenuhi beberapa syarat untuk kemasukan ke dalam Program Pengecualian Visa Amerika Syarikat (VWP), namun masih menyekat akses untuk rakyat Amerika keturunan Palestin memasuki Palestin melalui Israel. (FOTO: Getty Images)

AS uji langkah warga Palestin-Amerika bebas masuki Israel

WASHINGTON: Amerika Syarikat  akan menguji langkah bagi membenarkan rakyat Palestin-Amerika memasuki Israel untuk ke Palestin bermula bulan Julai ini, di tengah-tengah persediaan untuk memasukkan Israel ke dalam Program Pengecualian Visa AS (VWP).

Israel telah memenuhi beberapa syarat untuk kemasukan ke VWP, namun ia masih menyekat akses kepada rakyat AS berketurunan Palestin, lapor  Reuters, memetik kenyataan pegawai kerajaan yang tidak dinamakan itu sebagai berkata, AS memerlukan Israel untuk menunjukkan akses timbal balik untuk semua rakyat Amerika di sempadannya dan ke Tebing Barat yang diduduki.

Pada Ahad (25 Jun) lalu, Menteri Luar Israel,  Eli Cohen memberitahu Ynet TV bahawa ‘program perintis’ akan dilancarkan pada bulan Julai  ini untuk membantu mengekalkan pencalonan VWP Israel di landasan yang betul.

Seorang pegawai yang tidak dinamakan memberitahu Reuters bahawa tempoh percubaan itu akan berlangsung antara 30 hingga 45 hari, yang akan menyaksikan pegawai kerajaan AS memantau perjalanan warga Palestin-Amerika melalui Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv dan di pusat pemeriksaan Tebing Barat.

“Warga Palestin-Amerika yang berpangkalan di AS dan mereka yang tinggal di Tebing Barat  juga akan dimasukkan dalam program tersebut,” ujar kenyataan itu.

Terdahulu, Israel telah dituduh menafikan kemasukan dan menyoal siasat rakyat Palestin, warga  termasuk Palestin-Amerika  di Lapangan Terbang Ben Gurion.

Menurut Yayasan Institut Arab Amerika, terdapat antara 122,500 dan 220,000 rakyat Amerika berketurunan Palestin.

Seorang warga Palestin-Amerika mengembara ke Tebing Barat melalui Jordan, Osama Abdel Aziz  berkata, dia berharap dapat mengambil laluan yang dekat untuk ke Palestin  pada masa hadapan.

Dalam kunjungan terbaharu saya ke Palestin, ujar Osama kepada The New Arab, pihak berkuasa Israel tidak menimbulkannya banyak masalah tetapi membuatkan dia terpaksa  menunggu di sempadan selama 15 jam.

“Adalah lebih mudah untuk melalui Lapangan Terbang Ben Gurion daripada pergi ke Amman, Jordan kemudian jambatan Allenby untuk ke Palestin,” katanya. – HARAKAHDAILY 28/6/2023  


Komen Weblog Ibnu HasyimBebas Palestin-AS masuk Israel, sama PMX beri kuasa DAP.

Lihat ini..

(i) DAP, beruk dapat canggung guna kuasa sepenuhnya. 

DAP guna kuasa sepenuhnya walaupun sedikit. BANDAR BARU BANGI: DAP kini bukan sahaja berkuasa, tetapi akan menggunakan kuasa jika peluang diberikan kepada parti itu.

Pengerusi PERIKATAN NASIONAL (PN) Parlimen Bangi, Mohd Shafie Ngah, berkata kuasa itu akan digunakan walaupun peluang kuasa itu hanya sedikit.

Beliau menceritakan pengalamannya ketika menunggu untuk menaiki kapal terbang ke Kuala Terengganu di Terminal KLIA 2, baru-baru ini.

Sementara menunggu `check in (daftar masuk), kita tunggu di tempat selesa sambil menonton televisyen di KLIA 2. Saya terkejut dan tertanya-tanya, semua rancangan dan wajah yang keluar di televisyen yang dipaparkan di KLIA 2 adalah ahli DAP…mengejutkan. Ini tak berlaku sebelum ini.

“Semuanya diulang tayang, pemimpin yang serupa, mana pergi pemimpin lain? Tak tahu. Ini menunjukkan betapa berkuasanya mereka dan berapa menggunakan kuasa jika peluang diberikan kepada mereka,” katanya ketika program Jelajah Selangor Baharu dan pelancaran jentera pilihan raya Parlimen Bangi di sini, malam tadi.

Turut hadir Setiausaha PN Selangor, Dr Afif Bahardin; Timbalan Pengerusi PN Parlimen Bangi, Datuk Wan Saiful Wan Jan; bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar serta Ahli Parlimen Tanjong Karang, Dato’ Dr Zulkafperi Hanapi dan Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob.

Beliau berkata, perkara yang dibangkitkan ini tidak berkaitan dengan identiti bangsa, tetapi peluang yang diberikan kepada DAP, walaupun sedikit pun akan digunakan sepenuhnya supaya rakyat Malaysia berasa norma baharu diterima oleh semua. – HARAKAHDAILY 18//6/2023

(ii) Begini menteri madani DAP M'sia.. 


Pada 29 Jun baru-baru ini, tular dilaporkan mengenai seorang Menteri yang menceroboh masuk dan mencetuskan kekecohan di balai ketibaan Antarabangsa  KLIA bagi menyelamatkan wanita warga Cina yang ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

“Bila dihalang, dia menggunakan kuasa menterinya dan marah Polis Bantuan KLIA dan pegawai Imigresen kerana mahu menyelamatkan wanita warga China itu,” demikian dilaporkan oleh sebuah portal.  

Kesimpulan:

Jom tinggalkan PMX Malaysia..

Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Walaupun disebut kebebasan warga Palestn-AS masuk Israel, tetapi ianya sama dengan PMX beri kuasa kepada DAP di Malaysia untuk menunggang PMX sendiri supaya menghalang kebangkitan Islam di negara ini.

Begitu jahatnya mereka. 

Oleh itu gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..
Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN 


Bersambung..

Sekian. Wassalam. 
Dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Friday, July 14, 2023

Ini jawab 'pembodohan Anwar'. Madani hilang S'gor&N9 -kajian S'pura.



.1. Menjawab pembodohan Anwar Ibrahim


GELI hati saya mendengar jawapan Anwar apabila ditanya seorang pelajar mengenai parti yang patut dipilih dalam PRN nanti.

Pilih parti yang sudah terbukti berjaya ataupun parti yang selari dengan Kerajaan Persekutuan walaupun cacamerba.

Pelajar itu ambil contoh Terengganu. Pelajar itu bagi fakta kenaikan kadar pertumbuhan ekonomi di Terengganu yang diukur melalui KDNK.

Fakta tersebut diambil melalui Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), bukan daripada Kerajaan Negeri Terengganu.

Anwar macam biasa, semua benda nak buat pandai walaupun bodoh.

Perdana Menteri ke-10 (PMX) bagi tahu walaupun peningkatan ekonomi Terengganu tinggi pada tahun 2021 iaitu naik 4 peratus ia masih rendah berbanding Selangor yang naik 1 peratus, kerana Terengganu negeri miskin, Selangor negeri kaya.

Tak betul tu Bang Non, untuk makluman Bang Non KDNK adalah ukuran prestasi dan kerancakan aktiviti ekonomi di sesebuah negeri. Ia tiada kaitan dengan tahap kekayaan atau pendapatan negeri tersebut.

Kalau KDNK diukur berdasarkan tahap pendapatan dan kekayaan, tak usah dibuat perbandingan KDNK antara Malaysia dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Jepun, Korea Selatan dan Singapura. Kerana sudah tentu tahap kekayaan negara kita jauh lebih rendah daripada mereka.

Kemudian Bang Non turut berkata sektor paling tinggi di Terengganu adalah sektor minyak mentah dan gas asli yang menyumbang kepada KDNK,

Bang Non nak claim peningkatan KDNK adalah sebab PETRONAS, PETRONAS bawah Kerajaan Persekutuan, jadi sebab Kerajaan Persekutuanlah KDNK Terengganu tinggi.

Wahai PMX, pelajar itu menyatakan mengenai pertumbuhan KDNK, apa yang PMX jawab itu pendapatan negeri. Kalau PMX tak boleh nak bezakan benda ini, mohon diam.

Adapun berkenaan KDNK, sektor paling besar menyumbang kepada KDNK mengikut turutan adalah sektor perkhidmatan, pembuatan, pertanian, pembinaan dan perlombongan.

Industri minyak dan gas berada di dalam sektor perlombongan wahai PMX.

Purata sumbangan KDNK sektor ini kepada Terengganu hanyalah di bawah satu peratus. Ini adalah fakta yang jelas dinyatakan berdasarkan laporan DOSM.

Ok kalau nak sangat kata sebab PETRONAS KDNK Terengganu mencanak, PETRONAS dah wujud lama, bukan sejak Bang Non jadi Perdana Menteri.

Adoi! Lemah sungguh Perdana Menteri kita ni, malang buat Malaysia. Patutlah Tun bermatian tak nak bagi Bang Non jadi Perdana Menteri.

Hanya penjilat Bang Non yang kurang cerdik saja mudah ditipu dengan mudah. Semoga segera tumbang.

RAZAK BIDIN – HARAKAHDAILY 11/7/2023
Postscript – Yang tersirat daripada soalan pelajar itu adalah Kerajaan PAS Terengganu terbukti berjaya membangunkan ekonomi negeri.
Kredit gambar – Bro Zam Yahya


2. Badan kajian S’pura jangka PH hilang Selangor, N Sembilan 

KOTA BHARU: Kajian yang dibuat sebuah badan dari Singapura mendedahkan Kerajaan Madani kemungkinan hilang Selangor dan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kajian tersebut selari dengan ramalan yang dibuat oleh PERIKATAN NASIONAL (PN) sebelum ini.

Selain itu katanya Pakatan Harapan (PH) juga menghadapi persaingan serta kejutan yang akan berlaku di Pulau Pinang, manakala PN akan terus memperkukuhkan cengkaman di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Maklumat tersebut agak munasabah dengan kajian yang kita buat. Saya juga pergi banyak tempat jelajah bersama pimpinan PN, didapati sokongan rakyat kepada PN semakin meningkat.

“Bukan kita over confident, tidak boleh, tetapi hakikatnya rakyat kekal bersama kita,” katanya pada Dialog Isu Semasa di Kota Bharu Trade Center (KTC) di sini malam tadi.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu juga berkata, pembahagian kerusi antara PH dan Barisan Nasional (BN) merugikan Umno, sedangkan diuar-uarkan parti itu mempunyai tiga juta ahli.

Oleh itu kata beliau Presiden Umno, Dato’ Seri Zahid Hamidi perlu dipertanggungjawabkan sekali lagi sekiranya parti tersebut gagal mendominasi kerusi pengundi Melayu pada PRN nanti.

Malah jelas beliau lagi 26 tokoh penting Umno bersama penyokongnya sudah bersedia untuk mengangkat kaki kerana Umno tidak lagi dihargai dalam gabungan tersebut.

“Sampai PH memerlikan Umno kalau boleh menang satu dua kerusi pun sudah dianggap besar. Kita pun sedih Umno sebuah parti besar dengan tiga juta ahli sekarang menjadi pengemis meminta kerusi.

“Umno jadi pengemis di negeri majoriti orang Melayu daripada parti yang didominasi bukan Melayu, mereka tidak akan beri kerusi dia kepada Umno, percayalah,” katanya. – HARAKAHDAILY 7/7/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini jawab 'pembodohan Anwar'. Madani hilang S'gor&N9 -kajian S'pura.

(i) Ini boneka tanpa sedar. 


Anwar daripada PKR telah dapat habuan menjadi Perdana Menteri manakala DAP pastinya juga turut mendapat habuan mereka. Mari kita lihat antara habuan yang diperolehi oleh DAP,

i) Penarikan Rayuan Kes Jill Ireland dalam isu kalimah Allah dipercayai dipengaruhi oleh DAP. Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah menyatakan Menteri DAP pernah memohon agar kes ini ditarik pada 2020 sewaktu PH masih memerintah dan akhirnya pada 2023 kes ini ditarik jua.

ii) Menerima peruntukan besar dari Perdana Menteri ke-10 (PMX) untuk ‘memajukan’ Pulau Pinang. Nga Kor Ming sendiri menyebut, “Peruntukan berjumlah RM211.405 juta menerusi 41 projek di Pulau Pinang adalah peruntukan paling besar yang pernah diberikan kepada Pulau Pinang.”

iii) Pelantikan di posisi strategik seperti Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan. Posisi ini sangat penting kerana ia membabitkan urusan hal ehwal Pihak Berkuasa Tempatan dan Perumahan.

DAP juga menguasai Exco dengan portfolio yang lebih kurang sama di ke semua negeri bawah pemerintahan PH.

Sebagai contoh,

Selangor: YB Tuan Ng Sze Han (DAP)
Pulau Pinang: YB Jagdeep Singh Deo A/l Karpal Singh (DAP)
Negeri Sembilan: YB Tuan Teo Kok Seong (DAP)

Bukankah posisi ini memberi ruang lebih mudah kepada DAP untuk mencapai agenda mereka dalam aspek ini antaranya menjayakan Pilihan Raya PBT?

Ada masanya seorang ‘puppet’ tidak sedar bahawa dia ialah boneka yang sedang dicatur musuh. Dia sangka dialah yang mencatur, tanpa disedari sebenarnya dialah yang sedang dicatur!

Sedutan dari DR. MOHD ZUHDI MARZUKI
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat – HARAKAHDAILY 10/7/2023

(ii) 10 bukti DAP-PH cetus api perkauman dan agama 

Disenaraikan di sini, 10 Bukti Pimpinan DAP-PH Pencetus Api Perkauman Dan Rasis
(Edisi Kemaskini daripada catatan Dr. Asyraf Wajdi)

1) Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mendakwa PAS akan musnahkan tokong dan menafikan hak bukan-Islam jika memerintah Pulau Pinang. (7 Julai 2023).

2) Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mendakwa kononnya Pulau Pinang akan dihapuskan jika PN menang di Pulau Pinang.(30 Jun 2023).

3) DAP cuba mencucuk jarum perkauman dengan mempolitikkan isu kompaun PBT terhadap pakaian peniaga di Kelantan. (Jun 2023).

4) Bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mendakwa Malaysia tidak lagi memerlukan parti Melayu (Jun 2023).

5) Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy mempersoalkan penguasaan Melayu dalam perkhidmatan awam. (Februari 2023).

6) Exco DAP, Teng Chang Kim bersikap biadab apbila mengaitkan isu arak dengan solat. (Januari 2023).

7) Ketua DAP Perak, Nga Kor Ming mendakwa Malaysia akan menjadi Taliban apabila ditadbir PAS. (November 2022).

8) Bekas pimpinan kanan DAP, Lim Kit Siang menekankan bahawa Malaysia tidak memerlukan Ketuanan Melayu, sebaliknya hanya perlukan Ketuanan Malaysia. (November 2022).

9) Penceramah DAP, Hew Kuan Yew membuat kempen rasis dengan menyeru masyarakat Cina menyambut baik perpecahan Melayu. (November 2022).

10) Pimpinan DAP, P.Ramasamy campur tangan dalam isu pengislaman tiga kanak-kanak sehingga mendakwa kes ini membabitkan paksaan memeluk Islam. (Februari 2022)

Sedutan dari KAMIL ARIF BAIHAGI Pengerusi SiswaPAS Malaysia – HARAKAHDAILY 13/7/2023

Kesimpulan:

Jom tinggalkan PMX Malaysia..

Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Inilah jawapan 'pembodohan Anwar'. dan pendedahan kerajaan Madani yang akan hilang S'gor&N9 -hasil kajian S'pura. 

Kepada rakyat Malaysia, tungggu apa lagi, sila gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..
Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN 


Bersambung..

Sekian. Wassalam. 
Dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Serangan seksual/mabuk. & ADUN (DAP?) kahwin sejenis, perogol..

 

Pangsapuri di daerah Tsim Sha Tsui, Hong Kong.

1. 7 pegawai penjara digantung tugas selepas lakukan serangan seksual terhadap wanita.


HONG KONG: Tujuh pegawai penjara Hong Kong ditahan dan digantung kerja selepas media tempatan melaporkan mengenai serangan seksual yang dilakukan ke atas seorang wanita selepas menghadiri pesta hujung minggu. 

Jabatan Perkhidmatan Penjara dalam kenyataan berkata, kesemua pegawai berusia antara 20 hingga 30-an itu digantung tugas dan sebarang pelanggaran undang-undang tidak akan diterima. Penyiar tempatan, Cable TV berkata, mangsa sebelum ini dijemput ke sebuah parti di sebuah pangsapuri di daerah Tsim Sha Tsui, Hong Kong yang turut dihadiri tujuh pegawai berkenaan.

Dalam kejadian itu, tiga pegawai lelaki berkenaan disyaki merogol wanita berusia 31 tahun itu di apartmen terbabit, manakala empat lagi melihat kejadian itu sambil melakukan onani di tepi katil, lapor South China Morning Post. 

Mangsa memberitahu polis bahawa dia berada dalam keadaan mabuk dan pengsan sebelum dirogol, kata akhbar itu. 

Dia membuat laporan polis keesokan paginya selepas sedarkan diri dan ditinggalkan bersendirian tanpa pakaian di kediaman berkenaan. 

Setakat ini, tiada sebarang maklum balas lanjut berkaitan kes berkenaan oleh pihak polis.- REUTERS 


2. Bekas ADUN kahwin sejenis tak wakili DAP lagi – Chong 
Ketua Wanita DAP, Chong Eng

KUALA LUMPUR – DAP tidak mengiktiraf golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan bekas wakil rakyat yang dikaitkan dengan isu berkenaan tidak lagi mewakili parti itu.

Ketua Wanita DAP, Chong Eng yang juga Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama Selain Islam Pulau Pinang berkata, wanita yang dikaitkan dengan perkahwinan sejenis itu sudah berundur dari politik dan kini menetap di Amerika Syarikat (AS).

“Isu ini perlu dihentikan. Tindakan pihak yang menggunakan isu perkahwinan sejenis dipercayai bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balik Pulau yang tular di media sosial kononnya disokong kerajaan adalah tidak berasas.

“Bekas ADUN ini difahamkan sudah menetap di AS selepas meninggalkan Malaysia yang beliau tidak lagi mewakili DAP selepas berundur dari politik. Kita juga tidak mengetahui apa-apa yang dilakukan dia selepas pergi ke negara itu,” katanya seperti dilaporkan media hari ini.

Sebelum itu, tular di media sosial perkahwinan sejenis memaparkan dua wanita membabitkan warga tempatan dan luar negara di sebuah premis inap desa persendirian di Balik Pulau awal minggu ini.

Difahamkan perkahwinan terbabit dikatakan berlangsung bulan lalu dan dihadiri ahli keluarga serta teman rapat.

Kelmarin, Yang Dipertua Majlis Islam Negeri Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan berkenaan. -MalaysiaGazette


3. Bekas ADUN DAP bersalah merogol July 27, 2022  


IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong dihukum penjara 13 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya pada 2019.

Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan hukuman itu ke atas Yong selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman itu sementara rayuan difailkan di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah kemudian membenarkan Yong diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin selain dokumen perjalanan diserahkan kepada mahkamah.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Abdul Wahab berkata hukuman berat perlu dikenakan bagi memberi teladan kepada Yong dan masyarakat.

Beliau berkata ia supaya benar-benar memberi pengajaran dan amaran kepada mereka yang bertindak untuk melakukan kesalahan itu.

“Sebagai majikan sepatutnya bagi perlindungan kepada warga asing tetapi bertindak semata-mata nafsu serakah,” katanya.

Pada 31 Mac 2022, pasukan pembelaan diketuai peguam Datuk Rajpal Singh bersama Salim Bashir menutup kesnya selepas memanggil tiga saksi iaitu Yong, 52, dan isteri, Too Choon Looi, 46, serta bapa saudara kepada pembantu rumah itu.

Yong didakwa merogol pembantu rumah warga Indonesia berusia 23 tahun itu di sebuah bilik di tingkat atas rumahnya di Meru Desa Park antara 8:15 hingga 9:15 malam pada 7 Julai 2019.

Pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Perak, Azlina Rasdi dibantu dua Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd Radzi dan Mohd Fitri Sadarudin.

Sementara itu, Setiausaha di Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur, Junjungan Sigalingging ketika ditemui di luar mahkamah berkata pihaknya berpuas hati dengan keputusan mahkamah yang menunjukkan sistem perundangan negara ini yang adil. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu HasyimSerangan seksual/mabuk. & ADUN (DAP?) kahwin sejenis, perogol..


Lagi, lihat ini.

(i) Anwar tidak layak kekal sebagai Perdana Menteri 

Saya bukan jenis manusia yang suka berbohong dan tidak mengotakan janji. Yang suka berbohong dan tidak menunaikan janji ialah Anwar Ibrahim.

Dengan pembohongan yang terbaharu ini, semakin jelas Anwar Ibrahim bukanlah seorang yang layak untuk kekal menjadi Perdana Menteri.

TAN SRI MUHYIDDN YASSIN 8 Julai 2023 – HARAKAHDAILY 8/7/2023


(ii) Masyarakat kaum Cina perlu berani buat perubahan 

Selagi DAP masih mendapat tempat dalam kerajaan selagi itulah orang-orang Melayu Islam akan terancam dengan tindakan DAP yang mewujudkan permusuhan dengan masyarakat Cina.

Ayuh seluruh rakyat Malaysia, kita lakukan perubahan untuk merobohkan doktrin permusuhan yang telah dibina oleh DAP serta memadamkan persepsi orang Melayu selama ini bahawa DAP adalah parti yang mewakili masyarakat Cina. Inilah tanggungjawab kita dalam memastikan negara ini tetap aman dan harmoni.

MUHAMMAD FAUZI YUSOFF Pesuruhjaya PAS
Pulau Pinang – HARAKAHDAILY 12/7/2023

Kesimpulan:

Jom tinggalkan PMX Malaysia..

Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita.

Lagi mabuk punya hal, serangan seksual kerana mabuk. Dan terbaru ADUN (DAP?) kahwin sejenis dan sebelumnya dikaitkan dengan perogol.. 

Namun 'Gelombang Hijau' terus melanda DAP yang khianat kepada negara itu.

Kepada rakyat Malaysia, sila gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..
Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN 


Bersambung..

Sekian. Wassalam. 
Dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Thursday, July 13, 2023

A/Saudi kreatif: The Line, Piala Dunia. & K'tan juga


Putera Mahkota e Mohammed bin Salman (FOTO: Arab News)

Putera Mohammed dedahkan idea awal The Line

RIYADH: Putera Mahkota Mohammed bin Salman telah membincangkan beberapa idea terawal mengenai reka bentuk The Line, kemegahan masa depan Arab Saudi, dan maksud projek mega itu kepada kerajaan Saudi dan dunia secara amnya.

Bandar raya moden dan pintar yang bercita-cita tinggi itu adalah sebahagian daripada projek pembangunan utama NEOM Arab Saudi, yang terletak di utara Saudi, dan beliau membayangkan semula bagaimana kehidupan bandar sepatutnya pada abad ke-2

“Kerajaan  Saudi bermatlamat mahu mencipta tamadun baharu untuk masa depan dan telah menggesa negara untuk bertindak sama demi membina planet yang lebih baik,” katanya  itu dalam wawancara dengan Discovery Channel mengenai The Line yang disiarkan pada hari Isnin (26 Jun), waktu tempatan.

Beluiu bercakap dalam dokumentari tentang bagaimana idea reka bentuk di sebalik terhasil dan apa yang akhirnya ia menjadi sesuatu yang sangat bermakna untuk Saudi, lapor Arab News.

“Memandangkan negara ini  mempunyai tempat kosong, dan kita mahu mempunyai tempat untuk 10 juta orang populasi, maka marilah kita berfikir dari awal,” kata putera mahkota itu. 

Pembinaan The Line sejauh 170 kilometer merupakan sebahagian daripada projek bandar raya futuristik, Neom di Arab Saudi. (FOTO Neom.com)

“Kami bercakap tentang banyak idea, ‘mengapa kami tidak boleh membina bulatan?’” kongsinya sambil mengimbau langkah pertama dalam proses reka bentuk bandar itu. 

“Kami boleh menghubungkannya dengan mobiliti dan membinanya secara perlahan-lahan sehingga ia siap untuk 10 juta penduduk,” tegas Putera Mahkota itu.

Selepas sumbang saran dan pertandingan untuk pereka terbaik untuk idea tentang penampilan bandar itu, satu pilihan reka bentuk menonjol telah dipilih.

“Mereka (pereka-pereka yang bertanding) memberikan kami bandar berdasarkan kaedah sedia ada tetapi dengan penyelesaian yang lebih baik… kecuali seorang, yang berkata: ‘Mari kita ubahnya daripada bulatan kepada garisan’,” tambahnya.

Dari situ, Putera Mahkota mencadangkan akan mewujudkan rupa ikonik yang akhirnya dikenali sebagai The Line itu. 

Ilustrasi struktur Mirror Line di hujung The Line yang menghadap lautan luas. (FOTO news.18.com)

“Idea infrastruktur bagus, tetapi apabila anda masuk ke dalamnya, dengan lebar 2 kilometer, anda tidak merasakannya sebagai sejauh itu. 

“Saya memberitahu pasukan perancang The Line, ‘bagaimana pula jika kita mengambil 2km itu dan membeleknya (supaya ia menjadi) dua menara (merentasi) keseluruhan barisan, adakah ia akan berfungsi atau adakah ia terlalu besar?’

“Hasilnya ialah fenomena reka bentuk bandar sepanjang 170km, 200 meter lebar yang akan dijalankan pada 100 peratus tenaga boleh diperbaharui, dengan 95 peratus tanah dipelihara untuk alam semula jadi – dan ia akan bebas aliran trafik kereta,” ujarnya lagi.

Beliau berkata reka bentuk itu akan menjelaskan struktur dalaman bandar berbilang lapisan itu dan menangani masalah bandar rata rata dan mendatar.

Ilustrasi struktur penempatan penduduk di bangunan Mirror Line yang terletak di The Line, di tengah bandar raya pintar futuristik Neom, di Arab Saudi pada ketinggian 500 meter di atas paras laut. (FOTO Constructionweekonline)

Putera mahkota berkata, penduduk Arab Saudi pada 2030 dijangka mencecah antara 50 dan 55 juta, meningkat dengan ketara daripada 33 juta sekarang. 

“Pada 2030, kami akan mencapai kapasiti penuh infrastruktur sedia ada di Arab Saudi,” katanya, yang menekankan akan keperluan pembinaan bandar raya baharu, The Line itu.

“The Line akan menangani cabaran yang dihadapi manusia dalam kehidupan bandar hari ini dan akan menyinari cara alternatif untuk hidup,” 

“Kita tidak boleh mengabaikan kebolehdiaman dan krisis alam sekitar yang dihadapi oleh bandar-bandar lain di dunia yang kita diami ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/6/2023   


Komen Weblog Ibnu Hasyim: A/Saudi kreatif: The Line, Piala Dunia. & K'tan juga   

Lihat juga ini..

(i) Jeddah tuan rumah Piala Dunia Kelab 2023 

Stadium Bandar Sukan Raja Abdullah, antara gelanggang bola sepak terbaik Arab Saudi

Badan induk bola sepak dunia, FIFA, semalam, mengumumkan Piala Dunia Kelab 2023 akan berlangsung di Jeddah, Arab Saudi.

Keputusan itu dibuat selepas lawatan delegasi FIFA ke bandar itu, minggu lalu untuk menilai persiapan yang dijalankan bagi kejohanan itu.

“Kami gembira kerana Jeddah dengan kemudahan terkini dan reputasi menganjurkan acara sukan antarabangsa utama, dipilih sebagai bandar tuan rumah untuk Piala Dunia Kelab FIFA,” kata Presiden Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF), Yasser Al Misehal.

Kejohanan itu yang akan berlangsung mulai 12 hingga 22 Disember akan diadakan di Arab Saudi buat kali pertama seperti yang diumumkan sebelum ini pada Februari lalu.

Piala Dunia Kelab edisi 2023 akan menjadi yang terakhir dijalankan mengikut format semasa — pertandingan tahunan dengan tujuh pasukan — yang akan dihentikan sebelum diperluaskan kepada 32 pasukan yang kali pertama diadakan di Amerika Syarikat pada 2025. – REUTERS

(ii) Israel lawan nukiear Saudi, sama DAP PP, PH-BN S'gor.. 

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) dan Israel Katz dalam sesi khas untuk mengundi kerajaan baharu di Knesset, Baitulmaqdis pada 13 Jun 2021 (FOTO FAIL: AFP)



(iii) Kretifnya Kelantan terus lalui banyak perubahan biarpun ditekan dan ditindas kerajaan pusat.

KOTA BHARU: Kelantan telah mengalami banyak pembaharuan, pembangunan dan kemajuan serta pencapaian berbanding 30 tahun dahulu walaupun berdepan tekanan politik sejak tahun 1990. 

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pengalaman suka duka itu dilalui dengan kemampuan sendiri berkat dasar ‘Membangun Bersama Islam’ pentadbiran kerajaan negeri.

Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menurutnya, telah memperkenalkan dasar yang mantap itu di mana bijak mengemudi negeri dengan sokongan para pegawai tadbir dan ahli-ahli politik.

“Dulu bila kita menang orang ingat PAS ni antipembangunan dan PAS ni tidak boleh mentadbir negeri dan tidak ada perancangan,” ujarnya pada program Sembang Santai sempena Karnival Kelantan Maju Rakyat Sejahtera di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini semalam.

Beliau memberikan petunjuk di mana dahulunya pendapatan negeri banyak bergantung kepada pembalakan, tetapi pentadbiran yang semakin cekap telah merubah perolehan hasil daripada sumber lain.

Menurut ADUN Panchor itu, balak kini berada di kedudukan ketiga, sebaliknya pendapatan utama Kerajaan Negeri Kelantan diperolehi daripada hasil tanah dan perkhidmatan.

“Makna pergantungan utama kita (kepada balak) ni sudah turun. Dulu orang ingat Kelantan ni kalau tak ada balak tak dak duit. Tapi dengan penyusunan kita, perancangan kita, kita berjaya mengurangkan pergantungan kita kepada balak. 

“Dalam masa yang sama kita boleh bangunkan negeri ini, sebab ada income perkapital kita, pertumbuhan ekonomi kita semakin semakin meningkat,” ujarnya yang juga Naib Presiden PAS.

Rangsangan juga nyata beliau, ditunjukkan menerusi pencapaian agensi-agensi kerajaan negeri termasuk dalam aspek kesejahteraan rakyat seperti pemberian geran tanah dan meningkatkan lagi sektor pendidikan. – HARAKAHDAILY 23/6/2023

Kesimpulan:

Jom tinggalkan PMX Malaysia..
Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails