Friday, January 19, 2024

P.Pinang celaru, DAP celaru Saudi pun celaru..



Pulau Pinang dan kecelaruan rancangan keterjaminan air 

RUPANYA banyak backlog yang ditinggalkan kepada CEO PBAPP Penang termasuk isu paip pecah dalam Sungai Prai. Entah apa lagi la yang kita tak tahu. 

Tak sepatutnya tak ada rancangan alternatif bagi jajaran paip dalam sungai Prai. Jika telah ada rancangan, tak sepatutnya dibiarkan lama kerana menyukarkan kerja maintenance. Paling teruk, jajaran paip dalam sungai Prai ni, menyebabkan insiden paip pecah jadi parah dan sukar dipulihkan apa insiden seperti sekarang berlaku. 

Kerja-kerja penambahbaikan dalam kawalan sendiri ini tak dibuat dengan baik, sebaliknya kita nampak kenyataan media untuk campur tangan luar bidang kuasa seperti cadangan projek UMBA dan SPRWTS pula dijadikan modal besar nak cari silap orang. 

Maka rakyat Pulau Pinang mula berkhayal tak nampak masalah-masalah dalaman sendiri tak selesai, yang akhirnya telah meletup semalam. Telah lama menjadi bom jangka (ticking bomb) tapi semua masih berkhayal sebelum ni. 

Di samping itu, dalam Rancangan Tambakan Laut 3 Pulau PSR pula, dinyatakan akan ada penambahan kira-kira 300,000 populasi. Diringkaskan cerita hal tambak ni, akhirnya dah mula tambakan untuk satu pulau yang disucikan dengan nama baru Silicon Island. Pada mata nelayan tulen, pulau ni adalah silly & con

Dalam keadaan sekarang pun, telah ada insiden besar apabila penduduk Barat Daya dan sebahagian Seberang Perai terputus bekalan air. Manakala Timur Laut turut terganggu dengan tekanan rendah.

Insiden krisis air terkini disebabkan masalah sistem penghantaran air dalam paip yang gagal dirancang dengan baik. 

Bagaimana boleh Pihak Berkuasa Negeri nak cakap satu pulau buatan itu boleh berjaya jika pembangunan sedia ada pun tiada keterjaminan air. 

Pelik tapi benar, nak buat pembangunan rancak tapi Pelan Induk Keterjaminan Air tak ada lagi. Pelan Induk Pengangkutan (PTMP) yang telah ada pun penuh kecelaruan, sekejap 3 pulau, sekejap buat PSR untuk funding LRT. Akhirnya buat satu pulau tak ada kaitan dengan PTMP.

Penuh kecelaruan perancangan yang juga gagal difahami oleh pencabar kerajaan dalam melakukan semak imbang yang baik dalam pentadbiran. Rakyat teramai pun kabur dalam kabus. 

Banyak lagi kisah kecelaruan dan mismatch dalam argumen yang dibuat dalam pentadbiran negeri. Hanya yang mampu faham data tersurat, cepat untuk baca apa yang tersirat. Banyak benda bawah karpet boleh tercungkil. 

ZIKRULLAH ISMAIL
Penduduk Prihatin Hal Keterjaminan Air
Bayan Baru Pulau Pinang
24 Januari 2024 – HARAKAHDAILY 24/1/2024 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: P.Pinang celaru, DAP celaru Saudi pun celaru..  

(i) Komen rakyat dalam blog ini.. 
Siapa kokok berderai, ekor bergelumang tahi?

Anonymous said...

Tariff air Naik lagi 1 February 2024.

Menteri formula terkini Rafizi berkawan bila tarif air naik lagi harga dijangka akan naik. Jangan makan ayam tukar makanan lain...!!

Rafizi berucap "Kalau harga ayam naik jangan makan ayam". Harga ayam di pasaran dijangka naik susulan peningkatan tarif air di seluruh negara bermula 1 Februari depan.

Link ucapan Rafizi pakar pemimpin formula Malaysia

https://youtu.be/9ihuQOwJ-b8?si=3kAgVLmMrItJRUS6

Dalam masa yang sama Pengerusi Pertubuhan Penternak Ayam Kebangsaan, Dr. Nasiman Sapari berkata, peningkatan kos utiliti itu bakal menjadikan kos pengeluaran sumber makanan itu meningkat daripada 40 sen kepada 48 sen seekor.

Kos itu meliputi 7.2 peratus berbanding pengeluaran ayam RM6.53 sekilogram seperti dilaporkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bakal meningkat antara 11 hingga 20 peratus.

“Justeru, kami jangka kos utiliti pengeluaran ayam dijangka meningkat sekurang-kurangnya 25 sen sekilogram.

2 comments:

Anonymous said...

Menteri formula buat apa...!? Memalukan bila seorang pakar Capital Ekonomi berpangkalan di London memberikan gambaran suram mengenai pertumbuhan ekonomi Malaysia di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim.

Pakar itu menganggap pencapaian perdana menteri "sangat terhad" dalam melaksanakan janji reformasi ketika berusaha mengekalkan kuasa melalui kerjasama dengan Umno.

https://www.malaysianow.com/my/news/2023/11/23/harapan-tipis-pulih-ekonomi-di-bawah-anwar-lapor-firma-uk-menjelang-setahun-kerajaan-ph-bn?utm_source=Newswav&utm_medium=Website

Gareth Leather, penganalisis kanan ekonomi di Capital Economics, sebuah firma jururunding kewangan global berpangkalan di London, turut meramalkan pertumbuhan ekonomi yang perlahan untuk Malaysia, sambil berkata peluang "amat tipis"

"Harapan tipis pulih ekonomi di bawah Anwar, lapor firma UK menjelang setahun kerajaan PH-BN"

Penilaian negatif itu muncul di sebalik kaji selidik terkini menunjukkan penerimaan lemah rakyat terhadap pentadbiran Anwar Ibrahim.

#formulamanaformulamana

Anonymous said...

Tariff air naik lagi 1 February 2024.

Menteri formula Rafizi berkata bila tarif air naik lagi harga dijangka akan naik. Jangan makan ayam tukar makanan lain...!!

Rafizi berucap "Kalau harga ayam naik jangan makan ayam". Harga ayam di pasaran dijangka naik susulan peningkatan tarif air di seluruh negara bermula 1 Februari depan.

Link ucapan Rafizi pakar pemimpin formula Malaysia

https://youtu.be/9ihuQOwJ-b8?si=3kAgVLmMrItJRUS6

Dalam masa yang sama Pengerusi Pertubuhan Penternak Ayam Kebangsaan, Dr. Nasiman Sapari berkata, peningkatan kos utiliti itu bakal menjadikan kos pengeluaran sumber makanan itu meningkat daripada 40 sen kepada 48 sen seekor.

Kos itu meliputi 7.2 peratus berbanding pengeluaran ayam RM6.53 sekilogram seperti dilaporkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bakal meningkat antara 11 hingga 20 peratus.

“Justeru, kami jangka kos utiliti pengeluaran ayam dijangka meningkat sekurang-kurangnya 25 sen sekilogram.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails