Saturday, February 10, 2024

Presiden PAS 'Bapa Gerakan Islam' & Israel biaDAP..

 

Barisan tokoh Islam yang menyertai Seminar Taufan al-Aqsa membuka Tirai Minggu al-Quds Sedunia kali ke-4, di KUIZM, Kuala Lumpur pada hari ini, 6 Feb 2024.

Tuan Guru Abdul Hadi ‘Bapa Gerakan Islam’ 

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang boleh dianggap sebagai ‘Bapa Gerakan Islam’ yang ada pada masa ini.


Itu kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang ahli perniagaan dari Mesir, Datuk Ahmad Amir Ali dalam Seminar Taufan al-Aqsa Pembuka Tirai Minggu al-Quds Sedunia kali ke-4, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (Akademi Pendidikan KUIZM), di sini, hari ini.

Seminar yang dipengerusikan oleh Naib Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Selangor, Ustaz Imran Selamat itu diadakan di Kolej Universiti Islam Zulkifili Muhammad, pagi tadi.

Ahmad menyatakan bahawa Tuan Guru Abdul Hadi bukan sahaja mewakili gerakan Islam di negara ini, bahkan dunia Islam seluruhnya lebih-lebih lagi dalam menyokong perjuangan Palestin terhadap kekejaman Israel.

Menurut beliau, banyak negara Islam memilih untuk berdiam diri mengenai isu tersebut tetapi bukan negara Malaysia, Yaman dan Turkiye.

“Sebab itu saya puji pendirian pemerintah negara Malaysia dan Turkiye kerana mempunyai pendirian yang berani dalam menyatakan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin,” katanya.

Turut hadir ialah wakil Persatuan Ulama Palestin Dr. Nawwaf Takruri;  Rektor Kolej Universiti Islam Universiti Zulkifili Muhammad Ustaz Azhar Yahya; ulama dari Yaman, Dr. Abdullah Abdul Majid al-Zindani, wakil ulama dari Algeria, Syeikh Nuruddin La’muri; wakil Persatuan Ulama Palestin di Malaysia, Dr. Ridwan Jamal al-Atrash; dan ulama dari Turkiye, Syeikh Su’at Yassin serta Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Selangor, Dr. Mohd Zambri Mohd Zainuldin.

Sementara itu, Nawwaf menyatakan bahawa serangan terhadap Al-Aqsa juga berlaku sejak beberapa tahun negara-negara Arab cuba memulakan normalisasi dengan negara haram Israel itu sendiri.

Menurut beliau, tindakan tersebut hanya terpaksa dihentikan apabila semakin ramai rakyat negara-negara tersebut mula bangkit setelah bermulanya pembunuhan berskala besar oleh pihak tersebut terhadap rakyat Palestin.

“Jadi, negara-negara Arab terpaksa akur dengan gesaan ramai rakyat mereka agar tidak mengkhianati perjuangan rakyat Palestin yang menuntut kemerdekaan.

“Namun begitu, ramai pihak menyatakan al-Aqsa sedang ditawan tetapi hakikatnya sebahagian negara Islam juga begitu kerana tidak mampu bertindak secara berskala besar bagi menghadapi isu sebegini gara-gara faktor politik dan ekonomi yang berkaitan dengan negara-negara yang bersekutu dan menyokong negara haram penjajah itu,” ujarnya.

Beliau dalam pada itu merakamkan penghargaan kepada Tuan Guru Haji Abdul yang sentiasa menyokong perjuangan Palestin walau apa pun keadaan.

Semenatara, Mohd Zambri pula mengalu-alukan kehadiran delegasi ulama ke Selangor dan Wilayah Persekutuan kerana memberi sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Negeri Sungai Burong menyatakan kekesalannya atas sikap negara-negara Islam yang bermazhab Sunni kerana hanya berpeluk tubuh mengenai isu Palestin.

“Ini berbeza dengan kumpulan pejuang berlainan mazhab di Lubnan dan Yaman yang menghulurkan bantuan secara terang-terangan terhadap pejuang Palestin,”  katanya ketika memberikan ucapan penutup majlis tersebut.

Beliau turut memetik kata-kata seorang pejuang Palestin yang tular sebelum ini iaitu mereka tidak mengharapkan bantuan ketenteraan negara-negara Arab pada masa ini tetapi cukup hanya sekadar memberikan bekalan air bersih.


“Jadi, saya mengharapkan pertemuan ini bukanlah yang terakhir dan semoga acara yang bersifat tahunan ini bakal menjadi pemangkin untuk kebangkitan umat ini dalam perjuangan membebaskan bumi Palestin,” katanya.  HARAKAHDAILY  6/2/2024

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Presiden PAS 'Bapa Gerakan Islam' & Israel biaDAP..  


(i) Israel teruskan serangan di tengah-tengah desakan gencatan senjata

Foto yang diambil dari Rafah di selatan Semenanjung Gaza menunjukkan kepulan asap di atas bangunan di Khan Yunis berikutan pengeboman Israel pada 5 Februari 2024. - Foto AFP

BAITULMAQDIS: Israel meneruskan pertempuran di utara Semenanjung Gaza semalam di tengah-tengah gesaan antarabangsa yang semakin meningkat untuk disegerakan gencatan senjata.

Dalam kemas kini operasi terbarunya, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) melaporkan tenteranya kembali ke kawasan tempat mereka beroperasi sebelum ini.

Sejak beberapa minggu lalu, serangan di utara Semenanjung itu telah berkurangan berikutan penegasan Israel untuk mendapatkan kawalan ke atas kawasan berkenaan, sekali gus menyaksikan orang yang kehilangan tempat tinggal berharap boleh kembali ke rumah mereka.

"Pasukan yang beroperasi di bawah bahagian itu menghalang Hamas daripada membina semula keupayaannya," Komander Divisyen ke-162 IDF, Itzik Cohen, berkata dalam kemas kini itu, sambil menegaskan pasukan itu memperhebatkan operasi ke atas Hamas yang tinggal di kawasan itu.

Pada hujung minggu, sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Rafah, sebuah bandar yang sebelum ini ditetapkan sebagai zon selamat oleh tentera Israel.

Lebih separuh daripada lebih dua juta penduduk Gaza melarikan diri ke Rafah, menurut Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan di wilayah Palestin yang diduduki.

Sekurang-kurangnya 133 rakyat Palestin terbunuh dan 205 cedera di Gaza sejak 24 jam lalu, Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas melaporkan awal pagi semalam.

Kementerian itu berkata lebih 27,478 rakyat Palestin terbunuh dan 66,835 lagi cedera akibat serangan Israel ke atas Gaza, yang dicetuskan oleh serangan mengejut Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023.

Pada pagi semalam, konvoi bantuan makanan terkena tembakan Israel ketika menunggu untuk bergerak ke utara Gaza, menurut Agensi Bantuan dan Kerja PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA).

"Syukurlah, tiada siapa yang cedera," Tom White, pengarah hal ehwal UNRWA di Gaza, menulis dalam satu catatan di platform media sosial X.

Sumber keselamatan Israel memberitahu Xinhua bahawa tentera sedang menyemak laporan itu tanpa memberikan maklumat lanjut.

Sementara itu, Menteri Luar Perancis Stephane Sejourne, semalam pada sidang media ketika lawatan rasmi pertamanya ke Israel menggesa Israel memudahkan "gencatan senjata segera" dan "kemasukan besar-besaran" bantuan ke Gaza.

Ketika pengantara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat sedang menunggu jawapan daripada Hamas kepada tawaran gencatan senjata, termasuk pembebasan tebusan, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu parti sayap kanannya, Likud bahawa perang tidak hampir berakhir.

"Matlamat kami adalah kemenangan sepenuhnya ke atas Hamas. Kami akan membunuh kepemimpinan Hamas. Oleh itu, kami mesti terus bertindak di semua kawasan di Semenanjung Gaza," katanya. - AGENSI


(ii) Ingat ke di Pelestin saja rumah penduduk dirobohkan,di M'sia pun ada? Kini giliran
penduduk Kg Sungai Chinchin pula..
Detik-detik premis milik penduduk Kampung Sungai Chinchin dirobohkan. (FOTO ihsan Ketua Kampung Desa Mukmin Warisan, Najib Mohktar)
GOMBAK: Giliran penduduk Kampung Sungai Chinchin di sini pula menjadi mangsa seterusnya demi pembangunan projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur ECRL.Pendedahan terbaharu itu dibuat Ketua Kampung Desa Mukmin Warisan, Najib Mohktar yang berkata, kejadian serupa dialami sebelum ini oleh penduduk  kampung Desa Mukmin Warisan apabila kediaman mereka telah dirobohkan […]

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails