Friday, December 15, 2023

PAS, persefahaman & keharmonian antara agama.

 


Kelantan promosi toleransi terhadap agama lain

KOTA BHARU: Sejak era pentadbiran Allahyarham Tan Sri Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Kelantan serius mempromosikan sikap hormat dan toleransi terhadap agama-agama lain.

Timbalan Menteri Besar Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kerajaan negeri sangat menghormati agama-agama tersebut dan berusaha memperkukuhkan hubungan yang positif dengan komuniti agama lain di Kelantan.

Katanya perkara itu juga diterjemahkan pada kunjungan Kardinal Keuskupan Katolik Penang ke Kelantan bagi mencapai persefahaman dan keharmonian antara agama, terutamanya Islam dan Kristian.

“Kita percaya kunjungan Kardinal Keuskupan Katolik Penang sebagai langkah positif dan kami harap agar usaha tersebut terus berkembang dan memberikan manfaat kepada semua pihak,” katanya pada kenyataan di laman sosialnya.

Kunjungan rombongan Kardinal Keuskupan Katolik Penang diketuai Dato’ Seri Sebastian Francis disambut Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud.

Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri dan Pengerusi Dewan Himpunan Pendukung PAS Kelantan Lim Guan Seng. Pertemuan itu diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10.

Dr Fadzli juga berkata, banyak isu dibincang pada pertemuan itu termasuk konsep kepelbagaian masyarakat, toleransi dan sikap hormat-menghormati antara agama.

Selain itu turut disentuh isu-isu kemanusiaan di Palestin.

“Terima kasih kepada Kardinal Keuskupan Katolik Penang di atas kunjungan tersebut. Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada kita semua dalam usaha mempromosikan keharmonian dan pemahaman antara agama-agama,” ujarnya.

Sementara itu Menteri Besar berkata, kehormonian rakyat pelbagai kaum Kelantan di bawah pentadbiran Membangun Bersama Islam merupakan tarikan utama perkongsian dalam pertemuan bersejarah tersebut. – HARAKAHDAILY 1/11/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PAS, persefahaman & keharmonian antara agama.

Sila lihat komen ini..

(i) ‘Perjanjian air Malaysia-Singapura melampaui had’. 100 tahun agak lama, akan memberi kesan besar kepada negara. Dedahkan perincian kepada umum, makluman atau perbincangan.

Tuan Ibrahim Tuan Man

“Pada pandangan saya, sepatutnya pihak luar tidak dilibatkan dalam pengkajian terhadap pengurusan sumber air di negara kita kerana ia melibatkan keselamatan negara,” tegas Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian)  di Dewan Rakyat, di KL, hari ini.


(ii) Al-hamdulillah, ini bukti peranan ulamak canggih! Menangani masalah rakyat. Mengulas drama ‘Surat Dari Tuhan’.

Kontroversi yang dicetuskan drama lakonan Janna Nick (gambar tengah, bawah), Surat Dari Tuhan meraih perhatian Ahmad Yahaya dan Asma' Harun.

K/Dewan Ulamak PAS Pusat Dato’ Ahmad Yahaya mengulas drama tersebut yang disiarkan di saluran TV3, dan mula ditayangkan di slot Samarinda bermula 30 Okt lalu. Drama yang telah menjadi bualan ramai susulan beberapa klip yang memaparkan dialog yang dianggap ‘melampau’ itu.

Semuanya al-hamdulillah. (Sila rujuk  HARAKAHDAILY 1/11/2023)

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.


Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. 

Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

Tuesday, December 12, 2023

Bangkit bersama Palestin -Presiden PAS. Allahu akbar!

 


Umat Islam wajib bangkit bersama-sama Palestin

KUMPULAN Islam Palestin melancarkan Operasi Taufan al-Aqsa yang mengejutkan Israel. Israel yang dikejutkan dengan operasi ini telah dibantu oleh negara Barat seperti Amerika Syarikat, Inggeris dan Perancis yang menggerakkan tentera mereka untuk menyelamatkan Israel.

Yang menarik, kumpulan Palestin berperang menentang Israel atas nama Islam dan adab-adab berperang Islam. Mereka menyerang sasaran tentera sahaja dan tidak menyerang orang awam.

Israel mengebom kawasan awam Gaza seperti masjid, hospital, sekolah dan lain-lain menyebabkan seluruh dunia berdemonstrasi menyatakan bantahan terhadap keganasan Israel.

Maka kita umat Islam wajib bangkit bersama-sama Palestin. Dengan kepercayaan bahawa Masjid al-Aqsa dan Palestin adalah milik umat Islam, seluruh dunia Islam akan bersama dengan Palestin.

Penting bagi umat Islam menunjukkan simpati kepada Palestin dan protes kepada Israel dan negara yang menyokongnya. Kita mesti mengerahkan semua pihak untuk menghukum kezaliman yang sedang berlaku yang tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Setiap umat Islam mesti bersama Palestin sekurang-kurangnya berdoa, menyumbangkan harta serta jiwa raga demi bersama Palestin. Maka Malaysia mesti bersama dan bersatu dengan Palestin dalam menghadapi kezaliman Israel. Penyatuan ini mesti dibina supaya teguh dan kuat.

Saya mengucapkan syabas kepada semua yang hadir pada petang ini untuk menunjukkan simpati dan sokongan kita kepada Palestin. Mari kita bangkitkan kebesaran Allah yang mengatasi kebesaran segala-galanya.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Himpunan 10K Solidariti Palestin, 28 Oktober 2023 – HARAKAHDAILY 28/10/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bangkit bersama Palestin -Presiden PAS. Allahu akbar!

Lihat komen ini..

(i) Jihad harta, apa PAS buat di Muktamar Umana’ Aqsa di Istanbul Turkeye semalam? Jom lihat dan sokong!


Di Kota Bharu, majlis pembukaan Muktamar Umana’ Aqsa yang diadakan di Istanbul Turkeye semalam berjaya mengumpul sumbangan sebanyak USD950,000 dan Euro180,000. Kutipan itu dibuat sebagai menyahut seruan Jihad Bil Mal untuk membantu umat Islam di Palestin.

Berikutan itu Prof Ghurmuz mengumumkan jihadnya sebanyak USD160,000, peserta dari Algeria mengumumkan agensinya berjihad dengan USD300,000, seorang muslimah dari Indonesia USD17,000 dan sebentuk cincin, Abu Ahmad Al-Jaza’iri USD55,000 dan beberapa peserta dari negara lain termasuk Malaysia.

Anggota Exco kerajaan Kelantan Ustaz Mohd Asri Mat Daud berkata, ramai peserta dalam kalangan muslimah yang naik ke pentas mengumumkan jihad harta dengan cincin, rantai dan gelang.

Manakala seorang peserta dari Afghanistan menyatakan jika pintu masuk untuk jihad Qital dibuka di Palestin, beliau akan mengerah pemuda-pemudanya yang sudah bersedia untuk berjihad dan syahid di jalan Allah.

“Seorang peserta dari Algeria menegaskan secara terbuka, sekiranya muktamar memutuskan agar peserta wajib terlibat dengan Jihad Qital, maka beliau tidak akan pulang lagi ke Algeria dan akan terus ke Palestin berjihad.

“Saya mewakili Menteri Besar Kelantan dan kerajaan negeri menghadiri muktamar berkenaan yang dihadiri para ulama dan cendikiawan lebih dari 20 negara. Ia diadakan pada 28 dan 29 Oktober ini,” katanya kenyataan di laman sosial.

Pembukaan muktamar disempurnakan Menteri Agama dan Wakaf Turki Dr Ali Erbas, Pengerusi Umana’ Aqsa Dr Esham Basyir, Pengarah Maahad Tafakkur Islami Turki Prof Mohamed Ghurmaz,

Selain itu Mufti Syiria Syeikh Usamah Al-Rifaie, Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Gaza Syeikh Dr Marwan Abu Ras, Syeikh Mohamad Hasan Al-Dadu Syanqiti dan lain-lain tokoh pemikir pelbagai negara. (Sila rujuk HARAKAHDAILY 29/10/2023)


(ii) Palestin: PAS 'kurang selesa' tindakan 12 wakil rakyat PKR.

Datuk Seri Takiyuddin Hassan

Di KL, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, penggunaan terma-terma sedemikian walaupun secara negatif, bukan sahaja terdedah kepada salah anggap, malah kelihatan seperti mahu melanjutkan lagi naratif dakyah dan prasangka yang dijuarai oleh media Barat serta pihak-pihak yang menyokong rejim apartheid Israel apabila merujuk kepada perjuangan rakyat Palestin.

“PAS bersetuju bahawa elemen-elemen sedemikian tidak harus dibawa masuk atau disuburkan dalam kalangan, bukan sahaja pelajar, malah masyarakat kita juga,” ujarnya dalam kenyataan media, hari ini.

(Sila lihat kenyataan penuh beliau 'PERJUANGAN RAKYAT PALESTIN BERASASKAN HAK DAN KEHORMATAN, BUKAN DENDAM DAN KEBENCIAN' -HARAKAHDAILY 29/10/2023)

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

Sunday, December 10, 2023

DAP lagi, cengkam DBKL? Amaran!

 


Isu pelesenan arak: Apakah DAP mencengkam DBKL?

KAMI membaca serangan pada 2 Disember 2023 yang dilakukan oleh ahli Lembaga Pelesenan Eksais Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) susulan kenyataan media DPPWP yang lalu berkenaan ‘Kerajaan Madani:  Pembebasan Penjualan Arak.’

Serangan yang dilakukan oleh ahli Lembaga Pelesenan Eksais tersebut yang secara semberono menyatakan Pemuda PAS sebagai jahil hanya kerana memfokuskan pada isu arak tetapi melupakan perkara seperti membasmi kemiskinan dan sebagainya.

Serangan yang dilakukan oleh ahli Lembaga Pelesenan Eksais itu juga menggambarkan pihak DBKL telah dicengkam oleh parti DAP khususnya di dalam hal kelulusan lesen penjualan arak secara tanpa kawalan di kedai serbaneka dan ubat Cina.

Menariknya, serangan balas itu hanya dibuat oleh seorang ahli lembaga sahaja yang turut datang dari anggota parti DAP iaitu Kasthuri Patto. Beliau juga adalah mantan Ahli Parlimen Batu Kawan Pulau Pinang.

Perkara yang paling janggal adalah ketika pemimpin DAP ini membuat serangan balas kepada DPPWP, pihak DBKL pada 5 Disember 2023 telah mengeluarkan kenyataan media iaitu larangan penjualan arak ini tidak pernah dibatalkan.

Justeru, persoalan yang layak kita lontarkan adalah adakah DAP sedang mencengkam DBKL dengan melakukan ‘override’ terhadap larangan tersebut? Ataupun sebenarnya DBKL sekadar ingin mendiamkan masyarakat terhadap isu ini dan terus tetap memberi kelulusan seperti yang dilaporkan akhbar?

Akhirnya, kami ingin mengingatkan pihak DAP dan mereka yang bersama-sama dalam usaha mengangkat larangan ini supaya menghentikan kerja buat anda tersebut. DPPWP boleh melakukan lebih dari sekadar kenyataan media dan kami tidak teragak-agak menggerakkan umat Islam di dalam isu ini.

ABDUL RAZAK RAMLI
Ketua Penerangan 
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan – HARAKAHDAILY 7/12/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: DAP lagi, cengkam DBKL? Amaran!

Lihat komen ini..

(i) "..harmonikan dua undang-undang yang ada dalam negara kita." -Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz 

Kaji undang-undang sivil yang bertentangan syariah.

Di KL, Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan usaha kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas ke arah memperkasa dan memperluaskan bidang kuasa mahkamah syariah akan mengambil jalan yang panjang kerana sifat hukum Islam adalah sempurna dan menyeluruh.

Ini berikutan dalam perbahasan di Dewan Negara, semalam, beliau menegaskan terdapat konflik antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah di peringkat negeri.

(Selanjutnya sila rujuk 'Kaji undang-undang sivil yang bertentangan syariah'– HARAKAHDAILY 7/12/2023)

(ii) Ini, 2 komen pembaca diangkat dari blog ini..

18 hours ago
Victor Yong yg sokong hubungan diplomatic dng Isreal ditahan polis

Percaya lah minggu depan dia akan bebas lepas ... Kau orang Jangan buat buat takajut pulak...!!

DAP akan bantah dan Bantu Victor Yong abis abisan...

Anak papa hamba abdi Barua DAP boleh buat haper...elekkk!!

Korang tunggu jer ...
2 days ago
Dr Abd al-Fattah telah beberapa kali mengutuskan surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan menzahirkan kekecewaannya kepada pemimpin tersebut.

“Dalam surat terakhir saya kepada anda, saya telah menyatakan bahawa ‘pendirian rasmi Kerajaan Malaysia adalah sangat lemah dan tidak berguna’.

“Walau bagaimanapun, saya berasa marah apabila mengetahui bahawa anda telah mengambil tindakan, tetapi ke arah yang salah dengan menyokong dan bekerja dalam agenda Zionis. Berhenti Jadi barua...sudah sudah lah Jadi barua..

link bawah nin haah barua sklian..!!

https://vt.tiktok.com/ZSNuujVY1/
https://vt.tiktok.com/ZSNuua6cp/

“Bolehkah apa yang berlaku di Gaza selama 44 hari membebaskan minda umat Islam daripada penjajahan Barat dan perhambaan anak anak anal papa yang zero intelektualnya?

Bila Anak papa berkuasa akhirnya Malaysia bukan saja Jadi barua DAP@LeeKwanYew little Isreal

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam.