Thursday, January 04, 2024

M'sia dikuasai DAP.. Langkah Dubai, Anwar, & PAS

 


Terang lagi bersuluh Kerajaan Pusat dikuasai DAP

YA memang Kerajaan Pusat dikuasai DAP. Itu hakikat. Sudah terang lagi bersuluh, DAP dominan dalam Kerajaan Pusat.

Buktinya, DAP bebas memainkan sentimen agama dan tidak ada tindakan dikenakan ke atas DAP. Tengok kes Ngeh Khoo Ham nak bukan-Islam nasihat gubal Undang-undang Syariah, minta maaf terus setel. 

Kes Lim Guan Eng pasal gelombang hijau akan roboh tokong senyap sampai hari ini. Ahli Parlimen DAP tafsir Quran ikut sedap tekak dia, pun tak ada tindakan. 

Tapi pimpinan PN, Menteri Besar Kedah, YAB Sanusi kena tangkap jam 3 pagi, dakwa di mahkamah esoknya. Jauh kan perbezaan dia. Sebab DAP boss besar dalam Kerajaan Pusat.

DAP bebas singgung kontrak sosial, Lim Kit Siang selamba saja timbulkan isu Perdana Menteri bukan-Islam. Elok saja bebas siap boleh post Facebook. 

Banyak lagi bukti DAP dominan dalam Kerajaan Pusat dan Perdana Menteri ke-10 (PMX) serta Umno tidak boleh nak usik DAP. 

Lambat laun segala yang DAP tuntut seperti Deklarasi Setapak (hapuskan konsep bumiputera), Malaysian Malaysia, Perdana Menteri bukan-Islam akan dia laksanakan juga. 

Kalau pemimpin Melayu Islam tidak sedar benda ini, malang sungguh. Jangan kerana kuasa sementara, kuasa politik Melayu Islam digadai. 

“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”
“Untung secupak, rugi segantang”

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 2/1/2024

Komen Weblog Ibnu Hasyim: M'sia dikuasai DAP.. Langkah Dubai, Anwar, & PAS

Lihat komen ini..

(i) Kerajaan tidak terkesan dengan Langkah Dubai - Anwar
Anwar (tengah) ketika melancarkan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) pada Selasa.

PUTRAJAYA - Kerajaan Perpaduan tidak terkesan dengan Langkah Dubai yang didakwa digerakkan oleh pemimpin parti pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tumpuan kerajaan adalah untuk terus bekerja membangunkan negara dan rakyat.

"Itu kerja mereka. Bagi saya (ia) tidak beri kesan dan yang penting kita sudah lancarkan satu program penting bagi rakyat," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di sini pada Selasa.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop mendedahkan wujud cubaan tersebut.

Rancangan itu didakwa timbul sewaktu percutian pemimpin Perikatan Nasional (PN) termasuk daripada pihak kerajaan di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

Pertemuan itu diadakan untuk memberikan tugas khusus kepada 'pegawai' yang bertanggungjawab bagi mengenal pasti ahli-ahli Parlimen yang berpotensi mengalih sokongan mereka kepada pembangkang.

Selain pemimpin pembangkang, ia dipercayai turut disertai tokoh politik veteran berpengaruh, termasuk dituduh menggunakan 'sumber asing' untuk menggulingkan pentadbiran diterajui Anwar.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin PN menafikan bahawa wujudnya rancangan seumpama itu ..(SH)


(ii) Juga dilapurkan 'Langkah Dubai sengaja direka untuk tutup kegagalan kerajaan'

HASHIM JASIN

ARAU: Langkah Dubai, kononnya usa­ha dalam kalangan pe­mimpin parti pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan sebagai se­ngaja direka-reka bagi menyem­bunyikan kegagalan kerajaan perpaduan yang terpalit banyak isu khususnya berkaitan keceluparan pemimpin DAP. 

Dalam masa sama, Mursyi­dul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menegaskan pemimpin parti itu sama sekali tidak terlibat dalam sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan melalui pintu… (Utusan Malaysia)..

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails