Thursday, January 11, 2024

Ini memorandum rakyat, Daulat Tuanku!

 


PAGI semalam satu memorandum rakyat telah dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Apa kandungan memorandum ni?

Pertama, rakyat menyatakan kekecewaan terhadap sikap Perdana Menteri dan beberapa pemimpin negara dari Pakatan Harapan yang mengaitkan YDPA dengan isu rasuah dan mencemarkan kedudukan YDPA.

Isu ini timbul apabila Perdana Menteri secara tiba-tiba membuat hantaran dalam media sosial mengenai derma yang diterima oleh YDPA bernilai RM500 juta ke RM750 juta. Setelah dipersoal oleh rakyat akan maksud Perdana Menteri, dia terus senyap membisu tanpa sebarang penjelasan.  

Kedua
, rakyat meluahkan kekecewaan di atas peningkatan kadar bunuh diri di kalangan orang Melayu akibat tekanan ekonomi yang gagal dikawal oleh Kerajaan Madani.

Perdana Menteri menjanjikan nilai Ringgit akan pulih, namun nilai Ringgit semakin merosot. Ini memberi kesan kepada import barangan keperluan kerana negara mengimport sebanyak RM75.5 bilion bahan makanan. 

Apabila nilai Ringgit merosot berbanding Dollar Amerika maka kos pengimportan ini turut meningkat kerana pembayaran dibuat dalam Dollar Amerika. Apabila kos untuk mengimport meningkat, ia akan ditanggung oleh rakyat.

Ketiga, rakyat meluahkan mengenai pemimpin negara yang tiada integriti dalam menguruskan negara sehingga gagal menyelesaikan pertelingkahan yang berlaku. 

Ini merujuk kepada sikap PH yang langsung tidak melaksanakan segala janji pilihan raya dan juga menyekat peruntukan dan royalti kepada Ahli Parlimen dan Kerajaan Negeri PERIKATAN NASIONAL atas nama dendam politik.

Keempat
, rakyat khuatir mengenai pencerobohan kuasa Raja-raja Melayu yang berlaku secara kerap di bawah Kerajaan Madani. Ini merujuk kepada keputusan-keputusan mahkamah yang membenarkan umat Islam dan anak-anak umat Islam dimurtadkan. 

Kelima
, rakyat bimbang mengenai keterlibatan agensi perisikan luar negara seperti CIA yang aktif dalam negara kita semenjak Kerajaan Madani berkuasa. Mereka bimbang keselamatan negara dan YDPA serta Raja-raja Melayu.

Keenam, rakyat bimbang akan penghinaan kepada Islam yang semakin berleluasa. Insiden seperti penafsiran al-Quran, cadangan bukan-Islam bantu gubal Undang-undang Syariah. 

Ketujuh, terbaru penggunaan kalimah Ilahi yang dilakukan oleh Ahli Parlimen DAP antara bukti kepada penghinaan Islam di zaman Kerajaan Madani. 

Kelapan, rakyat membangkitkan mengenai kefahaman liberal, pluralisme serta postnormal yang dibawa oleh sebahagian pemimpin semakin mengakar dalam kalangan rakyat.

Kesembilan
, rakyat bimbang pemaksaan perubahan-perubahan dasar struktur-struktur Perlembagaan melalui cabang-cabang eksekutif, legislatif dan judisiari yang bakal menjejaskan kepentingan Melayu dan Islam yang dinaungi YDPA dan Raja-raja Melayu.

Di akhir memorandum, rakyat merafak sembah Kebawah Duli Yang Maha Mulia YDPA dan Raja-raja Melayu untuk pertimbangkan tindakan segera yang wajar diambil bagi menyelamatkan negara. 

Apa langkah seterusnya NGO? Mereka akan meneruskan kebangkitan suara rakyat dengan menghantar memorandum kepada Raja-raja Melayu di sembilan Istana Negeri.

Ayuh rakyat semua negeri, kita teruskan momentum kebangkitan rakyat ini. 

Daulat Tuanku
Kekal Tenang

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 24/1/2024 

Komen  Weblog Ibnu Hasyim: Ini memorandum rakyat, Daulat Tuanku!

(i) ‘Jangan usik Raja Melayu, Melayu dan Islam’

CChegubard dalam program Himpunan Selamatkan Rakyat di depan Pintu 2 Istana Negara, Jalan Changkat Semantan, Kuala Lumpur pada hari ini, 23 Jan 2024.

Di KL: “Kita mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia. Kamu boleh usik semua benda tetapi bumi ini ada tuannya, Raja Melayu-Melayu dan Islam tidak boleh diperkotak-katikkan.”

Itu kata-kata penuh bersemangat Penyelaras Pembela Tanah Air (PETA), Badrul Hisham Shaharin dalam program Himpunan Selamatkan Rakyat di depan Pintu 2 Istana Negara, Jalan Changkat Semantan, di sini, pagi tadi.

Beliau yang popular dikenali sebagai Chegubard menegaskan, PETA tanpa berselindung menyokong sebarang usaha menggembleng dan memperkukuh demokrasi, pertahan kedaulatan raja, rakyat dan tanah air. 

“Rakyat berkumpul hari ini kerana kebiadapan dan kelemahan Anwar Ibrahim dan Zahid telah dipergunakan oleh DAP untuk menunggang Islam,” katanya.


(ii) ‘Tidak pernah jadi 17 orang Melayu bunuh diri’

Tun M hadir dalam program Himpunan Selamatkan Rakyat di depan Pintu 2 Istana Negara, Jalan Changkat Semantan, Kuala Lumpur pada hari ini, 23 Jan 2024, atas dasar simpati dan solidariti terhadap nasib rakyat negara ini. (FOTO: HARAKAHDAILY/J Kemala)


(iii) DAP tidak setia kepada negara.

Sila rujuk 'DAP tidak setia kepada negara' -ABDUL HADI AWANG Presiden PAS Bertarikh: 10 Rajab 1445 / 22 Januari 2024 – HARAKAHDAILY 22/1/2024


Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

1 comment:

Anonymous said...

Tariff air Naik lagi 1 February 2024.

Menteri formula terkini Rafizi berkawan bila tarif air naik lagi harga dijangka akan naik. Jangan makan ayam tukar makanan lain...!!

Rafizi berucap "Kalau harga ayam naik jangan makan ayam". Harga ayam di pasaran dijangka naik susulan peningkatan tarif air di seluruh negara bermula 1 Februari depan.

Link ucapan Rafizi pakar pemimpin formula Malaysia

https://youtu.be/9ihuQOwJ-b8?si=3kAgVLmMrItJRUS6

Dalam masa yang sama Pengerusi Pertubuhan Penternak Ayam Kebangsaan, Dr. Nasiman Sapari berkata, peningkatan kos utiliti itu bakal menjadikan kos pengeluaran sumber makanan itu meningkat daripada 40 sen kepada 48 sen seekor.

Kos itu meliputi 7.2 peratus berbanding pengeluaran ayam RM6.53 sekilogram seperti dilaporkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bakal meningkat antara 11 hingga 20 peratus.

“Justeru, kami jangka kos utiliti pengeluaran ayam dijangka meningkat sekurang-kurangnya 25 sen sekilogram.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails