Friday, October 20, 2023

Antara perang Israel/Perang M'sia. Apa sikap kita?

 


Rejim Zionis Israel adalah penjenayah perang

MERUJUK kepada serangan ganas rejim Zionis Israel ke atas Hospital Al-Ahly Al-Mamdani di Semenanjung Gaza, PAS mengutuk sekeras-kerasnya jenayah perang yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.

Seluruh dunia perlu membuka mata melihat wanita, kanak-kanak, pesakit dan orang tua dibunuh dengan penuh kejam tanpa perikemanusiaan dan belas kasihan.

Umat Islam tidak boleh lagi hanya menyaksikan kekejaman yang berlaku tiap-tiap hari terhadap saudara kita.

Para pemimpin dan rakyat seluruh dunia mesti bangkit dengan semangat jihad bagi mempertahankan bumi Palestin.

Media digesa bersikap bebas dan berani menyiarkan berita kezaliman Zionis Israel yang merampas tanah Palestin.

Kerajaan Malaysia juga digesa mendesak Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mendakwa Israel di atas jenayah perang terhadap Palestin.

Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 3 Rabi’ al-Akhirah 1445H / 18 Oktober 2023 – HARAKAHDAILY 18/10/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Antara perang Israel/Perang M'sia. Apa sikap kita?

Lihat komen ini..

(i) Al-hamdulillah, di KL Ahli Parlimen Marang, Tuan Guru Abdul Hadi memberi perhatian terhadap kartel dalam menentukan harga barangan keperluan asas rakyat. 

Beliau meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup menyatakan apakah pelan komprehensif bagi jangka pendek dan jangka panjang kementerian dalam memerangi kartel yang berkuasa besar dalam menentukan harga barangan keperluan asas rakyat.

Beliau yang juga Presiden PAS mengemukakan soalan itu pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini. Pada beliau perlu di 'Perangi kartel berkuasa besar tentukan harga barang'.


(ii) Ini, k'jaan X tahu urus negara. 


Di Shah Alam, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, selama 11 bulan pemerintahan Madani jelas terzahir kelemahan tatakelola mereka dalam memimpin negara.

Katanya, satu demi satu kelemahan, kecelaruan, kelesuan, ketidakupayaan, kebobrokan dan hipokrasi mereka terserlah.

Menurutnya, pemerintahan yang bercirikan kleptokrasi, kakistokrasi, dihantui dengan isu integriti, pengurusan pentadbiran yang cacamerba dan tidak cekap.

Beliau menambah, kerajaan sedia ada juga jelas gagal menterjemahkan manifesto mereka dalam hala tuju dan dasar-dasar negara.

“Mereka hanya sekadar mampu berteori dan sangat defensif, tanpa tindakan yang segera dan tuntas,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-64 di IDCC di sini, malam ini.

Ahmad Fadhli berkata, konsep keadilan yang dilaungkan oleh Kerajaan Madani amat mengelirukan dan terbukti hanya retorik semata-mata.

Tambahnya, pelantikan seorang pemimpin dalam jawatan tertinggi pentadbiran negara yang mempunyai rekod 47 pertubuhan yang membabitkan kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membuktikan kerajaan campuran Pakatan Harapan-Barisan Nasional sanggup menggadaikan prinsip demi kuasa.

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Al-hamdulillah, 4 negeri PN bentuk Koridor Hijau. Jom sama!

 


Empat negeri ditadbir PN bentuk Koridor Hijau

KOTA BHARU: Empat negeri yang ditadbir PERIKATAN NASIONAL (PN) akan membentuk gabungan yang dinamakan Koridor Hijau pada peta Semenanjung Malaysia.

Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis menjadikan syariat Islam asas pemerintahan negeri.

Katanya, pelaksanaan dasar Membangun Bersama Islam (MBI) dirintis sejak lebih 30 tahun lalu berjaya meletakkan Kelantan sebagai model kerajaan yang berintegriti dan telus.

“Kini Kelantan bersama–sama Terengganu, Kedah dan Perlis untuk membentuk Koridor Hijau yang meletakkan pemahaman dasar Islam dalam agenda pentadbiran.

“Serta memastikan cara hidup Islam diperkukuh melalui pelaksanaan dasar, penggubalan undang-undang Islam, pembangunan akhlak dan sahsiah kepimpinan dan rakyat.

“Seterusnya menggerakkan pembangunan negeri yang dinamik berdasar pembangunan seimbang dan meningkat jati diri Islam bagi mencapai Kelantan Maju Rakyat Sejahtera,” katanya pada Majlis Amanat Khas Menteri Besar di Dewan Tok Guru Dato’ Bentara Setia, Kompleks Kota Darulnaim hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Nazran Muhammad, wakil-wakil rakyat dan pegawai kanan kerajaan.

Mohd Nassuruddin juga berkata, rakyat Kelantan menghargai jasa dan idea kepimpinan dahulu yang berjaya mewujudkan asas bagi membentuk sebuah negeri makmur dan sejahtera.

Menurutnya, dasar MBI menjadi pegangan bagi setiap lapisan rakyat untuk terus mempertahankan kerajaan negeri walaupun banyak cabaran datang.

“Oleh yang demikian, rakyat Kelantan sangat menghargai jasa kepimpinan terdahulu sejak pengenalan dasar ini pada era pentadbiran almarhum Tuan Guru Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Ia terus diperkukuhkan pada era Merakyat Membangun Bersama Islam pimpinan pentadbiran Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob yang mengecapi pelbagai kejayaan demi kesejahteraan rakyat Kelantan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 7/9/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, 4 negeri PN bentuk Koridor Hijau. Jom sama!

Lihat komen ini..

(i) Al-hamdulillah, namun perjuangan PAS/PN tetap masih mendunia. PASRelief ajak masyarakat bantu mangsa gempa di Maghribi. 

Ini susulan gempa bumi berukuran 7.0 magnitud yang melanda beberapa wilayah di Maghribi pada Jumaat menggemparkan seluruh dunia.

Pusat gempa bumi yang besar di wilayah Al-Haouz dan Taroudant.

Angka kematian telah mencecah 2,000 orang sehingga kini dan dijangka akan mengingkat lagi. Dilaporkan juga lebih 2,000 orang cedera dan kritikal.

Kekuatan gempa yang terjadi menyebabkan ramai orang awam mula memenuhi jalanan dan tidur di luar kerana tidak berani lagi untuk tinggal di rumah masing-masing.

Gempa ini adalah paling dahsyat di Maghribi untuk selama beberapa dekad. Raja Maghribi Mohamed VI telah mengisytiharkan tiga hari berkabung negara untuk mangsa gempa bumi yang terlibat.

“PASRelief mengajak dan menyeru seluruh masyarakat yang prihatin dan dermawan untuk sama-sama kita menyumbang bagi membantu mereka di sana,” ujar PASRelief menerusi laman Facebooknya, hari ini.

Sumbangan boleh disalurkan melalui: https://infaqpay.my/plus/gempa-bumi-morocco-pasrelief atau akaun Maybank: 564070612333 – PASRelief. – HARAKAHDAILY 10/9/2023

(ii) Al-hamdulillah lagi, dalam negara PAS terus membangan bersama Islam. Contohnya, Tour Gateh D’Tranung akan jadi acara tahunan.

Di Kuala Terengganu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Hishammudin Abdul Karim, konsep sebenarnya bukan sahaja Gateh tetapi ia juga untuk mempromosikan stalk tourism negeri ini.

“Kita membawa mesej songket dalam pakaian jersi kita dan saya dapat maklum balas daripada penunggang masing-masing cukup teruja dengan persekitaran yang berlaku di negeri Terengganu ini.

“Jadi saya harap tahun depan lebih meriah dan kita akan buat yang lagi terbaiklah, insya-Allah,” katanya.

Kejohanan Tour Gateh D’Tranung 2023 yang berlangsung pada pada 3 Setember hingga semalam mengetengahkan elemen songket pada lima jersi kemenangan bagi memartabatkan seni warisan tradisional Melayu Terengganu.

Lima kategori yang dipertandingkan pada kejohanan Tour Gateh D’Tranung kini memasuki edisi kedua pada tahun ini.

Lima kategori tersebut ialah Elit, Raja Pecut, Raja Bukit, Kelab Tempatan dan Bawah 21 Tahun di mana akan melalui lima peringkat perlumbaan sejauh 650 kilometer bermula dari Taman Tamadun Islam dan berakhir di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Pertandingan itu disertai 27 pasukan antaranya sembilan kelab tempatan, 10 pasukan Sukan Malaysia (Sukma) dan lapan pasukan elit antarabangsa dari Eropah, Qatar, Singapura dan Indonesia.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Thursday, October 19, 2023

PAS boleh sertai K/Perpaduan -Anwar. Al-hamdulillah DAPmadani?


Perdana Menteri memberi gambaran pintu untuk PAS menyertai Kerajaan Perpaduan belum ditutup. - Foto BH

PAS boleh menyertai Kerajaan Perpaduan - Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau pernah menjemput PAS menganggotai Kerajaan Perpaduan pada tahun lalu.

Menurut Perdana Menteri, PAS sebaliknya bertindak menolak tawarannya ketika itu.

Namun begitu, beliau memberi 'jaminan' tidak akan menghalang kerjasama dengan parti berkenaan jika ia wujud pada masa akan datang.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengesahkan perkara itu ketika ditemu bual Time Magazine yang disiarkan secara dalam talian semalam.

"Mengenai sama ada kita bersedia untuk membabitkan diri dengan mereka (PAS), sudah tentu kita lakukan bahkan kita mesti.

"Dan saya telah menghantar (jemputan kepada mereka). Ya saya terbuka dengan idea itu sejak awal lagi.

"Lagipun, ini Kerajaan Perpaduan dan kita lakukan yang terbaik demi untuk negara kita," katanya.

Mengenai syarat ditetapkan untuk PAS menyertai Kerajaan Persekutuan, Anwar berkata syarat yang menjadi dasar utama ialah parti itu perlu menerima Malaysia sebuah negara berbilang agama dan setiap rakyatnya mempunyai tempat, meskipun Islam ialah agama Persekutuan.

Ditanya apa reaksi PAS terhadap syarat terbabit, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, tiada penolakan jelas atau maklum balas positif.

Bagaimanapun, Perdana Menteri memberi gambaran pintu untuk PAS menyertai Kerajaan Perpaduan belum ditutup rapat.

"Saya tidak mahu menghalang (PAS untuk menyertai Kerajaan Perpaduan). Sudah tentu ia bergantung kepada syarat dasar utama ini mesti diterima," katanya.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: PAS boleh sertai K/Perpaduan -Anwar. Al-hamdulillah DAPmadani?

Lihat komen ini..

(i) Al-hamdulillh, PM DAP madani Anwar terima panggilan telefon Ketua Hamas, nyata komitmen Malaysia bantu rakyat Palestin.

Gambar fail menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersalaman dengan Ismail Haniyeh ketika kedua-dua mereka mengadakan pertemuan sebelum ini. - Gambar Facebook ANWAR Ibrahim

Di KL, PM Anwar terima panggilan telefon Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, dan menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia kepada rakyat Palestin.
Dalam satu kenyataan di Facebook, Anwar berkata, beliau menyokong untuk menghentikan segera pengeboman Israel di Gaza serta penubuhan koridor kemanusiaan di Rafah, Mesir. 
"Isael perlu meninggalkan kepatuhan mereka kepada politik perampasan, serta-merta gencatan senjata dengan Hamas dan benar-benar mengejar resolusi aman untuk menamatkan konflik yang berterusan.
"Adalah penting untuk mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan semua individu yang terjejas oleh krisis ini," katanya pada Selasa.
I had a phone conversation with Hamas Head of Political Bureau, Ismail Haniyeh yesterday to express Malaysia's unwavering support for the Palestinian people.
Given the dire situation in Gaza, I strongly advocate for the immediate cessation of bombardment and the establishment of a humanitarian corridor in Rafah.
It is also imperative for Israel to abandon their adherence to the politics of dispossession, immediately ceasefire with Hamas and genuinely pursue a peaceful resolution to end the ongoing conflict.
It is crucial and paramount to prioritize the well-being and safety of all individuals affected by this crisis.
In this spirit, we are committed to delivering humanitarian aid, particularly in the form of food and medicine to alleviate the suffering of those in need.

(ii) Apapun, yang pentng PAS/PN tetap bersama rakyat dan membangun bersama Islam. Contohnya lihat ini, projek pertama di Malaysia.. 
"X-to-Reef ubah paip minyak Petronas jadi tukun"

Di Marang, Program X-to-Reef yang pertama di Malaysia memanfaatkan paip minyak milik Petronas yang hendak dilupuskan diubahsuai sebagai tukun bagi membiak hidupan marin. 
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata teknologi yang digunakan itu mengambil pengalaman Nippon Steel-Kobelco (NSK) Jepun yang sudah lama membuat tukun khususnya untuk spesis hidupan marin sotong dan udang kara.
“Jadi dengan adanya inisiatif X-to-Reef kita melangkah selangkah lagi ke hadapan dalam siri program memperkayakan sumber perikanan,” katanya.
Hasilnya menurut beliau lagi, peratusan peningkatan bagi penangkapan hidupan laut menunjukkan peningkatan 9.9 peratus berbanding tahun lepas dan peningkatan 70 peratus disumbang oleh nelayan zon A dan B. 
“Saya juga mendapat maklum balas harga ikan sudah turun, ikan Selayang 3 kilogram RM10 sekarang. Ini suatu yang tidak pernah berlaku untuk satu tempoh yang agak lama dalam konteks Terengganu,” katanya. (Untuk maklumat penuh rujuk– 'X-to-Reef ubah paip minyak Petronas jadi tukun' HARAKAHDAILY 17/10/2023)

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.