Saturday, September 09, 2023

Ini bukti rasuah amat buruk, perundangan jadi bangkai & malapetaka negara!



Tindakan Peguam Negara sesuatu yang tidak bermoral -Pengerusi PN.

TINDAKAN Peguam Negara menggunakan kuasanya di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan untuk menarik balik 47 pertuduhan jenayah pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram terhadap Zahid Hamidi selepas beliau dipanggil membela diri di mahkamah adalah sesuatu yang tidak bermoral. 

Dalam kes ini, Zahid telah didakwa di mahkamah dan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie dengan mengemukakan keterangan berdokumen dan 99 orang saksi. Ini bermakna mahkamah telah berpuashati bahawa terdapat bukti-bukti yang berasas mengenai perlakuan jenayah tersebut oleh Zahid dan mengarahkan beliau untuk membela diri.

Yang peliknya pihak pendakwaan yang telah berjaya membuktikan kes prima facie memohon kepada mahkamah untuk menggugurkan pertuduhan. Ini amatlah tidak munasabah. Adakah ini bermakna pihak pendakwaan mengakui bahawa bukti-bukti yang dikemukakan oleh mereka di mahkamah tidak boleh dipakai? Atau ada arahan daripada pihak atasan bahawa kes ini mesti digugurkan walau dengan apa cara sekalipun.

Sekiranya benar terdapat arahan sedemikian, pengguguran pertuduhan ke atas Zahid selepas beliau diarah membela diri di mahkamah merupakan titik hitam yang amat gelap dalam sistem keadilan di negara kita. Hal ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia yang merdeka sebelum ini. 

Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kerosakan yang sedang berlaku dalam sistem keadilan negara yang saya percaya berpunca daripada kerakusan beliau sendiri untuk mengekalkan kuasa. Ia membuktikan sikap munafik beliau yang nyata. Slogan reformasi institusi dan tatakelola yang sering beliau dilaungkan hanyalah suatu pembohongan dan omongan kosong sahaja.

Keputusan menggugurkan pertuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri itu pastinya menggoncang keyakinan pelabur terhadap sistem keadilan di Malaysia. Sudahlah seorang yang berhadapan tuduhan jenayah rasuah dilantik ke jawatan nombor dua tertinggi negara, malah pertuduhan ke atasnya juga digugurkan. Malaysia telah menjadi ‘a rogue state’ atau negara penyangak.

Sudah tiba masanya rakyat menilai semula keabsahan kerajaan perpaduan ini yang sepatutnya mendukung kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan.

TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN HAJI MOHD YASSIN
Pengerusi
PERIKATAN NASIONAL – HARAKAHDAILY 5/9/2023


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini bukti rasuah amat buruk, perundangan jadi bangkai & malapetaka negara!

Lihat juga komen ini..

(i) Apa jadi di negara ini pengguguran kes Zahid adalah bukti rasuah amat buruk. Sistem perundangan negara bakal menjadi bangkai..


Pengerusi UMMAH, Mohd Zai Mustafa berkata, seharusnya Timbalan Perdana Menteri juga perlu menjalankan proses mahkamah yang adil dan saksama lebih-lebih lagi beliau mempunyai 47  pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Dana Yayasan Akalbudi (YAB).

“Kerajaan Madani sering mendakwa kononnya mereka membawa agenda reformasi undang-undang, keadilan serta tegas menentang rasuah tetapi mengapa perkara sebegini pula terjadi?” katanya kepada HarakahDaily.

Perkara ini menunjukkan bahawa tadbir urus peguam negara kita sendiri telah dihancurkan dan sistem tatakelola negara berada pada tahap yang sangat merbahaya. Sistem perundangan negara bakal menjadi bangkai yang semakin membusuk jika dibiarkan terus.(Rujuk HARAKAHDAILY  5/9/2023)

(ii) Tarik semula kes Zahid adalah malapetaka negara – Fayhsal  

Ketua Armada BERSATU Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kes melibatkan TPM tersebut telah berjaya dibuktikan oleh ketua pendakwaan sebelum ini, Datuk Raja Rozela Raja Toran sebagai kes prima facie (kemunculan pertama).

“Namun, ini merupakan sesuatu perkara yang amat mengejutkan yang mana Ahmad Zahid tidak dibiarkan untuk membela diri tetapi menarik semula kes ini sedangkan kes ini semakin hampir menemui penyelesaian di akhir perbicaraan,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam akaun laman sosial Facebook miliknya yang memberikan pandangan dan respon terhadap isu tersebut semalam. (Hanya dipetik dari beberapa suntingan)

Tambah beliau, keputusan sebegini telah mewujudkan contoh yang buruk dan memberikan kecelakaan kepada sistem keadilan yang sedia ada di negara ini.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Friday, September 08, 2023

Bawa Zahid ke penjara, Anwar khianat pengundi Cina. Menteri dungu.

 


Anwar khianat pengundi Cina

DAP suruh bawa Zahid ke penjara, bukan Putrajaya!

PH menang kerana majoriti pengundi Cina mengundi PH. Namun tergadai begitu sahaja kerana percayakan Anwar. 

Itulah kekuatan terbesar PH masih mendapat kepercayaan dan undi daripada pengundi Cina.

Akhirnya Anwar bawa bukan sahaja Zahid, tapi Umno yang terbuang oleh rakyat, ahli dan pimpinan utama mereka sendiri juga dibawa ke Putrajaya.

Maka, bermula sudah ketergugatan pengundi Cina yang setia kepada DAP dan PH kerana Anwar yang sering berjanji membawa reformasi, tata kelola dan tolak perasuah.

Anwar boleh sahaja mengaku tidak campur tangan, tetapi siapa yang memberi nyawa kepada Zahid? Yang tidak mungkin diberi kepada seseorang yang sedang didakwa atas 47 pertuduhan rasuah. 

Ruang dan peluang yang luas untuk Zahid meloloskan diri dengan kedudukan yang ada, diberi oleh Anwar sendiri.

“Saya tahu sokongan orang Cina kepada Allahyarham cukup besar, cukup kuat. Saya mahu kali ini Suhaizan juga dapat sokongan daripada pengundi-pengundi Cina di Pulai ini. Dulu dia lawan BN, BN lawan dia, dulu lawan tetap lawan, sekarang lawan sudah jadi kawan, buat apa kita lawan? Sekarang kita Kerajaan Perpaduan.”

Lihatlah betapa terdesaknya Zahid. Undi kaumnya sendiri tidak mampu dirayu, bagaimana nak merayu undi Cina yang menyokong PH kerana kononnya akan menghumban Zahid ke penjara.

Sekarang, Zahid adalah punca pengkhianatan terbesar Anwar kepada pengundi Cina. 

Undi Cina yang sepatutnya untuk menolak Zahid, dimanipulasikan Anwar untuk menyelamatkan Zahid.

Tolak penyamun hanya umpan dalam keterdesakan. Anwar tidak bermaksud menangkap ‘penyamun’ yang dimaksudkan sebelum PRU15. 

Selagi Anwar tidak berpegang kepada janji, pengundi Cina terus dikhianati.

Sekian.

USTAZ AHMAD NAWFAL MAHFODZ
Ketua Pemuda 
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
6 September 2023 – HARAKAHDAILY 6/9/2023 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bawa Zahid ke penjara, Anwar khianat pengundi Cina. Menteri dungu.


(i) Perbankan Islam di Rusia, ini peluang M'sia, tapi Menteri Kewangan dungu.. 

Bulan Julai lalu, Parlimen Rusia telah memberikan lampu hijau kepada program perintis selama dua tahun yang bakal memperkenalkan perbankan Islam di empat republik di negara itu iaitu Bashkortostan, Chechnya, Dagestan, dan Tatarstan bermula 1 September 2023. 

Yakni di republik yang mempunyai populasi sekitar 20 juta orang atau hampir dua pertiga daripada keseluruhan rakyat Malaysia. Peluang yang semestinya tidak boleh dilepaskan oleh pemain industri kewangan Islam Malaysia melalui tiga langkah berikut. 

Diringkaskan..

1. Dengan memanfaatkan kepakaran dan kelebihan Malaysia terutamanya dalam kesiapsiagaan modal insan dengan memperhebat perjanjian dan kerjasama dua hala.

2. Ialah melalui kerjasama dengan institusi kewangan Rusia untuk mewujudkan tetingkap perbankan Islam (Islamic banking windows) dan memperkenalkan produk kewangan patuh Syariah melalui jurubank Rusia dalam operasi dan peraturan perbankan Islam.

3. Ialah melalui perkongsian amalan terbaik berkaitan rangka kerja kawal selia kewangan Islam Malaysia dari Bank Negara Malaysia (pengawal selia industri perbankan Islam) dan Suruhanjaya Sekuriti (pengawal selia pasaran modal Islam) dengan Bank Pusat Rusia. 

Begitu kira-kira secara ringkas.

(ii) Ini sedikit komen mengenai sukan dan hiburan rakyat.

a. Lagi mengenai kreatifnya negeri Perlis. 


8 negara sertai Kejohanan Remaja Antarabangsa di Perlis.

Di Kangar, sebanyak lapan buah negara termasuk Malaysia, Kanada, Amerika Syarikat, Mauritius, India, Indonesia, Singapura, Thailand dan Myanmar sedang berentap di Kejohanan Remaja Antarabangsa di Dewan Wawasan 2020, di sini.

Pertandingan selama enam hari itu telah bermula Selasa, 5 September hingga Ahad, 10 September depan. Perlis kini tampil menjadi tuan rumah buat kali ketiga sebagai negara penganjur kejohanan tersebut, yang kali ini melibatkan penyertaan seramai 250 atlet.

b. Al-hamdulillah, Jom Heboh patuhi peraturan k'jaan Kelantan. Cuma k'jaan pusat masih degil.
Mohd Asri (tengah) memberi jaminan Jom Heboh yang bakal berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 di Pusat Transformasi Desa (RTC) Tunjong, Kota Bharu, Kelantan akan mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan negeri Kelantan.

Di Kota Bharu, program Jom Heboh anjuran Media Prima yang akan diadakan selama tiga hari daripada 7 hingga September ini di Pusat Transformasi Desa (RTC) Tunjong dipastikan mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan negeri Kelantan.

Anggota Exco kerajaan Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berkata, program tersebut dipastikan mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan 1998 dan dasar Membangun Bersama Islam (MBI). September 6, 2023

“Insya-Allah, Forum Perdana Hal Ehwal Islam dan Kuliah Ilmu Khas Pagi Jumaat akan diadakan di lokasi program,” katanya selepas meninjau tapak program semalam.

Difahamkan Forum Perdana Menteri pada malam esok akan menampilkan Timbalan Menteri Besar Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Mohd Asri sebagai Exco Pembangunan Islam.

Sementara itu,  pada pagi Jumaat pula akan diadakan Kuliah Dhuha di tapak program tersebut; dan menurut penganjur program berkenaan bakal menampilkan Ustaz Tarmizi dan Ustaz Fazrul dalam segmen My #QuranTime Quranic Solution. 

Zamakhshari pula berkata, kuliah Dhuha pada pagi Jumaaat bermula dengan konvoi Alternative Riding Club (ARC).

“Anak-anak muda terbabit akan berkonvoi ke tapak program di RTC bagi mengikuti kuliah Dhuha sempena program Jom Heboh,” katanya. 

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails