Tuesday, February 13, 2024

Pecat menteri bangkrap idea - A.Fadhli Shaari

 


Kg Baru Cina tapak UNESCO, cadangan menteri bankrap idea

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan cadangan menjadikan Kampung Baru Cina sebagai tapak UNESCO sebagai satu cadangan menteri yang bankrap idea.

Beliau menyatakan cadangan tersebut yang dikemukakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming adalah sesuatu yang tidak perlu kerana hanya hanya akan mencetuskan polemik perpecahan antara kaum.

Menurut beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas, seharusnya Menteri KPKT yang mewakili rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu sedar bahawa terdapat lagi beberapa kawasan yang boleh dijadikan sebagai tapak UNESCO.

Kata beliau, kampung baru cina hanya wujud kurang dari 100 tahun jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan lain yang ada dalam negara ini.

“Adakah ini satu usaha untuk mengiktiraf bukan bumiputera sebagai bumiputera secara beransur-ansur?” katanya.

Beliau menyatakan sekiranya Menteri KPKT melakukan sedemikian maka tindakan tersebut bukan sekadar diibaratkan bermain dengan api tetapi juga meningkatkan lagi sifat perkauman yang ada dalam negara ini.

Tambah beliau, menteri sebegini tidak seharusnya dikekalkan dalam negara ini yang sememangnya mempunyai berbilang bangsa dan agama.

“Kerajaan wajib memecat menteri seperti ini kerana keharmonian negara ini akan terus terganggu selagi menteri sebegini dikekalkan kecuali memang inilah cadangan yang mewakili kerajaan keseluruhannya,” ujarnya.

Beliau menggesa rakyat supaya tidak memandang remah mengenai isu ini kerana pembelaan rakyat bumiputera juga merupakan tanggungjawab kerajaan pada masa ini.

“Jika kerajaan sekarang ini masih tidak melakukan sedemikian maka rakyat patut berusaha menggantikan kerajaan yang tidak boleh lagi diletakkan harapan untuk membela Bumiputera ini,” tegasnya. – HARAKAHDAILY 8/2/2024 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pecat menteri bangkrap idea  - A.Fadhli Shaari

Lagi kes ini juga bakal ganggu-gugat masa depan Islam -Siti Zailah. 


Keputusan kes Nik Elin bakal ganggu-gugat masa depan Islam

KOTA BHARU: Susulan Mahkamah Persekutuan semalam yang memutuskan 16 kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah, telah meletakkan mahkamah berkenaan jauh lebih tinggi berbanding Mahkamah Syariah.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, keputusan berkenaan telah meletakkan Mahkamah Syariah lebih rendah berbanding Mahkamah Persekutuan, tanpa mengambil kira perkara berkaitan agama.

Menurutnya, kesan daripada keputusan itu akan mengganggu-gugat kedudukan Islam di negara ini pada masa depan.

“Apa yang kita bimbangkan, hasil keputusan ini bukan sahaja membolehkan undang-undang di Kelantan dicabar, tetapi seluruh undang-undang Islam di negeri lain  juga akan dicabar setelah kejayaan bermula di Kelantan.

“Jadi, mereka akan lebih berani setelah kejayaan tersebut dan golongan liberal ini akan lebih bermaharajalela seolah -olah mereka ada kuasa,” katanya ketika dihubungi HarakahDaily, hari ini.

Tambah beliau, apa yang perlu dilihat apabila sesuatu undang-undang atau syariah itu dibuat bukan hanya dari sudut undang-undang fizikal, sebaliknya bagaimana hikmahnya dan kesan jangka panjang terhadap umat Islam

“Kita bimbang suasana yang ada ini akan memberi impak kepada masyarakat Islam yang tidak segan silu lagi untuk melakukan perkara yang bercanggah dengan agama,” ujarnya.

Mahkamah Persekutuan, semalam  dalam keputusan majoriti 8-1 memutuskan 16 daripada 18 kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah.

Keputusan bersejarah itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan anggota selepas membenarkan permohonan petisyen Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah enakmen tersebut.  HARAKAHDAILY  10/2/2024

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

No comments:

Post a Comment