Rakyat Israel berdemonstrasi menentang kerajaan sayap kanan yang dipimpin oleh Benjamin Netanyahu di Dataran Habima di Tel Aviv, Israel pada 8 Jan 2024, (FOTO: REUTERS
Tinjauan pilihan raya Israel: Berita buruk buat Netanyahu
Tinjauan pendapat CNN Channel 13 mendapati Benny Gantz, bekas menteri pertahanan yang menyertai kabinet perang Netanyahu daripada pembangkang selepas serangan 7 Okt 2023 akan menjadi pemenang terbesar.
Parti Perpaduan Nasional Gantz akan memenangi 37 kerusi, manakala Parti Likud Netanyahu akan menang 16i, dan parti Yesh Atid pimpinan bekas Perdana Menteri, Yair Lapid akan berada di tempat ketiga dengan 14 kerusi.
Majoriti tipis (53%) berkata, kepentingan peribadi Netanyahu adalah pertimbangan utama yang mendorong tindakannya berperang.
Satu pertiga (33%) berkata, kepentingan terhadap Israel adalah pertimbangan utamanya, dengan responden selebihnya mengatakan mereka tidak tahu atau tidak menjawab soalan itu.
Kali terakhir warga Israel keluar mengundi pada 1 November 2022. Pilihan raya seterusnya dijadualkan pada 27 Oktober 2026, tetapi ramai rakyat Israel menjangkakan pilihan raya kebangsaan akan diadakan tahun ini.
Tinjauan, yang dijalankan dan dikeluarkan Ahad oleh peninjau terkemuka Israel, Camil Fuchs untuk Saluran 13, secara umumnya sejajar dengan tinjauan pendapat lain yang dijalankan sejak serangan Hamas ke atas Israe pada 7 Okt 2023. – HARAKAHDAILY 22/1/2024
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Analisis p'raya Israel, M'sia rakyat ke Istana & tipu DAP Madani..
(i) Di M'sia 'Solidariti UMMAH buat gerakan rakyat ke Istana negara'. Jom!
Sila rujuk 'Solidariti UMMAH buat gerakan rakyat ke Istana negara' – HARAKAHDAILY 22/1/2024
(ii) Lagi di M'sia, 'Hak pemandu e-hailing: Satu lagi penipuan DAP Madani!
Sila rujuk 'Hak pemandu e-hailing: Satu lagi penipuan Madani' – HARAKAHDAILY 19/1/2024
KUALA LUMPUR: Isu kebajikan pemandu e-hailing di negara ini masih lagi tiada kesudahan, demikian kenyataan dikeluarkan Profesional Istiqamah, hari ini.
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
No comments:
Post a Comment