Sunday, March 24, 2024

Serang konsert di Moscow, Islam terlibat, siapa?

 

Kenderaan perkhidmatan kecemasan kelihatan di luar Dewan Bandaraya Crocus yang terbakar susulan insiden tembakan di Krasnogorsk, pinggir Moscow. (Gambar AFP)

40 terbunuh, Daesh mengaku serang konsert di Moscow

MOSCOW: Sekurang-kurangnya 40 terbunuh dan lebih 100 cedera apabila lelaki bersenjata berpakaian celoreng melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang menghadiri konsert di Dewan Bandaraya Crocus dekat Moscow pada Jumaat, kata perkhidmatan keselamatan FSB Rusia.

Menurut Reuters, sekurang-kurangnya lima lelaki bersenjata dilihat dalam satu video tidak disahkan, melepaskan tembakan beberapa kali ke arah orang ramai yang menjerit ketakutan ketika kumpulan rock era Soviet, Picnic bersedia membuat persembahan.

Rakaman video lain menunjukkan lelaki terbabit menembak orang ramai di bawah papan tanda masuk ke “Dewan Bandaraya Crocus”. Orang ramai yang terbaring berlumuran darah turut kelihatan.

Semua tiket di dewan konsert 6,200 tempat duduk itu habis dijual. Agensi berita negara TASS memetik Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) Rusia sebagai berkata 40 orang terbunuh dan lebih 100 cedera.

Rakaman video lain menunjukkan lelaki terbabit menembak orang ramai di bawah papan tanda masuk ke “Dewan Bandaraya Crocus”. Orang ramai yang terbaring berlumuran darah turut kelihatan.

Semua tiket di dewan konsert 6,200 tempat duduk itu habis dijual. Agensi berita negara TASS memetik Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) Rusia sebagai berkata 40 orang terbunuh dan lebih 100 cedera.

“Tiba-tiba terdengar bunyi dentuman di belakang kami – tembakan. Serangan tembakan – saya tidak tahu apa,” kata seorang saksi yang tidak mahu namanya didedahkan kepada Reuters.

“Rempuhan bermula, semua orang berlari ke eskalator,” kata saksi itu. “Semua orang menjerit, semua orang berlari.

Media Rusia melaporkan letupan kedua di tempat itu dan terdapat laporan bahawa beberapa lelaki bersenjata menghalang laluan di satu kawasan dalam bangunan.

Susulan kejadian itu, Russia turut mengetatkan kawalan di lapangan terbang dan stesen serta seluruh ibu negara, kawasan bandar diduduki 21 juta orang.

Dua minggu lalu, kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Rusia memberi amaran bahawa “pelampau” mempunyai rancangan melakukan serangan di Moscow.

Ia mengeluarkan amarannya beberapa jam selepas FSB berkata ia menggagalkan serangan ke atas rumah ibadat Yahudi di Moscow oleh sel militan Daesh.

Sementara itu, AFP melaporkan Daesh mengaku bertanggungjawab melakukan serangan berkenaan.

Pejuang Daesh “menyerang perhimpunan besar…di pinggir ibu negara Rusia Moscow”, kata kumpulan itu dalam kenyataan di Telegram.


1. Tiada Siapa dapat pecah-belahkan Rusia selepas serangan, kata Putin. 

Presiden Vladimir Putin berkata Rusia tahu ‘ancaman keganasan’ -(Gambar AP)

MOSCOW: Tiada siapa dapat mewujudkan perpecahan dalam masyarakat multinasional Rusia, kata Presiden Vladimir Putin pada Sabtu susulan serangan pengganas di lokasi konsert di Dewan Bandaraya Crocus berhampiran Moscow.

“Tiada sesiapa yang dapat menyemai benih beracun perbalahan, panik dan persengketaan dalam masyarakat multinasional kita,” katanya dalam ucapan kepada rakyat negara itu, lapor Sputnik.

Rusia tahu “ancaman keganasan” kata presiden itu.

“Kami mengharapkan kerjasama semua negara yang ikhlas berkongsi penderitaan kami dan bersedia bergabung dalam memerangi musuh bersama – keganasan antarabangsa – dalam semua manifestasinya,” kata Putin.

Mereka yang menyerang lokasi konsert di Dewan Bandaraya Crocus berhampiran Moscow cuba melarikan diri ke Ukraine, yang berdasarkan data awal, “laluan” telah disediakan untuk mereka menyeberang sempadan, kata presiden itu.

“Setakat ini, kami boleh katakan seperti berikut: Keempat-empat pelaku terbabit secara langsung dalam serangan pengganas itu, yang melakukan tembakan dan pembunuhan, telah ditemukan dan ditahan. Mereka cuba melarikan diri dan bergerak ke arah Ukraine, iaitu berdasarkan data awal, laluan telah disediakan di pihak Ukraine untuk mereka menyeberangi sempadan negara,” kata Putin dalam ucapannya, mengesahkan 11 orang yang berkaitan dengan serangan itu ditahan.

Langkah tambahan antikeganasan dan antisabotaj diperkenalkan di seluruh Rusia, kata Putin.

Di Moscow dan wilayah Moscow, di semua wilayah di negara ini, langkah tambahan antikeganasan dan antisabotaj diperkenalkan. Usaha ini adalah untuk mencegah dalang di sebalik pembunuhan beramai-ramai ini daripada melakukan jenayah baharu,” kata Putin.

Putin dalam ucapannya menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serangan berdarah oleh pengganas di Dewan Bandaraya Crocus.

“(Saya) menzahirkan ucapan takziah yang mendalam dan tulus kepada semua yang telah kehilangan saudara-mara dan insan tersayang. Seluruh negara berkabung bersama-sama anda,” kata presiden dalam ucapannya, menyifatkan tragedi di Dewan Bandaraya Crocus sebagai “serangan berdarah dan kejam oleh pengganas” yang mengorbankan nyawa mereka tidak berdosa.

Putin turut mengucapkan terima kasih kepada kru ambulans, anggota bomba dan penyelamat yang telah melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa orang ramai semasa dan selepas serangan pengganas itu.


2. Apa kata PAS melalui HARAKAH? Hiburan: Dikongkong atau disokong? 

Kini, anak muda di Malaysia termasuklah Melayu-Islam semakin ghairah menghadiri konsert-konsert hiburan tempatan dan artis antarabangsa.

ISLAM tidak pernah melarang penganutnya untuk berhibur seperti yang disebutkan oleh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya, ‘al-Halal wa al-Haram fi al-Islam’ bahawa hiburan adalah harus kerana sifatnya yang membawa kegembiraan, kerehatan minda, kesenangan jiwa dan kesedapan pendengaran selagi tidak dicampuri perkara dan perbuatan yang mendatangkan dosa.

Namun demikian, apabila melihat kepada keadaan semasa, hanya keharusannya yang diambil oleh manusia, tetapi tidak pada larangannya iaitu “hiburan tidak boleh dicampuri perkara dan perbuatan yang mendatangkan dosa”.

Buktinya apabila pengamalan industri hiburan negara, tidak keseluruhannya mengimplementasikan garis panduan yang menepati hukum-hakam agama dan budaya masyarakat Malaysia. Lihat sahaja pada aspek pemakaian artis-artis yang majoritinya tidak menutup aurat dan menjolok mata. Ditambah pula dengan babak-babak lakonan yang melanggar etika agama dan penuh kebaratan, termasuklah skrip-skrip yang menggiurkan.

Kini, anak muda di Malaysia termasuklah Melayu-Islam semakin ghairah menghadiri konsert-konsert hiburan tempatan dan artis antarabangsa. Yang mana pemakaian-pemakaian artis yang terlibat jelas menyalahi garis panduan yang ditetapkan oleh Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) iaitu baik artis lelaki mahu pun perempuan dilarang memakai pakaian menjolok mata, apatah lagi yang mendedahkan badan dan menampakkan bentuk badan bagi artis wanita. Sayangnya, tiada tindakan yang dikenakan ke atas mereka.

Malah, yang membantah pula menjadi salah apabila baru-baru ini kita dikejutkan dengan amaran Persatuan Penggiat Festival Antarabangsa (Alife) yang bakal mengambil pendekatan proaktif melalui tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba membantah dan mengganggu pelaksanaan konsert di negara ini. Cukup pelik.

Anak muda tidak boleh sentiasa didedahkan dengan hiburan lara sebegini. Sebaliknya, keghairahan mereka berhibur tika ini sehinggakan sanggup menghabiskan wang simpanan beratus-ratus malah beribu-ribu demi bertemu mata dengan artis idaman sehinggakan masa sanggup dihabiskan di hadapan laptop demi membeli tiket-tiket konsert perlu dibendung.

Dalam hal ini, PAS mungkin dilihat agresif apabila terus-terusan membantah konsert-konsert yang dilaksanakan di Malaysia sehingga menggesa pihak kerajaan untuk bertindak membatalkannya. Namun demikian, hal ini harus difahami sepertimana pernah disebutkan oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa PAS tiada masalah dengan konsert, tetapi PAS bermasalah dengan pelaksanaan konsert yang bercanggah dengan ajaran agama Islam.

Dalam isu pengamalan konsert artis antarabangsa yang berpakaian menjolok mata, hal ini sebenarnya boleh dibetulkan dengan ketetapan yang betul.

Pada tahun 2012, Malaysia dikejutkan dengan kumpulan Korea wanita yang berbaju kurung ketika membuat persembahan nyanyian mereka di atas pentas. Pada tahun 2016, Malaysia dikejutkan pula dengan seorang artis lelaki Korea yang berbaju Melayu ketika menemui para peminat.

Dua keadaan ini boleh dijadikan kes ‘precedent’ kepada pengamalan konsert artis antarabangsa di negara kita yang mana memberi mesej bahawa tidak mustahil untuk negara kita mengetengahkan busana yang tidak menjolok mata dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh PUSPAL, selari dengan pengamalan agama dan budaya di Malaysia. Malah, hal ini sangat tidak mustahil untuk dipraktiskan oleh artis-artis tempatan yang memang berasimilasi dengan adat dan budaya Malaysia.

Secara amnya, hiburan itu perlu disokong kerana melibatkan fitrah manusia. Tetapi, andai pelaksanaannya melibatkan perkara-perkara yang haram dan bertentangan dengan agama, maka umat Islam perlu dikongkong menerusi tindakan yang benar daripada terjebak dengannya.

Sesungguhnya pengamalan hiburan yang merosakkan telah lama menjadi barah dalam kalangan anak muda. Dengan hanya memberi nasihat agama dan kempen kesedaran sudah tidak memberi impak kepada anak muda zaman milenia ini. Hal ini perlu diubah melalui penguatkuasaan undang-undang dan peraturan, disusuli tindakan tegas oleh pihak kerajaan.

Oleh itu, besar harapan saya agar penyelarasan berkaitan garis panduan penganjuran hiburan di negara ini yang dilaksanakan oleh JAKIM sepertimana yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 2 Disember 2023 dikeluarkan segera bagi menyelesaikan isu hiburan yang kian membelenggu dan menjerut anak muda Malaysia. – HARAKAHDAILY 23/3/2024 ck di Rusia diserang: 115 maut, 187 cedera'

MOSCOW: Kira-kira 115 terbunuh dan 187 yang lain cedera dalam serangan hendap pada lewat Jumaat (22 Mac) ke atas sebuah dewan besar ketika sebuah konsert rock sedang berlangsung di ibu negara Rusia, Moscow.Beberapa penyerang dilaporkan menceroboh masuk ke dalam dewan konsert kumpulan rock terkenal Rusia, Picnic, sebelum melepaskan tembakan rambang ke […]

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

No comments:

Post a Comment