Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Mohamed Sukri Omar berkata, pihaknya menyokong dan mendokong sepenuhnya pandangan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
Menurut beliau, Dr Wan Salim telah menggesa agar pihak kerajaan mengambil kira secara serius pandangan mufti sebelum membenarkan sebarang acara hiburan termasuk konsert diadakan.
“Mufti Pulau Pinang juga turut menyeru agar umat Islam memulaukan sebarang konsert yang menyanggahi syariat Islam dan mengingatkan umat Islam ditegah untuk bekerjasama dalam perkar membawa dosa dan maksiat seperti dinyatakan di dalam al-Quran.
“Apa yang sangat dikesali, Kerajaan Madani ini langsung tidak mempunyai sensitiviti dan sangat jinak untuk membiarkan penganjuran konsert melibatkan artis luar negara yang jelas mempamerkan sokongan mereka terhadap LGBT,” ujarnya.
Pada 24 Februari nanti akan berlangsung sebuah konsert antarabangsa, Ed Sheeran yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil di mana tiket-tiket sedang dijual pada masa kini dengan harga serendah RM198 sehingga RM1,388.
Katanya, apabila tiket sudah dijual bermakna kebenaran penganjuran sudah pun diberikan dan menegaskan bahawa apabila Mufti sangat risau dengan penganjuran konsert ini sudah tentu ada sebabnya.
“Ed Sheeran merupakan seorang individu yang jelas menyokong budaya luar tabiee iaitu LGBT, malah pernah membalutkan dirinya dengan bendera pelangi yang cukup sinonim dengan kelompok LGBT sewaktu mengadakan konsert sebelum ini. Cukup bahaya!
“Sebelum ini, kami turut menentang keras penganjuran konsert band Coldplay yang terkenal dengan pembawakan LGBT. Namun, mengapa kerajaan seolah-olah tidak serik dengan masih membiarkan artis luar yang terpalit dengan budaya sonsang ini datang ke Malaysia?
“Ibarat bapa kencing berdiri, anak kencing berlari. Rakyat Malaysia sungguh kecewa dengan pendirian Perdana Menteri yang sebelum ini tidak ambil kisah dengan suara rakyat untuk membatalkan konsert Coldplay.
“Malah lebih mengecewakan, PMX sendiri mengalu-alukan kedatangan Coldplay ke Malaysia. Adakah kerajaan sedang menormalisasikan sesuatu?” soal beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Malaysia.
Ustaz Sukri turut merakamkan penghargaan kepada Mufti Pulau Pinang kerana tegas memberikan pandangan untuk kebaikan ummah dan mengingatkan kerajaan dan pihak yang terlibat agar tidak bersikap defensif untuk mempertahankan penganjuran konsert ini.
“Batalkan sahaja! Dewan Pemuda PAS Selangor juga menggesa Kerajaan PH-BN menghormati nasihat yang diberikan oleh para mufti dan ulama,” desak beliau.
Tempelaknya, sikap membakulsampahkan pandangan mufti ini menunjukkan PH-BN sebenarnya tidak ikhlas memperjuangkan Islam di tanah air tercinta ini. (Harakah)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Batal & pulaukan Konsert Ed Sheeran di KL Runcing, Al-Quds.
(i) Jom Palestin bebas merdeka! Minggu Al-Quds Sedunia.
Pengerusi Aid4Palestin, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, tujuan utama minggu Al-Quds diadakan untuk memberikan kesedaran kepada umat Islam dan rakyat Malaysia tentang isu pembebasan Baitul Maqdis. Lebih daripada 32 negara dan 160 organisasi yang terlibat dalam Minggu Al-Quds Sedunia.
Lanjut sila rujuk '‘Al-Quds Membebaskan Kita!’ tema Minggu Al-Quds Sedunia' HARAKAHDAILY 1/2/2024
(ii) Ekonomi negara runcing, k'jaan X ajoh -Muhyiddin Yassin.
KUALA LUMPUR: Ekonomi negara ketika ini disifatkan berada pada situasi yang menjejaskan golongan pengguna dan peniaga dalam keadaan sudah sedia dihimpit dan dibebani dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memetik Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) yang terus merekodkan aliran negatif 1.3 peratus pada Disember 2023 berbanding negatif 1.5 peratus pada November tahun sama.
Katanya, walaupun ada sedikit kenaikan, namun IHPR masih berada dalam lingkungan ‘wilayah negatif’ yang bermaksud permintaan dari luar negara amat rendah di bawah paras asas.
Kesannya ujar beliau, para pengilang domestik yang terjejas terpaksa mengurangkan pengeluaran produk masing-masing di mana masalah ini ada kaitan dengan kemerosotan pendapatan eksport dan kenaikan kos import.
Lanjut sila rujuk '‘Ekonomi negara kian meruncing, kerajaan acuh tak acuh" -HARAKAHDAILY 1/2/2024
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
No comments:
Post a Comment