Kerja-kerja penambahbaikan dalam kawalan sendiri ini tak dibuat dengan baik, sebaliknya kita nampak kenyataan media untuk campur tangan luar bidang kuasa seperti cadangan projek UMBA dan SPRWTS pula dijadikan modal besar nak cari silap orang.
Maka rakyat Pulau Pinang mula berkhayal tak nampak masalah-masalah dalaman sendiri tak selesai, yang akhirnya telah meletup semalam. Telah lama menjadi bom jangka (ticking bomb) tapi semua masih berkhayal sebelum ni.
Di samping itu, dalam Rancangan Tambakan Laut 3 Pulau PSR pula, dinyatakan akan ada penambahan kira-kira 300,000 populasi. Diringkaskan cerita hal tambak ni, akhirnya dah mula tambakan untuk satu pulau yang disucikan dengan nama baru Silicon Island. Pada mata nelayan tulen, pulau ni adalah silly & con.
Insiden krisis air terkini disebabkan masalah sistem penghantaran air dalam paip yang gagal dirancang dengan baik.
Bagaimana boleh Pihak Berkuasa Negeri nak cakap satu pulau buatan itu boleh berjaya jika pembangunan sedia ada pun tiada keterjaminan air.
Pelik tapi benar, nak buat pembangunan rancak tapi Pelan Induk Keterjaminan Air tak ada lagi. Pelan Induk Pengangkutan (PTMP) yang telah ada pun penuh kecelaruan, sekejap 3 pulau, sekejap buat PSR untuk funding LRT. Akhirnya buat satu pulau tak ada kaitan dengan PTMP.
Penuh kecelaruan perancangan yang juga gagal difahami oleh pencabar kerajaan dalam melakukan semak imbang yang baik dalam pentadbiran. Rakyat teramai pun kabur dalam kabus.
Banyak lagi kisah kecelaruan dan mismatch dalam argumen yang dibuat dalam pentadbiran negeri. Hanya yang mampu faham data tersurat, cepat untuk baca apa yang tersirat. Banyak benda bawah karpet boleh tercungkil.
ZIKRULLAH ISMAIL
Penduduk Prihatin Hal Keterjaminan Air
Bayan Baru Pulau Pinang
24 Januari 2024 – HARAKAHDAILY 24/1/2024
Tariff air Naik lagi 1 February 2024.
Menteri formula terkini Rafizi berkawan bila tarif air naik lagi harga dijangka akan naik. Jangan makan ayam tukar makanan lain...!!
Rafizi berucap "Kalau harga ayam naik jangan makan ayam". Harga ayam di pasaran dijangka naik susulan peningkatan tarif air di seluruh negara bermula 1 Februari depan.
Link ucapan Rafizi pakar pemimpin formula Malaysia
https://youtu.be/9ihuQOwJ-b8?si=3kAgVLmMrItJRUS6
Dalam masa yang sama Pengerusi Pertubuhan Penternak Ayam Kebangsaan, Dr. Nasiman Sapari berkata, peningkatan kos utiliti itu bakal menjadikan kos pengeluaran sumber makanan itu meningkat daripada 40 sen kepada 48 sen seekor.
Kos itu meliputi 7.2 peratus berbanding pengeluaran ayam RM6.53 sekilogram seperti dilaporkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bakal meningkat antara 11 hingga 20 peratus.
“Justeru, kami jangka kos utiliti pengeluaran ayam dijangka meningkat sekurang-kurangnya 25 sen sekilogram.
ADUN Beserah itu malah menyatakan, DAP mahu menjadikan Malaysia sebagai negara sekular, sedangkan termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan memartabatkan Islam selaku agama bagi negara ini.
Hasrat DAP menurutnya, untuk membentuk satu kerajaan Malaysian Malaysia yang menyamaratakan seluruh rakyat juga menunjukkan bukti bahawa parti itu tidak setia kerana bertentangan Perlembagaan.
“Kita sedia maklum bahawa dalam Perlembagaan jelas dan menyatakan peruntukan bahawa orang Melayu dan Bumiputera itu ada kedudukan dan haknya. Jadi bagaimana mungkin DAP nak jadikan sama rata kalau dalam Perlembagaan telah memperuntukkan perkara tersebut?
“Ini menunjukkan bahawa kesetiaan mereka kepada adalah kepada ideologi parti mereka dan bukannya kepada negara,” ujarnya ketika diminta mengulas tulisan terkini Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. (Lanjut sila rujuk 'Canggah Perlembagaan bukti DAP tidak setia kepada negara'– HARAKAHDAILY 24/1/2024)
RIYADH: Arab Saudi merancang untuk membenarkan penjualan alkohol kepada diplomat bukan Islam buat kali pertama, dua sumber yang biasa dengan rancangan itu memberitahu AFP, hari ini.
Rancangan berkenaan sekali gus mengubah peraturan ketat yang mengawal minuman keras di negara konservatif itu.
Alkohol "akan dijual kepada diplomat bukan Islam" yang sebelum ini terpaksa mengimport alkohol melalui kantung diplomatik, atau pakej rasmi yang dimeterai, kata satu sumber.
Larangan mengenainya telah menjadi undang-undang negara di Arab Saudi sejak 1952, sejurus selepas seorang anak Raja Abdulaziz mabuk dan dalam keadaan marah, menembak mati seorang diplomat British.
Kenyataan Kerajaan Saudi hari ini menyebut pihak berkuasa sedang memperkenalkan "rangka kerja kawal selia baharu... untuk menentang perdagangan haram barangan alkohol dan produk yang diterima oleh misi diplomatik.
"Khabar angin berkisar selama bertahun-tahun bahawa alkohol akan tersedia di kerajaan Teluk di tengah-tengah gelombang pembaharuan sosial yang diperkenalkan sebagai sebahagian daripada agenda pembaharuan Wawasan 2030 Putera Mahkota Mohammed bin Salman, antaranya pengenalan pawagam dan festival muzik campuran jantina.
Dasar itu "akan terus memberikan dan memastikan semua diplomat kedutaan bukan Islam mempunyai akses kepada produk ini dalam kuota tertentu."
Kenyataan itu menunjukkan bahawa tidak banyak yang akan berubah serta-merta untuk sebahagian besar 32 juta penduduk Arab Saudi, yang mempunyai sedikit cara untuk menyerap melainkan mereka bersedia melancong ke luar negara.
Selain menghadiri majlis diplomatik di Suku Diplomatik Riyadh, mereka boleh membuat wain buatan sendiri atau beralih ke pasaran gelap, di mana botol wiski boleh dijual dengan harga ratusan dolar sebelum cuti seperti Malam Tahun Baharu.
Di bawah undang-undang Saudi, penalti untuk pengambilan atau pemilikan alkohol boleh dikenakan termasuk denda, penjara, sebatan awam dan pengusiran bagi warga asing.
Tahun lalu, Arab Saudi diberikan hak penganjuran Ekspo 2030 dan Piala Dunia pada 2034, seterusnya mencetuskan spekulasi bahawa larangan alkohol mungkin ditarik balik, atau sekurang-kurangnya dilemahkan dengan pengukiran di tempat-tempat seperti NEOM, sebuah megacity futuristik bernilai $500 bilion yang dirancang.
Tetapi memandangkan alkohol adalah dilarang dalam Islam, isu itu tetap menjadi sangat sensitif di negara yang menempatkan tapak paling suci agama itu di kota Makkah dan Madinah.
Pegawai Arab Saudi mempunyai masa sehingga hari ini untuk menolak cadangan sebarang perubahan dasar utama.
"Jawapan ringkasnya ialah, kami akan meneruskan undang-undang semasa kami," kata Timbalan Menteri Pelancongan, Puteri Haifa Al Saud ketika ditanya secara langsung mengenai isu itu di Forum Ekonomi Dunia di Davos pada 2022.
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
2 comments:
Menteri formula buat apa...!? Memalukan bila seorang pakar Capital Ekonomi berpangkalan di London memberikan gambaran suram mengenai pertumbuhan ekonomi Malaysia di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim.
Pakar itu menganggap pencapaian perdana menteri "sangat terhad" dalam melaksanakan janji reformasi ketika berusaha mengekalkan kuasa melalui kerjasama dengan Umno.
https://www.malaysianow.com/my/news/2023/11/23/harapan-tipis-pulih-ekonomi-di-bawah-anwar-lapor-firma-uk-menjelang-setahun-kerajaan-ph-bn?utm_source=Newswav&utm_medium=Website
Gareth Leather, penganalisis kanan ekonomi di Capital Economics, sebuah firma jururunding kewangan global berpangkalan di London, turut meramalkan pertumbuhan ekonomi yang perlahan untuk Malaysia, sambil berkata peluang "amat tipis"
"Harapan tipis pulih ekonomi di bawah Anwar, lapor firma UK menjelang setahun kerajaan PH-BN"
Penilaian negatif itu muncul di sebalik kaji selidik terkini menunjukkan penerimaan lemah rakyat terhadap pentadbiran Anwar Ibrahim.
#formulamanaformulamana
Tariff air naik lagi 1 February 2024.
Menteri formula Rafizi berkata bila tarif air naik lagi harga dijangka akan naik. Jangan makan ayam tukar makanan lain...!!
Rafizi berucap "Kalau harga ayam naik jangan makan ayam". Harga ayam di pasaran dijangka naik susulan peningkatan tarif air di seluruh negara bermula 1 Februari depan.
Link ucapan Rafizi pakar pemimpin formula Malaysia
https://youtu.be/9ihuQOwJ-b8?si=3kAgVLmMrItJRUS6
Dalam masa yang sama Pengerusi Pertubuhan Penternak Ayam Kebangsaan, Dr. Nasiman Sapari berkata, peningkatan kos utiliti itu bakal menjadikan kos pengeluaran sumber makanan itu meningkat daripada 40 sen kepada 48 sen seekor.
Kos itu meliputi 7.2 peratus berbanding pengeluaran ayam RM6.53 sekilogram seperti dilaporkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bakal meningkat antara 11 hingga 20 peratus.
“Justeru, kami jangka kos utiliti pengeluaran ayam dijangka meningkat sekurang-kurangnya 25 sen sekilogram.
Post a Comment