Thursday, April 04, 2024

Lagi hina agama, Sultan, PDRM. & P'rk 6 parlimen

 

Nurhafizah (tengah) dan Munirah (kiri) ketika hadir menyerahkan satu memorandum kepada agong di Pintu 3 Istana Negara, di sini, petang tadi. (FOTO: HARAKAHDAILY/Muhammad Zharif Zulkiflee)

I. Isu Ganesparan: PUTRA serah memorandum mohon kepada Agong

KUALA LUMPUR: Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) pada hari ini (3 April) telah menyerahkan satu memorandum untuk memohon ampun perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, supaya melucutkan kewarganegaraan Ganesparan Nadaraja yang didakwa menghina agama Islam, Sultan Selangor dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Pergerakan Wirawati PUTRA, Nurhafizah Jamalludin berkata, tindakan individu berkenaan jelas menderhaka institusi diraja dan berharap Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar agar segera mengambil tindakan sewajarnya dengan melucutkan kewarganegaraannya.

“Saya percaya jika hal ini berlaku di negara Thailand, bukan setakat kerakyatannya yang dilucutkan, malah sudah pasti tindakan lebih berat akan diambil dan dihukum bunuh,” katanya ketika hadir di Pintu 3 Istana Negara, di sini, petang tadi.

Menurutnya, sebagai rakyat Malaysia yang setia kepada negara, kita perlu patuh dan taat kepada prinsip Rukun Negara yang menjadi pegangan dalam hidup.

“Kalau kita lihat, ‘Kesetiaan kepada Raja dan Negara’ merupakan prinsip rukun negara yang kedua. Jadi apabila perkara ini dipermainkan oleh sesetengah pihak, ianya melampaui kedaulatan institusi raja-raja dan perlembagaan,” ujarnya.

Sementara itu, Naib Ketua Wirawati PUTRA, Datin Munirah Abdul Manap berkata, tindakan melucutkan kewarganegaraan Ganesparan perlu diambil agar martabat negara tidak tercemar sekaligus menghormati prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara.

“Generasi muda perlu dicontohi dengan perkara-perkara yang mengangkat kemuliaan Institusi Diraja dan martabat Rukun Negara serta Perlembagaan”,

“Tindakan Ganesparan pastinya memberi kesan negatif yang boleh mengganggu-gugat serta mempengaruhi generasi muda untuk wujudnya sikap negatif antara kaum,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi 2.27 saat yang tular sejak 26 Mac 2024 memaparkan seorang individu bernama Ganesparan Nadaraja, telah mengeluarkan satu kenyataan dengan menghina agama Islam; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Institusi Diraja serta pihak PDRM, yang telah ditonton oleh orang ramai serata negara. – HARAKAHDAILY 3/4/2024

II. P'raya kecil 6 kerusi parlimen. 

Dr Wan Nik Wan Yussof

PRK 6 kerusi parlimen perlu keputusan Speaker

KOTA BHARU: Keputusan muktamad pilihan raya kecil (PRK) di enam kawasan parlimen yang membabitkan Ahli Parlimen BERSATU yang menyokong perdana menteri bergantung kepada keputusan Speaker Dewan Rakyat.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Dr Wan Nik Wan Yussof berkata, walaupun pindaan perlembagaan BERSATU sudah mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), namun ia perlu memaklumkan kepada Speaker.

“Maknanya Speaker kena buat keputusan, sama ada kosong atau tidak. Sekirannya Speaker setuju, barulah notis kekosongan enam kerusi parlimen Bersatu terbabit diserah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk proses pilihan raya.

“Dan dalam masa 60 hari selepas SPR menerima notis Speaker, agensi itu perlu mengumumkan tarikh pilihan raya di enam kerusi terbabit diadakan,” katanya di sini.

Semalam, Ketua Armada BERSATU Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memberitahu RoS telah meluluskan permohonan pindaan perlembagaan BERSATU bagi membolehkan parti itu mengosongkan enam kerusi ahli parlimen yang menyokong pihak lain.

Pada Mac lepas, BERSATU meluluskan Perkara 10 perlembagaan parti itu selepas mendapat sokongan 1,956 perwakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung Khas.

Sebelum ini enam Ahli Parlimen BERSATU menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka iaitu Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal; Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Dato’ Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Selain itu Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Langkah serupa juga dijejaki Adun Selat Klang, Dato’ Abdul Rashid Asari yang menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Dr Wan Nik berkata, biarpun BERSATU sudah mendapat kelulusan RoS mengenai pindaan perlembagaan parti itu, namun kuasa dan perintah kekosongan tertakluk kepada keputusan Speaker.

“Kita menjangka isu tersebut tidak mudah selesai dan boleh berpanjangan sehingga BERSATU berjaya mendapat perintah mahkamah.

“Maknanya BERSATU kena mohon perisytiharan kekosongan implikasi kelulusan RoS itu ke mahkamah sekiranya ia tidak dilayan Speaker,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 3/4/2024  

Komen Weblog Ibnu Hasyuim: Lagi hina agama, Sultan, PDRM. & P'rk 6 parlimen

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails