Saturday, December 30, 2023

Perang 'cengkam media' pun bermula di M'siaku..

 

Ahmad Fadhli Shaari

Padam kandungan: Langkah ke arah cengkaman media

PENGAKUAN daripada syarikat induk Facebook, Meta dan TikTok dari China bahawa mereka menerima peningkatan permintaan daripada kerajaan Malaysia untuk mengalih keluar kandungan atau menyekat akaun di platform berkenaan bagi tempoh enam bulan pertama 2023 adalah satu perkara yang sangat memalukan.

Dalam pada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering mendabik dada bahawa pentadbirannya ialah pentadbiran reformasi, bahkan kalimah inilah yang dijerit-jerit dan dilaung setiap kali perjumpaan parti-parti komponen Pakatan Harapan, hakikatnya ia hanyalah merupakan retorik untuk menyedapkan halwa telinga.

Barangkali tidak lebih seperti buah gajus yang sedap dikunyah dan dimakan, tetapi sekali-kali tidak mengenyangkan.

Bayangkan sahaja, bagaimana syarikat antarabangsa seperti Meta boleh mengeluarkan laporan bahawa antara Januari dan Jun tahun ini, kira-kira 3,100 halaman dan siaran di platform Facebook dan Instagramnya telah dihadkan daripada dilihat oleh pengguna di Malaysia kerana didakwa melanggar undang-undang tempatan.

Angka itu enam kali lebih tinggi berbanding tempoh setengah tahun sebelumnya dan tertinggi sejak syarikat itu mula melaporkan sekatan kandungan di Malaysia pada 2017.

Menurut Meta lagi, antara Julai 2022 dan Jun 2023, pihaknya mengehadkan akses kepada lebih 3,500 kandungan sebagai tindak balas kepada laporan yang dibuat oleh pengawal selia komunikasi Malaysia dan agensi kerajaan lain.

Manakala TikTok pula dalam laporan sama yang dikeluarkan bulan lalu, turut memaklumkan ia menerima 340 permintaan daripada kerajaan Malaysia untuk mengeluarkan atau menyekat kandungan antara Januari dan Jun 2023, menjejaskan 890 siaran serta akaun.

Seramai 815 pengguna kerana melanggar undang-undang tempatan atau garis panduan komuniti TikTok iaitu yang tertinggi dalam tempoh enam bulan sejak ia mula melaporkan permintaan daripada Malaysia pada 2019.

Kandungan yang dikeluarkan TikTok itu adalah tiga kali ganda berbanding kandungan yang dikeluarkan pada separuh kedua 2022.

Ertinya, kerajaan ini merupakan kerajaan yang paling takut kepada Facebook dan Tiktok berbanding dengan kerajaan era Datuk Seri Najib, Tun Mahathir, Tan Sri Muhyidin dan Datuk Seri Ismail Sabri.

Kandungan yang disekat pula ialah kebanyakannya dikatakan mengkritik kerajaan dan bukannya berhubung isu-isu keselamatan awam dan melibatkan kepentingan bersama masyarakat.

Alasan bahawa kandungan-kandungan tersebut disekat kononnya untuk mengawal fitnah juga langsung tidak boleh diterima.

Sepatutnya mana-mana penyebar fitnah itu jika benar didapati melakukan kesalahan, siasatan dan pendakwaan boleh dibuat menurut peruntukan undang-undang sedia ada.

Saya syorkan kepada kerajaan pentadbiran PMX ini, kafan dan talkinkan sahaja kalimah reformasi yang dilaungkan itu.

Usahlah dilaungkan lagi, akui sahajalah bahawa pentadbiran ini perlahan-lahan sedang bergerak kepada era cengkaman maklumat dan media. Lebih tepat lagi ialah era kuku besi.

YB AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Pasir Mas
16 Disember 2023 – HARAKAHDAILY 16/12/2023

 Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perang 'cengkam media' pun bermula di M'siaku..

Lihat komen ini..

(i) Meta, TikTok akur permintaan k'jaan M'sia.

Di KL, pemilik Facebook, Meta dan TikTok China mengehadkan jumlah rekod siaran dan akaun media sosial di Malaysia dalam tempoh enam bulan pertama 2023 di tengah-tengah permintaan kerajaan untuk mengalih keluar kandungan.

Pentadbiran PMX yang mula memegang tampuk kuasa pemerintahan pada November 2022 atas platform reformis, menurut laporan Reuters pada hari ini, Jumaat (15 Dis)  telah berdepan tuduhan memungkiri janjinya untuk melindungi kebebasan bersuara di tengah-tengah peningkatan penelitian terhadap kandungan dalam talian sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

(Lanjut sila hubungi 'Meta, TikTok akur permintaan k'jaan M'sia' HARAKAHDAILY 15/12/2023)


(ii) Oleh itu, apa patut kita rakyat M'siaku buat?


Di Kota Bharu, setiap pendukung PAS hendaklah terus menyokong dan mempertahankan media milik parti itu, iaitu Harakah untuk memastikan kesinambungannya. 

T/Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Mohd Asri Mat Daud berkata, era setiap maklumat program membantu rakyat disembunyikan tanpa pengetahuan orang ramai sudah berlalu.

Katanya rakyat perlu tahu apa yang dilakukan wakil rakyat dan kerajaan negeri bagi mengelakkan ada stigma tiada perubahan negeri yang diterajui PAS dan PERIKATAN NASIONAL.

“Harakah satu-satunya media milik PAS yang perlu kita pertahankan untuk mendapat maklumat berkaitan kerajaan negeri dan PAS serta PN,” katanya ketika menyampaikan kertas kerja pada Munaqasah Ucapan Dasar Presiden di Putik hari ini.

(Lanjut sila rujuk 'Setiap pendukung PAS perlu pertahan Harakah' – HARAKAHDAILY 16/12/2023)

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Wednesday, December 27, 2023

Kepada peminat filem, Gaza karya fiksyen?



Karya fiksyen, fakta dan pembantaian Gaza

KEPADA yang meminati filem tentulah akan mengingati babak-babak ikonik Maggie Cheung dalam filem ‘In The Mood For Love‘ yang dikatakan berjaya mengangkat busana Cheongsam ke mata dunia, dengan corak dan warna yang memukau. 

Hal yang sama tentunya cuba dibuat oleh drama bersiri, ‘Gadis Kretek’ yang mengangkat puluhan busana Kebaya dengan rekaan baju dan kain yang menambat hati. Walaupun cuba mengambil rujukan tahun 60-an, latar tahun kisah ‘Gadis Kretek’, namun pereka busana dan kostum drama tersebut mengaku agak terbuka dalam beberapa aspek termasuk dalam penggunaan kain batik Parang yang lazimnya digunakan kaum lelaki ketika itu. 

Sebagai tenaga produksi filem, tentunya pereka itu faham, filem seperti juga karya seni lain, bukanlah sebuah naskah sejarah. Ia mungkin mempunyai rujukan sejarah tetapi hanyalah sekadar fiksyen. Perkara inilah yang ditegaskan oleh penerbit filem epik sejarah terbaru yang bakal ditayangkan pada Januari tahun depan, bahawa hanya rangka cerita filem ‘Pendekar Awang-Darah Indera Gajah’  mempunyai rujukan sejarah selebihnya adalah karya fiksyen. 

Semoga pihak yang melabel karya tersebut cuba melakukan Arabisasi ke atas orang Melayu hanya dengan melihat poster yang diedar terlebih awal sehingga mengeluarkan kata-kata yang sangat tidak Melayu boleh berpuas hati dengan pengakuan penerbit.

Kenapakah pula sebuah karya fiksyen yang mengetengahkan pendekar-pendekar wanita Melayu menutup aurat lengkap dengan busana Perang dan busur panah menjadi masalah kepada sesetengah pihak? Pemikiran bahawa filem period Melayu harus sarat dengan imej wanita berkemban sahaja sebenarnya bukan berlandaskan fakta sejarah.

Filem ‘Pendekar Awang-Darah Indera Gajah’ mendapat perhatian meluas kerana ianya merupakan prekuel kepada filem ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’  keluaran penerbit yang sama, yang menjadi fenomena dengan kutipan Box Office menghampiri RM100 juta, kali pertama untuk filem Malaysia. Filem ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ juga bukanlah sebuah dokumentari mengenai kehidupan pejuang Melayu tersohor Mat Kilau. Ianya juga bukan sebuah rancangan TV realiti. 

Bukan juga sebuah biografi, jauh sekali autobiografi susuk tersebut. Dan sebagai pemerhati dan pengamal media, penulis sedar bahawa sesuatu berita sekalipun mempunyai nada dan acuan ianya boleh disampaikan dengan menggunakan ayat-ayat tertentu untuk memperkuat atau melemahkan sesuatu naratif atau perkara.

Di Amerika Syarikat, pendatang asing contohnya digelar pihak Republikan sebagai ‘Illegal Aliens’ dan pihak Demokrat pula menggelar kumpulan yang sama sebagai ‘Undocumented Migrants’. Lihat saja isu pengeboman Gaza di corong-corong berita seluruh dunia. Bergantung kepada pendirian pentadbiran negara ianya dilaporkan, terdapat dua dikotomi yang jelas sama ada mereka menyokong Israel atau sebaliknya. 

Media-media utama Amerika Syarikat dan Eropah akan melaporkan dengan kaca mata rejim Zionis. Al-Jazeera pula yang berpangkalan di Qatar merupakan satu-satunya media yang melaporkan terus daripada Gaza, Palestin dan satu-satunya media dengan cakupan meluas yang sangat kritikal terhadap keganasan rejim penjajah Israel. 

Persoalannya di Zaman Fitan, khasnya dengan kemajuan teknologi ‘deep fake’ dan AI, bagaimanakah kita mampu mengetahui jika sesuatu itu benar atau palsu. Siapakah yang benar contohnya, seorang ‘Wahab’ atau seorang ‘Agus’?! 

Penulis buku ‘The Racial Muslim’, Sahar Aziz menegaskan bahawa semangat Islamophobia dan tuduhan Anti-Semitik digunakan Israel dan pendukungnya untuk mengabsahkan jenayah genosid yang berlaku di Gaza. Tambah beliau naratif Israel sebagai pangkalan ketamadunan budaya terakhir  ‘White America and Europe’, di tengah-tengah Arab atau Palestin dilihat sebagai pertembungan ketamadunan yang telah wujud sebelum era kolonialisme antara dunia ‘Kristian Barat’ dan dunia ‘Muslim Timur’.

Inilah juga tentunya konflik sebenar yang masih membelenggu Piers Morgan yang masih berpandangan bahawa rejim Zionis kononnya berhak mengebom Gaza sebagai tindak balas kepada ‘pencerobohan’ HAMAS. 

Tentunya juga kita masih ingat akan terma ‘human animals’ yang digunakan pengganas perang Yoav Gallant dengan laungan ‘complete siege’ ke atas Gaza. Terkini hampir 20,000 warga Palestin telah disembelih rejim Zionis dan lapan ribu daripada jumlah tersebut adalah kanak-kanak dan bayi. Committee to Protect Journalists (CPJ) pula, hari ini melaporkan terkini seramai 64 wartawan dan pengamal media terbunuh dan International Federation of Journalists (IFJ) pula melaporkan 72 peratus kematian wartawan bagi tahun 2023 adalah dari Gaza

Al Jazeera juga melaporkan kapsul mempersoalkan tindakan Israel yang dituduh dengan sengaja mensasarkan wartawan, khasnya badan penyiar itu. Malah meletakkan angka korban jauh lebih tinggi. Penting untuk kita ingat bahawa pada Mei 2021 pejabat Al Jazeera dibom rejim Israel dan setahun selepas itu, wartawan mereka, Shireen Abu Akleh ditembak di kepala ketika sedang melaporkan serangan ketenteraan rejim ke atas khemah pelarian di Jenin, Tebing Barat. 

Tiga hari lepas pula seorang jurukamera mereka pula terbunuh oleh serangan dron, juga semasa membuat liputan. Semua ini ‘dihalalkan’ Israel dan pemimpin-pemimpin Barat dengan menafikan jumlah kematian yang walaupun telah diperakui pihak ketiga sebagai dakyah HAMAS semata-mata! Taghreed El Khodary, mantan koresponden New York Times, asal Gaza baru-baru ini dalam Doha Forum bercakap mengenai pendekatan rasis dan laporan berat sebelah pengamal-pengamal media Barat yang memanusiakan naratif Israel namun tidak mengambil pendekatan yang sama terhadap kisah warga Gaza. 

Komentar ‘Unchild’ kanak-kanak Gaza pula dikatakan penyebab dunia seperti bebal dengan nasib yang melanda mereka. Kita jangan pernah lupa dengan kenyataan sedih menangisi konflik Ukraine apabila melihat “European people with blue eyes and blonde hair being killed everyday”.

Kelmarin setelah dua penganut Kristian Palestin dibunuh secara kejam tentera rejim ketika berlindung di sebuah gereja berjaya membuatkan Pope di Vatican City sekali lagi mengeluarkan kenyataan menghentam serangan itu sebagai tindakan keganasan setelah lebih dua bulan Gaza dihujani bom. Pihak keluarga mangsa pula dilaporkan akan menjadi saksi kes ini ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). 

Namun salah seorang peguam Triestino Mariiniello mengatakan pihak pendakwaraya ICC dikatakan masih belum berjumpa dengan mangsa-mangsa Gaza walaupun telah berbuat demikian di Israel dan mengeluarkan kenyataan terhadap ‘serangan’ pada 7 Oktober. The Times of Israel ada mengesahkan bahawa Ketua Pendakwaraya ICC hanya berjumpa dengan Mahmood Abas sahaja di Palestin.

Perang label dan naratif dalam membentuk persepsi dan lobi dalam memperjuangkan sesuatu agenda sudah menjadi kelaziman di era ‘teknologi maklumat’ dan hal yang sama pernah digunakan pihak-pihak di Malaysia yang mahu memansuhkan Akta Hasutan 1948 suatu ketika dulu seperti yang disinggung dalam esei ‘Gerakan Hapus Akta Hasutan: Menang Label, Negara Tergadai!’ dalam buku ‘Otak Melayu Aku: Ketuanan Han, Kafir Harbi & ‘Anugerah Tuhan’ karya penulis.

Tentu juga kita masih ingat, pelakuan keganasan jika ianya membabitkan orang Islam akan dilabel sebagai ‘Muslim Terrorist’ dan jika tidak sekadar penyerang atau pembunuh ‘Lone Wolf’

Faham itu, tentu kita tidak akan melatah teruk apabila karya fiksyen seperti sebuah medium filem cuba berkreativiti!

HARIZAL HASSAN
Mantan Eksekutif Kanan, Pusat Kajian Media, Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) & Penulis Buku Esei ‘Otak Melayu Aku: Ketuanan Han, Kafir Harbi & ‘Anugerah Tuhan’ – HARAKAHDAILY 20/12/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kepada peminat filem, Gaza karya fiksyen?   

Lihat komen ini..

(i) Komen dari pembaca blog ini.. Tahniah Indonesia, bukan bacul macam M'sia.

Salute to Indonesia Army... Bantuan Indonesia sudah sampai dan kepal terapung hospital Indonesia pun sudah tiba di sempadan Palestine Lubnon

Tentera Malaysia lansung tak membantu Gaza Palestine..!! Kapal terapung Malaysia Jadi Berak terapung oleh Kerajaan Bapok Tua Papanon

Kenapa NST lapor " No Puppet King"

https://vt.tiktok.com/ZSNgaoyoS/

Tentera Indonesia buat pangkalan di Lubnon untuk membantu kemanusiaan Gaza dan Palestine....

Tahniah dan bangga pada kerajaan Indonesia dan amat memalukan kerajaan Malaysia Lansung tidak membantu Gaza dan Palestine di bawah kerajaan Papanon....

Terpekik terlolong pasal Palestine hingga bergegar bumbung stadium tapi Anak papa ekor bergelumang dengan taik Yahudi.. puiii..!!

Lebih malang bila bakal jadi pemimpin utama pula layan News Straits Times Singapura (NST) untuk di wawancara visi dan misi bila Jadi pemimpin utama nanti.

Kalau dah tak menyumbang helok sekurang kurangnya jaga lah sikit sensitivity dan perasaan pada Rakyat Palestine dan Gaza yang hari hari dibunuh dengan kejam dan di bom dengan bom phosphorus...!!

Link bawah ni hado di sebut Singapura... Lu fikir la sindri

https://vt.tiktok.com/ZSNbvpsmD/

NST itu lidah utama Pengarah kerajaan Singapura yang 100% menyokong genosid kanak kanak dan rakyat Palestine Gaza. Singapura itu dikenali Little Isreal Zionis Asia Tenggara dibawah kerajaan PAP@DAP di Malaysia. Lansung tak Ada sensitivity pada Rakyat Palestine. Beware Malaysia with puppet King and Puppet master X...??

Awasi fahaman liberalisme

https://vt.tiktok.com/ZSNgGsnCL/


(ii)a. Kekejaman rejim zionis melepasi undang-undang perang -Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Mumtaz Md Nawi.
Di Kuala Terengganu, kebiadapan dan kekejaman rejim zionis Israel melepasi undang-undang perang antarabangsa dan batas kemanusiaan, tegas Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Mumtaz Md Nawi.
(Lanjut sila hubungi 'Kekejaman rejim zionis melepasi undang-undang perang'  -HARAKAHDAILY 20/12/2023)

(ii) b.Universiti wujudkan Pusat Pengajian Islamicjerusalem 


Di KL,Palestin berterusan menerima sokongan padu masyarakat antarabangsa termasuk perhatian besar daripada universiti-universiti di seluruh dunia yang berminat mewujudkan institusi pengajian atau penyelidikan khusus berkenaannya.

(Lanjut sila hubungi 'Universiti wujudkan Pusat Pengajian Islamicjerusalem'
 HARAKAHDAILY 20/12/2023)


(iii) Al-hamdulillah, ke arah kebangkitan Islam se dunia. Diplomat tertinggi Iran, Ketua Hamas adakan pertemuan di Qatar.

Hossein Amir-Abdollahian (kiri) bertemu dan mengadakan perbincangan dengan Ismail Haniyeh mengenai perkembangan terkini di Semenanjung Gaza di Doha, Qatar pada 19 Dis 2023. (FOTO: Mehr)

DOHA: Pertemuan antara diplomat tertinggi Iran dan ketua biro politik Hamas diadakan di Doha, ibu negara Qatar.

Ketika berada di Doha, menteri luar Iran itu dijadualkan meninjau perkembangan terkini serantau termasuk situasi Palestin dengan pegawai Qatar.

Mengadakan rundingan mencari jalan untuk menghentikan krisis di Gaza juga merupakan antara rancangan lawatan ke Doha, lapor agensi berita Mehr.

Bercakap kepada pemberita selepas bertemu menteri luar Iran pada malam Selasa, waktu tempatan, Ismail Haniyeh berkata bahawa pencerobohan rejim Zionis Israel yang berterusan terhadap penduduk Gaza tidak pernah berlaku sebelum ini.

Beliau seterusnya berkata bahawa rejim Zionis dan sekutunya menyangka bahawa mereka boleh memusnahkan penentangan oleh Hamas, tetapi selepas 75 hari rejim melakukan jenayah dan pembunuhan beramai-ramai, ia masih kukuh di lapangan dan telah menyebabkan kerosakan besar kepada Israel.

“Negara Palestin telah menunjukkan tentangan yang unik walaupun dengan harga yang mahal yang telah mereka bayar,” tegas Haniyeh.

Beliau turut memuji usaha politik Republik Islam Iran berhubung gencatan senjata di Semenanjung Gaza.  HARAKAHDAILY 20/12/2023

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Perhatian untuk ahli DAP/Melayu/Islam. Fikirlah..

 


Pilihan Raya PBT: Impian DAP yang akan rosakkan Melayu

SEMENTARA ada kuasa, kita ambil peluang laksanakan agenda kita. Kita bantu mereka jadi Perdana Menteri, mereka bantu kita laksanakan Pilihan Raya PBT.

Mungkin itulah yang berlegar dalam kepala pimpinan DAP apabila sekali lagi menunjukkan belang dengan menggesa supaya Pilihan Raya PBT di Kuala Lumpur diadakan segera.

Saya memahami bahawa sekiranya Pilihan Raya PBT Kuala Lumpur diadakan, maka wakil-wakil kaum Cina akan menang mudah di kawasan majoriti mereka.

Secara tidak langsung hasrat DAP untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai PBT yang diwakili oleh kaum Cina khususnya DAP dapat tercapai.

Dan saya yakin apabila pilihan raya ini dibenarkan di Kuala Lumpur, DAP akan buat gesaan yang sama di kawasan-kawasan lain yang memberi kelebihan kepada mereka sebagaimana ucapan Ahli Parlimen Cheras itu semalam, 

“Kita tidak perlu untuk terus melaksanakan Pilihan Raya Tempatan di seluruh negara, tetapi kita boleh mula di Kuala Lumpur.”

Pilihan Raya PBT tidak lain hanya akan memanjangkan lagi dasar pecah perintah yang ditinggalkan penjajah. Justeru cadangan DAP langsung tidak membantu dalam memperkukuhkan perpaduan di Malaysia.

Perdana Menteri sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah menolak permintaan untuk mengembalikan Pilihan Raya PBT kerana ia boleh menimbulkan perbalahan kaum.

Malangnya hari ini, setelah Dato’ Seri Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri dan Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjadi Timbalan Perdana Menteri, DAP kembali berani menuntut agar Pilihan Raya PBT dikembalikan.

Harapnya kerajaan serta Menteri Wilayah Persekutuan yang baharu, Dr. Zaliha Mustafa tidak tunduk dengan gesaan DAP ini sebagaimana beliau tunduk kepada  industri tembakau sebelum ini.

Umno juga yang menjadi sebahagian daripada Kerajaan Madani perlu bersuara dan konsisten menolak cadangan Pilihan Raya PBT.

KAMIL ARIF BAIHAGI
Pengerusi 
SiswaPAS Malaysia
19 Disember 2023 – HARAKAHDAILY 19/12/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perhatian untuk ahli DAP/Melayu/Islam. Fikirlah..

Lihat komen ini..

(i) Ahli politik 'tinggalkan' parti selepas memeluk Islam. Anehnya, walaupun ditubuhkan sebagai parti anti-eropah pada 2013, AfD telah berkempen atas platform anti-Islam pada 2015 ketika isu kemasukan migran ke Jerman.

Maka, sila ambil perhatian untuk ahli DAP/Melayu/Islam di negara ini, fikirlah.. Dari terlibat perpecahan ummah dan anti Islam, baik tinggalkan parti tersebut..

BRANDENBURG: Seorang ahli politik Jerman di Brandenburg melepaskan semua jawatannya dalam parti selepas memeluk Islam.

Arthur Wagner memilih untuk meninggalkan parti Alternative for Germany (AfD) atas alasan peribadi, menurut Ketua Negeri Parti itu Andreas Kalbitz.

Menurut laporan oleh CNN, Kalbitz berkata beliau hanya mengetahui mengenai tindakan Wagner memeluk Islam melalui satu perbualan telefon selepas beliau melepaskan jawatannya.

“Saya sangat terkejut. Beliau (Wagner) sangat aktif dalam sayap Kristian parti,” kata Kalbitz.

Wagner pertama kali dilantik sebagai wakil AfD pada 2015 dan pernah menjadi ahli jawatankuasa negeri yang bertanggungjawab ke atas komuniti gereja.

Dalam laporan tersebut, Kalbitz berkata bahawa pimpinan parti tidak memberi tekanan kepada Wagner untuk melepaskan jawatan kerana memeluk Islam.

“Parti ini menyokong kebebasan agama,” tambahnya.

Walaupun ditubuhkan sebagai parti anti-eropah pada 2013, AfD telah berkempen atas platform anti-Islam pada 2015 ketika isu kemasukan migran ke Jerman.

Pada Pilihan Raya Umum Jerman tahun lepas, parti tersebut meraih tempat ketiga dengan memenangi 12.6 peratus undi. – Astro Awani

(ii) Bagaimana hukum berpolitik dalam Islam? Lanjut sila lihat ini..

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Pengaruh Barat dalam kehakiman M'sia.. & DAP batil

 


Pikat isteri orang tak salah: Adakah perogol juga boleh bebas?

DALAM kes Lai Hen Beng lwn Pendakwa Raya, Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan bahawa Seksyen 498 Kanun Keseksaan sebagai tidak sah kerana bercanggah dengan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan. 

Seksyen 498 berkaitan kesalahan seseorang menggoda atau memikat (entice) isteri orang. Jadi, sekarang perbuatan itu tidak lagi menjadi kesalahan di bawah Kanun Keseksaan. 

Keputusan ini menimbulkan pelbagai persoalan dari beberapa aspek termasuklah dari sudut kaedah tafsiran undang-undang, pengaruh hak asasi Barat dalam sistem kehakiman negara, peranan negara dan undang-undang dalam menjaga keharmonian kekeluargaan, konsep hak persamaan, falsafah perundangan dalam soal moral, dan kedudukan kesalahan yang serupa di bawah enakmen jenayah syariah. Terlalu panjang kalau nak ulas semua.

Apa yang pasti perbuatan menggoda dan memikat isteri orang adalah perbuatan yang tidak baik. Perbuatan yang boleh mencetuskan dendam, perbalahan dan boleh juga membawa kepada kesalahan-kesalahan lain seperti berzina, bahkan boleh mendorong pembunuhan.

Dalam konteks kekeluargaan dan ikatan perkahwinan, kesalahan ini adalah unsur yang merosakkan keharmonian rumah tangga. Jika tidak dicegah melalui hukuman, maka ia boleh menjadi barah dalam institusi kekeluargaan.

Bahkan, peruntukan Seksyen 498 Kanun Keseksaan ini menjadi sandaran penting dalam pengurusan sumber manusia di agensi kerajaan dan swasta bagi mengawal para pekerja agar menjauhi skandal yang boleh menjejaskan ketenangan rumah tangga seterusnya menjejaskan prestasi kerja.

Namun, dalam pemikiran perundangan Barat akhir-akhir ini, aspek moral, keharmonian rumah tangga dan kehormatan diri tidak lagi dianggap penting. Apa yang penting bagi mereka ialah kebebasan, hak asasi dan privasi. Mereka menjadikan prinsip hak asasi sebagai pedoman hidup dan ‘agama’ baru mereka. 

Prinsip ini jugalah menjadi tunjang kepada sistem perundangan dan mahkamah di Barat. Tapi yang peliknya kenapa kita yang memiliki asas kukuh dari sudut falsafah moral dan kehormatan diri, menjadikan Barat sebagai kiblat perundangan?

Asas yang digunakan untuk menganggap Seksyen 498 sebagai tidak sah juga amat rapuh. Prinsip hak persamaan di bawah Perkara 8(2) bukanlah satu prinsip yang mutlak, terutamanya yang berkaitan dengan ‘jantina’. Pada asalnya hak persamaan hanya berkaitan empat perkara iaitu agama, ras, keturunan dan tempat lahir. 

Hanya pada tahun 2001 perkataan ‘jantina’ ditambah sebagai salah satu asas hak persamaan. Namun, persamaan jantina tidak mutlak kerana memang ada situasi yang menghalang persamaan antara lelaki dan wanita. Dalam konteks kekeluargaan misalnya, banyak unsur yang perlu dibezakan antara lelaki dan wanita. Begitu juga dalam aspek yang berkaitan dengan perbezaan semulajadi lelaki dan wanita berkaitan biologi, fizikal dan keupayaan.

Saya khuatir, jika asas hak persamaan digunakan untuk membatalkan Seksyen 498, tidak mustahil akan ada perogol yang berhujah bahawa mereka tidak boleh didakwa kerana seksyen 375 berbentuk diskriminasi terhadap lelaki kerana ia hanya menjadikan kesalahan rogol lelaki ke atas wanita, dan tidak ada peruntukan yang serupa bagi wanita yang merogol lelaki. 

Jika hujah itu diterima maka ramailah perogol akan lepas bebas.

Tegasnya, mahkamah kita perlu ada jati diri. 

Perkara 3 jelas menyebut Islam adalah agama Persekutuan. Sepatutnya aspek maruah, kehormatan dan kemuliaan manusia diletakkan lebih tinggi berbanding soal kebebasan dan hak asasi. Jika ingin mendukung hak asasi dan persamaan sekali pun, lakukanlah dengan cermat dengan mengambil kira falsafah perundangan yang tepat dan tidak diracuni dengan kecamuk pemikiran hak asasi Barat yang terlalu rapuh. 

Moga kita semua sentiasa diberi petunjuk oleh Allah dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas.

DR MUHAMMAD FATHI YUSOF – HARAKAHDAILY 16/12/2023  

Komen Weblog Ibnu Hasyim:Pengaruh Barat dalam kehakiman M'sia.. & DAP batil

Lihat komen ini..

(i) Batalnya Seksyen 498 Kanun Keseksaan, bagaimana? Ini pandangan DEWAN Ulamak PAS Pusat (DUPP)..


Ringkasnya, 
DUPP berpandangan peruntukan Seksyen 498 tersebut adalah bertepatan dengan asas utama hukum syarak yang bertujuan mencegah keburukan (mafsadah) dan memelihara kebaikan (maslahah) hidup manusia. 

Perlakuan menggoda atau memikat isteri orang jika tidak dianggap satu kesalahan, akan mendorong dan menggalakkan skandal dan perbuatan terlarang iaitu perlecehan seksual dan perzinaan antara anggota jabatan, organisasi mahupun masyarakat secara umum.

Seksyen 498 adalah berbentuk preventive law (undang-undang pencegahan) berasaskan konsep sadd al-zara’ie (menutup pintu kejahatan) dalam Usul al-Fiqh. Malah ianya bertujuan untuk menjaga maruah, keturunan dan keharmonian rumahtangga menurut maqasid syariah

(Lanjut, sila rujuk 'Berhubung isu pembatalan Seksyen 498 Kanun Keseksaan' -HARAKAHDAILY 18/12/2023)

(ii) Awas DAP realisasi kebatilan! Jajah otak umat M'sia. 

Komen USTAZ AIREROSHAIRI ROSLAN Ketua Penerangan PAS Negeri Pahang -HARAKAHDAILY 18/12/2023



DAP tidak akan berganjak daripada dasar perjuangan mereka yang berteraskan ideologi sekular. DAP juga tidak akan pernah berhenti berusaha merealisasikan impian Malaysian Malaysia.

Namun DAP sedar mereka menghadapi dua masalah utama:

1. DAP tidak mendapat sokongan pengundi Melayu.

Sejak dahulu lagi DAP tidak menjadi pilihan orang Melayu. Bahkan PRU-15 menyaksikan lebih 70 peratus undi Melayu diberikan kepada PERIKATAN NASIONAL. 

2. Jumlah kerusi DAP yang sudah mencapai tahap tepu.

Kerusi selamat DAP hanyalah kerusi majoriti Cina sedangkan daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen, hanya 28 kerusi yang mempunyai pengundi Cina melebihi 50 peratus.

Justeru DAP tidak mampu meraih lebih daripada 40 hingga 50 kerusi Parlimen. DAP sudah mencapai jumlah tepu.

PRU12 (2008): DAP menang 28 kerusi.
PRU13 (2013): DAP menang 38 kerusi.
PRU14 (2018): DAP menang 42 kerusi.
PRU15 (2022): DAP menang 40 kerusi.

Walau bagaimanapun, DAP tahu mereka hari ini adalah parti yang mempunyai bilangan kerusi Parlimen terbanyak dalam Kerajaan PH-BN.

Segala tuntutan mereka dipenuhi. Segala kata-kata mereka dipatuhi. 

Maka penggal selama 5 tahun ini perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk DAP melaksanakan satu-satunya solusi buat parti mereka iaitu persempadanan semula terpilih.

Ada 3 signal jelas dari DAP untuk memperoleh kekuatan secukupnya sebelum menjelang PRU ke-16.

1. Lim Kit Siang telah berulang kali ‘test market’ dengan menyatakan ‘bolehnya’ Malaysia ditadbir oleh bukan-Melayu.

2. Beberapa kali mengusulkan untuk mengadakan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

3. Terus memperjuangkan persempadanan semula.

Sudah sekian lama DAP memperjuangkan persempadanan semula namun hari ini mereka semakin lantang.

Bulan lepas kita mendengar Ahli Parlimen DAP mencadangkan dalam Dewan Rakyat agar Kerajaan Madani melantik Datuk S. Ambiga sebagai Pengerusi SPR. Cadangan ini tidak lain adalah bagi memudahkan pelaksanaan persempadanan semula kelak.

Melalui persempadanan semula terpilih, parti pemerintah akan dapat memilih kerusi yang akan memberikan kekuatan tambahan kepada mereka untuk dipecahkan.

Dengan kata lain, satu kerusi yang DAP menang majoriti besar akan dipecahkan kepada dua atau tiga Parlimen.

Ringkasnya, jika persempadanan semula terpilih ini berjaya dan dilaksanakan mengikut acuan DAP, maka tidak mustahil kerajaan yang dibentuk kelak akan menjadi kerajaan yang didominasi oleh bukan-Melayu Islam sekali gus merealisasikan ucapan Lim Kit Siang untuk melantik Perdana Menteri bukan-Melayu pertama negara.

DAP bukan parti pak turut. Mereka bergerak dengan strategi walaupun perlu memijak kaum majoriti.

Sebagai sebuah organisasi yang tamak kuasa, DAP tidak kisah mengenai PKR, PAN dan Umno. 

Orang Melayu tidak ada pilihan selain penyatuan. Sekian. (USTAZ AIREROSHAIRI ROSLAN)

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails