Saturday, July 29, 2023

Gelombang penduduk Cina menakutkan? Komen MB Perlis..

 

Barisan calon PERIKATAN NASIONAL di Pulau Pinang yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 pada 12 Ogos ini.

Gelombang sokongan penduduk Cina Pulau Pinang terhadap PN -MB Perlis.

PADANG BESAR: “Saya hadir di sana (Pulau Pinang) dan jumpa sebahagian penduduk Cina kebanyakan mereka bersama dengan PN. Itu yang diluahkan kepada saya di kedai kopi dan di tempat awam semuanya berhasrat begitu.” 

Demikian kata Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli ketika ditemui di Stesen Penyelidikan FRIM, Mata Ayer, di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau juga telah hadir di Kedah malam tadi pada majlis pengisytiharan calon PERIKATAN NASIONAL (PN) dan melihat secara atas talian program serupa di Pulau Pinang dan Selangor

“Saya lihat gelombang rakyat belum reda malah semakin meningkat dan saya yakin apa yang dilihat di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah, PN akan menang di enam negeri yang terbabit dengan PRN 2023,” tegasnya sambil menambah, beliau yakin PN akan membuat kejutan di Pulau Pinang dan Selangor.

“Pulau Pinang pun ada gelombang kebangkitan anak muda dan pergolakan yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan memberi kelebihan kepada PN,” ujarnya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis berkata, pergolakan yang berlaku membabitkan parti komponen PH-BN itu akan memberi kelebihan kepada PN.

Tambah beliau, gelombang di Negeri Sembilan dilihat berlaku secara senyap seperti di Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November lepas.

“Negeri Sembilan ni macam Perlis, senyap sahaja lepas itu akan berlaku perubahan. Selangor pula mengalami gelombang hebat insya-Allah akan berlaku perubahan,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/7/2023


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Gelombang penduduk Cina menakutkan? Komen MB Perlis..

Lihat ini..

(i) Rakyat bimbang harga barangan asas naik lagi. 


MB Perlis, Mohd Shukri Ramli menegaskan bahawa kerajaan PH-BN perlu memberi keutamaan kepada isu tersebut kerana ia boleh menjejaskan kehidupan rakyat terutamanya golongan miskin.

“Buat masa sekarang kita perlu tingkatkan ekonomi rakyat dan mengawal harga barang terutamanya keperluan harian,” kata beliau.

(ii) Serangan politik Sanusi bangkitkan gelombang rakyat 


Kesan serangan musuh politik terhadap Menteri Besar (MB) Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor secara tidak langsung mengundang gelombang rakyat terhadap PERIKATAN NASIONAL (PN).

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Ahmad Yahaya berkata, 
“Namun, penyokong dan pendukung menjadi benteng pertahanan supaya PN tidak goyah diserang musuh,”. 

Katanya pada majlis pengumuman calon PN Kedah di Kompleks PAS Kedah, malam tadi.

Kesimpulan: 

Jom tinggalkan PMX Malaysia.
Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Oleh itu, buat masa ini, tak payah susah-susah, gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

RM38 juta, emas RM60 juta, Datuk ditahan. Rasuah masih di PMX..



Datuk, sekutu ditahan dengan wang tunai RM38 juta, emas RM60 juta

Kuala Lumpur: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan sekutunya ditahan dengan wang tunai RM38 juta, emas seberat anggaran 200 kilogram bernilai kira-kira RM60 juta serta 17 kereta mewah dalam Op 82S yang diadakan besar-besaran, kelmarin.

Menurut sumber, pasukan Petugas Agensi-Agensi Penguatkuasa Malaysia - Multi Agency Task Force (MATF) yang diketuai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan operasi besar-besaran itu sekali gus melumpuhkan satu sindiket rasuah, pecah amanah, penyeludupan barang-barang haram dan pengurangan cukai tidak sah.

"Operasi itu dijalankan dengan kerjasama enam agensi penguatkuasaan lain iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Siber Sekuriti Malaysia (CSM).

"Operasi yang diberi nama Op 82S adalah kes pertama yang dijalankan di bawah Pasukan Petugas MATF yang dipengerusikan oleh Peguam Negara," katanya.

Friday, July 28, 2023

Bakar Al--Quran di Sweden, teruk lagi tolak negara asas Quran di M'sia.

'Bakar al-Quran perbuatan yang keji' - Turki kutuk tindakan Sweden

Salwan Momika yang berasal dari Iraq mendakwa, tindakannya membakar al-Quran sebagai menekankan kepentingan kebebasan bersuara. - Foto Facebook/Abiyam Plus

KERAJAAN Turki mengutuk keputusan pihak berkuasa Sweden yang membenarkan demonstrasi pembakaran kita suci al-Quran di luar masjid di Stockholm pada Rabu bertepatan dengan sambutan Hari Raya Aidiladha iaitu salah satu daripada perayaan paling penting bagi umat Islam.

Kebenaran yang diberikan kepada seorang lelaki yang melakukan pembakaran itu dilihat mungkin mengancam usaha Sweden untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sebelum persidangan penting blok tersebut pada bulan depan.

Keputusan untuk membenarkan protes tersebut dilakukan adalah berdasarkan hak kebebasan bersuara, kata polis Sweden, yang turut mendakwa, demonstrasi itu tidak mencetuskan sebarang risiko keselamatan.

Bagaimanapun, protes berkenaan hanya mengundang kemarahan Turki iaitu sebuah negara anggota NATO yang telah menghalang usaha Sweden untuk bergabung.

Sweden dan negara jirannya, Finland secara rasmi memohon untuk menyertai blok tersebut setelah Rusia melancarkan pencerobohan ke atas Ukraine.

Sehubungan itu, Menteri Luar Turki mengutuk protes tersebut dengan menyifatkannya sebagai "perbuatan yang keji."

"Adalah tidak dapat diterima untuk membenarkan tindakan anti-Islam ini dengan alasan kebebasan bersuara. Menutup mata terhadap tindakan keji seperti ini adalah seperti bersubahat dalam tindakan tersebut," kata Hakan Fidan dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Dalam perkembangan sama, Pengarah Komunikasi Kerajaan Turki, Fahrettin Altun dalam ciapan di Twitter menegaskan: "Kami sudah muak dengan kebenaran terhadap Islamofobia dan kebencian berterusan terhadap agama kami oleh pihak berkuasa Eropah terutamanya di Sweden."

"Mereka yang ingin menjadi sekutu kita dalam NATO tidak boleh bertoleransi atau membenarkan tingkah laku yang merosakkan oleh pengganas Islamofobia dan xenofobia," katanya.

Sementara itu, lelaki yang membakar al-Quran itu, Salwan Momika, 37, berkata, dia tiba di Sweden lima tahun lalu dari Iraq dan memiliki kerakyatan negara itu.

Salwan turut memberitahu, dia menganggap dirinya sebagai individu yang berpegang kepada hidup tanpa tuhan atau golongan ateis.

Katanya, tindakan yang dilakukannya itu sebagai menekankan kepentingan kebebasan bersuara.

Momika, telah didakwa oleh polis Sweden atas tuduhan "memprovokasi kumpulan etnik" selepas dia menghina dan membakar al-Quran di luar masjid utama di Stockholm.

Mengulas tindakan menghina kitab suci al-Quran itu, Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson berkata, protes yang dilakukan Momika itu adalah “mengikut undang-undang tetapi tidak sesuai" dan terserah pada budi bicara polis untuk membenarkannya atau tidak.

Pihak berkuasa negara itu menegaskan, protes itu tidak menyebabkan "gangguan kepada ketertiban" tetapi Momika didakwa kerana dia memilih untuk membakar al-Quran berdekatan dengan masjid.

Dia juga sedang disiasat kerana melanggar larangan sementara untuk membakar bahan api.

Noa Omran, 32, seorang artis dari Stockholm menyifatkan protes itu "benar-benar gila."

"Ini hanya kebencian yang menyamar di bawah nama demokrasi dan kebebasan, yang sebenarnya tidak begitu," kata Omran. - Awani


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bakar Al--Quran di Sweden, teruk lagi tolak negara asas Quran di M'sia.


Lihat ini..

(i) PAS kecam insiden bakar al-Quran di Sweden

Rusuhan ganas meletus di bandar Orebro tengah Sweden pada hari Jumaat ketika penunjuk perasaan balas menyerang polis sebelum demonstrasi yang dirancang. - Tangkap layar Al-Jazeera

PAS mengecam sekeras-kerasnya tindakan membakar naskhah suci al-Quran di luar Stockholm Central Mosque, Stockholm, Sweden pada hari pertama sambutan perayaan Aidiladha sebagai amat keterlaluan, ekstrem dan menghina kesucian agama Islam.

Tidak cukup dengan membakar naskhah suci al-Quran, pelaku biadab tersebut turut meletak sekeping daging di atas naskhah suci al-Quran tersebut dan kemudian memijak-memijaknya yang sememangnya bertujuan untuk menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Ia adalah satu tindakan yang teramat biadap, keji dan Islamofobia yang amat melampau apatah lagi ia dilakukan pada hari sambutan perayaan Aidiladha di mana sememangnya akan mencetuskan lagi kemarahan umat Islam di seluruh dunia, sesudah ahli politik ekstremis berhaluan kanan Sweden-Denmark Rasmus Paludan melakukan tindakan serupa di Stockholm, Sweden hujung Januari lalu.

Di saat umat Islam sedang menyambut ketibaan Aidiladha dengan penuh tawaduk dan kesyukuran serta dunia berada di ambang ketidaktentuan berikutan pelbagai konflik yang berlaku, insiden seperti ini perlu dihalang agar tidak berlaku pertembungan antara agama mahupun konflik antara negara yang mampu membawa kepada kesan dan akibat yang amat buruk kepada keamanan sejagat dan dunia.

Kebebasan bersuara yang diamalkan Barat sewajarnya tidak dijadikan alasan untuk menghina kesucian agama Islam mahupun mana-mana agama yang lain.

Adalah amat tidak wajar kepada mana-mana individu dan kumpulan dengan sewenang-wenangnya menghina agama lain terutamanya dalam bentuk provokasi seperti membakar al-Quran mahupun melukis karikatur jahat berupa Nabi Muhammad SAW.

Dunia Islam sewajarnya mengecam tindakan biadab ini yang telah mencemarkan kesucian agama Islam tambahan lagi pada Aidiladha yang mulia ini.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu umat Islam untuk mempertahan dan membela agama Islam yang mulia ini daripada terus dihina dan dicemarkan kesuciannya.

YB DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI  Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat. ADUN Batu Buruk, 11 Zulhijjah 1444H / 30 Jun 2023 – HARAKAHDAILY 30/6/2023


(ii) PAS pertahan Melayu & Islam saja adalah media palsu dan fitnah. 


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan bahawa kenyataan media bertajuk ‘PAS Akan Terus Mempertahankan dan Membela Nasib Kaum Melayu dan Islam Sahaja’ adalah palsu dan fitnah semata-mata.

Menurutnya, kenyataan bertarikh 24 Jun 2023 atau nama beliau itu adalah cubaan pihak tertentu untuk memburukkan PAS dan mempunyai niat yang tidak baik.

“Kenyataan Media bertajuk ‘PAS Akan Terus Mempertahankan dan Membela Nasib Kaum Melayu dan Islam Sahaja’ bertarikh 24 Jun 2023 adalah palsu dan fitnah semata-mata.

“Ia nyata cubaan pihak tertentu untuk memburukkan PAS dan mempunyai niat yang tidak baik,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu dalam hantaran di laman Facebook beliau. – HARAKAHDAILY 27/6/2023


Kesimpulan:

Jom tinggalkan PMX Malaysia..
Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Walaupun berlaku bakar Al-Quran di Sweden, namun teruk lagi mereka yang tolak negara asas Quran di Malaysia. 

Oleh itu gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

KL, Pusat karaoke GRO 'kayangan'. PMX madani masih takut DAP?

 


Pusat karaoke GRO 'kayangan' pakej RM25,000 diserbu

Kuala Lumpur: Berhibur sambil ditemani pelayan pelanggan (GRO) mengikut pakej dipilih yang berharga mencecah puluhan ribu ringgit.

Taktik sebuah pusat karaoke di Bukit Bintang di sini, dipercayai bagi menarik pelanggan terbongkar selepas serbuan dilakukan Unit Pencegahan Maksiat, Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Ahad lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, serbuan 1.10 pagi itu berjaya menahan 161 GRO dan pekerja premis.

"Hasil pemeriksaan, 84 daripadanya adalah wanita warga asing dan 22 wanita tempatan yang disyaki bekerja sebagai GRO, manakala 55 orang lagi terdiri daripada pengurus, penjaga kaunter serta pekerja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails