Wednesday, March 27, 2024

Kesian, jatuh timpa tangga kena tahi. & wang haram..;

 

‘Jatuh ditimpa tangga, terkena tahi ayam’

KUALA LUMPUR: Dato’ Rasol Wahid (PN-Hulu Terengganu) mencadangkan pihak kerajaan agar menaikkan harga subsidi minyak daripada RM2.50 sekilogram kepada RM3.50 sekilogram.

Menurutnya, dengan kenaikan harga subsidi itu juga diharapkan dapat menyelesaikan banyak perkara termasuk menangani minyak yang telah digunakan dari dijual dengan harga lebih tinggi.

“Dengan peningkatan harga itu dapat mengelakkan dari beberapa perkara berlaku. Malah dengan kenaikan harga itu juga ia membolehkan orang ramai mampu membeli dengan kadar separuh lebih murah dari harga minyak biasa tanpa subsidi, kerana harga tidak bersubsidi ialah RM6.90.

“Diharapkan juga dengan peningkatan itu ia akan memberi ruang yang sempit kepada penyeludup minyak terutama ke negara sempadan kerana mereka boleh dapatkan di sini dengan harga RM2.50 sekilogram dan mereka bawa ke negara sempadan dengan menjual harga yang lebih tinggi iaitu RM4.50 sekilogram,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2023) 2024 Peringkat Jawatankuasa, di Dewan Rakyat, Parlimen di sini, hari ini.

Justeru dengan kenaikan kadar harga subsidi sebanyak RM3.50 itu berkemungkinan juga dapat mengurangkan sindiket ke atas barangan tersebut, sekali gus mengurangkan beban yang ditanggung kerajaan.

Sementara itu, beliau turut menyifatkan subsidi gandum yang akan berakhir tidak lama lagi merupakan satu beban akan ditanggung dan akan dihadapi oleh rakyat.

“Dalam keadaan kita dah jatuh, barang semakin naik dan susah untuk dapat ditambah harga makin meningkat.

“Masyarakat akan terus menanggung beban dari bahana yang berlaku termasuk masalah makanan yang telah berlaku dan ini akan bertimpa-timpa menimpa rakyat yang semakin hari semakin susah.

“Sudah jatuh ditimpa tangga, ‘terpetat’ (terkena) taik ayam,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 20/3/2024 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kesian, jatuh timpa tangga kena tahi.'& wang haram..'  

Komen lagi, 'Tangani sindiket pengurus wang haram warga asing'. 

Dato' Abdul Khalib Abdullah

KUALA LUMPUR: Malaysia diunjurkan kehilangan sebanyak RM70 juta dalam bentuk hasil cukai setiap tahun akibat aktiviti ekonomi bayangan.

Sehubungan itu, Dato’ Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) meminta kerajaan menyatakan strategi khusus dalam menangani sindiket pengurus wang haram warga asing yang didapati menjalankan operasi perniagaan perkhdimatan wang.

Perkara itu, termasuk usaha mencegah aktiviti wang tidak sah khusunya pengendali perkhidmatan wang haram menjalankan aktiviti di sebalik perniagaan kedai runcit dan telekomunikasi di kawasan tumpuan warga asing.

“Aktiviti itu sekali gus menyebabkan kiriman wang secara haram ke negara jiran seperti Indonesia, Bangladesh, Myamar dan Filipina.

“Justeru, apakah langkah mitigasi telah diambil mengambil kira implikasi pemindahan wang dana secara haram ke luar negara terhadap ekonomi terutama saiz ekonomi bayangan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meminta penjelasan Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Sementara itu katanya, pemantauan perlu dilakukan secara sah untuk mengelak kerugian berlaku kepada negara. – HARAKAHDAILY 26/3/2024

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails