Wednesday, September 27, 2023

Syabas PAS sedia berdepan siapa saja. Insya Allah, Al-hamdulillah!

 

Wan Rohimi Wan Daud

PAS sedia berdepan sesiapa sahaja di Parlimen Kemaman

KUALA TERENGGANUPAS tidak takut menghadapi pilihan raya untuk berdepan dengan sesiapa sahaja di Parlimen Kemaman.

Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat, Wan Rohimi Wan Daud berkata PAS sanggup menyertai mana-mana pilihan raya walaupun esok pilihan raya itu diadakan.

Beliau menyatakan demikian di sini hari ini, mengulas keputusan Mahkamah Pilihan raya membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid dalam Pilihan raya Umum Ke 15 (PRU15) yang lalu.

Bagaimanapun, beliau berkata pada 3 Oktober ini adalah permohonan rasmi dari pihak responden dalam kes Petisyen Pilihan raya Parlimen Kemaman itu untuk pergantungan keputusan mahkamah pilihan raya hari ini.

Katanya, pihak responden mempunyai masa 14 hari (sehingga 9 Oktober) untuk membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan hakim hari ini.

“Tadi kita (pihak responden) ada mohon pergantungan sementara (keputusan hakim) sehingga pihak responden memfailkan permohonan rasmi.

“Bagaimanapun bila bincang dengan hakim dalam kamar tadi, beliau memberi ruang sehingga 3 Oktober ini untuk kami memfailkan permohonan rasmi untuk menggantung perintah mahkamah hari ini sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan diputuskan,” ujarnya.

Menurutnya jawatan ahli parlimen tergugur apabila tiada rayuan difailkan dalam tempoh 14 hari di bawah Seksyen 36 dan 37 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

“Jika tiada rayuan dibuat dalam tempoh tersebut barulah keputusan hari ini menjadi muktamad.

Jika ada rayuan dalam tempoh itu dia (keputusan itu) akan tergantung, sehinggalah Mahkamah Persekutuan membuat keputusan terhadap rayuan tersebut,” jelasnya.

Pihak peguam responden perlu mengambil masa seminggu bagi berbincang dengan pihak Ahli Parlimen Kemaman, PAS Terengganu dan PAS Pusat bagi mendapatkan posisi dan keputusan terbaik untuk kes tersebut.

“Sebab kita tidak takut pilihan raya, kita kalau boleh nak lawan besok terus,” tegasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Kelantan.

Mahkamah Pilihan Raya Terengganu di sini hari ini, menerima petisyen difailkan seorang pengundi bagi membatalkan kemenangan Che Alias bagi Parlimen Kemaman pada PRU15.

Keputusan itu dibuat Hakim Pilihan Raya, Datuk Anselm Charles Fernandis.

Pada 12 Februari lalu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu menolak petisyen yang dikemukakan BN dan mengekalkan kemenangan Che Alias di Parlimen Kemaman pada PRU15.

Hakim Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abas membuat keputusan tersebut selepas bersetuju bantahan awal responden Ahli Parlimen Kemaman terhadap petisyen keputusan bagi parlimen tersebut.

Namun, pada 2 Mei lalu, Mahkamah Persekutuan memerintahkan petisyen pilihan raya yang difailkan untuk mencabar keputusan PRU15 bagi Parlimen Kemaman dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh.

Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan rayuan yang dikemuka oleh BN dan pengundi dari Parlimen Kemaman supaya mahkamah mendengar perbicaraan penuh petisyen berkenaan. – HARAKAHDAILY 26/9/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Syabas PAS sedia berdepan siapa saja. Insya Allah, al-hamdulillah!

Lihat komen ini..

(i) Ini berita KOSMO! ONLINE.. Mahkamah: Kemenangan Pas di Parlimen Kemaman dibatalkan.

Che Alias (dua dari kiri) dan Ahmad (tiga dari kiri) sewaktu keputusan petisyen PRU15 Parlimen Kemaman di Mahkamah Pilihan Raya Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kemenangan calon Pas, Che Alias Hamid di kerusi Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada akhir tahun lalu dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu di sini hari ini.

Hakim Datuk Anselm Charles Fernandis memutuskan demikian selepas mendapati wujud unsur sogokan kepada pengundi di kawasan Parlimen terbabit sewaktu kempen PRU15.

Beliau yang juga merupakan Hakim Mahkamah Tinggi Melaka memerintahkan pihak responden iaitu
Che Alias membayar kos sebanyak RM30,000 kepada pihak pempestiyen.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pada 3 Januari lalu memfailkan petisyen memohon mahkamah membatalkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu.

Kesemua petisyen itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu atas dakwaan berlakunya pengagihan wang secara berleluasa di ketiga-tiga kawasan tersebut sewaktu PRU15.

Pada mulanya, petisyen bagi Parlimen Kemaman tersebut telah dibatalkan di Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 12 Februari lalu.

Begitupun, Mahkamah Persekutuan memerintahkan petisyen pilihan raya tersebut ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh setelah rayuan Badan Perhubungan UMNO Terengganu diterima pada 2 Jun lalu.

Pada PRU15, Che Alias memenangi kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi menewaskan tiga calon lain iaitu Ahmad (Barisan Nasional), Hasuni Sudin (Pakatan Harapan) dan Rosli Ab. Ghani (Pari Pejuang Tanah Air). – 

 

 (ii) Keputusan petisyen pilihan raya Parlimen Kemaman  -HARAKAHDAILY 26/9/2023


BERIKUT ialah kenyataan daripada Lujnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Pusat berhubung keputusan petisyen pilihan raya Parlimen Kemaman.

Keputusan petisyen pilihan raya P.040 Kemaman

Tarikh: Selasa | 26 September 2023
Waktu: 10.30 pagi
Tempat: Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu
Hakim: YA Datuk Anselm Charles Fernandis

Mahkamah Pilihan Raya di Kuala Terengganu sebentar tadi telah membenarkan Petisyen Pilihan Raya P.040 Kemaman dengan kos sebanyak RM30,000.

YA Hakim Pilihan Raya Datuk Anselm Charles Fernandis memutuskan sedemikian dan selanjutkan mengisytihar bahawa YB Che Alias bin Hamid telah dilapor pilih secara tidak sah sebagai Ahli Parlimen bagi Bahagian Pilihan Raya P.040 Kemaman pada 19.11.2022 yang lalu.

Antara alasan yang dikemukakan Hakim ialah pemberian Bantuan Wang Tunai secara One-Off bagi program Ibu Tunggal, Pencen Rakyat, i-Belia dan i-Siswa di ambang PRU15 adalah terjumlah kepada perbuatan mempengaruhi undi (to induce voters) untuk mengundi Responden.

YB Exco/Timbalan Exco yang merasmikan program tersebut dianggap sebagai ejen kepada Responden atas dasar ”common interest” untuk memastikan kemenangan Responden.

Responden mempunyai masa selama 14 hari (tarikh akhir 9.10.2023) untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan ini.

Peguam-peguam yang bertindak mewakili YB Che Alias Hamid sepanjang perbicaraan petisyen ini adalah:

1. Wan Rohimi bin Wan Daud
2. Yusfarizal bin Yussoff
3. Mohd Faizi bin Che Abu
4. Saifuddin bin Othman
5. Mohd Nasir Embong
6. Dato’ Fariz Irwan bin Dato Mustaffa

26 September 2023 @ 12.42pm
LUHAM Pusat – HARAKAHDAILY 26/9/2023

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Harap maaf, tulisan ini akan berhenti di sini, kerana Ibnu Hasyim kini berada di luar kawasan liputan. Sekian.

Atlet boling negara peluk Islam. Percepat negara Islam, al-hamdulillah!

 

Nerosha dilapor melafazkan dua kalimah syahadah di Ibu Pejabat Perkim, semalam. - Foto Perkim

Atlet boling negara peluk Islam

PETALING JAYA – Atlet boling wanita negara, Nerosha Keligit Thiagarajan dilaporkan memeluk Islam, semalam. 

Dipimpin oleh Pegawai Unit Dakwah dan Pembangunan Insan (UDPI) Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan, Muhammad Jais Mariappan Abdullah, Nerosha, 27, melafazkan dua kalimah syahadah di ibu pejabat Perkim.

Menerusi perkongsian Perkim Kebangsaan di Facebook, Nerosha berkata, dia tertarik dengan Islam berikutan kehidupannya sebagai atlet sering dikelilingi rakan-rakan muslim yang mengerjakan ibadah.

“Saya sering bertanya kepada rakan-rakan muslim tentang kewajipan bersolat, berpuasa dan ibadat lain.

“Saya mempercayai dan meyakini dengan keesaan Allah SWT,” katanya.

Gadis yang berasal dari Sarawak itu turut berazam untuk mendalami Islam dengan mengikuti Kelas Pengajian Islam Perkim Kebangsaan (KPIPK) yang diadakan pada hujung minggu.

Dalam masa sama, Nerosha juga bakal menamatkan zaman bujang dan berkahwin dengan bekas pemain ragbi kebangsaan, Mohamad Sofian Kamil pada tahun hadapan. – KOSMO! ONLINE

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Atlet boling negara peluk Islam. Percepat negara Islam, al-hamdulillah!

Sila lihat komen ini..

(i) Tolong hurai sikit sukan pada pandangan Islam.

SATU: Dunia sukan sangat luas, baik bagi anak-anak mahupun orang dewasa. Potensi, motivasi, bahkan cita-cita mereka dalam bersukan pun berbeza-beza. Ada yang baik dan positif, tetapi ada juga yang tidak baik dan negatif. 

Sukan itu sendiri, tidak mengira yang berbentuk fizikal mahupun psikologi, hakikatnya ada yang bermanfaat dan membina, tetapi ada juga yang membahayakan dan merosakkan. Oleh kerana itu, aktiviti sukan dan bukan sukan, merupakan sebahagian dari kehidupan manusia, yang perlu diatur, baik dengan Al-Quran mahupun Sunnah Rasulullah SAW, baik dalam bentuk perbuatan, perkataan, termasuk motivasi, dan tindakannya.

Semestinya peraturan yang dibuat bukan disebabkan adat dan budaya, atau terkenal dan disukai ramai. Sekiranya ia bertentangan dengan syariat Allah, ia hendaklah dilarang. Ini kerana syariatlah yang menjadi penentu ke atas individu, jemaah, dan negara. Syariat juga yang menjadi penentu perasaan dan perbuatan. Syariat jugalah yang mengatur seluruh aspek kehidupan. 

Itu yang kita kena faham dulu.


DUA: Tujuan sukan.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - AL-KAFI #954: PERSPEKTIF SYARAK  BERKENAAN SUKAN EKSTREM DAN PERMAINAN YANG MERBAHAYA


Kehidupan umat Islam semasa era ketika hukum Islam diterapkan dalam seluruh aspek kehidupan di bawah naungan Khilafah adalah kehidupan yang dipenuhi dengan tujuan dan cita-cita Islam yang agung dan mulia, iaitu i’la’i kalimatillah (menjunjung tinggi kalimah Allah) dengan dakwah dan jihad, bagi mengemban dan menyebarkan risalah Islam ke seluruh dunia. Rasulullah SAW pun bersabda,  “Sesungguhnya melancong dan rekreasi umatku adalah berjihad di jalan Allah.” [HR Abu Daud, Hakim, Baihaqi, dan At-Tabrani].

Ini menjadi bukti bahawa kehidupan umat Islam bukan kehidupan yang dipenuhi dengan senda gurau, bermain-main, dan santai, tetapi kehidupan yang serius. Walaupun begitu, tidak bermakna yang ia tidak boleh disampaikan dengan santai dan diselitkan dengan senda gurau. Walaubagaimanapun, selingan tetaplah selingan. Namun jangan jadikan selingan ini mendominasi masa dan hari-hari seorang muslim.

Oleh yang demikian, jika Nabi memerintahkan agar kita mengajar berenang, berkuda, dan memanah kepada anak-anak kita, konteks bagi perintah tersebut ada dua. Pertama, menjaga kecergasan tubuh agar tetap sihat. Kedua, melatih kekuatan fizikal untuk persediaan berjihad di jalan Allah. Tidak lebih dari itu.

Oleh kerana itu, bersukan diperlukan dalam dua konteks ini. Bukan untuk sekadar bersukan itu sendiri, juga bukan untuk mendapatkan dan mengumpulkan harta, bukan pula untuk mendapatkan populariti dan kemasyhuran, yang diikuti dengan kesombongan, serta sikap merosakkan yang lain, sebagaimana yang banyak ditunjukkan oleh olahragawan dan atlet saat ini.

Jadi, sukan sebenarnya dibentuk agar menjadi sebahagian dari aktiviti politik dan ideologi. Inilah tujuan dan konteks sukan, di mana pada era permulaan Islam ia dikenal dengan istilah Furusiyyah  (latihan berkuda untuk menjadi pahlawan), iaitu untuk memberikan, membela, dan mengembalikan hak-hak yang dirampas dari pemiliknya.

Dalam konteks inilah, sukan disyariatkan. Allah SWT berfirman, “Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan uhtuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki.” [TMQ al-Anfal (8): 60].

Nabi SAW juga bersabda, “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah, daripada orang mukmin yang lemah."

Dalam konteks itu pula, Nabi SAW mengizinkan orang-orang Aesthenia untuk bermain/berlatih menggunakan lembing di Masjid Nabawi yang mulia. Nabi juga mengizinkan Aisyah, isteri Baginda SAW untuk melihat mereka [HR Muttafaq Alaih]


TIGA: Dasar Sukan Yang Salah


Pada masa kehidupan umat Islam dipimpin oleh ideologi kapitalisme, dengan asas manfaat sebagai pandangan hidupnya, maka orientasi hidup kaum Muslim pun berjaya disesatkan. 

Mereka bukan hidup untuk Islam dan umatnya, apatah lagi melakukan persediaan untuk kehidupan akhirat, tetapi, mereka hidup untuk kesenangan duniawi dan material semata-mata. Dunia sukan  dijadikan sebagai sebuah industri untuk mewujudkan tujuan material, duniawi, dan populariti.

Para olahragawan dan atlet juga telah menjelma menjadi selebriti yang diburu oleh media dan peminat, kemudian diikuti dengan iklan dan pendapatan yang melimpah-ruah. Inilah industri sukan yang telah keluar dari konteksnya untuk menjaga kecergasan tubuh badan agar tetap sihat dan melatih kekuatan fizikal untuk persiapan berjihad di jalan Allah. 

Di negara-negara Barat, olahragawan dan atlet terlibat dengan skandal seks, minuman beralkohol, ketagihan dadah, dan masalah moral. Fenomena kehidupan mereka pun telah menyihir kaum muslim. Mereka mengikuti berita dan agenda sukan dengan begitu mendalam, sedangkan mereka hampir tidak tahu urusan-urusan agama dan umat mereka. 

Semuanya ini telah menyeret mereka yang pelbagai usia, daripada kanak-kanak hinggalah orang dewasa. Inilah musibah yang dihadapi oleh kaum Muslim kini. Bahkan, sukan telah digunakan sebagai sarana untuk meracuni fikiran mereka dan menghalangi mereka dari berzikir, solat, dan jihad di jalan Allah, serta membuang potensi mereka hanya dengan bermain siang dan malam, tanpa adanya sikap peduli terhadap peristiwa ataupun keadaan yang menimpa kaum muslim. 

Keadaan ini jelas dilarang oleh Islam.


EMPAT: Politik dan Ideologi.


Jihad adalah sebagai hujung tombak Islam (dzarwah sanam al-Islam) dan cara yang disyariatkan oleh Allah untuk meraih kemuliaan di dunia dan akhirat. Ia jelas memerlukan persediaan, antara lain tubuh badan yang sihat. Dalam hal ini, sukan dan latihan fizikal jelas mempunyai peranan. 

Contohnya, kepakaran dalam memanah, melempar lembing, dan menembak misalnya sememangnya sangat diperlukan dalam berjihad. Demikian juga kecergasan fizikal, merupakan prasyarat yang diperlukan dalam berjihad agar dapat mengharungi medan jihad yang sangat berat. 

Ini memerlukan latihan dan bersukan, seperti berjalan kaki, berlari, termasuk berenang yang sangat membantu kecergasan fizikal dan pernafasan. Selain itu, sukan seperti taekwondo, kungfu, ninja, dan seumpamanya amat berguna untuk mempertahankan diri dan menyerang lawan, jika diperlukan.

Bukan itu sahaja, sukan tersebut bukanlah untuk dijadikan pertandingan, dan juga sebagai pertunjukan, tontonan, dan perniagaan. Hal ini kerana tradisi pertandingan seperti ini tidak ada dalam budaya Islam.

Budaya ini merupakan budaya Yunani, dengan gimnasiumnya, dan telah wujud sebelum Islam. Ketika Islam berkuasa, budaya dan tradisi seperti ini tidak pernah ditemukan dalam kehidupan Islam. Oleh kerana itu, apa yang wujud di tengah-tengah kaum Muslim kini, sesungguhnya bukanlah warisan budaya Islam dan  jelas bertentangan dengan matlamat Islam. 

Wallahu’alam.

Lihat juga 'IRSYAD FATWA #247: HUKUM MENONTON ACARA SUKAN YANG MENDEDAHKAN AURAT' 

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Sukan T'ganu & madani mabuk! Al-hamdulilah PAS/PN ok..

 


Pelumba Terengganu cemerlang sarung jersi raja bukit

KUALA TERENGGANU – Pelumba Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff mempamerkan aksi cemerlang pada pusingan pertama setelah memperoleh jersi polkadot (raja bukit).

Peringkat pertama perlumbaan Petronas Le Tour De Langkawi 2023 bermula daripada Kerteh ke Kuala Terengganu yang melibatkan laluan sepanjang 187.4 km.

Aiman Zariff berkata, walaupun menghadapi kesukaran terutama untuk melepasi 30 kilometer terawal, dia bersyukur berjaya mendapatkan rentak tidak lama selepas itu.

“Saya berpuas hati dengan persiapan yang dibuat sebelum menghadapi LTDL, ia membantu saya keluar daripada masalah.

“Seperti menyertai Tour Of Iran, Tour Gateh De Terengganu dan pelbagai lagi latihan bagi menghadapi perlumbaan berprestij ini.

“Motivasi untuk LTDL 2023 ini berbeza dengan sebelumnya kerana pengalaman yang saya dan perlumbaan bermula di Terengganu.

“Insya-Allah saya akan lakukan terbaik sepanjang LTDL 2023 ini,” jelasnya.

Dia berkata demikian ketika Sidang Media Majlis Penyarungan Jersi dan Penyampaian Hadiah Petronas Le Tour De Langkawi 2023 Peringkat Pertama bertempat di Dataran Shahbandar di sini hari ini.

Peringkat Pertama LTdL 2023 menyaksikan pelumba pasukan Tudor Pro Cycling Team, Arvid De Kleijn membolot dua jersi iaitu jersi hijau (juara keseluruhan) dan jersi oren (raja pecut).

Manakala, jersi putih selaku pelumba terbaik Asia dimenangi oleh Pelumba Roojai Online Insurance, Tegshbayar Batsaikhan.

Peringkat kedua perlumbaan esok akan bermula di ‘Drawbrige’ Kuala Terengganu menuju ke Kota Bharu, Kelantan sejauh 186.2 km.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sukan T'ganu & madani mabuk! Al-hamdulilah PAS/PN ok.

Lihat komen ini pula..

(i) Festival DIBW 2023 dicemari pergaduhan peserta antarabangsa, sungguh memalukan.


Di Kota Tinggi: Penganjuran acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Pantai Desaru dekat sini, yang berlangsung sejak Jumaat lalu dicemari insiden kekecohan dipercayai membabitkan dua kumpulan peserta semalam.

Beberapa video tular di media sosial menunjukkan berlaku insiden pergaduhan mulut antara dua pihak pada sebelah petang sebelum dikatakan berlanjutan sehingga ke malam. Dalam satu video berdurasi 4 minit 25 saat yang memaparkan kejadian pada sebelah siang, kelibat beberapa anggota polis dilihat berjaya mengawal pergaduhan mulut yang berlaku.

Bagaimanapun, menerusi satu lagi video berdurasi seminit 16 saat yang memaparkan kejadian pada sebelah malam, keadaan seperti tidak dapat dikawal sehingga berlaku insiden membaling objek termasuk kerusi di antara perserta.

Berdasarkan video berkenaan, turut kedengaran suara individu yang menyatakan kebanyakan peserta yang terbabit dalam insiden kekecohan itu sedang mabuk. Difahamkan, insiden berlaku membabitkan peserta antarabangsa, namun sekali gus turut memberi kesan kepada peserta tempatan. 

Pengesahan kejadian dan maklumat lanjut daripada polis sedang diperolehi. DIBW 2023 adalah festival dan pameran antarabangsa yang dianjurkan selama tiga hari bagi meraikan gaya hidup permotoran.

 Dianggarkan seramai 100,000 pengunjung dari seluruh dunia berkunjung ke festival kali ini.

Objektif DIBW yang bermula pada 2019 adalah untuk menyatukan penunggang motosikal di seluruh rantau ini dalam perpaduan dan perayaan gaya hidup permotoran selain sama-sama mempromosikan budaya, masakan dan sukan tempatan.


(ii) Al-hamdulillah lagi.. Aura kampung sendiri, Afif Ungguli Cub Prix di Terengganu.

Di Kuala Nerus, 23 September – Pelumba kelahiran Dungun, Ahmad Afif Amran membuktikan aura halaman sendiri apabila mengungguli kategori CP150 pada perlumbaan Pusingan Ke-7 PETRONAS Malaysia Cub Prix 2023.

Dalam perlumbaan di Litar Permotoran Terengganu itu, Afif memintas pendahulu yang juga rakan sepasukannya dari Petronas Sprinta Yamaha- CKJ Racing, Md Akid Aziz pada pusingan terakhir untuk muncul juara denga perbezaan masa 0.764 saat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Tuesday, September 26, 2023

Jom Heboh patuh syariah, K/Pusat X berani buat, takut DAP..



MPB beri jolokan Jom Heboh Kelantan patuh syariah

KOTA BHARU: Pegawai Penguatkuasa MPKB-BRI memantau penganjuran konsert sempena Karnival Jom Heboh seawal Maghrib sehingga selesai konsert bagi memastikan berlaku kepatuhan terhadap syarat ditetapkan kerajaan negeri.

Pengerusi Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd Asri Mat Daud berkata, berdasar laporan diterima bahawa keadaan terkawal dan penganjur sentiasa mengingatkan penonton berkenaan pengasingan tempat duduk.

Turut disediakan kawasan hadapan sebagai ruang keluarga, kiri perempuan dan kanan lelaki yang diumum berulang kali menerusi hebahan agar penonton menjaga tatasusila sepanjang konsert berlangsung.

Katanya bagi pihak kerajaan negeri beliau merakam ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Jom Heboh dengan versi Membangun Bersama Islam terutama Media Prima yang memberikan jolokan Jom Heboh Konsep Patuh Syariah.

“Ia sejajar dengan saranan kerajaan negeri melibatkan aktiviti bersifat Islamik seperti Forum Perdana Ehwal Islam, Kuliah Khas Pagi Jumaat, pertandingan Azan dan bercerita serta MyQurantime,” katanya pada kenyataan malam ini.

Enakmen Kawalan Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 diwartakan pada 8 November 1998 yang kemudiannya diperincikan melalui Garis Panduan Kawalan Hiburan 2003 menerusi Pekeliling Negeri Bilangan 4 Tahun 2003.

Program Jom Heboh diadakan di RTC Tunjong bermula 7 September lepas dan berakhir semalam, mendapat sambutan menggalakkan.

Mohd Asri juga berkata, garis panduan diwujudkan bagi tujuan menjelaskan maksud, jenis dan kelas hiburan di bawah Kawalan Kerajaan Negeri berdasarkan Enakmen Kawalan Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 sebagai panduan kepada pegawai-pegawai pelesenan, penggiat hiburan dan pihak awam.

Menurutnya penyelarasan Jom Heboh Kelantan 2023 kali ini di bawah pemantauan Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan Dan Hubungan Seranta Negeri.

Permohonan konsert sempena Karnival Jom Heboh dipohon dan diluluskan MPKB-BRI dan penganjur bersetuju dengan semua peraturan dan syarat yang telah ditetapkan.

“Saya menegaskan bahawa, Kelantan Bumi Serambi Mekah sejak sekian lama sehingga kini terbuka dan mengalu-alukan sebarang penganjuran apa jua karnival atau hiburan sekiranya penganjur boleh mengikuti syarat ditetapkan.

“Apa yang lebih penting penganjur juga hendaklah mengambil kira pendekatan negeri ini yang konsisten dengan dasar Membangun Bersama Islam,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 10/9/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jom Heboh patuh syariah, K/Pusat X berani buat, takut DAP..

Sila lihat komen ini..

(i) Al-hamdulillah, k'jaan Kelantan berani buat untuk rakyat, ini hasilnya.. Sumber mineral, REE Kelantan cecah RM125 bilion – UMK 

Julie Juliewatty (tengah) melawat tempat pameran sempena Seminar On Mineral Resources and Technology (SMART) 2023 dan GREAT bersama Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Kelantan. (FOTO: UMK)

Di Kota Bharu, Kelantan dipercayai memiliki sumber mineral dan unsur nadir bumi (REE) mencecah RM125 bilion daripada jumlah keseluruhan nilai RM700 bilion dalam negara.

Ia sekali gus menjadikan negeri itu berpotensi mengembangkan sektor perlombongan dan industri berasaskan mineral terpenting di negara ini.

Pengarah Pusat Penyelidikan Dan Perkhidmatan Gold Rare Earth And Mineral Technoprnuership Centre (GREAT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Dr Noor Fazliani Shoparwe  berkata, pembangunan industri  REE boleh memberi sokongan yang besar kepada pembangunan industri REE hiliran.

UMK menganjurkan Seminar Mengenai Sumber Mineral dan Teknologi (SMART) 2023 dan GREAT bersama Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT). Sebanyak 159 penyertaan daripada pemain industri, institut pengajian tinggi (IPT), agensi kerajaan dan individu yang bertukar pandangan, pengalaman dan penyelidikan berkaitan REE bersama pakar.

Seminar bertemakan ‘Understanding The Potential and Challenges of Rare Earth Establishment Based Industries’ itu juga, diadakan sempena persidangan International Conference on Bioengineering and Technology (IConBET 2023).

(ii) Ini penting, PM patut lantik Menteri Kewangan II. Tapi mengapa tidak, takut DAP juga ke?


Di Kuala Lumpur, Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) mempertikaikan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pada masa sama memegang jawatan Menteri Kewangan.

Beliau membandingkan kedudukan itu seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang perlu bertanya kepada Ketua Pegawai Kewangan (CFO).

“Jadi sebagai CEO, dia kena tanya CFO di sebelah, nak tanya macam mana kalau dia sendiri adalah CEO dan juga CFO?” katanya ketika mencelah ucapan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, pada sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau sependapat dengan cadangan Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) supaya kerajaan melantik Menteri Kewangan II untuk membantu Perdana Menteri.

“Datuk Seri Ketua Pembangkang, saya nak tambah cadangan Datuk Putrajaya tadi. Ramai yang layak, (Ahli Parlimen) Titiwangsa boleh, (Ahli Parlimen) Semberong senyum jer tu boleh, di Sabah ramai Sarawak ramai,” katanya.

Mohd Syahir melahirkan perasaan hairan kerana tidak susah pun untuk melantik Menteri Kewangan Kedua.

Katanya, hanya Menteri Kewangan boleh menyertai mesyuarat Kabinet kerana dua Timbalan Menteri Kewangan yang ada tidak boleh berbuat demikian.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails