Friday, January 05, 2024

DAP biaDAP.. & Jangan jadi barua Israel/AS

 

Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man

DAP konsisten campur urusan umat Islam

KUALA LUMPUR: DAP sekali lagi menunjukkan taring dalam kerajaan PH-BN apabila mengeluarkan kenyataan menyentuh sensitiviti urusan agama Islam.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata hakikat itu dilihat daripada kenyataan Ex Officio Jawatankuasa DAP Pusat yang juga Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham.

“Beliau telah mencadangkan penglibatan orang bukan Islam menganggotai Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam baru-baru ini.

“Walaupun Koo Ham telah menyatakan maaf dan YB Anthony Loke, Setiausaha Agung DAP mengatakan kenyataan Ngeh Koo Ham ini adalah kenyataan peribadi, rakyat telah mengenali sikap DAP yang tidak pernah diam menyentuh dan mencampuri urusan umat Islam,” tegasnya dalam kenyataan, hari ini.

Walhal, ujar beliau tidak sepatutnya kenyataan sensitif seperti itu dikeluarkan oleh seorang Ahli Jawatankuasa DAP Pusat.

Tambahnya, perlu diingat, Ngeh Koo Ham juga pernah bercakap dalam Parlimen tahun ini berkenaan perkahwinan antara orang Islam dengan bukan Islam di luar negara.

“Lebih celupar lagi, beliau juga pernah menggesa mana-mana pihak supaya menghormati dan tidak mempertikaikan hak orang Islam yang murtad pada tahun 2014 lalu,” katanya.

Justeru, beliau melahirkan kebimbangan dengan kenyataan-kenyataan seperti itu yang seolah-olah mendapat restu mereka yang berkehendakkan kelangsungan kuasa.

PAS, tegasnya mendukung penuh titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bahawa orang bukan Islam tidak mencampuri hal ehwal umat Islam.

Katanya, PMX perlu lebih tegas untuk menegur DAP supaya menghentikan terus tindakan mereka dalam hal ini.

“Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan sepatutnya bagi memadamkan persepsi rakyat bahawa isu 3R ini hanya terpakai kepada Perikatan Nasional sahaja.

“Namun, sekiranya melibatkan PH-BN-DAP disenyapkan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

PAS, ujar beliau terus menyeru agar umat Islam dan Melayu bersatu teguh mempertahankan hak dan memelihara negara demi kesejahteraan Malaysia. – HARAKAHDAILY 31/12/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: DAP biaDAP.. & Jangan jadi barua Israel/AS

Lihat komen ini..

(i) Al-hamdulillah, ini PAS negeri junjung kasih titah Sultan Selangor, supaya rakyat Malaysia khususnya bukan Islam agar tidak mencampuri hal ehwal agama Islam.

Sultan Sharafuddin Idris Shah

SHAH ALAM: PAS Selangor serta seluruh umat Islam di negeri ini menjunjung kasih ke atas titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengingatkan rakyat Malaysia khususnya bukan Islam agar tidak mencampuri hal ehwal agama Islam.

Setiausahanya, Zaidy Abdul Talib berkata, baginda juga menitahkan agar orang bukan Islam mencontohi umat Islam yang tidak mengganggu urusan agama lain.

Katanya, titah demikian adalah susulan cadangan Ahli Parlimen DAP, Datuk Ngeh Koo Ham agar kerajaan melantik pakar daripada orang bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menggubal Undang-Undang Islam.

Beliau menegaskan, kenyataan Ahli Parlimen DAP itu merupakan suatu kenyataan bukan sahaja tidak berasas, bahkan bersifat provokatif malah menyentuh isu sensitif berunsur agama, raja dan bangsa.

Katanya, kenyataan itu berbahaya kerana ia boleh menimbulkan kekacauan dan menjejaskan hubungan antara kaum di dalam masyarakat.

Beliau menegaskan adakah ketika DAP berkuasa dalam kerajaan sekarang, segala tindakan dan keputusan orang Islam memerlukan persetujuan orang bukan Islam untuk dilaksanakan.

“Saya juga mendesak agar pihak berkuasa membuat siasatan terhadap Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham, di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia serta lain-lain undang-undang yang berkaitan,” tegasnya kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, PAS Selangor sangat kesal dengan sikap pemimpin Islam-Melayu dalam PH-BN yang berterusan mengunci mulut ketika pemimpin DAP berterusan mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang bersifat provokasi.

“Apakah mereka sudah hilang taringnya apabila berada di tampuk pemerintahan,” soalnya. HARAKAHDAILY 30/12/2023

(ii) Jangan jadi barua Israel/AS dan kuncu-kuncunya dalam pengeboman memusnahkan lebih 70 peratus rumah di Gaza Palestin.

Kira-kira 70 peratus rumah di kawasan Palestin yang terkepung musnah sepenuhnya selepas hampir tiga bulan pengeboman tanpa henti tentera Israel ke atas Gaza, menurut pejabat media kerajaan. - Foto AGENSI

(Lanjut sila rujuk 'Pengeboman Israel musnahkan lebih 70 peratus rumah di Gaza' - AGENSI)

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Thursday, January 04, 2024

M'sia dikuasai DAP.. Langkah Dubai, Anwar, & PAS

 


Terang lagi bersuluh Kerajaan Pusat dikuasai DAP

YA memang Kerajaan Pusat dikuasai DAP. Itu hakikat. Sudah terang lagi bersuluh, DAP dominan dalam Kerajaan Pusat.

Buktinya, DAP bebas memainkan sentimen agama dan tidak ada tindakan dikenakan ke atas DAP. Tengok kes Ngeh Khoo Ham nak bukan-Islam nasihat gubal Undang-undang Syariah, minta maaf terus setel. 

Kes Lim Guan Eng pasal gelombang hijau akan roboh tokong senyap sampai hari ini. Ahli Parlimen DAP tafsir Quran ikut sedap tekak dia, pun tak ada tindakan. 

Tapi pimpinan PN, Menteri Besar Kedah, YAB Sanusi kena tangkap jam 3 pagi, dakwa di mahkamah esoknya. Jauh kan perbezaan dia. Sebab DAP boss besar dalam Kerajaan Pusat.

DAP bebas singgung kontrak sosial, Lim Kit Siang selamba saja timbulkan isu Perdana Menteri bukan-Islam. Elok saja bebas siap boleh post Facebook. 

Banyak lagi bukti DAP dominan dalam Kerajaan Pusat dan Perdana Menteri ke-10 (PMX) serta Umno tidak boleh nak usik DAP. 

Lambat laun segala yang DAP tuntut seperti Deklarasi Setapak (hapuskan konsep bumiputera), Malaysian Malaysia, Perdana Menteri bukan-Islam akan dia laksanakan juga. 

Kalau pemimpin Melayu Islam tidak sedar benda ini, malang sungguh. Jangan kerana kuasa sementara, kuasa politik Melayu Islam digadai. 

“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”
“Untung secupak, rugi segantang”

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 2/1/2024

Komen Weblog Ibnu Hasyim: M'sia dikuasai DAP.. Langkah Dubai, Anwar, & PAS

Lihat komen ini..

(i) Kerajaan tidak terkesan dengan Langkah Dubai - Anwar
Anwar (tengah) ketika melancarkan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) pada Selasa.

PUTRAJAYA - Kerajaan Perpaduan tidak terkesan dengan Langkah Dubai yang didakwa digerakkan oleh pemimpin parti pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tumpuan kerajaan adalah untuk terus bekerja membangunkan negara dan rakyat.

"Itu kerja mereka. Bagi saya (ia) tidak beri kesan dan yang penting kita sudah lancarkan satu program penting bagi rakyat," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di sini pada Selasa.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop mendedahkan wujud cubaan tersebut.

Rancangan itu didakwa timbul sewaktu percutian pemimpin Perikatan Nasional (PN) termasuk daripada pihak kerajaan di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

Pertemuan itu diadakan untuk memberikan tugas khusus kepada 'pegawai' yang bertanggungjawab bagi mengenal pasti ahli-ahli Parlimen yang berpotensi mengalih sokongan mereka kepada pembangkang.

Selain pemimpin pembangkang, ia dipercayai turut disertai tokoh politik veteran berpengaruh, termasuk dituduh menggunakan 'sumber asing' untuk menggulingkan pentadbiran diterajui Anwar.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin PN menafikan bahawa wujudnya rancangan seumpama itu ..(SH)


(ii) Juga dilapurkan 'Langkah Dubai sengaja direka untuk tutup kegagalan kerajaan'

HASHIM JASIN

ARAU: Langkah Dubai, kononnya usa­ha dalam kalangan pe­mimpin parti pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan sebagai se­ngaja direka-reka bagi menyem­bunyikan kegagalan kerajaan perpaduan yang terpalit banyak isu khususnya berkaitan keceluparan pemimpin DAP. 

Dalam masa sama, Mursyi­dul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menegaskan pemimpin parti itu sama sekali tidak terlibat dalam sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan melalui pintu… (Utusan Malaysia)..

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Tuesday, January 02, 2024

Doa rakyat K'tan-M'sia untuk Paleestin. & DAP/PAP barua Israel?

 


Doa ribuan rakyat Kelantan iringi perjuangan Palestin

KOTA BHARU: Doa hiba mengiringi perjuangan rakyat Palestin bergema di Stadium Sultan Muhammad IV malam ini dengan diaminkan puluhan ribu rakyat Kelantan.

Doa tersebut diketuai bekas Adun Gual Periok Datuk Muhamad Awang menerobos terus ke langit tanpa sebarangan hijab selepas solat hajat.

Solat hajat tersebut memohon keselamatan rakyar Kelantan dalam mengharungi cabaran politik dan ekonomi yang berlaku sekarang, di samping kemenangan perjuangan rakyat Palestin.

Solat hajat diadakan selepas selesai menunaikan solat Isyak berjemaah yang turut disertai Menteri Besar Dato Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud, Timbalan Menteri Besar Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dan pimpinan kerajaan negeri serta pegawai kanan kerajaan.

Program tersebut diadakan sempena sambutan 33 tahun dasar Membangun Bersama Islam (MBI). Turut diadakan karnival MBI di perkarangan stadium bermula hari ini.

Karnival tersebut akan berakhir pada malam sambutan tahun baru 2024 dengan acuan yang berbeza berbanding sambutan di negeri-negeri lain.

Program tersebut sebagai serampang tiga mata iaitu ulangtahun ke-33 MBI, tahun baharu 2024 dan program Tahun Melawat Kelantan 2024.

Dr Mohamed Fadzli berkata, tahun ini merupakan tahun ke-33 selepas PAS dan Angkatan Perpaduan Ummah menguasai Kelantan pada 21 Oktober 1990.

“Kita berharap program yang diadakan seumpama ini boleh menjadi ikutan negeri-negeri lain dengan acuan yang tersendiri,” katanya pada program tersebut.

Bekas menteri besar, Ustaz Dato Bentara Kanan Ahmad Yakob pula berkata, bertapa penting orang Islam mempunyai kuasa politik yang kuat bagi mendepani cabaran semasa.

“Kita boleh lihat sendiri apa yang berlaku di Palestin di mana umat Islam berdepan dengan kezaliman Zionis Israel,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 29/12/2023


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Doa rakyat K'tan-M'sia untuk Paleestin. & DAP/PAP barua Israel?

Lihat komen ini.. 

(i) Kita sebenarnya masih menunggu teguran dibuat wakil PAN khasnya Sang Presiden kepada kumpulan yang mendakwa bahawa Kerajaan Perpaduan Madani meminggirkan warga berketurunan India. PAN yang pada sesi Pidato Presiden sempena Konvensyen Nasional PAN 2023 berikrar menolak politik identiti. 

Gagal berbuat demikian parti yang didukung kuat DAP itu boleh dilihat sebagai sekadar cakap kosong. Atau mungkinkah PAN hanya mahu melarang dan membanteras warga majoriti daripada berbuat demikian dan yang lain bebas membakar semangat perkauman?

Ikutilah penjelasanya dalam 'Realiti Malaysia dan mitos politik identiti' 
-HARIZAL HASSAN, Mantan Eksekutif Kanan, Pusat Kajian Media, Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) & Penulis Buku Esei ‘Otak Melayu Aku: Ketuanan Han, Kafir Harbi & ‘Anugerah Tuhan’ 
– HARAKAHDAILY 28/12/2023 

(ii) DAP-PAP jadi barua Israel? Bahkan Lee Kuan Yew pernah mahu menjadi PM Malaysia. Jadi, tidak hairan, bila ramai resah apabila isu PM Malaysia di kalangan bukan-Melayu dibangkitkan oleh veteran DAP Lim Kit Siang. Isu ini tidak pernah dipertikai atau dibangkitkan pun oleh mana-mana pihak sebelum ini.

Lee Kuan Yew pernah mahu menjadi PM Malaysia..

(Lanjut sila rujuk 'Lee Kuan Yew pernah mahu menjadi PM Malaysia' ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 28/12/2023)


Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Monday, January 01, 2024

Kebangkitan 'damai' se dunia.. & burung unta sorok kepala!



Palestin: PAS sertai persidangan politik tertinggi di Tehran

KUALA LUMPUR: Persidangan Perundingan Politik Peringkat Tertinggi berkenaan isu Palestin yang dianjurkan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Iran berlangsung di Tehran, Iran, hari ini.

PAS selaku parti politik yang menjuarai isu Palestin di dalam negara telah menerima jemputan dan menghantar dua orang wakil menghadirinya iaitu Naib Presiden, Datuk Idris Ahmad dan Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Menurut Muhammad Khalil, persidangan yang dianjurkan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Iran bertujuan mengumpulkan tokoh-tokoh ternama, ahli poltik, ilmuan, think tank, pertubuhan dan gerakan-gerakan Islam bagi membincangkan kaedah dan strategi terbaik serta mewujudkan platform bagi menyokong dan membantu mengukuhkan perjuangan pembebasan bumi Palestin serta cabaran yang dihadapinya ketika ini.

Katanya, berikutan cabaran semasa yang dihadapi Palestin dan rakyatnya ketika ini yang berhadapan dengan serangan dan pengeboman ganas tentera pengganas rejim zionis Israel, kepungan dan sekatan ke atas Semenanjung Gaza berserta sikap double standard Barat yang membela dan membantu rejim pengganas zionis Israel, persidangan itu adalah tepat pada masanya khususnya dalam merangka strategi yang berkesan dalam usaha membela nasib Palestin dan rakyatnya yang amat terkesan ketika ini.

Tambahnya, turut hadir sama dalam persidangan itu adalah cucu kepada negarawan ulung Afrika Selatan, Nelson Mandela iaitu Nkosi Zwelivelile Mandela.

Menariknya, kata Khalil, Nkosi Zwelivelile telah memeluk Islam sejak 2019 dan lebih kurang dua minggu yang lalu telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa Kelima Solidariti Untuk Palestin di Johannesburg, Afrika Selatan yang turut dihadiri oleh wakil PAS iaitu Ahli Parlimen Sik, Ustaz Ahmad Termizi Sulaiman dan Ahli Parlimen Kuala Kerai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman. – HARAKAHDAILY 23/12/2023  

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kebangkitan 'damai' se dunia..& burung unta sorok kepala!

Lihat komen ini..

(i) Al-hamdulillah, demi 'damai' yang dituntut oleh Islam, 'Iraq hantar kapal tangki bahan api pertama ke Gaza'.


Di Tehran, kapal tangki pertama Iraq yang membawa bahan api ke Semenanjung Gaza meninggalkan pelabuhan Khor Al Zubair di Basra menuju ke Terusan Suez.

Penasihat Perdana Menteri Iraq mengenai Hak Asasi Manusia berkata,  kapal tangki itu membawa 10 juta liter diesel dan mula-mula akan ke Pelabuhan Suez di Mesir, lapor media Iraq, Zidan Khalaf Obaid.

(Lanjut sila rujuk ''Iraq hantar kapal tangki bahan api pertama ke Gaza'  -HARAKAHDAILY 23/12/2023)

(ii) Walaupun usaha ke arah kebangkitan 'damai' se dunia sedang digembelingkan, namun di M'sia sendiri perlu dijelaskan kekeliruan yang ditimbulkan oleh 'puak-puak sengaja buat keliru'.

Mari kita lihat kenyataan Presiden PAS 'Penentuan bangsa menjadi ketua negara dan kekhilafan mazhab'..   – HARAKAHDAILY 22/12/2023. 


TIDAK ada kekhilafan wajibnya pemimpin negara yang dilantik itu mestilah seorang Muslim yang beriman, budiman dan berilmu. Islam secara tegas mengharamkan kepimpinan bukan Islam menguasai sesebuah negara. Firman Allah SWT:

﴿لَّا يَتَّخِذِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلۡكَٰفِرِينَ أَوۡلِيَآءَ مِن دُونِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَۖ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٰلِكَ فَلَيۡسَ مِنَ ٱللَّهِ فِي شَيۡءٍ إِلَّآ أَن تَتَّقُواْ مِنۡهُمۡ تُقَىٰةٗۗ وَيُحَذِّرُكُمُ ٱللَّهُ نَفۡسَهُۥۗ وَإِلَى ٱللَّهِ ٱلۡمَصِيرُ ٢٨﴾

“Janganlah orang-orang Mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang Mukmin. Sesiapa yang berbuat demikian, nescaya terlepaslah dia daripada pertolongan Allah, kecuali kerana (siasat) memelihara diri daripada sesuatu yang ditakuti daripada mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri-Nya (seksaan-Nya). Dan hanya kepada Allah tempat kamu kembali.” [Surah Ali ‘Imran: 28]

(Lihat seterusnya seperti di atas kenyataan Presiden PAS itu dari sudut hukum dan syar'ie..)

Burung unta sembunyi kepala dalam pasir..

Cuma akhirnya beiau menjelaskan..

"Konsep tiada paksaan beragama dan adil kepada semua menjadikan Melayu Islam berjaya memimpin masyarakat majmuk dalam sejarahnya, dan sehingga kini kesannya masih dihayati di Malaysia dalam masyarakat Melayu yang beragama Islam.

"Kenyataan Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk mengambil alih kepimpinan Melayu Islam adalah provokasi yang merosakkan hubungan kaum yang terjalin dan makin terancam dengan sebab beberapa kenyataan politik yang menjurus ke arahnya, seperti cadangan diadakan Pilihan Raya PBT, peranan medianya menyokong orang Melayu murtad dan menghalang sesiapa yang mahu memeluk Islam serta mencabar undang-undang syariat yang telah dimusnahkan oleh penjajah dahulu dengan cara yang halus tetapi dapat dilihat dengan nyata.

"Keadaan ini laksana pepatah yang menyebutkan burung unta yang menyelamatkan diri, menyembunyikan kepalanya yang kecil ke dalam pasir dalam keadaan badannya yang besar dapat dilihat dengan nyata. Hanya orang-orang Melayu yang bodoh sahaja kabur fikirannya dan kelabu pandangannya masih tidak memahami politik DAP dan rakan-rakannya.

"PAS mendukung perpaduan rakyat Melayu Islam, bumiputera dan bukan Islam yang tidak ekstrem. Dalam pada itu, menolak DAP dan sekutunya yang menegakkan sekularisme dan liberal pragmatik yang sesat serta merosakkan negara.

ABDUL HADI AWANG Presiden PAS
Bertarikh: 9 Jumada al-Akhirah 1445 / 22 Disember 2023 – HARAKAHDAILY 22/12/2023"

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam.