Rakyat semakin terbukti tidak percayakan PADU
Ketua Penerangan PAS Pusat Ahmad Fadhli Shaari berkata, masalah tersebut ditambahkan lagi dengan statistik terkini PADU yang mana hanya sekitar 5 juta daripada 30 juta orang mendaftar tersebut.
“Ini yang berlaku sedangkan tarikh akhir mengisi maklumat PADU adalah 31 Mac ini yang mana Perikatan Nasional (PN) sebagai pembangkang efektif telah beberapa kali bangkitkan isu tersebut,” katanya.
Menurut beliau, antara perkara yang disentuh oleh PN mengenai isu tersebut adalah berkaitan butiran dan perincian yang perlu diisi dalam sistem tersebut yang tidak diberikan justifikasi yang jelas oleh pihak kerajaan itu sendiri.
“Antaranya ialah seperti butiran hutang yang ditanggung oleh setiap agensi dan agensi kerajaan atau kementerian mana yang akan menguruskan data raya yang bernilai ini?
“Apabila membangkitkan pengurusan data majoriti rakyat Malaysia, kerajaan perlu membuat penerangan yang jelas dan tuntas kepada rakyat berkenaan agensi mana yang akan menguruskan sebagai bukti akauntabiliti pihak kerajaan dalam menguruskan amanah ini.
“Malangnya cara pengurusan kerajaan terhadap persoalan rakyat juga cukup mengecewakan dan tidak profesional,” tegasnya.
Beliau turut mempersoalkan keperluan dan tujuan pengisian maklumat sistem PADU itu sendiri yang tidak dijawab dengan profesional oleh pihak kerajaan.
Kata beliau, kerajaan seharusnya menyatakan dengan tersusun dan jelas mengenai mekanisme dan kaedah pelaksanaan subsidi bersasar yang akan dilaksanakan oleh kerajaan sekirahnya PADU perlu diisi sebagai syarat bersasar untuk pelaksanaan subsidi bersasar.
“Kami menekankan kepada pihak kerajaan Madani agar menyemak semula proses pelaksanaan PADU termasuklah libat urus dan perbincangan dengan semua pihak pemegang taruh yang mana perkara tersebur perlu dilaksanakan secara tersusun.
“Ini bertujuan supaya tidak kelihatan terlalu gopoh mengejar sesuatu yang tidak pasti memandangkan situasi yang melanda kerajaan sekarang iaitu ketidakyakinan rakyat terhadap sistem PADU adalah berpunca daripada kegagalan Kementerian Ekonomi dalam menyusun atur pelan pembangunan PADU dan rasionalisasi subsidi secara strategik,” katanya. – HARAKAHDAILY 23/3/2024
Komen Weblog Ibnu Hasyim: PADU, terbukti X padu -Fadhli Shaari
Lagi, komen mengenai Israel, masih mahu jadi barua Israel?
(Gambar fail) Saujana pemandangan Lembah Jordan dengan tentera Israel dilihat melakukan kawalan. - FOTO AFPANKARA: Kesatuan Eropah (EU) hari ini menyelar tindakan Israel merampas 800 hektar tanah di Lembah Jordan di Tebing Barat yang diduduki.
Menurut blok itu dalam satu kenyataan, EU tegas mengecam pengumuman Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich, bahawa lebih 800 hektar tanah di wilayah Palestin yang diduduki, telah diisytiharkan sebagai tanah Israel, lapor Agensi Anadolu.
EU berkata, ia adalah rampasan terbesar sejak Perjanjian Oslo ditandatangani antara Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dengan Israel pada 1994.
"Penempatan haram merupakan pelanggaran serius terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
"Pada mesyuarat Majlis Eropah, minggu ini, pemimpin EU mengutuk keputusan Kerajaan Israel untuk memperluas penempatan haram di seluruh Tebing Barat yang diduduki, serta meminta Israel membatalkan keputusan itu," katanya
Sementara itu, Presiden Palestin turut mengutuk keputusan Kerajaan Israel untuk merampas tanah di Lembah Jordan.
Pertubuhan hak asasi manusia Palestin serta Israel menekankan, berlaku peningkatan ketara dalam aktiviti penempatan haram di Tebing Barat sejak pembentukan kerajaan pimpinan Benjamin Netanyahu pada akhir 2022.
Menurut Suruhanjaya Penentangan Tembok dan Penjajahan, dianggarkan lebih 720,000 warga Israel tinggal di penempatan haram di Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur. – BERNAMA-ANADOLU
No comments:
Post a Comment