Thursday, January 11, 2024

PAS seolah k'jaan. Hanya Melayu-Islam bawa semua bangsa selamat.

 

Ustaz Fadhli bersama kakitangan Harakah mempromosikan Harakahdaily Premium pada Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS penringkat Negeri Selangor.

Ucapan dasar Presiden seolah PAS sebagai kerajaan

SHAH ALAM: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ucapan dasar presiden pada muktamar tahunan parti itu memberi gambaran seolah-olah PAS sudah bersedia berada dalam kerajaan.

Katanya, ia sama ada PAS menjadi pemandu utama atau pelengkap dalam sebuah kerajaan.

“Saya melihat masa depan yang cerah untuk PAS Selangor. Semangat PAS Selangor berada dalam keadaan kemuncak selepas Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Walaupun tempoh PRU masih jauh tapi mereka berada dalam situasi yang sangat terbaik untuk mengambil alih kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui selepas pembentangan di Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS peringkat negeri Selangor, di sini hari ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas iyu berkata, walaupun PAS bukan sebagai sebuah kerajaan negeri tetapi rata-rata mereka berada dalam semangat yang tinggi untuk bekerja menangkan parti.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengingatkan PAS Selangor terutama Pemuda perlu menggunakan peluang untuk mendedahkan isu rakyat.

Katanya, isu rakyat Selangor ini banyak tetapi ia tidak disusun dengan satu serangan yang tersusun.

Akhirnya kata beliau isu tersebut timbul kemudian hilang.

“Saya rasa apa yang diharapkan oleh Presiden adalah Pemuda perlu menggerakkan gerak kerja ini dengan lebih tersusun supaya isu-isu yang dimainkan itu lebih difahami rakyat.

“Sebenarnya Selangor ini banyak masalah tetapi orang tertumpu kepada Kelantan,” tegasnya. 

Contohnya, kata beliau isu air yang berlaku di Kelantan turut berlaku di Pulau Pinang tetapi orang tidak bercakap tentang Pulau Pinang tetapi bercakap di Kelantan. – HARAKAHDAILY 6/1/2024 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PAS seolah k'jaan. Hanya Melayu-Islam bawa  semua bangsa selamat.

(i) Menanti perubahan di Putrajaya.

Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Interbiau Harakah dengan Dr Wan Nik: 

Dr Wan Nik Wan Yussof

Seterusnya sila rujuk 'Debar menanti perubahan di Putrajaya – HARAKAHDAILY 6/1/2024

(ii)  Di M'sia, hanya Melayu bersama Islam jadikan semua bangsa selamat – Abdul Hadi


Hanya Melayu bersama Islam jadikan semua bangsa selamat – Hadi

KUALA LUMPUR – Hanya Melayu yang tidak sayangkan kaumnya yang berada di luar tabii atau tegak bersama fanatik kaumnya sahaja merosakkan Melayu itu sendiri dan merosakkan semua bangsa dalam masyarakat majmuk.

“Sebaliknya, hanya Melayu yang tegak bersama Islam akan menjadikan Melayu selamat dan semua bangsa selamat,” kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang  menerusi tulisan Minda Presiden Pas di Facebook miliknya.

Menurut beliau, sekiranya orang Melayu angkuh seperti iblis, sudah pasti mereka tidak akan memeluk Islam dengan mudah.

Jelas beliau, ini kerana Islam dibawa oleh pendatang asing daripada kalangan bangsa Arab dan India Muslim yang bukan Melayu.

Menurutnya, apa yang sebenarnya berlaku, Melayu yang berkuasa dan mendaulatkan Islam tidak memaksa penganut agama lain memeluk Islam.

Tetapi melaksanakan Islam yang adil kepada semua sehinggakan mereka berjaya mengislamkan kaum bangsanya sendiri dan kaum lain dalam kalangan bukan Islam yang datang ke sini.

“Teguhnya pegangan Islam bangsa Melayu ini sehingga gagal dimurtadkan oleh penjajah yang datang silih berganti bermula dengan Portugis sehinggalah Belanda, British dan Jepun.

“Melayu tidak boleh dimurtadkan sepertimana yang berlaku di negara-negara lain, apatah lagi dipengaruhi oleh ideologi komunis yang tidak percayakan Tuhan.

“Akan tetapi hanya segelintir sahaja yang terlalu bebal dan buta al-Quran. Sesiapa yang murtad, mereka dianggap bukan Melayu lagi.

“Sifat Islam yang masih ada kepada Melayu menjadikan mereka boleh menerima masyarakat majmuk yang dipaksa oleh penjajah atas sifat kemanusiaan Melayu Islam yang ada dalam dirinya. Sehinggakan, satu keluarga bukan Islam boleh berada di tengah masyarakat Melayu yang besar jumlahnya.

Abdul Hadi menambah, Melayu dituduh angkuh dibandingkan dengan Kemboja menunjukkan jahil tentang sejarah kejatuhan kerajaan Melayu Islam di negara itu atau kerana buta hatinya.

Ujar beliau, Islam pernah dianut oleh bangsa Champa iaitu rumpun Melayu di Indochina yang memerintah Kerajaan Champa.

“Pengaruh kerajaan ini berkembang dalam wilayah yang luas sehingga wujudnya Pangkalan Champa (Pengkalan Chepa) di Kelantan.

“Malangnya, kerajaan ini mengalami kelemahan dan kejatuhan sehingga rumpun Melayu Champa menjadi kumpulan minoriti yang merempat kemiskinan dan kejahilan dalam tanah air mereka sendiri, sehingga mereka menjadi lemah tidak bermaya.

“Pada era komunis, ramai penganut Islam dibunuh dan paling ramai yang berhijrah ke Malaysia. Kalau Melayu ini angkuh, mereka tidak akan memilih Malaysia sebagai tempat hijrah untuk menyelamatkan agama mereka,” katanya. –MalaysiaGazette ( 9 April 2023)

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

No comments:

Post a Comment