Friday, October 13, 2023

Palestin, bantuan awal RM100,000, DAP madani bagi apa?



Palestin: PASRelief salur bantuan awal RM100,000

KUALA LUMPUR: Perang yang dinamakan ‘Taufan Al-Aqsa’ lebih dahsyat berbanding perang sebelum ini apabila penduduk dan pejuang Palestin bangkit menuntut hak mereka selepas 75 tahun peristiwa Nakbah.

Sehubungan itu, Pengarah PASRelief, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah berkata, atas rasa tanggungjawab dan kemanusiaan, pihaknya telah menyalurkan bantuan awal kecemasan bernilai RM100,000 kepada penduduk Palestin selepas serangan bermula pada Sabtu baru-baru ini.

“Alhamdulillah, bantuan awal kecemasan yang disalurkan seperti keperluan makanan asas dan wang tunai telah pun sampai dan diagihkan sebahagiannya oleh wakil PASRelief di Palestin kepada mangsa-mangsa perang di sana.

“Kami difahamkan situasi di Gaza semakin tegang dengan tindak balas rejim zionis Israel yang semakin mengganas apabila menyasarkan kawasan pendidikan, masjid, kediaman penduduk dan hospital. Lebih dahsyat, bekalan air dan elektrik juga disekat,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, keadaan getir yang dilalui oleh penduduk Palestin saat ini, tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Tambahnya, PASRelief akan menggerakkan pelbagai usaha untuk menyalurkan lebih banyak bantuan kepada mangsa perang di Palestin.

Oleh itu, ujarnya PASRelief memohon dan menyeru seluruh lapisan masyarakat di Malaysia yang mengikuti perkembangan perang Taufan Al-Aqsa untuk terus sama-sama bersolidariti dengan menyumbang ke Tabung Kecemasan Gaza ini.

Tambahnya, segala bentuk sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Tabung Kemanusiaan PASRelief 5640 7061 4481.

Segala maklumat lanjut boleh hubungi hotline PASRelief di talian 017-500 1144. – HARAKAHDAILY 10/10/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Palestin, bantuan awal RM100,000. DAP/madani bagi apa? 

Lihat komen sebelum ini..

(i) Sokong tuntut nasib pekerja e-hailing perlu dbela.. 


 Di Dewan Rakyat KL, kerajaan perlu merangka langkah untuk memastikan pekerja e-hailing mendapat pembelaan di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022.

Ustaz Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berkata, berbanding pekerja lain di Malaysia, golongan itu tidak mempunyai kesatuan sekerja kerana tidak dianggap sebagai bekerja.

Namun, katanya perkhidmatan itu semakin mendapat tumpuan dalam kalangan belia dan perlu diberikan hak sama rata secara komprehensif berdasar akta yang ada.

“Perkerja Grab Food dan Panda sebagai contoh tidak boleh menubuhkan kesatuan sekerja untuk berunding bagi mendapatkan hak gaji, keadaan kerja serta pelindungan yang lebih baik.

“Ini kerana kerja ekonomi gig dianggap sebagai kontraktor kerana mereka menyediakan perkhidmatan mengunakan bahan pihak lain dan bukan seperti pekerja lain yang berdaftar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2023 atau Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Akta 262) di Dewan Rakyat, hari ini.

Oleh yang demikian, beliau menyarankan kesatuan sekerja perlu fokus kepada isu-isu seperti ini kerana melalui kesatuan pekerja, suara pekerja mendapat perhatian. Demikian sedikit dari suntingan ucapan beliau.

(ii) & ini juga.. ‘Petani bukan pemalas, selalu ditindas’

Sebahagian ahli peSAWAH yang hadir dalam Aksi Protes & Sidang Media Pesawah-pesawah Padi Berkenaan Harga Padi/Beras di Pusat Kegiatan Komuniti TTZ Lahar Budi, Mukim Derga, Alor Setar, Kedah pada 8 Okt 2023. (FOTO: Facebook: Aswad Bukit Besar/Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia - Pesawah)

Di KL, menyertakan hashtag  #PETANI BUKAN PEMALAS TETAPI SELALU DITINDAS, Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) semalam telah mengadakan sidang media menggesa agar kerajaan campur tangan dalam kemelut yang tiada noktahnya apabila harga padi basah kembali kepada harga asal RM1,250 per tan.

Ia menimbulkan kemelut dan polemik, yang menurut PeSAWAH melalui hantaran Facebooknya, Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia – Pesawah, susulan tindakan pengilang tindakan pengilang yang menurunkan harga pembelian padi secara drastik daripada RM1,700 per tan kepada antara RM1,200 hingga RM1,250 sejak semalam. 

Pertubuhan Persaudaraan Pesawah (PeSAWAH) menggesa agar kerajaan campur tangan dalam kemelut yang tiada noktahnya apabila harga padi basah kini kembali kepada harga asal RM1,250 per tan. (FOTO: Facebook Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia – Pesawah)

(iii) Jom kempen kibarkan bendera Palestin 


RAKYAT Palestin di Semenanjung Gaza sedang berhadapan dengan serangan dan pengeboman yang amat ganas oleh tentera rejim zionis Israel.

Angka korban di kalangan rakyat Palestin telah meningkat kepada 510 orang termasuk 91 kanak-kanak dengan 2,750 orang lagi dilaporkan cedera termasuk 244 kanak-kanak. Manakala pelarian Palestin yang tinggal di tempat perlindungan di Semenanjung Gaza telah mencapai 137,000, atau 90 peratus kapasitinya.

Sejak semalam, tentera rejim Zionis Israel telah melancarkan serangan udara dan pengeboman yang amat ganas ke atas bandar di Semenanjung Gaza, mengakibatkan kemusnahan besar termasuk mengebom masjid-masjid, sekolah dan hospital.

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden telah mengarahkan kapal pengangkut pesawat terbesar tentera laut Amerika Syarikat dan kapal-kapal perang pengiringnya supaya segera berlepas ke Asia Barat untuk bersiap sedia berhampiran negara haram Israel bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Kementerian Pertahanan negara haram Israel juga telah mengarahkan supaya diwujudkan kepungan menyeluruh ke atas Semenanjung Gaza, tiada elektrik, makanan dan petroleum.

Justeru itu, atas dasar keimanan dan kemanusiaan terhadap saudara kita di Palestin, saya menyeru kepada seluruh umat Islam supaya kibarkan bendera Palestin di rumah kediaman, premis kedai dan kenderaan bagi menunjukkan sokongan kita bersama rakyat Palestin yang sedang berdepan dengan rejim Israel yang kejam lagi zalim. -ABDUL HADI AWANG Presiden PAS 10/10/2023

(iv) Akhirnya, mai ke Masjid Negara KL,  Himpunan Aman Pertahankan Bumi Palestin & M/Al-Aqsa yang bakal diadakan pada Jumaat, 13 Okt 2023 ini.

Afnan Hamimi (depan, dua dari kanan) mengepalai penganjuran Himpunan Aman Solidariti Mempertahankan Bumi Palestin dan Masjid Al-Aqsa di Masjid Negara yang bakal diadakan pada Jumaat, 13 Okt 2023.

Di KL, Pemuda PAS dan PERIKATAN NASIONAL (PN) bakal menganjurkan Himpunan Aman Solidariti Mempertahankan Bumi Palestin dan Masjid Al-Aqsa di Masjid Negara Kuala Lumpur pada Jumaat, 13 Okt ini selepas solat Jumaat.

Timbalan Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, Pemuda PAS mengikuti rapat pertempuran besar-besaran yang sedang berlaku ke atas saudara di tanah berdaulat Palestin pada ketika ini. 

Harap maklum.

Di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

Wednesday, October 11, 2023

Ada padi, semua kerja jadi.. Tapi, hilang secara tersembunyi?

 


Kedah mampu tingkat 80 peratus pengeluaran beras

JERAI: Kedah mampu meningkatkan pengeluaran beras daripada 43 peratus ke 80 peratus apabila penanaman lima kali dua tahun dapat dipraktikkan sepenuhnya.

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, dengan peningkatan itu Malaysia tidak lagi bergantung kepada import beras dari luar untuk menampung keperluan negara.

“Apabila penanaman padi boleh dilaksanakan lima kali dua tahun, akan berlaku peningkatan pengeluaran beras sehingga 80 peratus bagi bekalan negara.

“Kita dapat mengawal harga dan tidak perlu bergantung kepada beras import,” katanya selepas Majlis Perasmian Tuaian Projek Padi Benih Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) di tapak Smart Sawah Berskala Besar Asnaf LZNK, Padang Lumat semalam.

LZNK mempunyai 700 relong (200 hektar) sawah, selain pakej lain (42 relong secara sewa) yang diusahakan asnaf di Sik.

Kata beliau juga kerjasama semua pihak sama ada agensi dan jabatan yang terlibat dengan sektor padi amat diperlukan bagi menjayakan hasrat itu.

Sanusi turut mengucap tahniah kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) kerana berjaya menjadi model penanaman padi yang berjaya.

Menurutnya LZNK berjaya menghasilkan purata lapan tan satu hektar setiap semusim tuaian.

“Tuaian musim lepas 7.6 tan satu hektar berbanding pengeluaran padi di Kedah hanya 4.5 tan satu hektar.

“Apabila model Smart Sawah semakin berkembang maka akan cepat memecahkan monopoli rantaian industri padi serta memberi pendapatan tinggi kepada petani,” ujarnya.

Beliau juga berkata, rantaian sedia ada hanya mampu menghasilkan 4.5 tan sehektar dan selebihnya bayaran kepada kartel.

Menurutnya bercakap berkenaan kartel padi akan menimbulkan kemarahan pihak tertentu, sedangkan rakyat berdepan dengan kesukaran.

“Biarlah kalau ada orang nak marah bila saya sebut isu kartel padi. Inilah pendapatan yang hilang secara tersembunyi.

“Dahulu pada 2008 dan 2020 berlaku krisis ‘security’ makanan ,apabila negara pengeluaran beras seperti Vietnam dan Indonesia tak mampu eksport bagi menampung keperluan domestik.

“Isu sebegini perlu menjadi pengajaran agar bersama-sama berusaha tingkatkan keluaran padi tempatan,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 14/9/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ada padi, semua kerja jadi.. Tapi, hilang secara tersembunyi?

Lihat tinjauan ini..

(i) Tinjauan HarakahDaily di sebuah pasar raya di Sentul, di sini, baru-baru ini.. 

Rakyat mengeluh bukan sahaja akibat kenaikan harga beras di pasaran tetapi juga disebakan bekalannya yang tidak mencukupi. (FOTO HIASAN)

Mendapati pelanggan dan pekedai restoran berdepan kesukaran mendapatkan stok beras tempatan yang sudah terjual dan cepat habis sejak pengumuman. Isu bekalan beras tempatan nampaknya makin parah.

Menurut Rubi

“Biasanya mereka hantar beras tempatan 10-20 paket (10kg), tetapi yang mereka hantar (ke cawangan ini) hanya lima sahaja minggu ini.”

“Harga beras sekarang memang naik mendadak. Dulu RM20 lebih, sekarang RM30 lebih (untuk 10kg). Memang terasa lah tempias dia harga beras naik mendadak ini.”

“Sebelum ini gula. Nak dapat pun susah, stok pun tak ada. Sekarang ini beras pula (yang berlaku begitu).”

Menurut Fatimah Sidek

“Isunya adalah beras tempatan tidak cukup. Memang ketara masalah itu, lagi-lagi (apabila) anak ramai. Makna kata (kerajaan) nak turun, nak bantu rakyat. Lagi merosakkan lagi adalah,” luahnya dalam nada geram. 

“Isu harga barang naik ini daripada dulu lagi. Macam contoh minyak, (sehingga) ada sampai kena catu. 

“Harapan yang nak diperkatakan adalah, (kepada kerajaan) yang nak bantu rakyat tu mana? Kalau cakap tapi tak buat, tak boleh juga,” tambahnya. 

Menurut Khir Amin

Terdahulu, Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) melaporkan harga beras putih import meningkat 36 peratus iaitu daripada RM2,350 kepada RM3,200 satu tan metrik berkuat kuasa pada 1 September lalu.

Menurut kenyataan BERNAS, pelarasan itu adalah selari dengan harga global semasa bagi ruji makanan.

 

(ii) Tolong dengar keluhan nelayan Sungai Lereh, Melaka. Masalah penambakan laut, sediakan 'pelantar terapung'. 


Menurut Bakri Jamaluddin (PN-Tangga Batu), masalah ini dipercayai berpunca akibat projek penambakan laut secara besar-besaran yang dilakukan kerajaan Melaka sekitar Klebang pada masa ini.

Tambah beliau, jumlah tangkapan ikan khususnya di Kawasan Melaka Selatan berkurangan sebanyak 43 peratus, iaitu dari 410,000 kilogram kepada hanya 226,000 kilogram dalam tempoh 10 tahun.

“Kita tidak nafikan nelayan menerima beberapa insentif dari kerajaan melalui LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia), tetapi apakah ini mencukupi apabila jumlah tangkapan merudum?

“Kita harus ingat bahawa kepentingan `stake holder’ (pihak berkepentingan) juga terjejas dengan teruk. Bagaimana dengan penduduk sekitar yang bergantung kepada hasil tangkapan laut?” soalnya ketika sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat, hari ini.

Sekian, hanya dari suntingan.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

DAP madani tiru strategi Israel hancurkan Palestin..

 

Kenapa perisikan Israel gagal hidu serangan Hamas?

“Kami tidak tahu bagaimana ini boleh berlaku.”

Itulah reaksi yang diberikan pegawai Israel kepada BBC apabila ditanya kepada mereka bagaimana, dengan segala sumber perisikannya yang dikatakan pintar dan meluas, gagal untuk mengesan serangan gabungan Hamas dan Jihad Islami pada Sabtu (7 Okt) itu.

Dalam kejadian itu, berpuluh-puluh pejuang bersenjata Hamas berjaya  menyeberangi sempadan yang berkubu kuat antara Israel dan Semenanjung Gaza, manakala beribu-ribu roket ditembak dari Gaza ke Israel.

Dengan usaha gabungan Shin Bet, perisikan domestik Israel, Mossad, agensi perisik luarnya dan kesemua aset Angkatan Pertahanan Israel, laporan BBC berkata adalah sangat mengejutkan bahawa tiada siapa yang melihat atau mencium tanda-tanda sebelum serangan itu bermula.

“Atau jika mereka (perisikan Israel) melakukannya (berjaya menghidu serangan itu), mereka gagal untuk bertindak ke atasnya,” tambah laporan BBC itu.

Israel boleh dikatakan mempunyai perkhidmatan perisikan yang paling luas dan dibiayai dengan baik di Timur Tengah, terutama oleh Amerika Syarikat.

“Ia mempunyai pemberi maklumat dan ejen, malah di dalam kumpulan pejuang Palestin, serta di Lubnan, Syria dan tempat lain.

“Ia telah, pada masa lalu, melakukan pembunuhan tepat pada masanya terhadap pemimpin pejuang Palestin, dan mengetahui semua pergerakan mereka secara dekat.

“Kadang-kadang ini telah dilakukan dengan serangan dron, selepas ejen meletakkan penjejak GPS pada kereta individu; kadang-kadang dulu pun dah guna telefon pintar yang meletup,” lapor BBC.

Tambah laporan itu, di atas tanah, di sepanjang pagar sempadan yang tegang antara Gaza dan Israel terdapat kamera, sensor pergerakan tanah dan rondaan tentera tetap.

“Pagar atas dawai berduri sepatutnya menjadi ‘penghalang pintar’ untuk menghalang betul-betul jenis penyusupan yang telah berlaku dalam serangan ini.

Namun, kini pejuang  Hamas hanya merempuh jalan mereka melaluinya, memotong lubang pada wayar atau memasuki Israel dari laut dan dengan paraglider.

Justeru, untuk mempersiapkan dan melaksanakan serangan yang terkoordinasi dan kompleks yang melibatkan penimbunan dan penembakan beribu-ribu roket, betul-betul di bawah hidung penduduk Israel, semestinya telah mengambil tahap keselamatan operasi yang luar biasa oleh Hamas.

Tidak hairanlah media-media Israel kini bertalu-talu telah menanyakan soalan mendesak kepada pemimpin tentera dan politik mereka tentang bagaimana semua ini boleh berlaku, lebih pahit (manis buat Palestin) adalah pada ulang tahun ke-50 serangan mengejut oleh musuh Israel pada masa itu – Syria dan Mesir dalam  perang Yom Kippur pada Oktober 1973.

“Pegawai Israel memberitahu  penyiasatan besar telah bermula. Namun sekarang, Israel mempunyai keutamaan yang lebih mendesak. 

“Ia perlu membendung dan menyekat penyusupan sempadan selatannya, menyingkirkan puak Hamas yang telah menguasai beberapa komuniti di sebelah Israel di pagar sempadan.

“Israel  perlu menangani isu warganya sendiri yang telah ditawan, sama ada melalui misi menyelamat bersenjata atau melalui rundingan.

“Ia akan cuba untuk menghapuskan tapak pelancaran untuk semua roket yang ditembakkan ke Israel, satu tugas yang hampir mustahil untuk menyerang kerana ia boleh dilancarkan dari hampir mana-mana sahaja dengan sedikit notis,” lapor BBC.

“Dan mungkin kebimbangan terbesar bagi Israel ialah… bagaimana ia menghalang orang lain menyahut seruan Hamas untuk menjulang senjata dan mengelakkan serangan ini merebak ke Tebing Barat dan mungkin juga menarik pejuang bersenjata lengkap Hizbullah merentasi sempadan utaranya dengan Lubnan?,” soal laporan itu. – HARAKAHDAILY 9/10/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim:DAP madani tiru strategi Israel hancurkan Palestin..

Lihat juga komen ini..

(i) Ini, Koridor Harapan, DAP & Anwar Ibrahim

Pengerusi DAP Negeri Perak, Nga Kor Ming sendiri menyatakan secara terbuka sasaran (Koridor Harapan, DAP & Anwar Ibrahim) yang akan melibatkan Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan itu. Di mana Perak tegas beliau menjadi negeri mesti dimenangi pada PRU15 ini sebagai menjayakan ‘harapan’ tersebut.

“Jika kita menang, kita akan membina ‘Corridor of Hope’ dari Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Kita dah menang Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. Tetapi kurang satu lagi iaitu Perak.

“Sekiranya, kita menang Perak pada PRU kali ini, dari utara ke selatan semua negeri menjadi Koridor PH. Dan dari situ kita memperluaskan ke Johor dan Pahang,” ujarnya menampakkan ‘roadmap’ yang sudah dirangka itu.

Nafsu besar itu telah menerima sokongan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook. Juga Presiden PAN, Mohamad Sabu dan Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

“Majlis Presiden PH telah pun menetapkan Perak sebagai ‘frontline state’ pada PRU akan datang. Ini (Perak) adalah negeri perjuangan utama supaya kita boleh menubuhkan Koridor PH di sebelah Pantai Barat negara kita,” tegasnya menyatakan Perak sebagai ‘benteng hadapan’ dan ‘perjuangan utama’ pakatan itu.

Kor Ming turut menyatakan pentingnya Perak dimenangi pakatan itu hinggakan Perdana Menteri juga akan calon daripada negeri tersebut. Terdahulu, DAP telah mempelawa Anwar bertanding di Perak dan menyatakan bahawa ketokohan Presiden PKR itu amat diperlukan untuk membantu PH merampas semula negeri itu. 

(rujuk seterusnya IZWAN ABDUL HALIM  izwan@harakah.net.my HARAKAHDAILY 9/11/2022)

(ii) Ini pula tunjuk perasaan penyokong Palestin-Israel di seluruh AS. 

Penyokong pro-Palestin mengadakan tunjuk perasaan di New York City, Amerika Syarikat pada 8 Okt 2023. (FOTO: Sky News)

Di New York, penyokong Israel dan penyokong perjuangan Palestin bersaing mengadakan tunjuk perasaan pada Ahad (8 Okt) di beberapa bandar raya Amerika Syarikat susulan konflik yang telah membunuh ratusan nyawa dan mencederakan ribuan yang lain. 

Di New York City, pertempuran tercetus antara penunjuk perasaan pro Palestin dan Israel berhampiran pekarangan pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas sekumpulan besar penyokong Palestin berhimpun di Times Square.

Rakyat Amerika-Palestin berkumpul membantah di luar konsulat Israel di Atlanta dan Chicago. Bekas Speaker Dewan Rakyat AS, Nancy Pelosi pula mengetuai perhimpunan komuniti Yahudi untuk menyokong Israel di sebuah rumah ibadat di San Francisco.

Demonstrasi dan penglibatan pemimpin politik Amerika menunjukkan kesan yang meluas daripada konflik yang telah mendorong AS mengarahkan tentera laut dikerahkan ke Mediterranean Timur, bersedia untuk membantu Israel. Berikut ialah reaksi di seluruh negara itu.

Penyokong pro-Israel turut mengadakan tunjuk perasaan di New York City pada 8 Okt 2023. (FOTO: Sky News) 

Penunjuk perasaan pro-Palestin mengadakan demonstrasi di Atlanta, Amerika Syarikat pada 8 Okt 2023. (FOTO: San Francisco Chronicle)  
Kumpulan penunjuk perasaan pro-Palestin berarak dengan bersemangat di Chicago, Amerika Syarikat pada 8 Okt 2023. (FOTO: CBS News)  

Di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

Tuesday, October 10, 2023

Sukan: Bongkar ejen bola sepak palsu di M'sia. & Munajat Al-Aqsa.

 

Gambar atas: David Agesa ditipu ejen bola sepak palsu di Malaysia. Gambar bawah: CHELSEA sedang berusaha untuk mengumpul sehingga £500 juta (RM3 bilion) daripada institusi kewangan Amerika Syarikat untuk bersaing dalam Liga Perdana.

Agesa ditipu ejen bola sepak palsu di Malaysia

NAIROBI: Bekas penyerang Nairobi City Stars, David Agesa baru-baru ini kembali ke Kenya dengan kisah penipuan dan mungkir janji selepas menjadi mangsa penipuan  oleh ejen bola sepak palsu di Malaysia.

Dalam usia 27 tahun, Agesa menaruh harapan tinggi untuk menandatangani kontrak  perjanjian lumayan dengan pasukan teratas Malaysia, tetapi sebaliknya,  mendapati dirinya terkandas di Kuala Lumpur tanpa apa-apa selain janji kosong.

Kisah malang Agesa bermula apabila dia diperkenalkan dengan ejen Ivory Coast melalui bekas jurulatihnya di Kenya. Jurulatih itu, yang sudah biasa dengan keupayaan Agesa, memainkan peranan penting dalam menghubungkannya dengan ejen berkenaan, lapor Pulse Sports Kenya.

Walaupun keterujaan awal dan apa yang kelihatan sebagai peluang yang sah, impian Agesa dengan cepat bertukar menjadi mimpi ngeri.

“Semuanya telah dipersetujui, dan kami membincangkan formaliti. Saya ingin mendapatkan kontrak yang lumayan dengan pihak teratas di Malaysia. 

“Kami meneruskan, dan saya menerima jemputan daripada agensi itu, yang terletak di Malaysia. Jadi sejak itu, kami terpaksa memproses tiket penerbangan, yang mana saya perlu memproses sendiri semula. 

“Saya terpaksa membayar kepada ejen bayaran perkhidmatan untuk perkhidmatan yang saya perlu mendapatkan tandatangan terus ke kelab,” kata Agesa kepada Persatuan Kebajikan Pemain Bola Sepak Kenya (KEFWA).

Sebaik tiba di lapangan terbang di Kuala Lumpur, Agesa mendapati dirinya berada dalam situasi yang membingungkan. 

Walaupun ada jaminan daripada ejen, tiada sesiapa yang menerimanya. Kecewa dan menunggu sehingga tengah malam, dia akhirnya terpaksa mencari hotel untuk menginap.

Ketika hari bertukar menjadi minggu dan bulan, Agesa kekal di Malaysia, dengan peluang yang dijanjikan semakin menjauh.

“Ketika saya menunggu, semakin lama saya tinggal, saya menyedari bahawa ada sesuatu yang tidak kena. 

“Ia menjadi situasi yang tertekan, dan mereka cuba pergi ke kedutaan, tetapi tiada jalan penyelesaian.

“Namun, KEFWA datang dan mengatur segala-galanya. Mereka mengatur untuk perjalanan saya kembali. Justeru, saya menggesa pemain di luar sana untuk mengetahui ejen yang benar dan palsu,” sambungnya.

Produk dari Sekolah Tinggi Kaimosi, Agesa mendapat perhatian daripada kelab di luar negara, dengan potensi perpindahan ke Baridhara FC di Bangladesh, namun, impiannya hancur selepas mimpi ngerinya yang dialami di Malaysia itu.

Sebelum dilanda nasib malang itu, Agesa telah pun menceburi bola sepak antarabangsa, pernah berkhidmat dengan Revengers FC di Seychelles. 

Kemahirannya pernah dipamerkan di padang Nairobi City Stars, sebuah kelab yang mungkin tidak berfungsi tetapi masih menyimpan kenangan tentang sumbangan besar Agesa.

Susulan insiden malang ini, Agesa mengeluarkan mesej amaran kepada rakan pemain yang lain, menasihati mereka supaya berhati-hati dengan tarikan dan perangkap yang dikaitkan dengan ejen palsu.

Amaran pemain bola sepak itu datang sebagai peringatan tentang keperluan kewaspadaan dan pengesahan menyeluruh dalam menangani individu yang menjanjikan tawaran lumayan dalam dunia sukan luar negara. – HARAKAHDAILY 5/10/2023

 

Komen Weblog Ibnu HasyimSukan: Bongkar ejen bola sepak palsu di M'sia. & Munajat Al-Aqsa.

Sila lihat komen ini..

(i) Bukan perkara kecil, bila perlawanan Liga Juara-Juara Asia antara Al-Ittihad dengan pasukan Iran, Sepahan, di Isfahan Iran, pada Isnin (2 Okt) telah dibatalkan selepas pasukan Saudi itu enggan meninggalkan bilik persalinan mereka.

Barisan pemain Al-Ittihad tiba menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Asia menentang pasukan Iran, Sepahan di Stadium Naghsh-e Jahan di Isfahan, Iran. pada 2 Okt 2023. (FOTO: Pejabat Media Kelab Bola Sepak Al-Ittihad/Edaran melalui REUTERS)

Pasukan Ittihad yang dikendalikan oleh bekas ketua Wolves dan Tottenham, Nuno Espirito Santo; dan menampilkan pemain bintang N’Golo Kante dan Fabinho. Mereka membuat tindakan itu, susulan patung komander Iran yang dibunuh Jeneral Qasem Soleimani, dan telah diletakkan di pintu masuk padang perlawanan.

Kira-kira 60,000 peminat berada di Stadium Naghsh-e Jahn di Isfahan ketika menunggu bola sepak bermula, lapor BBCHubungan antara Iran dan  Saudi sudah lama tegang. Liga Juara-Juara Asia tahun ini adalah yang pertama sejak tahun 2016 kelab dari kedua-dua negara dibenarkan untuk bermain, samada di tempat sendiri atau di tempat lawan.

Patung Jeneral Qasem Soleimani yang diletakkan di laluan masuk ke padang di Stadium Naghsh-e Jahan, Isfahan sehingga menyebabkan kelab Arab Saudi, Al-Ittihad enggan bermain aksi Liga Juara-Juara Asia awal pagi semalam. (FOTO: BNN BLOOMBERG)

Qasem Soleimani terbunuh berhampiran lapangan terbang Baghdad dalam serangan dron  AS pada Januari 2020. 

(ii) Mengenai PRK Pelangai, pencapaian PN lebih baik dari PRU15 


Tan Sri Muhyiddin Yassin

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun PN tidak memenangi kerusi tersebut tetapi menunjukkan pencapaian yang lebih baik berbanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan mencatatkan peningkatan sebanyak 1,115 undi.

Menurutnya, majoriti yang diperolehi oleh BN pula merosot daripada 4,048 dalam PRU 15 kepada 2,949 dalam PRK ini.

Katanya kagi, keputusan PRK itu juga menunjukkan BN gagal menambah sokongan walaupun parti itu telah bergabung dengan PH dan seluruh jentera serta sumber kerajaan dikerah secara terang-terangan untuk membantu kempen BN.

(iii) Mari kita sama-sama sambut seruan munajat untuk Al-Aqsa dari Presiden PAS. 


"PAS mengikuti secara dekat pertempuran yang berlaku antara Palestin dan Israel yang bermula pada hari ini. Serangan besar-besaran telah dilancarkan oleh HAMAS dan Jihad Islami dalam ‘Operasi Taufan Al-Aqsa’ selepas berlakunya ketegangan selama beberapa minggu di sempadan Gaza-Israel.

"Saya menyeru kepada seluruh umat Islam untuk menunaikan solat hajat, membaca doa qunut nazilah dan bermunajat untuk saudara Islam kita di bumi Gaza, serta mengadakan ‘Himpunan Solidariti bersama al-Quds’ sebagai bantahan terhadap tindakan zalim Israel yang merampas tanah bumi Palestin. Al-Quds adalah milik umat Islam." -Presiden PAS.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

Monday, October 09, 2023

HAMAS serang Israel. Siapa HAMAS di M'sia?

 

FOTO: Reuters

Media Hamas keluarkan video taktik serangan mengejut ke atas Israel -07 Oktober 2023, 8:12pm

GAZA: Kumpulan Pergerakan Hamas selepas mengeluarkan rakaman video melancarkan serangan mengejut terbesar ke atas Israel.

Visual rakaman itu memaparkan pejuang Hamas yang dilihat menyusup masuk ke dalam kem tentera Israel dipercayai berhampiran sempadan Gaza, sebelum berlaku insiden tembak-menembak.

Menerusi visual yang dikeluarkan oleh Media Hamas, ia memaparkan mayat tentera Israel yang bergelimpangan di dalam kem tentera yang kemudiannya dibawa masuk ke Gaza oleh pejuang Hamas.

Selain itu, pejuang Hamas turut melakukan pengeledahan di rumah yang diduduki warga Israel serta meninjau di sekitar bandar yang diduduki Israel setelah tentera Israel meninggalkan kawasan tersebut.

Agensi berita Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan tarikh dan lokasi sebenar visual itu, walaupun terdapat bendera Israel di lokasi terbabit.

Taktik serangan mengejut seperti ini belum pernah dilakukan pejuang Palestin, sejak berlakunya peningkatan paling serius dalam konflik Israel-Palestin sejak kebelakangan ini.

Media Israel dalam pada itu melaporkan berlaku pertempuran senjata antara kumpulan pejuang Hamas dengan pasukan keselamatan Israel di bandar-bandar di selatan wilayah diduduki Israel. – REUTERS

Komen Weblog Ibnu Hasyim: HAMAS serang Israel. Siapa HAMAS di M'sia?

Lihat komen ini..

(i) Warga Israel panik, takut juga mereka rupanya,  bila berdepan detik-detik cemas ketika mujahidin Hamas melancarkan serangan mengejut terbesar dalam tempoh beberapa tahun ini ke atas Israel.

Foto: Reuters

Di Gaza, bunyi siren amaran bergema di selatan dan tengah wilayah yang diduduki warga Israel. Sejurus selepas siren amaran itu dibunyikan, kebanyakan warga Israel mula mencari tempat yang selamat untuk berlindung dari serangan mujahidin Hamas.

Rakaman dron turut menunjukkan, asap hitam tebal berkepul-kepul naik ke udara di beberapa lokasi susulan serangan mengejut dilancarkan Hamas.  Penduduk Israel yang panik dengan serangan itu bergegas keluar dari kediaman mereka dan mengikut arahan yang dikeluarkan pasukan keselamatan bertugas.

Sebelum itu, Komander tentera Hamas, Mohammad Deif telah mengumumkan permulaan operasi dalam siaran di media Hamas, dan menyeru kepada rakyat Palestin yang berada di mana-mana sahaja untuk sama-sama berjuang dan berjihad.

(ii) Kalau di M'sia, siapa yang menyerupai seperti perjuangan HAMAS tersebut? PASkah walaupun PAS berjuang kerana agama dan melalui peti undi?

Bagaimana dengan berita ini? 

Pemimpin HAMAS hargai sokongan berterusan  Malaysia isu Palestin. Bernama Mei 16, 2021 15:33 MYT

Ketua Setiausaha Akhbar Hamas Taher Nunu berkata Ismail (gambar) turut memuji peranan dimainkan Malaysia dalam isu Palestin dan hubungan bersejarah di antara kedua-dua negara. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Pemimpin Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) Ismail Haniyeh menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan dan rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong dan berdiri teguh mempertahankan hak rakyat Palestin sejak sekian lama.

Perkara itu antara yang dinyatakan dalam panggilan telefon dibuat Ismail yang juga Ketua Biro Politik Hamas kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, bagi memaklumkan perkembangan terkini pencerobohan tentera rejim Israel terhadap bumi Palestin di kawasan Sheikh Jarrah di Baitulmuqaddis Timur.

Dalam satu kenyataan akhbar berbahasa Arab yang diterima Bernama, Ketua Setiausaha Akhbar Hamas Taher Nunu berkata Ismail turut memuji peranan dimainkan Malaysia dalam isu Palestin dan hubungan bersejarah di antara kedua-dua negara. Dalam perbualan itu, Taher berkata Muhyiddin turut menekankan hak rakyat Palestin untuk mendirikan negara merdeka dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Palestin serta mengakhiri penjajahan dan mendapatkan kebebasan.

Taher berkata Malaysia menyokong hak-hak itu dan pada masa sama akan bekerjasama dengan beberapa negara Islam untuk bergerak terus demi rakyat Palestin dan memberikan sokongan kemanusiaan segera kepada mereka melalui institusi berkaitan.

Dalam perbualan telefon itu, Muhyiddin turut memaklumkan bahawa Malaysia akan bergerak di setiap peringkat termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Majlis Keselamatan PBB dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam usaha menghentikan serangan dan pencerobohan tersebut.

Dilaporkan pencerobohan dan serangan rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin kali ini bermula dengan serangan di Masjid al-Aqsa sejak 7 Mei lepas diikuti serangan udara di Semenanjung Gaza sejak Isnin lalu.

Sejak itu, seramai 139 orang, termasuk 39 kanak-kanak dan 22 wanita, telah terbunuh manakala 950 lagi cedera. - BERNAMA

(iii) Juga berita ini..

Perang di Balik Layar Israel Kontra Hamas di Malaysia -Rabu 25 April 2018, 15:40 WIB Denny Parsaulian Sinaga | Internasional- AFP   
KUALA Lumpur, Ibu Kota Malaysia, adalah rumah bagi besar komunitas Palestina, termasuk pula kelompok Hamas. Tidak mengherankan jika Mossad langsung dituduh sebagai tersangka pembunuhan Fadi Al-batsh. Pria misterius Palestina yang merupakan insinyur listrik itu terungkap sebagai anggota sayap militer Hamas setelah terbunuh di Malaysia. 
Sebagian besar faksi di Palestina langsung menuduh dinas rahasia Israel, Mossad, sebagai biang kerok. Sulit mengetahui apakah mereka memiliki alasan lain kecuali untuk menjawab pertanyaan: siapa yang memiliki kepentingan menghilangkan Batsh? 
Pembunuhan Batsh banyak kesamaan dengan pembunuhan terakhir yang dikaitkan dengan Mossad, saat ilmuwan Tunisia Muhammad A-zawari ditembak mati oleh penyerang tak dikenal pada 15 Desember 2016, di Sfax, Tunisia. Pada kasus Zawari itu, Hamas juga mempublikasikan bahwa korban bekerja untuk sayap militer mereka dan merupakan bagian dari upaya untuk mengembangkan drone dan kapal selam tanpa awak. 
Tidak seperti Zawari, Batsh lahir di Jalur Gaza dan dibesarkan di Jabaliya. Dia dianggap jenius dalam teknik elektro dan memiliki hubungan dekat dengan beberapa pimpinan Hamas di Gaza. Dia tinggal dengan keluarganya di Kuala Lumpur, Malaysia, selama delapan tahun terakhir. Bahkan dia mengabdi sebagai Imam di salah satu masjid di kota itu. 
Dan kenyataannya, saat berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan salat subuh, pembunuhnya mengendarai motor BMW dan melepaskan tembakan. Sebanyak 10 peluru menyebabkan Batsh terbunuh. Tidak jelas jenis proyek apa yang Batsh kerjakan sebagai anggota Hamas sayap militer. Sangat tidak mungkin ia bekerja untuk mengembangkan sumber energi bersih sumber untuk organisasi, misalnya. 
Dan banyak kemungkinan dirinya terlibat penelitian dan pengembangan sistem senjata baru. Keputusan Batsh untuk pindah ke Malaysia mungkin tampak mengejutkan, tetapi tidak dengan beberapa warga Palestina, terutama mahasiswa ysng telah pindah ke negara itu dalam beberapa tahun terakhir. Hal ini merupakan upaya intensif Hamas di kampus Malaysia untuk merekrut mereka. 
Menurut sebuah artikel jurnal Israel Malam (2015) yang mengupas keterkaitan kecerdasan dan terorisme, Hamas menggunakan Malaysia sebagai tempat untuk melatih terutama serangan teror yang melibatkan parachutists. Dalam periode yang sama, Harian Israel Haaretz melaporkan bahwa Hamas telah merekrut 40 siswa Palestina untuk melakukan operasi di kampus Malaysia. 
Batsh sendiri bekerja sebagai dosen di salah satu perguruan tinggi swasta di negara ini.  Di seluruh Kuala lumpur dan di tempat lain (termasuk internasional Universitas Islam di Gombak), ada kegiatan aktivis Hamas dan kunjungan dari pemimpin Hamas. Bahkan Osama Hamdan, yang bertanggung jawab untuk hubungan luar negeri, tinggal di Malaysia. Pembunuhan Sabtu itu, sama seperti pembunuhan-pembunuhan sebelumnya, menunjukkan sekilas tentang perang rahasia di belakang layar antara Hamas dan Israel yang mungkin telah memberi konsekuensi bagi Jalur Gaza. 
Hamas terus berusaha mengembangkan dan memperoleh senjata mematikan yang lebih efisien. Tampaknya seseorang --mungkin Israel atau mungkin orang lain-- ingin menghentikan pengembangan senjata ini dengan cara apapun yang diperlukan. (timesofisrael/A-5)  Sumber: https://mediaindonesia.com/internasional/157224/perang-di-balik-layar-israel-kontra-hamas-di-malaysia

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.