Wednesday, March 20, 2024

Rasuah 12 juta: Biasa, 'bapa borek.. & Kontena Israel lepas?

 

Foto hiasan.

15 penjawat awam ditahan terima rasuah lebih RM2 juta daripada penyeludup

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 15 penjawat awam kerana disyaki menerima rasuah lebih RM2 juta daripada sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak melalui pintu masuk negara.

Semua suspek berusia antara 30 hingga 50-an itu ditahan kira-kira jam 2 petang tadi selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Penahanan dilakukan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM susulan Op Samba 2.0 yang dijalankan bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) sejak minggu lalu.

Sumber berkata, siasatan awal mendapati semua suspek disyaki terbabit dalam perbuatan itu antara 2017 hingga 2023.

"Suspek yang ditahan dipercayai menerima wang rasuah lebih RM2 juta daripada sindiket bagi memudahkan kegiatan menyeludup tembakau kunyah, rokok, arak serta beberapa barangan lain," katanya.

Susulan penahanan itu, AML SPRM merampas barangan seperti telefon bimbit selain membekukan akaun bank semua suspek.

Pengarah AML SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan penahanan 15 suspek terbabit dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Katanya, semua suspek akan dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya esok.

Sebelum ini SPRM dilapor menahan reman 11 individu termasuk lima penjawat awam kerana terbabit kegiatan sindiket berkenaan.

Modus operandi sindiket itu termasuk menggunakan khidmat 'forwarding agent' sebagai orang tengah bagi pembayaran habuan kepada penguat kuasa untuk melicinkan proses penyeludupan arak, rokok, tembakau dan barangan lain tanpa melalui pengisytiharan serta pemeriksaan yang sepatutnya.

Sindiket itu juga dipercayai menggunakan akaun keldai bagi melakukan transaksi pembayaran wang rasuah kepada penjawat awam yang bersekongkol dengan mereka.

Selain itu, sindiket dikesan terbabit aktiviti pengubahan wang haram dengan mencuci duit menggunakan akaun perniagaan 'syarikat hantu', melalui pengurup wang dan syarikat pinjaman wang berlesen. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim:Rasuah 12 juta: Biasa di negara ini, 'bapa borek anak rintik..

Tapi, ini lebih aneh! Kontena Israel terlepas keluar di jalan raya kita?

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan hanya memberi amaran keras kepada pengendali pelabuhan yang ‘tersilap; membenarkan kontena tertera logo syarikat perkapalan berpangkalan di Israel, ZIM bergerak di lebuh raya di negara ini tidak melambangkan tatakelola yang diamalkan.

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) berkata, pihaknya percaya dengan apa yang Ahli Parlimen Tambun ingin laksanakan tentang tatakelola, tetapi malangnya terdapat banyak kes yang terlepas pandang dari segi penguatkuasaan.

“Semalam kita dikejutkan dengan laporan berita yang mengatakan kontena Israel, syarikat perkapalan ZIM terlepas keluar di jalan raya kita.

“Menteri kata sekadar beri amaran keras, mana boleh Tan Sri Yang di-Pertua kalau KK Mart punya bagai nak rak kita ambil tindakan dan kenapa tiada tindakan undang-undang dan kertas siasatan dibuka terhadap kecuaian yang berlaku di pelabuhan,” soalnya.

Beliau berkata demikian ketika sesi membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan peringkat dasar di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Fayhsal turut membangkitkan ‘kebisuan’ kerajaan terhadap isu antara Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Rajawali yang membabitkan nasib dan masa depan orang-orang FELDA.

“Kita ada full oficial agreement antara FELDA dan Rajawali yang bernilai USD, RM719 juta dan FELDA ada pegangan dalam Eagle High sebanyak 37 peratus tetapi siapa yang bertanggungjawab di atas kerugian FELDA, yang buat onar pada FELDA diberi penghapusan hukuman pada hari tu.

“Jadi orang yang buat jenayah kolar putih diberi pelepasan, orang yang mencuri tin milo kena penjara, jadi ini tatakelola macam mana?

“Kita ingin pastikan kerajaan Madani ini buat kerja yang betul, hormati janji kepada rakyat barulah ekonomi kembali stabil,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/03/2024

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

1 comment:

Anonymous said...

Pas masih berhutang. Tapi 47 kes ada dalam kerajaan. Maknanya kes rasuah xkan selesai.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails