Saturday, December 02, 2023

PMX Angkuh.. Tapi lebih angkuh lagi DAP?

 


PMX angkuh, ke mana hilang akal budi?

PERDANA Menteri ke-10 (PMX) kata, PAS sombong dan angkuh.

Di pentas yang sama, PMX dengan angkuhnya memaklumkan bahawa beliau sebagai Perdana Menteri tidak akan memberi peruntukan serta projek kepada wakil rakyat pembangkang.

“Hari ini saya ada kuasa, saya tidak akan bagi projek itu kepada mereka (pembangkang).”

Mendengar ucapan tersebut;

Teringat ucapan PMX pada April lepas yang mengingatkan Melayu Islam untuk tidak terlalu selesa dan angkuh.

Teringat ucapan Ahli Parlimen PH yang secara terbuka dalam sidang media di Parlimen, “Ini kerajaan kami, ikut suka kami lah nak buat apa.”

Teringat nada sinis PMX dalam menjawab soalan pelajar matrikulasi sehingga pelajar tersebut dimalukan di hadapan seluruh peserta Temu Anwar.

Teringat bagaimana PMX dan barisan kabinetnya bukan sahaja tidak peduli bahkan dengan sombong menafikan kritikan serta teguran yang diberi oleh rakyat, ahli akademik dan pemain industri.

Siapakah yang sombong dan angkuh sebenarnya?

Sedemikian banyak kata-kata angkuh dan dusta dalam ucapan di Kemaman itu, saya setuju satu perkara dengan PMX, “Orang sombong tak layak jadi wakil rakyat.”

PMX telah jauh tersasar daripada moral seorang pemimpin yang baik. Seorang ketua negara yang berkuasa apabila ucapannya penuh dengan kesombongan, angkuh dan mengamalkan politik ugut maka rosaklah negara ini.

Pemimpin yang rendah akal budi sewajarnya direhatkan. Persepsi negatif rakyat yang sangat tidak berpuas hati dengan setahun pentadbiran Kerajaan Madani ini hanyalah permulaan kepada suatu malapetaka yang lebih besar bakal menimpa Kerajaan Madani pada hari ini.

Ke mana hilangnya akal budi?

Sekian.

ZURK AHMAD
Ketua Penerangan 
PAS Negeri Selangor
1 Disember 2023 – HARAKAHDAILY 1/12/2023 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: PMX Angkuh.. Tapi lebih angkuh lagi DAP?

Lihat komen ini..


(i) Al-hamdulillah, seseorang MARZUKI MOHAMAD menulis..

Ini pandangan saya. 


AMERIKA Syarikat sebuah negara demokrasi. Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat 1776 menyebut ‘all men are created equal’ with the right to ‘life, liberty, and the pursuit of happiness’. Inilah asal usul ‘American Dream’.

Tetapi orang kulit hitam di Amerika Syarikat hanya diberikan hak mengundi pada tahun 1870, iaitu 94 tahun selepas itu. Obama muncul sebagai orang kulit hitam pertama menjadi Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2009, iaitu 233 tahun selepas perisytiharan kemerdekaannya. Itupun ibunya kulit putih.

Di Malaysia, orang bukan-Melayu tidak perlu menunggu selama itu untuk mendapat hak mengundi. Pada Pilihan Raya Umum 1955, iaitu dua tahun sebelum Merdeka, orang bukan-Melayu telah pun mendapat hak untuk mengundi dan pemimpin kaum bukan-Melayu seperti Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan telah menjadi menteri dalam Kabinet Persekutuan sejak dari awal lagi. 

Malaysia lebih hebat dari Amerika Syarikat.

[Nota: Saya tidak berniat untuk menyamakan orang bukan-Melayu di Malaysia dengan orang kulit hitam di Amerika Syarikat dari segi taraf hidup dan sejarah asal-usul keberadaan di kedua-dua negara. Saya hanya merujuk kepada kedua-duanya dalam konteks wacana mengenai kesamarataan hak politik].

Lim Kit Siang menulis mengenai ‘Malaysian Dream’. Beliau ingin melihat orang bukan-Melayu di Malaysia menjadi Perdana Menteri dalam tempoh yang lebih cepat berbanding orang kulit hitam menjadi Presiden di Amerika Syarikat. Dalam nafas yang sama beliau mengecam konsep etnik tunggal (boleh difahami sebagai dominasi Melayu atau hanya orang Melayu boleh menjadi Perdana Menteri). 

Dalam dekad-dekad sebelum ini, DAP memang tidak menyukai politik Malaysia yang dikatakan bersifat ‘Malay dominance’ atau dikuasai oleh orang Melayu. Oleh kerana dominasi Melayu inilah, DAP mengatakan orang bukan-Melayu di Malaysia adalah rakyat kelas kedua. Ini menjadi modal kempen DAP dalam pilihan raya untuk memancing undi bukan-Melayu.

(Cukup sampai di sini, ikuti seterusnya dalam 'Impian Malaysia atau impian DAP?' MARZUKI MOHAMAD - HARAKAHDAILY 2/12/2023)


(ii) Siapa sebenarnya yang angkuh?

Anwar menyifatkan sebagai satu kegilaan untuk membenarkan pembunuhan manusia, bayi serta pengeboman hospital dan sekolah, yang dilakukan Israel ke atas Palestin - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar

Israel angkuh kerana sokongan AS, Eropah - PM Anwar 

Oleh Hasimi Muhamad Oktober 25, 2023 00:49 MYT -astro Awani.


KUALA LUMPUR: Israel telah menjadi terlalu angkuh kerana sokongan yang diberikan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, pemimpin-pemimpin negara Arab dan Islam juga sedar bahawa konflik yang berlaku antara Palestin dan Israel bukan mudah untuk diselesaikan. 
(Lanjut sila rujuk 'Israel angkuh kerana sokongan AS, Eropah - PM Anwar' Oleh Hasimi Muhamad Oktober 25, 2023 00:49 MYT -astro Awani.)

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

Jual arak, Mana hak asasi Muslim? Bukan jantan kejar jantan..



Jual arak terbuka: Bagaimana jamin hak asasi Muslim?

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memutuskan tindakan menarik semula larangan penjualan arak secara terbuka dikhuatiri menjejaskan hak asasi dalam kalangan umat Islam.

Ustaz Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berkata, sewajarnya hal tersebut dinilai atau dirujuk kepada kedudukan Islam sebagai agama persekutuan yang dimartabatkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Tidakkah ia sekali mengganggu hak asasi masyarakat Muslim yang seboleh-bolehnya tidak mahu orang-orang muda, masyarakat muda di kalangan orang Muslim terlibat ataupun mendapat kebebasan untuk membeli minuman keras ini secara terbuka?

“Walaupun secara sekarang kita akui ada halangan untuk orang Islam membelinya, tetapi dengan ia dijual kembali secara terbuka kita bimbang ia akan memudahkan mereka untuk mendapatkan akses terhadap minuman-minuman seperti ini. 

“Jadi adakah ini sekaligus juga mengganggu hak asasi masyarakat beragama Islam,” ujar beliau ketika membahaskan RUU Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2023 di Dewan Rakyat, di sini sebentar tadi.

Tegasnya, amat perlu untuk dilihat semula polisi-polisi seperti ini agar ia perlu dirujuk balik kepada pihak-pihak yang berkaitan sebagaimana juga pengisytiharan sejagat hak asasi yang mengandungi 30 artikel. 

“Di mana di dalam Perkara 7 hak persamaan di sisi undang-undang. Isunya adakah pihak pembangkang yang juga rakyat Malaysia yang sah mendapat layanan yang sama apabila berurusan dengan premis kerajaan?” soalnya.

Beliau memberikan contoh dengan mengemukakan salinan surat Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu bertarikh 22 November dialamatkan kepada Setiausaha Barisan Nasional P.040 Kemaman yang mengizinkan program pemimpin Perdana Menteri bersama rakyat.

Program pada 29 November di Dewan SMK Chenih Baru Kemaman dan Dewan SMK Bukit Keluang Kemaman itu katanya, merupakan akses politik yang dibenarkan di bangunan-bangunan milik kerajaan. 

“Persoalannya, adakah sekiranya pihak pembangkang memohon menggunakan dewan yang sama atas dasar kempen politik, ia boleh dibenarkan. Jadi ini saya fikir bahawa keadilan itu hendaklah dilaksanakan hendaklah adil.

“Dan perlu untuk dilihat adil barulah ia adil dalam makna yang sebenar,” ujar beliau yang juga Ketua Penerangan PAS memperingatkan. – HARAKAHDAILY 29/11/2023  

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jual arak, Mana hak asasi Muslim? Bukan jantan kejar jantan..

Lihat komen ini..

(i) RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 sekalipun diluluskan tetapi tidak mengatasi kelompongan yang berlaku. Semuanya berlaku disebabkan olah Menteri Kesihatan sendiri.


Bukan itik jantan, kejar jantan.

Di KL, Dr Mohd Radzi Jidin (PN-Putrajaya) antara lain menyindir, “Dan hari ini kita sekali lagi didendangkan dengan tindakan kerajaan ini yang tidak memasukkan peruntukan berkaitan dengan GEG di dalam RUU yang dibentangkan..” Kesal beliau ketika perbahasan di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Dr Radzi turut membidas cacamerba dalam RUU tersebut berkaitan larangan menerbitkan iklan peranti merokok yang dikaitkan juga olehnya dengan persoalan melibatkan pelobi tertentu.

“Tak tahu mana hujung, tak tahu mana pangkal, tak tahu mana jantan, tak tahu mana betina. Dan jika kita lihat filem Nujum Pak Belalang pun, bila dikatakan kayu yang tenggelam itu adalah pangkal dia ada alasan dia. 

“Dia kata itik yang belakang itu itik jantan kerana dia kejar itik betina. Ada alasan dia. Dia tak kata itik jantan, kejar itik jantan." (Lanjut sila rujuk   -HARAKAHDAILY 29/11/2023)

(ii) Tahniah Tan Sri Annuar Musa! Kerana dedahkan kerajaan DAPmadani longgarkan semula penjualan arak di KL.


Di KL, tindakan kerajaan melonggarkan semula penjualan arak (liquor) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  telah menimbulkan perasaan dukacita mantan Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa.

“Saya dukacita dengan keputusan kerajaan melonggarkan semula kawalan ke atas penjualan arak, yang sudah pun kita ketatkan ketika saya selaku Menteri Wilayah Persekutuan,” katanya dalam kenyataan susulan laporan akhbar The Star pada 29 Nov 2023 bertajuk, Limits on Liquor Sale in KL Lifted.

Beliau berkata, kerajaan ketika membuat keputusan mengetatkan penjualan arak di Wilayah Persekutuan akhir 2011 telah mengadakan rundingan yang intensif dengan pelbagai pihak berkepentingan (stakeholders). 
(Lanjut sila rujuk HARAKAHDAILY 1/12/2023)

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

Miss World Noble Queen, batalkan!

 

Nurul Husna Bakri

Malaysia bakal menjadi tuan rumah bagi pertandingan ratu cantik Miss World Noble Queen pada 12 Disember depan.

GAMIS gesa batal pertandingan Miss World Noble Queen

KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menggesa kerajaan membatalkan pertandingan ratu cantik, Miss World Noble Queen yang akan diadakan di negara ini pada awal Disember depan.

Timbalan Pengerusi 3 Majlis Dakwah dan Kebajikan GAMIS, Nurul Husna Bakri berkata, pertandingan itu tidak wajar dianjurkan kerana majoriti rakyat negara ini adalah Muslim.

“Sudah semestinya sasaran utama program ini adalah melibatkan golongan wanita muda,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, generasi hari ini berhadapan dengan situasi yang sangat getir kerana sudah terlalu banyak pengaruh-pengaruh negatif yang menyerap masuk dalam diri mereka seawal usia remaja.

Sehubungan itu, ujrnya GAMIS menggesa pihak Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan untuk menarik balik kelulusan terhadap Jan Sit melalui Tourism Malaysia untuk melaksanakan pertandingan tersebut di Malaysia.

“Kerajaan perlu lebih peka terhadap penganjuran program yang tidak patuh syariah seperti pertandingan ratu cantik ini demi menghormati nilai-nilai Islam memandangkan Islam merupakan agama persekutuan,” katanya lagi.

Beliau memetik sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Tidaklah kemaksiatan yang dilakukan oleh sesuatu kaum, kemudian mereka (sebahagian daripada mereka) mampu untuk mengubahnya tetapi mereka tidak berbuat sedemikian, melainkan Allah SWT akan timpakan keseluruhan kaum tersebut dengan azab.” (Riwayat Abu Daud)

Menurutnya lagi, masih banyak program yang berobjektifkan perkara sama dapat dianjurkan untuk menarik minat dan mempromosikan Malaysia supaya dalam menarik ramai pelancong datang ke negara ini dengan cara terhormat dan diselitkan dengan nilai-nilai Islam.

Sebaliknya, kata beliau pertandingan sebegitu seolah-olah mempromosikan budaya Barat dan merendah-rendahkan martabat wanita.

“Oleh itu, GAMIS membantah pertandingan Miss World Noble Queen ini dijalankan di negara tercinta kita, Malaysia,” tegasnya.

Belaiu berharap semoga Malaysia terus maju dan mampu berdaya saing dengan penganjuran program yang lebih bermanfaat di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa terutamanya program yang melibatkan anak muda.

“Semoga anak muda kita sentiasa terpelihara daripada terjebak dengan penganjuran program sebegini.

“Pepatah menyebut ‘mencegah adalah lebih baik daripada merawat’,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 22/11/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Miss World Noble Queen, batalkan!

Lihat komen ini..

(i) Ini alasan bodoh membolehkan, konon 'Bukan pertandingan ratu cantik pondan - Penganjur'.

‘Miss World Noble Queen’ bukan pertandingan ratu cantik pondan seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook milik penganjur memaklumkan, secara jelas kriteria peserta yang layak untuk menyertai pertandingan ialah wanita.

“Kelayakan untuk menyertai sebagai peserta adalah wanita dengan lingkungan umur 18 hingga 29 tahun dan tidak pernah berkahwin serta tidak mempunyai anak.

“Peserta hendaklah memiliki wajah cantik dengan ketinggian minimum 165 sentimeter (cm), perwatakan dan fizikal serta kesihatan mental yang baik,” kata kenyataan itu pada Isnin.


(ii) Ini satu lagi kerja bodoh. Penuntut M'sia di luar negara dihidang ‘afterparty’ di kelab malam?


Lihat pendedahan YB USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI 'Penuntut luar negara dihidang ‘afterparty’ di kelab malam?' -HARAKAHDAILY 22/11/2023

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. 

Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Maf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

Thursday, November 30, 2023

Gencatan senjata, Israel/HAMAS awal kemenangan Islam?



Posted on  
by Ustaz Halim 

USTAZ Syeikh Ahmad Yasin (1937-2004), pengasas gerakan HAMAS, Palestin. Dibedil syahid pada 22/3/2004. Pengganti beliau, Dr. Abdul Aziz Ar-Rantisy 1947-2004, doktor pakar kanak-kanak (pediatrik) juga dibedil syahid pada 17/4/2004, kurang sebulan selepas mengambilalih tugas dari Ustaz Ahmad Yasin. 

Kelmarin, 22/3/2009, genap 5 tahun perginya Ustaz Ahmad Yaasin, pengasas HAMAS di Palestin yang syahid bila kereta yang dinaikinya semasa pulang dari solat di masjid dibedil dengan peluru berpandu Israel dari helicopter Apache buatan Amerika. 

Musuh menyangka HAMAS hidup kerana kewujudan tubuh badannya, tetapi hakikatnya HAMAS terus hidup dengan Manhaj yang ditanam olehnya kedalam jiwa umat dan disuburi pula oleh darah syahidnya yang mengalir suci.

Ahmad Yasin dilahirkan di Askalan, Palestin tahun 1937, menjadi pelarian tahun 1948 di Gaza selepas pengisytiharan Negara haram “I.s.r.a.e.l” ketika pembunuhan dan pengusiran beramai-ramai. Beliau lumpuh ketika berumur 12 tahun dalam kemalangan ketika bermain dan hidup diatas kerusi roda sepanjang hayatnya selepas itu. 

Ketika belajar di Universiti Al-Azhar, Kaherah, beliau menganggotai gerakan Ikhwan Muslimin. Sekembali ke Gaza, beliau mengasaskan Pusat Islam pada tahun 1973 yang kemudiannya banyak mempengaruhi institusi-institusi pendidikan lain di Gaza. Pernah dihukum penjara 13 tahun mulai 1984 atas tuduhan memiliki senjata, mengasaskan gerakan penentangan terhadap Israel, namun beliau dibebaskan pada tahun berikutnya atas pertukaran banduan.
 

Pada tahun 1987, bersama dengan beberapa tokoh, Ustaz Ahmad Yasin mengasaskan gerakan HAMAS bermisikan tarbiyah umat dan membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Barat.

Setiap hari beliau mempunyai jadual yang berbeza akan tetapi ada jadual yang tetap iaitu bangun sejam sebelum azan Subuh untuk membaca Al-Quran dan solat sehingga azan. Selepas solat Subuh, beliau menyambung membaca Al-Quran dan berehat seketika kerana beliau hanya tidur selama 2 jam diwaktu malamnya. 

Ini adalah kerana, para tetamu selalunya selesai dilayan kesemuanya sehingga jam 1 atau 2 selepas tengah malam. Beliau bangun jam 9 atau 10 pagi., bersaparan dan pergi ke pejabatnya iaitu sebuah bilik di rumahnya sendiri. Dikala itu, keadaan di Gaza tidak seperti sebuah negara seperti hari ini. Pejabatnya yang berupa sebuah bilik di rumahnya itulah seperti kerajaan, bahkan negara dengan segala agensi-agensinya. 

Di situ berlaku perjumpaan politik, temubual wartawan, kuliah agama dan pentadbiran gerakan. Di situ juga zakat dan derma dikumpulkan dan diagihkan. Di situ perbalahan dalam masyarakat dihakimi dan dileraikan, permasalahan keluarga diselesaikan dan apa sahaja isu yang tergambar difikiran seseorang. Di situ juga tempat orang datang meminta pertolongan mencari pekerjaan, jodoh pasangan atau mencari penyelesaian melanjutkan pelajaran.


Isteri, Hajjah Halimah Yaasin

Isteri beliau, Hajjah Halimah Yaasin atau dipanggil Ummu Muhammad berkata, “Ustaz seorang yang hebat jiwanya, memiliki kesemua pengertian kemanusiaan. Beliau sentiasa redha terhadaap kami, senyuman jarang terpisah dari bibirnya. Kam benar-benar kehilangannya namun beliaau telah mendapat apa yang dicita-citakannya (syahid).

“Syahid adalah cita-cita beliau yang tertinggi. Itulah doa beliau yang sering dilafazjkan dihari-harinya yang terakhir. Beliau telah lama merinduinya. Alhamdulillah, beliau mendapat syahid ketika dia amat memerlunya iaitu ketika penyakit-penyakit yang beliau hadapi sudah sampai ke peringkat kronik.  Kehidupannya teratur. Masanya dibahagikan kepada ibadah, amal siyasi dan kemasyarakatan. Adakalanya beliau mengambil kesempatan membimbing keluarganya dan memberi kasih sayangkepada cucu-cucunya.

Beliau bangun sejam sebelum subuh, berwudhuk, bersiap untuk solat di Masjid Al-Mujammak Al-Islamy yang terletak di Hayyu Faisaly. Selepas solat subuh beliau menyampaikan kuliah kepada jemaaah surau dan kemudian ke pejabatnya untk meneliti surat-surat yang tiba. Selepas itu beliau membuka pejabatnya kepada sesiapa yang datang berurusan, mendengar permasalahan mereka dengan teliti dan menghulurkan bantuan di nama yang termampu.

Beliau sentiasa memastikan dirinya menjadi contoh tauladan dalam semua aspek hidup dan perjuangan. Walaupun dalam keadaan sakit, kemahuannya yang kuat sering mengalahkan semangat orang-orang lain yang sihat, terutama dalam berkhidmat kepada masyarakat sekelilingnya. 


Seorang  anak perempuan Ustaz Ahmad Yasiin bernama Maryam berkata, “Dia adalah seorang ayah penyayang yang telah menganugerahkan kepada kami kasih saying yang tiada hadnya. Sungguh kehilangannya bukan sahaja kehilangan buat kami, malah kehilangan buat umat ini. Beliau sangat tersusun dalam urusannya, seimbang dalam tiap aspek, untuk keluarganya, untuk Dakwahnya, tidak lupa bersama kami dalam memberikan kasih saying. 

Beliau adalah murabbi, sangat menepati sebarang temujanji, tidak mengeluh walaupun sakit kerana lumpuhnya memuncak, sebaliknya sentiasa bermanis muka sambil memuji Allah swt. Beliau sangat tawadhuk, tidak pernah menolak makanan yang dihidang, menyukai kanak-kanak, gembira bila melihat mereka bersuka ria. 

Yang paling meyempitkan jiwanya ialah bila mendengar mereka menangis. Beliau mempunyai 3 anak lelaki, 8 anak perempuan dan 40 cucu. Dia tidak bertangguh dalam membantu saya walaupun jika terpaksa menggunakan dulu wang perbelanjaan rumah.


Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna (1906-1949), pengasas Ikhwan Muslimin (1928), fikrah atau ideologi yang membawa tertubuhnya HAMAS oleh Asy-Syahid Ahmad Yaasin (1937-2004) pada tahun 1987 menggantikan ideologi dan perjuangan FATAH (1964) yang telah banyak terhakis.

Anak lelaki Ustaz Ahmad Yasin bernama Abdul Hamid berkata, “Lima tahun selepas kesyahidannya, setelah beliau menanam benih kabaikan ke dalam umat Palestin sejak tahun 1950an lagi, hari ini kita dapat menyaksikan buah hasil dari usaha dan darah ayah dan sahabat-sahabatnya dalam gerakan HAMAS. Yang turut menyerlah ialah kemenangan HAMAS dalam Pilihanraya Parlimen 2006 dan membentuk Kerajaan Palestin.

“Dengan anugerah Allah, HAMAS terus berkembang dan maju hingga kita saksikan gagalnya Israel dalam serangan terakhir ke atas Gaza dalam berdfepan dengan Mujahideen Al-Qassam”. 

“Beliau ada kebolehan menarik manusia, meyakinkan mereka terhadap Fikrah dan hujahnya, baik dalam pergaulan, tinggi akhlak, bercampur dengan semu alapisan masyarakat, kaya dan miskin, sering didatangi ramai manusia.

Seorang lagi anak perempuan Asy-Syahid, Khadijah berkata, “Pernah satu syarikat menderma sejumlah kain mahal bermutu tinggi lalu abang kami mencadangkan supaya syarikat tersebut menukarkan jenis kain kepada mutu yang lebih rendah agar jumlah kain tersebut menjadi lebih banyak dan dapat dimiliki oleh orang miskin yang lebih ramai bilangannya. Ayah tidak bersetuju dengan pandangan kami, sebaliknya beranggapan bahawa orang miskin juga berhak memakai pakaian yang baik mutu kainnya.

Salah seorang pemimpin HAMAS di Gaza Utara, Ibrahim Solah berkata, “Kami sentiasa mengenang Ustaz Ahmad Yasin bilamana kami berjaya memenangi Pilihanraya, memasuki Parlimen, memimpin Perang Gaza dan mengalahkan musuh. Kami mengenang pengasas kepada usaha-usaha ini terutama Ustaz Ahmad Yasin yang memimpin HAMAS sehingga berjaya sampai ke tahap ini. Kami akan sentiasa terus berada di atas Jalan dan Manhaj ini walau betapa hebat tekanan yang datang. Pengorbanan yang dicurahkan tidak akan berhenti dan berakhir”.

Seorang mujahid Batalion Al-Qassam (sayap jihad HAMAS) berkata, “Pernah kami kagum dalam perbincangan dengan Ustaz Ahmad Yasin secara terperinci tentang taktik peperangan. Ia bukan sekadar perbincangan semangat tetapi perincian operasi. Kami menggunakannya di dalam operasi kami di medan diantaranya ialah cara memilih jalan-jalan yang akan ditanam periuk api untuk membinasakan kereta-kereta kebal musuh, cara dan alat-alat yang akan diagih-agihkan oleh mujahideen di medan di sekitar Gaza, jalan-jalan yang akan digunakan oleh Yahudi untuk memasuki Gaza dan lain-lain lagi.

yasin009

Berkata seorang wartawan yang menziarahi beliau, Wisam Afifah, “Ustaz Ahmad Yasin sangat memberikan kepentingan kepada aspek Media. Ramai wartawan datang menemui beliau untuk mendapatkan komentar beliau terhadap isu-isu semasa. Belia adalah contoh unik kepada seorang yang berjaya mengatasi kecacatannya, salah seorang symbol bagi Palestin dan kemuliaan Arab dan Islam, meyakini perlunya tarbiyah, pembinaan syahsiyah, jihad dan bekerja tanpa mengenal penat dan bosan sehingga datang ketentuan Allah swt. 

Beliau juga contoh teladan kepada seorang yang berjuang demi Prinsip dan Fikrah. Bila kamu disibukkan oleh dunia atau mula leka dari menghulurkan pengorbanan dan sumbangan, maka ingatlah perjuangan dan pengorbanan yang dicurahkan oleh Ustaz Ahmad Yasin.

Pada 6/9/2003 beliau terselamat dari cubaan bunuh oleh Israel apabila pejabat HAMAS dibom oleh jet pejuang Israel. Pada 22/3/2004 beliau syahid apabila kereta dinaikinya dibedil peluru berpandu dari helikopter Apache ketika pualng dari solat di masjid. Moga Allah swt menerima amalan dan jihad beliau, menggolong Asy-Syahid bersama para Anbiyak, Siddiqiin, Syuhadak dan Solihin di Syurga nanti dan menjadi teladan kepada kita semua dalam mencari redha Ilahi. Ameen.

‘Dikalangan orang-orang beriman, ada mereka yang benar dengan apa yang mereka janjikan kepada Allah. Sebahagian mereka telah syahid, sebahagian lagi sedang menunggu dan mereka tidak mengubah sedikitpun janji mereka” (Al-Quran).

Ustaz Halim: INI JALANKU  www.inijalanku.wordpress.com


Komen Weblog Ibnu Hasyim:   Gencatan senjata, Israel/HAMAS awal kemenangan  Islam?        

Lihat komen ini..


(i) Akmal Haji KamarudinKisah ISTERI ASY SYAHID SYEIKH AHMAD YASIN MENINGGAL DUNIA

Petang selasa semalam 24/6/2020 telah kembali ke rahmatullah Halimah Yasin 76 tahun isteri kepada pengasas gerakan Islam pembebasan Palestin HAMAS.
Beliau meninggal setelah lama bertarung dengan penyakit. Suami beliau Asy Syahid Syeikh Ahmad Yasin meninggal pada tahun 2004 setelah dibom oleh tentera zionis yahudi ketika keluar dari masjid setelah menunaikan solat subuh.
Syeikh Ahmad Yasin mengasaskan gerakan Islam pembebasan Palestin HAMAS pada tahun 1987 bagi menentang penjajahan Israel terhadap bumi Paleatin.
Halimah Yasin telah teguh bersama suaminya dalam dakwah dan jihad dan sabar menghadapi pelbagai rintangan. Semoga Allah s.w.t mengampunkan dosanya dan menempatkannya di kalangan orang-orang yang soleh dan solehah.


(ii) Benarkah 'Palestin: Gencatan senjata bersama kemenangan awal kumpulan Islam'?

Ini hujjah Presiden PAS.. (Selanjutnya rujuk  ABDUL HADI AWANG, Presiden PAS– HARAKAHDAILY 28/11/2023)



PEPERANGAN ialah suatu tindakan politik yang terpaksa dicetuskan, apabila perdamaian yang menjadi keutamaan menemui kebuntuan. Inilah petunjuk al-Quran dan hikmah Rasulullah SAW yang menjadi teladan kepada seluruh umat manusia. Perdamaian lebih diutamakan kerana memberi lebih peluang bagi semua pihak mengenali Islam.

Begitu jugalah peperangan yang berlaku di Gaza, diikuti pula dengan peperangan yang tercetus di sekelilingnya yang boleh merebak dengan lebih parah. Maka, peluang gencatan senjata dicadangkan oleh Harakah al-Muqawwamah al-Islamiyyah (Hamas) dengan syarat-syarat yang akhirnya terpaksa diterima oleh Israel. Hal ini demikian kerana, Israel berhadapan dengan tekanan untuk membebaskan tawanan mereka yang ramai jumlahnya melalui pertukaran dengan membebaskan tahanan Palestin.

Israel pada masa ini dikuasai oleh pelampau Yahudi Zionis bersama kuasa besar Amerika Syarikat, Eropah dan sekutunya yang menyokong semua tindakan yang dilakukannya tanpa sempadan. Hal ini menguatkan cita-cita yang tersirat dalam perjuangan Zionis untuk menegakkan negara Israel Agung yang berpusat di Jerusalem (Bait al-Maqdis) menjadi kuasa terbesar dunia sebagaimana impiannya. 

(Selanjutnya sila rujuk  ABDUL HADI AWANG, Presiden PAS– HARAKAHDAILY 28/11/2023)

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.