Dua pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri - Foto BERNAMA
I. Shah Firdaus, Izzah Izzati raih gangsa ACC India
KUALA LUMPUR: Dua pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mempamer aksi memberangsangkan selepas masing-masing meraih pingat gangsa dalam acara pecut lelaki dan wanita, pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2024 di New Delhi, India hari ini.
Muhammad Shah Firdaus menamatkan saingan dengan keputusan 2-0 ke atas wakil Taiwan Shih Feng Kang pada perlumbaan penentuan pingat gangsa menurut laman sesawang https://atresults2.wixsite.com/attiming/acct2024.
Terdahulu, beliau yang juga pemenang pingat perak acara keirin lelaki di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Kaherah, Mesir pada Mac lepas gagal melangkah ke final selepas tewas kepada wakil China, Li Zhiwei, 0-2, dalam saingan separuh akhir.
Sementara itu, Nurul Izzah Izzati mengiringi kejayaan sama selepas menewaskan wakil Jepun Aki Sakai, 2-0.
Beliau terlepas peluang untuk merebut pingat emas dan perak selepas tewas kepada wakil China Tong Mengqi 0-2 di peringkat separuh akhir. – BERNAMA
II. Semangat sukan bukan begini.
AKTIVITI sukan dan riadah dicadangkan supaya dapat dibangunkan sesuai dengan perkembangan dunia sukan hari ini.
Boleh juga disebut dengan membuka medan baru dakwah yang dapat menyatukan masyarakat, malah ia juga berupaya menarik orang bukan Islam untuk melihat keindahan agama ini.
Apatah lagi sukan dan riadah sebenarnya bukan asing dalam Islam, malah Rasulullah SAW sendiri bukan sahaja menyarankan umat Islam bersukan, bahkan Baginda sendiri memiliki kecergasan dan kekuatan hebat.
Pemimpin Arab di zaman Nabi SAW juga berdakwah melalui sukan gusti. Se hingga ahli gusti terkenal, Rukanah ibnu Abdu Yazid RA memeluk Islam selepas dikalahkan dalam pertandingan gusti dengan Rasulullah SAW.
Tokoh Quraisy itu memiliki badan tegap dan sasa yang hebat bergusti hingga mengalahkan mana-mana juara gusti di Tanah Arab pada zamannya.
Bagaimanapun, berhadapan dengan Rasulullah SAW, ternyata menjadi pengalaman mengejutkan kerana Baginda berjaya memegang badan Rukanah, lalu membantingkannya ke tanah.
Malah perlawanan itu diulang sebanyak tiga kali atas permintaan Rukanah tetapi ketiga-tiga perlawanan itu menyaksikan Rasulullah SAW berjaya mengalahkannya hingga akhirnya akur dan mengalah.
Penyelesaian.
Rukanah berkata: “Wahai Muhammad, tiada siapa pernah dapat membaringkan aku hingga jatuh terlentang dalam pertarungan selain daripadamu! Sebelum ini, engkaulah paling aku benci tetapi sekarang, aku menyaksikan tiada Tuhan yang lebih benar yang berhak disembah melainkan Allah SAW dan Nabi Muhammad SAW itu Rasul-Nya.” (HR Abu Daud dan Tirmizi)
Tindakan Rasulullah SAW itu semata-mata mengharapkan Rukanah dikurniakan hidayah dan menerima Islam. Apabila berlawan dengan Rasulullah SAW, Rukanah akhirnya kalah dan memeluk Islam.
Inilah dakwah Baginda yang sangat menarik kerana membabitkan pelbagai pendekatan hingga gusti juga boleh menundukkan hati bukan Islam.
Dalam konteks semasa disebutkan tindakan Juara Lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC), Khabib Nurmagomedov mengucapkan takbir apabila menang, membuka hati peminat untuk melihat Islam daripada perwatakannya sebagai Muslim.
Metodologi dakwah Rasulullah SAW dengan pelbagai pendekatan perlu dijadikan contoh kerana ada kala Islam dapat diterima melalui kaedah tidak disangka. Menjelaskan lanjut kepentingan beriadah, menjadi tanggungjawab ibu bapa menekankan aspek sukan sebagai cara hidup seperti ditegaskan Rasulullah SAW.
Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: Orang beriman yang kuat itu lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang beriman lemah. Dan masing-masing ada kebaikannya. (HR Ibnu Majah)
Selain faktor kesihatan, beriadah memberi peluang ahli keluarga meluangkan masa yang berkualiti dengan melakukan aktiviti bersama. Sirah juga mencatatkan Rasulullah SAW berlumba lari dengan isteri Baginda, Saidatina Aishah RA, sekali gus membuktikan sukan merapatkan hubungan kekeluargaan.
Kali pertama Nabi SAW kalah, manakala perlumbaan kali kedua pula menyaksikan Baginda menang. Boleh sahaja jika Baginda sentiasa menang tetapi sengaja kalah untuk melihat Aishah seronok. Banyak unsur kekeluargaan boleh diterapkan dalam sukan seperti kasih-sayang, tolak-ansur dan kegembiraan ahli keluarga.
Jadi, tidak hairanlah, Saidina Umar al-Khattab RA juga menyarankan anak-anak diajar memanah, menunggang kuda dan berenang. Selain itu, masjid boleh menjadi medan menyuburkan sukan sebagai landasan berdakwah dengan menyediakan gelanggang atau aktiviti riadah bersesuaian.
Masjid Nabawi pernah dijadikan gelanggang sukan melontar lembing oleh orang Habsyah dan Rasulullah SAW tidak menghalang aktiviti berkenaan.
Kini sudah banyak masjid membina gelanggang futsal dan kemudahan riadah yang lain di kawasan rumah Allah itu. Sememangnya masjid bukan tempat solat sahaja kerana ia juga berfungsi sebagai pusat kemasyarakatan.
Bagaimanapun, beberapa syarat dalam bersukan perlu dipatuhi seperti penepatan Rasulullah SAW bahawa haiwan dilarang daripada dijadikan sebagai sasaran.
Begitu juga jangan lalai bersukan hingga meninggalkan kewajipan seperti solat, menghormati peraturan permainan dan berlaku adil membuat pengadilan atau keputusan.
Hadiah atau ganjaran kepada pemenang juga diharuskan sebagai penguat semangat atau galakan, apatah lagi saling memberi hadiah juga sebagai tanda kasih-sayang.
Falsafah sukan ada banyak, bukan untuk berseronok sahaja sebaliknya sebagai jalan untuk bermasyarakat. Dalam kajian berkaitan perkembangan anak-anak, mereka yang suka bersukan dan sosial didapati akan lebih cepat matang.
Imam al-Ghazali berkata, sesiapa yang menghalang anak bermain dan bersukan, dia menghalang daripada kecerdikan.
Bersukan berdasar syarak
• Memelihara bahagian tubuh atau aurat menurut hukum Islam, iaitu antara pusat hingga lutut bagi lelaki, manakala aurat wanita ialah seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan.
• Memastikan jurulatih dan atlet daripada jantina sama. Sekiranya berbeza, batas pergaulan perlu dijaga selaras tuntutan syarak seperti jurulatih lelaki tidak boleh menyentuh ahli sukan wanita, begitu juga sebaliknya.
• Pakaian sukan perlu memenuhi etika berpakaian ditetapkan syarak seperti menutup aurat, sopan dan bersesuaian dengan sukan diceburi, manakala pakaian wanita perlu longgar dan tidak menampakkan susuk badan.
• Percampuran bebas antara lelaki dan wanita semasa bersukan dilarang. Tempat bersukan seperti gimnasium dan kolam renang perlu disediakan berasingan atau melaksanakan jadual masa penggunaan berlainan.
• Tidak boleh bersukan hingga melalaikan kewajipan agama seperti solat.
• Tidak mempedulikan kepentingan orang lain seperti bermain di jalan raya hingga mengganggu lalu lintas, membuat bising atau menyebabkan kecederaan kepada pihak lawan kecuali kemalangan atau tidak sengaja.
• Sokongan keterlaluan khususnya penyokong fanatik hingga mencetuskan pergaduhan atau mengeluarkan kata-kata kesat, bercanggah dengan Islam yang menyeru kepada perpaduan dan kasih sayang.
• Islam melarang jenis sukan terlalu ekstrim, berisiko tinggi dan boleh mendatangkan kemudaratan kepada fizikal, mental serta spiritual umpamanya pertandingan makan makanan eksotik seperti kala jengking dan labah-labah, haram, najis, kotor serta menjijikkan.
• Wanita Muslim dilarang menyertai sukan yang bercanggah dengan fitrah kewanitaan dan bertentangan adab, adat serta tatasusila.
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Projek melingkupkan sesiapa saja dianggap barua barua yang favour dan mesra pada DAP@ LeeKwanYew samada parti kerajaan atau parti pembangkang wajib dimulakan sekarang..
ReplyDeletePengundi " No more barua DAP@LeeaKwanYew "
Hanya ada sekor lagi barua DAP@LeeKwanYew yang perlu dilingkupkan menjelang PRU akan datang .. PRU dolu majori setakat 1 ribu aje..!!
Saya ulangggg "sekor jer lagi, sekor jer lagi Barua. DAP@LeeKwanYew yg perlu dilingkupkan terus next PRU iaitu Anwar Bin Ibrahim..!!
Masa PMx nak melingkup jadi PM lepas ni insyallah dia akan tahu nasib dia anak beranak spt Nurul mme jadi gulai pishang lah jawabnya...
Projek yang dah berjaya DIHINA semau mahunya dan terlaksana semasa PRU dolu ini ada lah beberapa ekor contoh yang dah lingkup terus spt
1. Mujahid dosa peribadi dan lelong harta TH - kekanda melingkup di Parit Buntar
2. Khalid Samat - digelar Kalit Gereja
3. Wan Azizah - Melingkup di BTR
4. Nurul Izzah - Melingkup di Matang
5. Pudin Muka Bulan - Jadi Menteri walau melingkup di PRU dolu.
6. Tun Mahathir - melingkup Wang deposit
7. Boboi - melingkup sampai bila bila selagi Ada Bulan dan matahari..
Tengok nasib boboi anak barua DAP@ LeeKwanYew yang sudah dibakul sampahkan. Boboi kalah dan hilang deposit.
Lihat barua yang dibakul sampahkan iaitu Tun barua DAP@LeeKwanYew hilang deposit. Nurul di Matang sudah merasa kekalahan memalukan. Tunggu si barua DAP@LeeKwanYew melingkup dari kerusi PMx, maka semua Nasib legacy PMx akan seperti Boboi hilang deposit dimana mana pilihanraya diadakan..!!!
Tunggu yer aksi rakyat lepas AlJub melingkup jadi PM...!! Insyallah Nurul Izzah, Wan Azizah juga hilang deposit. Rafizi pun sama nasib kau tunggu nasib kau hilang deposit nanti...!!
Lepas AlJub melingkup dari PMx insyallah kalau Nurul dan Wan Azizah berbanding dimana mana DUN atau Parliment maka rakyat akan pastikan kesemua legacy barua barua DAP@LeeKwanYew hilang wang deposit seperti melingkupnya dan hilang wang deposit Boboi dan Tun Mahathir Mohamed...!!!
Saya ulannnngg...!!
Mana mana pemimpin yang dikenal pasti ada potensi terkinja kinja Jadi Barua DAP@LeeKwanYew lepas ini orang Melayu Islam akan bangkit dan lingkupkan sepenuhnya...
Jangan 22 tahun 22 Bulan Baru dikenal pasti barua DAP@LeeKwanYew makna kata itu sudah terlambat...!!