Saturday, August 05, 2023

Rampas unsur bumi negeri, didedah, di Kedah -Sanusi.

 


Sanusi dedah wujud perebutan kuasai kawasan sumber REE

KUBANG PASU: Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan bahawa terdapat cadangan untuk Kerajaan Persekutuan mengambil alih hak ke atas unsur nadir bumi (REE) yang ditemui di negeri-negeri.

“Bayar royalti je kat negeri macam royalti petroleum. Hoi mana boleh, itu negeri punya. Boleh tak boleh? Taubat aku tak bagi! Kalau PN (Perikatan Nasional) perintah Pusat pun, (kepada) PN pun aku tak bagi.

“Pasal ni hak negeri. Negeri ni dia ada kuasa tak banyak,” ujar beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PN pada Jelajah Mega PN BEST ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ di Dataran Darul Aman, Jitra, di sini malam tadi.

Menurut beliau, hal ehwal agama berada di bawah kuasa Sultan, sementara kuasa negeri hanya tinggal tanah, sumber mineral, sumber air dan hutan, manakala agihan bekalan air sudah diambil alih Persekutuan.

Beliau membuka pencerahan mengenai potensi REE yang telah mewujudkan pertembungan di peringkat global melibatkan kuasa besar China dan Amerika Syarikat hingga berlaku rancangan untuk menguasai tanah negara ini.

Katanya, dalam menguasai sumber tersebut, ada pihak berkepentingan di negara ini yang sudah menjadi barua Amerika termasuk membawa taikun besar bagi memohon kawasan dipercayai terdapat REE itu di negeri ini.

Bidas beliau, ketika Kedah sedang membangunkan jiwa sendiri yang merdeka serta tanpa berhutang dengan sesiapa, ada individu penting negara ini berhutang dengan orang lain antaranya melibatkan penggunaan helikopter.

“Kempen (pilihan raya) naik helikopter siapa suruh? Sejam RM30,000-RM40,000 siapa nak bagi kat hang percuma? Sejam (kos) puluh ribu, tentu ada balasan. Balasan dia apa? Hat nilah duk buat la ni.

“Nak rebut sana, nak rebut sini, nak balas hat ni, nak orang itu, nak batal orang ni. Pasal depa nak kawasan ni,” dedahnya terhadap perangai dan motif kepada lobi dan isu sedang ditimbulkan pihak berkenaan ketika ini.

Terdahulu Sanusi mengulangi jawapan balasnya kepada fitnah yang cuba mengaitkan beliau dengan individu warga China, So Loi Fat sepertimana dituduh oleh Setiausaha Agung PKR, Senator Dato’ Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Antara disebut beliau juga adalah Pengerusi Prospek Suria Sdn Bhd, Dato’ Dr Fathul Bari Mat Jahya iaitu bekas Exco Pemuda Umno yang menurutnya jika syarikat itu melakukan kesalahan, maka ini adalah individu perlu didakwa juga.

Namun tegas beliau, hakikatnya tidak berlaku kecurian tersebut oleh individu atau di tanah seperti yang dituduh Saifuddin, sebaliknya kecurian dilakukan oleh pihak lain dan dalam tanah dilesenkan kepada pihak lain. – HARAKAHDAILY 3/8/2023 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rampas unsur bumi negeri, didedah, di Kedah -Sanusi.

Lihat dulu komen ini..

(i) Terdedah lagi skandal Amirudin dengan Vincent Tan. Al-hamdulillah, bongkar terus! 


MB Kedah Muhammad Sanusi mendedahkan skandal melibatkan MB Selangor, Amirudin Shari dengan Pengasas Kumpulan Berjaya, Vincent Tan. 

Menurut beliau, ahli perniagaan tersebut mahu mengadakan projek sungai bernilai RM10 bilion dengan mendapatkan tanah seluas 600 ekar di negeri itu. 

Skandal membabitkan syarikat milik MB Selangor (Pemerbadanan) bagi projek di Sungai Klang itu akan merugikan Kerajaan Negeri Selangor sekitar RM180 juta. 

“Macam mana 600 ekar ni akan diberi percuma kepada tauke ni? Macam mana tauke ni ambil alih anak syarikat MBI 55 peratus. Ha… ni tengah duk hangat ni, tunggu meletup,” ujarnya, semalam. 

Hang (kamu) pi jaga Selangor itu. Hang pi tengok ini jadi apa dah itu? Lagu mana tauke-tauke menjarah kepala otak para pemimpin PKR. Akhirnya harta-harta rakyat negeri Selangor nak terlepas kepada tauke ni. 

Hangpa (kamu semua) pi tengok sana. Hang mai duk jalan Kedah pasaipa (sebab apa)?” bidasnya.


(ii) Al-hamdulillah! Terima kasih Sanusi, dedah lagi nafsu jahat PKR untuk dapatkan kekayaan REE di Kedah. Termasuk 60 tapak lombong haram!

Semalam Sanusi dedahkan antara sebab Kedah teruk diserang kerajaan madani adalah kerana nafsu jahat PKR untuk mendapatkan kekayaan REE di Kedah. Nilai kekayaan REE di Kedah adalah RM60 bilion selama 20 tahun perlombongan. 

Ini bermaksud dalam tempoh perlombongan setahun sahaja REE membawa nilai RM3 bilion. Terdapat 60 tapak perlombongan haram di seluruh Malaysia dengan nilai anggaran keseluruhan RM800 bilion.

Sanusi tidak mahu aktiviti REE dibuat secara diam-diam dan hasilnya tidak sampai kepada rakyat, oleh itu beliau isytiharkan penemuan REE di Sik dan akan dibuat mengikut prosedur yang betul.

REE turut dijumpai di Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan juga Selangor namun tidak satu pun berita penangkapan atau penahanan terhadap aktiviti haram di mana-mana negeri ini sebagaimana berita di Kedah.

Paling mengejutkan ialah Anwar yang belum lagi terpilih sebagai Perdana Menteri pada masa itu pernah membawa sahabat baik beliau seorang taikun minyak dari Indonesia bernama Riza Chalid untuk meninjau dan melawat Kedah bagi mencari peluang perlombongan REE.

Kesimpulan: 

Jom tinggalkan PMX Malaysia.
Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Maka gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

Friday, August 04, 2023

Putin tak macam PMX.. Di M'sia boleh hina Undang LGBT..


Vladimir Putin (FOTO: AFP)

Putin tandatangani undang-undang larang tukar jantina

MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin telah menandatangani undang-undang baharu sebagai langkah terakhir sebelum aktiviti penukaran jantina diharamkan secara rasmi di negara itu.

Rang Undang-undang yang ditandatangani Putin pada Isnin (24 Jul) itu telah diluluskan sebulat suara oleh kedua-dua dewan parlimen sebelumnya, yang mana ia melarang sebarang ‘aktiviti mengubah jantina melalui prosedur perubatan’ dan ‘mengubah jantina dalam dokumen rasmi dan rekod awam’. 

Walau bagaimanapun, undang-undang tersebut dikecualikan bagi kes prosedur perubatan berkaitan rawatan kecacatan kelahiran  atau cacat sejak lahir, lapor AP.

Melalui undang-undang tersebut juga, status perkahwinan (menurut undang-undang) akan terbatal sekiranya salah seorang daripada pasangan menukar jantina; yang mana individu transgender juga tidak boleh menjadi ibu bapa angkat atau penjaga.

Larangan tersebut dikatakan adalah sebagai langkah Kremlin bagi mempertahankan ‘nilai tradisional’ di negara itu.

Penggubal undang-undang berkata, ia adalah bertujuan melindungi Rusia daripada ‘ideologi anti-keluarga barat’ yang dilihat menentang nilai asas masyarakat berkeluarga di sana.

Terdahulu, Kremlin telah meluluskan undang-undang melarang sebarang aktiviti mempromosi ‘hubungan seksual yang bertentangan dengan tradisi’ secara terbuka kepada golongan bawah umur pada tahun  2013.

Pada 2020, Putin berjaya meluluskan pindaan perlembagaan mengharamkan perkahwinan sejenis, sebelum menandatangani undang-undang melarang ‘propaganda hubungan seks yang menentang tradisi’ kepada golongan dewasa pada tahun lalu. – HARAKAHDAILY 26/7/2023 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Putin tak macam PMX.. Di M'sia boleh hina Undang LGBT..

Lihat ini..

(i) Hina undang-undang LGBT Malaysia, bercium atas pentas, persembahan The 1975 tidak dihukum. Takde apa-apa. 

Tangkap layar video persembahan The 1975 yang diambil peminat di Good Vibes Festival..

Orang ramai mengecam tindakan jelik dan kurang sopan yang dilakukan oleh vokalis kumpulan The 1975, Matt Healy semasa melakukan persembahan di Good Vibes Festival, Litar Antarabangsa Sepang.  

Menurut video yang tular di laman sosial, Matt Healy dikatakan telah membuat persembahan sambil memegang botol arak sebelum bertindak menghina undang-undang negara mengenai isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Lebih mengejutkan, vokalis kumpulan tersebut juga telah bertindak mencium gitaris, Ross MacDonald sebagai protes terhadap undang-undang anti-gay Malaysia. Tindakan tersebut sangat biadab dan menghina peminat. Saya sangat kecewa,” kata seorang pengguna.

“Memang artis antarabangsa yang datang Malaysia ni tak ada adab ke?,” kata seorang lagi pengguna.


(ii) PMX tetap pertahan DAP, konon tak pernah halang Islam, Melayu. Porrah! 


Bersungguh PMX pertahankan DAP. Sebelum ini Presiden Umno juga begitu. Mengapa? 

Pasti ramai curiga dan bimbang pada DAP jika tidak masakan PMX dan Timbalannya perlu bersusah membela parti yang berpengaruh dalam kerajaan campuran ini. Ada yang bermain di media sosial hari ini – undi BN dapat DAP, undi PH dapat DAP, kenapa begitu?

Jika benar DAP tidak halang peruntukan untuk Melayu Islam sebagaimana dakwa Anwar, yang jelas rakyat pernah lihat semasa pembentangan Rang Undang-undang Persendirian RUU355 dulu, iaitu RUU untuk memperkasa dan menambahbaik Mahkamah Syariah, tokoh-tokoh DAP lantang bangkit menentang. (Rakyat lihat sidang ini secara langsung)

Kenapa ganggu hak orang Islam? Undang-undang Syariah dalam negara hanya terpakai pada umat Islam, biarlah umat Islam yang tentukan kenapa pula DAP yang perlu menggelupur?DAP pernah anggap hak menukar agama itu sebagai hak asasi yang perlu diberikan pada rakyat berjuang agar murtad menjadi satu kebebasan. Tidakkah itu satu ancaman pada umat Islam?

Lagi biadap wakil DAP pernah merayu agar negara iktiraf Regim Haram Israel. DAP antara yang lantang menentang pembelajaran tulisan Jawi atas dakwaan konon ia usaha untuk menyebarkan Islam. Sedang tulisan Jawi adalah warisan budaya negara kita.

Perlembagaan DAP menyebut partinya berjuang untuk mempertahan Perlembagaan Persekutuan yang sekular (Google sekular dan anda dapat – Sekular adalah konsep bahawa kerajaan atau entiti lain harus wujud secara terasing dari agama). Bermakna DAP berjuang untuk memisahkan urusan agama dari kerajaan, tidak membimbangkankah itu?

Kita yakin politik Malaysia sudah matang dan dewasa. Para pengundi khasnya orang Melayu Islam sudah kenal DAP walau apa Anwar dan Zahid kata. (Sila rojok ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR  Setiausaha PAS Negeri Selangor.

Kesimpulan: 

Jom tinggalkan PMX Malaysia.

Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Oleh itu, buat masa ini, tak payah susah-susah, gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

Thursday, August 03, 2023

3 perkara'moderate muslim' musnah dari dalam, tapi ada ‘giant killer’'..

 


Berwaspada dengan watak Moderate Muslim

PERSAINGAN politik hari ini tidak memadai diukur hanya pada warna bendera sahaja. Akan tetapi, ia lebih daripada itu, iaitu sebuah perjuangan yang mendukung ideologi tertentu. Ideologi-ideologi ini lahir daripada teori-teori tokoh Barat yang tidak berpanduankan wahyu.

Amerika yang berkuasa pada hari ini, memasarkan ideologi sekularisme, liberalisme dan kapitalisme mengikut parti yang memerintah. Untuk kekal berkuasa, Amerika perlu memastikan ideologi yang diperjuangkan oleh mereka terus berkuasa.

Sejarah

Antara perkara yang pernah menjadi pengalaman terburuk Amerika ialah ketika berhadapan dengan Soviet dalam Perang Dingin antara 1947 hingga 1992. Pengalaman yang menghantui ini, dirakamkan dalam banyak kajian mereka, antaranya dimuatkan di dalam permulaan Building Moderate Muslim Networks terbitan RAND Corporation.

Amerika melihat bahawa untuk menyaingi Soviet perlulah memberi fokus kepada pemasaran demokrasi. Lantas pada 1983, mereka telah menubuhkan National Endowment For Democracy (NED). Badan ini bertindak untuk menyalurkan dana kepada badan-badan tertentu di seluruh dunia.

Antara lain, Amerika juga menubuhkan International Republican Institute (IRI) dan National Democratic Institute (NDI) sebagai jaringan bersama NED dalam menggerakkan demokrasi di seluruh dunia, termasuklah Malaysia.

Setelah Soviet kalah pada 1992, Amerika melihat bahawa persaingan sengit yang menghantui mereka selama ini, bakal digantikan oleh Islam. Hal ini telah dicetuskan oleh pemikir Amerika, Samuel P. Huntington dalam satu artikel Majalah Foreign Affairs pada 1993.

Tajuk ini menimbulkan perdebatan yang panas, sehinggalah mencetuskan kepada penerbitan buku yang bertajuk The Clash of Civilazations pada 1996.

Dalam buku ini, Huntington mengemukakan teori bahawa Amerika mesti mengisytiharkan musuh barunya. Beliau menggesa supaya Amerika memberi fokus kepada Islam yang ketika itu dilihat berpotensi mengancam hegemoni Barat.

Bermula saat ini, Amerika mula menjalankan projek-projek propaganda untuk menggambarkan bahawa Islam itu adalah agama yang membawa keganasan. Propaganda Amerika untuk memotretkan Islam sebagai agama yang ganas, bagi mendapatkan sokongan dunia.

Islamophobia

Susulan daripada usaha memotretkan Islam sebagai agama yang membawa keganasan, akhirnya pada 2001 berlakulah peristiwa yang mengejutkan dunia, WTC dan Pentagon dilanggar kapal terbang.

Ia menjadi modal untuk Amerika menuding jari kepada Islam, sambil dikaitkan dengan watak Osama ben Laden yang dipropagandakan sebelum itu. Peristiwa ini menjadi modal besar bagi Amerika untuk mengangkat slogan memerangi terorisme.

Dalam pada itu, RAND Corporation telah menerbitkan kajian Cheryl Benard yang bertajuk Civil Democratic Islam, Partners, Resources and Strategies. Kajian yang diterbitkan pada 2003 ini menyatakan fokus yang perlu diberikan oleh Amerika bagi menentang keganasan Islam ialah pada gerakan-gerakan politiknya.

Beliau juga mencetuskan idea untuk mengendurkan keganasan yang dipotret atas nama Islam melalui gerakan politiknya, ialah dengan menggunakan Islam Tradisionalis.

Fasa ini menggambarkan fokus Amerika untuk dipotretkan dengan wajah ganas dan teroris ialah gerakan-gerakan Islam politik. Apatah lagi gerakan Islam politik dan pemikirannya inilah yang berpotensi untuk menggugat hegemoni Amerika sepertimana yang diingatkan oleh Huntington.

Pada 2004, RAND Corporation menerbitkan pula kajian The World Muslim After 9/11. Angel Rabasa yang mengetuai panel ini, merupakan Penganalisis Dasar Kanan di RAND Corporation. Beliau dikatakan berjaya merangka ‘projek masa depan’ mengenai keganasan global khusus dalam dunia Islam bertajuk: “Beyond Al Qaeda: Countering Terrorist and Other Non-Traditional Threats.”

Laporan ini menyatakan kesukaran Amerika untuk meramalkan kesan perubahan rejim, mungkin disebabkan oleh kegagalan untuk memahami pertumbuhan ideologi yang menentang Amerika. Menurut beliau, penafsiran radikal dan dogmatik terhadap Islam telah menjadi asas dalam banyak pertubuhan Islam.

Menghadapi Islam politik

Islam politik yang dimaksudkan ialah cara fikir umat Islam yang berjuang untuk menegakkan Undang-undang Islam. Cara fikir ini muncul sejak era pertentangan dengan penjajah yang mendoktrin sekularisme. Iaitu ideologi yang melihat Islam itu sekadar agama anutan, dan tidak sepatutnya campur tangan urusan pentadbiran negara.

Sejak gerakan-gerakan Islam terlibat dalam dunia politik Pasca Perang Dunia Kedua, usaha ini menampakkan hasilnya pada 90-an. Di saat Soviet semakin lemah, gerakan-gerakan Islam mula memenangi pilihan raya – pilihan raya secara demokrasi, antaranya di Kelantan.

Bermula era slogan Amerika memerangi teroris pada 2001, gerakan-gerakan Islam yang terlibat dengan politik menjadi sasaran utama Amerika. Gerakan-gerakan ini dikaitkan dengan keganasan, diportretkan sebagai radikal, dan pelbagai lagi propaganda.

Formula Cheryl Benard ialah dengan mempertembungkan dengan Islam Tradisionalis. Manakala Bernard Lewis pula, mengemukakan formula dengan membakar sentimen Wahhabi-Sufi melalui persidangan di Nixon Center pada 2004.

Pada 2008, RAND Corporation menerbitkan pula kajian yang lebih berstrategik, yang bertajuk Building Moderate Muslim Networks. Kajian yang penting ini, secara terang-terangan merangka agenda untuk menghadapi gerakan Islam yang terlibat dengan politik, atas alasan melawan radikal atau keganasan.

Moderate Muslim

Setelah menggambarkan gerakan-gerakan Islam yang terlibat dengan politik sebagai radikal, Amerika memperkenalkan konsep ‘Islam Sederhana’ (Moderate Muslim) selari dengan acuan mereka. Di sinilah munculnya orang-orang Islam yang terkesan dengan propaganda Barat, yang mengambil pendekatan menolak ‘Politik Islam’ atas alasan radikal.

Dalam kajian RAND Corp yang bertajuk Building Moderate Muslim Networks menyatakan;

“The potential partners of the West in the struggle against radical Islamism are moderate, liberal, and secular Muslims with political values congruent to the universal values underlying all modern liberal societies….”

Secara ringkasnya, mereka potretkan keganasan atas nama Islam Politik, kemudian disusuli dengan Islam baru yang diacuankan oleh mereka, iaitu Islam Moderate, atau Islam Sederhana.

‘Muslim Moderate’ ditakrifkan sebagai orang Islam yang sederhana (tidak radikal) yang dipotretkan dengan wajah demokratik. Golongan ini menzahirkan sokongan terhadap demokrasi dan hak asasi manusia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Antara hak asasi manusia tersebut termasuklah kesamarataan jantina dan kebebasan beribadat sehingga membawa kepada pluralism, dan dipotretkan sebagai seorang yang menghormati kepelbagaian.

Di dalam Dokumen RAND ini juga menyatakan 3 ciri utama Muslim Moderate;

1) Hanya menerima demokrasi Barat sahaja. Menolak bentuk-bentuk demokrasi yang selari dengan Islam. Contohnya ‘syura’ yang dikatakan ada persamaan dengan demokrasi. Kepercayaan kepada demokrasi mengikut mereka ialah menolak pemikiran Negara Islam kerana negara yang dipengaruhi unsur agama, atau disebut sebagai sekularisme.

2) Menerima sumber-sumber rujukan tanpa taksub dengan sumber-sumber lain bagi penggubalan undang-undang. Manakala sumber daripada syariat Islam ia terkecuali, kerana mereka melihat bahawa penafsiran syariat masih mengikut cara asalnya. Antaranya penafsiran al-Quran hanya layak bagi mereka yang cukup syarat-syaratnya. Justeru, mereka meletakkan bahawa syariat Islam tidak wajar diangkat kerana tidak sesuai dengan prinsip demokrasi serta tidak menghormati hak asasi kemanusiaan.

3) Menghormati hak-hak wanita dan golongan minoriti agama. Ia bermaksud golongan ‘Islam sederhana menurut acuan Amerika’ menolak perbezaan wanita dan golongan minoriti menurut al-Quran’. Bukan sekadar itu, mereka juga turut menggesa supaya hal ini dibuat penilaian semula memandangkan perbezaan suasana semasa berbanding apa yang wujud di zaman Nabi S.A.W.

Dalam kajian RAND Corp ini turut menyatakan mengenai antara projek melahirkan Muslim Sederhana yang mereka inginkan;

“Some Muslim teachers, although of a moderate disposition, lack the ability to link Islamic teachings explicitly with democratic values. In response, the Asia Foundation has developed a program to assist the efforts of moderate ulama to mine Islamic texts and traditions for authoritative teachings that support democratic values. The result is a corpus of writings on fiqh (Islamic jurisprudence) that support democracy, pluralism, and gender equality. These texts are on the cut- ting edge of progressive Muslim thinking and are in great demand internationally”

Kesimpulan

Dahulu kita melihat sekular itu mendoktrin kefahaman bahawa Islam itu hanya sekadar anutan. Tidak boleh mempengaruhi politik atau pemerintahan. Lalu, gerakan-gerakan Islam muncul untuk mengembalikan kefahaman umat Islam bahawa politik itu mesti mengikut sistem Islam.

Gerakan-gerakan Islam ini berkembang, dan bertanding dalam dunia demokrasi. Ada yang menang dan ada yang kalah. Apabila kemenangan itu semakin terzahir, ia merisaukan Barat yang selama ini mendukung prinsip sekularisme.

Sebagai jalan mudah, mereka mengambil pendekatan menakut-nakutkan orang terhadap agenda politik Islam. Mereka memotretkan Islam Politik itu sebagai gerakan agama yang ganas dan radikal. Maka, mereka mengemukakan model Islam sederhana (Muslim Moderate).

Model ini cuba membawa watak seorang Muslim yang demokratik, tetapi menolak sistem Islam (politik), dan menganggap Islam itu cukup sekadar seorang yang menjaga moralnya sahaja. Untuk menaikkan model ini, mereka perlu bertanding dan menang di arena politik tanah air.

Justeru, untuk menjustifikasikan watak Muslim Moderate itu sebagai rasional dan sederhana, mereka perlu mengaitkan gerakan Islam Politik itu sebagai pengganas, radikal, takfiri dan sebagainya. Inilah yang sentiasa dipotretkan.

Sebab itulah kita perlu jelas bahawa persaingan politik itu bukan sekadar warna bendera, ia lebih daripada itu. Persaingan ini hakikatnya adalah persaingan ideologi yang didukungi oleh gerakan masing-masing.

MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak
PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 15/8/2023
 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 3 perkara 'moderat muslim' musnah dari dalam, tapi ada ‘giant killer’'..

Sikit komen lagi..

PAS ‘giant killer’ robohkan tembok DAP di Pulau Pinang
Namun Pas tetap ikut Islam.

PULAU Pinang pernah satu ketika dirasa seperti sebuah kota yang sangat kukuh dan kuat berada di bawah penguasaan DAP. Kebal dan kekalnya seolah-olah cukup ampuh hingga mustahil untuk disaingi, apatah lagi ditembusi.

Hal tersebut bahkan menjadi gundah rasa dalam kalangan ahli-ahli PAS di Pulau Pinang yang seperti hilang keyakinan diri. Ditambah pula dengan polarisasi kaum kian membesar, serta cauvinis dan kiasu yang meninggi di bawah DAP.

Lunturnya semangat, lalu ada yang mengungkapkan ‘Kalau DAP’ melakukan demikian itu atau ini; akan berkembang besarlah cengkamannya di negeri itu dan semakin sukarlah pula kepada lawan parti itu termasuk PAS sendiri.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (kini Tan Sri) bagaimanapun sebaliknya menyuntik motivasi atas roh yang pudar itu dengan menyeru supaya bangkit berjuang tanpa punya perasaan ragu-ragu.

Katanya, semua ahli mestilah meyakini bahawa PAS akan dapat menguasai Pulau Pinang suatu hari nanti dan perlu berusaha untuk mendapatkan kerusi-kerusi Melayu yang masih banyak di negeri tersebut.

Tegur beliau, andaian dengan berkalau-kalau boleh membuka kepada kerja syaitan, sebaliknya ahli PAS mesti bersedia berdepan dengan semua parti politik, ucapnya pada Liqa’ Fikri (Tertutup) PAS Pusat di Stadium Tertutup MPSJ, Seri Kembangan, pada 30 Januari 2016 lalu.

Sekian, suntingan secara ringkas.

Penutup:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

6 formula lucu PMX .. Tapi 20xganda tak lucu. Ini.

 


Enam bukti formula-formula Rafizi Ramli gagal 

1. FORMULA kereta murah.
Rafizi pernah berkata kerajaan patut dan mampu turunkan harga kereta. Hanya hapuskan cukai eksais dan cukai jualan.
Kalau ikut formula Rafizi, boleh beli Myvi dengan harga RM25,000 sahaja.
Tapi, harga kereta bukan dikawal kerajaan. – Tengku Zafrul
Banyak kos lain bersangkut. Contohnya logistik, kadar faedah semasa, kadar tukaran mata wang. Bergantung juga atas keanjalan permintaan. 

2. Formula pulau kedai makan.

Rafizi pernah berkata rakyat pulau sahaja kedai makan yang tak turunkan harga. Katanya kerajaan dah turunkan semua harga barang mentah.
Tapi, penganalisis dan pengusaha kedai makan kata harga barang mentah banyak yang naik. 
Gula, gandum, minyak sawit, ayam, telur. Kos pengeluaran bahan mentah pun naik. Contohnya kos makanan haiwan naik sebab harga jagung dan kacang soya naik.

3. Formula jangan makan ayam.

Rafizi pernah berkata, “by right kalau harga ayam mahal, jangan makan ayam.”
Katanya kalau harga naik, turunkan permintaan. Maka harga turun semula sebab permintaan dah berkurang. 
Pakar Ekonomi UKM membalas, permintaan apa yang perlu dikurangkan dan siapa yang perlu kurangkan permintaan sedia ada?
Lagi pun, bukankah ayam itu makanan asas antara sumber protein termurah untuk rakyat?

4. Formula kukuhkan Ringgit.

Rafizi pernah berkata, tidak mengapa naikkan OPR selagi nilai Ringgit dapat dinaikkan. Kerajaan kena hormat BNM. 
Pakar ekonomi berkata, rakyat terjejas untuk berbelanja. Adakah rakyat bersedia dengan kerajaan lepas tangan untuk bantu rakyat?
Kalau kononnya naikkan OPR untuk kembali ke zaman sebelum pandemik, adakah ekonomi rakyat hakikatnya juga sudah pulih sepenuhnya seperti sebelum pandemik?

5. Formula Ringgit jatuh bawa kebaikan.
Rafizi pernah berkata Ringgit jatuh baik untuk negara. Tapi rakyat sudah tak minat dengan teori Rafizi. Rakyat nak tahu apa kesan kepada mereka.
Rafizi nak tutup formula naikkan Ringgit yang tak menjadi.
Pakar kata kalau Ringgit jatuh kos import jadi tinggi. Banyak barang akan terkesan maka kos sara hidup jadi tinggi. Umumnya, kalau Ringgit jatuh harga barang akan naik.

6. Formula turun harga barang.

Rafizi pernah berkata jangan beli barang bukan pada harga purata. Kena semak dulu harga di banyak kedai dan pilih yang termurah.
Formula beliau akan berjaya dalam sebulan dan PN akan terduduk.
Selepas sebulan, rakyat masih terkesan harga barang tinggi. Formula Rafizi kurang tepat dan tidak menyeluruh.
Tidak semudah turunkan permintaan, harga pun turun. Ada konsep lain seperti ‘price floor’ dan ‘beam price’.

ZURK AHMAD
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat
30 Julai 2023 – HARAKAHDAILY 30/7/2023

 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 6 formula lucu PMX ..  Tapi 20xganda tak lucu. Ini.

Lihat ini pula..

(i) Tapi ini tak lucu, PAS menang majoriti 20 kali ganda.. 

Dato' Tengku Hassan Tengku Omar

Majoriti yang diperolehi PAS di Dewan Undangan Negeri (Dun) Ladang berdasarkan undian parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu adalah 20 kali ganda berbanding PRU sebelum itu.

Sehubungan itu, mantan Adun Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar berkata, beliau tidak nampak para pengundi tidak boleh meneruskan sokongan kepada calon PAS yang mewakili PERIKATAN NASIONAL (PN), Zuraida Md Noor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini

Beliau yang mula menjadi Adun Ladang pada PRU 2008 berjaya mengekalkan kemenangan pada dua PRU selepas itu.

“Sokongan kalau kita tengok sedikit daripada sejarah saya ambil alih 2008, 2013, 2018 telah menang tiga kali dan kemenangan itu adalah kemenangan yang sangat manis,” ujarnya kepada Harakahdaily

(ii) Perhatian, kebangkitan rakyat S'ngor tidak boleh dihalang lagi -Tuan Ibrahim. 

Sebahagian hadirin pada Majlis Pengumuman Calon PERIKATAN NASIONAL Selangor, malam ini.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim berkata, malam ini sangat penting bukan sekadar memperkenalkan calon tetapi tanda gelombang kebangkitan rakyat untuk merampas Selangor pada Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) 12 Ogos nanti.

Beliau berkata gelombang rakyat ini tidak boleh dihalang oleh sesiapa dan ia juga bukan gelombang yang akan menakutkan rakyat.

Katanya tetapi ia gelombang yang akan membawa keamanan kepada rakyat.

Beliau berkata, PN S'gor memperkenalkan calon daripada pelbagai pangkat dan pengalaman.

“Ia mencerminkan sebagai kesempurnaan. Bila digabung ia akan menjadi kuat bagi menjadikan Selangor melakukan gerakan besa-besaran bahawa rakyat sudah bosan dengan PH/BN,” kata beliau.

Kesimpulan: 

Jom tinggalkan PMX Malaysia.

Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Oleh itu, buat masa ini, tak payah susah-susah, gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails