Thursday, March 14, 2024

Lagi, Istimewa 'Palestin Al-Aqsa', & PAS tempelak AS..

 

Madinah Ramadan sedia pusat jagaan kanak-kanak


KUALA TERENGGANU: Ibu bapa yang mahu untuk menunaikan solat tarawih di Madinah Ramadan tidak perlu bimbang untuk membawa anak-anak ruangan khas penjagaan kanak-kanak disediakan kerajaan negeri.

Pengarah Akademi Didik Ulama dan Amilin Terengganu (DUAT), Ustaz Mohd Zulkhairi Ngah berkata, inisiatif itu bagi memastikan ibu bapa dapat menunaikan solat sunat tersebut dengan tenang dan selesa tanpa merasa bimbang mengenai keselamatan anak-anak.

“Kita juga menyediakan petugas (sukarelawan) untuk menyelia dan mengawal kanak-kanak bagi membolehkan ibu bapa yang memiliki anak-anak yang masih kecil berpeluang untuk beribadat.

“Ini antara pendekatan yang kita ambil bagi meningkatkan fungsi masjid dan memastikan masyarakat mesra dan mengimarahkannya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual di konti Manis FM, di sini, baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut, Ustaz Mohd Zulkhairi berkata apa yang akan menjadikan Madinah Ramadan pada kali ini lebih menarik adalah pihak penganjur dan pihak Masjid Tok Jembal, Kuala Nerus ialah turut menyediakan supa dupa yang akan menambah keseronokan anak-anak yang hadir.

“Jadi ibu bapa yang selama ini terfikir jika hendak solat tarawih risau anak-anak akan mengganggu para jemaah lain jika dibawa tidak perlu lagi bimbang dengan adanya ruang khas untuk anak-anak bermain ini,” ujarnya. – TRDI.my 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi, Istimewa 'Palestin Al-Aqsa', & PAS tempelak AS..

1. Komen lagi. Awas implikasi kurma ‘butter’  

RAMADAN dan kurma sememangnya tidak boleh dipisahkan, sementelah ia merupakan makanan yang berkhasiat dan disarankan untuk dimakan semasa sahur dan berbuka.

Pada bulan, ketika umat Islam di seluruh dunia akan berpuasa selama sebulan ini, permintaan kepada buah kurma akan meningkat dengan mendadak.   

Namun, baru-baru ini trend makan kurma dengan butter […]

(Lanjut sila lihat Harakahdaily hari ini 'Awas implikasi kurma ‘butter')

2. Komen lagi. Presiden PAS tempelak AS.. 


KINI, tersebar berita yang dicanangkan oleh media ke seluruh pelosok dunia bahawa Amerika Syarikat dan sekutunya akan beroperasi menghantar bantuan kemanusiaan, kemungkinannya akan diikut serta oleh beberapa negara Islam dan Arab. Kononnya, negara-negara ini mahu membantu Gaza yang dibelasah penduduknya dengan cara yang paling melampau oleh negara haram Israel yang melakukan keganasan dengan pembunuhan secara beramai-ramai.

Sehinggakan, sekiranya bilangan mereka yang hilang di bawah runtuhan bangunan sangat besar jumlahnya, ditambah lagi dengan mereka yang mendapat kecederaan dan berada dalam kelaparan. Tanpa mengira sama ada daripada kalangan warga tua, kanak-kanak, wanita, atau pesakit di hospital termasuk mereka yang telah mati di dalam kubur.

Adapun bantuan senjata dan kewangan kepada Israel berlipat kali ganda besarnya dan disalurkan secara bertali arus melalui laut, udara dan darat. Berbanding dengan bantuan kemanusiaan dan jambatan terapung sementara yang terumbang-ambing dilambung ombak dan di bawah peluru serta roket serangan Israel yang berterusan boleh membunuh penduduk Gaza ketika datang mengambil bantuan yang tidak berperikemanusiaan itu. Inilah yang dinamakan politik kotor dan paling kotor sepanjang sejarah manusia iaitu tindakan menutup kezaliman yang paling melampau dengan sedikit kebajikan.

Dalam sejarah binatang, ada juga cerita kadang-kadang Allah mengilhamkan binatang walaupun tidak berakal untuk menyelamatkan sesama mereka dan manusia di daratan dan lautan. Hal ini demikian kerana, adanya rahmat Allah dalam kalangan makhluk-Nya. 

(Ikuti selanjutnya 'Menyumbang senjata kepada Israel bersama sumbangan kemanusiaan kepada Gaza'ABDUL HADI AWANG Presiden PAS Bertarikh: 1 Ramadan 1445 / 12 Mac 2024 – HARAKAHDAILY 12/3/2024)

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

No comments:

Post a Comment