Tukar k’jaan diizinkan Perlembagaan, bukan rampasan kuasa
KUALA LUMPUR: Pertukaran kerajaan adalah tindakan perubahan yang diizinkan Perlembagaan Persekutuan sebagaimana sistem demokrasi diamalkan negara ini, demikian pandangan Yang Dipertua PAS Kawasan Subang, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir.
Tegas beliau, oleh itu perkara tersebut bukanlah suatu tindakan pengkhianatan atau durhaka terhadap Kerajaan Yang di-Pertuan Agong atau rakyat sendiri, sekiranya dilakukan mengikut proses yang menepati undang-undang negara.
Menurutnya, kerajaan bertukar tangan bukan hanya dalam PRU, tetapi juga boleh berlaku semasa dalam penggal pemerintahan kiranya Perdana Menteri (PM) atau Menteri Besar (MB) telah hilang sokongan majoriti Ahli Dewan.
Jelas beliau, apabila ini berlaku, PM perlu meletak jawatan atau memohon perkenan Agong membubarkan Dewan bagi diadakan PRU, namun Tuanku punya kuasa menerima atau atas budi bicara melantik seorang PM baru yang pada hemat Baginda mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan.
“Perlu diingat dalam kes Dewan Rakyat, semua 222 Ahli Dewan telah mengangkat sumpah setelah memenangi pilihan raya di Parlimen masing-masing. Menerusi pilihan raya, rakyat telah mewakilkan suara mereka kepada Ahli-ahli ini untuk dibawa sepanjang penggal lima tahun ke Dewan Rakyat.
“Justeru segala tindakan dan sikap Ahli-ahli Dewan di Parlimen termasuklah tindakan mereka menarik atau menyokong sebenarnya mewakili suara rakyat yang mengangkat mereka. Rakyat yang marah atau tidak berpuashati bolehlah bertindak menolak mereka tadi dalam PRU berikutnya.
“Tindakan perubahan seperti ini, dengan cara menarik sokongan atau memberi sokongan kepada PM baru bukanlah suatu ‘rampasan kuasa’ atau ‘coup d’état’ sebagaimana biasa berlaku di negara-negara lain,” jelas beliau.
Terangnya, rampasan kuasa merujuk kepada tindakan pengambil-alihan kuasa melalui kekerasan yang lazimnya dengan campur tangan tentera atau seumpamanya di mana perubahan seperti ini tidak pernah berlaku dalam Malaysia.
Pun demikian beliau sedar dan mengakui bahawa sudah pastilah pihak yang bakal kehilangan kuasa akan menjadi panik dan bertindak sedaya upaya mungkin bagi mempertahankan kedudukannya.
“Namun jika berlaku juga melalui proses undang-undang, semua pihak perlu menghormatinya kerana ia perlu datang dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong. Tidak perlulah mengembar-gembur kononnya pihak yang mahu bawa perubahan itu sebagai antinasional, mahu sabotaj ekonomi negara atau umpamanya.
“Sedangkan perkara asasnya adalah bahawa Perdana Menteri perlu memiliki sokongan majoriti Ahli Dewan. Kiranya sokongan tadi telah tiada, sebaiknya sebagaimana amalan dalam negara kita mendepani proses seumpama ini, PM yang hilang sokongan itu berundurlah secara tertib demi menghormati undang-undang negara,” kemukanya.
Menurut Roslan Shahir, seawal 30 Oktober 1961 lagi perkara seumpama ini pernah berlaku di mana PAS telah hilang Kerajaan Negeri Terengganu kepada Perikatan dalam krisis politik selepas menang Pilihan Raya Pertama tahun 1959.
Katanya, ketika itu usul undi tidak percaya telah dibawa terhadap MB PAS Terengganu, Allahyarham Mohd Daud Abdul Samad dan diterima, lalu Sultan telah melantik MB baru dari Perikatan yang ternyata memiliki majoriti baru di DUN Terengganu.
Tambah beliau, perkara sama berlaku di beberapa negeri lain termasuklah Kelantan, Sabah, Melaka, Perak dan Kedah di mana ia bukannya sesuatu yang pelik atau luar biasa, tetapi berkali-kali pernah diterima dan diperakui dalam negara ini.
Beliau melibatkan gegaran politik tersebut sebagai gempa yang memungkinkan Kerajaan Campuran Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) ketika baru melepasi usia setahun dan mengulangi ‘Langkah Sheraton’ tahun 2020 dahulu.
Namun katanya, jika gempa di Jepun pada 1 Januari lalu mengorbankan nyawa, tetapi sebaliknya gempa politik tersebut seandainya berlaku, hanya memerlukan semua pihak untuk berlapang dada.
Beliau turut mengulas pandangan seorang ahli akademik, Prof Wong Chin Huat yang menyifatkan kemungkinan itu sebagai fantasi politik yang sukar bertahan mengikut matematik mudah dan tidak masuk akal.
Juga sinikal seorang pemimpin Umno yang pro-Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menolak langkah tersebut kerana mendakwa pembangkang iaitu Perikatan Nasional (PN) tidak kenal politik Sabah dan Sarawak.
“Bolehlah masing-masing berhujah termasuk menidakkan kemungkinan perubahan ini, tetapi yang penting adalah sikap dan pendirian Ahli-ahli Dewan sendiri. Benar mungkin pimpinan Borneo pernah keluarkan kenyataan akan terus menyokong Kerajaan PH-BN ini bawah PM-10.
“Tetapi itu tidak mutlak kerana ini politik, dan politik di Malaysia kebelakangan ini cukup dinamik. Siapa berani menidakkan bahawa pimpinan di Sarawak contohnya memang tidak selesa dengan kehadiran DAP yang dilihat cukup ekstrem.
“Beberapa pimpinan Umno yang kita tahu juga tidak selesa dengan DAP. Semuanya tidak stabil dalam PH-BN tetapi selama ini ia cuba disembunyikan. Walau mereka mengguna dan mengeksploitasi istilah Kerajaan Perpaduan, realitinya perpaduan sebenar tidak dan ia bukan rahsia lagi.
“Tambahan dengan dominasi DAP dalam Kerajaan dengan 40 kerusi, semuanya menjadi tidak lancar. Biarlah pihak yang mendakwa mereka punya majoriti, membawanya dengan tertib melalui proses undang-undang yang ada.
“Yang hilang majoriti pula tabah dan bersedia beralih bangku. Untung sabut timbul untung batu tenggelam, apapun pada Allah SWT kita berserah,” hujahnya. – HARAKAHDAILY 9/1/2024
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tukar k'jaan bukan rampaskuasa. Tapi mesti X DAP!
Lihat komen ini..
(i) ‘Kerajaan yang ditubuhkan mestilah tanpa DAP…’
KUALA LUMPUR: “Kerajaan yang ditubuhkan mestilah tanpa DAP, kerana mutakhir ini dilihat pemimpin mereka terlampau rakus mencampuri urusan hal ehwal orang Islam di negara ini.”Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa berkata demikian sambil menambah, UMMAH dan gabungan NGO Islam amat menyokong sekiranya berlaku peralihan kerajaan secara demokrasi
[Sila log in atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya
(ii) Pemuda PAS sertai Sidang Antarabangsa di Pakistan
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menyertai Persidangan Pemuda Antarabangsa anjuran Jamiat e-Talaba yang berlangsung di Karachi, Pakistan pada 29 dan 30 Disember baru-baru ini.
Delegasi diwakili Pengarah Jabatan Pembangunan Mahasiswa, Mohd Imran Md Ishak dan Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa, Ustaz Muhammad Abdul Malik Abdul Karim.
Turut serta adalah Ahli Jawatankuasa Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa, Dr. Bazli Md Yusoff pada Persidangan yang dikendalikan bersama Persekutuan Pertubuhan Pelajar Islam Antarabangsa (IIFSO).
Para peserta dalam persidangan selama dua hari tersebut telah mengikuti pembentangan disampaikan Ahli Majlis Eksekutif Kesatuan Ulama Palestin, Dr Ibrahim Muhanna membicarakan tajuk ‘Islam dan Krisis Dunia Moden’.
Juga dari bekas Presiden Jamaat Islami Lubnan, Dr Azzam Ayubi bertajuk ‘Masa Depan Politik Islam Dalam Dunia Islam’, selain pembentangan dari pensyarah Hubungan Antarabangsa, Universiti Qatar, Dr Muhammad Mukhtar Al-Shanqiti.
Pembentang lain adalah Amir Jamaat Islami Kashmir, Dr Mushtaq Ahmad, manakala dalam Forum Al-Quds empat panelis ditampilkan dengan masing-masing berkomentar memberi dukungan kepada Palestin.
Mereka ialah pemimpin HAMAS, Dr Khalid Qaddumi dan Pengarah Hubungan Antarabangsa Jamaat Islami Pakistan, Asif Luqman Qazi serta Naib Ketua Pemuda HAMAS, Dr Ashraf Awad dan Setiausaha Agung IIFSO, Dr Faisal Mustafa Pervaiz.
Para panelis antara lain sepakat untuk meneruskan kempen boikot produk sebagai salah satu senjata ampuh yang kini turut didukung masyarakat bukan-Muslim bagi melemahkan kekuatan Israel.
Mohd Imran turut diberikan peluang menyampaikan ucapan di majlis perasmian penutup di hari akhir persidangan yang disempurnakan sendiri oleh Amir Jamaat Islami Pakistan, Syeikh Sirajul Haq.
Presiden Jamiat e-Talaba, Shakeel Ahmed sebagai mewakili sayap kemahasiswaan Jamiat Islami Pakistan iaitu gerakan Islam terbesar di negara itu begitu menghargai penyertaan perwakilan dari 30 pertubuhan negara Islam.
Malah, Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sangat tidak asing bagi Jamiat Islami yang diasaskan oleh Syeikh Abul A’ala Al-Maududi di mana mantan Amir Jamaat Islami, Almarhum Qazi Hussin Ahmed merupakan rakan karib beliau. –
HARAKAHDAILY 3/1/2024
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam.
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.
Siri kebangkitan 'damai' se dunia Israel/AS berakhir..
No comments:
Post a Comment