Tuesday, September 12, 2023

T'ganu, kisah siapa buaya & burung? Jom bangunkan negara.

 


Perbandingan menarik buaya dengan burung

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim membuat perbandingan yang agak menarik antara buaya dengan burung plover.

Menurutnya, buaya ditakuti kerana mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat tetapi tiada tangan untuk memberus gigi.

Katanya, makhluk kecil bernama burung plover yang tolong mematuk sisa makanan di celah-celah gigi buaya.

Tambahnya, ini menjadikan gigi buaya bersih dan mengelakkan daripada jangkitan kuman.

Ini, jelasnya dinamakan hubungan symbiosis di mana gigi buaya menjadi bersih sementara burung pula mendapat makanan.

“Moralnya, tubuh besar dan gagah bukan bermakna kita boleh buat segalanya.

“Walau kecil tapi tetap mampu berkhidmat bila ada keberanian dan kecerdikan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau, semalam.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung 12 Ogos lalu, beliau mempertahankan kerusi Dun Jabi dengan majoriti 4,676 undi apabila meraih 11,523 undi berbanding calon BN, Ustaz Rosdi Zakaria yang memungut 6,847 undi.

Pada PRU14, beliau memenangi kerusi Dun tersebut dengan majoriti 55 undi sahaja. – HARAKAHDAILY 19/8/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: T'ganu, kisah siapa buaya & burung? Jom bangunkan negara.

Ini lagi komen rakyat.. 

(i) Al-hmdulillah, REACH juga main peranan bantu bangunkan negara. 

Ketuanya Dato' Iskandar A Samad mengumumkan pembinaan 1,010 unit kediaman khusus untuk kumpulan M40 dan B40 memang dinantikan oleh rakyat.

Sebanyak 910 unit dengan keluasan 902 kaki persegi dan 908 kaki persegi akan dibina dengan harga jualan RM300,000 sebuah di Residensi Wilayah.

Sementara 100 unit dengan keluasan 902 kaki persegi akan dibina dengan harga jualan RM200,000 sebuah di Residensi Prihatin Madani.

Walau bagaimanapun REACH berharap kediaman dengan harga jualan RM200,000 dapat ditambah. Hanya kurang dari 10 peratus dari kediaman yang dibangunkan adalah dari jenis tersebut.

REACH juga berharap harga jualannya dapat diturunkan dari RM200,000 kepada harga yang munasabah dibeli oleh kumpulan B40.

Dengan harga jualan RM200,000 dan bayaran pendahuluan 10 peratus atau RM20,000, bayaran bulanan yang perlu dibayar oleh pembeli adalah sekitar RM1,000 untuk tempoh pinjaman selama 20 tahun.

Jumlah ini adalah di luar kemampuan ramai dari kumpulan B40.

Justeru kerajaan juga wajar mempertingkatkan skim-skim seperti skim sewa milik atau skim pembiayaan khas. (Rujuk HARAKAHDAILY 19/8/20230)

(ii) Al-hmdulillah, kini K'tan di fasa ke 3, fasa peluasan atau lonjakan; di bawah kepimpinan baharu, meneruskan legasi kepimpinan terdahulu. 


Saya membesar sebagai anak perantau, sangat memahami kepayahan dan kesungguhan anak-anak perantau balik mengundi. Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan yang ‘kelik’ menunaikan tanggungjawab demi satu undi.

Kami pulang kerana kami sayangkan negeri kami. Ya, kami pertahankan kerajaan negeri yang berusia 33 tahun ini. Namun jauh di lubuk hati, kami tetap mahukan perubahan di negeri kesayangan kami.

Insya-Allah yang baik dikekalkan, yang kurang diperbaiki: Agama, pendidikan, pertanian, kebajikan – itu sudah pasti. Pelaburan, pekerjaan, keusahawanan, pelancongan – itu perlu dilonjak tinggi. 

-suntingan kenyatan MOHD SYAHIR CHE SULAIMAN Ahli Parlimen Bachok 15 Ogos 2023.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Kepala otak PH-BN masih era purba..

 


Pendekatan politik kerajaan PH-BN masih era purba

KUALA TERENGGANU: Pemikiran dan pendekatan politik kerajaan PH-BN hari ini dianggap masih berada di zaman purba kala. Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad berkata, mereka cuba untuk membendung maklumat yang disampaikan kepada rakyat.

“Mereka terpaksa membendung maklumat yang dikeluarkan melalui media sosial, seolah-olah nak perbodohkan rakyat, dia ingat zaman ini zaman batu dia cuba untuk nak mencengkam atau membendung maklumat sampai kepada rakyat.

“Yang kedua mereka marah sangat sebab pembohongan mereka itu terserlah dan tidak boleh nak tipu kerana dalam media sosial segala ucapan-ucapan boleh diputar balik untuk didengar oleh masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas beberapa laman berita yang menerbitkan kandungan mengkritik kerajaan disekat.

Tambah beliau yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), rakyat malah lebih menyampah dengan tindakan kerajaan yang kontra dengan ucapan mereka sewaktu menjadi pembangkang.

“Janji reformasi soal kebebasan bersuara zaman mereka menjadi pembangkang tapi apa yang berlaku sebaliknya.

“Maka apa yang berlaku ini menambahkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan, cakap tidak serupa bikin itulah kerajaan kakitokrasi yang hanya ada kuasa tetapi pengaruh tidak ada, maka inilah yang berlaku.

“Nak tunjukkan kuasa, maka mencengkam rakyat dengan ugutan-ugutan yang ada,” katanya.

Bagaimanapun kata beliau, semua maklum bahawa kebebasan bersuara pasti ada hadnya.

“Cukup dengan akta yang ada seperti akta hasutan dan sebagainya boleh ambil tindakan. Apa yang dikritik oleh portal-portal, televisyen internet dengan bentuk fakta bukannya berbentuk auta.

“Contohnya mereka sebut hari ini mereka tidak pernah janji pun turun harga minyak, itu janji pada 2008, kononnya pada waktu itu PAS masih berada di dalam Pakatan Rakyat, tiba-tiba boleh kita keluarkan balik bagaimana video mereka berucap pada tahun 2022 masih berjanji yang sama.

“Jadi akhirnya hari ini terutama rakyat yang celik IT dan media sosial menolak kepimpinan PH yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar” katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau dalam masa sama turut mengulas berhubung undang-undang baharu berkaitan agama, bangsa dan institusi diraja (3R).

Menurut beliau, sepatutnya orang yang permainkan agama yang menolak peranan agama Islam patut diambil tindakan bukan orang yang nak menegakkan agama.

“Yang keduanya berkenaan soal bangsa ia terdapat dalam 153 hak keistimewaan orang Melayu, itu yang termaktub. Yang perlu diambil tindakan bila orang pertikaikan tentang hak keistimewaan orang melayu bukan orang yang memperjuangkan hak orang Melayu.

“Yang ketiganya soal Raja, itu pun perkara yang telah pun wujud di dalam perlembagaan soal kedaulatan raja-raja. Orang yang hina institusi ini memang perlu diambil tindakan. Tetapi orang nak pertahankan kedudukan raja-raja, tidak boleh dianggap sebagai nak pertikaikan raja-raja,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/9/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kepala otak PH-BN masih era purba.. 

Lihat juga komen ini..

(i) Jom lihat perbezaan antara kes-kes rasuah yang digugurkan September 8, 2023. Dari semalam  walanon duduk sebar artikel ‘101 kes rasuah yang digugurkan oleh PN’. Wow biar betul? Okey biar aku jawab ya. 

1. Musa Aman (46 Pertuduhan).

Jawapan: Pertuduhan ditarik balik oleh Peguam Negara sebab, saksi penting tidak ada dan dokumen penting kes tidak diperolehi dari bank di Hong Kong. Kalau dibicarakan, kes tanpa saksi dan dokumen penting memang akan kalah.

2. Tengku Adnan (2 pertuduhan).

Jawapan: Kes Tengku Adnan telah melalui proses bicara penuh dan dibebaskan oleh hakim bukan kes ditarik Pendakwa Raya. 

3. Ahmad Maslan (2 pertuduhan).

Jawapan: Kes Ahmad Maslan digugurkan selepas dia bersetuju bayar kompaun sebanyak RM1.1 juta. 


4. Zahid Hamidi (40 pertuduhan).

Jawapan: Hakim membebaskan Zahid Hamidi dalam kes 40 pertuduhan rasuah berhubung sistem visa luar negara (VLN) kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. 

5. Azeez Rahim (9 pertuduhan).

Jawapan: Kes ini dibebaskan ketika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Tapi kes ini pun hakim yang bebaskan Azeez Rahim selepas membenarkan notis usul yang difailkan oleh peguam Azeez 


6. ShaRahim. 
fee Abdullah (2 pertuduhan).

Jawapan: Shafee Abdullah dibebaskan oleh hakim selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie

Jadi, Semua 101 kes terhadap pemimpin-pemimpin Umno ini tidak sama dengan pertuduhan 47 kes Zahid Hamidi yang dilepaskan selepas pendakwaan membuktikan prima facie dan kes telah dibicarakan selama 4 tahun dan lebih 40 orang saksi telah dipanggil. 

Terimalah hakikat kerajaan madani, dari kerajaan bebas rasuah kepada kerajaan membebaskan perasuah.
(Rujuk NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 8/9/2023)

(ii) Sudah lebih 50 tahun PAS perintah, tidak ada seorang pun pimpinan, wakil rakyatnya disiasat, didakwa kerana terlibat dengan rasuah. Seorang pun tak ada. Ini rekod bersih yang tidak ada pada parti PH dan juga BN, tidak ada!

Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud

Di Muar, Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, seseorang pemimpin harus bebas daripada rasuah dan bukannya membebaskan perasuah.

Tambahnya, pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan yang ditadbir PAS sebanyak dua kali semenjak merdeka telah berjaya membuktikan sebuah pentadbiran yang penuh integriti dan pemimpin bebas rasuah.

“Terbukti kita diberi peluang oleh rakyat dengan pertolongan Allah, kita telah memerintah negeri Kelantan lebih daripada 50 tahun iaitu dari tahun 1959 sampai tahun 1978. Dan diberi peluang kali kedua pada tahun 1990 hingga ke hari ini." 

Antara sedutan dari kenyataan beliau semasa berucap di ceramah Grand Finale PERIKATAN NASIONAL bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Simpang Jeram di Dewan BJ Ballroom, di sini, malam ini.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Sekularisme DAP M'sia ke arah ikut Perancis. Undang petaka!

 

Larangan memakai abaya di sekolah-sekolah di Perancis dikatakan atas alasan terancam susulan kemunculan golongan minoriti yang disifatkan sebagai telah ‘merampas agama dan mencabar republik dan sekularisme’ negara itu. (FOTO: AFP)

Sekolah Perancis halang 300 pelajar Islam pakai abaya

PARIS: Sekolah Perancis telah bertindak menghantar berpuluh-puluh kanak-kanak perempuan pulang ke rumah kerana enggan menanggalkan abaya yang dipakai mereka  pada hari pertama tahun persekolahan.

Seorang menteri kerajaan Perancis, Gabriel Attal berkata, bermatlamat menentang larangan pakaian Muslim, hampir 300 pelajar wanita Muslim  muncul memakai abaya pada hari pertama persekolahan di negara itu, lapor media penyiar, BFM pada hari ini, Selasa (5 Sept).

“Kebanyakan pelajar tersebut kemudian bersetuju untuk menukar pakaian (abaya) itu, tetapi 67 daripadanya enggan dan dihantar pulang,” katanya.

Terdahulu, kerajaan Perancis pada bulan lalu, telah mengumumkan bahawa ia mengharamkan abaya dipakai di sekolah-sekolah di negara itu atas alasan ia melanggar peraturan sekularisme dalam pendidikan yang telah menyaksikan tudung Muslim sebelum ini diharamkan atas alasan ia merupakan paparan pegangan agama.

Tindakan terbaharu Perancis  itu menggembirakan golongan kanan politik tetapi golongan kiri keras berpendapat ia mewakili penghinaan terhadap kebebasan awam.

Attal dalam  kenyataan menambah bahawa pelajar-pelajar terbabit telah diberikan surat yang ditujukan kepada keluarga mereka mengatakan bahawa ‘sekularisme bukan kekangan, ia adalah kebebasan’.

“Jika mereka muncul di sekolah sekali lagi dengan memakai pakaian (abaya) itu akan ada ‘dialog baru’,” tegas Attal.

Lewat Isnin (4 Sept), Presiden Emmanuel Macron mempertahankan langkah kontroversi itu, mengatakan terdapat golongan ‘minoriti’ di Perancis yang disifatkan beliau sebagai telah ‘merampas agama dan mencabar republik dan sekularisme’, yang membawa kepada ‘akibat terburuk’ seperti pembunuhan tiga tahun lalu guru, Samuel Paty kerana menunjukkan karikatur Mohamed semasa kelas pendidikan sivik.

“Kami tidak boleh bertindak seolah-olah serangan pengganas, pembunuhan Samuel Paty, tidak berlaku,” katanya dalam temu bual dengan saluran You Tube HugoDecrypte.

Dalam pada itu, sebuah persatuan yang mewakili umat Islam telah memfailkan usul kepada Majlis Negara, mahkamah tertinggi Perancis untuk aduan terhadap pihak berkuasa negeri, bagi injunksi terhadap larangan abaya dan qamis, pakaian lelaki yang setara dengan abaya.

Sementara itu, usul Tindakan untuk Hak Umat Islam (ADM) dilaporkan akan dibuat penelitian kemudian.

Undang-undang yang diperkenalkan pada Mac 2004 melarang ‘pemakaian papan tanda atau pakaian yang mana pelajar kononnya menunjukkan pertalian agama’ di sekolah, yang termasuklah salib Kristian yang besar, kippa Yahudi dan tudung Islam. – HARAKAHDAILY  5/9/2023 

Komen Weblog Ibnu HasyimSekularisme DAP M'sia ke arah ikut Perancis. Undang petaka!

Lihat juga komen ini..

(i) T.kasih Tuan Hj Annuar Musa yang menolak  hasrat menjadikan Malaysia Negara Sekular oleh DAP. 

Hj Annuar Musa

Menurut Tuan Hj Annuar Musa, kini tiada obligasi ahli Umno mengundi PH. Lebih lebih lagi DAP yang menjadi tonggak PH dan pelindung PAN mengisytiharkan pendirian meneruskan dasar Malaysian Malaysia (yang diperkenalkan Lee Kuan Yew) dan hasrat menjadikan Malaysia Negara Sekular.

Dasar ini ditentang hebat oleh Umno dan seluruh umat Melayu, Islam dan Bumiputera zaman berzaman, tetapi cuba dipertahankan Presiden Umno kini.

Justeru ahli dan penyokong Umno berpeluang besar membuktikan pendirian mereka mengutamakan Ukhuwah Islamiah dan semangat Muafakat Nasional dengan memastikan undi Melayu tidak berpecah.

(ii) Al-hamdulillah. Masalah Rasuah, rakyat perlu bangkit tentu hala tuju negara. 

Dato' Seri Tuan Ibrahim Tuan Man

Di Muar, Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cabaran yang ada pada waktu ini ialah untuk membina keyakinan terhadap negara.

Ini, katanya kerana beberapa isu termasuk yang berkaitan dengan pertuduhan rasuah terhadap pemimpin tertentu telah menjejaskan maruah negara kepada masyarakat luar.

“Pihak pendakwaan tidak meneruskan kes terhadap pendakwaan kepada Timbalan Perdana Menteri, ini soal maruah negara,” ujarnya dalam ceramah Grand Finale PERIKATAN NASIONAL Simpang Jeram, di sini, malam tadi.

Sekian, hanya sekadar sedutan secara ringkas.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Sunday, September 10, 2023

Jahannam M'sia, masih kiblat IMF/Brics..

 


Malaysia masih mahu berkiblat IMF atau sertai BRICS

Persidangan BRICS ke-15 di Johannesburg, Afrika Selatan baru-baru ini menyaksikan kemasukan negara-negara baharu termasuk Argentina, Mesir, Ethiopia, Iran, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.

Pakar ekonomi bebas Dato’ Dr Ramalan Yunus berkata, Indonesia juga bakal menyertai pertubuhan tersebut sebagai protes kepada kezaliman ekonomi yang dipelopori Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya.

“Isunya adakah Malaysia masih menetapkan polisi sedia ada yang berkiblatkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) atau menyertai BRICS.

“Ini merupakan satu persoalan besar yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan Malaysia,” katanya ketika dihubungi di sini.

Tambah beliau, pelbagai negara mula menunjukkan penentangan secara terang-terangan terhadap ketidakadilan sistem matawang Dolar dan negara G7 yang dianggotai Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun dan United Kingdom.

Menurutnya juga sistem kewangan dunia memanga bersifat tidak adil di mana banyak negara menjadi mangsa termasuk Venezuela, Indonesia dan Malaysia.

Ekoran itu kata beliau ekonomi negara Malaysia bakal menerima tempias kejatuhan Dolar selagi masih berkiblat ekonomi negara-negara Barat.

“Kita boleh lihat apabila Dolar dan Euro diserang pertubuhan BRICS maka nilai matawang kita turut menerima kesan yang buruk kerana terikat dengan Dolar,” katanya.

Ditanya mengenai langkah yang boleh diambil rakyat biasa berdepan dengan situasi itu Dr Ramalan menasihatkan tidak mengambil hutang dengan mana-mana institusi kewangan.

“Harus ingat isu kewangan negara perlu diberikan keutamaan berbanding dengan sentimen politik kerana ia akan memberi kesan yang buruk jika kerajaan masih leka,” katanya. – HARAKAHDAILY 28/8/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jahannam M'sia, masih kiblat IMF/Brics..

(i) Ini komen Indonesia.. 


Di Jakarta, Indonesia masih mempertimbangkan dan meneliti mengenai penyertaannya untuk menjadi ahli BRICS, kata Presiden Joko Widodo.

"Kami mahu mengkaji dan menyemak dahulu, kami tidak mahu tergesa-gesa," katanya dalam satu kenyataan selepas menghadiri Sidang Kemuncak ke-15 BRICS di Pusat Konvensyen Sandton di Johannesburg, Afrika Selatan pada Khamis.

Walaupun proses menjadi ahli BRICS membabitkan penyerahan surat sebagai menyatakan hasrat, Joko Widodo berkata Indonesia masih belum berbuat demikian. Bagaimanapun, beliau berkata, hubungan dengan negara anggota BRICS tetap di landasan yang positif, terutamanya dari segi ekonomi.

Perbuatan menjemput pelajar tahfiz ke konsert KEPCI di Stadium Malawati, Shah Alam adalah biadab dan disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.

Pemuda PAS Kedah memandang undangan pelajar tahfiz ke konsert yang melalaikan telah mencemarkan institusi tahfiz dan pendidikan agama.

Seruan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas penganjuran program ini.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails