Situasi solat Subuh di Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato' Onn, Johor Bahru, semalam. (Kredit foto: Facebook Waqaf An-Nur)
Pemikiran kreatif tarik jemaah solat Subuh di masjid
KUALA TERENGGANU: Program ‘Subuh Macam Jumaat’, ‘Semarak Subuh’ dan seumpamanya telah menjadi fenomena akhir-akhir ini.
Banyak masjid telah dibanjiri dengan jumlah ahli kariah lebih ramai daripada biasa untuk solat Subuh secara berjemaah termasuk kanak-kanak.
Dilaporkan, ada masjid yang terpaksa mengadakan solat Subuh dua kali kerana jemaah yang hadir terlalu ramai.
Bagi Pengerusi Jawatankuasa Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim, masjid yang ada kemampuan kewangan, molek benar menyediakan sarapan pagi sedap-sedap untuk jemaah yang hadir solat Subuh.
“Penuh masjid tak apa. Saya yakin ramai akan infaq demi nak tengok masjid dimakmurkan,” ujarnya dalam satu hantaran di laman sosialnya.
Katanya, manfaatkanlah apa cara sekalipun untuk mengajak orang ramai mari masjid.
Menurutnya, ada masjid bagi hadiah basikal untuk anak-anak yang istiqamah sembahyang subuh di masjid dan ada juga masjid yang menyediakan bas untuk hantar anak-anak ke sekolah.
“Ibu bapa hanya bawa anak-anak mari solat Subuh di masjid siap beruniform sekolah, lepas itu mereka boleh pergi kerja,” ujarnya yang juga Adun Jabi.
Tambahnya, urusan anak-anak ke sekolah akan dihantar dengan bas yang disediakan selepas makan sarapan pagi di masjid.
Beliau berkata, pemikiran kreatif seperti itu menarik untuk dicontohi.
Kata Dr Azman lagi, wang masjid bukan untuk disimpan dan dilaporkan dengan jumlah yang banyak dalam mesyuarat akhir tahun.
“Jemaah infaq kerana nak tengok wang tersebut dibelanjakan agar mereka juga ada saham pahala,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 21/1/2024
Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Pemikiran Kreatif ' di masjid, fenomena terkini. Tapi..
(i) Lihat komen ini. Bertembung ideologi DAP dengan Islam di M'sia
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki terkejut apabila mendapati rumah kenalannya di Puchong, Selangor, yang dibiarkan kosong sejak 10 tahun lalu diceroboh dan didiami warga asing.
Lelaki terbabit yang memuat naik kisah itu menerusi akaun Facebook miliknya, Srilabu Kedah, berkata kejadian itu diketahui selepas kenalannya yang tinggal di Pantai Timur itu meminta dia menjualkan rumah jenis pangsapuri berkenaan.
Katanya, dia yang mahu menguruskan penjualan pangsapuri berkenaan terkejut selepas mendapati rumah itu didiami warga asing ketika datang meninjau kediaman itu.
"Kawan kepada sahabat saya yang tinggal di kampungnya di Pantai Timur meminta saya menjualkan unit pangsapurinya di Puchong yang dibiarkan kosong sejak 10 tahun lalu.
Komen Weblog Ibnu Hasyim perkara (iii): Itu baru kes pendatang haram masa kini. Rumah kosong diceroboh, dan didiami warga asing.
Bagaimana dengan puak keturunan warga asing yang diberi kuasa politik, kuasa memerintah dan akhirnya menghambat pribumi negara tersebut secara halus dan kasar. Contohnya seperti pribumi Melayu di Singapura, pribumi Palestin di tanah Arab, bahkan dituduh pengganas di negara sendiri Atau sebagai 'pemain api perkauman' kalau diMalaysia. Biadap dan keterlaluan sungguh mereka..
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
No comments:
Post a Comment