Wednesday, November 01, 2023

HAMAS dari sudut si zionis kafir. Agamawan baruanya?

 


Melihat HAMAS dari ungkapan Rasulullah S.A.W

SEMALAM di UK, Parlimen mereka terbuka menggelarkan HAMAS sebagai pengganas dan membela Zionis sebagai hak membela diri.

Semalam juga di Malaysia, speaker Parlimen larang sebut Zionis, kafir. What a coincidence!

Mengikut sistem Westminster, Parlimen adalah pentas menyatakan apa sahaja tanpa boleh dikenakan tindakan. Menyekat perkara ini adalah bercanggah dengan semangat demokrasi.

Sedih. Bila negara kafir terbuka mengutuk HAMAS, umat Islam malah agamawan negara Islam pun ada mengutuk sama HAMAS.

Sabarlah teman seperjuanganku di Palestin. Kami tahu kamu Harakah Muqawamah Islamiah (HAMAS) di pihak yang benar. Ujar Nabi Muhammad S.A.W:

لا تزال طائفة من أمتي على الدين ظاهرين

“Akan sentiasa ada di kalangan umatku yang bangkit menegakkan agama,” 

Kalian tegas menentang Zionis, membenarkan sabda Nabi Muhammad S.A.W:

لعدوهم قاهرين

“Terhadap musuh, mereka tegas menentang,”

Kalian tak patah semangat walau saudara seakidah di sekeliling tak bersama kalian. Persis ungkapan Rasulullah S.A.W:

لا يضرهم من خالفهم

“Tak terkesan dengan pihak yang meninggalkan mereka sendirian,”

Kalianlah wahai pemimpin Gaza, pejuang sejati Baitulmaqdis. Apabila para Sahabat bertanya siapakah mereka, Baginda S.A.W menjawab:

ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس

“Mereka berada di Baitulmaqdis dan serambi Baitulmaqdis.”

(Hadis Riwayat Ahmad)

Salam al-Aqsa,

ALANG IBN SHUKRIMUN
11 Rabiul Akhir 1445
26 Oktober 2023 – HARAKAHDAILY 26/10/2023 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: HAMAS dari sudut si zionis kafir. Agamawan baruanya? 

Lihat komen ini..

(i) Sudah hampir dua minggu sejak bermulanya misi Taufan Al Aqsa yang dilancarkan oleh tentera pembebas Palestin Hamas, dengan melakukan serangan secara terbuka dan berstrategik ke atas negara haram Israel. 

Serangan kali ini tampak lebih gagah perkasa berbanding siri perang sebelumnya di samping mendapat bantuan daripada negara-negara Islam luar seperti Iran dan Lubnan dalam misi membebaskan rakyat Palestin dari kezaliman dan cengkaman Israel.

Sebagai umat yang beriman dengan Islam, pembebasan Al Quds merupakan janji Allah sebelum tibanya hari kehancuran dunia atau lebih dikenali sebagai Hari Kiamat. Dengan siri-siri serangan yang berjaya mengoncangkan tentera zionis menjadi tidak keruan dan kelam kabut, maka tidak mustahil taufan ini menjadi perintis terhadap janji Allah yang telah dikhabarkan oleh baginda Rasul SAW berkurun lamanya dahulu.

(ii) K'jaan DAP madani macam cicak?


Di KL, tindakan menafikan hak pemberian kewangan kepada kerajaan negeri boleh dianggap sebagai tindakan mensabotaj amalan dan semangat faderalisme. 

Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) berkata, lebih teruk lagi jika tindakan tersebut berdasarkan dendam kebencian politik yang keterlaluan.

Singkat suntingan, akhirnya beliau bimbang kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini seperti cicak, iaitu meninggalkan ekor di belakang, hanya membawa kepala dan tubuh.

Entah-entah kepalanya sudah penyet terkepit pintu DAPmadani. Yang bunyi bising itu ialah ekornya yang terkodek-kodek, terlolong-lolong tertinggal dari badan.

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

PM M'sia pakai kasut sebelah? Berpenasihat DAPmadani..

 

Gambar Jabatan Penerangan

Presiden PAS tegur PM baca ayat al-Quran tidak lengkap

KUALA LUMPUR: Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PN-Marang) menegur Perdana Menteri ketika pembentangan Belanjawan 2024 kerana membaca ayat al-Quran yang tidak lengkap.

Beliau berkata, Ahli Parlimen Tambun hanya mengambil Ayat 77 Surah al-Qasas yang tidak memenuhi mesej yang hendak disampaikan.

Katanya, ayat itu menceitakan kisah umat Nabi Musa, Qarun mempunyai kekayaan yang melimpah ruah sehingga anak-anak kunci gedung hartanya dipikul oleh lelaki gagah perkasa.

“Saya ingin merujuk ayat al-Quran yang dibaca oleh Tambun dalam membentangkan Belanjawan 2024, iaitu Ayat 77 Surah al-Qasas, sepatutnya ditambah dengan ayat 76 terlebih dahulu.

“Ini agar dapat dilengkapkan maksud dia, kalau tidak jadi tidak lengkap seperti pakai kasut sebelah,” katanya ketika perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

Presiden PAS menjelaskan bahawa walaupun Qarun mempunyai kekayaan luar biasa, dia berlaku zalim kepada rakyat sedangkan harta kekayaan miliknya merupakan kurniaan Allah.

Menurutnya, situasi tersebut masih lagi pada masa sekarang dengan kewujudan golongan yang dikenali sebagai kartel yang mengumpul kekayaan dengan cara yang salah, rasuah, riba dan menzalimi rakyat.

Akibat tindak tanduk individu terbabit, katanya negara dirudum kadar inflasi yang tinggi sehingga membebankan kehidupan rakyat akibat kenaikan harga barangan keperluan harian.

“Dalam masa melakukan kezaliman kepada rakyat menaikkan harga keperluan menjadi kartel macam kartel daging, beras dan sebagainya menyebabkan rakyat terbeban dengan kenaikan harga.

“Orang yang macam Qarun masih ramai dan kerajaan mesti bertindak terhadap mereka yang macam Qarun ini, jangan takut atau kerajaan rasa malu kerana menjadi penyumbang,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/10/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PM M'sia pakai kasut sebelah?  Berpenasihat DAPmadani..

Lihat komen ini..

(i) Al-hamdulillah, takbir Muktamar Umana’ Aqsa di Istanbul Turkiye terus bergema. Peserta Muktamar Aqsa takbir ikuti ucapan wakil M'sia.


Di Kota Bharu, wakil Malaysia pada Muktamar Umana’ Aqsa di Istanbul Turkiye memberitahu, pimpinan Kerajaan Kelantan membuat potongan sebulan gaji dan elaun untuk Tabung Kemanusiaan Palestin pada 2021.

Mohd Asri Mat Daud yang juga anggota Exco kerajaan Kelantan berkata, usaha solidariti perlu digerakkan termasuk melibatkan masyarakat non Muslim.

“Mereka turut menyumbang untuk rakyat Palestin. Semua pihak perlu mengambil peranan tersebut bersesuaian dengan negara masing-masing.

“Hari ini saya mengambil bahagian berkaitan peranan semua pihak untuk berjihad membantu saudara kita di Palestin,” katanya pada sesi pembentangan di muktamar tersebut yang berakhir semalam.

Cadangan berkenaan disambut dengan takbir dan tepukan semua perwakilan pada muktamar tersebut.

Muktamar terbabit diadakan pada 28 dan 29 Oktober lepas dihadiri ulama dan cendikiawan lebih dari 20 negara.

“Cadangan dibuat supaya semua dua’ah dan khutaba’ membuat potongan gaji khas untuk Jihad Bilmal,” katanya pada catatan di laman sosialnya.

Mohd Asri yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat berkata, peranan perlu digerakkan pendakwah dan ulama bagi membantu umat Islam di Palestin. (Sila rujuk HARAKAHDAILY 30/10/2023)

(ii) Ini serlah rahsia kebangkitan roh Islam di Gaza yang hancur. Ada satu sudut yang sangat bersinar di sebalik keperitan dan kesusahan. Kebangkitan inilah yang akan meranapkan keeganasan Israel & AS dari muka bumi nanti.


Ringkas kisahnya: 

Walaupun makanan dan minuman sangat sukar akibat perang orang Gaza terpaksa beratur sehingga 10 jam untuk mendapatkan bekalan, tetapi di sana tiada jenayah kecurian.

Adalah perkara normal di tempat lain jika berlaku bencana besar-besaran orang-orang akan pecah masuk pasar raya untuk mendapatkan makanan tetapi tidak di Gaza.

Jika ada pasar raya yang dibom mereka menunggu tuan kedai dan pasukan pembersihan melakukan kerja mereka kemudian orang ramai akan beratur mendapatkan bekalan.

Beratur panjang sehingga 10 jam adalah sangat menyeksakan dan golongan lelaki khususnya tidak sabar dan akan memberontak. 

Tetapi tidak di Gaza, jika ada perempuan hendak beratur maka semua lelaki akan mendahulukan perempuan tersebut kerana dia terpaksa beratur untuk memberi makan anak-anaknya dan mungkin tiada ahli keluarga lelaki yang boleh beratur untuknya.

Selama 18 hari perang begitu banyak rumah musnah, orang-orang Gaza bergilir beberapa jam seorang untuk tidur di atas satu katil buruk.

Apa saja makanan dan air yang ada mereka berbahagi sesama mereka walaupun tidak mengenali antara satu sama lain.

Berbeza sekali dengan tempat lain di dunia yang jika berlaku perang dan tiada kawalan polis maka akan berlakulah jenayah rompakan, kecurian, rogol dan seumpamanya.

Di jalan-jalan Gaza tiada polis, tiada kawalan bersenjata dari HAMAS tetapi mereka tetap beratur dan tidak memberontak serta melakukan jenayah.

Amerika jika dibiarkan tanpa polis sejam sahaja maka habislah pasar raya – pasar raya dipecahkan dan dirompak, bukan makanan asasi yang dicari tetapi barangan-barangan lain seperti tv, mesin basuh dan semua sekali akan dicuri. 

Inilah sudut bersinar yang ada di Gaza di sebalik keributan perang. (Sila rujukUSTAZ MOHD MAHYUDDIN MOHD YUSOFF – HARAKAHDAILY 26/10/2023)

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

Perang Israel-HAMAS. & Gagal PH (DAPmadani)-BN.

 


Israel sedang hembus nafas mereka yang terakhir

PENGAKUAN oleh wartawan Israel, Arie Syabith, dalam akhbar Israel Haerts.

1. Kita berhadapan dengan bangsa yang paling sukar dan gigih dalam sejarah, tidak ada pilihan untuk Israel kecuali untuk mencapai kemerdekaan mereka dan menamatkan penjajahan ini.

2. Di Israel tidak ada lagi rasa selamat untuk menulis atau membaca surat khabar dan lain-lain. Seperti yang diakui oleh Rogel Alvel, 2 tahun yang lalu bahawa yang paling selamat bagi Israel pada hari ini adalah untuk mempunyai pasport dan mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan dan terbang ke San Francisco, Berlin atau Paris.

3. Pemimpin Jerman dan Amerika yang merupakan Nasionalis Ultra-Kanan, harus menyedari bahawa Israel sedang menghembuskan nafas mereka yang terakhir, dan kita harus mengambil 3 langkah ke belakang untuk melihat tenggelamnya Negara Israel.

4. Netanyahu, Baiden, Kusneir, Obama dan Clinton bukanlah orang-orang yang boleh menyelamatkan Israel, tetapi Israel sendiri dapat menyelamatkan dirinya dengan menjalankan dasar baru yang mengakui bahawa pemilik sebenar tanah Palestin adalah rakyat Palestin bukannya Israel.

5. Sejujurnya, Israel wujud di Palestin adalah hasil pembohongan dan penipuan yang dicipta oleh Gerakan Zionis Antarabangsa atas nama agama Yahudi sepanjang sejarah. Zionis berjaya menggunakan Isu kem Tahanan Hitler (Holocaust), sehingga menimbulkan simpati dunia terhadap orang Yahudi (anti-Semitik) dan dengan itu mengukuhkan tanggapan bahawa orang Yahudi harus kembali ke tanah yang dijanjikan (Palestin).

6. Seorang ahli arkeologi Tel Aviv yang hebat iaiy Vilnatisyen, di mana dalam penyelidikannya di Masjid Al-Aqsa untuk mencari gali tapak lokasi kuil Sulaiman di bawah Masjid Al-Aqsa, mendakwa bahawa ternyata ini adalah satu kebanggaan dan khurafat yang sengaja dibuat oleh Zionis selama beribu-ribu tahun. Beliau tidak menemui apa-apa di bawah Masjid Al-Aqsa kecuali hanya asasnya.

7. Pada tahun 1968 ahli arkeologi British, iaitu Catline Cabinos, yang mengetuai penggalian di Baitul Maqdis, diusir dari Israel kerana telah mendedahkan pembohongan Israel bahawa terdapat kuil Sulaiman di bawah Masjid Al-Aqsa, dan bahawa Palestin- Al-Aqsa tidak ada kaitan dengan Nabi Sulaiman.

8. Shabith telah membuat kesimpulan bahawa tidak ada masa depan bagi Israel kecuali meninggalkan tanah Palestin, kerana orang Yahudi tidak ada kaitan dengan tanah ini. Seperti pembohongan yang dibuat setakat ini.

9. Menurutnya, darah rakyat Palestin berbeza dengan darah negara lain di dunia. Kami telah menjajah mereka selama beberapa dekad, meracuni mereka dengan wanita, seks, muzik, dadah dan sebagainya, dengan harapan mereka akan melupakan negara dan bangsa mereka. Tetapi apa yang berlaku adalah pemberontakan dengan batu pada tahun 1987.

10. Kami memasukkan pejuang dan pemudanya ke penjara untuk memujuk mereka. Tetapi beberapa tahun kemudian selepas kami yakin mereka akan berubah, namun sebenarnya mereka datang dan menyerang kami dengan serangan bersenjata pada tahun 2000.

11. Kami mengepung mereka dengan penjara terbesar di dunia untuk mengehadkan makanan dan minuman mereka, lalu mereka lemah dan gila, tetapi kemudiannya mereka datang dengan tidak disangka-sangka dan menyerang kami dengan bom dan roket yang canggih. Walaupun dengan semua boikot dan pencerobohan yang telah kita lakukan.

12. Kami merangka strategi baru dan canggih untuk menghapuskannya perlahan-lahan dengan membina dinding duri dan elektrik dengan parit besar di antara kawasan kami dan mereka, tetapi tiba-tiba semalam mereka menyerang kami dari bawah parit yang kami gali dan membunuh beratus-ratus tentera kami. Mereka menyerang kami dengan kecerdasan mereka sehingga merosakkan rangkaian internet kami.

Sila sebarkan berita itu supaya orang Yahudi memahami apa yang berlaku dan siapa itu HAMAS!

(Penterjemah: KHAIRAN ARIF, Pemerhati Dunia Islam dan Arab) – HARAKAHDAILY 8/11/2023 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perang Israel-HAMAS. & Gagal PH (DAPmadani)-BN.


Lihat komen ini..

(i) Al-hamdulillah! Padan, parlimen Turkiye `buang’ Coke dan Nestle. Di M'sia bagaimana, masih jadi barua Israel?

Presiden Tayyip Erdogan bertemu ahli parlimen di Parlimen Turkiye.- REUTERS

Di Angkara, Parlimen Turkiye mengeluarkan produk Coca-Cola dan Nestle daripada restoran parlimen kerana didakwa menyokong Israel dalam konflik di Gaza. Kedua-dua syarikat terbabit tidak menjawab permintaan untuk mendapatkan komen. 

“Produk syarikat yang menyokong Israel tidak akan dijual di restoran, kafeteria dan rumah teh di parlimen,” kata Perhimpunan Kebangsaan Besar Turki, tanpa menyatakan identiti syarikat itu.

Speaker Parlimen, Numan Kurtulmus yang membuat keputusan itu menyatakan: “menyokong sensitiviti orang ramai mengenai memboikot produk syarikat yang secara terbuka mengisytiharkan sokongan mereka terhadap jenayah perang Israel (dan) pembunuhan orang yang tidak bersalah di Gaza.”

Sumber Parlimen berkata, minuman Coca-Cola dan kopi segera Nestle adalah satu-satunya jenama yang dikeluarkan dari menu, sambil menambah keputusan itu bertujuan untuk membalas “bantahan orang ramai terhadap syarikat-syarikat ini” kerana menyokong Israel. (Sumber REUTERS)


(ii) Ini suatu peringatan. Wajib rakyat M'sia tahu. 16 kelemahan dan kegagalan terkini K'jaan PH (DAPmadani)-BN.


CATATAN saya minggu ini, bagi saya kerajaan hari ini kerajaan yang sangat gagal, tidak kompeten dan kerajaan yang sangat lemah:

1. Kejatuhan nilai RM terburuk, tetapi kerajaan relaks saja, berkali-kali meletakkan faktor global antrabangsa dan menafikan kelemahan kerajaan.
2. Hari ini Menteri hadir lewat sehingga soalan jawab lisan di Parlimen kena skip oleh Speaker.
3. Beberapa kali Sidang Dewan tidak cukup korum.
4. Menteri bukan portfolio terpaksa menjawab soalan di kamar khas.
5. Kehadiran Menteri Timbalan Menteri sangat sedikit sepanjang sidang bajet ini kecuali ketika Perdana Menteri ke-10 (PMX) hadir.
6. Kekosongan Menteri KPDN masih gagal di isi walaupun setelah 3 bulan, semua parti PH-BN duk berebut kerusi itu ke?
7. Kerajaan PMX dimalukan apabila Sarawak menolak arahan Perdana Menteri mengenai penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kerajaan.
8. DAP sanggah minggu Solidariti Palestin.
9. Seramai 12 Ahli Parlimen PKR vs Menteri KPM isu minggu Solidariti Palestin.
10. DAP Bagan mendesak Menteri mengenai sekolah vernakular.
11. Menteri jadikan rakyat tikus makmal isu subsidi ayam, kalau ayam mahal subsidi bersasar baru akan dilaksanakan dengan sistem PADU yang entah bila akan siap.
12. Kerajaan sentiasa menafikan keadaan sebenar ekonomi rakyat marhaen yang semakin teruk.
13. Dasar gaji progresif yang dilaung-laungkan tidak masuk dalam dasar Belanjawan 2024, alasan buku dasar tebal sangat.
14. Konon nak angkat agenda kebebasan media,  tetapi bila dah berkuasa cadang nak buat lesen kepada media sosial.
15. Menteri Pelancongan kata dia mabuk tak apa sebab dia bukan-Islam, persoalannya sekarang di dalam PH memang terima ke menteri tidak berakhlak macam ni?
16. KPM keluarkan poster Do’s N Don’ts Minggu Solidariti Palestin yang menimbulkan polemik dan kerisauan awam.

Saya ada banyak lagi senarai, nampaknya rakyat tidak perlukan lagi kerajaan gagal sebegini.
YB NURUL AMIN HAMIDAhli Parlimen Padang Terap – HARAKAHDAILY 2/11/2023

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. 

Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails