Tuesday, January 09, 2024

Langkah Dubai bukan pembangkang. Tapi Langkah Chow Kit..

 

Ir Ts Khairil Nizam Khirudin

Langkah Dubai bukan dari pembangkang

KUANTAN: “Langkah Dubai dinyatakan oleh kerajaan dan dinafikan oleh kerajaan, bukan dinyatakan oleh pembangkang tetapi dilawan oleh kerajaan,” kata Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin.

Khairil berkata, rakyat boleh menilai sama ada agenda yang diwujudkan itu benar atau salah.

“Sebab ia dikeluarkan daripada kerajaan dan dijawab kembali oleh kerajaan. Itulah kehebatan kerajaan Madanon,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Hi-Tea Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang, bersama rakan media negeri ini di D’Banquet Event & Mana-mana Cafe Jalan Teluk Sisek di sini, petang semalam.

Mengulas berhubung pertukaran kerajaan kata beliau, perubahan boleh dilakukan berlandaskan tempat perlembagaan persekutuan.

“Sama ada dibuat di Kuantan ataupun langkah Tanjung Lumpur, Jerantut, Temerloh, di mana-mana sahaja boleh dibuat mesti dalam kerangka kerajaan persekutuan.

“Boleh based kepada kenyataan Anwar daripada dahulu ia menjadi perdana menteri menunggu sehingga (hampir) menjadi PM sikit lagi pada tahun 2022, setiap kali itu beliau kata ada numbers, jadi kenapa pada waktu itu tidak dikatakan dia penderhaka? Sebab asasnya ialah ia selari dengan pendekatan perlembagaan,” jelasnya.

Tambah beliau lagi, kerajaan boleh diubah dengan syarat perdana menteri tidak mendapat sokongan daripada ahli parlimen.

Katanya untuk mendapat sokongan daripada ahli parlimen ia tidak perlu kepada penukaran parti.

“Apa yang berlaku kepada ahli parlimen Perikatan Nasional lima orang yang menyokong secara terbuka kepada Anwar, mereka tidak dikenakan akta lompat parti, tidak diperlukan untuk kosongkan kerusi.

“Jadi kalaulah berlaku sebarang pertemuan dan sebagainya stay the rumors tiada masalah dan hasil-hasil tidak panas untuk kita memanaskan politik dalam negara,” katanya. – HARAKAHDAILY 4/1/2024

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Langkah Dubai bukan pembangkang. Tapi  Langkah Chow Kit..  

Lihat komen ini..

(i) Langkah Dubai, langkah Chow Kit menurut MB Kedah. 

Sanusi, MB Kedah..

Tak perlu bimbang kalau Sanusi yang ketuai Langkah Chow Kit – Ramanan

Ramanan semasa sidang media di Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat - Foto oleh M FIRDAUS M JOHARI/KOSMO!

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishnan tidak bimbang dengan dakwaan ‘Langkah Chow Kit’ oleh Menteri Besar Kedah.

Beliau berkata, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) masih keliru dalam perancangan beliau.

“(Muhammad) Sanusi ini dia keliru, dia cakap mula-mula tiada ‘Langkah Dubai’, dia nak buat ‘Langkah Chow Kit’.

“Kalau (Muhammad Sanusi) orang yang ‘leading’ buat langkah-langkah tumbangkan kerajaan, kita tak perlu nak bimbang apa-apalah. Dia sendiri pun keliru dengan apa nak berlaku.

“Macam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkatalah, nak tumbangkan kerajaan ini tunggulah pilihan raya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ramanan berkata, rakyat yang akan menderita ekoran pergaduhan politik jika sikap tamak mahu tumbangkan kerajaan itu berterusan.

“Ekonomi negara akan kembali stabil seperti dahulu. Ia memang akan mengambil masa, tapi kita semakin hampir dengan matlamat kita.

“Kalau ada lagi parti politik yang tidak bertanggungjawab teruskan komplot politik dan ekonomi Malaysia sekali lagi akan merundum,” jelasnya.

Ramanan Ramakrishnan turut menasihati Muhammad Sanusi untuk berhenti bermain politik dan mengharapkan pihak pembangkang untuk ‘bekerja’.

“(Muhammad) Sanusi ada kedah, pergi jaga kedah sajalah. Tak perlulah langkah Dubai langkah Chow Kit semua,” katanya.

Muhammad Sanusi sebelum ini mendakwa wujud rancangan untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan menerusi proses demokrasi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Pada awalnya, ia dipanggil sebagai ‘Langkah Dubai’ namun ia ditukar kepada ‘Langkah Chow Kit’ kerana kata Sanusi, Dubai itu hanya ‘dummy’ perancangan mereka. – KOSMO! ONLINE

(ii) You tube

Sanusi bongkar Nasib Kerajaan Sekarang ?? Semua yang mereka buat kata betul kita buat Salah ?? #perikatannasional #parlimenmalaysia ...
Tiada: apa ‎ ata

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

No comments:

Post a Comment